The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURIN NADHIRAH BINTI MOHAMAD NASSER KPM-Guru, 2025-02-09 09:01:00

BUKU PENGURUSAN SK(P) JALAN YAHYA AWAL

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2025-2026

Keywords: BUKU PENGURUSAN

[email protected] 07-2234872 07-2273576 SK (P) JALAN YAHYA AWAL PENGURUSAN BUKU SEKOLAH


KANDUNGAN i Aluan Guru Besar 1 Sejarah Sekolah 2 Logo dan Bendera Sekolah 3 – 4 Visi dan Misi 5 Lagu Sekolah 6 7 Teras KPM 7 Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) & 4DX 8 Halatuju PPDJB 9 Amalan Etika Keguruan & Profesionalisme Keguruan 10 - 13 Peraturan-Peraturan Pentadbiran 14 – 19 Peraturan-Peraturan Kurikulum 20 – 23 Peraturan Am Guru 24 – 29 Kelakuan & Tatatertib 30 – 31 Profil Sekolah dan Waktu Persekolahan 32 Analisis Warga Sekolah 33 Pelan Sekolah (Laluan Kecemasan) 34 Peraturan Latihan Kecemasan / Kebakaran 35 Senarai Guru dan AKP 36 Takwim Persekolahan Sesi 2025/2026 37 Hari Kelepasan Am 38 Cuti Perayaan Sesi 2025/2026 39 Takwim Mingguan Persekolahan 40 Takwim Pengurusan Sekolah 41 – 53 Takwim Ringkas Aktiviti Sekolah 54 – 55 Unit Pengurusan Sekolah 56 Carta Organisasi Induk Sekolah 57 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 58 – 61 Jawatankuasa Pembangunan Sekolah, Fizikal dan Perabot 62 Unit Pentadbiran dan Kurikulum 63 – 73 Unit Hal Ehwal Murid 74 – 94 Unit Kokurikulum 95 – 115


SEINDAH BICARA ALU-ALUAN 1 NORAINI BINTI MOHD APANDI GURU BESAR SK(P) JALAN YAHYA AWAL Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Maju Johor, Salam Johor Leads dan Salam Johor Bahru Terbaik di negeri Johor. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pendidik. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan 2025/2026 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini. Buku Pengurusan merupakan dokumen penting dalam menentukan hala tuju kepimpinan yang dapat memberi kejayaan kepada seluruh warga sekolah. Bidang pendidikan sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa dan dapat memenuhi aspirasi pendidikan negara. Oleh yang demikian, warga pendidik merupakan pendokong dan pelaksana yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekaligus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Saya amat berharap dengan adanya Buku Pengurusan dan Takwim 2025/2026 ini dapat dijadikan garis panduan agar kita dapat bertindak dan bergerak dengan lebih mudah dan teratur kerana kita telah diberi panduan khusus mengikut tugasan dan bidang masing-masing baik dari segi Pengurusan Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid mahupun Kokurikulum. Dalam era globalisasi dan teknologi yang semakin kehadapan, tugas guru sebagai pendidik juga lebih mencabar. Selari dengan aspirasi dan harapan ibubapa, murid, masyarakat dan negara di zaman millenium ini, sekolah memerlukan kita banyak berkorban dalam pelbagai aspek, kejujuran, keikhlasan dan kerjasama dalam melaksanakan amanah yang diberi. Harapan dan misi saya agar tahun 2025 ini lebih banyak kejayaan dapat dicapai dan semua guru perlu terus bersemangat tinggi dalam memastikan tujuh teras nadi keunggulan KPM. Ini adalah tahun akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan saya percaya semua guru telah laksanakan yang terbaik dalam setiap aspek bagi memastikan kemenjadian murid di sekolah ini disamping dimantapkan lagi dengan penghayatan HASRAT GB iaitu DERAP, INOVASI, GIGIH, ISTIQOMAH, TEAMWORK, ASPIRASI, LESTARI (DIGITAL) yang perlu digarap oleh warga SK (P) Jalan Yahya Awal. Akhir kata, selamat menjalankan tugas sebagai pendidik, anggaplah segala dugaan, cabaran dan rintangan adalah pembakar semangat untuk mendidik anak bangsa dan semoga di sesi 2025/2026 ini lebih banyak kejayaan akan dicapai di sekolah ini. Tahniah dan teruskan perjuangan buat semua guru. Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. Sekian, terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (NORAINI BINTI MOHD APANDI) Guru Besar Bismillahirahmanirrahim


SEJARAH SEKOLAH 2 SEJARAH SEKOLAH Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Yahya Awal, Johor Bahru dinamakan sempena nama Jalan Yahya Awal yang bermula dari persimpangan Jalan Mahmoodiah atau Jalan Ayer Molek hingga ke persimpangan Jalan Tun Abdul Razak berdekatan Jabatan Bomba. Nama Yahya Awal diambil sempena seorang tokoh ternama di Johor Bahru pada suatu ketika dahulu. Bangunan sekolah ini pada asalnya ialah tapak pasar Jalan Yahya Awal yang telah diubahsuai lalu dijadikan sebuah sekolah yang menjadi cawangan S.I.G.S Primary Girl’s School dengan muridnya seramai 400 orang. Tindakan ini adalah dasar keperluan pendidikan ketika era pasca kemerdekaan Tanah Melayu. Pada ketika itu, wakil Guru Besar pada sesi pagi ialah Pn Rafe’ah Binti Datuk Abdul Rahman manakala wakil Guru Besar pada sesi petang pula ialah Y.M. Ungku Esah Binti Engku Abu Bakar. Pada tahun 1961, sekolah ini berpisah dari SIGS dan menjadi Primary Girls’ School Jalan Yahya Awal. Guru Besar yang pertama ialah Puan Rafe’ah binti Datuk Abdul Rahman. Pada tahun 1963, sebuah bilik muzik telah dibina. Seterusnya, pada tahun 1964, sekolah ini mempunyai padangnya sendiri. Pada tahun ini juga, jumlah murid sekolah ini mencapai 900 orang menyebabkan sebilangan murid terpaksa ditumpangkan di bangunan Sekolah Abdul Rahman Andak (sekarang SK (P) Bandar Tinggi) pada sebelah petang di bawah penyeliaan Cik Zaleha binti Mahmood. Pada tahun 1968, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Pada tahun-tahun berikutnya beberapa bangunan tambahan telah dibina iaitu bangunan tambahan dua tingkat yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah, 1 buah tandas murid, 2 buah tandas guru dan sebuah kantin pada tahun 1970. Pada 1978, sebuah bangunan surau sekolah telah dibina hasil sumbangan PIBG sekolah ini. Pada 1981 pula, sebuah ”Astaka Sekolah” telah dibina, juga hasil sumbangan PIBG sekolah dan seterusnya sebuah bilik Klinik Gigi dan sebuah Bilik Perpustakaan di bina pada tahun 1982. Pada tahun 1989, bangunan tambahan tiga tingkat siap dibina dan mengandungi sebuah bilik Pusat Sumber, perpustakaan, bilik tayang, pejabat, bilik guru, 8 buah bilik darjah dan beberapa buah tandas guru dan murid. Pada tahun yang sama, sebuah pentas untuk dewan sekolah telah dibina oleh PIBG di bangunan tiga tingkat ini. 10 tahun kemudiannya, pada 1999 sebuah makmal komputer telah dibina oleh PIBG. Bangunan baru 4 tingkat 2 blok telah siap dibina pada 2002 mengandungi sebuah perpustakaan, sebuah bilik sains, sebuah bilik muzik, sebuah bilik kemahiran hidup, stor sukan, sebuah makmal komputer, bilik guru, kantin sekolah, pusat sumber dan 8 buah kelas serta kemudahan bilik persalinan di dalam tandas serta tandas guru. Pada 1 Januari 2006, kelas prasekolah mula beroperasi. Pada Mei 2007, sebuah pusat akses telah dibentuk. Pada akhir tahun 2007, PIBG menyediakan kemudahan internet pada semua komputer sekolah, termasuk makmal komputer yang dibina oleh PIBG. Pada 4 Mac 2008, Laman Web Sekolah telah dibina oleh PIBG. Seramai dua puluh orang guru besar telah berkhidmat di sekolah sehingga kini.


LOGO SEKOLAH & BENDERA SEKOLAH 3 MAKSUD LOGO SEKOLAH Obor Melambangkan penyuluh ilmu. Warna Hijau Warna sekolah dan bererti sentiasa bersedia. Warna Kuning Melambangkan kedaulatan bahasa. Motto sekolah : “ BELAJAR TERUS MAJU ” Bermakna jika belajar bersungguh-sungguh akan mencapai kejayaan. MAKSUD BENDERA SEKOLAH Warna hijau Melambangkan asas pendidikan bermula dari sekolah rendah. Beraneka warna jalur Melambangkan melalui pengajaran dan pembelajaran, pengalaman dan kemahiran melahirkan pelajar-pelajar yang beraneka identiti dan kualiti.


VISI DAN MISI 4 VISI “ Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera ” MISI “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”.


Belajar Terus Belajar Itulah Cita-cita Kami Murid Sekolah Perempuan Yahya Awal Belajar Sehingga Berjaya Hormat Kepada Guru-Guru Taat Kepada Ibu Dan Bapa Ikut Nasihat Ketua Dan Pengawas Kasih Sesama Kawan-Kawan Belajar Terus Belajar Itulah Cita-Cita Kami Murid Sekolah Perempuan Yahya Awal Belajar Sehingga Berjaya LAGU SEKOLAH 5


7 TERAS KPM 6


ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK 7


JOHOR LEADS 8


HALATUJU PPDJB 9


AMALAN & ETIKA GURU 10 AMALAN ETIKA KEGURUAN & PROFESIONALISME KEGURUAN PROFESIONALISME Mengikut Kamus Dwibahasa, profesionalisme adalah pekerjaan yang memerlukan latihan khas. Dalam Kamus Oxford, profesionalisme ditakrifkan sebagai “ciri-ciri sesuatu pekerjaan yang memerlukan latihan ikhtisas, seperti yang terdapat dalam profesionalisme perguruan, profesionalisme guaman, profesionalisme perubatan dan sebagainya”. Ciri-ciri profesion seperti yang dirujuk dari buku Pendidikan di Malaysia oleh Mok Soon Sang (1993, p.215-216) adalah sebagai “sesuatu pekerjaan yang khusus dan dijanjikan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan bermoral tinggi, mempunyai automasi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh organisasinya”. Tujuan Profesionalisme ✓ Memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dan boleh dipercayai ✓ Menaikkan imej dan taraf sesuatu profesion ✓ Membezakan sesuatu profesion dengan profesion yang lain ✓ Menghuraikan secara jelas tugas dan tanggungjawab seseorang profesional ✓ Mengasingkan kerja profesional dengan bukan profesional ✓ Melarang orang bukan profesional menjalankan tugas sebagai orang profesional ✓ Mengawal kualiti profesion dengan mengenakan syarat seperti latihan ikhtisas bagi orang yang ingin menjadi seorang profesional ✓ Meningkatkan hasil produktiviti sesuatu pekerjaan Kepentingan Profesionalisme Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dengan memiliki ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap positif terhadap pekerjaannya. AKAUNTABILITI Mengikut Kamus Dwibahasa, “akauntabiliti” dijelaskan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Dalam konteks keguruan, akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti Guru Akauntabiliti guru dalam beberapa bidang yang dikenalpasti seperti berikut : ✓Bidang pekerjaan ✓Sekolah ✓Tingkah laku ✓Pelajar ✓Profesion


AMALAN & ETIKA GURU 11 ETIKA PERGURUAN Etika ialah suatu sistem dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, yang betul dan yang salah untuk memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu untuk menganalisa, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia yang menunjukkan moral telah mengikut adat dan kebiasaan yang diamalkan. Profesion perguruan, sama seperti profesion dalam kejuruteraan, perubatan dan peguam, mempunyai etikanya sendiri. Setiap guru dikehendaki mematuhi etika itu demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Bagi tujuan tersebut Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Ikrar dan Tatasusila Profesion Perguruan untuk dijadikan sebagai landasan dan garis panduan setiap guru menjaga imej profesionnya. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN Tanggungjawab Terhadap Pelajar 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.


AMALAN & ETIKA GURU 12 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara 1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 2. Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru melibatkan diridalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. SIFAT DAN KUALITI GURU Sifat dan Kualiti Guru ✓ Baik Hati ✓ Jenaka ✓ Sabar ✓ Bertanggungjawab ✓ Yakin ✓ Kepimpinan Sifat dan Kualiti Sosial ✓ Budi Pekerti ✓ Ramah Mesra ✓ Merendah Diri ✓ Semangat Berbakti ✓ Jujur Sifat dan Kualiti Profesional ✓ Ingin Tahu ✓ Pengetahuan Ikhtisas ✓ Suka Membaca ✓ Kemahiran Bertutur ✓ Daya Ingatan ✓ Daya Usaha


AMALAN & ETIKA GURU 13 TUGAS GURU Tugas dan tanggungjawab Kepada Negara 1. Menjalankan tugas menyebarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara dengan jelas. 2. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna. 3. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan kemasyarakatan. 4. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama dengan ikhlas di kalangan guru dan ibubapa pelajar. 5. Member sumbangan secara sukarelawan kepada Negara. 6. Bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial, demi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. Tugas dan Tanggungjawab Kepada Pelajaran 1. Membaca secara meluas buku-buku yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. 2. Memahami selengkap-lengkapnya isi dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar. 3. Menyertai seminar pendidikan dan menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan prestasi dalam aktiviti pengajaran. 4. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran secara maksimum. 5. Mengajar dengan fakta yang betul supaya pelajar dapat belajar dengan tepat dan menerima ilmu pengetahuan yang betul. Tugas dan Tanggungjawab Kepada Pelajar 1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang berkesan. 2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. 3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira factor-faktor jasmani, mental, emosi, ekonomi, social, keturunan atau agama. 4. Membimbing dan mengajar pelajar dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran. 5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas. Tugas dan Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri 1. Menjaga kesihatan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna. 2. Mengawal emosi sendiri supaya mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa. 3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan harian. 4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks. 5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui media masa. 6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang berfaedah.


PERATURAN PENTADBIRAN 14 PERATURAN PENTADBIRAN ✓ Pegawai kerajaan tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Semua guru dikehendaki membaca dan mematuhi Perintah Am tersebut. ✓ Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan. ✓ Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsipprinsip Perkhidmatan Cemerlang. ✓ Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ✓ Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. ✓ Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah. ✓ Bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah. ✓ Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang dinamik, cekap dan berkesan. KEDATANGAN GURU ✓ Berada di sekolah sekurang-kurangnya lima belas (15) minit sebelum jadual pertama persekolahan dan balik tiga puluh (30) minit selepas jadual waktu terakhir atau masa yang ditetapkan oleh Guru Besar. ✓ Waktu tiba dan balik hendaklah dicatat dan ditandatangani sendiri di dalam Buku Kedatangan Guru. ✓ Guru perlu memaklumkan ketidakhadiran ke sekolah kepada Guru Besar dengan segera. ✓ Rekod Mengajar, buku rujukan, anak kunci bilik-bilik khas dan surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar semasa bercuti. ✓ Kelewatan atas sebab tertentu perlu dimaklumkan kepada Guru Besar. PERHIMPUNAN ✓ Semua guru WAJIB hadir dalam perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Isnin. ✓ Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan perhimpunan ini. Atur cara perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 KP.(BS)8591/Jld.II/(24) bertarikh 14.7.84. ✓ Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah (Mesyuarat Guru, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Sukan Sekolah dan Hari Anugerah Cemerlang). PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


PERATURAN PENTADBIRAN 15 PERATURAN PEJABAT ✓ Guru-guru ditegah mengambil fail-fail atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa keizinan Guru Besar. Surat-surat penting untuk tindakan guru yang berkenaan boleh difotokopi dengan memaklumkan kepada ketua kerani sekolah dan direkodkan. Guru-guru dilarang : ✓ Membaca surat-surat yang berada di atas meja Guru Besar, Penolong Kanan atau Kerani. ✓ Mengambil / membaca Buku Diari Sekolah melainkan dengan keizinan Guru Besar atau Penolong Kanan. ✓ Mengambil / menulis buku-buku stok kecuali guru yang berkenaan dipertanggungjawabkan. ✓ Berbual-bual atau membuat kerja yang tidak berkaitan dengan urusan. ✓ Mengarah kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan. ✓ Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi. SURAT-MENYURAT ✓ Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan. ✓ Surat yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil tindakan dengan kadar segera. ✓ Jika surat tersebut ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan setelah tindakan diambil. ✓ Mengambil salinan surat dari fail pejabat. ✓ Mengambil tindakan yang diperlukan. KUNJUNGAN KE PPD DAN JPN ✓ Guru-guru tidak digalakkan ke PPD atau JPN tanpa surat rasmi daripada Guru Besar. CUTI CUTI REHAT / CUTI PENGGAL ✓ Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. ✓ Guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti. CUTI SAKIT ✓ Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan. ✓ Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. ✓ Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau sebaliknya akan dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


PERATURAN PENTADBIRAN 16 CUTI TANPA GAJI ✓ Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. ✓ Cuti Tanpa gaji kakitangan bukan guru boleh diberi selepas semua cuti rehat telah habis. ✓ Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. ✓ Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negera hanya boleh diambil sekali dalam tempoh 4 tahun. ✓ Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. ✓ Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. ✓ Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. CUTI REHAT KHAS ✓ Cuti rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. ✓ Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 10 hari setahun (berkhidmat kurang dari 10 tahun) dan 15 hari setahun (berkhidmat melebihi 10 tahun). (Dengan syarat tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran) CUTI TANPA REKOD ✓ Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat – suami / isteri / anak / ibu / bapa / ibu mertua / bapa mertua :- Peruntukan cuti selama tiga (3) hari untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat. ✓ Cuti Isteri Bersalin – tujuh (7) hari termasuk cuti rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am * Dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang perkhidmatan. ✓ Lain-lain aktiviti untuk Cuti Tanpa Rekod : - Latihan Pasukan Sukarela / Peperiksaan / Mengambil Bahagian dalam Sukan. ✓ Cuti ini diluluskan oleh Guru Besar dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. CUTI KE LUAR NEGARA ✓ Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri. Borang permohonan perlu diisi selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. CUTI KURSUS SAMBILAN ✓ Cuti untuk pegawai yang mengikuti pengajian secara sambilan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Negara. ✓ Cuti tidak berekod yang diluluskan oleh Ketua Jabatan tidak melebihi 30 hari dalam setahun pengajian bagi menghadiri Kursus Intensif. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


PERATURAN PENTADBIRAN 17 CUTI KUARANTIN ✓ Cuti untuk Pegawai / anak pegawai yang mengalami sakit berjangkit seperti Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah / Campak / Chickenpox dan lain-lain penyakit berjangkit. ✓ Tempoh terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes / selama tempoh perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN ✓ Cuti untuk mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masingmasing. ✓ Tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. ✓ Cuti Keagamaan diberi sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan (one-off). PAKAIAN ✓ Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. ✓ Pakaian berbentuk seluar dan baju yang merupakan pakaian negara lain tidak dibenarkan bagi guru perempuan. ✓ Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai dan kemas. ✓ Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai iaitu :- ~ Guru Perempuan : Seluar trek, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. ~ Guru Lelaki : Seluar trek / seluar panjang yang sesuai, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. ✓ Pada hari Rabu, semua guru digalakkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing. ✓ Pada hari Khamis, semua guru lelaki digalakkan memakai pakaian baju Melayu yang lengkap. ✓ Sebagai Penjawat Awam yang berkhidmat di Negeri Johor, semua guru adalah juga tertakluk kepada Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bil. 5/2018 – Pakaian Seragam dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor. PERHUBUNGAN SESAMA GURU ✓ Guru perlu memupuk hubungan profesional yang baik, sihat dan semangat kerja berpasukan. BILIK GURU ✓ Kebersihan dan keselamatan bilik guru serta harta benda sekolah merupakan tanggungjawab semua guru. ✓ Waktu Senggang (free period ) guru hendaklah dipenuhi melakukan perkaraperkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. ✓ Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


PERATURAN PENTADBIRAN 18 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN ✓ Guru yang menghadapi masalah dalam bidang perjawatan boleh berurusan dengan Guru Besar. ✓ Guru yang menghadapi masalah dalam pengajaran boleh berurusan dengan Ketua Panitia Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, Penolong Kanan atau Guru Besar. TUGAS ✓ Guru yang diberikan tugas-tugas kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan pentadbiran perlu melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan amanah, dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. PELAWAT ✓ Semua pelawat perlu berjumpa dengan Guru Besar/ Penolong Kanan terlebih dahulu. ✓ Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar. PEMBELIAN ✓ Guru yang hendak membeli Bahan Bantuan Mengajar mesti memohon kebenaran dengan menggunakan BORANG NOTA MINTA yang boleh diperoleh di pejabat dengan disahkan oleh Ketua Panitia / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. Borang tersebut mestilah diserahkan selewat-lewatnya DUA (2) MINGGU sebelum pesanan dibuat. ✓ Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. ✓ Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok. MESYUARAT GURU ✓ Guru Besar akan mengadakan mesyuarat guru dari semasa ke semasa dan kehadiran adalah wajib. ✓ Guru-guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Penolong Kanan dan Ketua Panitia. BUKU STOK DAN INVENTORI ✓ Penolong Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan kemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Besar / Penolong Kanan. TANDA NAMA ✓ Semua guru wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi di sekolah. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG ✓ Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


PERATURAN PENTADBIRAN 19 PENGGUNAAN ALATAN ✓ Semua peralatan perlu digunakan dengan betul, mengikut peraturan dan mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan. ✓ Guru bertanggungjawab menjaga peralatan yang digunakan dan memulangkannya dalam keadaan yang baik. Sebarang kerosakan perlu dilaporkan. ✓ Guru yang meminjam bertanggungjawab untuk memulangkan kembali alatan yang dipinjam di tempat asal. ARAHAN DAN PEKELILING ✓ Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar perlu dibaca dengan teliti dan dipatuhi. ✓ Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah, guru hendaklah kembalikan ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. ✓ Guru atau pihak berkenaan yang gagal mematuhi semua arahan yang ditetapkan akan diberi amaran bertulis. PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN


PERATURAN KURIKULUM 20 ✓ Guru Besar bertanggungjawab menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum dan semua Penolong Kanan ialah Naib Pengerusi. ✓ Anggota Jawatankuasa terdiri daripada : • Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran • Penyelaras Jadual Waktu • Guru Perpustakaan & Media • Guru SPBT • Guru Bimbingan • Guru Pemulihan Khas ✓ Menentukan Dasar Kurikulum Sekolah selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh PPD, JPN, KPM dan Akta Pendidikan Kebangsaan ✓ Menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah sebanyak 4 kali setahun. ✓ Menetapkan sistem fail dan dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. ✓ Menentukan dasar pengurusan aset sekolah. ✓ Menetapkan syarat/peraturan agihan kelas. ✓ Menetapkan prosedur rekod persediaan mengajar. ✓ Dasar penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan, harian dan rekod persediaan mengajar. ✓ Menentukan hari penghantaran rekod persediaan mengajar untuk pengesahan Guru Besar / Penolong Kanan. ✓ Menentukan kriteria jenis buku / Bahan Bantuan Mengajar. ✓ Menentukan Jadual Waktu : • Menetapkan sesi persekolahan (pagi/petang) • Menetapkan sistem Jadual Waktu (anjal/biasa) • Menetapkan agihan tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar • Menetapkan sistem Jadual Waktu Ganti. PANITIA MATA PELAJARAN ✓ Melantik Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran. ✓ Guru Besar dan semua Penolong Kanan ialah penasihat Jawatankuasa Panitia. ✓ Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dengan kehadiran Penasihat. ✓ Ketua Panitia Mata Pelajaran menyedia dan menyelenggara fail panitia. ✓ Menentukan dasar perbelanjaan tahunan bagi kurikulum dan panitia. ✓ Merancang dan melaksanakan program/aktiviti untuk peningkatan akademik. ✓ Menentukan setiap panitia menyediakan dasar latihan untuk meningkatkan prestasi murid. ✓ Menjalankan “post mortem” / dialog prestasi untuk penambahbaikan selepas setiap program. ✓ Pentaksiran PBD dan Peperiksaan. ✓ Melantik Jawatankuasa Peperiksaan. ✓ Menetapkan sistem pentadbiran penilaian sekolah. ✓ Menentukan dasar-dasar penilaian dan peperiksaan meliputi penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian, penggubalan soalan, skema penskoran dan pengawasan. PERATURAN-PERATURAN KURIKULUM


PERATURAN KURIKULUM 21 REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ✓ Semua guru mestilah menyediakan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dengan sempurna. ✓ Rekod Pengajaran dan Pembelajaran mestilah diserahkan kepada Guru Besar atau wakilnya untuk disemak dan diperiksa pada hari yang ditetapkan. ✓ Rekod Pengajaran dan Pembelajaran ialah dokumen penting mengikut Undang-undang Sekolah Akta Pendidikan 1996 dan Pekeliling 3/1999 dan diserahkan kepada Guru Besar pada akhir tahun. GURU KELAS ✓ Bertanggungjawab terhadap disiplin, kebersihan kelas dan murid-muridnya. ✓ Melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan. ✓ Mengambil tindakan sewajarnya berkaitan dengan :- • Aplikasi Kehadiran murid (APDM) • Kutipan sumbangan PIBG/pelbagai bayaran • Buku/Kad Laporan Kemajuan Pendidikan / PBD • Buku PAJSK • Kad Kesihatan ✓ Menyedia dan mempamerkan Jadual Waktu Kelas dan Jadual Tugasan Murid di dalam kelas. ✓ Menyusun barang dan alatan di dalam kelas untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. GURU KHAS / BUKAN GURU KELAS ✓ Boleh diarah untuk menjadi guru kelas sepenuh masa atau mengganti / mengambil alih tugas sementara kerana ketiadaan guru kelas. ✓ Membantu guru kelas dan boleh diberi masa yang lebih untuk mengajar. ✓ Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelajaran khusus yang diajar seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Pemulihan dan sebagainya. ✓ Bilik-bilik khas (jika ada) mestilah dilengkapkan dengan alatan mengajar yang sesuai. ✓ Membuat dan melaksanakan tangggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru Besar dan Penolong kanan. JADUAL WAKTU DAN MASA MENGAJAR ✓ Guru hendaklah mengajar mengikut Rekod Persediaan Mengajar dan jadual waktu yang ditetapkan. ✓ Guru lain dibenarkan berada di dalam bilik darjah itu dengan tujuan membantu pengajaran dan pembelajaran. ✓ Penolong Kanan / Ketua Panitia dan Guru Besar boleh membuat penyeliaan dan pencerapan. PERATURAN-PERATURAN KURIKULUM


PERATURAN KURIKULUM 22 ✓ Guru-guru dilarang : ~ Menukar masa pengajaran / jadual waktu tanpa kebenaran Guru Besar. ~ Duduk di kerusi atau meja sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. ~ Membuat persediaan mengajar atau alatan semasa PdPc sedang dijalankan. ~ Meninggalkan atau mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain dengan alasan mata pelajaran itu tidak penting atau guru itu sendiri tidak berminat. ~ Membiarkan murid-murid bersenam / bermain bersendirian di padang tanpa pengawasan / kehadiran guru. MASA TIDAK MENGAJAR ✓ Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah melainkan ada urusan penting dan mendapat kebenaran daripada Guru Besar. SISTEM PEMANTAUAN ✓ Menentukan sistem pemantauan yang berkesan ✓ Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran ✓ Pengurusan Panitia ✓ Penilaian dan Peperiksaan ✓ Jadual Waktu ✓ Pengurusan Kewangan ✓ Bilik-bilik Khas ✓ Menetapkan Jawatankuasa Pencerapan ✓ Menetapkan Jadual waktu pencerapan sekurang-kurangnya dua kali setahun PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH ✓ Melantik Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah ✓ Memastikan Jawatankuasa Pusat Sumber berfungsi dengan berkesan. ✓ Memastikan Pusat Sumber Sekolah diurus dengan baik dan bilangan buku mencukupi. ✓ Merancang dan melaksanakan program di bawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM sepanjang tahun. PROGRAM PENINGKATAN ✓ Mengadakan program peningkatan akademik berdasarkan kajian dan keperluan sekolah. ✓ Merancang, melaksana, menilai dan menambah baik program. ✓ Memastikan semua panitia mata pelajaran menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan akademik . PERKEMBANGAN STAF ✓ Mengedar dan memproses borang keperluan latihan ✓ Mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. PERATURAN-PERATURAN KURIKULUM


PERATURAN KURIKULUM 23 BILIK-BILIK KHAS ✓ Semua guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan penggunaan bilik-bilik khas seperti Bilik Sains, Bengkel RBT, Bilik TS25, Bilik Matematik, PSS, Bilik Pemulihan, Makmal Komputer, Surau, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni dan bilik-bilik khas yang lain. ✓ Semua kunci bilik-bilik khas hendaklah disimpan di pejabat. ✓ Penggunaan bilik khas perlu dicatatkan dalam buku rekod penggunaan bilik khas. BUKU RUJUKAN GURU ✓ Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan pada hujung tahun atau apabila bertukar. ✓ Sebarang kerosakan atau kehilangan perlu dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan. BUKU LATIHAN / RAMPAIAN, UJIAN DAN PENILAIAN ✓ Semua kerja latihan, ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah diperiksa selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. ✓ Latihan dan ujian topikal diberi mengikut keperluan untuk mengetahui tahap pencapaian/ prestasi murid-murid. ✓ Guru Besar / Penolong Kanan dan Ketua Panitia akan memeriksa buku-buku rampaian / latihan dan buku kerja murid sebanyak enam (6) buah atau bilangan yang diambil secara rawak. ✓ Laporan Kemajuan Prestasi pengajaran dan pembelajaran murid hendaklah dilengkapkan. PERATURAN-PERATURAN KURIKULUM


PERATURAN AM GURU 24 PERATURAN AM UNTUK GURU SEKOLAH KEBANGSAAN (P) JALAN YAHYA AWAL, JOHOR BAHRU 1. Pendahuluan a) Setiap guru mempunyai tanggungjawab untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan (P) Jalan Yahya Awal sebuah sekolah yang cemerlang, dihormati dan disegani. b) Setiap guru mestilah menjalankan tugas kurikulum dan kokurikulum serta memantapkan sahsiah murid. c) Setiap guru harus tahu dan memahami Visi dan Misi sekolah. d) Guru perlu sentiasa merujuk kepada Pekeliling Kementerian (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar sentiasa berada di landasan yang betul dalam perkhidmatan e) Sekiranya guru menghadapi sebarang masalah, adakan perbincangan dengan rakan dan selesaikan secara professional. f) Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-Ketua Panitia dan Guru Kaunseling sentiasa bersedia untuk membantu. Polisi kita adalah telus dan terbuka. 2. Waktu Bekerja Pada Hari Persekolahan Hari Isnin hingga Khamis - 7.30 pagi hingga 2.00 petang Hari Jumaat - 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari 3. Disiplin Guru a) Semua guru hendaklah sampai di sekolah selewat-lewatnya 15 minit sebelum waktu bertugas (masa pengajaran dan pembelajaran, tugas luar dan latihan sukan). Guru-guru dikehendaki merekod kehadiran dengan menggunakan punchcard dan mencatat dalam Buku Rekod Kehadiran sebaik sampai ke sekolah dan semasa hendak pulang dari sekolah. b) Guru bertugas mingguan mula bertugas pada pukul 6.45 pagi. c) Semua guru MESTI berada di sekolah dalam waktu bekerja kecuali mendapat kebenaran rasmi daripada Guru Besar untuk meninggalkan sekolah atas urusanurusan tertentu. d) Guru-guru hendaklah berada di kelas dan mengajar serta meninggalkan kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan. e) Semua guru masa pertama dan masa selepas rehat hendaklah berada di dalam dewan atau tapak perhimpunan dan membawa murid bersama-sama masuk ke dalam kelas. f) Semua guru masa pertama mesti memastikan Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan pada jam 7.30 pagi. g) Guru yang bertugas perlu memastikan semua murid telah beredar dari dewan atau tapak perhimpunan ke kelas masing-masing pada jam 7.30 pagi. h) Pada waktu guru tiada jadual mengajar, guru hendaklah membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. PERATURAN AM GURU


PERATURAN AM GURU 25 h) Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai :– t-shirt berwarna putih / t-shirt sekolah semasa mengajar mata pelajaran tersebut. Sebarang kecederaan yang berlaku semasa mengendalikan kelas tersebut, hendaklah dilaporkan kepada pentadbiran dan dicatat dalam buku laporan dengan segera. i) Guru-guru hendaklah menjalinkan hubungan yang baik dan mesra sesama sendiri serta menimbulkan suasana yang baik di sekolah. j) Guru hendaklah sentiasa memakai tanda nama dan bertali leher (bagi guru lelaki) pada setiap hari bekerja. k) Semua guru disarankan untuk memakai pakaian unit beruniform pada hari Isnin (Minggu Ke-3 : Perhimpunan Bulanan Kokurikulum) dan hari Rabu. l) Guru tidak dibenarkan sama sekali menjalankan sebarang jenis perniagaan atau membuat jualan langsung dalam waktu persekolahan. 4. Kebenaran Keluar a) Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu bekerja tanpa kebenaran rasmi daripada Guru Besar. Jika perlu meninggalkan sekolah, guruguru perlu mengisi Kebenaran Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja (HRMIS) dan dapatkan kebenaran dan pengesahan Guru Besar. b) Guru-guru yang akan membuat lawatan rasmi atau persendirian ke luar negara perlu memaklumkan kepada Guru Besar dan mengisi borang Kebenaran Lawatan ke Luar Negara yang akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk mendapatkan kebenaran (4 minggu sebelum tarikh lawatan). 5. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran a) Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah dilengkapkan sebagaimana yang ditetapkan. b) Sukatan, huraian dan rancangan mengajar hendaklah disediakan dengan lengkap. c) Format penyediaan Rancangan Mengajar Tahunan, Mingguan dan Harian hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh panitia masing-masing. d) Markah-markah murid untuk Pentaksiran Bulanan / Penggal hendaklah ditampal di tempat yang disediakan bagi mata pelajaran yang diajar sahaja. e) Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah diserahkan ke pejabat pada setiap hari Jumaat sebelum pukul 12.00 tengah hari untuk disemak & disahkan. *INGATAN : Rekod Pengajaran dan Pembelajaran adalah rekod segala kegiatan guru di bilik darjah sepanjang tahun yang dapat dijadikan bukti nyata. Semua ruangan perlu diisi dan ditulis dengan kemas kerana ia menggambarkan keperibadian guru. 6. Buku Tulis Murid a) Pastikan kerja bertulis murid-murid dibuat dengan bersih, kemas dan teratur. b) Setiap latihan yang dibuat mesti dituliskan hari dan tarikh. c) Setiap latihan yang dibuat mestilah diperiksa dan ditandatangani oleh guru serta dicatatkan tarikh pemeriksaan dengan menggunakan pen dakwat merah. d) Pastikan pembetulan dibuat bagi setiap kesalahan. e) Hantar buku tulis murid kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan mengikut jadual pemantauan buku tulis murid yang telah ditetapkan. f) Buku tulis murid hendaklah dicop secara berkala serta diperiksa dan ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga. PERATURAN AM GURU


PERATURAN AM GURU 26 7. Cuti a) Cuti yang dibenarkan : ▪ Cuti Sakit Kerajaan / Swasta dengan sokongan Sijil Akuan Sakit Doktor (Sijil Akuan Sakit daripada Doktor Swasta tidak melebihi 2 hari berturut-turut dan 15 hari bagi setiap tahun perkhidmatan) ▪ Cuti Rehat Khas 10 hari (guru berkhidmat bawah 10 tahun) & Cuti Rehat Khas 15 hari (guru berkhidmat 10 tahun ke atas) bagi setiap tahun perkhidmatan, permohonan dibuat kepada Guru Besar dan kebenaran bergantung kepada budi bicara beliau. ▪ Guru mesti mengisi permohonan CRK di dalam Portal HRMIS 2.0 untuk sokongan dan kelulusan cuti setelah berbincang dengan Guru Besar. ▪ Cuti-cuti lain mengikut Perintah Am atau Pekeliling Perkhidmatan. b) Maklumkan kepada Guru Besar sekiranya tidak hadir ke sekolah kerana berkursus atau bertugas diluar, sakit dan kecemasan. c) Pastikan tugasan atau lembaran kerja diserahkan kepada Guru Penolong Kanan 1 untuk diberikan kepada guru ganti. 8. Disiplin Murid Semua guru adalah guru disiplin, Guru perlu mengambil perhatian berkenaan disiplin murid semasa : ▪ Di dalam kawasan sekolah ▪ Di dalam bilik darjah dan bilik-bilik khas ▪ Keluar / masuk bilik darjah dan bilik-bilik khas ▪ Di kawasan luar yang berhampiran dengan sekolah 9. Mesyuarat a) Semua panggilan mesyuarat dilakukan dengan kebenaran Guru Besar. b) Surat / Memo panggilan atau pemberitahuan mesyuarat hendaklah diedarkan selewat-lewatnya 7 sehari sebelum mesyuarat diadakan. c) Minit mesyuarat mesti dicatatkan dan diedarkan dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat dijalankan. d) Semua dapatan mesyuarat atau kursus di luar sekolah hendaklah direkodkan menggunakan borang MINIT CURAI dan dimasukkan ke dalam fail yang telah selepas. 10. Hukuman Ke Atas Murid Guru-guru TIDAK dibenarkan menghukum, mendera dan menggunakan kata-kata kesat atau kasar kepada murid-murid. Hukuman ke atas murid hanya boleh dilakukan oleh Guru Besar. 11. Kegiatan Sampingan Dilarang sama sekali melakukan kegiatan sampingan seperti jualan langsung dan promosi barangan yang berbentuk komersial dalam waktu bekerja. PERATURAN AM GURU


PERATURAN AM GURU 27 12. Guru Bertugas a) Guru bertugas hendaklah hadir lebih awal (6.45 pagi) dan pulang lewat dari guru-guru lain. b) Bertugas mengikut giliran yang ditetapkan. c) Guru bertugas perlu berada di pintu pagar sekolah semasa murid-murid hadir ke sekolah dan pulang dari sekolah untuk memastikan murid-murid melintas jalan dengan selamat. d) Guru bertugas perlu membuat laporan dalam Buku Laporan Bertugas. e) Maklumkan kepada Guru Besar jika ada murid yang memerlukan rawatan di hospital. f) Bertanggungjawab apabila berlaku kecemasan dan membunyikan loceng kecemasan. g) Memastikan pengawas sekolah menjalankan tugas mereka. h) Memastikan murid-murid beratur semasa membeli makanan di kantin sekolah dan makan hanya di kantin sahaja. i) Guru bertugas perlu membuat rondaan sekitar kawasan sekolah dan ke kelas pada awal pagi dan masa balik. j) Guru bertugas perlu membuat rondaan sekitar kawasan sekolah dan ke kelas pada awal pagi dan masa balik. 13. Atur Cara Perhimpunan Mingguan a) Ucapan Pengerusi Majlis b) Bacaan Doa c) Lafaz Ikrar Rukun Negara d) Lafaz Ikrar Murid e) Nyanyian Lagu Bangsa Johor f) Nyanyian Lagu Negaraku g) Nyanyian Lagu Sekolah h) Laporan Guru Bertugas / Pembentang Penerapan Nilai Sivik i) Penyampaian Piala “Kelas Terbersih” Tahap 1 Dan Tahap 2 j) Ucapan Guru Besar Atau Wakil k) Murid bersurai 14. Panitia a) Semua panitia perlu menubuhkan dan menyediakan carta organisasi panitia. b) Panitia perlu merancang dan menyediakan RPT dan RPH mengikut sukatan mata pelajaran dan takwim persekolahan. c) Panitia perlu mengadakan mesyuarat mengikut keperluan (sekurang-kurangnya 4 kali setahun). d) Setiausaha panitia perlu menyediakan dan menghantar semua minit mesyuarat dalam tempoh 2 hari selepas mesyuarat diadakan. e) Fail-fail panitia perlu dikemaskini setiap masa terutama apabila ada maklumat terkiniberkaitan panitia. f) Program-program panitia yang telah dirancang perlu dijalankan mengikut perancangan. g) Kertas kerja/cadangan dan laporan perlu disediakan dengan segera dan lebih awal. h) Panitia perlu mengadakan ‘post-mortem ’ / dialog prestasi setiap kali ujian atau peperiksaan dijalankan. i) Panitia perlu meneliti pemilihan buku kerja yang sesuai dengan tahap murid. PERATURAN AM GURU


PERATURAN AM GURU 28 j) Kesemua AJK panitia perlu bekerjasama dan tidak bertindak sendiri atau hanya Ketua Panitia sahaja yang berfungsi. k) Setiausaha panitia perlu membantu tugas-tugas panitia dan menjalankan peranan dengan penuh tanggungjawab. l) Panitia perlu memastikan penyediaan item bagi ujian dan peperiksaan mengikut format dan standard yang telah ditetapkan. m) Menyediakan modul atau bahan latihan untuk kerja rumah harian, cuti persekolahan dan kelas bimbingan. n) Panitia perlu memastikan buku stok dikemaskini mengikut keperluan terutama jika ada pembelian atau hapus kira. 15. Pengurusan Bilik-Bilik Khas a) Bilik-bilik khas perlu sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur. b) Carta organisasi perlu ditampal di papan kenyataan dan mengikut jadual yang terkini. c) Semua alatan dan bahan yang terdapat di dalam bilik khas perlu disusun mengikut kategori dengan kemas dan teratur serta dilabelkan. d) Pastikan stok di dalam bilik khas sama seperti yang direkod dalam buku stok, harta modal dan inventori. e) Pastikan pergerakan keluar dan masuk murid mengikut jadual waktu terkini dan ditampal di papan kenyataan (1 salinan jadual waktu perlu diberi kepada GPK 1 untuk rujukan) f) Peraturan penggunaan bilik khas perlu disediakan dan ditampal. Peraturan perlu mendapatkan pengesahan daripada Guru Besar sebelum dikuatkuasakan. 16. Soalan Pentaksiran a) Patuhi takwim dan jadual yang telah disediakan. b) Penggiliran penyedia item pentaksiran perlu dipatuhi mengikut ketetapan panitia atau Setiausaha Peperiksaan Dalaman. c) Guru perlu peka terhadap tarikh-tarikh pentaksiran. d) Penyediaan item pentaksiran perlu kemas dan teliti (kesilapan sifar). e) Format ujian perlu dipatuhi seperti yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan, KPM danpanitia f) Penandaan dan pemeriksaan kertas perlu dibuat dengan teliti dan mengikut skema yang telah ditetapkan g) Guru Pemeriksa Kertas perlu mematuhi tempoh masa yang ditetapkan supaya urusanGuru Kelas dapat dijalankan dengan segera. 17. Tatasusila ketika berurusan di Pejabat Pengurusan Sekolah a) Dokumen / Fail Sulit • Guru sama sekali tidak dibenarkan membuka atau mengambil sendiri fail peribadi dan fail-fail rasmi sekolah. • Guru boleh mendapatkan bantuan staf di pejabat untuk mendapatkansebarang dokumen. • Setiap dokumen di pejabat adalah sulit dan guru tidak dibenarkan membongkar apa-apa dokumen atau kertas kerja yang berada di atas meja pembantu tadbir. b) Adab Percakapan • Guru perlu bersopan santun dan sentiasa mengawal nada suara ketika berurusan di pejabat. PERATURAN AM GURU


PERATURAN AM GURU 29 c) Penggunaan Mesin Riso / Fotostat • Setiap penggunaan mesti direkodkan dalam Buku Rekod Penerimaan Fotostat dan mendapat kebenaran GB @ GPK bagi mengawal perbelanjaan kertas serta kos penyelenggaraan. • Bahan untuk diriso atau difotostat perlu diberi kepada Pembantu Am Rendah selewat-lewatnya 2 hari dari tarikh bahan tersebut dikehendaki. d) Penggunaan Komputer • Komputer di pejabat hanya untuk kegunaan pengurusan pentadbiran sekolah sahaja. • Guru hendaklah mendapat kebenaran dari pentadbiran untuk menggunakan komputer pejabat. Sila gunakan komputer di bilik guru. e) Penggunaan Telefon Dan Mesin Faksimili • Telefon dan Mesin Faksimili hanya untuk penggunaan rasmi sahaja. • Sila rekod setiap penggunaan telefon dan mesin faksimili. f) Stok Bekalan Pejabat • Setiap pembelian perlu mengisi Borang Nota Minta dan dapatkan tandatangan Guru Besar sebelum menyerahkan borang tersebut kepada Pembantu Tadbir Kewangan. • Stok yang telah dipesan perlulah diambil sebaik sahaja pejabat menerima stok tersebut dari pembekal. • Pengeluaran stok bekalan pejabat mestilah direkod dalam Buku Rekod Stok Bekalan Pejabat. • Buku Stok Bekalan Pejabat bagi setiap panitia perlulah sentiasa dikemaskini dan dihantar kepada GPK 1 untuk semakan 2 kali setahun iaitu sebelum cuti pertengahan penggal dan cuti akhir tahun. g) Pastikan murid-Murid tidak berlegar di dalam kawasan pejabat. 18. Kawasan Larangan Merokok Sekolah merupakan KAWASAN LARANGAN MEROKOK. Guru-guru adalah dilarang keras untuk merokok di dalam kawasan sekolah. PERATURAN AM GURU


KELAKUAN DAN TATATERTIB 30 1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 15 Disember 1993. 2. (i) Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai di sepanjang tempoh perkhidmatannya dan berkenaan dengan seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki Sistem Saraan Baru, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan wajar dengan mengambil kira terma dan syarat perkhidmatannya. (ii) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini akan mengakibatkan seseorang pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. (i) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tida berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan. (ii) Seseorang pegawai tidak boleh :- a. Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya. b. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya. c. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa :- i. dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau ii. dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedah sendiri. d. Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama ataumencemarkan nama perkhidmatan awam. e. Kurang cekap atau kurang berusaha. f. Tidak jujur atau amanah. g. Tidak bertanggungjawab. h. Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain. i. Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan j. Cuai dalam menjalankan tugasnya. CABUTAN P.U. (A) 395 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERATURAN-PERATURAN AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993


KELAKUAN DAN TATATERTIB 31 6. (i) Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan mengikut sepatutnya apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. (ii) Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut. 21. (i) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkann dalam subperaturan (3) seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai lambang sesuatu parti politik dan khususnya dia tidak boleh :- a. membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti politik. b. menerbit atau mengeliling buku, majalah atau risalah yang mengemukakan pandangan yang berat sebelah atau pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik. c. terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya kecil atau apa-apa pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam manamana politik. d. bertindak sebagai seorang ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri. e. masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; atau f. memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik. 23. (i) Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib. (ii) Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah, dengan seberapa segera, melaporkan fakta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berserta tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan pegawai itu. (iii) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan dalam subperaturan (2) mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut peraturan 27 dan 28. (iv) Bagi maksud peraturan ini, “ketidakhadiran” termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa juga tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.


PROFIL SEKOLAH 32 PROFIL SEKOLAH NAMA SEKOLAH : SK (P) Jalan Yahya Awal ALAMAT SEKOLAH : Jalan Yahya Awal, 80100 Johor Bahru, Johor. KOD SEKOLAH : JBB 1009 GRED : B NO. TEL/FAX : 07-2234872 / 07- 2273576 EMAIL : [email protected] WEB : JBB1009.1bestarinet.net BIL KELAS : 10 kelas perdana 1 kelas Prasekolah JUMLAH MURID : 341 orang GURU : Lelaki : 03 orang : Perempuan : 24 orang JUMLAH GURU : 27 orang STAF BUKAN GURU : 03 orang Kebersihan bangunan dan kawalan keselamatan di bawah pengurusan pihak swasta. BIL PEMBERSIHAN SWASTA : 5 orang BIL PENGAWAL KESELAMATAN : 4 orang WAKTU PERSEKOLAHAN SESI 2025/2026 TAHUN HARI MASA 1, 2 & 3 ISNIN 7.30 pg – 12.30 tgh (Tasmik) 7.30 pg – 11.30 tgh (Moral) 1, 2 & 3 SELASA – KHAMIS 7.30 pg – 12.30 tgh 4, 5 & 6 ISNIN – SELASA 7.30 pg – 1.30 tgh RABU (KOKO) 7.30 pg – 1.30 tgh KHAMIS 7.30 pg – 1.30 tgh (Tasmik) 7.30 pg – 12.30 tgh (Moral) 1, 2, 3, 4, 5 & 6 JUMAAT 7.30 pg – 12.00 tgh WAKTU 1M1S & KOKURIKULUM TAHUN HARI AKTIVITI MASA 4, 5 dan 6 SELASA 1 MURID 1 SUKAN 7.30 pg – 8.30 pg 4, 5 dan 6 RABU KOKURIKULUM 12.30 tgh – 1.30 tgh


ANALISA WARGA SEKOLAH 33 ANALISA JUMLAH GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) MELAYU CINA INDIA JUMLAH GURU AKP GURU AKP GURU AKP 30 24 3 1 - 2 - ANALISA JUMLAH GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) MENGIKUT GRED JAWATAN GURU AKP DG12 DG10 DG9 DG34 JUMLAH N2 FT1 N1 JUMLAH LELAKI - 3 0 - 3 - - 1 1 PEREMPUAN 4 9 11 - 24 1 - 1 2 JUMLAH 4 12 11 - 27 1 - 2 3 GRED JANTINA JUMLAH MURID DAN KELAS TAHUN BILANGAN KELAS JUMLAH PELAJAR PRASEKOLAH 1 27 TAHUN 1 2 44 TAHUN 2 1 38 TAHUN 3 2 70 TAHUN 4 2 73 TAHUN 5 2 52 TAHUN 6 1 37 JUMLAH 11 341 # Jumlah murid dan kelas ini akan berubah dari semasa ke semasa berdasarkan penambahan dan pengurangan murid.


PELAN SEKOLAH (LALUAN KECEMASAN) 34


PERATURAN LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN 35 1. Jika berlaku sesuatu kecemasan / kebakaran, satu isyarat loceng / siren / alat bunyi yang lain akan dibunyikan berterusan dan panjang. 2. Apabila mendengar bunyi / isyarat tersebut, guru-guru yang berada di dalam bilik darjah / makmal sains / bengkel hendaklah dengan segera mengarahkan murid-murid keluar dari bilik-bilik tersebut secara teratur, berbaris dan bergerak dengan pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan ke Tempat Berkumpul semasa kecemasan. (Sila rujuk Pelan Laluan Kecemasan & Kebakaran). 3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang buku, beg atau peralatan lain yang boleh melambatkan pergerakan dan akan membahayakan keselamatan. 4. Guru yang berada di dalam bilik darjah / makmal sains / bengkel mestilah memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal di bilik-bilik tersebut dan bersama-sama dengan murid bergerak ke tempat perhimpunan. Semakan pada Buku Kedatangan Murid (Register) hendaklah dibuat di tempat perhimpunan bagi memastikan tiada murid yang tertinggal di bangunan sekolah. 5. Sekiranya tiada guru pada masa tersebut, Ketua Darjah / Penolong Ketua Darjah akan bertindak mengarahkan semua murid beratur dan bergerak ke tempat perhimpunan sama seperti di para 2, 3 dan 4. 6. Murid-murid yang sedang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani di padang, hendaklah kekal berada di situ dan tidak bergerak ke kelas. 7. Semasa bergerak ke tempat perhimpunan, guru mestilah mengawasi disiplin murid-murid. Pastikan tiada murid-murid yang bertolak-tolak, membuat bising, bermain-main dan sebagainya. 8. Setelah keadaan kembali terkawal, murid-murid dikehendaki balik semula ke kelas dengan kawalan guru yang berkenaan. PERINGATAN UMUM 1. Semasa latihan diadakan, semua yang berada di bangunan sekolah :– murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan pelawat mestilah berkumpul di tempat perhimpunan semasa kecemasan seperti yang ditetapkan. 2. Pembantu pejabat / kakitangan pejabat hendaklah mengambil semua Buku Kedatangan Murid (Register) yang berada di pejabat dan menyerahkannya kepada guru kelas di tempat perhimpunan untuk tujuan menyemak kehadiran murid di tempat perhimpunan itu. 3. Jika berlaku kebakaran yang sebenar, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan dengan serta merta untuk membolehkan tindakan selanjutnya diambil. ARAHAN / PERATURAN LATIHAN KECEMASAN / KEBAKARAN


SENARAI GURU & AKP BIL NAMA JAWATAN GRED NO. HP 1. PN NORAINI BINTI MOHD APANDI Guru Besar DG10 (KUP) 0127945829 2. PN HANIZA BINTI HASSAN PK Pentadbiran DG10 (KUP) 0197565577 3. PN DIONG KING HONG PK Hal Ehwal Murid DG10 (KUP) 0167393934 4. CIK AZA ABEHA BINTI ADAM PK Kokurikulum DG12 (KUP) 0197997379 5. AN NUR SYAHIRA BINTI KATMAN Guru Pendidikan Islam DG9 01117643603 6. AYU SYURIZAH BINTI A.SHUKOR Guru Akademik DG12 (KUP) 0197344235 7. BALAN MURUGAN A/L KESAVAN Guru Perpustakaan dan Media DG10 (KUP) 0174400057 8. FATZHORRAZI BIN YUSOF Guru Akademik DG10 (KUP) 0107669407 9. HAYATI ADHA BINTI HASSAN Guru Akademik DG12 (KUP) 0197189004 10. KHAIREEN EDLIN BINTI ROSLEN Guru Akademik DG9 01112765094 11. MAHANEEZA BINTI MOHAMAD Guru Akademik DG9 01112843794 12. MAHIRAN BINTI OTHMAN Guru Pendidikan Islam DG10 (KUP) 0139195508 13. MUHAMAD SYAWALWAHED BIN MOHAMAD KAMAL Guru Akademik DG10 (KUP) 0129220980 14 NIK NURUL ALYA IZATIE BINTI NIK HAMDAN Guru Pendidikan Islam DG9 0148082989 15. NOR RIZAD BINTI NOR AZAMI Guru Data DG12 (KUP) 0137557271 16. NUR FARAH HANI BINTI ISA Guru Akademik DG10 (KUP) 0137908986 17. NUR HAYATI BINTI HAMZAH Guru Akademik DG9 01161025468 18. NUR HIDAYATI BINTI ZULKIFLI Guru Akademik DG9 01139646509 19. NUR SYAZWANI BINTI TUAN ISMAIL Guru Akademik DG9 0187762027 20. NURIN NADHIRAH BINTI MOHAMAD NASSER Guru Bimbingan Kaunseling DG9 01110581403 21. NURUL ALIYAH BINTI ALI AHMAD Guru Prasekolah DG9 0175012143 22. NURUL SHAFIQAH BINTI SA'AT Guru Akademik DG9 01115008052 23. NURUN NASIHAH BINTI ZAWAWI Guru Akademik DG9 01131758580 24. SALENA BINTI ABU BAKAR Guru Akademik DG10 (KUP) 0127419502 25. SITI NOR AILA BT MOHAMAD NOR Guru Akademik DG10 (KUP) 0137467003 26. VIJAYA LETCHIMI A/P LETCHIMANAN Guru Akademik DG10 (KUP) 0127070594 27. ZAINURA BINTI HUSIN Guru Pendidikan Islam DG10 (KUP) 0137812197 SENARAI GURU BIL NAMA JAWATAN GRED NO. HP 1. NUR SYAFIQAH BINTI HAZIS Pembantu Tadbir N1 0182724399 2. PN ZAHARAH BINTI ABD KARIM Pembantu Pengurusan Murid N2 (KUP) 0127360413 3. EN MOHD FAZELLI BIN ABDUL JALIL Pembantu Operasi N1 0137777519 SENARAI AKP SEKOLAH 36


TAKWIM PERSEKOLAHAN 37 PENGGAL CUTI DAN HARI PERSEKOLAHAN MULA AKHIR JUMLAH HARI BIL MINGGU 1 HARI PERSEKOLAHAN 17.02.2025 28.02.2025 10 15 01.03.2025 31.03.2025 20 01.04.2025 30.04.2025 18 01.05.2025 28.05.2025 28 JUMLAH HARI 66 CUTI PENGGAL 1, SESI 2025/2026 1 29.05.2025 hingga 09.06.2025 12 2 HARI PERSEKOLAHAN 10.06.2025 30.06.2025 14 14 01.07.2025 31.07.2025 23 01.08.2025 31.08.2025 21 01.09.2025 12.09.2025 8 JUMLAH HARI 66 CUTI PENGGAL 2, SESI 2025/2026 1 13.09.2025 hingga 21.09.2025 9 3 HARI PERSEKOLAHAN 22.09.2025 30.09.2025 7 13 01.10.2025 31.10.2025 20 01.11.2025 30.11.2025 20 01.12.2025 19.12.2025 15 JUMLAH HARI 62 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2025/2026 3 20.12.2025 hingga 11.01.2026 23 TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2025/2026


HARI KELEPASAN AM 38 HARI-HARI KELEPASAN AM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM BIL. HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI 1. Tahun Baru Cina 29 & 30.01.2025 Rabu & Khamis 2. Hari Thaipusam 11.02.2025 Selasa 3. Awal Ramadan 02.03.2025 Ahad 4. Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor 23.03.2025 Ahad 5. Hari Raya Aidilfitri 31.03.2025 Isnin 6. Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) 01.04.2025 Selasa 7. Hari Pekerja 01.05.2025 Khamis 8. Hari Wesak 12.05.2025 Isnin 9. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 02.06.2025 Isnin 10. Hari Raya Haji 07.06.2025 Sabtu 11. Awal Muharram (Ma’al Hijrah) 27.06.2025 Jumaat 12. Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar 31.07.2025 Khamis 13. Hari Kebangsaan 31.08.2025 Ahad 14. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) 05.09.2025 Jumaat 15. Hari Malaysia 16.09.2025 Selasa 16. Hari Deepavali 20.10.2025 Isnin 17. Hari Krismas 25.12.2025 Khamis Catatan: Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Ahad) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.


CUTI PERAYAAN SESI 2024 / 2025 39 CUTI PERAYAAN CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 31.03.2025 (Isnin) dan 01.04.2025 (Selasa) 30.03.2025 (Ahad) 02.04.2025 (Rabu) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 02.04.2025 (Rabu) 03.04.2025 (Khamis) 03.04.2025 (Khamis) 04.04.2025 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 20.10.2025 (Isnin) Kecuali Sarawak 19.10.2025 (Ahad) dan 21.10.2025 (Selasa) 21.10.2025 (Selasa) dan 22.10.2025 (Rabu) Semua negeri Kumpulan B kecuali Sarawak Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 20.10.2025 (Isnin) Sarawak sahaja Satu (1) Hari Cuti Peruntukan KPM Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 & 30 Januari 2025 (Rabu & Khamis) (Dalam Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2024/ 2025) Pesta Keamatan (Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu) (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026) Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 & 02 Jun 2024 (Ahad & Isnin) (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026) Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2025 (Khamis) (Dalam Cuti Akhir Persekolahan, Sesi 2025/2026) CATATAN


TAKWIM MINGGUAN PERSEKOLAHAN 40 TAKWIM MINGGUAN PERSEKOLAHAN SESI 2025 / 2026 MINGGU TARIKH 1 17/02/2025 – 21/02/2025 2 24/02/2025 – 28/02/2025 3 03/03/2025 – 07/03/2025 4 10/03/2025 – 14/03/2025 5 17/03/2025 – 21/03/2025 6 24/03/2025 – 28/03/2025 7 CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 29/03/2025 – 06/04/2025 8 07/04/2025 – 11/04/2025 9 14/04/2025 – 18/04/2025 10 21/04/2025 – 25/04/2025 11 28/04/2025 – 02/05/2025 12 05/05/2025 – 09/05/2025 13 12/05/2025 – 16/05/2025 14 19/05/2025 – 23/05/2025 15 26/05/2025 – 28/05/2025 CUTI PENGGAL 1 SESI 2025/2026 29/05/2025 – 09/06/2025 16 10/06/2025 – 13/06/2025 17 16/06/2025 – 20/06/2025 18 23/06/2025 – 27/06/2025 19 30/06/2025 – 04/07/2025 20 07/07/2025 – 11/07/2025 21 14/07/2025 – 18/07/2025 22 21/07/2025 – 25/07/2025 PENTAKSIRAN PBD PENGGAL 1 & UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK MINGGU TARIKH 23 28/07/2025 – 01/08/2025 24 04/08/2025 – 08/08/2025 25 11/08/2025 – 15/08/2025 26 18/08/2025 – 22/08/2025 27 25/08/2025 – 29/08/2025 28 01/09/2025 – 05/09/2025 29 08/09/2025 – 12/09/2025 CUTI PENGGAL 2 SESI 2025/2026 13/09/2025 – 21/09/2025 30 22/09/2025 – 26/09/2025 31 29/09/2025 – 03/10/2025 32 06/10/2025 – 10/10/2025 33 13/10/2025 – 17/10/2025 34 20/10/2025 – 24/10/2025 35 27/10/2025 – 31/10/2025 PENTAKSIRAN AKHIR PBD & UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 36 03/11/2025 – 07/11/2025 37 10/11/2024 – 14/11/2024 38 17/11/2025 – 21/11/2025 39 24/11/2025 – 28/11/2025 40 01/12/2025 – 05/12/2025 41 08/12/2025 – 12/12/2025 42 15/12/2025 – 19/12/2025 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2025/2026 20/12/2025 – 11/01/2026


TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 41 TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH


TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 42 FEBRUARI 2025


TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 43 MAC 2025


TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 44 APRIL 2025


TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 45 MEI 2025


TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 46 JUN 2025


TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 47 JULAI 2025


TAKWIM PENGURUSAN SEKOLAH 48 OGOS 2025


Click to View FlipBook Version