The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Nadirah Zainal Ridzuan, 2022-05-31 12:09:35

TUGASAN 2

TUGASAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)

ASAS KEUSAHAWANAN
PAKW1022

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR NUR NADIRAH BINTI ZAINAL RIDZUAN

ANGKA GILIRAN 2021192310249
NOMBOR KAD PENGENALAN
031228-08-0118
KUMPULAN H10
KOD DAN NAMA KURSUS
PAKW1022
NAMA PENSYARAH ASAS KEUSAHAWANAN
PUAN NORLIYAH BINTI SULAIMAN

TARIKH HANTAR 1 MEI 2022

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN
4
1.0 PENGENALAN 5-7
2.0 PERSEKITARAN LUARAN DAN DALAMAN 8-10
3.0 ENTITI PERNIAGAAN 11-12
4.0 FASA MEMULAKAN PERNIAGAAN 13
5.0 PENGAMBILALIHAN PERNIAGAAN SEDIA ADA 14-15
6.0 SUMBER MODAL KEUSAHAWANAN 16

RUJUKAN

2

PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Syukur kehadrat ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus yang telah
diberikan pada masa yang ditetapkan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Puan Norliyah binti Sulaiman selaku pensyarah bagi kursus Asas
Keusahawanan kerana telah memberi tunjuk ajar dan rakan-rakan dalam menyiapkan
tugasan kerja kursus. Seterusnya saya juga ingin memberikan penghargaan kepada kedua
ibu bapa saya yang banyak mendorong dan memberikan saya semangat untuk menyiapkan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang berkongsi ilmu pengetahuan tentang
tugasan yang sedang dijalankan. Sebagai penutup bicara, saya ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak
langsung bagi menyiapkan tugasan bagi kursus Asas Keusahawanan ini.
Sekian,terima kasih.

3

1.0 PENGENALAN
Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci

berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal,
rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi
penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga
penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.

4

2.0 PERSEKITARAN LUARAN DAN DALAMAN

Persekitaran luaran merupakan semua unsur di luar organisasi yang relevan kepada
organisasi perniagaan. Tambahan pula, organisasi perniagaan mendapatkan input daripada
bahan mentah, wang, buruh serta teknologi daripada persekitaran kemudian menukar input-input
itu kepada produk (output). Justeru, menjual output merupakan persekitaran luaran. Persekitaran
luaran terbahagi kepada dua seperti persekitaran luaran umum (persekitaran makro) dan
persekitaran luaran khas (persekitaran mikro). Persekitaran luaran umum mempengaruhi aktiviti
perniagaan secara tidak langsung manakala persekitaran luaran khusus (persekitaran mikro)
mempunyai unsur-unsur di luar organisasi perniagaan yang mempengaruhi aktiviti perniagaan
secara langsung.

Faktor yang mempengaruhi persekitaran luaran umum adalah sosial budaya, ekonomi,
politik dan undang-undang serta teknologi. Bagi sosial budaya terdapat tiga elemen seperti faktor
demografi, gaya hidup yang berubah dari masa ke masa serta nilai-nilai sosial yang berubah.
Faktor demografi merujuk kepada umur, bangsa, jantina, pendidikan serta pendapatan. Gaya
hidup yang berubah dari masa ke masa merujuk kepada keluarga yang suka untuk keluar makan
pada waktu malam serta kehadiran makanan segera. Nilai-nilai sosial yang berubah pula merujuk
kepada penjagaan kesihatan, kecantikan, hak-hak pengguna, hak-hak wanita serta alam sekitar.

Faktor ekonomi melibatkan jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan,
dijual serta digunakan dalam ekonomi. Justeru, faktor ekonomi juga melibatkan peringkat
antarabangsa nasional dan tempatan. Selain itu, melibatkan transaksi pasaran dan awam serta
kerajaan dan transaksi organisasi bukan untung. Faktor ekonomi juga berkaitan dengan ekonomi
mikro yang perlu difahami oleh usahawan dengan meninjau, memantau, meramal serta menilai
situasi ekonomi semasa memulakan perniagaan atau sedang berniaga. Lain-lain faktor bagi
faktor ekonomi yang mempengaruhi aktiviti perniagaan ialah keluaran dan pendapatan negara
sama ada tabungan atau individu mahupun perniagaan.

Faktor politik dan undang-undang berkait rapat dengan dasar dan peraturan kerajaan.
Kestabilan politik memberi peluang kepada pertumbuhan perniagaan manakala kestabilan politik
menunjukkan perniagaan yang sukar berkembang. Dasar-dasar kerajaan di peringkat
antarabangsa, nasional serta tempatan yang merancakkan pertumbuhan perniagaan. Sokongan,
kemudahan dan perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan daripada sumber kewangan,
infrastruktur, penasihatan, promosi, peraturan serta percukaian.

5

Teknologi pula berkait rapat dengan kemajuan sains, perkembangan produk baru,
pemprosesan dan bahan-bahan. Tingkat teknologi akan menentukan sejauh mana keupayaan
barang dan perkhidmatan yang akan dihasilkan, peralatan yang digunakan serta bagaimana
operasi perniagaan dijalankan. Persaingan antara syarikat perniagaan menyebabkan usahawan
menggunakan teknologi yang lebih canggih bagi mengeluarkan barang yang bermutu, pantas
serta banyak. Perkembangan teknologi komputer dapat menyimpan, memproses dan
memindahkan jumlah maklumat berhubung dengan individu, pelanggan, syarikat dan bank.

Persekitaran luaran umum boleh mempengaruhi melalui pelbagai cara yang melibatkan
iklim perniagaan yang berubah-ubah. Oleh itu, usahawan perlu menyesuaikan pengurusan
perniagaan serta mempertimbangkan segala unsur dalam setiap keputusan perniagaan bagi
memantapkan kualiti perniagaan atau sebagai peluang bagi memperkembangkan perniagaan.
Namun, usahawan perlu memikirkan strategi-strategi tertentu. Persekitaran luaran khusus perlu
terdiri daripada pelanggan, pembekal, agensi kerajaan, institusi kewangan, pesaing, pertubuhan
serta bukan kerajaan.

Pelanggan merupakan kumpulan sasaran utama dalam perniagaan yang akan membeli
barangan usahawan. Oleh yang demikian, keuntungan syarikat boleh terjejas jika pelanggan tidak
puas hati terhadap produk atau layanan yang diberi. Pembekal diperlukan untuk mendapatkan
input seperti bahan mentah, peralatan dan mesin kerja. Pembekal boleh didapati apabila
usahawan berinteraksi dengan persekitaran luaran melalui proses pertukaran. Usahawan akan
cuba mendapatkan harga yang rendah dan kualiti bahan yang baik melaui kelebihan persaingan
antara pembekal. Usahawan juga perlu mendapatkan kepercayaan daripada pembekal agar
proses pengeluaran tidak terjejas dari segi kualiti barang atau ketika masa barang dipasarkan.

Kerajaan juga memberi pengaruh yang besar dengan memberi lesen, menggubal dasar,
menyediakan prasarana dan perkhidmatan sokongan. Oleh yang demikian, kerajaan perlu
memastikan perniagaan yang dijalankan mengikut prosedur dengan membuat kutipan cukai
perlesenan. Hal ini kerana, sebarang perubahan dasar prosedur kerajaan akan mempengaruhi
aktiviti usahawan. Pesaing perlu memahami strategi perniagaan yang berkesan. Usahawan
perku mencari peluang untuk menambah pelanggan serta meluaskan pasaran. Hal ini dapat
memberi kelebihan persaingan terhadap produk yang dikeluarkan. Oleh yang demikian,
usahawan perlu mewujudkan strategi produk berkualiti, harga yang berpatutan, promosi yang
menyeluruh serta perkhidmatan yang cekap.

6

Pertubuhan bukan kerajaan seperti persatuan pengguna, pertubuhan politik, persatuan-
persatuan keagamaan, persatuan-persatuan perniagaan dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan
yang tidak berdaftar bawah kerajaan. Mereka juga boleh memberi pengaruh besar kepada
perniagaan terutama ketika menjalankan kempen terhadap barang usahawan. Justeru, ini juga
boleh mempengaruhi kerajaan menangani isu-isu tertentu.

7

3.0 ENTITI PERNIAGAAN

Entiti perniagaan bermaksud jenis milikan perniagaan menurut undang-undang sesebuah
perniagaan. Terdapat empat elemen dalam entiti perniagaan seperti pemilikan tunggal,
perkongsian, syarikat dan koperasi. Definisi bagi milikan tunggal adalah sesuatu entiti perniagaan
milik seseorang individu yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap segala hutang. Ciri-
ciri pemilikan tunggal adalah pemilikan yang dimiliki oleh seorang pemilik peniagaan sahaja.
Modal yang disumbangkan oleh pemilik sendiri daripada hasil tabungan / pinjaman daripada ahli
keluarga, rakan-rakan atau pinjaman daripada institusi kewangan yang berdaftar atau bank.
Pengurusan yang diuruskan serta dikawal oleh pemiliknya sendiri dengan bantuan ahli keluarga
/ pekerja yang dibayar gaji. Semua keputusan perniagaan berdasarkan budi bicara dan
pertimbangan diri sendiri. Lialibiliti berlaku sekiranya pembubaran perniagaan, pemilik perlu
melangsaikan kesemua hutang yang ditanggung olehnya termasuk hutang yang melibatkan harta
peribadinya. Agihan untung merupakan keuntungan yang diperoleh menjadi miliknya tanpa perlu
dikongsi dengan mana-mana pihak serta segala kerugian akan ditanggung sendiri oleh
pemiliknya. Cukai yang dikenakan melalui cukai pendapatan individu sahaja yang dikenakan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas pendapatan yang diperoleh pemilik. Akta
pendaftaran yang bernama Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) serta berdaftar
dengan pendaftaftaran perniagaan di Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Terdapat lima langkah penubuhan pemilikan tunggal seperti mendaftar dengan
pendaftaran perniagaan di Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM), memohon carian nama
menggunakan Borang PNA 42, memohon mendaftar nama perniagaan yang dijalankan
menggunakan Borang A, membayar yuran pendaftaran perniagaan serta memperoleh sijil
perakuan pendaftaran (Borang D).

Perkongsian merupakan perniagaan yang dibentuk melalui kerjasama dua atau lebih
individu bagi mendapatkan keuntungan. Ciri-ciri bagi perkongsian adalah dimiliki oleh dua hingga
20 orang rakan kongsi bagi perkongsian biasa dan dua hingga 30 orang bagi perkongsian
profesional. Modal yang disumbangkan oleh rakan-rakan kongsi mengikut jumlah yang
dipersetujui. Pengurusan perlu diuruskan oleh semua rakan kongsi yang ada. Rakan kongsi aktif
ialah rakan kongsi yang terlibat secara langsung dalam pemgurusann. Rakan kongsi pasif ialah
rakan kongsi yamg tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan. Perundangan yang dikawal
oleh Akta Perkongsian 1961 serta pekongsi boleh menyediakan perjanjian perkongsian mereka
sendiri.

8

Perjanjian perkongsian haruslah mengandungi senarai nama raka kongsi, nisbah / cara
pembahagian untung, modal sumbangan setiap rakan kongsi, tempoh / jangka hayat
perkongsian, gaji yang dibayar oleh rakan kongsi, nama firma, alamat perniagaan, kuasa rakan
kongsi serta syarat membubarkan perkongsian. Lialibiliti adalah tidak terhad. Agihan untung / rugi
dibahagikan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui. Cukai yang dikenakan hanyalah cukai
pendapatan perseorangan. Pembubaran melalui persetujuan semua rakan kongsi, melalui
penguatkuasaan undang-undang, tempoh penubuhan perkongsia dalam perjanjian tamat serta
salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, tidak siuman, hilang upaya atau muflis.

Langkah penubuhan perkongsian adalah dengan mendaftar dengan pemdaftaran
perniagaan di Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM), memohon carian nama menggunakan Borang
PNA 42, memohon mendaftar nama perniagaan yang dijalankan menggunakan Borang A dengan
memasukkan butiran perkongsian, membayar yuran pendaftaran perniagaan serta memperoleh
sijil perakuan pendaftaran (Borang D).

Syarikat merupakan entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu yang menyumbangkan
modal dalam bentuk saham dan bersetuju berkongsi untung rugi. Pemilik saham juga merupakan
pemilik syarikat walaupun wujud sebagai satu entiti berasingan daripada pemiliknya. Oleh yang
demikian, pemilik dan syarikat adalah terpisah. Kewujudan syarikat adalah kekal dan tidak akan
dibubarkan jika pemilik sahamnya meninggal dunia atau menarik diri.

Langkah penubuhan syarikat berhad adalah mendaftar dengan pendaftaran perniagaan
di Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM), membuat bayaran yuran pendaftaran syarikat
berdasarkan jumlah modal dibenarkan, memohon untuk melakukan carian nama dengan
menggunakan Borang 13A, memohon pendaftaran syarikat dengan menyertakan dokumen,
menyerahkan semua dokumen yang terlibat serta mendapatkan sijil perakuan perbadanan
syarikat (Borang 9).

Koperasi merupakan satu organisasi perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela oleh
sekumpulan individu untuk menjaga kepentingan ahlinya berdasarkan prinsip kerjasama / tolong
menolong dan bukan bermotifkan keuntungan. Bilangan minimum bagi keahlian 50 orang yang
membeli saham koperasi dan tiada had maksimum. Modal diperoleh melalui penjualan saham
kepada ahli dan pungutan yuran daripada ahli koperasi.

9

Pengurusan perlu diuruskan dan ditadbir oleh anggota lembaga koperasi yang dilantik
oleh ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agung tahunan. Perundangan juga dikawal oleh Akta
Koperasi 1993 pindaan 2007. Liabiliti adalah terhad. Agihan untung rugi meupakan keuntungan
yang diagihkan dalam bentuk dividen dan bonus. Tiada cukai yang dikenakan. Langkah
penubuhan koperasi adalah mendaftarkan koperasi dengan pendaftar suruhjaya koperasi
Malaysia (SKM), membentuk jawatankuasa penaja yang terdiri daripada 10 orang, mengadakan
mesyuarat agung sebagai pemulaan koperasi, menyerahkan dokumen koperasi seperti borang
permohonan pendaftaran koperasi, minit mesyuarat agung permulaan serta undang-undang kecil
dan memperoleh sijil perakuan pendaftaran koperasi.

10

4.0 FASA MEMULAKAN PERNIAGAAN

Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975 (ICA) telah diperkenalkan dengan tujuan untuk
mengekalkan pembangunan dan pertumbuhan secara teratur dalam sektor perkilangan negara.
Di bawah Akta ini, syarikat perkilangan yang mempunyai dana pemegang saham sebanyak
RM2.5 juta dan ke atas atau yang menggaji seramai 75 atau lebih orang pekerja sepenuh masa
dikehendaki memohon lesen pengilangan untuk kelulusan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI). Permohonan bagi lesen pengilangan hendaklah diserahkan
kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sebuah agensi di bawah MITI yang
bertanggungjawab terhadap penggalakan dan penyelarasan pembangunan perindustrian di
Malaysia.

ICA mentakrifkan aktiviti pengilangan” sebagai membuat, mengubah, mengadun,
menghiasi, memperkemas atau dengan cara lain merawat atau menyesuaikan apa sahaja barang
atau benda bertujuan untuk penggunaan, penjualan, pengangkutan, penyerahan atau
pelupusannya dan termasuk pemasangan bahagianbahagian dan pembaikan kapal tetapi tidak
termasuk mana-mana aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jualan runcit atau
jualan borong. Dana pemegang saham sebagai jumlah agregat modal berbayar, rizab, baki akaun
premium saham dan baki akaun pengasingan untung rugi sebuah syarikat yang mana Modal
berbayar mestilah dalam bentuk saham keutamaan dan saham biasa dan tidak termasuk
sebarang jumlah dalam bentuk saham bonus yang diterbitkan daripada rizab modal yang
diwujudkan melalui penilaian semula aset tetap. Rizab mestilah rizab selain daripada rizab modal
yang diwujudkan melalui penilaian semula aset tetap dan peruntukan susut nilai, pembaharuan
atau penggantian dan penurunan nilai aset.

Pendaftaran entiti perniagaan di Malaysia perlu dijalankan oleh seorang individu selaku
pemilikan tunggal, atau oleh dua orang atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang dalam
perkongsian oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), oleh sebuah syarikat tempatan yang
diperbadankan atau oleh syarikat asing yang berdaftar di bawah peruntukan Akta Syarikat
(Companies Act) 2016. Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilikan tunggal dan
perkongsian di Malaysia mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi
perkongsian, rakan kongsi bertanggungjawab terhadap hutang dan obligasi perkongsian itu
secara bersama dan berasingan sekiranya aset perkongsian tidak mencukupi. Surat ikatan
perkongsian rasmi boleh disediakan untuk menetapkan hak dan tanggungjawab setiap rakan
kongsi tetapi perkara ini tidak wajibkan.

11

Struktur syarikat yang lazim di Malaysia ialah syarikat berhad menurut saham. Syarikat
tersebut boleh diperbadankan sama ada sebagai sebuah syarikat persendirian (dikenal pasti
melalui perkataan “Sendirian Berhad” atau “Sdn. Bhd.” sebagai sebahagian nama syarikat) atau
sebuah Syarikat Awam dikenal pasti melalui perkataan “Berhad” atau “Bhd.” sebagai sebahagian
nama syarikat). Sebuah syarikat yang mempunyai modal saham boleh diperbadankan sebagai,
mengubah statusnya kepada, atau tetap wujud sebagai, sebuah syarikat persendirian jika
membatasi hak untuk memindah milik sahamnya mengehadkan bilangan ahlinya kepada 50,
tidak termasuk pekerja syarikat berkenaan atau anak syarikatnya dan sesetengah bekas pekerja
syarikat itu atau anak syarikatnya, melarang sebarang pelawaan kepada pihak awam untuk
memohon beli saham dan debenturnya melarang sebarang pelawaan kepada pihak awam untuk
mendepositkan wang dengan syarikat itu untuk tempoh tetap kena bayar apabila diminta, sama
ada dengan faedah atau tanpa faedah. Sebuah syarikat awam boleh ditubuhkan atau, sebagai
alternatif, sebuah syarikat persendirian boleh ditukar kepada sebuah syarikat awam, tertakluk
pada Seksyen 41 CA 2016.

Pemohon mestilah terlebih dahulu menjalankan carian nama untuk menentukan sama
ada nama yang dicadangkan untuk syarikat berkenaan adalah tersedia. Nama yang bakal
digunakan untuk mendaftarkan syarikat asing itu hendaklah sama dengan nama yang didaftarkan
di negara asalnya. Permohonan untuk perizaban nama hendaklah diserahkan kepada SSM
melalui Portal MyCOID 2016 dengan bayaran sebanyak RM50 bagi setiap nama yang dimohon.
Apabila nama syarikat yang dicadangkan itu diluluskan oleh SSM, ia adalah sah selama tempoh
tiga puluh (30) hari dari tarikh kelulusan. Setelah diluluskan, pemohon mestilah menyerahkan
dokumen pendaftaran berikut kepada SSM dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
kelulusan. Permohonan untuk Pendaftaran Syarikat Asing di bawah s. 562(1) CA 2016 dan satu
salinan diperakui sijil pemerbadanan atau pendaftaran syarikat asing yang berkenaan.

12

5.0 PENGAMBILALIHAN PERNIAGAAN SEDIA ADA
Kaedah memimpin yang digunakan oleh pengganti untuk mengatasi masalah tersebut

ialah bersikap mengalah dalam mengurus perniagaan keluarga yang akhirnya kepimpinan
pengganti diterima oleh ahli keluarga. Pengganti juga perlu mengetahui kaedah yang
bersesuaian dalam menyelesaikan masalah memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga
serta cara menjalankan pengurusan secara professional untuk membolehkan perniagaan
keluarga berfungsi secara berkesan. Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) sebahagian
kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan. Mudah memperolehi pinjaman (Easier
financing) mudah untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod
pencapaian. Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) inventori dan senarai pemiutang yang
sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari pertama perniagaan diambil alih. Pasaran
untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada. Pengguna sedia ada (existing customers)
mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi
modal dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna. Pelan perniagaan dan kaedah
pemasaran telah sedia ada. Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.Banyak
masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan. Anda boleh menjual semula
perniagaan tersebut. Persaingan yang kurang (Less competition) membeli perniagaan boleh
menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka perniagaan dari mula.

13

6.0 SUMBER MODAL KEUSAHAWANAN

Modal merupakan dana dan segala peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran
atau dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti wang tunai, inventori, premis kilang, peralatan
dan mesin. Bentuk modal terbahagi kepada dua seperti modal kewangan dan modal bukan
kewangan. Modal kewangan merupakan kekayaan dalam bentuk wang yang digunakan untuk
menghasilkan lebih banyak kekayaan kewangan dalam perniagaan. Tambahan pula, modal
keusahawanan juga merujuk kepada modal pelaburan berisiko yang digunakan untuk
memulakan sesebuah perniagaan baharu. Terdapat tiga modal iaitu modal teroka, modal ekuiti
dan modal hutang.

Modal teroka merupakan dana yang disediakan oleh syarikat, badan profesional atau
individu kaya bertujuan untuk melabur bersama-sama pemilik dalam projek atau perniagaan
baharu dan yang sedang berkembang pesat dan berpotensi menghasilkan pulangan tinggi. Modal
ekuiti merujuk kepada sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk dilaburkan dalam
perniagaan. Pelabur akan menanggung segala risiko jika usaha teroka yang diusahakan gagal
tetapi jika perniagaan mereka berjaya maka keuntungan akan pelabur nikmati. Modal hutang
merupakan modal kewangan yang diperoleh melalui pinjaman daripada pihak luar organisasi.
Modal hutang perlu dibayar balik beserta faedah atas pinjaman yang telah dipersetujui oleh
kedua-dua pihak.

Modal bukan kewangan merupakan modal selain daripada modal kewangan yang
digunakan untuk membiayai operasi perniagaan. Modal ini juga boleh terdiri daripada aset atau
modal insan. Model dalam bentuk aset terdiri aset tetap dan aset semasa. Aset tetap terdiri
bangunan, kenderaan, mesin manakala aset semasa terdiri daripada inventori atau bahan
mentah yang terdapat dalam perniagaan. Justeru, modal bukan kewangan dari segi modal insan
meliputi latihan dan pendidikan, pengalaman, kemahiran, idea serta pengetahuan.

Antara sumber modal formal adalah pinjaman bank. Pinjaman jangka pendek mempunyai
tempoh bayaran balik kurang daripada satu tahun serta pinjaman ini digunakan untuk membiayai
modal kerja manakala pinjaman jangka panjang mempunyai tempoh bayaran balik melebihi satu
tahun serta pinjaman ini digunakan untuk membeli aset tetap perniagaan. Pinjaman bercagaran
bermaksud pinjaman dengan mencagar aset yang dimiliki kepada bank. Pinjaman bertempoh
merupakan wang bagi suatu tempoh antara lima hingga 10 tahun biasanya digunakan untuk
membiayai peralatan yang mempunyai jangka hayat yang bernilai dari segi ekonominya.

14

Pinjaman berjangka juga dikenali sebagai pinjaman tetap yang merupakan pinjaman jangka masa
panjang yang diberikan bagi tempoh tetap dengan kematangan melebihi satu tahun.

Bank akan mempertimbangkan sebelum meluluskan sesuatu pinjaman melalui karakter,
kapasiti, modal, keadaan, sandaran, overdraf bank, pinjaman daripada kerajaan, kredit pusingan,
kredit perdagangan daripada pembekal serta pelabur. Karakter merujuk kepada sifat peribadi
peminjam yang dapat meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman. Kapasiti merujuk
kepada keupayaan peminjam untuk membayar balik pinjaman serta faedah yang dikenakan.
Modal merujuk kepada jumlah modal yang dilaburkan dalam perniagaan atau usaha teroka oleh
peminjam. Keadaan pula merujuk kepada suasana persekitaran. Sandaran merujuk kepada
jumlah sandaran atau cagaran bergantung kepada jumlah pinjaman yang dipohon. Overdraf
merupakan satu kemudahan jangka pendek yang disediakan oleh bank perdagangan dimana
seseorang pelanggan bank yang mempunyai bank semasa dibenarkan mengeluarkan wang
melebihi baki yang ada dalam akaun banknya setakat had yang telah ditetapkan.

Kerajaan mempunyai pelbagai kaedah untuk mendapatkan modal yang dilaksanakan
menerusi agensi tertentu untuk membantu usahawan-usahawan kecil. Antara agensi kerajaan
yang menawarkan bantuan modal untuk usahawan adalah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
Niaga (TEKUN Nasional), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Bank Perusahaan Kecil &
Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank), Agrobank, Malaysian Venture Capital Management
Berhad (MAVCAP) serta Malaysian Debt Ventures Berhad (MDV). Kredit pusingan berbentuk
jangka pendek yang digunakan untuk membiayai keperluan modal pusingan serta diberikan untuk
satu tempoh tertentu yang boleh dipusing semula apabila tempoh itu matang. Kredit perdagangan
daripada pembekal merupakan bayaran tertangguh atas pembelian barang untuk proses
pengeluaran atau jualan yang diberikan oleh pembekal kepada usahawan. Pelabur merupakan
individu atau organisasi lain yang melaburkan wangnya ke dalam perniagaan usahawan.

15

RUJUKAN
Azma Tun Semaun. (n.d). 1.3 entiti perniagaan [ Flipbook]. https://anyflip.com/hhxjp/hmbz/basic/
Memulakan perniagaan. (n.d).

https://www.mida.gov.my/wp-content/uploads/2021/04/Bab-1-Memulakan-
Perniagaan.pdf
Wan BK Leo. (2012, Jan 6). Bab 2 persekitaran [Powerpoint slides]. Slideshare.
https://www.slideshare.net/wanbk/bab-2-persekitaran

16


Click to View FlipBook Version