Perlembagaan
Persekutuan
sebagai Tiang Seri
Perpaduan
Kelas : DDT1C
Nama & No. Matrix :
1. Muhd Aiman Hakim Bin Mahathir (21DDT21F1078)
2. Muhammad Danial Bin Muhd Rafie (21DDT21F1094)
3. Muhammad Hazeq Bin Shamsul Arif (21DDT21F1076)
Pensyarah: Pn. Nur Idayu BintiAwang Teh
Isi Kandungan 02 Sejarah
Penggumbalan
01 Latar Belakang Perlembagaan
03 Isu
Perlembagaan
Latar Belakang
Pengenalan
- Perlembagaan Malaysia terhasil daripada perjuangan
nasionalisme Melayu serta penglibatan etnik-etnik lain yang
berunding sesama mereka termasuk sultan negeri-negeri di
Tanah Melayu dan pihakBritish.
- Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti
diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
DEFINISI PERLEMBAGAAN
• Merupakan surat cara yang mengandungi semua undang-
undang yang menjadi punca kesemua undang-undang
dalam negara.
• Sekiranya ada undang-undang yang bercanggah dengan
perlembagaan maka dengan sendirinya undang-undang
tersebut akan terbatal setakat mana percanggahan berlaku.
• Ia juga merupakan satu set hak, kuasa dan prosedur yang
mengawal hubungan antara pemerintah dengan rakyat.
TUJUAN PERLEMBAGAAN
• Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara
dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
• Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan
sesebuah negara.
• Panduan bagi pembentukan undang-undang sama
ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa
sahaja.
• Memelihara keamanan dan kestabilan politik. •
Memperuntukkan hak-hak tertentu kepada setiap
warganegara dalam konteks perhubungan kaum.
• Menjamin kestabilan politik dan keamanan sesebuah
negara.
KONSEP KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan merupakan satu dokumen undang- undang
tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara.
• Ia juga adalah sumber segala perundangan atau sumber
rujukan perundangan tertinggi negara.
• Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman
dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah
tertakluk kepada Perlembagaan.
• Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah
undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-
undang yang diluluskan yang berlawanan dengan
perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu
akan terbatal.
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
• Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang
digubal oleh mana-mana statut apabila didapati bertentangan dengan
perlembagaan. Oleh itu semua rang undang-undang adalah tertakluk
kepada perlembagaan.
• Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif
mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan dan tertakluk
kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
• Kebebasan asasi (perkara 5-13) merupakan elemen penting dalam
sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
• YDPA sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut
perlembagaan. YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi
sebagai raja berperlembagaan, baginda dikehendaki mengikut
nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah
Menteri.
SUMBER PEMBENTUKAN
PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan Bertulis- Hukum Kanun Melaka,
Undang-Undang Laut Melaka, Batu Bersurat
Terengganu membuktikan telah wujud sistem
perlembagaan di Tanah Melayu diikuti
Perlembagaan Johor dan Perlembagaan Terengganu
yang memperuntukkan seorang Menteri mestilah
Melayu, rakyat sultan dan beragama Islam.
• Perlembagaan Tidak Bertulis— merangkumi semua
prinsipperlembagaan yang tidak terkumoul dalam
satu surat ataudokumen seperti- Akta Parlimen,
Keputusan-keputusan hakim dan adat.
BENTUK PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia merupakan
perlembagaan bertulis kerana:
1. Kukuh dan sukar dipinda.
2. Parlimen boleh membuat undang-
undang yang terkandung dalam
perlembagaan namun dilarang membuat
undang-undang yang bertentangan
dengan kebebasan asasi.
3. Kuasa mentafsir perlembagaan hanya
diberikan kapada mahkamah bagi
melindungi perlembagaan tersebut.
Sejarah Penggubalan
Perlembagan
Sejarah penggubalan
perlembagaan
• Dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957.
• Dibentuk berasaskan dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
• Telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir
Ivor Jenning, Sir William Mckell, B. Malik dan Hakim A. Hamid.
• Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual.
• Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif.
• Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa
dan sebagainya.
Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan
Malaysia
• Persekutuan (Federalisme).
• Raja Berperlembagaan. Demokrasi
Berparlimen.
• Islam agama rasmi.
• Bahasa Melayu
Kedudukan istimewa
Melayu/Bumiputera
• Ketertinggian Perlembagaan.
• Pengasingan 3 Badan Tertinggi.
• Hak-Hak Asasi Rakyat.
• Kebebasan undang-undang
Apa itu Malayan Union
- Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di
King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia
2 merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri
Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura).
- Tujuan Malayan Union ditubuhkan adalah untuk
membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran
menumpukan kesetiaan. Selain itu, kawal kuasa politik
Melayu yang bekerjasama dgn Jepun. Ia juga jimat
perbelanjaan. Di samping itu, Negeri Selat, Negeri-Melayu
Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan.
Seterusnya jamin penguasaan British terhadap sumber
ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah).
Malayan Union
Tentangan Orang Melayu
- Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan.
- Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah
jajahan Inggeris.
- Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk
asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas
Malayan Union, secara terus menjadi warganegara.
- Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa
menyebabkan penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
- Cara Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah
diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau
dilucutkan dari tahta pemerintahan.
Intipati dan Syarat Utama
Malayan Union
• Semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di
bawah pemerintahan gabenor British yang dibantu Majlis
Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.
• Singapura dikeluarkan dari Persekutuan dan dijadikan Tanah
jajahan Mahkota.
• Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan-hanya boleh
bersuara dalam hal agama islam.
• Hak kerakyatan yang sama tanpa mengira bangsa dan
keturunan-memberi hak kewarganegaraan secara automatik
sekiranya berusia 18 tahun ke atas dan telah menetap selama
10 tahun.
• Warganegara diberi kepada sesiapa yang lahir selepas
pengenalan Malayan Union.
Persekutuan Tanah Melayu
1948
• British telah membatalkan perlaksanaan Malayan Union
setelah mendapat tentangan hebat daripada orang
Melayu.
• British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946
yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua
wakil UMNO dan enam pegawai British – yang
bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan
baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.
• British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada
Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah,
Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan
pandangan orang bukan Melayu mengenai
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kandungan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
- Persekutuan Tanah Melayu merangkumi 9
buah negeri termasuk Pulau Pinang dan
Melaka. Singapura menjadi tanah jajahan
mahkota berasingan.
- Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
diketuai Pesuruhjaya Tinggi British yang
dilantik oleh kerajaan British dan dibantu
Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
Majlis Mesyuarat Persekutuan
dianggotai oleh:
- Pesuruhjaya Tinggi.
- Tiga orang Examination-Officio.
- Sembilan orang presiden dari Majlis-Majlis Negeri dan dua orang wakil dari Majlis Tempatan
Pulau Pinang dan Melaka.
- Sebelas orang anggota rasmi dan lima puluh anggota tidak rasmi.
- Sultan diberi semula hak-hak dan kuasa ke atas negeri masing-masing dan mempunyai kuasa
memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan
Negeri.
- Kerajaan negeri diberi hak ke atas perkara kesihatan, pendidikan, tanah dan pertanian.
- Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu
dan telah bermastautin selama 15 tahun dari 20 tahun. Umur minimum bagi ke dua-dua kes
adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
- Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan orang Melayu
mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Suruhanjaya Reid
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956
Kearah kemerdekaan Tanah Melayu
• Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan daripada parti-parti politik, orang ramai,
individu-individu dan Raja-raja Melayu.
• Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.
• Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang
longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan
dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
• Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang
longgar berasaskan prinsip jus soli.
• Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa
Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
Isu Perlembagaan
Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan
zaman moden iaitu sebuah sistem yang kesahannya
bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya
Kontrak sosial meliputi:
1. Bahasa
2. Agama
3. Kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera (Sabah dan Sarawak)
4. Pemerintahan beraja
Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana
• Telah wujud ratusan tahun sebelum • Ia juga merupakan satu pra-syarat
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan
diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini
• Berperanan menstabilkan sistem politik negara bermakna:
dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid. • Orang Melayu diberikan hak istimewa.
• Menekankan betapa pentingnya perlembagaan • Islam menjadi agama persekutuan.
mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi,
ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun • Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
1957. kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak
• Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada • Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin
dijadikan isu perbincangan awam. terdahulu telah menerima satu formula bagi
menyelesaikan masalah yang wujud tanpa
melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu
pada ketika itu.
1. Kesultanan
1. Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa
mutlak
2. Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan
– bertindak atas nasihat Kabinet
3.Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:
• Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
• Mengampun dan menangguhkan sabitan kesalahan di
mahkamah tentera
• Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan
• Lambang perpaduan
• Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
• Ketua agama bagi negeri tidak beraja
• Lambang keadilan
• Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam
2. Agama Islam
1. Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, harus bercakap Bahasa
Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling
berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.
2. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap
perlembagaan negeri mensyaratkan seoran raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan
keturunan diraja.
3. Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin.
4. Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi
pembangunan Islam di Malaysia.
5. Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya, ia perlu
kepada sokongan majoriti lebih dua pertiga parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
3. Bahasa Melayu
1. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa- bahasa lain dan
seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh
dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain.
2. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
3. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
4. Kedudukan Istimewa orang Melayu
1. Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara
153, Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5)(f) dan Jadual Ketigabelas -
persempadanan kawasan pilihanraya.
2. Orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai
seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap
dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu.
3. Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di
Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan
atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah
berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.
Perkara 18 Sarawak dan Perkara 20 Sabah
• Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu
persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah
dan Perkara 18 bagi Sarawak.
• Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi
oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya
boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.
• Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera
Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-
Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung.
1. Melalui pembudayaan sikap Kesimpulan
ini, secara langsung ia dapat
menghindarkan negara Malaysia
daripada berada dalam keadaan
tidakstabil yang boleh
merosakkan perpaduan yang
sudah sedia terjalin.
3. Permuafakatan sosial
ini perlu diterima oleh
semua rakyat Malaysia
2. Kita perlu tanpa perlu
mengambil iktibar dari mempersoalkannya
lagi.
pengorbanan yang
telah ditunjukkan oleh
generasi terdahulu
dalam menghayati erti
sedia berkorban,
toleransi dan rela
berkongsi kuasa.
Rujukan
• Pusat Maklumat Rakyat,
http://pmr.penerangan.gov.my
• Abdul Halim Ramli. ND. Perdebatan Antara Kaum
Mengenai Isu Kerakyatan Sebelum
Merdeka,Jurnal Sejarah. 57.
• Abdul Manaf Haji Ahmad. 2009. Kontrak Sosial,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd
Terima
Kasih