The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adilah Shahirah, 2020-05-14 09:35:11

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI (KATA TUGAS)

KUMPULAN (KATA TUGAS) (2)

Keywords: KATA PENYAMBUNG AYAT

BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
SEMESTER 2 SESI 2019/2020 (A192)

TUGASAN KUMPULAN
TAJUK

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI :KATA TUGAS (KATA
PENYAMBUNG AYAT)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM
NUR ALIES HAIQAL BINTI RAMLI D20181082363 AT01
ADILAH SHAHIRAH BINTI AZAHAR D20181082344 AT01
D20181082336 AT01
FATIN NABILA BINTI RAZALI D20181082318 AT01
NORHUDA BINTI MOHD NASIR D20181082347 AT01

MOHAMMAD HAKIMI BIN
MOHAMMAD REJAB

NAMA JABATAN : FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD RAI’N

KUMPULAN :B

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 OBJEKTIF 2

3.0 DAPATAN KAJIAN

Konsep Kata Hubung Gabungan 3-6
 Contoh 7
 Aktiviti 8
9
A)Show Down 10-11
 Latihan Peneguhan
12
Konsep Kata Hubung Pancangan Relatif 13
 Contoh 14-15
 Aktiviti
15
A) Think-Pair-Share
16-17
B) Dialog 18-19
 Latihan Peneguhan
19
Konsep Kata Hubung Pancangan Komplemen 20-23
 Contoh
 Aktiviti 24

A) Tic-Tac-Toe

B) Gallery Walk
 Latihan Peneguhan

Konsep Kata Hubung Pancangan Keterangan(
Musabah,Syarat,Tujuan)

 Contoh

 Aktiviti

A) Teka Silang Kata
 Latihan Peneguhan

Konsep Kata Hubung Pancangan Keterangan( Waktu,
Harapan Cara)

 Contoh

 Aktiviti

A) Fun N Pick
 Latihan Peneguhan

Konsep Kata Hubung Pancangan Keterangan( Akibat, 25-27
Pertentangan, Perbandingan) 28-29
 Contoh
 Aktiviti 30
30-33
A) Kumpulan
 Latihan Peneguhan

4.0 KESIMPULAN 34
5.0 RUJUKAN

LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
 KATA

Istilah golongan kata sama dengan jenis kata, kelas kata atau kategori kata.
Penggolongan kata merupakan proses menjeniskan dan mengelompokkan kata berdasarkan
kriteria tertentu. Antara kriteria yang digunakan untuk menggolongkan perkataan ialah ciri-ciri
persamaan yang dimiliki oleh kategori kata tersebut, iaitu dari segi makna, keserupaan bentuk,
posisi kata, dan fungsinya dalam ayat.

 TATABAHASA PEDAGOGI

Menurut Abdullah Hassan (2008) tatabahasa adalah susunan perkataan yang menjadi
ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga
mempunyai makna. Cara cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Tatabahasa pedagogi pula
adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaranbahasa dan ia berbeza
daripada tabahasa pegangan. Perbezaan paling ketara dapat dilihat apabila ia dibandingkan
dengan tatabahasa pegangan. Kita akan mendapati bahawa tatabahasa pedagogi bukan sahaja
mengandungi huraian rumus-rumus tatabahasa dan contoh, tetapi juga latihan-latihan bagi
mengajarkan dan mempelajari bahasa. Ini adalah kerana tatabahasa pegangan itu adalah
sebenarnya pedoman. Tatabahasa pedagogi pula adalah untuk pengajaran dan pembelajaran.
Tatabahasa pegangan mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah. Tatabahasa pedagogi
mesti dipunyai oleh semua murid, pelajar, guru dan pensyarah.

 DEFINISI KATA TUGAS
Dalam bahasa Melayu, ada perkataan yang tidak dapat berdiri sendiri, tetapi

mempunyai fungsi tatabahasa tertentu dalam ayat. Perkataan ini dikenali sebagai kata tugas.
Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa. Atau ayat, untuk mendukung sesuatu
tugas sintaksis yang tertentu (Nik Safiah Karim et al., 2010). Contohnya, kata tugas ke, sangat,
dan, sisi, telah, dan apa tidak boleh berdiri sendiri dalam ayat. Golongan kata ini merangkumi

1

pelbagai jenis dan penjenisannya dibuat mengikut fungsinya. Perkara yang membezakan
golongan kata ini dengan golongan kata yang lain ialah golongan kata tugas tidak boleh
menjadi unsur inti bagi binaan frasa yang menjadi predikat ayat, berbanding dengan kata nama,
kata kerja, dan kata adjektif.

 DEFINISI KATA PENYAMBUNG AYAT
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal

atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau
lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk. Beliau telah membahagikan kata hubung
kepada dua jeni siaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Menjelaskan definisi kata tugas serta menyenaraikan jenis-jenis kata hubung yang
terdapat dalam morfologi bahasa Melayu.

(b) Untuk mengenal pasti dan membincangkan kata hubung dalam morfologi bahasa
Melayu.

(c) Merangka aktiviti menggunakan jenis kata hubung.

2

3.0 DAPATAN KAJIAN

 KONSEP KATA HUBUNG GABUNGAN

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004: 239), kata

hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama taraf

sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat

majmuk gabungan. Kata hubung gabungan merupakan kata tugas yang menyambungkan dua

atau lebih klausa utama atau klausa bebas yang setara untuk membentuk ayat majmuk

gabungan. Kata hubung gabungan terdiri daripada beberapa jenis iaitu dalam bentuk tunggal,

bentuk terbitan, bentuk majmuk, dan bentuk berpasangan. Antara kata hubung gabungan ialah:

i. Dan = untuk menggabungkan dua unsur yang setara .
ii. Atau = menunjukkan pilihan.
iii. Kecuali/melainkan = untuk menunjukkan kekecualian.
iv. Lalu = untuk menggabungkan dua perkara atau perbuatan yang berlaku

berturut-turut.
v. Maka = untuk menyatakan maksud setelah itu dan kerana itu.
vi. Malahan = untuk menunjukkan sesuatu yang makin atau kiab bertambah.
vii. Sambil = untuk menunjukkan sesuatu yang dilakukan bersama-sama.
viii. Serta = untuk menunjukkan sesuatu yang serentak.
ix. Tetapi = untuk menunjukkan sesuatu atau hal-hal yang berlawanan.
 Contoh lain: bahkan, padahal,seraya,lagi,sedangkan,kemudian.

1.1.1. BENTUK TUNGGAL
1.1.2. Contoh:
• Masjid yang sentiasa penuh pada waktu Maghrib dan Isyak.
• Saya pernah terpesona serta tertarik dengan lukisan itu.
• Maka makanlah masing-masing pada hidangannya.
• Beberapa orang murid suka berjalan sambil bernyanyi.
• Menunjukkan lagi cara makan yang lebih sopan.
• Pak cik sudah tidak selincah atau sehebat dulu.
• Ada orang yang tidak suka menyanyi tetapi bukan kami orangnya.
• Ahmad berkata seraya, “Inilah hasil kerja saya.”

3

(sumber: Novel Dari Salina ke Langit Petang)
Rajah 1. Ayat Kata Hubung Gabungan Bentuk Tunggal.

1.1.3. BENTUK TERBITAN
Contohnya:

 Bukan itu sahaja, malahan Nina sanggup melakukan apa-apa sahaja.
 Bagi mereka, asalkan adik sembuh mereka sanggup melakukan apa jua yang

diperlukan.
 Tiada Tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad ialah pesuruh Allah.
 Aiman tidak ke sekolah. Sebaliknya dia melepak di pusat permainan video.
 Bagaimana pencuri memasuki rumah, sedangkan pintu rumahnya dikunci.

(sumber: http://cikgunikfaizul.blogspot.com/2014/)
Rajah 2. Ayat Kata Hubung Gabungan Bentuk Terbitan

1.1.4. BENTUK MAJMUK
Contohnya:

 Dia rajin manakala adiknya malas.
 Anis tidak sombong meskipun dia pandai dan cantic.
 Hamid dirotan oleh cikgu walhal bukan dia yang meniru dalam ujian.
 Kau berpura-pura tidak tahu padahal kau yang buat kami rasa takut dulu.

(sumber: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/khubung.htm)
Rajah 3. Ayat Kata Hubung Gabungan Bentuk Majmuk

1.1.5. BENTUK BERPASANGAN
Contohnya:

 Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong-royong membersihkan
surau sekolah.

 Iman bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
 Semakin lama semakin ramai orang dekat warung Tok Haji.
 Pengetua meminta sama ada ibu ataupun bapa murid hadir ke sekolah.
(sumber: http://cikgukhai3.blogspot.com/2012/11/selamat-datang-ke-blog-cikgu-khai.html)

Rajah 4. Ayat Kata Hubung Gabungan Bentuk Berpasangan

4

Kata hubung berpasangan juga dikenali sebagai kata hubung berkait. Kata hubung jenis
ini terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan oleh satu kata, frasa, atau klausa.

Contohnya:
1. Baik Aina mahupun Adib tidak dapat menjawab pertanyaan ibu.
2. Semakin lama semakin tidak mesra Aiman dengan Haziq.
(Sumber: Tatabahasa Asas Edisi Keempat)
Rajah 5. Ayat Kata Hubung Gabungan Berkait

Dari segi penggunaan kata hubung gabungan, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang
berlaku. Kesalahan bahasa di mana jika pasangan bagi kata hubung berpasangan itu digugurkan
seperti:

1. Rizal mahupun Kamal suka ponteng sekolah.
 Baik Rizal mahupun Kamal suka ponteng sekolah.

(Sumber: Tatabahasa Asas Edisi Keempat)
Rajah 6. Kesalahan Bahasa dalam Kata Hubung Gabungan

Kesalah bahasa juga berlaku apabila ayat tersebut dimulai dengan kata hubung jenis
ini, seperti ayat di bawah:

1. Manakala masalah kemerosotan disiplin murid perlu ditangani dengan secepat
mungkin.

 Masalah kemerosotan disiplin murid perlu ditangani dengan secepat mungkin.
(Sumber: Tatabahasa Asas Edisi Keempat)

Rajah 7. Kesalahan Bahasa dalam Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ini mempunyai tugas dan makna yang tersendiri. Contohnya:

i. Kata hubung tetapi yang mana berfungsi menghubungkan dua klausa yang setara
yang menunjukkan makna pertentangan.
Contoh ayat: Abang membuat kerja rumah tetapi adik pula sedang tidur.

ii. Kata hubung sambil berfungsi menghubungkan dua kata yang setara yang
menunjukkan makna serentak.
Contoh ayat: Intan makan sambil berbual dengan Aminah.

5

iii. Kata hubung maka berfungsi menghubungkan dua klausa setara yang
menunjukkan makna penjelasan.
Contoh ayat: Setelah lama merajuk maka aiman pun tertidur.

iv. Kata hubung dan berfungsi menghubungkan dua frasa yang setara yang
menunjukkan makna setara.
Contoh ayat: adik makan nasi dengan ayam goreng dan sayur goreng.
(Sumber: Tatabahasa Asas Edisi Keempat)
Rajah 8. Fungsi dan Makna Kata Hubung Gabungan

Setiap kali dalam penggunaan ayat, banyak berlaku kata hubung gabungan justeru

digabungkan dengan itu. Terbentuklah justeru itu. Walaubagaimanapun, penggunan justeru itu
salah kerana justeru membawa makna ‘malahan’ atau ‘bahkan’. Oleh itu, penggunaan justeru
itu tidak tepat kerana ianya tidak wujud sama ada bentuk ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

Contohnya: 1. Saya tidak pernah menipu Qasih justeru itu saya membantunya.
2. Saya tidak pernah menipu Qasih justeru saya membantunya.

(Sumber: Tatabahasa Asas Edisi Keempat)
Rajah 9. Contoh Ayat justeru itu

6

 AKTIVITI
A) SHOWDOWN

CONTOH SOALAN

1. Kamal menangis tersedu-sedu------------dipukul oleh abangnya.

12 A) supaya C) hingga
B) kerana D) sementara

2. Petani ini tekun membajak sawahnya dari pagi -------- ke petang.

A) hingga C) melainkan

34 B) apakah

3. Penduduk kampung itu terpaksa bekerja bertungkus-lumus -------

Rajah 10: Agihan Kumpulan menyara keluarganya.
Setiap Pelajar A) supaya C) untuk
B) sebab

4. Pak Ahmad berbual-bual kosong -------- menunggu ketibaan para

jemputan.

A) sambil C) sementara

B) manakala D) adakala
5. “Datanglah ke rumah saya --------- ada kelapangan,” kata Sidik.

A) kalau C) setelah

B) kecuali

Rajah 11. Sumber

www.mdfadilmin.blogspot.com

Berdasarkan Rajah 10 diatas menunjukkan agihan untuk setiap kumpulan bagi

melakukan aktiviti di mana melibatkan guru dan pelajar selaras dengan pembelajaran abad ke-

21 (PAK-21). Berdasarkan rajah 11 pula ialah soalan yang akan diberikan kepada pelajar untuk

menguji sejauhmanakah kefahaman pelajar dalam memahami kata hubung gabungan. Soalan

ini dilakukan dengan melakukan aktivti Showdown. Aktiviti ini dilaksanakan:

i. Guru akan membahagikan pelajar kepada empat kumpulan. Setelah itu, pelajar
akan bergerak kepada kumpulan masing-masing dan berada di tempat yang
telah ditentukan oleh guru.

7

ii. Guru akan memberi soalan kepada mereka untuk berbincang dan menjawab
dalam masa yang ditetapkan.

iii. Setiap ahli kumpulan akan menulis satu jawapan untuk menjawab soalan
tersebut.

iv. Pada masa yang ditetapkan oleh guru, semua pelajar akan menunjukkan
jawapan secara serentak.

v. Setelah itu, setiap ahli akan membetulkan dan mengukuhkan jawapan kawan
mereka.

 LATIHAN PENEGUHAN

Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata hubung yang tepat.

sambil kerana apabila atau dan serta

1. Ali ---------- Zaid berbincang tentang latihan sukan sekolah mereka.
2. Amni menangis -------- dia terjatuh dari basikalnya.
3. Farid terkejut -------- diberitahu guru kelas mereka kemalangan.
4. Puan Zaleha hendak pergi ke pasar raya -------- ke pasar tani?
5. Iqmal bersandar pada pokok---------membaca buku.

(sumber: Bahasa Latihan Tahun 1)

Gariskan kata hubung berpasangan dalam ayat majmuk yang berikut.
1. Baik lelaki mahupun perempuan memunyai hak yang sama.
2. Cerita itu entah betul entah tidak.
3. Ayah saya makin tua makin kerap sakit.
4. Buku ini berguna bukan sahaja bagi pelajar tetapi juga bagi para guru.
5. Jangankan ibu, ayah pun tak larat mengangkat batu giling yang berat.
(sumber: Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan 1)

8

 KONSEP KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
Kata hubung jenis ini ialah “yang”. Kata hubung ini menyambungkan klausa bebas atau
klausa utama dengan klausa tak bebas atau klausa kecil.
 CONTOH
 Drama yang ditulis oleh Bahari Zaman itu telah memenangi anugerah Bani Buang .
 Pemuda yang disaman itu telah membayar dendanya.
 Pesakit mental yang menganggu orang ramai itu telah ditahan pegawai kesihatan.
 Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah
 Budak yang sedang membaca itu adik saya

Huraian tentang fungsi kata
 Budak membaca itu (KK) + Budak itu adik saya(KU)

Rajah 1(sumber:Tatabahasa Asas Edisi Kedua)
Berikut merupakan contoh fungsi penyambung ayat pancangan relatif “yang” iaitu
telah menggabungkan dua atau lebih ayat tunggal iaitu (KU) dan (KK) menjadi ayat majmuk
yang lengkap.

9

 AKTIVITI
A) THINK-PAIR-SHARE (FIKIR-PASANGAN-KONGSI)

Orang itu keluar negara. Pelajar itu berjaya.
Orang itu kaya. Pelajar itu diberi hadiah.

Budak itu sedang yang Rashid Sidek merupakan
membaca pemain badminton.
Budak itu adik Menara Eiffel ialah
perempuan saya. paling terkenal. Rashid sidek dikenali
Antara banyak menara ramai pada tahun 80-an
di perancis.

Rajah 2

Rajah 2
Berdasarkan rajah 2 di atas ialah soalan yang diberikan oleh pelajar untuk mengetahui
sejauhmanakah kefahaman pelajar dalam memahami fungsi kata hubung pancangan relatif
dengan menggabungkan ayat tunggal di atas menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata
hubung pancangan relatif. Berikut merupakan aktiviti PAK-21 iaitu aktiviti Think-Pair-Share
(fikir-pasangan-kongsi) :

 Guru meminta setiap murid mencari pasangan untuk selesaikan soalan tersebut.
 Setelah itu, dengan berpasangan pelajar diminta membaca soalan tersebut dan menjawab

soalan yang diberikan serta berkongsi dengan pasangan.

10

 Apabila sudah selesai, guru meminta untuk pelajar ke hadapan kelas secara berpasangan
untuk berkongsi jawapan yang mereka berikan.
B) DIALOG

TAJUK CERITA: BIAR PUTIH TULANG
Al-kisah pada zaman dahulu, kehidupan sekumpulan haiwan di sebuah negeri umpama tikus
jatuh ke beras. Mereka hidup dengan aman damai. Malangnya, pada suatu hari, negeri mereka
diceroboh secara haram. Dengan rakusnya, jentolak itu menumbangkan pokok-pokok yang
telah berusia beratus-ratus tahun. Syahadan, Sang Gajah yang gagah seperti Badang memanggil
warga negeri itu berkumpul. Seterusnya Sang Gajah berkata, “wahai penduduk negeri Indah
Permai, bersatu kita teguh bercerai kita roboh! “marilah kita bersatu hati mempertahankan
negeri ini hingga titisan darah terakhir”, kata sang Merang. Tiba-tiba, haiwan di situ terdengar
suatu suara . “Ah, aku mahu lari dari sini!’’ kata sang Biawak yang menyebabkan haiwan lain
terpaku bagaikan dipanah halilintar (bersambung)
( sum.)

Rajah 3(Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun)

Berdasarkan rajah 3 di atas merupakan petikan cerita yang menggunakan kata hubung
pancangan relatif. Melalui cerita ini murid dikehendaki berlakon dengan menggunakan dialog
di atas Berikut merupakan aktiviti ini dilaksanakan:-

 Guru meminta beberapa orang untuk melakonkan watak-watak di atas dengan memakai
topeng watak dalam cerita. Lakonan haruslah dibuat di hadapan kelas.

Oleh itu, melalui aktiviti (PAK-21) ini akan memberi pelajar lebih memahami tentang
tajuk ini. Hal ini adalah kerana, dengan aktiviti yang dilakukan pelajar akan memberi
kefahaman yang lebih dalam topik yang dipelajari. Oleh itu, aktiviti 1 yang dilakukan adalah
bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pemikiran pelajar dalam menyelesaikan masalah
soalan tersebut. Manakala aktiviti 2 adalah bertujuan melihat bakat yang terpendam dalam diri
murid-murid serta untuk memberikan keyakinan untuk mereka berkomunikasi di hadapan.

11

 LATIHAN PENEGUHAN

A. Nyatakan ayat di bawah sama ada BETUL ( ) atau SALAH ( X ) penggunaan
kata hubung pancangan relatif.

Bil soalan Jawp.

1. Pohon mangga telah ditanam di kawasan sekolah oleh PIBG sekolah itu
sangat lebat buahnya.

2. Para atlet yang telah mengharumkan nama negara itu disambut dengan
meriah ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur.

3. Bidang penternakan yang antara aktiviti penting di negara kita.

4. Bidang ini menyumbangkan pendapatan yang besar kepada negara.

5. Penggunaan teknologi moden dalam bidang penternakan dapat
menghasilkan ternakan sangat lebih bermutu.

6. Beliau mengatakan yang masalah itu perlu diatasi bersama.

Rajah 4
B. Gariskan kata hubung bagi ayat majmuk pancangan relatif yang terdapat di dalam
ayat-ayat di bawah.
i. Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman
ii. Murid itu lewat kerana ketinggalan bas.
iii. Budak yang pandai itu adik Siti

iv. Ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
v. Jefri membeli novel A. Samad Said yang baru dipasarkan.

(sumber: http://bmlatihan.blogspot.com/sea)

12

 KONSEP KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
Kata hubung pancangan komplemen (KHPK) berfungsi menghubungkan klausa yang

menjadi komplemen atau pelengkap klausa utama. Kata hubung komplemen ialah bahawa,
untuk, agar.
 CONTOH
 Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
 Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
 Kami sedar bahawa mereka bukan ahli persatuan.
 Basri pulang ke kampungnya untuk menziarahi nenek.
 Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.
 Dia mengharapkan agar masalah itu dapat diselesaikan.
Huraian tentang fungsi kata hubungan pancangan komplemen:-
Ayat pertama:-
1) Guru itu menyatakan ( klausa kecil – tidak boleh berdiri sendiri)

KHPK “ bahawa”
2) Muridnya sangat rajin ( klausa induk – boleh berdiri
sendiri)

Rajah 5(Sumber: Rumus Tatabahasa Golongan Kata (DBP)

Jelasnya, fungsi kata hubungan pancangan kompleman bahawa dan supaya
memancangkan klausa kecil kepada klausa utama untuk menjadi ayat yang lengkap.

13

 AKTIVITI

A) TIC-TAC-TOE

CONTOH SOALAN
1.Dia menjelaskan ……… perkara itu tidak benar.
1. Dia mengharapkan ............. masalah itu dapat
diselesaikan.
2. Sukar sekali ........... dia membela diri.
3.perkara itu tidak benar, dijelaskannya.
4.berjaya mestilah berusaha bersungguh-
sungguh.
5. Kerajaan membuat jambatan ....... rakyat
melintas sungai.

Rajah 6 (sumber;Modul Ativiti Bahasa Melayu)

Berdasarkan rajah 6 di atas menunjukkan soalan mengisi tempat kosong

menggunakan kata hubung pancangan komplemen dengan melakukan aktiviti Tic-Tac- Toe.

Berikut merupakan aktiviti ini dilaksanakan:-
 Lelaki sebagai X dan perempuan O. Pertama cabut nombor dan jawab soalan

berdasarkan nombor yang dipilih. Jika betul, murid akan dapat peluang tanda X

atau O dalam petak yang disediakan oleh guru. Sekiranya salah murid akan hilang

peluang untuk tanda X atau O. Cabutan adalah berselang seli sehingga tamat
soalan.

B) GALLERY WALK

UNTUK

AGAR

BAHAWA

Rajah 7 (sumber: http://mudahmengajar.blogspot.com)

14

Berdasarkan rajah 7 merupakan jenis kata hubung pancangan komplemen yang
digunakan oleh murid untuk membina ayat menggunakan kata hubung pancangan komplemen.
Soalan ini akan dilakukan dengan menggunakan aktiviti Gallery Walk. Berikut merupakan
aktiviti ini dilaksanakan:-

 Secara berkumpulan murid diminta bina ayat yang sesuai dengan menggunakan kata
hubung pancangan komplemen yang diberikan. Ayat tersebut tidak boleh dirujuk di mana-
mana buku hanya berlandaskan idea dari kumpulan masing-masing.

 Setelah selesai murid haruslah menampal hasil kerja di dinding untuk dipamer atau diberi
ulasan oleh rakan-rakan. Ulasan dan pandangan di tulis atas sticky note.

 Akhir sekali, guru akan membimbing pelajar dengan menyatakan jawapan yang betul
dan menyalin semula jawapan rakan-rakan..

 LATIHAN PENEGUHAN

A. Gariskan kepada jawapan kata hubung pancangan komplemen yang betul.

1. Gadis itu menyedari (yang/bahawa) dia dalam bahaya sekarang.

2. Pasukan tentera laut Diraja Malaysia sentiasa meningkatkan rondaan di perairan negara
(ketika/agar) tidak dicerobohi pendatang asing.

3. (untuk/agar) Azman lulus dalam peperiksaan itu amatlah mudah.

B. Bulatkan kepada jawapan kata hubung pancangan komplemen yang sesuai.

1. Waheda tetap yakin ………. pemuda itulah yang patut dipersalahkan dalam pertikaian
tersebut.

A. Lalu

B. Agar

C. Bahawa
2. Tangan kita perlu sentiasa dicuci ……… tidak dijangkiti kuman.

A. Jikalau

B. Agar ( sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6)

15

 KONSEP KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
Kata hubung jenis ini merupakan kata hubung yang berfungsi untuk menyambungkan

klausa tak bebas yang memberikan keterangan kepada klausa bebas dengan klausa utama atau
klausa bebasnya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :
241), kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan pada satu klausa utama. Contoh kata hubung pancangan keterangan ialah kerana,
agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau,
semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, tatkala, walaupun dan sebagainya.
 JENIS KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN:
A) Kata hubung pancangan keterangan musabab
Keterangan musabab ialah sebagai unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian
atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab yang digunakan adalah seperti kerana, oleh
sebab, sebab dan lantaran.
Contohnya:

1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
2. Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari ahad.
3. Ali berjaya dalam peperiksaan itu sebab dia rajin belajar.
4. Polis mencari lantaran untuk menangkap mereka.
(Sumber: https://cikgumohdramsul.blogspot/2012/03/kata-tugas-kata-hubung.html?m=1)

16

B) Kata hubung pancangan keterangan syarat
Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung
keterangan syarat adalah seperti jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata, manakala dan
asalkan.
Contohnya:

1. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih.
2. Kami akan merayu andai kata permohonan itu ditolak.
3. Pekerja-pekerja itu akan mogok jikalau perundingan gagal.
4. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.
5. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis.
6. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.
7. Kita bebas berbuat apa-apa sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang.

(Sumber: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga)
C) Kata hubung pancangan keterangan tujuan
Kata keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau
menjadi. Kata hubung keterangan tujuan ialah demi, untuk, dan bagi.
Contohnya:

1. Aiman melepasi pusingan demi pusingan sehinggalah ke peringkat suku akhir.
2. Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak.
3. Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia.

(Sumber: contoh ayat perkataan)

17

 AKTIVTI 6
A) TEKA SILANG-KATA
Rajah 1: Tuliskan jawapan yang sesuai dan isikan jawapan pada silang kata berikut.
1

3
2

4
5

(Sumber: https://menulismenconteng.my/objektif-teka-silang-kata/ )

MENEGAK MELINTANG

1.................. kamu gagal, cubalah lagi. 2.Aina berjaya dalam peperiksaan itu ……….
usaha yang bersungguh-sungguh.
3. Kanak-kanak boleh masuk ke kawasan itu
……… diiringi oleh orang dewasa. 4. Dia tidak dapat hadir ke sekolah ............ dia
tidak sihat.
6. Dia rajin .............. adiknya malas.
5. Puan Ani membeli buku itu ................. anak
lelakinya.

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan permainan perkataan menggunakan kata
hubung pancangan keterangan menggunakan aktiviti teka teki silang kata. Berikut merupakan
aktiviti ini dilaksanakan:

18

 Soalan/pembayang akan diberikan untuk menjawab pada kotak-kotak disediakan.
 Kotak-kotak ini akan membentuk deretan kotak tempat suatu kata yang merupakan

jawapan dari soalan akan diisi.
 Setiap deretan kotak dapat berhubung dengan deretan kotak lain baik secara menegak

mahupun melintang.

 LATIHAN PENEGUHAN

Rajah 2: Isi tempat kosong di bawah menggunakan kata hubung pancangan keterangan
dengan jawapan yang sesuai.

kerana demi kalau asalkan
jika oleh sebab bagi andai kata
manakala sekiranya
lantaran untuk

1) Persembahan itu akan dibatalkan sambutannya dingin.

2) Kakinya bengkak disengat oleh seekor lebah.

3) Saya membaca novel abang sedang bermain bola.

4) , kamu yang merosakkan meja sekolah itu.

5) kes ini, saya rasa Ahmad bersalah.

6) Saya berbuat begitu kebaikan kamu.

7) musuh menyerang, kami akan melawan.

8) Saya berpayung hujan.

9) Buku itu disusun di rak satu satu.

10) Ali tidak mengikut latihan bola sepak _ hujan.

11) Kamu boleh meminjam buku itu tidak mengotorkannya.

12) Masjid adalah tempat ibadat umat Islam.

(Sumber: Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun Tingkatan 1)

19

A) KETERANGAN WAKTU
Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau

kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, sementara, tatkala,
dan ketika.

 Menghubungkan klausa utama dengan masa sesuatu perbuatan atau kejadian.

Contoh :

1. Sebelum
 Sebelum bersolat, dia berwuduk dulu.

2. Sesudah
 Sesudah bersolat, mereka makan malam bersama-sama.

3. Setelah
 Setelah pulang dari pejabat, dia mengukir tembikar pula.

4. Sehabis
 Kami terus bersurai sehabis ucapan pengetua.

5. Sejak
 Dia bermurung sejak peristiwa yang menyedihkannya.

6. Ketika
 Gani berada di Itali ketika ibunya meninggal dunia.

7. Tatkala
 Dia tertidur tatkala menonton televisyen.

20

8. Sewaktu
 Dia berbuat bising sewaktu guru tiada di kelas.

9. Sementara
 Ayah membaca akhbar sementara menantikan ibu bersolek.

21

B) KETERANGAN HARAPAN
Keterangan harapan merupakan unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau

kejadian yang dihajati. Kata hubung keterangan harapan ini adalah seperti supaya, agar,
semoga, moga- moga, dan kalau- kalau.

 Menghubungkan klausa utama dengan sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati.

Contoh :
1. Agar
 Belajarlah rajin-rajin agar kamu berjaya dalam peperiksaan.
2. Supaya
 Kakak menyapu biliknya supaya biliknya bersih.
3. Kalau-kalau
 Tanyalah orang tua itu, kalau-kalau beliau mengetahui kedudukan rumah datuk
kamu itu.

22

C) KETERANGAN CARA
Keterangan cara dapat diertikan sebagai unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu
perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan.

 Menghubungkan klausa utama dengan gaya sesuatu perbuatan dilakukan atau dengan
satu cara lain yang berurutan.

Contoh :
1. Dengan
 Dia menggertak-gertak dengan jarinya menunjal-nunjal dahi musuhnya.
 Dia keluar dari rumahnya dengan memulakan langkah kanan.
 Beliau mengakhiri ucapannya dengan membacakan doa pendek.
 Dengan menadahkan tangan, pengemis itu merayu kepada orang-orang yang lalu-
lalang di situ.

23

 AKTIVITI
A) FUN N PICK

 SEMOGA
 DENGAN
 AGAR
 HINGGA
 SEBELUM
 SEJAK

RAJAH 1 (Sumber : Buku Kata Hubung)

1. Rajah 1 mengandungi beberapa kad yang disusun seperti kipas dan setiap kad tersebut mempunyai
salah satu kata hubung pancangan keterangan seperti di rajah 1.
1. Guru perlu menyusun beberapa kad yang mengandungi kata hubung pancangan keterangan pada
kad tersebut.
2. Setiap pelajar haruslah memilih salah satu kad dengan menyebutkan nombor pada kad tersebut atau
warnanya.
3. Setiap kad tersebut telah mengandungi satu kata hubung pancangan keterangan dan pelajar harus
melihat kata hubung apakah yang telah mereka dapat.
4. Setelah itu, pelajar perlulah membina dua ayat menggunakan kata hubung pancangan keterangan
yang tertera pada kad tersebut.
5. Apabila selesai, giliran pelajar seterusnya pula perlu berbuat demikian mengikut turutan.

24

 LATIHAN PENEGUHAN
A) Baca dan pilih jawapan yang betul berdasarkan soalan di bawah.

1. Raj dan keluarganya pernah ke Pulau Tioman _ dia kecil dahulu.

a) Setelah c) Seraya

b) Semasa d) Sebelum

2. Encik Ammar akan membawa keluarganya berkelah di tepi pantai hari tidak
hujan.

a) Jika c) Tatkala

b) Kerana d) Apabila

3. menyiapkan kerja sekolah, barulah Thanush boleh melayari internet.

a) Sementara c) Sebelum

b) Selepas d) Semasa

4. Drama televisyen itu dapat menarik lebih ramai penonton dibintangi oleh
pelakon popular.

a) Jikalau c) Sementara

b) Semasa d) Malahan

5. menghadiri beberapa temu duga, akhirnya Izzah berjaya menjadi
seorang pramugari.
c) Semasa
a) Setelah d) Sewaktu

b) Semenjak

6. Ikan itu lebih sedap dimakan jika digoreng garing.

a) Semasa c) Sehingga

b) Tatkala d) Sekiranya

7. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh _ ingin berjaya pada masa
hadapan.

a) Sedangkan c) Sekiranya

b) Namun d) Apabila

25

8. loceng sudah dibunyikan namun Izzamie masih terus bercerita di
atas pentas.
c) Sementara
a) Sedang d) Walaupun

b) Tatkala

9. Hari Keluarga akan diadakan di taman rekreasi itu cuaca baik.
seorang ahlinya tidak
a) Manakala c) Sementara

b) Jikalau d) Sehingga

10. Ahli jawatankuasa Kelab Budaya bermesyuarat
hadir.

a) Ketika c) Walaupun

b) Jikalau d) Sementara

11. Puan Irene selalu berdoa anaknya lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan.

a) Hingga c) Sebelum

b) Agar d) Sementara

12. Haizal sedang tidur kami tiba di rumahnya.

a) Ketika c) Supaya

b) Jikalau d) Sementara

26

B) Isi tempat kosong di bawah menggunakan kata hubung pancangan keterangan
dengan betul.

Ketika Sebelum Semoga Agar Dengan Supaya

1. Encik Sulaiman berdoa keluarganya bahagia.

2. Kita haruslah mematuhi peraturan jalan raya _ kejadian yang tidak diingini

tidak berlaku.

3. Nina tetap cuba menyiapkan kerja yang diberikan oleh gurunya
bersungguh-sungguh.

4. Iffah memperlahankan bunyi televisyen tidak menganggu adiknya yang
sedang tidur.

5. Pencuri memasuki rumah itu penghuninya sedang tidur nyenyak.

6. keluar rumah, Amira terlebih dahulu meminta izin dari ibunya.

27

A) Keterangan Akibat

Keterangan akibat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan kesan atau hasil
sesuatu perbuatan. Penggunaan kata hubung keterengan akibat menghubungkan klausa utama
dengan suatu tuntutan yang mesti dipenuhi. Kebiasaannya, kata hubung adalah seperti hingga
dan sehingga.

Contohnya:

1. Pelajar itu berusaha bersungguh- sungguh sehingga ia berjaya.
2. Ia menjerit terlalu kuat hingga serak suaranya.
3. Peminat bola sepak berpekik-pekik hingga suara mereka serak.
4. Dia bersimpati dengan nasib kawannya sehingga air matanya jatuh bercucuran.
5. Ujian diberikan setiap minggu sehingga mahasiswa menjadi sasau.
6. Orang itu jatuh terlalu tinggi hingga patah kakinya.

B) Keterangan Pertentangan

Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau
kejadian yang berlawanan. Kata hubung tersebut boleh berada di depan atau di tengah ayat.
Ianya menghubungkan klausa utama dengan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.
Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti walaupun, meskipun, kendatipun,
biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun dan sedangkan.

Contohnya:

1. Sekalipun dia sudah lanjut usia, dia masih bersemangat ingin menyambung
pelajarannya ke peringkat ijazah.

2. Meskipun hari sudah lewat pemuda itu masih enggan berganjak daripada kedai tersebut.
3. Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung.

28

4. Kendatipun polis itu telah terkena peluru, dia terus melawan perompak.
5. Biarpun telah dibedah dua kali, penyakit Ali tidak sembuh-sembuh.
6. Dia masih nakal walaupun telah didenda oleh pengetua.
C) Keterangan Perbandingan

Keterangan perbandingan dapat didefinisikan sebagai unsur yang menerangkan
kejadian yang menjadi persamaan. Perkataan yang diterangkan selepas kata hubung adalah
menerangkan perkara yang ingin dijadikan persamaan. Ianya menghubungkan klausa utama
dengan kejadian atau perbuatan yang menyamainya. Kata hubung keterangan perbandingan
adalah seperti, macam, seolah- olah, seakan- akan, ibarat, bagaikan, laksana, umpama,
sebagaimana dan bak.
Contohnya:

1. Hatinya pilu seperti dihiris pisau.
2. Dia terdiam bagai mulutnya terkunci rapat.
3. Ali bermimpi seolah- olah berada di alam kayangan.
4. Pemuda itu sering termenung macam pungguk merindui bulan.
5. Hidupnya amat bertuah ibarat bulan jatuh ke riba.
6. Kedua mempelai itu bagaikan cincin dengan permata, sama cantik sama sepadan.

29

 AKTIVITI
KUMPULAN
Cara menjalankan aktiviti
1. Guru perlu membentuk satu kumpulan terdiri daripada 6-7 orang setiap kumpula.
2. Guru perlu memaparkan soalan aktiviti di hadapan menggunakan kertas majong atau
projektor.
3. Guru perlu meminta ahli kimpulan untuk melantik seorang ketua dari ahli kumpulan.
4. Ahli kumpulan perlu memberikan menyelesaikan aktiviti dihadapan.
5. Tugas ketua kumpulan adalah untuk memilih rakan mereka bagi menjadi wakil untuk
menyelesaikan soalan dihadapan.
6. Pelajar hanya boleh berbincang bersama ahli kumpulan sahaja dan tidak boleh merujuk buku
teks atau buku rujukan.
7. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan menjadi pemenang dan diberikan ganjaran
hadiah.
8. Kumpulan yang mengumpul markah terendah akan kalah dan diberikan denda.
9. Guru perlu berbincang bersama pelajar berkenaan dengan jawapan yang pelajar gagal
menjawab dengan betul untuk pembetulan.
 LATIHAN PENEGUHAN

1. Kata Hubung Keterangan Akibat
1. Adik menangis teresak-esak matanya merah.
a) Walaupon
b) Sehingga
c) Namun
d) Sedangkan
Jawapan: B
2. Akmal berlatih bermain bola bersungguh-sungguh dia berjaya.
a) Walaupon

30

b) Namun dia kenyang.
c) Masih
d) Sehingga

Jawapan: D

3. Apabila dia lapar dia akan makan dengan banyak

a) Hingga
b) Seperti
c) Seolah-olah
d) Sekalipun

Jawapan: A

I. Kata Hubung Keterangan Keterangan Pertentangan

1. Mereka sudah pulang ke rumah mereka masing-masing virus itu belum tamat.

a) Seolah-olah
b) Hingga
c) Meskipun
d) Bagaikan

Jawapan: C

2. dia sudah tidak suka kepada lelaki itu, dia masih memerhatikan lelaki itu dari
jauh.

a) Bagai
b) Seperti
c) Sekalipun
d) Seolah-olah

Jawapan: C

3. Ikmal dan saya tetap berlari bersungguh-sungguh kami sudah tiada harapan untuk
menang.

a) Sedangkan
b) Seperti

31

c) Bagaikan
d) Sungguh

Jawapan: A

II. Kata Hubung Keterangan Perbandingan.

1. Wajah lelaki yang menjadi imam di masjid itu sungguh bercahaya _bulan
pernama.

a) Biarpun
b) Seperti
c) Namun
d) Sehingga

Jawapan: B

2. Amira sangt cemburu melihat hidung pelakon barat itu yang mancung seludang.

a) Sekalipun
b) Walaupun
c) Bagai
d) Sehingga

Jawapan: C

3. pungguk merindui rembulan lelaki itu teringatkan wanita yang dicintainya.

a) Sedangkan
b) Walaupun
c) Sehingga
d) Bagaikan

Jawapan: D

4. Wanita itu sering menyanyi suaranya buluh perindu.

a) Sehingga ... meskipun
b) Walaupun .....umpama
c) Sehingga..... bak
d) Seperti .....umpama

32

B) Tandakan samaada betul (/) atau salah (x) pada jawapan dibawah. Jawapan

Bil Soalan/ Contoh Ayat
1. Imran menggosok matanya sehingga matanya merah.

2. Ravi membuat latihan Bahasa melayu bersungguh-sungguh
walaupun dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

3. Apabila dia lapar dia akan makan dengan banyak sekalipun dia
kenyang.

4. Amira dan fatimah sudah balik ke rumah mereka masing-masing
seolah-olah virus itu belum tamat.

5 Sekalipun dia sudah tidak suka kepada lelaki itu, dia masih
mengharapkan lelaki itu kembali kepada dirinya.

6 Farhan dan saya tetap berusaha menjaringkan gol bersungguh-
sungguh bagai kami sudah tiada harapan untuk menang.

7 Wajah gadis yang baru hadir ke kampung itu sungguh cantik
seperti bulan pernama

8. Dia sangt iri hati melihat hidung bintang filem terkenal itu yang
mancung bagai seludang.

9. Sedangkan pungguk merindui rembulan lelaki itu teringatkan
wanita yang dicintainya.

10. Siti sering menyanyi sehingga suaranya menjadi merdu bagai
buluh perindu.

33

4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya bahasa melayu amat kaya dengan golongan kata yang terdidi

daripada pelbagai jenis. Misalnya kata hubung yang mempunyai fungi yang penting dalam
mematangkan sesebuah ayat yang dibina. Umum mengetahui bahawa hubung yang terbentuk
ini sebenarnya akan membntuk ayat majmuk yang secara tidak langsung melengkapkan sesuatu
ayat. Kata hubung juga selalunya berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan didalam
sesuatu ayat. Menurut buku Tatabahasa Asas Edisi ke dua, kata hubung juga adalah kata yang
bertugas sebagai penyambung ayat, frasa dan perkataan. Maka tidak hairanlah untuk
memastikan sesebuah ayat yang dibina itu lengkap, pengaplikasian kata hubung itu perlulah
dilaksanakan secara menyeluruh. Oleh sebab itu, dapatlah dirumuskan bahawa masyarakat
perlulah sedar akan kewujudan dan kepentingan kata hubung serta memahami definisi dan
jenis-jenis kata hubung dalam Bahasa Melayu. Akhir sekali diharapkan melalui kajian dan
perbincangan ringkas ini dapat membantu masyarakat khususnya masyarakat Malaysia untuk
menggunakan kata hubung dengan baik.

34

5.0 RUJUKAN

BUKU

Ahmad Khair Mohd Nor. Raminah Hj. Sabran. Nawi Ismail dan Ton Ibrahim (2012).
Tatabahasa Asas Edisi Kedua Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Hj. Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Asma Hj. Omar (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing
Sdn.Bhd

A.Ssamad Said. (2007). Dari Salina ke Langit Petang. Selangor: Wira Bukit Sdn.Bhd.
Juilis, R. T. (2015). Oh My Guru Modul versi 3.0. Puchong, Selangor,: Myteach Sdn Bhd.
Mat Ariffin Ismail, A. R. (2015). Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka.
Mat Ariffin Ismail, A. R. (2015). Modul Aktiviti Formula A+ Bahasa Melayu Tahun 6. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mohd.Ismail Sarbini, M. S. (2009). Target Tuntas Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Sasbadi

Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (2004).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Selangor : Dewama Sdn. Bhd.

INTERNET
Azri, A. (5 Julai, 2019). Aktivti PAK21. Diperolehi daripada

https://www.scribd.com/presentation/443045430/Aktiviti-Pak-21
Cikgu Nik Faizul. (2014). Bahasa Melayu Tatabahasa. Diperolehi daripada

http://cikgunikfaizul.blogspot.com/2014
Falihin, N. (5 June, 2015). Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Tingkatan-2 Kata Tugas.

Diperolehi daripada https://www.tes.com/teaching-resource/eyfs-learning-in-reading-
knowledge-organiser-12300836
Khairnielisa. (2012). Kata Hubung. Diperolehi daripada
http://cikgukhai3.blogspot.com/2012/11/selamat-datang-ke-blog-cikgu-khai.html

Mior, C. (4 June, 2013). Nota Tatabahasa. Diperolehi daripada Bab 4 Kata Tugas:
https://pppnukm.wordpress.com/2012/08/06/nota-tatabahasa/bab-4-kata-tugas/

Md. Fadil Othman, (2012), Kata Hubung, Diperolehi daripada
http://mdfadilmin.blogspot.com/2012/09/kata-hubung.html

Nasa2k, (2018), Kata Hubung Pancangan Relatif Dan Kata Hubung Pancangan Komplemen,
Diperolehi daripada https://nasa2k.blogspot.com/2018/06/kata-hubung-pancangan-
relatif-dan-kata.html

Noor Azila Zainal Abidin, (2012), Kata Hubung Pancangan Keterangan, Diperolehi
daripada http://cahayatinta74.blogspot.com/2012/06/kata-hubung-pancangan-
keterangan.html

LAMPIRAN
(Kata Hubung. Muka Surat 52)

(Kata Tugas/ Cerita: Biar Putih Tulang. Muka Surat 98)

(Sistem Bahasa: Kata Hubung. Muka surat 22)


Click to View FlipBook Version