The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FIZIK-T5-KSSM-Bab-7-Fizik-Kuantum-zila-khalid-

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tereterebotsu, 2021-09-08 00:34:49

FIZIK-T5-KSSM-Bab-7-Fizik-Kuantum-zila-khalid-

FIZIK-T5-KSSM-Bab-7-Fizik-Kuantum-zila-khalid-

CIRI-CIRI KESAN

FOTOELEKTRIK

• Namun, hasil eksperimen yang
mengkaji kesan fotoelektrik
menunjukkan bahawa pemancaran
fotoelektron hanya berlaku pada
frekuensi gelombang cahaya yang
melebihi suatu nilai tertentu tanpa
dipengaruhi oleh keamatan cahaya.

• Fotoelektron juga dipancarkan
serta-merta pada frekuensi cahaya
tersebut sungguhpun keamatan
cahaya rendah.



7.3 TEORI
FOTOELEKTRIK
EINSTEIN

TEORI FOTOELEKTRIK
EINSTEIN

• Pada tahun 1905,Albert Einstein
telah mengemukakan teori
fotoelektrik yang berjaya
menerangkan kesemua ciri kesan
fotoelektrik bagi eksperimen yang
berkaitan

• Beliau mendapat anugerah Hadiah
Nobel pada tahun 1921 atas kejayaan
ini. Teori ini dinamakan Teori
Fotoelektrik Einstein.

TEORI • Einstein mengaplikasikan idea kuantum
FOTOELEKTRIK tenaga yang dikemukakan oleh Max Planck.
EINSTEIN
• Beliau mencadangkan bahawa tenaga
dibawa oleh zarah cahaya, iaitu foton

• Tenaga setiap foton adalah berkadar terus
dengan frekuensi cahaya, f dan dapat
ditentukan melalui persamaan yang berikut

TEORI FOTOELEKTRIK
EINSTEIN

• Setiap kuantum cahaya ialah paket
tenaga yang diskrit.

• Terdapat paket-paket tenaga dalam
suatu alur cahaya yang menyinari
permukaan logam.

• Apabila satu foton tiba di permukaan
logam, tenaga foton tersebut akan
diserap sepenuhnya oleh elektron
dalam logam tersebut.

TEORI FOTOELEKTRIK

EINSTEIN

• Tenaga ini digunakan
untuk membebaskan
elektron daripada logam
dan selebihnya menjadi
tenaga kinetik fotoelektron.

• Lazimnya, elektron pada
permukaan logam akan
memperoleh tenaga kinetik
maksimum berbanding
dengan elektron yang
berada di bahagian dalam
logam.





FUNGSI KERJA DAN FREKUENSI
AMBANG BAGI KESAN
FOTOELEKTRIK

• Tenaga minimum yang diperlukan
untuk fotoelektron terlepas dari
permukaan logam dikenali sebagai
fungsi kerja.

• Frekuensi minimum foton cahaya yang
menghasilkan kesan fotoelektrik 1
dinamakan frekuensi ambang.















PENGHASILAN ARUS
FOTOELEKTRIK DALAM
SEBUAH LITAR SEL FOTO

• Katod yang disaluti dengan logam
peka cahaya, berbentuk
semisilinder dan disambungkan
kepada keupayaan negatif.

• Anod ialah satu rod logam yang
dipasang sejajar dengan paksi
semisilinder katod dan
disambungkan kepada keupayaan
positif.

• Apabila sel foto disinari oleh cahaya,
penghasilan arus fotoelektrik akan
terhasil dalam litar.



APLIKASI KESAN
FOTOELEKTRIK

• Lampu LED di sepanjang jalan
raya yang beroperasi dengan sel
suria adalah jimat tenaga dan
mesra alam

• Pada waktu siang, kesan
fotoelektrik sel suria
membolehkan tenaga elektrik
disimpan dalam bateri.

• Pada waktu malam, lampu LED
akan menyala apabila
dibekalkan kuasa daripada
bateri tersebut.

APLIKASI KESAN
FOTOELEKTRIK

• Noor Complex Solar Power Plant yang
terletak di Gurun Sahara merupakan
sebuah stesen jana kuasa
menggunakan susunan sel suria
terbesar di dunia.

• Stesen ini dijangka siap dibina pada
tahun 2020 dan mampu menghasilkan
kapasiti 580 MW untuk kegunaan 1
juta penduduk.

APLIKASI KESAN
FOTOELEKTRIK

• Pengesan imej merupakan
komponen utama dalam
kamera resolusi tinggi.

• Komponen ini digunakan
untuk menukarkan cahaya
kepada isyarat elektrik
yang boleh diproses
menjadi imej digital

APLIKASI KESAN

FOTOELEKTRIK

• Hampir semua aktiviti dalam Stesen Angkasa
Antarabangsa ISS (International Space
Station) bergantung pada sumber tenaga
elektrik yang terhasil daripada panel suria.

• ISS mempunyai 16 sayap panel suria dan
setiap panel mempunyai 33 ribu sel suria
yang bersaiz 35 m × 12 m

• Panel ini mampu menjanakan 84 – 120 kW
tenaga elektrik.

T A M AT


Click to View FlipBook Version