INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)
ASAS KEUSAHAWANAN
PAKW1022
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA PELAJAR NUR NADIRAH BINTI ZAINAL RIDZUAN
ANGKA GILIRAN 2021192310249
NOMBOR KAD PENGENALAN
031228-08-0118
KUMPULAN H10
KOD DAN NAMA KURSUS
PAKW1022
NAMA PENSYARAH ASAS KEUSAHAWANAN
PUAN NORLIYAH BINTI SULAIMAN
TARIKH HANTAR 1 MEI 2022
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF 3
3.0 PASARAN SASARAN 4
4.0 TREND DAN SAIZ PASARAN 4
5.0 PERTUMBUHAN PASARAN 4
6.0 PERSAINGAN 5
7.0 SYER PASARAN 5
8.0 RAMALAN JUALAN 6
9.0 STRATEGI PEMASARAN 6
10.0 BELANJAWAN PEMASARAN 7
11.0 TINDAKAN KAWALAN 7
2
1.0 PENGENALAN
Rancangan pemasaran sememangnya diperlukan untuk setiap urusan perniagaan bagi
memastikan produk atau perkhidmatan dipasarkan dengan lebih berkesan dan efektif. Oleh
yang demikian, bagi menghasilkan satu rancangan pemasaran yang terbaik sememangnya
memerlukan masa yang lama. Oleh itu, apabila rancangan pemasaran sudah dihasilkan
maka masa dapat dijimatkan terutama ketika melaksanakannya.
Hal ini dapat memberi gambaran keadaan sebenar tentang halatuju perniagaan selain
membimbing sesebuah syarikat kearah mencapai objektif yang ingin dicapai. Selain itu, dapat
memperincikan langkah-langkah yang sepatutnya di ambil semasa melaksanakannya.
Kesannya, tidak akan berlaku pertentangan kaedah yang digunakan Ketika memasarkan
sesebuah produk keluaran.
Antara fungsi rancangan pemasaran ialah bertindak sebagai peta jalan, membantu dalam
menguruskan strategi kawalan dan pelaksanaan, membantu dalam memperoleh sumber bagi
pelaksanaan rancangan pemasaran, panduan dalam bertanggungjawab mengorganisasikan
serta menyedarkan agar lebih bersedia ketika menghadapi kelemahan semasa pelaksanaan
pada masa hadapan.
2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Nuna’s Bag telah menjalankan perniagaan beg bagi meletakkan barang peribadi bagi
pelajar perempuan di IPG Kampus Bahasa Melayu. Perniagaan ini diusahakan oleh saya
sendiri Nur Nadirah binti Zainal Ridzuan. Perniagaan yang dijalankan amatlah strategik serta
bersesuaian dengan citarasa pelajar perempuan IPG Kampus Bahasa Melayu.Tujuan utama
perniagaan adalah bagi memenuhi kehendak pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu bagi
memenuhi citarasa pelajar perempuan yang sering mengalami masalah Ketika ingin pulang
ke kampung. Pada awalnya, kami hanya mengeluarkan modal sendiri bagi menjayakannya
namun pada akhirnya kami berjaya mendapat keuntungan dan mempertingkat lagi
perniagaan dengan menggunakan keuntungan yang ada serta meningkatkan kualiti produk
kami.
3
3.0 PASARAN SASARAN
Produk ini disasarkan kepada para wanita. Hal ini kerana, apabila mereka ingin pergi
bercuti tetapi dalam masa yang singkat maka jumlah pakaian atau keperluan tidak banyak.
Namun, dalam pasaran kini hanya memasarkan beg yang bersaiz besar serta mengambil
ruang yang banyak. Oleh itu, beg ini disasarkan kepada para wanita yang bekerja, pelajar
serta kanak-kanak perempuan kerana saiznya yang kompak serta tidak mengambil ruang
yang banyak. Biarpun beg itu kecil tetapi sesuai bagi para wanita yang ingin membawanya
ketika percutian yang singkat.
4.0 TREND DAN SAIZ PASARAN
Trend pasaran di Malaysia semakin berkembang terutama dalam pemasaran beg yang
sering wanita bawa ketika percutian yang singkat. Sebelum ini, para wanita sering membawa
beg pakaian yang banyak kerana pemasaran beg yang kecil tetapi kompak sangat kurang
dalam pasaran. Hal ini kerana, hanya beg yang bersaiz besar yang sering dipasarkan. Saiz
pasaran yang dianggarkan adalah sebanyak 3000 orang yang menjadi sasaran pelanggan
bagi Nuna’s beg.
5.0 PERTUMBUHAN PASARAN
Terdapat empat pertumbuhan pasaran iaitu penembusan pasaran, pembangunan pasaran,
pembangunan keluaran serta kepelbagaian.
4
6.0 PERSAINGAN
Rancangan pemasaran yang dirancang ini pastinya tidak seperti realiti. Misalnya akan ada
persaingan dari segi harga, rupa serta bentuk produk yang dihasilkan. Oleh itu, pihak kami akan
menawarkan produk atau barang yang berkualiti agar dapat menjaga mutu produk serta nama
perniagaan.
7.0 SYER PASARAN
Perniagaan Nuna’s Beg merupakan perniagaan yang menjalankan perniagaan beg yang
memudahkan wanita membawanya ketika pergi percutian yang singkat. Selain daripada
perniagaan ini terdapat tiga pesaing utama yang menjalankan perniagaan yang sama. Pecahan
syer pasaran mengikut pesaing adalah seperti :
Pesaing Nadia : 40 %
Pesaing Mei Yee : 30 %
Pesaing Lulu : 15 %
Pengusaha baru ingin memulakan perniagaan. Oleh itu, perniagaan ini belum mempunyai
syer pasaran. Oleh yang demikian, pengusaha mengganggarkan berapa syer pasaran dengan
mengambil kira kekuatan dan kelemahan perniagaan berbanding dengan pesaing. Setelah
mengambil kira kesemua faktor pengusaha telah mengganggar syer pasaran sebanyak 10%.
Pecahan syer pasaran yang baru adalah seperti berikut :
Pesaing Nadia : 39 %
Pesaing Mei Yee : 27 %
Pesaing Lulu : 12 %
5
8.0 RAMALAN JUALAN Ramalan Jualan (‘000)
RM 10
Bulan RM 20
1 RM 40
2 RM 30
3 RM 30
4 RM 40
5 RM 30
6 RM 25
7 RM 30
8 RM 30
9 RM 35
10 RM 40
11 RM 360
12
Jumlah
9.0 STRATEGI PEMASARAN
Produk merupakan elemen utama dalam campuran pemasaran. Oleh itu, produk adalah
apa sahaja yang ditawar oleh pengusaha kepada sasaran pasaran ataupun pengguna. Pengguna
selalunya bukan hanya mahukan produk yang dicari mempunyai beberapa manfaat serta
memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Mewujudkan nilai bermaksud pengusaha
memahami apa yang diperlukan dan dikehendaki oleh pengguna dan pengusaha menawarkan
nilai tersebut kepada pengguna. Oleh itu, tawaran produk perniagaan mestilah merangkumi
produk utama yang boleh menarik perhatian pengguna untuk membelinya.
6
10.0 BELANJAWAN PEMASARAN
AKTIVITI BELANJA ASET BELANJA BULANAN LAIN-LAIN BELANJA
TETAP
Papan tanda
Promosi RM 3000
Urus niaga harian RM 10000
Gaji
RM 5000
Komisen RM 5000
Pengangkutan RM 5000
Jumlah RM 3000 RM 15000 RM 10000
11.0 TINDAKAN KAWALAN
1) Pengembangan idea kreatif
2) Melakukan inovasi
3) Fokus pada sasaran
4) Menganalisis perniagaan / data
5) Meraih untung
6) Ciri keusahawanan
7