The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN D PEP E-Folio

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JIe JIng, 2022-08-03 11:31:29

PEP E-Folio

KUMPULAN D PEP E-Folio

MPU2113
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Topik 7 : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia


Kesan Negatif ICT dalam Masyarakat Malaysia

NAMA PELAJAR SIOW LE RONG 2022/1150/MUE2
ANG YU EN 2022/1149/MUE2
SEMESTER NG YI YAN 2022/1152/MUE2
TARIKH WONG HO LEN 2022/1147/MUE2
LIM SIEW CHING 2022/1151/MUE2
PENSYARAH LIM JIE JING 2022/1148/MUE2



1 ( MEI - OGOS 2022 )

03 / 08 / 2022

MS VASANTHI GENGADARAM

PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
merujuk kepada semua teknologi yang digunakan
untuk mengendalikan telekomunikasi, media
penyiaran, sistem pengurusan bangunan pintar,
sistem pemprosesan dan penghantaran
audiovisual, dan fungsi kawalan dan pemantauan
berasaskan rangkaian. Evolusi ICT dI Malaysia mula
berlaku pada tahun 1983, di mana Dr. Mohamed
Awang-Lah memulakan idea untuk
menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi
Internet di makmal Universiti Malaya. Pada tahun
1989, Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM)
dibinakan. Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun
1901, JARING (Joint Advanced Integrated
Networking) dilancarkan. Kemudahan tersebut
telah banyak memanfaatkan kehidupan
masyarakat Malaysia dalam pelbagai bidang,
seperti pembinaan, pengangkutan, teknologi
maklumat dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
perkembangan ICT turut membawa keburukan
terhadap masyarakat kita. Hal ini demikian kerana
penggunaan ICT dalam cara yang salah oleh
pengguna yang tidak berrtanggungjawab.

PENGENALAN

Sekarang, kita akan membincangkan kesan-kesan
negatif yang dibawa kepada masyarakat jika kita
menyalahgunakan ICT dalam kehidupan kita.

KESAN NEGATIF 1

Kesan nagatif ICT pertama dalam masyarakat
Malaysia ialah kes penipuan internet. Kes penipuan
Internet semakin meningkat di Malaysia. Saban
hari, portal berita menyiarkan kisah mangsa
sindiket penipuan Internet yang mengalami
kerugian yang mencecah ratusan ribu atau jutaan
ringgit. Persoalannya, bagainamakah penipuan
Internet berlaku?

Penipuan ini dilakukan melalui panggilan palsu
yang dibuat secara rawak oleh 'scammer' yang
menyamar diri sebagai pegawai kerajaan. Mereka
akan meminta maklumat kewangan seperti nombor
akaun bank daripada mangsa. Kesannya, mangsa
turut menyerahkan kata laluan bank tanpa
kesedaran. Sesungguhnya, sindiket ini menekan
mangsa secara psikologi yang terbabit dalam
kesalahan jenayah.

Seterusnya, jenayah penipuan Internet ini dapat
menyebabkan mangsa terseksa sepanjang hayat.
Buktinya, mereka dihukum atas kesalahan yang
tidak dilakukan. Impaknya, sindiket

KESAN NEGATIF 1

penipuan Internet ini mampu menimbulkan
kekeliruan dan kekecohan dalam kalangan
masyarakat. Secara ringkasnya, mangsa yang
terlibat dalam penipuan Internet akan menghadapi
masalah yang negatif.

Selain itu, Mangsa biasanya gelap mata dengan
harga murah produk ditawarkan melalui iklan di
media sosial, sekaligus menyebabkan mereka
dijerat.Ini antara punca utama mendorong mereka
menjadi mangsa penipuan e-dagang.Namun, ada
pihak tidak bertanggungjawab menjadikan platform
berkenaan untuk menipu.Penipuan pekerjaan
dalam talian sentiasa berlaku. Gaji yang sangat
lumayan, konsep bekerja dari rumah, dan pelbagai
umpan lain digunakan untuk memerangkap anda.
Sesetengah majikan palsu yang bertopeng wakil
rekrut daripada syarikat-syarikat terkemuka akan
memerlukan anda untuk mendepositkan sejumlah
wang sebagai yuran pemprosesan yang boleh
dikembalikan supaya dapat menjamin peluang
pekerjaan anda. Selepas itu, tentulah mereka akan
melarikan diri

KESAN NEGATIF 1

dengan wang anda tanpa meninggalkan jejak.

Phishing ialah satu usaha penipuan untuk
mencuri maklumat peribadi seperti nama
pengguna dan kata laluan akaun bank anda. Penipu
biasanya menghantar e-mel yang kelihatan sah,
dan akan memaklumkan penerima untuk
mengemaskini maklumat mereka untuk menambah
baik pengalaman langganan mereka.Setelah
mengklik link tersebut, anda akan diarahkan ke
laman web palsu yang kelihatan sama dengan
laman web perbankan yang asal.

Love scammer pun merupakan satu penipuan
internet yang semakin serius di Malaysia. Mangsa
tidak pernah berjumpa dengan suspek secara
bersemuka sebaliknya hanya berhubung melalui
Instagram dan WhatsApp. Suspek menggunakan
gambar lelaki/perempuan, single handsome dan
punya kerjaya stabil dan gambar tersebut adalah
gambar yang telah disunting. Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk
Zainuddin Yaacob, berkata sebanyak 1,535 kes
penipuan Love Scam dilaporkan pada tahun

KESAN NEGATIF 1

2019 membabitkan kerugian RM79.11 juta. "Jumlah
kes meningkat 47 kes pada tahun 2020 kepada
1,582 kes dengan jumlah kerugian RM58.33 juta,
manakala untuk tempoh empat bulan pertama
tahun ini, sebanyak 549 kes dilaporkan
membabitkan kerugian RM20.58 juta. "Berbanding
tempoh sama pada tahun 2020, jumlah kes
dicatatkan untuk tahun ini menunjukkan
peningkatan sebanyak 87 kes," katanya dalam
kenyataan, hari ini.

Kesimpulannya, penipuan Internet akan membawa
keburukan kepada masyarakat. Orang awam
dinasihati agar sentiasa berwaspada terhadap
modus operandi penipuan supaya tidakmenjadi
mangsa penipuan Internet yang seterusnya. Moga-
moga penipuan Internet akan ditangani oleh pihak
berkuasa pada masa hadapaniklan tentang
peniipuan internet.

Pada pendapat saya, pelbagai cara yang boleh
dilakukan untuk mengelak daripada menjadi mangsa
kepada penipuan internet.

KESAN NEGATIF 1

Pihak berkuasa harus bertindak melakukan
kempen kesedaran secara meluas berkenaan isu
ini supaya ia tidak memudaratkan kemaslahatan
masyarakat di Malaysia. Kita pula sebagai
pengguna Internet harus sentiasa bijak dalam
menjaga keselamatan data yang kita kongsi dan
simpan agar tidak dimanipulasi oleh segelintir
pihak yang tidak bertanggungjawab. emoga setiap
usaha yang dilaksanakan untuk membanteras kes
penipuan Internet memeberikan hasil yang positif
kerana pepatah Melayu ada berkata, pelanduk
melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan
pelanduk.

KESAN NEGATIF 2

Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada
satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk
memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa
yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas
fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat
penghormatan, buruk sangka, obses, atau
menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi
seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap
dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah
"cubaan" atau "ujian".

Terdapat banyak medium yang digunakan bagi
menabur khabar angin atau fitnah kepada sesuatu
pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan
atau berbisik antara seseorang kepada seseorang
yang lain. Selain itu, medium komunikasi moden
juga digunakan bagi penyebaran fitnah seperti
menggunakan media massa sama ada melalui
berita, akhbar, radio, televisyen, internet dan lain-
lain. Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu
pihak yang bertelagah dengan pihak lain dengan
hanya menjadikan habuan atau keistimewaan
sebagai janji atau upah kepada pihak yang terlibat
dalam aktiviti berfitnah.

KESAN NEGATIF 2

Terdapat 3 perspektif fitnah iaitu fitnah antara
individu, keluarga dan masyarakat. Fitnah antara
individu menjatuhkan maruah individu,
menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun,
berbunuhan antara sesuatu individu yang
bertelagah. Fitnah antara keluarga menyebabkan
keluarga sukar untuk saling memahami antara satu
sama lain, hubungan antara keluarga sentiasa
dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak
mesra, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul,
bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan
lain-lain. Fitnah antara masyarakat akan
menyebabkan masyarakat menjadi tidak muafakat,
enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan,
perbalahan antara komuniti, saling memburukkan
antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi
lembab, wujudnya jurang sosial yang luas,
pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran
kawasan penduduk, persekitaran yang tidak
tenteram, dan lain-lain.

Kes fitnah di platform media sosial biasanya
bermula dengan 3 jenis orang dalam senario dan

KESAN NEGATIF 2

persekitaran yang berbeza. Seseorang boleh
membuat akaun yang baru di platform media sosial
untuk komen atau menyebarkan khabar angin
tentang seseorang, kumpulan atau subjek. Dengan
melakukan cara ini, mereka boleh mengelak dikenali
dengan segara dan boleh memadamkan akaun itu
bila-bila masa mereka mahu, dan keluarkan
sebarang kesan di internet. Selain itu, seseorang
boleh menggunakan akaun mereka sendiri untuk
komen atau menyebarkan khabar angin. Di samping
itu, kalau seseorang menggunakan identiti orang
lain di platform media sosial, ia akan menyebabkan
kekeliruan di kalangan orang ramai, terutamanya
apabila identiti seseorang dicuri. Lebih-lebih lagi,
pemerhati mungkin menuduh salah orang dan
menyebabkan kesusahan kepada orang yang tidak
bersalah.

Kes-kes fitnah biasanya disasarkan untuk
mencederakan seseorang atau kumpulan yang
boleh menyebabkan manipulasi emosi dan masalah
kesihatan mental. Contohnya, seseorang boleh
menyebarkan khabar angin mengenai subjek
tertentu seperti menulis ulasan buruk tentang

KESAN NEGATIF 2

restoran di platform media sosial walaupun tidak
benar, boleh mencemarkan reputasi perniagaan
dan boleh menyebabkan perniagaan ditutup.
Apabila perniagaan ditutup, banyak orang
kehilangan pekerjaan. Ini boleh menyebabkan
mereka banyak berfikir, bimbang dan tertekan
untuk mencari pekerjaan yang baru untuk hidup
dan menjaga keluarga mereka.

Walau bagaimanapun, dengan teknologi wujud di
Malaysia, pihak berkuasa boleh mengesan pesalah
jika fitnah telah menyebabkan kekecohan di
kalangan orang ramai. Akibat daripada tindakan
pesalah termasuk tangkapan oleh pihak polis
untuk dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dan
mungkin pergi ke penjara and berada di sana
selama bertahun-tahun.

KESAN NEGATIF 3

Kesan negatif ICT yang ketiga terhadap masyarakat
Malaysia ialah pendedahan kepada informasi atau
maklumat yang tidak baik. Setiap hari, kita akan
menerima maklumat yang banyak melalui pelbagai
platform, seperti radio, televisien, komputer.
Informasi tersebut kadang-kala akan mengelirukan
kita kerana maklumat tersebut mungkin telah
dimuat naik tanpa ditapis. Maklumat-maklumat
tersebut boleh disebarkan melalui pelbagai
peralatan elektronik. Sebagai contohnya, komputer,
telefon, television dan sebagainya. Pengguna yang
meggunakan perkakasan tersebut akan menerima
informasi yang salah, khususnya golongan remaja
yang masih darah setampuk pinang yang tidak
matang dalam membuat keputusan.

Antara sebab penyalahgunaan ICT akan
menyebabkan remaja mendapat maklumat yang
tidak baik adalah kerana mereka menggunakan
alatan ICT seperti telefon dalam jangka masa yang
Panjang. Dengan ini mereka berpeluang tinggi
terdedah kepada maklumat yang tidak sahih atau
bermoral. Dengan penggunaan alatan ICT dalam

KESAN NEGATIF 3

jangka masa yang panjang juga akan menyebabkan
remaja melayari laman web yang tidak sesuai untuk
mendapatkan keterujaan.

Berdasarkan kajian, secara purata kanak-kanak di
Malaysia didapati menghabiskan masa antara tujuh
hingga lapan jam sehari dengan teknologi seperti
telefon bimbit, televisyen dan komputer (Nahar, et.
al., 2017). Dengan ini tidak dapat dinafikan bahawa
remaja akan banyak menerima maklumat daripada
internet. Jika tidak ditapis dengan teliti, mereka
mudah terpengaruhi oleh unsur-unsur negative
yang dipapar dalam kontent yang dilihat mereka.
Contohnya, unsur keganasan dan unsur lucah.
Perasaan ingin tahu yang kuat dalam remaja akan
menyebabkan mereka untuk meniru perbuatan
tersebut. Tingkah laku tersebut adalah sangat
bahaya kerana mereka akan menganggap
perbuatan tersebut sebagai perbuatan yang sahih
dan normal atas kebiasaan mereka dalam
menonton perbuatan tersebut dalam internet.

Jika kita fokus dalam isu pendedahan unsur

keganasan terhadap remaja, pendedahan tersebut
telah menyebabkan kes buli dalam kalangan remaja
Malaysia bertambah secara drastik. Buli membawa
maksud perbuatan seperti mempermain-mainkan
orang, mengejek, memeras ugut, menunjuk isyarat
lucah, menumbuk, memaki, menggertak dan
sebagainya. Perbuatan membuli dan keganasan
dalam kalangan pelajar dan remaja perlu dikawal
kerana budaya itu sekarang bertapak dalam
masyarakat tempatan, kata Naib Pengerusi Kanan
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri
Lee Lam Thye pada tahun 2017.

Antara kes buli yang berlaku di Malaysia ialah
seorang pelajar Tingkatan Dua dari sebuah sekolah
menengah berasrama penuh di Labu, Negeri
Sembilan telah dibuli dan dipukul oleh pelajar senior
sehingga cedera parah berdasarkan berita yang
dipaparkan oleh Berita Sinar Harian. Selain itu, pada
23 Jun 2022, polis telah menahan 10 pelajar sebuah
asrama sekolah menengah di Teluk Intan berhubung
kes buli sehingga mendatangkan kecederaan
membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua di
asrama itu. Hasil siasatan awal mendapati mangsa
dipukul secara beramai-ramai serta dicederakan

dengan menggunakan seterika panas dipercayai
berpunca akibat cemburu terhadap mangsa yang
berbual dengan seorang pelajar perempuan yang
juga teman wanita kepada seorang daripada
suspek. Tambahan pula, pada bulan Disember
2021, seorang pelajar sebuah sekolah berasrama
menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lelaki di
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan
Shah sehingga menular di media sosial yang
memaparkan mangsa dikepung dan ditumbuk di
bahagian perut.

Jika kita meninjau dari sudut unsur kelucahan,
Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada
2018 mendedahkan data amat mengejutkan apabila
kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10
hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara
sengaja. Selain daripada nafsu sendiri, mereka
berbuat demikian adalah kerana rekod laman web
yang dilayari oleh mereka boleh dipadamkan.
Apabila ibu bapa melakukan pemeriksaan, mereka
susah untuk mengetahui laman web yang pernah

dilayari oleh anak mereka. Secara tidak langsung,
unsur kelucahan akan ditanam dalam remaja sendiri.
Ketagihan menonton video pornografi akan
menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebut.
Secara tidak langsung, kes pembuangan bayi akan
berlaku. Menurut berita yang disampaikan oleh Berita
Harian, seorang pelajar kolej yang mencampak bayi
yang baharu dilahirkannya dari tingkat 13 rumahnya
di apartmen di Bandar Baru Farlim, Air Itam,
Georgetown pada 10 Julai 2020. Bayi itu meninggal
dunia akibat kecederaan parah di kepala dan susulan
kejadian tersebut, remaja itu dan teman lelakinya
ditahan reman bagi siasatan lanjut. Menurut
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah
Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11),
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten
Komisioner (ACP) Siti Kamsiah Hassan juga, Siti
Kamsiah berkata, kes buang bayi di seluruh negara
pada 2018 mencatatkan 128 kes diikuti 125 kes
(2019), 104 kes (2020) dan 86 kes pada tahun 2021.
Antara 443 kes, 149 orang ditemukan masih hidup
manakala 294 bayi meninggal dunia. Ini bukan sahaja
terlibat dalam jati diri seseoang remaja, malah juga
terlibat hak bayi tersebut untuk meneruskan
kehidupan mereka.

KESAN NEGATIF 4

Penggunaan ICT akan menyebabkan hubungan
silaturahim menjadi renggang.

Ketika kita duduk di kereta, semua orang melihat
telefon mereka.Duduk dalam bas pun sama, semua

。orang menunduk ke arah telefon masing-masing

Apabila ICT mula-mula keluar, ramai orang
mempunyai keraguan: Adakah ICT memjadi orang
lebih kesepian?

ICT telah memberikan lebih banyak kemudahan
kepada kehidupan kita. ICT membolehkan kita
berkomunikasi dengan mudah walaupun jaraknya
beribu-ribu batu. Cara hubungan yang cekap ini
meningkatkan kualiti hidup kita. Tetapi kemunculan
ICT juga memisahkan hubungan antara kami
masing-masing.

Walaupun kami telah mendapat lebih ramai kawan
yang tidak dikenali, ia juga menjadikan kami
interaksi sosial macam makanan segera. Tidak ada
rakan yang boleh dipercayai dan mengekalkan
sesuatu tempoh.

KESAN NEGATIF 5

ALAT ICT MENDORONG KEPADA MASALAH KESIHATAN
Perkataan 'kesihatan' bererti kemampuan untuk

meneruskan hidup dengan prospek positif dengan
mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh hal yang
demikian, masalah kesihatan memberi makna
masalah yang menimbul yang telah menjejaskan
kualiti hidup seseorang, sama ada dalam bentuk
penyakit ataupun kesihatan mental.

Penggunaan ICT secara tidak terkawal akan
mendorong kepada masalah kesihatan manusia
secara kroniknya. Masalah kesihatan yang paling
jelas kita jumpai misalnya kecacatan penglihatan
mata. Penggunaan gajet-gajet elektronik ICT dalam
tempoh masa yang lama akan menyebabkan mata
kita terasa tegang akibat keletihan. Kajian telah
membuktikan bahawa jika kita melihat skrin 3C pada
masa yang panjang tanpa melegakan mata, hal ini
akan mengakibatkan mata kita menjadi rabun
pendek.

Para era globalisasi ini, manusia gemar
menggunakan ICT untuk berkomunikasi sehingga
perbuatan mereka ini telah memberikan impak yang
besar kepada masyarakat.

KESAN NEGATIF 5

Lama-kelamaan manusia akan hanya bergantung pada
gajet-gajet elektronik untuk menyelesaikan masalah
kecil dalam kehidupan seharian. Perbuatan ini turut
menyebabkan kesihatan badan kita terjejas. Misalnya,
kekurangan masa untuk melakukan aktiviti sukan akibat
penggunaan gajet-gajet elektronik boleh menyebabkan
penyakit obesiti dan lain-lain penyakit.

Seterusnya, kesan negatif ICT kepada masalah
kesihatan manusia yang agak ketara ialah
menyebabkan penyakit insomnia. Penggunaan telefon
pintar untuk melayari Iaman sesawang, bermain
permainan video pada waktu malam akan menjejaskan
kualiti tidur. Bukan itu sahaja, penggunaan telefon
pintar atau komputer dengan tidak berfaedah misalnya
akan mengakibatkan ketagihan. Contohnya, remaja
pada masa kini gemar membazirkan masa dalam dunia
sosial media sehingga melupakan diri sendiri sebagai
manusia yang harus hidup dalam dunia yang nyata ini.
Kekurangan masa tidur boleh menjejaskan fikiran kita
serta boleh menyebabkan kita menjadi murung.
Perkara ini amat serious kerana akan menimbulkan
segala penyakit psikologi. Hakikatnya, kemurungan
pada jangka masa yang lama dapat memupuskan azam
seseorang.

KESAN NEGATIF 5

Secara konklusi, penggunaan ICT secara terlebih akan
memudaratkan kesihatan manusia secara tidak
langsung. Justeru, manusia haruslah bijak
mempraktikkan keseimbangan antara waktu
penggunaan gajet-gajet dan waktu beriadah ataupun
berehat.

KESAN NEGATIF 6

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
akan menyebabkan masyarakat menghadapi
masalah pengangguran jika tidak diguna dengan
betul. Alat ICT yang akan membawa kesan ini ialah
teknologi AI dan mesin-mesin berteknologi maju.
Eksekutif-eksekutif syarikat tidak akan megupah
banyak pekerja kerana banyak kerja sudah boleh
digantikan dengan sempurna oleh mesin-mesin
yang berteknologi maju, kecuali juruteknik ICT yang
bertanggungjawab untuk menyelidik teknologi ini.
Selain itu, terdapat banyak orang akan biarkan AI
mengambil alih kepada kerja yang berulang-ulang,
seperti pekerjaan khidmat pelanggan. Seterusnya,
kerja-kerja yang membosankan dan kompleks
akan diserahkan kepada AI kerana prosesnya lebih
cekap daripada manual. Bukan ini sahaja, kerja
yang lebih mudah seperti kerja analitikal, statistik
dan pengiraan juga akan bagi AI untuk
menjimatkan perbelanjaan gaji syarikat.

Di samping itu, oleh sebab komunikasi dan
perkongsian maklumat menjadi mudah diperolehi
pada zaman kini, oleh itu keperluan orang ramai
terhadap pekerjaan dalam bidang ini tidak lagi
begitu banyak, contohnya juruhebah radio,
pembaca berita dan sebagainya.

Kesan-kesan tersebut yang menyebabkan
pengangguran akan mengakibatkan banyak
masalah dan kekacauan sosial. Jika orang yang
dipecat tidak dapat mencari pekerjaan yang cukup
gaji untuk membayar perbelanjaan isi rumah,
sebahagian orang mungkin akan membuat
putusan untuk melakukan aktiviti jenayah,
akibatnya jumlah kes jenayah akan meningkat dan
masyarakat ini akan menjadi semakin bahaya,
keselamatan orang ramai tidak dapat dijamin.

Masyarakat dan teknologi menjadikan
aplikasinya dalam kehidupan seharian manusia
semakin penting terutamanya dalam kalangan
remaja. Teknologi maklumat dan komunikasi
menjadi semakin kompleks, juga kerana manusia
tidak dapat melakukannya tanpa teknologi.

Masyarakat dan teknologi menjadikan
aplikasinya dalam kehidupan seharian manusia
semakin penting terutamanya dalam kalangan
remaja. Teknologi maklumat dan komunikasi
menjadi semakin kompleks, juga kerana manusia
tidak dapat melakukannya tanpa teknologi
maklumat.

Teknologi dan maklumat telah berjaya
menghapuskan batasan sempadan sesebuah
negara. Prasarana telekomunikasi dan sistem
maklumat berasaskan multimedia membenarkan
pelajar berinteraksi secara aktif dengan
maklumat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ICT merupakan sesuatu alatan
yang akan memudaratkan masyarakat kita jika kita
tidak menggunakannya dengan cara yang betul.
Setiap ciptaan di bumi oleh manusia mesti ada
kebaikan dan keburukan tersendiri. Justeru, kita
sebagai insan yang bijaksana mestilah pandai
membezakan perkara yang baik dan yang buruk,
bak kata perpatah buang yang keruh, ambil yang
jernih.

REFLEKSI DIRI

LIM JIE JING :
Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah mengetahui cara hendak
membuat efolio dengan menggunakan anyflip, iaitu memuat naik
dokumen dalam PDF format dalam laman web anyflip. Selain itu,
pengetahuan saya tentang kesan negatif ICT terhadap masyarakat juga
bertambah. Dengan ini telah membantu saya untuk menggunakan ICT
dalam cara yang baik agar saya dapat menikmati segala kemudahan
yang dibawa oleh ICT. Saya juga ingin memgucapkan terima kasih
kepada Ms Vasanthi dan juga rakan sekelas saya dalam menjayakan
efolio ini. Tanpa bantuan yang diberikan cikgu dan rakan, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan.

WONG HO LEN :
Sehubungan dengan ini, saya telah banyak menerima ilmu yang
berharga melalui tugasan kursus ini dan dapat memberi keuntungan
kepada saya pada masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana
melalui rujukan dan perbincangan serta perundingan dengan ahli-ahli
kumpulan, saya dapat mengidentifikasi serta memahami tentang
kesan pengyalahgunaan ict dalam masyarakat Malaysia. Sudah terang
lagi menyuluh, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
ahli kumpulan saya atas kerjasama dan komitmen yang diberikan
sepanjang menyiapkan tugasan kursus ini. Terima kasih atas sudi
berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan.

SIOW LE RONG :
Selepas topic menyelidikan ini, saya boleh dapat lebih banyak kognisi
tentang ICT yang sisi buruk. Jadi kita mahu pencegahan hasil ini, kita
haruslah melakukan usaha yang sewaja. Ada pepatah seperti ini: "Jarak
paling jauh di dunia adalah apabila anda duduk di hadapan saya tapi
bermain dengan telefon anda sendiri." Oleh itu, kita haruslah sesuai
mengurangkan masa yang guna Internet, guna masa yang lebih lama
untuk menghargai orang di hadapan kita, dan menikmati kehidupan
sebenar.

REFLEKSI DIRI

LIM SIEW CHING :
Dalam kursus ini, Ia telah memberi saya lebih banyak wawasan
tentang masyarakat Malaysia, budaya Malaysia dan latar belakang
Malaysia. Ia juga membuatkan saya terfikir tentang kontroversi yang
berlaku di Malaysia dan cara kita boleh memperbaiki sebagai
warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, kita masih mencuba
yang terbaik untuk berkembang dan belajar dalam negara kita.
Kalau ada perkara yang saya boleh lakukan untuk negara kita ialah
mencintai negara kita dan rakyatnya dan juga mengharapkan masa
depan Malaysia lebih baik. Selain itu, belajar kursus ini
sememangnya sukar bagi saya. Memandangkan saya berasal dari
latar belakang dengan pemahaman yang terhad tentang Bahasa
Malaysia dan sejarah Malaysia, saya bergelut semasa belajar kursus
ini. Walaupun begitu, saya berasa amat gembira kerana rakan-rakan
saya sedia membantu saya. Malahan, saya bersyukur dapat
mengetahui keindahan Malaysia dan bagaimanakah ICT telah
menyatukan kita. Apabila ia digunakan dengan bijak, ia terdapat
banyak kelebihan yang kita tidak bayangkan. Akhirnya, terima kasih
kepada rakan-rakan saya dan pensyarah kami, Cik Vasanthi yang
mengajar kami selama empat bulan.

NG YI YAN :
Sebagai refleksi diri, di sini saya menghuraikan pendapat saya
terhadap tugasan berkumpulan kali ini. Saya telah mengambil
kesempatan terhadap peluang yang diberi ini untuk mempelajari
cara membuat tugasan e-folio. Misalnya, cara membuat e-folio
secara mudah dan ringkas melalui aplikasi yang canggih.
Seterusnya, saya telah memahami topik pembentangan kami
secara lebih mendalam setelah membuat rujukan daripada
pelbagai sumber. Saya berharap untuk melatihkan diri supaya
lebih mahir dalam cara membentang atau cara penghasilan
sesuatu projek.

REFLEKSI DIRI

Perkara yang lebih penting ialah saya berharap melalui projek
berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong-
menolong sesama ahli kumpulan. Hal ini dapat mengeratkan
hubungan sesama rakan sekelas.

ANG YU EN :
Pada zaman kini, bukan semua orang berbakat dalam bidang
teknologi. Oleh itu, hanya orang yang bekerja dalam bidang
teknologi tidak akan terjejas pada era perkembangan teknologi yang
pesat ini. Pekerjaan selain daripada sains dan teknologi akan
semakin dihapuskan. Saya sudah menambahkan banyak ilmu
pengetahuan tentang pengguaan dan kesan-kesan negatif ICT
terhadap masyarakat manusia. Saya juga memahami dan
mengetahui akibat-akibat yang akan sebabkan kalau kita manusia
terlalu bergantung terhadap teknologi AI dan membiarkan AI
mengambil alih dalam bidang pekerjaan yang penting dalam
kehidupan manusia akan mengakibatkan banyak masalah sosial
yang berbahaya. Walaupun teknologi AI merupakan kemudahan
dalam kehidupan kita, tetapi kita tidak boleh membiarkan AI
menduduki kehidupan kita. Kesimpulannya, kita tidak boleh
memanjakan masalah ini terus menjadi semakin serius, oleh itu
kawalan terhadap teknologi AI mesti dikekalkan, sebaliknya masalah
pengangguran yang disebabkan oleh kemajuan teknologi AI tidak
akan diatasi dengan mudah.

RUJUKAN

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perbuatan-membuli-
keganasan-di-kalangan-pelajar-perlu-dikawal-lam-thye-146088

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544573/80-peratus-
kanak-kanak-10-17-tahun-tonton-pornografi

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/923248/jenayah-
buang-bayi-masih-berleluasa

https://ms.theastrologypage.com/information-communications-technology

https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah

https://prezi.com/p/wocbvystd7iz/kesan-ict-terhadap-kesihatan/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version