PEJUANG KEMERDEKAAN
YANG DISANJUNGI
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
PENDAHULUAN
Ibarat kata pepatah Melayu “Harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang
paling bererti untuk mengenang jasa dan
sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul
Rahman Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah
menunjukkan kehebatan sebagai seorang
pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa
kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk memebaskan negara
kita dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union
.mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu
kepada Merdeka, mengatur strategi Pakatan antara kaum dengan kerjasama
pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga
berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Setiap liku,
cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini.
Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu berasa terhutang budi kepada Tunku
iaitu Bapa Kemerdekaan.
BIODATA PELAJAR
NAMA : SHARIFAH KHAIRA ZAFEERA BINTI SYED AHMAD
FAUZAN
TARIKH LAHIR : 15.08.2008
TEMPAT LAHIR :HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
SEKOLAH :SMK DATUK MENTERI , AYER HITAM, BATU
PAHAT, JOHOR.
HOBI : BACA BUKU ,MELAYARI INTERNET
SLOGAN HIDUP : WORK SMART NOT HARD
BIODATA TOKOH
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA Al-HAJ
➢ Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah dilahirkan pada 8
Februari 1903 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1990.
➢ Beliau merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu dari 1955 dan menjadi Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan
pada tahun 1957 sehingga tahun 1970.
➢ Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai “Tunku”, beliau juga
dikenang sebagai “bapa Kemerdekaan” dan
“ Bapa Malaysia” .
KEHIDUPAN PERIBADI SEJAK KECIL
➢ Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah juga dikenali sebagai Istana
Pelamin. Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh
kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah , Sultan Kedah yang ke-24.
➢ Bondanya ialah Cik Menyelara seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara, merupakan anak perempuan Luang Naraborirak, seorang
pegawai daerah Thailand.
➢ Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal
pengganti Sultan Kedah. Pada Ketika itu, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul
Hamid yang berumur 30 tahun adalah pengganti Sultan Kedah.
➢ Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah
membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku juga biasa mengendap burung
dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di
kakinya.
PENDIDIKAN
➢ Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sekolah rendah Melayu di Jalan
Baharu, Alor Setar. Tunku biasa berbahasa Siam di rumah dan beliau belajar
Bahasa Melayu di sekolah itu.
➢ Ada seorang guru yang datang ke rumah Tunku untuk mengajar Tunku Bahasa
Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan Bahasa
Inggeris yang di kini dikenali sebgai Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau
belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-quran pada waktu petang.
➢ Tahun 1913 iaitu Ketika berumur 10 tahunTunku belajar di Sekolah
Thebsirintrawat , Bangkok. Tahun 1915 Tunku pulang dan meneruskani
pendidikannya di Penang Free School. Tunku sangat aktif dan menyertai
Pengakap dan Kor Kadet.
➢ Pada tahun 1919, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pelajaran di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge.
➢ Tunku sekali lagi dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di
Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan
keputusannya yang lalu.Beliau telah lulus semester pertama dalam undang-
undang di Inner Temple pada tahun 1930.
➢ Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali ketiga untuk
menyambung pelajaran undang-undangnya dan beliau telah kembali ke Kedah
pada 1939 kerana terdapat berita bahawa perang akan meletus di Eropah.
KELUARGA
➢ Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan
Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star.
Dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Tunku ahmad Nerang Putra dan Tunku
Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi
penyakit malaria di Kuala nerang, Kedah.
➢ Tunku berkahwin pula dengan kekasih lamanya iaitu Violet tetapi beliau
dititahkan untuk menceraikannya oleh Pemangku Raja Kedah.
➢ Beliau berkahwin kali ketiga dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah,
seorang saudara jauh yang juga merupakan Syed Omar Barakbah, rakan
sekuliahnya di England pada tahun 1939.Perkahwinan ini direstui kerana
berketurunan arab yang ternama dan kaya di Kedah.
➢ Perkahwinan kali ketiga ini tidak mendapat anak, maka beliau telah mengambil
3 anak angkat yang bernama Faridah, Sulaiman dan Mariam.
➢ Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa cina pada tahun 1963
secara rahsia dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu tunku
Noor Hayati dan Tunku Mastura.
MENINGGAL DUNIA
➢ Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.
Apabila sakit, beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau meninggal
dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 tahun.
➢ Jenazah beliau dibawa ke kediamannya di Bukit Tunkui dan esoknya
disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
Saya memilih Tunku Abdul Rahman sebagai tokoh kemerdekaan kerana beliau adalah
seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sangat mencintai keamanan dan
perpaduan. Yang paling utama beliau juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan.
Hasil bacaan saya, di dapati Tunku sangat bijak dalam mengatur strategi bagi
mencapai kemerdekaan. Tunku berusaha sedaya upaya mewujudkan perpaduan
antara kaum di Malaysia dengan menubuhkan Perikatan antara UMNO, MCA dan MIC.
Hasil gabungan perikatan ini rakyat Malaysia mula hidup bertolak ansur dan harmoni.
Selain itu, perikatan ini juga yang menjadikan perpaduan yang erat wujud di dalam
rakyat Malaysia.
Tunku merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat dan
sentiasa cuba membantu rakyat yang dalam kesusahan. Jiwa dan cara hidup Tunku
sangat disenangi rakyat. Tunku juga amat mudah berkawan dengan ramai orang.
Dari segi pendidikan, Tunku seorang yang tidak mudah putus asa. Beliau sangat rajin
belajar dan mahir berbahasa Siam dan Bahasa Inggeris. Beliau sanggup pergi ke
England untuk belajar undang-undang kali kedua apabila keputusan awal beliau agak
mengecewakan.
Selain itu beliau juga seorang yang sangat taat kepada orang tuanya. Contohnya
apabila Pemangku Sultan menitahkan beliau untuk menceraikan isterinya , beliau
sanggup menurut titah tersebut. Beliau juga sanggup untuk pergi ke England untuk
belajar undang-undang kali kedua atas arahan keluarganya.
Dari segi ekonomi, beliau telah merangka Perancangan Pembangunan bagi setiap
tempoh lima tahun, bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama. Menerusi
rancangan ini struktur ekonomi kita makin berkembang dan maju.
Sesungguhnya ada banyak kriteria yang menjadi menjadi sebab pemilihan Tunku Abdul
Rahman sebagai tokoh kemerdekaan. Tanpa beliau negara kita Malaysia mungkin tidak
wujud pada hari ini. Kita harus bersyukur dan berterima kasih dengan beliau kerana
dengan usaha dan jerih payahnya kita telah mengecapi kemerdekaan denga naman
tanpa pertumpahan darah.
KELEBIHAN TOKOH
DI SAYANGI RAKYAT
➢ Walaupon dilahirkan dalam keluarga di raja, Tunku merupakan seorang yang
berjiwa rakyat. Semasa membesar Tunku sangat gemar bermain bola bersama
anak-anak kampung dan tidak begitu suka dikawal oleh pengasuh istana.
➢ Ketika menyambung pelajaran di Universiti Cambridge Tunku dengan mudah
berkawan dengan ramai orang. Tunku tidak suka diskriminasi dan sentiasa
memperjuangkan hak sesame manusia.
➢ Sikat berhati baik dan mudah disenangi Tunku menyebabkan Tunku sangat
popular sehingga digelar sebagai Man Of Peace.
TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
➢ Semasa Jepun menceroboh Tanah Melayu, rakyat hidup penuh menderita dan
penuh dengan dugaan. Ketika itu, Tunku berhempas pula cuba menyelamatkan
rakyat Malaysia dan memastikan keselamatan mereka.
➢ Tunku juga tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri apabila menghulurkan
tangan membantu ramai tahanan yang terlepas daripada membina landasan
kereta api maut dengan menyediakan tempat perlindungan dan makanan.
MENCINTAI KEAMANAN
➢ Tunku merupakan seorang pemimpin yang sangat mengeji pertumpahan darah.
Tunku pernah menolak permintaan Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti
yang sah dalam pilihanraya kerana latar belakang parti itu yang lebih sukakan
keganasan.
➢ Pada tahun 1956, Tunku telah berbicara dengan para sultan tentang
pembentukan Tanah Melayu yang bebas. Pada 8 Februari 1956, setiausaha
colonial ketika itu, Alan Lennox-Boyd dan Tunku telah bersama-sama
menandatangani perjanjian yang menjanjikan pembebasan Tanah Melayu
daripada British. Tepat jam 12.30 malam pada 31 Ogos 1957 bendera Union
Jack telah diturunkan menandakan berakhirnya zaman pemerintahan British
tanpa sebarang titisan darah.
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
➢ Beliau sangat berbakat dalam penulisan, sepanjang 16 september 1974
sehingga 16 Ogos 1957, Tunku telah menghasilkan sebanyak 53 artikel dalam
ruangan Looking Back. Pada tahun 1969, Tunku telah ,menghasilkan buku
beliau yang pertama iaitu May 13, Before and After.Selepas itu,beliau
meneruskan penulisannya dalam akhbar The Star melelui ruangan baru iaitu As I
See It. Artikel-artikel yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan
masyarakat dan insiden-insiden politik yang berlaku pada zaman beliau.
➢ Beliau turut menghasilkan Viewpoints 1970,Looking Back 1997, As Matter of
Interest 1981,Something to Remember 1983,Less We Forgot dan Contemporary
Issuus in Malaysian Politics 1984,Challenging Times 1986 dan Political
Awakening 1986.Semua hasil tersebut adalah tentang isu-isu semasa.
➢ Tunku telah menghasilkan tiga karya yang kemudiannya difilemkan iaitu
Mahsuri,Raja Bersiung dan Sumpahan Mahsuri. Filem Raja Bersiung merupakan
antara filem Melayu pertama yang berwarna di Malaysia .
➢ Tunku telah mengasaskan ASA ‘Assoiation of South East Asian States’ yang
terdiri daripada Tanah Melayu,Filipina, dan Negara Thai dan Berjaya
menyelesaikan konfrantasi dengan Indonesia dan Filifina sebaik sahaja Malaysia
di isytiharatkan.
➢ Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama Pertubuhan
Negara-negara Islam (OIC) oleh Raja Faizal dari Jeddah.
➢ Dalam bidang ekonomi, Tunku telah merancang pembangunan negara melalui
Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960. Beliau juga telah
menubuhkan Bank Pembangunan Islam.
➢ Dari aspek perkembangan agama islam, beliau menunjukkan kredibilitinya
dengan menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) pada
Ogos 1960. Atas kebolehan dan usaha gigihnya beliau Berjaya meletakkan
PERKIM sebagai pertubuhan yang terkemuka dan dihormato oleh semua umat
Islam.
➢ Beliau telah dilantik menjadi Presiden “Regional Islamic Council for South East
Asia and The Pasific" (RISEAP) yang pertama dan perwakilan di Persidangan
Negara-Negara Islam. Atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan beliau
mendapat penghargaan dari Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada
1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama.
➢ Dalam bidang sukan, beliau sangat aktif yang mana beliau adalah pengasas
Pesta Bola Sepak Merdeka yang begitu popular dan disambut dengan baik oleh
negara-negara lai n di Asia. Beliau pernah menjadi Presiden Konfederasi Bola
sepak Asia. Beliau sendiri sangat suka bermain bola di waktu mudanya dan
sebelum merdeka pernah menjadi Presiden Persatuan Bola sepak Melayu dan
Presiden Persatuan Bola sepak Selangor.
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
SUMBANGAN DALAM POLITIK
➢ Tunku telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memupuk kerjasama
antara kaum dan mencapai persetujuan atas perkara-perkara pokok bagi
pemerintahan negara merdeka. Pada awalnya gabungan antara bangsa melayu
dan MCA telah ditubuhkan pada tahun 1952. Hasilnya “Perikatan” UMNO-MCA
telah memberi kemenangan kepada kedua-duanya.
➢ Menjelang pillihanraya 1955, Perikatan ini disertai pula oleh MIC sebagai
mewakili kaum India. Dengan pertubuhan Perikatan ini semua kaum-kaum yang
penting adalah terwakil dalam sebuah badan politik yang terbesar bergerak
menuju kemerdekaan. Pada kali ini beliau berjaya , dan 31 Ogos 1957
diputuskan sebagai Tarikh kemerdekaan. Tunku mengetuai orang ramai untuk
menyorak “Merdeka”
SUMBANGAN DALAM PENULISAN
➢ Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik
perhatian orang ramia. Walaupon pada masa Tunku bersara, ketik aberumur 85
tahun beliau masih bergiat cergas malah semakin aktif dlam bidang penulisan
seperti ruangan Looking Back dan As I see It dalam akhbar The Star.
SUMBANGAN DALAM KESENIAN
➢ Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum
menjadi Perdana Menteri beliau bercita-cita menjadikan Kuala Lumpur sebagai
pusat kebudayaan. Pada 27 Ogos – 30 Ogos 1969, beliau telah menganjurkan
Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisional Asia Tenggara dengan
tujuan menonjolkan kebudayaan Melayu di mata dunia.
SUMBANGAN DALAM PERINGKAT ANTARABANGSA
➢ Dari segi hubungan luar Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan Tunku cuba
berbaik-baik dengan semua negara tetapi menolak persahabatan dengan
negara=negara komunis memandang kepada ancaman komunis di dalam negeri.
Tanah Melayu menyertai secara aktif dalam politik antarabangsa perti
menganggotai Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan yang ditubuhkannya,
mengambil risiko menentang Dasar Apartheid Afrika Selatan, menjadi ahli
komanwel yokong perjuangan rakyat Palestin dan menghantar tentera ke Congo
bila peperangan saudara meletus di sana.
SUMBANGAN DALAM BIDANG EKONOMI
➢ Telah membawa pelbagai perubahan kepada Malaysia dengan membentuk
strategi pembangunan jangka panjang bagi tempoh lima tahun bermula dengan
Rancangan Malaya pertama pada 1956 hingga 1960 dan Rancangan Malaya
kedua 1961 hingga 1965.Telah membawa Malaysia ke arena antrabangsa
dengan menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara pada 1961 yang seterusnya
dikenali sebagai ASEAN .
SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN ISLAM
➢ Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di
negaar kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak
melibatkan diri dalam penganjuran Pertadingan Membaca Al- Quran.
➢ Tunku Abrul Rahman adalah seorang pejuang kemanusiaan yang tulen. Beliau
telah membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah
kepunyaannya untuk membina rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi
nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra. Sebagai pemimpim
PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja yang
memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan
Perstuan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau telah Berjaya menempatkan seramai
4,500 orang pelarian di Pengakalan Chepa dan Cheranting
PENUTUP
Konlusinya, Tunku Abdul Rahman banyak mencurahkan sumbangan
kepada negara . Sebagai generasi muda, kita seharusnya sentiaa
mengenang jasa dan sumbangan beliau. Tanpa perjuangan beliau,
mungkin harini kita masih dalam belenggu penjajah dan Malaysia mungkin
tiada dalam peta dunia. Agi menghargai sumbangan dan jasa baktinya,
beliau telah dianugerahkan “Outstanding Malaysian of the Year “ pada
1987, ‘Honorary Citizen of London’, ‘International Sport Award’ dari United
states of sport academy pada tahun 1981, anugerah ‘The Replica of Dhul
Faqar’ dari Al-Malik Faisal pada tahun 1983, ‘Doktor Kehormat Undang-
undang’ dari University of Oxford serta anugerah “Ramon Magsasay’ pada
tahun 1960. Beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai “bapa
Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia” . Allahyarham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu
berusia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di
Makam di Raja Langgar , Alor Star, Kedah pada 7 Disember 1990.
Berakhirlah perjuangan pahlawan kita.