The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aisah Ag Bakar, 2021-07-02 22:30:54

BUKU LOG PPIM

MY SIMPLE LOG BOOK

BUKU LOG PPIM
AISAH BT. AG BAKAR
GURU PENASIHAT PPIM
SMK MADAI, KUNAK.

PROFIL
DIRI

Nama : Aisah Binti Ag. Bakar
Tarikh Lahir: 10 September 1981
Tempat Lahir: Kota Marudu, Sabah.
Cita-cita : Pensyarah / Guru
Hobi :Membaca buku, mengumpul setem, melancong
Sekolah Rendah : SK Ongkilan, Kota Marudu
Sekolah Menengah : SMK Agama Inanam, Kota Kinabalu
Pendidikan Tertinggi:

1. Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam
Puri, Kota Bharu, Kelantan (1999-2001)

2. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. (2002-2004)
Pengalaman mengajar :

1. SMK Pasir Putih Tawau (2005-2008)
2. SMK Madai, Kunak (2008-kini)

Prinsip hidup: ‫ من جد و جد ومن حصد زرع‬Maksudnya sesiapa
yang berusaha dialah yang mendapat hasilnya, sesiapa yang
bercucuk tanam, maka dialah menuai hasilnya.

UMMUL KITAB
Al-FATIHAH

١ ‫ِمۡسِب ٱّ َلله ٱل َرِنَٰمۡح ٱل َر هحي هم‬

‫ ٱل َرِنَٰمۡح‬٢ ‫ ٱۡ ح َل حمد ّه َلله َر هب ٱلح َعَٰ َل هم َي‬١ ‫ِمۡسِب ٱّ َلله ٱل َرِنَٰمۡح ٱل َر هحي هم‬

‫ ٱض حهو هد هنَبا‬٥‫ََّإههليَيا َنَك َأ َنحن حعَعب حمد َِتإَويَ َعا َل َ حكي ههن َ حمحس َت َغ هع حۡ هييٱلح َم حغ‬٤‫ هل هيص هَرنَٰ َط ٱ‬٦‫م َحمَٰسلهَتقه هيك َميَ حو هم ٱ‬٣‫ٱلح‬ ‫ٱل َر هحي هم‬
‫ٱل هص َرَٰ َط‬

٧ ‫َع َل حي هه حم َو ََل ٱل َضٓاله َي‬

.1Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.

.2Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

.3Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

.4Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(hari Akhirat).
.5Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon

.6Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang
Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-
orang yang sesat.





























COGAN KATA
& SULUH KATA

PPIM

COGAN KATA

PPIM
➢ BERILMU
➢ BERIMAN
➢ BERAMAL

SULUH KATA PPIM

P - Patuh kepada ibubapa
U - Ugama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-

Hadith
T - Taat kepada Allah dan Rasul
E - Erat ukhwah Islamiyah
R - Rela berbakti kerana Allah
I - Iman dipupuk ilmu dituntut

I - Insaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada
Allah ia kembali ('inna lillahi wa'inna ilayhi
raji'un)

S - Solat ditunai setiap waktu
L - Larangan Allah dijauhi
A - Akhlaq mulia pengukuh keimanan
M - Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

LOGO &
PENERANGAN

PENGERTIAN LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan
bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan
berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu
bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA''

Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan
PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi
(Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN
PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis perkataan:

“PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri

“PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan
kelembutan
Hijau : AgamaTaqwa sebagai TERAS
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

BENDERA PPIM &
BENDERA MALAYSIA &

BENDERA SABAH

Nota:
· Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna
merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana
pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada
ukuran bendera.

· Penggunaan;-
a) Setiap upacara rasmi
b) Tatacara perjumpaan

· Kedudukan Bendera dalam Tatacara perjumpaan:
a) Bendera Negeri b) Bendera Malaysia c) Bendera
PPIM

BENDERA MALAYSIA

mengandungi 14 jalur merah dan putih
(melintang) yang sama lebar bermula dengan
jalur merah yang melambangkan keberanian
rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap
negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur
putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang
terakhir melambangkan kesucian negara, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13
buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan
ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur
Gemilang.

BENDERA SABAH

Bendera negeri Sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ia
bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah
menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua
meliputi suku bahagian bendera ini.
Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas
berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah
cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih
melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan
kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang
terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula
melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

MATLAMAT PPIM

MATLAMAT PPIM

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan
perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM

berharap agar mencapai matlamat seperti berikut :

Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial,
fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian,
penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di
kalangan puteri- puteri.

Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam
pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut,

maktab, kolej dan universiti.

Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan
menyeronokkan.

Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara
sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya
masyarakat setempat.

STRUKTUR
ORGANISASI
PPIM SEKOLAH

ORGANISASI PPIM PERINGKAT SEKOLAH

PENGETUA
ABDUL HUSSIN MADJAKINAL

KETUA GURU PENASIHAT GPK KOKURIKULUM PEN. KETUA PENASIHAT
SARINAH BT ABIRIN AHMAD BIN NONTJI NORIZWIMA BT BALI

BENDAHARI
SOPHIA BT AKMADUL

TIM. PENGERUSI PPIM 1 PENGERUSI PPIM TIM. PENGERUSI PPIM II
NURUL KHUZAIMAH SAMADE SITI HAJAR BT SAMSUL BACHRY NUR FIETRIYAHNIE BT SALIM

SETIAUSAHA 1 SETIAUSAHA II
NUR SYAKIRAH BT ABDULLAH SITI AISHAH BT HABIDIN

BENDAHARI 1 AJK TINGKATAN 5 BENDAHARI II
NUR SURIANI BT HABIR HAZRINAH BINTI DAYANG INTAN AISHAH

AJK TINGKATAN 4 AJK TINGKATAN 3
FADILAH BT KASSIM NUR NATAZA BT HASTAMAN

AJK TINGKATAN 2 AJK TINGKATAN 1
NUR ATIQA NAJWA QURRATU AINI

SEJARAH
PPIM

SEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh
YMM Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin,
Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum
hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang
bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad,
Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM
Pertama. Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati
kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun
1987.

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf
‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun binti Mohd Ali.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan
Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di
seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan
sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa
banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi
pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji
Tumin, ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri
telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tengku
Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg.
Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi
pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011 dan sehingga sekarang.

OBJEKTIF
PPIM

OBJEKTIF PPIM

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat
sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan
seperti berikut:-
1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang

Taat kepada Allah, Raja dan Negara
Berilmu
Berakhlak mulia
Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan
jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar
dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka
berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat
berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.
1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri,
progresif dan di terima masyarakat.
1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan
menghormati generasi tua.

FALSAFAH
PPIM

FALSAFAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah
pergerakan berpakaian seragamyang bergerak pada
peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut
pengajian tinggi ,maktab-maktab perguruan serta

sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti
yangdijalankan sebagai ko-kurikulum secara formal

dan tidak formal adalah bertujuanmembimbing
puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan
potensi-potensi dirisecara menyeluruh dan bersepadu

demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang
danharmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada

Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk
menterjemahkan kedalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan,
berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berupaya

mencapai kesejahteraan diri sertamampu dan
bersedia memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuranbangsa , masyarakat
dan negara selaras dengan ajaran Islam.

HIMPUNAN
DOA



DOA PENUTUP

DOA PENUTUP

‫ِب ْس ِم اللِه ال ذر ْح َم ِن ال ذر ِح ْي ِم‬
‫ َوال ذصَ َلة ك َوال ذسَ َل كم عَ ََل َر كس ْوِلنَا‬، ‫الْـ َح ْم كد للِه اَِّل ْي ِبنِ ْع َم ِت ِه تَ ِِ ات كال ذصاِلـ َحا كت‬

‫ا أل ِم ْْ َي َوعَ ََل َء أأَِ ِل َوأأ َْ َصاب ِه ِِ أأ ْجـ َم ِع ْْ َي‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami berhimpun sekali lagi untuk menyatakan rasa
kesyukuran ke hadrat Mu ya Allah, setelah selesai tugas
dan tanggunjawab kami yang Engkau amanahkan. Kami
memohon keberkatanmu ya Allah untuk menjadikan
setiap pekerjaan kami sebagai ibadah, sekiranya Engkau

dapati pekerjaan ini masih tidak sempurna maka
ampunilah kami ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha

pengampun lagi maha mengasihani.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja

Kami berlindung kepadamu daripada hati yang tidak
khusyuk, doa yang tidak didengar, nafsu yang tidak
merasa kenyang, ilmu yang tidak bermanfaat ya Allah.

‫ِ َربذنَا َءا ِتنَا ِِف الُّدنْ َيا َح َسنَة ً َو ِِف ا أل ِخ َرِة َح َسنَة ً َوِقنَا عَ َذا َب النذار‬
‫ َوالْ َح ْم كدَِلذِِل َر ِاب‬، ‫َو َص ذَل اللكه عَ ََل كم َح ذم ٍد َوعَ ََل َءاَِ ِل َو ََ ْص ِب ِه َو َسَ ذَّل‬
.‫ال َعالَ ِم ْْ َي‬

TASBIH KIFARAH
& SURAH AL-ASR

‫‪TASBIH KIFARAH‬‬

‫كس ْب َحانَ َك اللذ كه ذم َوِِ َب ْم ِد َك‪َ ،‬أ ْشهَ كد‬
‫َأ ْن َّل ِا ََوََألتك ِاوَّلذكبَأنِْالَ َْيت َ َأك‪ْ.‬س َت ْغ ِف كر َك‬

‫‪SURAH AL-ASR‬‬

SELAWAT
PILIHAN



LAPORAN
PERJUMPAAN

LAPORAN PERJUMPAAN

Tarikh: 26.06.2021

Hari: Sabtu

Masa: 8:30-11:30 Pagi

Tempat : Google Meet di rumah masing-masing

Aktiviti: Mesyuarat Agung PPIM

Kehadiran guru: 1. Pn. Sarinah Abirin
2. Pn. Norizwima Bali
3. Pn. Azida Hazwani Azuddin
4. Pn. Aisah Ag. Bakar
5. Cik Sophia Akmadul
6. Pn. Rina Rasdiana Sahar

Kehadiran murid: 40 orang

Agenda
1. Ucapan Ketua Guru Penasihat
2. Kehadiran puteri
3. Pendaftaran ahli baru puteri Tingkatan 1
4. Perlantikan AJK PPIM
5. Aktiviti Tahunan
6. Yuran

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version