J0J O
Pada suatu hari, terdapat seekor arnab yang bernama Jojo di dalam hutan yang
sedang duduk di atas dahan pokok.
Dia sedang asyik memerhatikan suasana yang riuh-rendah serta bunyi burung-
burung yang sedang berkicauan di kaki langit pada siang hari.
Pernah juga Jojo berfikir untuk berhijrah namun kedua ibu bapanya tidak
mengizinkan kerana risau akan keselamatannya di luar.
Sudah beberapa kali Jojo jelaskan mengapa dia memilih untuk berhijrah namun
kedua ibu bapanya langsung tidak mengendahkannya justeru mereka tetap
berkeras dengan keputusan asal dengan tidak membenarkan anaknya, Jojo untuk
pergi berhijrah.
Sebab utama Jojo ingin berhijrah ialah dia ingin melihat kehidupan di luar seperti
abangnya, Jonny yang telah berhijrah ke kota metropolitan Indera Sakti.
“Bagaimanakah kehidupan di luar hutan ?” Jojo berbisik di dalam lubuk hatinya. Pada
awal Jonny berhijrah ke Indera Sakti dia kerap mengutus surat kepada kedua ibu bapa
serta adiknya, Jojo.
Namun, setelah beberapa bulan Jonny sudah tidak mengutus surat kepada mereka.
Kedua ibu bapanya mengganggap Jonny seperti kacang lupakan kulit.
Oleh yang demikian, kedua ibu bapa Jojo tidak mengizinkannya pergi berhijrah kerana
mereka beranggapan dia juga akan melakukan hal yang sama.
Mereka tidak mahu buah pisang berbuah dua kali. Jojo mempunyai seorang teman baik
yang bernama Nana dan dia merupakan seekor kancil yang bijak.
Jojo pernah meluahkan hasratnya kepada Nana tentang keinginannya untuk berhijrah
seperti abangnya.
Nana faham akan perkara itu namun tiada apa yang boleh dia lakukan kerana kedua ibu
bapa Jojo sendiri tidak membenarkannya untuk berhijrah.
Nana merupakan seekor kancil yang bijak dan dia telah menerapkan amalan membaca
dalam diri Jojo sejak awal persahabatannya dengan Jojo lagi. Dia percaya bahawa membaca
dapat menambah ilmu pengetahuan sekaligus merubah cara kita menjadi lebih matang.
Jojo juga menyimpan hasrat untuk membuka sebuah perpustakaan kerana ingin
menjadikan membaca amalan penting dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, dia ingin membuka sebuah perpustakaan agar ilmu dapat diperoleh bagi setiap
haiwan.
Keesokan harinya, Nana mengajak Jojo untuk ke rumahnya kerana ingin menunjukkan sesuatu.
Alangkah terkejutnya Jojo apabila melihat pelbagai jenis koleksi buku yang tersusun rapi di atas rak
buku Nana.
Rupa-rupanya abang Nana merupakan seorang penulis buku. Tidak hairanlah Nana mempunyai
banyak koleksi buku di rumahnya.
Justeru, Nana telah meminta abangnya untuk menulis lebih banyak buku. Hal ini merupakan
langkah pertama untuk membuka perpustakaan dan abangnya bersetuju dengan cadangan itu.
Lama-kelamaan buku yang ditulis semakin banyak. Jojo tidak tahu akan rancangan Nana bersama
abangnya . Apabila Nana bertanya kepada Jojo “Jojo, kita buka perpustakaan bulan depan nak ?”.
Jojo terdiam lalu berkata “tapi, kita tidak mempunyai bilangan buku yang banyak Nana”. Nana pun
berkata “siapa kata buku kita sikit ?”. Nana menunjukkan bilangan buku dan Jojo tersenyum riang.
Maka, tibalah hari yang dinanti-nantikan iaitu hari pelancaran perpustakaan Jojo
dan Nana. Ibu bapa Jojo amat bangga dengan kejayaan Jojie walaupun dia tidak
dapat berhijrah namun dengan adanya perpustakaan ini sudah lebih dari cukup.
Rupa-rupanya, Jonny turut hadir pada hari pelancaran perpustakaannya. Dia
berlari lalu memeluk abangnya dengan penuh erat.
Sebenarnya, Jonny sudah berjaya dengan menjadi penulis buku dan dia ada
berkolaborasi bersama abang Nana semasa menulis buku.
Jojo berasa sangat seronok kerana abangnya yang sekian lama tidak pulang ke
pangkuan keluarga kini sudah pulang dengan kejayaan.