The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tereterebotsu, 2023-02-12 20:44:34

Skrip pidato

Skrip pidato

Munculnya tidak terduga, menggegar persada animasi negara Filem animasi tempatan Boboiboy berjaya mengutip 27.7 juta dalam tempoh 26 hari sahaja. Industri yang dulunya hanya dianggap picisan kini mampu menjana jutaan ringgit. Jangan kita lupa Fenomena filem Mat Kilau bagaikan santapan mewah yang terhidang membawa citra budaya Malaysia peneraju terkini seni kreatif negara. Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi majlis, Kombinasi intelektual kehakiman bervisi, Serta hadirin dan hadirat para pejuang dan pencinta negara bangsa sekalian. Firman tuhan yang menggetar jiwa dalam kitab paling mulia Assalamualaikum w.w.w Dalam konteks ‘Seni Kreatif’ yang ingin kita rungkaikan pada kali ini ialah seni kreatif yang diterjemahkan sebagai Industri kreatif yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek. Tegasnya, apabila kita berbicara dan kaitkannya dengan frasa ‘Ekonomi Progresif’ sudah tentu seluruh pemimpin dan rakyat amat mengharapkan agar aktiviti seni kreatif ini boleh menjadi industri yang akhirnya memberi peluang pekerjaan dan menjana pendapatan serta seterusnya dapat memberi signifikan yang besar kepada ekonomi negara. Oleh itu, inilah mauduk pidato yang ingin saya ketengahkan iaitu ‘Seni Kreatif Ekonomi Progresif’. Hadirin Justeru 3 jujuk idea akan saya sampaikan, pertama berkenaan tentang usaha kita untuk merakyatkan industri seni kreatif sebagai wadah peluang pekerjaan,. Kedua tercetusnya Ekonomi jingga dan yang ketiga keterkaitan seni kreatif dan pelancongan. Ibarat ‘hempedu lekat di hati’, laksana ‘tanduk bersendi gading’, begitulah tamsilan mudah kepentingan seni kreatif dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Pasti ada yang bernada sinis ‘benarkah pernyataan ini? Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Sebanyak 7,799 peluang pekerjaan dan RM674.8 juta hasil pelaburan yang diperoleh melalui program yang dilaksanakan di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) sejak 2010 . Kajian Creative Industry Outlook (2011 - 2014) yang dilakukan oleh PriceWater Cooper House telah membuktikan bahawa nilai Industri Multimedia Kreatif mencecah sehingga RM4.2 trilion. Hasil ini adalah daripada empat industri utama yaitu Filem Cereka (RM288 bilion), Kandungan Animasi (RM270 bilion), Permainan Video (RM192 bilion) dan Aplikasi Mudah Alih (RM88.5 bilion). Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2019 jelas menyatakan bahawa syarikat MSC di bawah kluster kreatif telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 11,471 rakyat negara kita. Kuotasi ini jelas menunjukkan kita tentang privital memartabatkan seni kreatif dalam memperkukuh ekonomi rakyat.


Hadirin sekalian, Menurut penyelidik terkenal dalam bidang ekonomi jingga, John Howkins, antara bidang yang boleh disenaraikan dalam ekonomi kreatif adalah seni lukis, seni persembahan, seni reka, kraftangan, filem, penulisan, penerbitan program radio dan televisyen (TV) serta permainan video. Kepesatan pembangunan teknologi dan digital turut menyumbang kepada peralihan minat terutama dalam kalangan generasi muda terhadap dunia kreatif yang kini menjadi sumber pendapatan pilihan, biarpun sekadar bermula sebagai hobi. ‘Masam bagai nikah tak suka, tahun 2020 melihatkan sebuah episod suram bagi industri seni kreatif apabila covid-19 melanda negara. Namun, persoalan yang timbul bagaimanakah denyut nadi industri kreatif selepas ini? Mampukah ia terus mampan, bernafas sendiri dan mampu memberikan peluang pekerjaan yang cukup kepada semua? Atau adakah ia akan menguncup, berkadaran dengan menurunnya permintaan daripada orang ramai. Mahukah kita melihat senario ini berterusan ‘hilang tak tentu rimbanya’ sehingga terkuburnya potensi seni kreatif yang selama ini terbukti menyediakan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi negara. Hadirin, Garam tidak pernah nakal tetapi selalu dicubit, gula yang diam tapi selalu diadun begitulah seni kreatif memberikan kesan kepada industri pelancongan. Janganlah seperti’golok kayu’memandang sinis sumbangan seni kreatif dalam memartabatkan industri pelancongan Ayuh marilah kita belajar dengan Sarawak yang diiktiraf sebagai destinasi perdana pelancongan Malaysia kerana di Sarawak seni dan kreativitinya ada pada krafnya, tenunannya, cerita rakyatnya, bahasa-bahasa etniknya, dalam karya sasteranya, adat resamnya, dan tariantarian pelbagai etnik. Ini bukan lagi ‘dilihat galas berlaba’, ‘dihitung pokok termakan’,kerana terbukti hasil pelancongan di Sarawak mencecah RM1 bilion berikutan peningkatan lebih daripada 60 peratus, berbanding pelawat bagi tempoh sama tahun lalu. Hadirin, Industri seni kreatif Malaysia suatu hari nanti pastinya menduduki kedudukan utama dalam landskap budaya dan kreatif dunia kerana mempunyai potensi yang belum diterokai yang hanya menunggu untuk direalisasikan. Sebagai intiha, jangan kita berkabung lama, menjadikan Pandemik Covid-19 sebagai batu penghalang kejayaan seni kreatif. Ayuh, kita bangkit dari jendera, menyemai kepercayaan


bahawa dengan kebijaksanaan serta iltizam tinggi, seni kreatif mampu menjana ekonomi progresif. Sekali lagi saya tegaskan ‘Seni Kreatif Ekonomi Progresif’.


Click to View FlipBook Version