The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-44329017, 2023-01-01 18:00:22

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB BIL 2 2022

MIN BA 2 2022

MINIT MESYUARAT BIL. 2
TAHUN 2022/2023

PANITIA BAHASA ARAB
SKBTHO2

https://anyflip.com/aqrpg/zcna/

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
43200 CHERAS, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB BIL. 2/ 2022

TARIKH : 23 September 2022
MASA : 12.15 Tengahari
TEMPAT : Kamar Millenium, SKBTHO2
PENGERUSI : Puan Nurul Haliza Ilyana Binti Mohd Razali (Ketua Panitia)

KEHADIRAN :

1. Pn. Nurul Haliza Ilyana bt Mohd Razali Ketua Panitia
2. Pn. Shukriah binti Ahmad Setiausaha Panitia
3. En. Mohamed Syakir bin Md Tahir Guru Penolong
4. Pn. Irma Aznita bt. Kambali Guru Penolong
5. Pn. Rosmaini bt. Othman Guru Penolong
6. En. Nik Haziman bin Che Daud Guru Penolong
7. Pn. Azima bt. Mat Zin @ Ismail Guru Penolong
8. Pn. Siti Hajar bt Ab Rahim Guru Penolong
9. En. Zakiri bin Ab Hamid Guru Penolong
10. Pn. Wan Zulaidah bt Wan Hamat Guru Penolong
11. Pn. Noramani bt. Mat Nor Guru Penolong
12. En. Mohd Shamilulhayat bin Mohd Asri Guru Penolong
13. Pn. Nur Zuriyatie bt Aziz Guru Penolong
14. Pn. Sumayyah bt. Johaidi Guru Penolong
15. Pn. Anismaziha bt. Mohd Zin Guru Penolong
16. YM Tg Ihtifazuddin bin Tg Ibrahim Guru Penolong
17. Pn. Nur Khadijah bt. Zahariman Guru Penolong

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN :
TIADA

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima
kasih kerana sudi hadir dalam mesyuarat panitia kali ke dua hari ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah di atas tanggungjawab bersama dalam
memastikan pengurusan panitia berjalan dengan sebaik mungkin.

.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 1/2022
2.1 Puan Nurul Atikah binti Bukhori mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa
Arab Bil 1/2022 diterima dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Duit PCG Panitia Bahasa Arab tahun ini adalah sebanyak RM5,027.25.
3.2 Baki terkini setelah ditolak perbelanjaan Program Mukhayyam Arabiy, Mei 2022
adalah sebanyak RM 3,074.55. Rujuk slaid pembentangan.

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Pengurusan Fail Panitia
4.1.1 Pengerusi meminta Setiausaha untuk mengemaskini bahan yang
diperlukan bagi fail panitia sesi 2022. Mohon rujuk borang semakan fail
panitia.
4.1.2 Bahan yang terkini ialah Minit Mesyuarat Kali ke 2 hari ini.

Tindakan: Makluman

4.2 Pelaporan Aktiviti Panitia
4.2.1. Program pertama panitia bagi Tahun 2022 iaitu Mukhayyam Arabiy 2022
telah dilaksanakan pada 21-23 Mei yang lalu. Tahniah kepada semua guru
Bahasa Arab yang menjayakannya.
4.2.2 Pengerusi memaklumkan Proram Karnival Bahasa SKBTHO2 di bawah
Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan bahasa Arab Arab akan diadakan selama sebulan bermula 3
Oktober 2022.
4.2.3 Karnival Bahasa Arab juga akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2022
bersempena Program Karnival Bulan Bahasa tersebut. Taklimat mengenai
Karnival Bahassa Arab ini akan di adakan pada masa terdekat.
4.2.4 Takwim Panitia adalah seperti di dalam lampiran 1.

.
Tindakan: Makluman

4.3 Penulisan E-RPH/E PREMA: OPKK
4.3.1 Pengerusi membugarkankan kembali mengenai keperluan objektif
pembelajaran dan kriteria kejayaan yang perlu ada di dalam erph.
4.3.2 Objektif Pembelajaran: Pernyataan yang menerangkan apa yang ingin
dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran.
4.3.3 Kriteria Kejayaan: Elemen-elemen kecil daripada objektif pembelajaran
4.3.4 Pengerusi juga mengingatkan kepada semua guru supaya menulis/
menampal OPKK di papan putih sebelum memulakan sesuatu pdpc.
4.3.5 Guru juga perlu menyediakan RPH dengan lebih awal supaya memudahkan
urusan guru sekiranya dicerap atau diminta oleh pelawat, pentadbir atau
pegawai PPD.

Tindakan: Makluman

4.4 Rekod Persediaan Mengajar / Fail Rekod Mengajar
4.4.1 Pengerusi mengingatkan semua guru untuk mengemaskini RPM/FRM
supaya ianya sentiasa bermaklumat seperti memasukkan kesemua RPH
yang telah disemak oleh Pentadbir.

4.4.2 Pastikan juga ianya disisip dengan RPT & DSKP.
4.4.3 RPM/FRM merupakan dokumen rasmi. Semua guru perlu menjaganya

dengan baik.

Tindakan: Makluman

4.4 PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)
4.4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama para guru dalam
mentaksir penguasaan murid serta mengisi data PBD pada tarikh seperti
yang telah ditetapkan oleh Penyelaras PBD.
4.4.2 Guru-guru boleh melihat Data PBD subjek Bhaasa Arab dengan merujuk
Lampiran 2.

Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1.1 Setiap program yang dijalankan perlu dibuat dokumentasi mengikut format
SPSK/OPPR.
5.2 Guru-guru diingatkan untuk menghantar buku Latihan/buku tulis kepada
pentadbir mengikut Tarikh yang telah ditetapkan seperti yang tertera di
dalam Buku Pengurusan 2022

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1 Pengerusi berharap agar sesi pembelajarn secara bersemuka kali ini berjalan
lancar.
6.2 Pengerusi juga mengharapkan semua guru Bahasa Arab sesi 2022 dapat
memberikan kerjasama dan meningkatkan professionalisme serta
prestasi ke arah kemenjadian murid-murid SKBTHO2.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 petang.

…………………………….

Setiausaha,
Panitia Bahasa Arab 2022
SK Bandar Tun Hussein Onn 2

23 September 2022

Lampiran 1

TAKWIM PANITIA BAHASA ARAB 2022

BIL TARIKH/TEMPOH AKTIVITI

1 APRIL – NOVEMBER PROGRAM 3 KALIMAH BAHASA ARAB SEHARI

2 MEI MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA

3 23 – 27 MEI MUKHAYYAM ARABIY2022

4 23 MEI CERAMAH MOTIVASI BAHASA ARAB TAHUN 6 :

HAYYA BIL ‘ARABIYYAH

5 25 MEI PROGRAM PERKEMBANGAN BAKAT:
1) DOODLE BAHASA ARAB
2) SINERGI KALAM ARABIY :

HALUSI TEKNIK & PENGUASAAN

6 JUN 2022 – FEB 2023 PETAH BICARA

7 4 – 8 JULAI PLC KITARAN 2

8 OGOS PELAPORAN PBD SEM 1

9 SEPTEMBER MESYUARAT PANITIA KALI KE 2

10 OKTOBER KARNIVAL BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH 2022
11 OKTOBER (UNIT KOKURIKULUM BERSAMA PANITIA BM,BI & BA)
KARNIVAL BAHASA ARAB 2022
12 NOVEMBER PAMERAN & BOOTH PENDIDIKAN 2022
“PEMANGKIN PEMBELAJARAN BERMAKNA”
MAHRAJAN SENI DAN ILMIAH BAHASA ARAB 2022

13 DISEMBER PROGRAM JOM! CILIK MUMTAZ & TAHSIN INTENSIF

14 18 DISEMBER HARI BAHASA ARAB SEDUNIA
-VIDEO VLOG MURID TAHUN 6

Lampiran 2

RUMUSAN PBD PERTENGAHAN TAHUN 2022 MENGIKUT TAHUN

TAHUN 1
TAHUN 2

TAHUN 3

TAHUN 4

TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6


Click to View FlipBook Version