The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Gerobok Tulip, SeTanDing, 2021-10-15 22:28:45

BURUNG MERAK DAN BURUUNG GAGAK

Cerita Dongeng Kanak-Kanak

BURUNG MERAK
dan

burung gagak

Pada zaman dahulu,
ada dua ekor burung,
iaitu merak dan gagak.

Mereka berkawan baik.

Dahulu, merak dan
gagak adalah sejenis
burung dengan pelepah
yang bewarna putih.

Pada suatu hari sedang
mereka terbang
bersiar-siar di dalam
hutan, mereka
ternampak beberapa tin
cat bewarna.

Tiba-tiba gagak
mendapat ilham untuk
mewarnakan diri mereka.

“ Aku akan warnakan
bulu kau dahulu. Selepas
itu kau wanakan bulu
aku pula.” Kata gagak
kepada merak.

Merak pun bersetuju dan
gagak mula mewarnakan
bulu merak dengan
pelbagai warna yang
cantik.

Setelah siap, si merak dengan rasa
teruja pergi ke tepi sungai dan
terlihat bayang-bayangnya dalam
air. Merak terpersona dengan
keindahan hasil kerja gagak, maka
timbullah perasaan dengki dalam
hati merak.

Merak berasa megah dan tidak
mahu ada burung lain secantik
dirinya. Apabila tiba giliran gagak,
merak menyuruh gagak menutup
mata sebelum dia mewarnakan
bulu si gagak. Gagak bersetuju
dengan merak dan terus menutup
matanya. Merak terus mulakan
rancangan jahatnya.

Merak mengambil warna hitam dan
menuangnya ke atas gagak.
Selepas itu, merak berkata:
“Baiklah gagak, aku sudah siap
mewarnakan bulumu." Gagak pun
membuka matanya dengan hati
yang berdebar-debar.

Gagak terkejut lalu menjerit:
" Merakkk!!...apa yang telah engkau
buat kepada bulu aku ini!!.”

Gagak terlalu terkejut,
sehingga dia hilang
suara dan hanya mampu
menyebut
'ark!!....ark!!...ark!!"...
iaitu hujung nama
meRAK.

Setelah itu, gagak
terbang dengan hati
yang hampa.
ark...ark...ark!!...

Moral yang ddiperolehi:

Tolong-menolong jujur Baik hati




Click to View FlipBook Version