SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 1,
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,
20300 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Tel : 096203155
Fax : 09-6252936
Email : [email protected]
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj.Kami : SKSS1.KT/600-01/01/( )
Tarikh : 26 DISEMBER 2018
SEMUA GURU
SK Sultan Sulaiman 1
Tuan/ Puan/ Cik
MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BIL 1 / 2019.
Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 27 Disember 2018 ( Khamis )
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
2. Agenda mesyuarat :
i. Ucapan Pengerusi
ii. Pengesahan Minit Mesyuarat
iii. Perkara Berbangkit
iv. Pengurusan Panitia.
v. Pemantauan dan Pencerapan SKPMg2.
vi. Analisis UPSR 2018.
vii. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2018.
viii. Pelan Strategik 2019 hingga 2023
ix. Peruntukan Kewangan 2019.
x. Hal-hal lain.
3. Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut.
Sekian terima kasih.
“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………….
( MOHAMAD KABIDI BIN MOHAMAD )
Guru Besar,
SK Sultan Sulaiman 1,
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Kuala Terengganu
Sk. Fail SKSS1
SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN SULAIMAN 1,
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI,
20300 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Tel : 096203155
Fax : 09-6252936
Email : [email protected]
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj.Kami : SKSS1.KT/
Tarikh : 05.Nov. 2018
Cg. Ahmad Sharifuddin bin Abdullah. Cg. Hamidah bt. Said
Cg. Hjh. Norihan bt. Mohd Sidin. Cg. Razali b. Jamari
Cg. Wan Abd Salam b.Wan Abd Ghani. Cg. Najibah bt. Yusof
Cg. Hjh.Rozita bt.Dollah. Cg. Hasmah bt.Yusof.
Cg. Wan Ruslawati bt. Ton Ronim Cg. Norkamiza bt. Abd Razak
Cg. Suryati bt. [email protected] Cg. Rahimah bt. Ismail
Cg. Nik Ruziha bt. Nik Noor Cg. Azlina bt. Mohammad
Cg. Quek Soh Theng Cg. Zaiton bt. [email protected] Mat Ali
Cg. Tengku Suhaila bt. Tg Hashim Cg. Najihah bt.Yahya.
Cg. Rosmawati bt. Shamsudin Cg. Siti Zuaidah bt. Ismail.
Cg. Rusini bt. Hassan. Cg. Mohd Zaki b. Muda
Cg. Sazana bt. Mohd Shafii Cg. Mohd Roslan b. Mustafa.
Cg. Noraini Lam Ibrahim Cg. Ahmad Humaizi b. Hussin.
Cg. Azman b. Mat Nor Cg. Hj.Khyrul Anwar b. Muhamad.
Cg. Then Malar a/p Arumugan
Tuan/ Puan/ Cik
MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BIL 4 /2018
SK.SULATAN SULAIMAN 1 ( SBT ), KUALA TERENGGANU.
Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 07 November 2018 ( Rabu )
Masa : 1.40 petang hingga 3.00 petang
Tempat : Galeri Sulaiman
2. Agenda mesyuarat :
2.1. Ucapan Pengerusi
2.2. Pengesahan Minit Mesyuarat
2.3. Perkara Berbangkit
2.4. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2018.
2.5. Laporan Ketua Panitia & Unit.
2.6. Hari Anugerah Cemerlang 2018.
2.6. Hal-hal lain.
3. Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki hadir ke mesyuarat tersebut.
Sekian terima kasih.
“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………….
( MOHAMAD KABIDI BIN MOHAMAD )
Guru Besar,
SK Sultan Sulaiman 1,
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Kuala Terengganu
Sk. Fail SKSS1
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
BIL 4 / 2018
Tarikh : 07 November 2018
Hari : Rabu
Masa : 1.40 petang - 4.00 petang
Tempat : Galeri Sk Sultan Sulaiman 1
Pengerusi : Guru Besar
Kehadiran :
1. Cg.Mohammad Kabidi b. Mohamad.
2. Cg.Ahamad Sarifuddin bin Abdullah.
3. Cg.Hjh Rozita bt. Dollah.
4. Cg.Suryati bt.Sulaiman @ Muhammad.
5. Cg.Nik Ruziha bt.Nik Noor.
6. Cg.Hamidah bt. Said.
7. Cg.Norkamiza bt. Razak.
8. YM.Tg.Suhaila bt. Tg.Hashim.
9. Cg.Rosmawati bt. Shamsudin.
10. Cg.Rusini bt. Hassan.
11. Cg.Sazana bt. Mohd Shafii
12. Cg.Hasmah bt. Yusoff.
13. Cg.Najihah bt. Yahya.
14. Cg.Azlina bt.Muhammad.
15. Cg.Siti Zuaidah bt.Ismail.
16. Cg.Zaiton bt. [email protected] Mat Ali.
17. Cg. Wan Ruslawati bt. Ton Ronim.
18. Cg.Mohd Zaki b. Muda.
19. Cg.Mohd Roslan b.Mustafa.
20. Cg.Azman b.Mat Noor.
21. Cg.Rahimah bt. Ismail
22. Cg.Noraini Lam Ibrahim.
23. Cg.Quek Soh Theng.
24. Cg.Ahmad Humaizi b.Hussin.
25. Cg.Razali b. Jamari.
26. Cg.Hj.Khyrul Anwar b.Muhamad
2.1 UCAPAN PENGERUSI:
2.1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah dan mengalu-alukan kehadiran semua JKS ke
mesyuarat bil 4 /2018.
2.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa kurikulum yang telah melaksanakan
tugasan yang telah diamanah dengan baik demi peningkatan akademik dan sahsiah murid-murid SKSS 1 sesi
2018.
( MAKLUMAN )
2.2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU:
2.2.1 Minit mesyuarat diterima tanpa pindaan.
2.3 PERKARA BERBANGKIT
2.3.1 Tiada perkara berbangkit.
2.4. ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018.
2.4.1 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2018 ( lampiran A ) dengan gred purata sekolah 2.38.
( MAKLUMAN )
2.5 LAPORAN KETUA PANITIA & UNIT.
2.5.1 LAPORAN NILAM
2.5.1.1. Cg. Hasmah binti Yusof memaklumkan 1041 murid ( 80% ) yang terlibat dalam program nilam pada
tahun 2018. Purata jumlah buku yang dibaca oleh seorang murid ialah 73 buah buku . Bacaan ini telah melepasi
sasaran purata yang dikehendaki diperingkat kebangsaan iaitu 39 buah buku. Sistem bintang diguna pakai dalam
penganugerahan nilam pada tahun ini. Murid-murid akan dianugerah 1 bintang apabila jumlah bacaan 100 buah
buku.
2.5.2. Beliau juga memaklumkan bahawa Hari Anugerah Nilam akan diadakan pada 12 November 2018 yang
akan dirasmikan oleh Puan Azizah binti [email protected] Abd Rashid Pengurus Besar Negeri PTPTN Negeri
Terengganu.untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang menyertai program nilam sepanjang tahun
2018.
( MAKLUMAN SEMUA GURU )
2.5.2 LAPORAN PANITIA SAINS.
2.5.2.1. Cg.Tg.Suhaila binti Hashim memaklumkan bahawa pasukan STEM sekolah yang terdiri daripada 15
orang murid tahun 4 & 5 akan menyertai pertandingan Action Song Sekolah Rendah di Karnival Stem
Peringkat Kebangsaan 2018 pada 11 hingga 14 November 2018 bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti
Terengganu. Pasukan STEM SKSS 1 mendapat kerjasama yang padu daripada PIBG SKSS 1 2018.
( MAKLUMAN DAN TINDAKAN )
2.5.3. LAPORAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.
2.5.3.1. Cg.Rahimah binti Ismail memaklumkan bahawa program PSS sesi 2018 dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Pemilihan pengawas PSS akan diadakan pada bulan November 2018. Antara kreatiria pemilihan ialah
berdasarkan akademik, sahsiah dan sumbangan pada sekolah.
( MAKLUMAN DAN TINDAKAN )
2.5.4. LAPORAN PENDIDKAN MUZIK.
2.5.4.1. Cg.Noraini Lam memaklumkan bahawa seramai 10 orang tahun 6 akan menyertai pertandingan
keyboard peringkat negeri di Dewan Sulaiman SKSS 1 pada 08 November 2018.
( MAKLUMAN )
2.5.5. LAPORAN LINUS. keputusan saringan 2 Linus 2018. Keputusan adalah
2..5.5.1. Cg. Azlina binti Mohamad memaklumkan
seperti berikut :
TAHUN Bil.Murid Bil.Murid Menguasai Bil.Murid Tidak
Menguasai
1 ( LBM ) 231 orang 197 ( 85.2%) 34 ( 15%)
NUMERASI 231 orang 197 ( 85.2% ) 34 ( 15 % )
231 orang 180 ( 78 % ) 51 ( 22% )
1 ( LBI ) 208 orang 203 ( 98% ) 5 ( 2.4% )
2 ( LBM ) 207 orang 203 ( 98% ) 4 ( 1.9% )
NUMERASI 207orang 202 ( 97% ) 5 ( 2.4 % )
2 ( LBI ) 216 orang 216 ( 100 % ) -
3 ( LBM ) 216 orang 216 ( 100 % ) -
NUMERASI 216 orang 216 ( 100 % ) -
3 ( LBI )
( MAKLUMAN )
2.6. HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018.
2.6.1. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada 15 November
2018 yang akan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Razali bin Mahmud, Timbalan Pengarah Yayasan
Terengganu. Kreatiria katogeri penerima hadiah terbaik akademik tahap 1 ( tahun 1, 2 dan 3 ) adalah mengikut
aliran manakala tahap 2 ( tahun 4, 5 dan 6 ) mengikut kelas.
(MAKLUMAN DAN TINDAKAN)
2.7. HAL-HAL LAIN.
2.7.1 Cg.Wan Ruslawati binti Ton Ronin memaklumkan bahawa Majlis Apresiasi ke-6 akan diadakan pada 11
November 2018 yang akan dirasmikan oleh YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad
Baharuddin Ismail Shah, DPMT Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
2.7.2 Cg. Ahmad Sharifuddin bin Abdullah mengharapkan semua pengerusi panitia mengumpul DSKP milik
sekolah dan menghantar ke bilik PKP.
(MAKLUMAN DAN TINDAKAN KP)
3.0. PENUTUP:
3.1. Tuan Pengerusi sekali lagii merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah atas kejayaan-kejayaan yang telah
dicapai oleh SKSS 1 sesi 2018. Kerja buat semua cikgu di SKSS 1 ini mengambarkan silang budaya yang baik.
3.3. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah al-Asr dan ditangguhkan pada jam 04. 00 petang
( MAKLUMAN)
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………………….. ) …………………………………………….
( ROZITA BINTI DOLLAH ( AHMAD SHARIFUDIN ABDULLAH )
Setiausaha, GPK Pentadbiran,
J/K Kurikulum Sekolah, SK Sultan Sulaiman 1,
SK Sultan Sulaiman 1, Sekolah Berprestasi Tinggi,
Sekolah Berprestasi Tinggi, Jalan Sultan Omar,
Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu.
20300 Kuala Terengganu.
Disahkan oleh,
………………………………………
( MOHAMAD KABIDI BIN MOHAMAD )
Guru Besar,
SK Sultan Sulaiman 1,
Sekolah Berprestasi Tinggi,
Jalan Sultan Omar,
20300 Kuala Terengganu.
( Lampiran A )
PERUNTUKAN KEWANGAN BERAKHIR 03 JULAI 2018