Surat Cinta Untuk Pendosa adalah hasil karya Ahmad Adnin bin Roslan yang
dilahirkan pada 23 Mei 1992 di Hospital Klang,Selangor. Beliau berjaya
menghafal 30 juzuk Al-quran dalam masa 1 tahun 9 bulan. Beliau juga telah
menerbitkan beberapa buah buku seperti Tarbiah Sentap dan Tarbiah Sentap 2.
Beliau sekarang merupakan CEO kepada syarikat beliau sendiri iaitu Tarbiah
Sentap sebagai medium bagi menarik masyarakat ke arah Islam yang sebenar.
Buku ini mempunyai lapan (8) bab yang diterangkan secara terperinci.
Kandungan bab-bab tersebut ialah Saat hidayah menyapa, Dahsyatnya
pengampunan Allah,Agar dirimu diampuni, Tentang ibadah, Tentang hiburan,
Tentang ikhtilat, Tentang cinta, dan Tentang akhlak.
Sebagai seorang manusia,pelbagai jalan yang telah kita tempuhi untuk mencari
kebahagiaan dan tujuan hidup kita yang sebenarnya. Namun di akhirnya,
kebahagiaan yang hakiki,kebahagiaan yang sebenar itu apabila kita telah
kembali ke jalan Allah.
Tidak rugi pun jika kita bertaubat kerana terdapat pelbagai kesan darpada
taubat ini. Salah satunya ialah Allah akan memudahkan semua urusan kita.
Bukan itu sahaja, Allah juga akan memberi nikmat dan rezeki kepada kita. Oleh
sebab itulah,kita perlu segera bertaubat apabila kita telah menerima hidayah
yang Allah berikan. Apabila kita sudah bertaubat pula, kita perlu
memperbanyakkan lagi amalan dan terus istiqamah agar tidak kembali semula
ke arah maksiat.
Dalam ayat 125 surah Al-an’am, “sesunggunnya yang Allah kehendaki untuk
memberi hidayah”,di sini jelas dikatakan bahawa Allah berhak memilih sesiapa
sahaja untuk diberikan hidayah kepadanya. Nikmat apalagi yang lebih indah
apabila Allah telah memilih untuk mendapat hidayahNYA yang agung? Inilah
buktinya bahawa amat mencintai kita, Allah hendak menyelamatkan kita dari
maksiat dan tipu daya kegelapan. Disebabkan itulah, kebahagiaan yang sebenar
ini terletak apabila kita telah memilih untuk bertaubat dan kembali ke jalan
yang lurus.
Buku ini cukup berkesan dan cara penyampaian nya yang agak santai dalam
menyampaikan betapa nikmatnya hidayah serta dapat menjadi asbab supaya
kita sentiasa kuat untuk meninggalkan masa silam dan memulakan perjalanan
kita yang baharu. Semua manusia masih mempunyai peluang untuk bertaubat
selagi pintu taubat masih terbuka. Kita perlu ingat bahawa Allah sentiasa ada
untuk kita, menunggu untuk kembali kepadaNYA dan mencintai kita.
Buku ini bukan untuk kita berterusan buat dosa dengan alasan Allah Maha
Pengampun.Tidak sama sekali. Allah Maha Pengampun, namun itu bukan
alasan untuk kita berterusan melakukan dosa. Jadi, buku ini menceritakan
tentang perkara ni, adalah supaya kita tahu bahawa Allah SWT betul-betul
Maha Pengampun, Penyayang, Pengasih dan Pemaaf. Salah satu intipati buku
ini adalah supaya kita sentiasa menjiwai sifat pengampunnya Allah sehingga
kita rasa mudah dan gembira untuk kembali kepada Allah.
Secara keseluruhannya, buku Surat Cinta Untuk Pendosa merupakan hasil
tulisan yang amat baik. Penulis juga berharap agar buku ini dapat mendetikkan
hati kita untuk mula dekat dengan Allah dan kembali ke jalanNYA. Beliau juga
berharap agar ia akan menghilangkan segala sangkaan buruk kita kepada Allah,
moga perasaan malu untuk bertaubat itu berubah menjadi rindu dan cinta
untuk bertaubat serta kembali kepadaNya.