The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP3153
Tugasan 1 - Penghasilan Produk
Pentaksiran Dalam Pendidikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mipjal15, 2025-03-11 12:15:29

E-PORTFOLIO EDUP3153

EDUP3153
Tugasan 1 - Penghasilan Produk
Pentaksiran Dalam Pendidikan

JABATAN ILMU PENDIDIKAN Tugasan 2 :PENGHASILAN PRODUK Nama Pelajar : MUHAMMAD AQIL MIFZAL BIN HISMUDDIN Angka Giliran : 2022172440080 No Kad Pengenalan : 040524-13-0639 Kumpulan : PT2S2-9 Kod Kursus : EDUP3153 Nama Kursus : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama Pensyarah : ENCIK ABDULL LATIF BIN ABDULLAH Tarikh Hantar : 11 MAC 2025 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar: Tarikh: Komen Pensyarah : Markah : HP2 : / 30 HP11 : / 10 Jumlah: /40


RUBRIK TUGASAN PETugasan 2 - Penghasilan Produk (40%) KATEGORI HP2(30%) Amat Cemerlang 27.0-30.0 CEMERLANG (22.5-26.9) Penguasaan Kandungan C5 Domain Kognitif tahap menilai Kemahiran Kognitif KKG10 Mengendalikan dan menyelesaikan masalah luar jangka - Mempamerkan satu pemahaman yang sangat jitu, tepat dan menyeluruh terhadap jenis-jenis pentaksiran alternatif yang diterapkan oleh guru dalam proses PBD. -Sangat berkemahiran menganalisis pelbagai jenis instrumen PBD dan membuat perkaitan dengan kaedah pentaksiran (pemerhatian, lisan dan bertulis) dengan sangat tepat. -Sangat berkemahiran dalam membuat penilaian ke atas penggunaan instrumen secara berkesan oleh guru dalam proses PBD. -Sangat berkemampuan untuk mencadangkan penambahbaikan atau perubahan dalam proses PBD untuk meningkatkan meningkatkan pelaksanaan PBD -Sangat berkemahiran mengendalikan dan menyelesaikan masalah luar jangka secara sangat kreatif, inovatif dan - Mempamerkan spemahaman yang tedan menyeluterhadap jenis-jepentaksiran alternatif yaditerapkan oleh gdalam proses PBD. -Berkemahiran menganalisis pelbajenis instrumen PBD dmembuat perkadengan kaedpentaksiran (pemerhatlisan dan bertulis) dengsangat tepat. -Berkemahiran damembuat penilaian atas penggunainstrumen secberkesan oleh guru daproses PBD. -Berkemampuan unmencadangkan penambahbaikan aperubahan dalam proPBD untuk meningkatpelaksanaan PBD -Berkemahiran mengendalikan dan menyelesaikan masaluar jangka secara kreainovatif dan efe


ENGHASILAN PRODUK KEPUJIAN (18.0- 22.4) SEDERHANA (15.0-17.9) LEMAH < 15 satu epat ruh enis ang guru agai dan itan dah ian, gan lam ke aan cara lam ntuk atau oses kan alah atif, ektif -Mempamerkan satu pemahaman yang agak baik dan agak menyeluruh terhadap jenis-jenis pentaksiran alternatif yang diterapkan oleh guru dalam proses PBD. -Agak berkemahiran menganalisis pelbagai jenis instrumen PBD dan membuat perkaitan dengan kaedah pentaksiran (pemerhatian, lisan dan bertulis) dengan sangat tepat. -Agak berkemahiran dalam membuat penilaian ke atas penggunaan instrumen secara berkesan oleh guru dalam proses PBD. -Agak berkemampuan untuk mencadangkan penambahbaikan atau perubahan dalam proses PBD untuk meningkatkan pelaksanaan PBD -Berkemahiran mengendalikan dan menyelesaikan masalah luar jangka tetapi kurang kreatif dan efektif dalam -Mempamerkan satu pemahaman yang kurang baik dan kurang menyeluruh terhadap jenis-jenis pentaksiran alternatif yang diterapkan oleh guru dalam proses PBD. Kurang berkemahiran menganalisis pelbagai jenis instrumen PBD dan membuat perkaitan dengan kaedah pentaksiran (pemerhatian, lisan dan bertulis) dengan sangat tepat. -Kurang berkemahiran dalam membuat penilaian ke atas penggunaan instrumen secara berkesan oleh guru dalam proses PBD. -Kurang berkemampuan untuk mencadangkan penambahbaikan atau perubahan dalam proses PBD untuk meningkatkan pelaksanaan PBD -Berkemahiran mengendalikan masalah luar jangka tetapi tidak berupaya menyelesaikannya dalam -Tidak mempamerkan satu pemahaman yang jitu, tepat dan menyeluruh terhadap jenis-jenis pentaksiran alternatif yang diterapkan oleh guru dalam proses PBD. -Tidak berkemahiran menganalisis pelbagai jenis instrumen PBD dan membuat perkaitan dengan kaedah pentaksiran (pemerhatian, lisan dan bertulis) dengan sangat tepat. -Tidak berkemahiran dalam membuat penilaian ke atas penggunaan instrumen secara berkesan oleh guru dalam proses PBD. -Tidak berkemampuan untuk mencadangkan penambahbaikan atau perubahan dalam proses PBD untuk meningkatkan pelaksanaan PBD -Tidak berkemahiran mengendalikan dan menyelesaikan masalah luar jangka dalam


efektif dalam melaksanakan kajian lapangan (KKG10) dalam melaksanakajian lapangan (KKG1KATEGORI HP11(10%) AMAT CEMERLANG (9.0-10.0) CEMERLANG (7.5 - 8.9)


kan 10) melaksanakan kajian lapangan (KKG 10) melaksanakan kajian lapangan (KKG10) melaksanakan kajian lapangan (KKG 10) KEPUJIAN (6.0- 7.4) SEDERHANA (5.0-5.9) LEMAH < 5.0


A5 Domain afektif Tahap menghargai Nilai KEP11 Integriti -Berkebolehan menilai pelbagai instrumen pentaksiran bilik darjah dengan sangat teliti untuk menghasilkan eportfolio yang sesuai, jelas dan tepat. -Sangat bijak bertindak secara jujur dan lurus dalam mengekalkan /mempertahankan prinsip, pegangan dan akauntabiliti semasa melaksanakan tugasan serta boleh dicontohi. -Berkebolehan menpelbagai instrumpentaksiran bilik dadengan teliti unmenghasilkan e-portfyang sesuai dan jelas-Bijak bertindak secjujur dan lurus damengekalkan /mempertahankan prinsip, pegangan dakauntabiliti semmelaksanakan tugasaAspek dinilai ELEMEN KPPB


nilai men rjah ntuk folio s. cara lam dan asa an. -Berkebolehan menilai pelbagai instrumen pentaksiran bilik darjah dengan sederhana untuk menghasilkan e-portfolio yang sesuai. -Boleh bertindak secara jujur dan lurus dalam mengekalkan /mempertahankan prinsip, pegangan dan akauntabiliti semasa melaksanakan tugasan. -Kurang berkebolehan menilai pelbagai instrumen pentaksiran bilik darjah dengan untuk menghasilkan e-portfolio yang minimum. -Memerlukan bantuan untuk bertindak secara jujur dan lurus dalam mengekalkan /mempertahankan prinsip, pegangan dan akauntabiliti semasa melaksanakan tugasan. -Tidak berkebolehan menilai pelbagai instrumen pentaksiran bilik darjah dengan menghasilkan e-portfolio yang sesuai. -Mudah putus asa untuk bertindak secara jujur dan lurus dalam mengekalkan /mempertahankan prinsip, pegangan dan akauntabiliti semasa melaksanakan tugasan.


Elemen KPPB 6C – Sahsiah Elemen KPPB 6C – Pemikiran Kritis Elemen KPPB – Pemanfaatan Digital -Menunjukkan kecekalan, ketabahan, ketekunan dan ketahanan yang tinggi apabila menghadapi cabaran dalam menilai instrumen (Elemen KPPB – Dimensi Kecekalan, Ketabahan,Ketekunan, Ketahanan) - Mempunyai kemahiran menaakul dan pemikiran kritikal yang mantap, termasuk membuat intepretasi, analisis, sintesis dan penilaian (Elemen KPPB – Dimensi Pembinaan ilmu yang bermakna) - Amat mahir menggunakan elemen digital yang dapat meningkatkan keberkesanan nilai dan kualiti proses penghasilan laporan mereka. - Menunjukkan dengjelas kecekaketabahan, ketekudan ketahanan apamenghadapi cabadalam menilai instrum(Elemen KPPB Dimensi KecekaKetabahan, KetekunKetahanan) -Mempunyai kemahmenaakul dan pemikkritikal dan bomembuat intepretanalisis, sintesis dpenilaian (Elemen KPPDimensi Pembinaan iyang bermakna) -Mahir menggunaelemen digital unmeningkatkan keberkesanan nilai dkualiti proses penghaslaporan mereka.


gan lan, nan abila aran men – lan, nan, iran iran oleh tasi, dan PB – lmu kan ntuk dan silan - Menunjukkan kecekalan, ketabahan, ketekunan dan ketahanan apabila menghadapi cabaran dalam menilai instrumen (Elemen KPPB – Dimensi Kecekalan, Ketabahan, Ketekunan, Ketahanan) -Mempunyai kemahiran yang baik dalam mengintepretasi dan menganalisis maklumat untuk membina pengetahuan bermakna tetapi kemahiran mensintesis dan menilai masih berkembang (Elemen KPPB – Dimensi Pembinaan ilmu yang bermakna) -Pelajar boleh menggunakan elemen digital untuk meningkatkan keberkesanan nilai dan kualiti proses penghasilan laporan mereka. - Mula menunjukkan ciriciri kecekalan dan ketabahan tetapi cenderung berputus asa tanpa sokongan dalam menilai instrumen (Elemen KPPB – Dimensi Kecekalan, Ketabahan, Ketekunan, Ketahanan) -Masih pada peringkat membina kemahiran penaakulan dan pemikiran kritikal (Elemen KPPB – Dimensi Pembinaan ilmu yang bermakna) -Pelajar kurang menggunakan elemen digital untuk meningkatkan keberkesanan nilai dan kualiti proses penghasilan laporan mereka. -Kecenderungan berputus asa dalam menilai instrumen (Elemen KPPB – Dimensi Kecekalan, Ketabahan, Ketekunan, Ketahanan) Masih berusaha untuk membina pengetahuan yang bermakna serta memerlukan rangsangan dan bimbingan (Elemen KPPB – Dimensi Pembinaan ilmu yang bermakna -Pelajar menggunakan elemen digital pada peringkat asas sahaja.


E-PORTFOLIO NAMA : MUHAMMAD AQIL MIFZAL BIN HISMUDDIN KUMPULAN : PT2S2-9 ANGKA GILIRAN : 2022172440080 EDUP 3123 : PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN


PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyelesaikan tugasan berterusan ini dengan jayanya. Pada mulanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih saya kepada pensyarah saya iaitu ()kerana telah memberikan tunjuk ajar yang begitu terperinci kepada saya. Beliau telah banyak menyumbang dari segi membimbing, memberi dorongan dan mendedahkan konsep-konsep kepada saya. Tidak lupa juga rakan-rakan sekelas yang telah bertukar-tukar pendapat dan idea bersama saya dalam proses melengkapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang telah banyak menghabiskan masa dalam memberi peringatan terhadap setiap perkara yang saya alpha justeru menjadi pemudahcara kepada saya dalam menyiapkan tugasan berterusan ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang diperlukan. Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses menyelesaikan tugasan berterusan ini.


ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 2.0 ANALISIS INSTRUMEN (PBD) 2.1 Analisis Instrumen dan Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Senarai Semak - Kaedah Pemerhatian Lembaran Kerja - Kaedah Penulisan 3.0 PENILAIAN PROFESIONAL INSTRUMEN (PBD) 3.1 Kesahan 3.2 Kebolehpercayaan 3.3 Kemudahtafsiran 4.0 REFLEKSI 4.1 Kekuatan 4.2 Kelemahan 4.3 Cadangan Penambahbaikan 5.0 RUMUSAN RUJUKAN


1.0 pengenalan pentaksiran bilik darjah (pbd)


1.0 Pengenalan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah satu proses penilaian berterusan yang perlu dilakukan oleh setiap guru ketika berada di dalam bilik darjah bagi mengetahui sejauh mana kemampuan dan kebolehan murid-murid dalam menguasai sesuatu mata pelajaran tertentu. Pentaksiran Bilik Darjah merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia 2016). Pelbagai kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan bagi mencapai setiap objektif pembelajaran, seperti pemerhatian, soal jawab, kuiz, penghasilan projek dan tugasan berterusan. PBD juga berkemampuan untuk membantu guru menyesuaikan pengajaran mereka kepada keperluan murid-murid dan meningkatkan tahap pemahaman mereka. Pada masa yang sama, PBD juga disediakan untuk meningkatkan pemahaman guru dan sistem pentadbiran sekolah tentang cara melaksanakan pentaksiran. Hal ini membolehkan mereka mendapat maklum balas tentang keberkesanan pedagogi guru dan perkembangan pembelajaran murid-murid. Pemorelehan maklumat daripada pentaksiran tersebut boleh digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada semasa atau selepas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Panduan ini akan membolehkan guru mempelajari tentang konsep, tujuan, sifat, kaedah, aspek yang ditaksir, pertimbangan profesional, dan keperluan untuk melaksanakan PBD dan menggunakannya dalam bilik darjah. Rajah 1.1 : Apakah itu PBD?


Rajah 1.2 : Pelaksanaan PBD.


Di samping itu, Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), serta kaedah pentaksiran, adalah asas untuk pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Setiap guru perlu memahami sepenuhnya kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP), dan menentukan kaedah pentaksiran yang sesuai. Oeh hal yang demikian, guru mampu menjalankan sesi PdP dan pentaksiran secara berterusan melalui kaedah seperti pemerhatian, bertulis dan lisan. Pada akhir sesi PdP, guru secara langsung akan merekod dan menilai penguasaan murid melalui rekod mengajar, senarai semak, dan kaedah lain yang sesuai. Tindakan susulan akan diambil oleh guru, seperti bimbingan tambahan atau aktiviti pemulihan, jika murid memerlukan tahap penguasaan yang lebih tinggi (TP). Proses ini dapat menjamin murid-murid untuk mendapatkan bimbingan berterusan dan membantu mereka meningkatkan penguasaan mereka dengan cara yang sistematik.


2.0 ANALISIS INSTRUMEN dan kaedah PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


2.1 Analisis Instrumen dan Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Analisis instrumen pentaksiran bilik darjah (PBD) ialah proses menilai keberkesanan kaedah atau alat pentaksiran yang digunakan untuk mengukur tahap penguasaan pelajar. Ia bertujuan untuk memastikan alat pentaksiran seperti soalan peperiksaan, lembaran kerja, senarai semak dan rubrik penilaian dapat mengukur pencapaian pelajar dengan adil dan tepat. Analisis ini termasuk menilai instrumen untuk kesahan (validiti) dan kebolehpercayaan (reliabiliti), mencari kelemahan dalam pentaksiran, dan memastikan soalan atau aktiviti yang digunakan benar-benar selaras dengan matlamat pembelajaran. Kajian Suzana Abd Mutalib dan Jamil Ahmad (2012), pula mendapati guru gagal memantau pembelajaran murid atas faktor kekurangan pengetahuan, penghasilan keputusan yang tidak adil dan kelemahan perancangan pengajaran sehingga gagal mencungkil potensi sebenar murid dan mengakibatkan pelaporan prestasi murid yang tidak tepat. Oleh hal demikian, hasil analisis ini dapat membantu guru mengubah kaedah pentaksiran dan intervensi mereka untuk meningkatkan pengajaran dan meningkatkan pemahaman murid.


Senarai Semak Rajah 2.1 : Contoh Senarai Semak Subjek Bahasa Melayu.


Berdasarkan rajah 2.1, di atas, dapat dinyatakan bahawa instrumen yang telah dilaksanakan adalah kaedah pentaksiran secara pemerhatian iaitu senarai semak. Hal ini demikian kerana, pentaksiran secara pemerhatian melalui senarai semak ialah penilaian secara terus ke atas pencapaian diri sendiri murid-murid dan mampu mengetahui kemampuan sebenar murid tersebut berkaitan sesuatu mata pelajaran. Guru boleh merekod penilaian menggunakan senarai semak, anekdot, atau rubrik semasa murid menjalankan aktiviti dalam bilik darjah seperti perbincangan, kerja kumpulan, atau tugasan projek. Menurut Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik untuk mengumpul data asal ‘first hand encounter’ tentang murid yang mahu dikenalpasti. Kaedah yang digunakan oleh guru dalam mengaplikasikan instrumen ini ialah guru perlu menyediakan senarai semak yang mengandungi kriteria yang akan dinilai. Guru akan menanda senarai semak berdasarkan kemampuan murid sama ada memenuhi kriteria semasa pemerhatian ataupun tidak. Hasil yang diperoleh berdasarkan senarai semak akan digunakan sebagai asas untuk memberikan maklum balas atau tindak balas yang sesuai. Dengan cara ini, guru boleh menilai kemampuan murid secara langsung dan memberikan gambaran yang jelas tentang apa yang mereka telah lakukan


Lembaran Kerja Rajah 2.2 : Contoh Lembaran Kerja Subjek Bahasa Melayu.


Berdasarkan rajah 2.2 di atas, dapat dinyatakan bahawa instrumen yang seterusnya telah diaplikasikan adalah kaedah pentaksiran secara penulisan iaitu lembaran kerja. Kaedah pentaksiran secara penulisan ini sering kali diaplikasikan di dalam darjah kerana ia mampu menganalisis murid dengan cara mengukur kefahaman, kemahiran berfikir dan keupayaan mereka untuk menyusun idea secara sistematik. Oleh hal yang demikian, pentaksiran secara penulisan melalui lembaran kerja adalah satu jenis penilaian di mana murid-murid dikehendaki untuk menjawab soalan atau menyelesaikan tugasan bertulis berdasarkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada mereka yang diperoleh semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung. Kebiasaannya, lembaran kerja ini dikelaskan mengikut tahap kesukaran dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan pada awal sesi PdP. Dengan itu setiap murid dikehendaki untuk menjawab lembaran kerja yang telah disediakan secara individu justeru guru akan menilai setiap jawapan yang diberikan berdasarkan ketepatan, kefahaman dan keupayaan murid dalam mengaplikasikan atau mengaitkan apa yang telah dipelajari semasa sesi PdP. Respons atau jawapan yang diberikan kepada guru amat penting bagi mengetahui sama ada pengajaran yang dijalankan berkesan atau tidak serta membolehkan murid mengetahui tahap pemahaman mereka sendiri dalam topik yang diajar (Wylie et al., 2008).


3.0 PENILAIAN PROFESIONAL INSTRUMEN PENTAKSRIAN BILIK DARJAH (PBD)


3.1 Penilaian Profesional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari aspek Kesahan Daripada instrumen yang telah diaplikasikan, senarai semak menunjukkan tahap kesahan yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor utama yang wujud dalam aspek kesahan seperti reka bentuk instrumen dan kandungan ujian. Instrumen ini merangkumi kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid bermula daripada asas tulisan kepada pra-tulisan. Dalam pada itu, murid juga perlu memahami arahan seperti menyambung titik-titik untuk membentuk huruf, mengenalpasti huruf dan menyebut huruf-huruf yang ditunjuk yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran pada awal sesi PdP. Selain itu, tahap kesahan yang tinggi bagi instrumen ini juga dapat dibuktikan apabila ia mempunyai arahan yang jelas, berformat dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Arahan yang jelas memberi kualiti penilaian, pengajaran, dan pembentangan yang baik (Jaafar,2012). Instrumen ini juga mampu menyenaraikan skala penilaian yang sesuai untuk menilai tahap pencapaian murid iaitu skala skor 1 hingga 5. Skala skor penilaian ini dapat menunjukkan tahap penguasaan murid sama ada pada peringkat sangat baik sehingga peringkat tidak memuaskan. Senarai Semak 3.2 Penilaian Profesional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari aspek Kebolehpercayaan Dalam pada itu, berdasarkan instrumen yang telah dilaksanakan, senarai semak menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi dalam menilai kemahiran asas tulisan kepada pra-tulisan muridmurid. Senarai semak dari aspek kebolehpercayaan ini perlu dilihat secara dalaman kerana instrumen ini menggunakan piawaian yang jelas dan berterusan untuk menilai pelbagai aspek kemahiran menulis, seperti pengecaman huruf dan menyebut huruf, serta menulis dan memadankan huruf dengan gambar.Selain itu, skala skor penilaian daripada 1 hingga 5 membolehkan guru-guru memberikan markah yang lebih objektif berdasarkan pemerhatian secara langsung mereka terhadap setiap murid. Garis panduan yang lebih strategik dan berfokus mampu menjamin bahawa setiap guru memberikan skor yang sama untuk tahap kemahiran yang sama bagi meningkatkan lagi kebolehpercayaan penilai. Seterusnya, dari segi jenis kebolehpercayaan uji ulang uji pula, senarai semak ini boleh diuji dengan menjalankan pentaksiran berulang dalam tempoh masa tertentu untuk mengetahui sama ada keputusan yang diperoleh murid-murid adalah konsisten ataupun tidak.


3.3 Penilaian Profesional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari aspek Kemudahtafsiran Seterusnya, daripada instrumen yang telah berjaya diaplikasikan, instrumen senarai semak menunjukkan tahap kemudahtafsiran yang sangat baik dan tinggi. Hal ini demikian kerana instrumen senarai semak ini mudah untuk ditafsir oleh mana-mana guru yang ingin menggunakannya pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mereka kerana ia disusun secara sistematik dan jelas serta menggunakan penggunaan bahasa yang mudah menyebabkan arahannya jelas untuk difahami. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2007), perkataan sistematik dapat didefinisikan sebagai suatu perkara yang mempunyai sistem tertentu. Dengan demikian, guru boleh membuat pemarkahan secara konsisten menggunakan skala skor penilaian dari 1 hingga 5 yang mempunyai petunjuk kualitatif iaitu ‘tidak memuaskan’ hingga ‘sangat baik’. Terdapat juga ruang bahagian untuk analisis guru dalam format jadual yang terstruktur dan objektif, justeru membolehkan maklumat direkodkan dengan teratur dan mudah untuk dirujuk semula pada masa akan datang.


3.1 Penilaian Profesional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari aspek Kesahan Lembaran Kerja 3.2 Penilaian Profesional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari aspek Kebolehpercayaan Dalam pada itu, daripada instrumen seterusnya yang telah diaplikasikan, lembaran kerja dapat menunjukkan tahap kesahan yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila kriteria atau kandungan yang terkandung dalam instrumen mempunyai objektif pembelajaran yang sejajar dengan topik yang dipelajari di dalam bilik darjah justeru bersesuaian dengan tahap kebolehan murid-murid. Selaras dengan kurikulum pendidikan awal Bahasa Melayu, instrumen ini juga direka untuk menguji penguasaan murid dalam mengenal pasti huruf vokal dan melengkapkan perkataan berdasarkan gambar yang telah disediakan. Berdasarkan kajian oleh Paivio (1986), menunjukkan bahawa penggunaan gambar dapat meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengingat murid-murid. Selain itu, kandungan yang digunakan juga adalah sesuai dan saling berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar, menjadikannya lebih mudah untuk difahami dan digunakan. Daripada instrumen yang telah berjaya dilaksanakan, lembaran kerja menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi apabila instrumen tersebut mampu menghasilkan keputusan yang konsisten. Hal ini demikian kerana, instruemn lembaran kerja ini mempunyai kestabilan sesuatu alat pentaksiran yang tinggi walaupun diaplikasikan oleh guru ataupun penilai yang berbeza. Justeru itu, instrumen ini juga menggunakan struktur soalan yang jelas, arahan yang mudah difahami dan format yang sistematik bagi mengelakkan kemungkinann kekeliruan kepada murid-murid semasa menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Misalnya, dapat dilihat instrument tersebut menggunakan penggunaan bahasa yang jelas, ringkas dan mudah ditafsir bagi tahap pemahaman murid tahap 1. Selain itu, ilustrasi yang bersesuaian juga mempengaruhi tahap kebolehpercayaan murid-murid dan juga boleh membantu guru dalam mengekalkan penilaian yang tepat.


3.3 Penilaian Profesional Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dari aspek Kemudahtafsiran Seterusnya, daripada instrumen yang telah diaplikasikan, instrumen lembaran kerja menunjukkan tahap kemudahtafsiran yang sangat baik dan tinggi. Hal ini disebabkan oleh instrumen tersebut menggunakan arahan yang ringkas, jelas dan sesuai dengan tahap literasi murid yang menjadikannya sangat mudah untuk difahami walaupun tanpa bimbingan tambahan daripada guru dan rakan-rakan yang lain. Penggunaan gambar sebagai ransangan visual dan kedudukan huruf vokal dipaparkan secara berasingan juga dapat membantu murid-murid memahami kehendak soalan justeru susun atur soalan yang sistematik juga mampu mengurangkan keberangkalian murid-murid untuk menghadapi kekeliruan. Akhir sekali, jawapan yang disediakan bagi lembaran kerja tersebut juga berpandukan kepada jawapan khusus iaitu penggunaan skema jawapan yang tetap. Maklumat yang diberikan di dalam sebuah pentaksiran amat penting agar interpretasi yang diterima mampu di lakukan dengan tepat. Oleh itu, instrumen tersebut mampu menunjukkan tahap kemudahtafsiran yang baik dan sangat tinggi.


4.0 REFLEKSI


4.1 Kekuatan 4.2 Kelemahan Kelebihan instrumen senarai semak dan lembaran kerja yang menjadikannya berkesan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini ialah arahan yang jelas dan struktur yang teratur memudahkan guru dan murid-murid memahaminya.Selain itu, format pemarkahan dalam senarai semak membolehkan guru menilai secara sistematik tahap penguasaan dan pemahaman muridmurid serta berupaya membantu murid memahami hubungan antara huruf dan objek dalam lembaran kerja. Selain itu, aktiviti yang interaktif seperti menyambungkan titik-titik, memadankan gambar dan melengkapkan perkataan juga dapat meningkatkan minat murid terhadap topik pembelajaran yang ingin dikuasai semasa sesi PdP. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki daripada kedua-dua instrumen tersebut iaitu ketepatan standard penilaian yang mengutamakan elemen mekanikal tanpa membenarkan kreativiti dan pemikiran kritis murid-murid. Selain itu, lembaran kerja yang terhad kepada aktiviti padanan dan melengkapkan huruf juga berkemungkinan menyebabkan murid cepat merasa bosan serta tidak menunjukkan minat ketika sesi PdP di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, ketiadaan elemen penilaian kualitatif dalam senarai semak juga menyebabkan guru mengalami kesukaran untuk menyimpan rekod terperinci tentang cabaran individu yang dihadapi setiap murid. Kualitatif merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan kualiti atau sifat sesuatu yang menekankan pemerhatian, pemahaman mendalam dan analisis secara terperinci (Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, 2007). 4.3 Cadangan Penambahbaikan Dalam pada itu, untuk meningkatkan lagi tahap kebolehkesanan instrumen senarai semak dan lembaran kerja ini, beberapa cadangan penambahbaikan boleh dilakukan seperti memasukkan elemen penilaian kualitatif dan menyediakan ruang refleksi untuk guru mencatat pemerhatian mereka terhadap setiap murid. Bagi instrumen lembaran kerja pula, guru boleh melakukan penambahan lebih banyak aktiviti yang menarik dan sesuai dengan pelbagai tahap kebolehan serta literasi murid-murid. Selain itu, penggunaan saiz tulisan, warna tulisan dan pemilihan warna bagi gambar rajah yang lebih efisyen juga berupaya untuk memastikan murid-murid lebih mudah memahami justeru boleh meningkatkan kemahiran membaca, terutamanya bagi murid berkeperluan khas. Instrumen ini akan menjadi lebih berkesan dan sangat efisyen dalam membantu pertumbuhan pembelajaran murid secara keseluruhan dengan memperluaskan skop penilaian kepada elemen usaha dan keberanian pelajar untuk mencuba


5.0 RUMUSAN


5.0 Rumusan Tuntasnya, dapat dikelaskan bahawa pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berpotensi dan berupaya dalam meningkatkan tahap pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju yang lain. PBD juga adalah satu kaedah yang penting dalam menilai kemahiran, pemahaman, dan penguasaan murid melalui pelbagai bentuk pentaksiran seperti pemerhatian, lisan, dan bertulis. PBD juga bukan sekadar mengukur pencapaian akademik tetapi juga membantu memahami potensi murid-murid secara holistik. Integrasi penilaian secara profesional dapat mengembangkan bakat serta kebolehan murid dengan lebih mendalam dan mampu mendorong mereka untuk lebih aktif dalam pembelajaran. Oleh itu, semua pihak bertanggungjawab yang terlibat perlu memainkan peranan penting bagi memastikan pelaksanaan PBD secara optimum dapat direalisasikan justeru berupaya melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS).


RUJUKAN


Rujukan


Click to View FlipBook Version