The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raja dania, 2020-11-24 10:05:22

RINDU YANG TIDAK PERNAH HILANG

RINDU YANG TIDAK PERNAH HILANG

RINDU YANG TIDAK PERNAH
HILANG

Disediakan oleh Raja Dania Safiah binti Raja Daud

Rindu ?
Perkataan itu sangat perit bagi aku
Rindu yang dalam ini tiada ubat yang boleh menyembuhku
Aku sentiasa berdoa untuk hilangkan perasaan ini

Tetapi tidak boleh
Kenapa ya allah ?
Adakah ini balasan buatku ?

Ini kisahku bersama orang yang aku cinta selama ini
Namanya cukup indah iaitu Sofia

Kami sudah bersama selama 4 tahun dan lusa merupakan tahun ke 4 kami bersama
Tetapi pada hari ini , Sofia mengajak aku keluar bersama
Senyumannya kelihatan sedih dan tiada manis

Aku hanya menyedapkan hatiku dan bergembira bersamanya
Sehingga lah tiba masa untuk kami berpisah
Dia mengajak aku untuk bermain satu cabaran
Cabaran apakah itu ?

Cabaran itu adalah aku tidak boleh langsung bermesej , menelefon dan sebagainya dalam masa satu
hari

Aku agak pelik mengapa dia mahu bermain cabaran ini tetapi dia mahu teruskan cabaran ini juga
Demi tidak mahu melukai hatinya
Aku sahut cabaran itu

Selama satu hari itu , aku sangat merinduinya
Aku mahu menelefonnya

Aku mahu dengar suaranya
Tetapi aku tetap teruskan cabaran itu
Ketika itu , aku sangat bodoh kerana meneruskan cabaran itu

Pada keesokannya harinya dan tiba lah hari ulang tahun bersama Sofia yang ke 4
Aku sangat teruja dan sangat merinduinya

Aku datang ke rumahnya dengan membawa sejambak bunga mawar yang disukai oleh Sofia
Tetapi

Muncul wajah kedua ibu bapa Sofia di hadapan pintu
Wajah mereka sangat murung dan sedih

Dan ketika itu , aku mahu membunuh diriku
Pada hari ini yang merupakan hari bermakna menjadi hari yang sangat malang buatku

Aku kehilangan orang tercinta buat selamanya
Sofia menulis surat buatku dan dia berharap aku akan terus kuat

Aku sangat bodoh
Rinduku padanya tidak pernah hilang buat selamanya
Aku mahu ucapkan buat kali terakhir padanya yang

Aku sangat cintakan kau , Sofia


Click to View FlipBook Version