Flipbook Buku Log
Pasukan Badan
Beruniform Kadet Polis
NAMA: LAI XIN YI
KELAS: 4AL-BIRUNI
1
Guru Penasihat
Kadet Polis
• Siti ‘Aisyah binti Ismail
• Norzaimah binti Ismail
• Mahizun binti Omar
• M.Rizal bin Kasmon
• Mohammad Azri bin Abdullah
• Mohd Nor Akmal bin Salleh
• Noorazila binti Mat Isa
• Farhana Nabila binti Samsuddin
2
Kandungan
PERKARA HALAMAN
Logo 4
Maksud Logo 5
Sejarah 6
Tujuan Penubuhan 7
Pangkat 8
Lagu 9
Organisasi 10
Latihan 11
Pakaian 12
3
Logo Kadet Polis
4
Maksud Logo
Kadet Polis
• Bulan dan bintang • Mahkota melambangkan yang
melambangkan Islam pasukan Polis Diraja Malaysia
sebagai agama rasmi sentiasa menjunjung tinggi
negara ini. kesucian Islam dan kebesaran
Allah, serta merupakan satu
• Bunga padi melambangkan sanjungan kepada Seri Paduka
makanan asasi rakyat Baginda Yang Dipertuan
Malaysia serta Agong diatas pengurniaan
kemakmuran negara. gelaran "Diraja" kepada
pasukan.
• Moto Polis Diraja Malaysia
menunjukan ketinggian
semangat serta keazaman
anggota pasukan.
• Kepala Harimau • Keris melambangkan
melambangkan kegagahan, Semenanjung Malaysia.
keberanian dan semangat
juang pasukan PDRM dalam • Parang Tradisional atau
menghadapi segala Kelewang melambangkan
ancaman musuh. Negeri Sarawak dan Sabah..
5
Sejarah Kadet Polis
Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh
Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun
Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan
Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970.
Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk
menjadikan kadet polis ini seorang warganegara
yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang
wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di
kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan
keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang,
akan adanya satu baka barunya, warganegara yang
baik menyedarkan menyumbang untuk
pembangunan bangsa.
Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan
dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang
telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai
Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut
dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini
adalah bagi kemudahan pentadbiran.
6
Tujuan Penubuhan
Peranan Belia Di Dalam “Nation Building”
• Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan
bangsa dan negara. Merekalah yang akan
membenruk tulang belakang dalam pembangunan
negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik,
mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara
bertujuan masyarakat belia yang berdisiplin,
berpelajaran dan bertanggungjawab.
Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
• Membangunkan murid-murid sekolah dari segi
sosial, emosi, moral, mental dan fizikal.
• Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan
serta kebijaksaan murid-murid sekolah
• Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah
7
Pangkat
Kadet/Pelajar(Menengah)
Kadet sekolah menengah memakai pangkatnya
pada kedua-dua belah tali bahu. Pangkat tertinggi
bagi kadet sekolah menengah ialah Sub Inspektor.
Pangkat bagi Lans Koperal adalah dianugerahkan
dalam ujian berasaskan sekolah dan sangat
berbeza sangat dari sekolah ke sekolah. Bagi
pangkat Koperal, Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub
Inspekto, pelajar perlu mengikuti kursus yang
diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan
mereka yang lulus akan dianugerahkan dengan
sehelai sijil menyatakan kenaikan pangkat. Kadang-
kadang, kursus Koperal diadakan bersama dengan
kursus Sarjan.
8
Lagu
Menyahut seruan negaraku
Negara yang tercinta
Kami bersatu bergerak maju
Berkhidmat kepada semua
Pasukan Kadet Polis Diraja
Membuktikan jasanya
Taat setia menurut arahan
Walau diri terkorban
Satu wawasan satu tujuan
Aman bahagia untuk semua
Tidak kenal putus asa
Sentiasa berusaha
Sejahtera bangsaku Malaysia
Serumpun bangsa mulia
Tegas menegakkan keadilan
Hingga zaman berzaman.
9
Organisasi
Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah
disusun sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan
Kadet Polis dibahagikan kepada Kompeni dan Platun.
Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota
yang datang dari sebuah sekolah sahaja -- yang
anggotanya semua lelaki atau semua perempuan.
Satu Kompeni adalah mengandungi 4 Pelatun dan
diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat
Assistan Superintendant Polis. Jawatan ini dipegang
oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan
Sekolah. Komander Kompeni adalah dibantu oleh
seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-
Inspektor dan dua Sarjan Mejar.
Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat
Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu
pelatun adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk
seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan
tiga orang koperal. Pegawai Kanan Kadet berpangkat
Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut
sekolah.
10
Latihan
Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-
murid sekolah menengah, yang berumur antara 13 tahun
hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan
cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli pertubuhan
ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian
seragam yang dikhaskan untuk PKP mengikut ukuran
badan mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi
latihan yang intensif selama tiga tahun. Antara latihan
yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:
• Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian
senjata dan kawad kaki.
• Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab
Polis
• Pertolongan Cemas
• Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir
jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari
dipengaruhinya
• Perkhemahan tahunan di mana ahli-ahli akan
menjalankan latihan-latihan amali
• Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek
kemasyarakatan.
11
Pakaian Kadet Polis
12
SEKIAN TERIMA
KASIH
13