KETERAMPILAN BERBAHASA BMMB 1134
BIODATA Nama : Muhammad Aqil Mifzal Bin Hismuddin Kumpulan : PPS2-9 Angka Giliran : 2022172310080 Pensyarah : Dr. Noor Hayati Binti Che Mat
HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA
apakah itu keterampilan berbahasa? Menurut Kamus Dewan Bahasa, keterampilan membawa maksud kecekapan dan kemampuan yang tinggi manakala berbahasa pula ialah kemahiran seseorang menggunakan suatu bahasa sama ada dalam penulisan atau pertuturan. Menurut Pustaka UT (2012 ), keterampilan berbahasa merupakan tujuan seseorang individu mempelajari bahasa serta apa yang akan dicapai jika individu tersebut dapat menguasai keempat-empat keutamaan dalam keterampilan iaitu aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Halangan komunikasi Maklum Balas Komunikasi Sehala Gangguan Saraf Penerima Penyampaian Menerusi Saluran Kedua Gangguan Luaran Gangguan Emosi
Maklum balas dapat diterangkan sebagai reaksi, tanggapan atau pendapat yang dikeluarkan oleh penerima kepada penyampai. Selain itu, maklum balas juga sinonim disebut sebagai tindak balas ataupun reaksi. Maklum balas merupakan elemen yang penting dalam komunikasi terutamanya komunikasi dua hala kerana ia akan dapat memastikan komunikasi berjalan dengan lancar. Namun, maklum balas juga boleh menjadi sebagai salah satu halangan dalam komunikasi apabila penyampai tidak menerima sebarang maklum balas daripada penerima setelah menyampaikan sesuatu maklumat. Misalnya, apabila penyampai bertanyakan soalan secara terbuka kepada penerima namun tiada sesiapa yang dapat memberikan maklum balas dengan cara menjawab soalan tersebut . Justeru itu, hal ini membuktikan bahawa maklum balas penting untuk memastikan maklumat yang disampaikan penyampai dapat difahami dan diterima dengan baik oleh penerima. maklum balas
penyampaian menerusi saluran kedua Penyampaian menerusi saluran kedua ialah saluran yang bukan terus daripada penghantar dan memerlukan orang perantara untuk menyampaikan maklumat. Penyampaian menerusi saluran kedua ini kebiasaannya digunakan bagi menjimatkan masa dan memudahkan penyampai menyampaikan maklumat kepada orang lain tanpa perlu bersemuka secara berhadapan. Namun, penyampaian menerusi saluran kedua ini kurang digalakkan dalam berkomunikasi kerana ia akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Perkara seperti ini berlaku apabila orang yang ditugaskan menjadi perantara sering menokok tambah maklumat yang tidak sepatutnya. Selain itu, apabila orang perantaraan menyampaikan maklumat kepada penerima, mereka menyampaikan maklumat secara alar kadar dan kadangkala maklumatnya tidak sama seperti yang ingin penyampai sampaikan. Oleh itu, ia menyebabkan mesej yang disampaikan kurang jelas dan tidak boleh difahami dengan baik.
komunikasi sehala Komunikasi sehala berlaku apabila individu berkomunikasi tanpa perlu menerima sebarang maklum balas daripada individu lain. Kebiasaannya komunikasi sehala hanya menitikberatkan penyampai kerana penyampai perlu menyediakan huraian, contoh dan penjelasan berkaitan topik yang dibincangkan. Contoh komunikasi sehala ialah seperti pidata, syarahan dan banyak lagi. Komunikasi sehala menjadi halangan dalam komunikasi kerana ia tidak mewujudkan hubungan positif antara penyampai dan penerima. Hal ini berlaku apabila penyampai tidak menerima sebarang respons daripada penerima yang menyebabkan hanya sebelah pihak yang memberikan cadangan. Jadi, apabila tiada respons daripada penerima sebarang penambahbaikan atau pendapat berkaitan topik yang dibincangkan tidak dapat dikemukakan
gangguan saraf penerima Gangguan saraf ialah gangguan yang boleh menyebabkan fungsi sebahagian otak menjadi tidak normal dan ia juga boleh menjejaskan kemampuan seseorang untuk belajar . Saraf merupakan satu kompenan penting dan utama di dalam otak bagi memproses dan menerima maklumat daripada luar. Apabila seseorang individu tersebut mempunyai gangguan saraf ia akan menyebabkan komunikasi yang dilakukan tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini kerana, apabila individu tersebut berkomunikasi ia hanya dapat mendengar apa yang disampaikan tetapi ia tidak mampu untuk menganalisis maklumat yang baru diperolehinya. Oleh itu, individu tersebut juga tidak akan berupaya untuk memberikan maklum balas dan respons yang sesuai berkaitan sesuatu topik yang dibincangkan.
gangguan luaran Gangguan luaran dapat didefinisikan sebagai sebuah gangguan yang muncul secara fizikal seperti bunyi yang terlalu bising yang boleh menghalang penerima untuk mendengar dan memproses maklumat. Secara amnya, suasana yang tenang, aman dan kondusif amatlah diperlukan apabila seseorang itu hendak berkomunikasi dengan orang lain. Gangguan luaran ini kebiasaannya akan muncul berdasarkan kawasan persekitaran yang dipilih untuk berkomunikasi. Misalnya, apabila kita melakukan komunikasi di kawasan pembinaan, kita akan mendengar pelbagai bunyi yang bising semasa berkomunikasi seperti bunyi mesin dan jentera-jentera berat. Hal ini akan menyebabkan penerima tidak akan dapat memperolehi maklumat yang tepat kerana penerima tidak boleh fokus semasa menerima maklumat daripada penyampai akibat daripada pelbagai gangguan luaran.
gangguan emosi Emosi juga boleh mempengaruhi cara berkomunikasi seseorang apabila individu tersebut sering mengalami stress ataupun perkara negatif lain. Semasa berkomunikasi individu tersebut kemungkinan akan menggunakan kata-kata yang tidak sopan akibat dipengaruhi emosi yang tidak stabil serta mereka juga tidak boleh memberikan respons yang sewajarnya. Oleh itu, maklumat yang ingin disampaikan akan terjejas dan tidak boleh difahami oleh orang lain. Jadi, kedua-dua pihak mestilah mempunyai kesabaran dan bijak dalam mengawal perasaaan semasa melakukan komunikasi. Secara amnya emosi ialah dorongan untuk bertindak. Kebiasaannya emosi dapat ditunjukkan dengan cara melihat reaksi seseorang individu tersebut terhadap ransangan yang diberikan. Emosi dapat diungkapkan dalam pelbagai perasaan seperti marah, sedih, gembira dan takut.
isu Keterampilan berbahasa Isu Bahasa Isu Budaya Isu Media Sosial
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga, bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam kalangan manusia. Oleh itu, penggunaan bahasa yang sopan dan sesuai amatlah dititikberatkan semasa proses berkomunikasi dua hala dilakukan. Penggunaan bahasa yang kasar akan menyebabkan pelbagai perkara negatif berlaku seperti boleh menimbulkan permusuhan yang berpunca daripada salah faham. Misalnya, tidak menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai ketika berkomunikasi dengan orang yang lebih tua. Perkara seperti ini sering berlaku pada masa kini kerana segelintir generasi muda kurang mengamalkan nilai murni iaitu hormat-menghormati dalam berkomunikasi. isu bahasa
isu media sosial Media sosial ialah satu platform media yang digunakan secara atas talian bagi memudahkan penggguna untuk berkongsi maklumat dan info-info terkini. Masyarakat pada masa kini terutamanya golongan muda sudah terdedah dengan penggunaan media sosial seperti Instagram, Whatsapp dan Twitter sejak dari kecil lagi. Penggunaan media sosial ini dapat memberikan ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. Namun, penggunaan bahasa yang tidak sopan dan kata-kata kesat sering kali muncul di ruangan komen di laman sosial. Justeru itu, mereka juga sering mencampurkan bahasa yang juga disebut sebagai bahasa rojak ketika berkomunikasi melalui media sosial seperti " best gila ". Mereka beranggapan penggunaan bahasa rojak ini lebih mudah untuk difahami. Dalam pada itu, hal seperti ini akan menyebabkan martabat sesebuah bahasa itu semakin mundur dan dipandang serong oleh masyarakat lain serta ia juga akan menurunkan kualititi yang ada pada diri seseorang tersebut.
E.B Taylor merupakan seorang antropologi Inggris mendefinisikan budaya sebagai sesuatu yang kompleks mencakupi pengetahuan kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan lainnya yang didapatkan oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Pada masa kini, misalnya di Malaysia sebahagian besar rakyatnya hidup dalam pelbagai kaum berbeza iaitu kaum Melayu, Cina, India dan banyak lagi. Apabila hidup dalam satu masyarakat yang besar, perbezaan bahasa akan berlaku kerana masyarakat kebiasaanya akan mengekalkan penggunaan bahasa mengikut latar belakang mereka. Contohnya, penggunaan dialek sering dijumpai kerana mereka sudah terbiasa dengan bahasa yang selalu digunakan oleh ibu bapa mahupun orang yang berada di persekitaran yang sama. Selain itu, perbezaan bahasa ini juga dapat dilihat apabila mereka bermastautin ke kawasan yang lain yang juga turut menggunakan dialek yang berlainan. Oleh itu, komunikasi di antara mereka akan sukar difahami kerana terdapat banyak perbezaan dari segi kosa kata, tatabahasa dan sebutan huruf. isu budaya
SEKIAN, TERIMA KASIH !