Analisis Rekod Bacaan
2018 -2021
Tahun 2018 2019 2020 2021
Jumlah 19 64 67 72
Bacaan
222
Jumlah
Keseluruhan
This template was created by Slidesgo 49
Ulasan
8 Buku
Tragedi Langsir Raya
Tiada Dendam Di Hati
50
Buku Cerita 1
Tajuk : Tragedi Langsir Raya
Muka Surat : 30
Penulis : Nor Azlin Kamarudin
Penerbit : Vital Star Sdn. Bhd.
This template was created by Slidesgo 51
Ulasan
Tragedi Langsir Raya
Suatu petang, Erin dan keluarganya amat gembira kerana hari raya Aidilfitri
bakal menjelang esok. Puan Zaharah, ibu Erin dan neneknya sedang sibuk
menyiapkan hidangan juadah hari raya untuk esok. Ayah Erin sedang
menjaga api lemang sementara Arif abang Erin dalam perjalanan pulang
dari rantau menimba ilmu. Ketibaan Arif di perkarangan rumah disambut
gembira oleh Erin. Arif bersalaman dengan ibu, nenek dan ayahnya.Arif
juga membelikan Erin sepasang baju kurung dan bunga api. Erin gembira
mendapat hadiah dari abangnya. Setelah baju kurung disimpan, Erin
bermain bunga api seorang diri di atas beranda rumah. Ibu melarang Erin
bermain bunga api di situ kerana bimbang bunga api terkena langsir yang
baru diganti. Erin tidak mengendahkan teguran ibunya itu kerana Erin
seorang budak perempuan yang manja dan degil. Malang tidak berbau,
bunga api yang dimain oleh Erin terkena langsir itu dan membakar
sebahagiannya. Mujurlah Arif dan ayah memadamkan api itu serta merta.
Ibu dan nenek membawa Erin turun dari beranda rumah. Puan Zaharah
memarahi Erin dan Erin hanya menundukkan kepala sambil menanggung
sesal yang tidak berguna. Ibu Erin menyatakan bahawa dia tidak akan
menggantikan langsir yang hangus itu kerana ingin menjadi bukti kedegilan
Erin. Keesokan harinya ibu Erin menceritakan peristiwa itu kepada sanak
saudara yang hadir berkunjung. Sejak 1 Syawal itu, Erin tekad berubah dan
menjadi seorang anak yang lebih mendengar arahan orang tua.
Iktibar yang boleh kita ambil daripada cerita ini ialah sikap degil
tidak membawa sebarang faedah kepada kita.
Hal ini boleh dikaitkan dengan sikap anak-anak khususnya
remaja masa kini yang semakin membimbangkan dan menjurus ke arah
negatif. Justeru itu, perkara ini haruslah dibendung dari awal lagi.
This template was created by Slidesgo 52
Buku Cerita 2
Tajuk : Tiada Dendam Di Hati
Muka Surat : 30
Penulis : Nor Azlin Kamarudin
Penerbit : Vital Star Sdn. Bhd.
This template was created by Slidesgo 53
Ulasan
Tiada Dendam Di Hati
Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri yang hidup serba
kekurangan. Mereka hanya bekerja sebagai pemungut tin kosong untuk
dijual. Kakak dan abang anak kepada suami isteri itu masing-masing
bekerja di restoran dan kilang berdekatan. Beng, anak bongsu keluarga
itu masih bersekolah. Di sekolah Beng sentiasa dihina kerana hidup di
dalam kemiskinan. Namun begitu, Beng tidak pernah ambil hati dan
bersabar dengn apa yang terjadi. Ibu bapanya sering kali menasihati
Beng agar bersabar dan yakin bahawa Beng akan mengubah hidup
mereka sekeluarga. Beng seorang yang pandai dalam pelajaran. Suatu
hari peperiksaan diadakan di kelas Beng dan Beng mendapat keputusan
yang cemerlang. Kecemerlangannya itu dicemburui oleh Nazim, rakan
Beng yang sering menghinanya. Selepas waktu persekolahan tamat,
Beng pulang dengan melalui kawasan kebun kelapa. Semasa melalui
kawasan itu, Beng terdengar jeritan orang meminta tolong. Beng
mengekori suara itu dan semakin hampir semakin jelas kelihatan Nazim
sedang diserang monyet liar. Dengan pengetahuan yang ada, Beng
menghalau monyet itu.Beng tahu cara menjinakkan dan menghalau
monyet kerana dia memelihara seekor monyet bernama Jax. Monyet liar
itu berjaya dihalau dan Nazim hanya terpinga-pinga melihat Beng. Orang
yang dihinanya kini telah menyelamatkannya. Nazim meminta maaf dan
berasa hina dengan perbuatannya itu. Beng tidak mempedulikannya
sebaliknya bersalaman dengan Nazim dan mengajaknya berteman.
Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah janganlah
kita memandang lemah kepada seseorang. Selain itu, ibu bapa juga
haruslah memberikan nasihat dan semangat kepada anak-anak mereka.
Peristiwa ini boleh dijadikan iktibar dalam menangani isu buli
dalam kalangan pelajar sekolah yang semakin berleluasa.
This template was created by Slidesgo 54
Sekian,
Terima
Kasih
CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, infographics &
images by Freepik