The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI JABATAN AGAMA ISLAM PERAK 2021-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bkpjaipk, 2021-04-28 22:03:56

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI JABATAN AGAMA ISLAM PERAK 2021-2025

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI JABATAN AGAMA ISLAM PERAK 2021-2025

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
2021–2025



Kerajaan mengutamakan usaha-usaha

“untuk membanteras amalan rasuah
”dan salah guna kuasa.

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN
Perdana Menteri Malaysia

Sumber :
Ucapan Sulung sebagai Perdana Menteri
di hadapan Yang di Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
di Istana Negara 1 Mac 2020

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025 1

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
telah berjaya menghasilkan dan menerbitkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-
Corruption Plan (OACP) Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) 2021-2025.

OACP JAIPk 2021-2025 ini merupakan dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan
menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga
JAIPk. Selaras dengan aspirasi nasional ini, setiap warga JAIPk perlu menghayati dan memelihara imej
perkhidmatan awam sebagai entiti awam yang menerapkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan
tadbir urus yang berintegriti. OACP JAIPk 2021-2025 ini menekankan mekanisme bagi mewujudkan
kawalan dalaman yang membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau dan diukur
untuk mengurangkan karenah birokrasi serta mencegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan.

Besar harapan saya agar OACP ini dapat dijadikan rujukan komprehensif dan inklusif kepada
semua warga kerja JAIPk dari semua peringkat supaya setiap individu dapat melaksanakan
pelan tindakan bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti.


DATO’ HAJI MOHD YUSOP BIN HAJI HUSIN
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak

2 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

Mencegah lebih baik 3

“ ”daripada merawat.

DATO’ HAJI MOHD YUSOP BIN HAJI HUSIN
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

RINGKASAN EKSEKUTIF

OACP JAIPk 2021-2025 1BAB Merupakan Pengenalan bagi menjelaskan secara ringkas maklumat korporat JAIPk sebagai sebuah organisasi
disediakan selaras dengan yang bertanggungjawab dalam pengurusan Agama Islam Negeri Perak.
Pelan Antirasuah Nasional
yang dilancarkan pada 29 Januari 2BAB Memfokuskan kepada Cabaran Menangani Rasuah yang dihadapi oleh JAIPk. Bengkel Pembangunan OACP
2019 oleh YAB Tun Dr. Mahathir telah dilaksanakan yang melibatkan semua bahagian dan daerah dengan bimbingan oleh SPRM dan Unit
Mohamad, Mantan Perdana Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi memberi panduan dan halatuju pembangunan
Menteri serta ArahanYAB Perdana pelan ini.
Menteri Siri 2 No. 1 Tahun 2019
berkaitan dengan Pemantapan 3BAB Merupakan Analisis Data seperti kes tatatertib, aduan SPRM dan hukuman tatatertib bagi tahun 2017
Governans, Integriti dan Rasuah hingga 2020.
dalam Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan Malaysia. 4BAB Menghuraikan Pelan Tindakan dan Inisiatif bagi empat bidang keutamaan iaitu Pentadbiran Sektor Awam,
OACP JAIPk 2021-2025 ini Perolehan Awam, Penguatkuasaan Undang-Undang dan Tadbir Urus. Daripada empat bidang keutamaan ini,
merupakan rujukan lengkap empat strategi telah dikenal pasti iaitu Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam,
untuk semua warga kerja Mempertingkatkan Keberkesanan Dan Ketelusan Dalam Perolehan Awam, Menginstitusikan Kredibiliti Agensi
supaya setiap individu dapat Penguatkuasaan Undang-Undang dan Memupuk Tadbir Urus Baik dalam Jabatan Agama Islam Perak.
memberikan komitmen dalam Strategi ini seterusnya menjurus kepada 6 objektif strategik yang merangkumi 38 inisiatif yang akan
melaksanakan inisiatif pelan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
tindakan bagi mencapai sasaran
sebagai sebuah organisasi bebas 5BAB Menjelaskan Mekanisme Pemantauan dan Penilaian OACP melalui inisiatif yang dibuat untuk mengenal pasti
rasuah dan berintegriti. OACP risiko dan jurang supaya dapat diselaraskan dengan sewajarnya untuk mencapai objektif yang dihasratkan.
JAIPk 2021-2025 ini dibahagikan
kepada 6 bab iaitu Pengenalan, 6BAB Mengambarkan komitmen JAIPk dalam menyokong Kerajaan untuk menangani isu rasuah, integriti dan
Cabaran Menangani Rasuah, tadbir urus melalui inisiatif yang digariskan di dalam OACP ini.
Analisis Data, Pelan Tindakan dan
Inisiatif, Mekanisme Pemantauan
dan Penilaian serta Kesimpulan.

4 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

Pengenalan BAB 1 07 KANDUNGAN



Latar Belakang 08
Fungsi dan Peranan JAIPk 09
Visi , Misi dan Objektif JAIPk 10

Cabaran Menangani Rasuah BAB 2 11



Bidang-Bidang Berisiko 12
Elemen AntiRasuah 13
Gejala Rasuah Dalam Organisasi 14
Kepentingan Perancangan Senario 15
Senario Masa Hadapan 16

Analisis Data BAB 3 17



Kes Tatatertib 18
Aduan SPRM 19
Hukuman Tatatertib 20

Pelan Tindakan dan Inisiatif BAB 4 21



Visi, Misi, Matlamat, Bidang Keutamaan dan Strategi 22
Bidang Pentadbiran Sektor Awam 23
Bidang Perolehan Awam 24
Bidang Penguatkuasaan Undang-Undang 26
Bidang Tadbir Urus 29

Mekanisme Pemantauan & Penilaian BAB 5 31

32
32
Jawatankuasa Antirasuah (JAR) SUK Perak 32
JAR JAIPk 32
Pelaksanaan OACP 33
Penilaian OACP 34
Mekanisme Penilaian
Jawatankuasa Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Kesimpulan BAB 6 35



Penghargaan 36

KELEBIHAN ORANG YANG BERSYUKUR

Dan daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya,
“Tidak harus bersifat hasad (iri hati) melainkan dalam dua perkara
iaitu: Seseorang yang dikurniakan oleh Allah Al Quran (dihafaz
dan difahaminya), maka ia membacanya sepanjang malam dan
siang dan seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia
membelanjakannya (ke jalan yang diredhai Allah)
sepanjang malam dan siang.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

BAB 1
Pengenalan

LATAR BELAKANG

Pada 10 Ogos 1947, satu perjumpaan‘alim ulama dari seluruh Negeri Perak telah diadakan di Bandar Di-raja Kuala
Kangsar. Perjumpaan tersebut telah menghasilkan satu resolusi mengenai kepentingan penubuhan sebuah
Majlis Agama Islam di Negeri Perak khususnya dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu amnya bagi
menguruskan hal ehwal Agama Islam yang menjadi Agama Persekutuan di negara ini. Semenjak itu organisasi
Pentadbiran Agama Islam mula diwujudkan dan dikenali sebagai Balai Syarak yang berpusat di Bandar
Kuala Kangsar.

Susulan daripada perjumpaan tersebut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak telah ditubuhkan pada 2 Ogos 1949.
Peranan jabatan ini pada masa itu adalah untuk memberi bimbingan dan pendidikan berkaitan Agama Islam kepada
masyarakat setempat. Ianya seterusnya diikuti dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pada
23 Oktober 1949 yang bertujuan untuk menasihati dan membantu DYMM Sultan Perak dalam hal-hal yang berkaitan
dengan Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri. Undang-Undang Majlis ini telah diluluskan pada 1 Mei 1952.

Mengikut Enakmen Undang-Undang di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2004, suatu
perbadanan bernama “Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak” ditubuhkan (sebelum ini ditubuhkan di
bawah Seksyen 5 Undang-Undang Pentadbiran Ugama 1865) dan menjadi suatu badan yang kekal turun temurun
sehingga ke hari ini.

8 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

FUNGSI DAN PERANAN

Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan Agama Islam Negeri Perak dan pelaksana kepada dasar yang diputuskan oleh
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, JAIPk melaksanakan enam (6) peranan utama seperti berikut :-
01 02 03 04 05 06

Pelaksanaan Program Pengurusan Nikah, Pengurusan serta Penyelidikan Penguatkuasaan Pengurusan
Dakwah dan Cerai dan Ruju’ Serta Pengimarahan Masjid serta Kajian Akidah Undang-Undang Pensijilan Halal
Pengurusan Pembangunan dan Surau dan Syariah Syariah Menguruskan pensijilan
Pendidikan Islam Keluarga Islam Memastikan segala Membuat kajian ber- Melaksanakan penguat- halal dan garis panduan
Memberi pendidikan Mengukuhkan peranan urusan pentadbiran kaitan isu-isu semasa kuasaan undang-undang permohonan serta
kepada masyarakat institusi kekeluargaan masjid dan surau di dalam bidang akidah dan syariah yang berkuat- sijil pentauliahan
supaya berpegang teguh Islam melalui bimbingan Negeri Perak berjalan syariah dan memaklum- kuasa di Negeri Perak. sembelihan di samping
kepada ajaran Agama sebelum perkahwinan dengan baik di samping kan hasil kajian kepada Penguatkuasaan ini memberi pendedahan
Islam melalui program- dan memastikan melaksanakan program- masyarakat sebagai bukanlah sekadar dan kesedaran kepada
program dakwah di sesebuah keluarga dibina program yang dapat usaha membendung berbentuk hukuman pengguna berkaitan
samping menyeru mengikut syariah. Di memupuk kecintaan penularan amalan tetapi juga memberi kefardhuan halal.
masyarakat ke arah per- samping itu, masyarakat masyarakat untuk pelbagai ajaran yang penerangan dan
paduan. Selain daripada boleh sentiasa merujuk mengimarahkan masjid bertentangan dengan pemahaman kepada
itu, JAIPk membuka ke jabatan untuk dan surau yang sekaligus syariah Islam. Selain itu, masyarakat berkaitan
ruang pendidikan formal mendapatkan khidmat dapat mengukuhkan JAIPk juga melakukan Agama Islam.
kepada masyarakat nasihat berkaitan perpaduan ummah. kajian ke atas produk dan
seawal peringkat pengurusan perkhidmatan bagi
pra-sekolah sehingga kekeluargaan. menghindarkan
ke peringkat ijazah. keraguan di kalangan
masyarakat Islam.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025 9

Peneraju Institusi Pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap danOBJEKTIF VISI MISI
unggul di Malaysia menjelang 2025.

Memantapkan perkhidmatan Hal Ehwal Islam
dengan penjagaan Maqasid Syariah melalui pendidikan, pembudayaan dan

pengawalan untuk melahirkan masyarakat khaira ummah.

< Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian.

< Memperkasa agenda dakwah Islam secara syumul ke arah pembentukan khaira
ummah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

< Memperkasakan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang Islam
bagi mendaulatkan perlaksanaan syariat Islam.

< Mengukuhkan pengurusan hal ehwal Islam melalui bidang
penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan
kualiti hidup ummah yang sejahtera.

< Memantapkan kerjasama strategik dengan agensi
luar bagi mempertingkatkan sistem
penyampaian Islam.

10 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

BAB 2
Cabaran Menangani Rasuah

BIDANG-BIDANG BERISIKO

PENTADBIRAN SEKTOR AWAM

Meliputi pengurusan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan pelanggan yang
cekap di bawah kawalan JAIPk. Penyampaian perkhidmatan dilihat sebagai
faktor penting yang mencerminkan imej JAIPk di mata masyarakat. JAIPk perlu
mengambil pendekatan yang lebih sistematik dan efisien demi meningkatkan
kebertanggungjawaban di samping membangunkan profesionalisme berterusan
di kalangan kakitangan JAIPk.

PEROLEHAN AWAM

Merujuk kepada pembelian barang dan perkhidmatan oleh JAIPk. Oleh kerana
melibatkan kewangan dan peruntukan yang besar, JAIPk perlu melaksanakan tugas
dengan cekap demi kepentingan awam. Perolehan merupakan bidang yang paling
terdedah kepada aktiviti rasuah.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Merujuk kepada penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang diberi kuasa dan
menyalahguna kuasa budi bicara serta kebocoran maklumat. Bidang ini juga dilihat
lebih terdedah dengan ruang dan peluang kepada salah laku dan gejala rasuah.

TADBIR URUS

Merujuk kepada sistem peraturan, amalan dan proses kerja untuk mencapai
kecemerlangan, kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan
pentadbiran yang perlu dikawal.

12 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

ELEMEN ANTIRASUAH

Isu rasuah wujud dalam pelbagai keadaan tanpa mengira status atau kedudukan individu yang menerima atau memberi. Tekanan ekonomi
dan sosial membuka ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah dan pelanggaran etika. Usaha untuk menangani rasuah boleh difokuskan
kepada 3 elemen iaitu :-

TADBIR Kelemahan dalam kepimpinan dan pentadbiran seperti penggunaan sistem secara
URUS manual dan tiada pusingan kerja.
RASUAH
< Ikatan sosial yang rapuh di mana hubungan sesama individu lebih bersifat
INTEGRITI materialistik dan berkepentingan (komisyen dan kekayaan).

< Rasa tanggungjawab terhadap orang lain yang tiada hubungan semakin hilang.
< Tindakan yang diambil tanpa menghiraukan risiko kepada orang lain, persekitaran,

masa depan bangsa, agama dan negara.

< Penyalahgunaan kuasa dalam menjalankan tugas harian.
< Pencurian maklumat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
< Berlakunya campur tangan pihak yang mempunyai kepentingan dalam membuat

keputusan.

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025 13

GEJALA RASUAH DALAM ORGANISASI

01Campurtangan Pihak 11 Salah Guna Kuasa
Berkepentingan

02Kurang Integriti 10 Kepentingan
Peribadi
Kurang Pengetahuan
09 Tiada Hebahan
03Tentang Kerja Tentang Undang-
04Kelemahan SOP Undang / Polisi

Ruang Dan Peluang 08 Tiada Pemantauan

05Tamak 06 07 Dorongan Pihak Luar

Tiada Tindakan Punitif

14 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

KEPENTINGAN PERANCANGAN SENARIO

Mengenal Instrumen Indikator
pasti peluang pengurusan amaran terhadap
dan ancaman
risiko keputusan
yang dibuat

15

SENARIO MASA HADAPAN

Merupakan gambaran kepada senario rasuah yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Segala bentuk kemungkinan rasuah telah
dikenal pasti dan perancangan serta penyelesaian yang praktikal telah disediakan. Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023
telah meletakkan empat senario utama bagi meramalkan keadaan yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Risiko rasuah dengan
tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh JAIPk adalah :-

SENARIO SENARIO KEKANGAN SENARIO SENARIO MERUDUM
KESINAMBUNGAN Masa hadapan yang PERKEMBANGAN Rasuah menjadi
Masa hadapan yang merujuk kepada visi Masa hadapan di kelaziman dalam
menunjukkan yang digariskan dalam mana hasil kewujudan masyarakat sekaligus
kejayaan yang dicapai Pelan Antirasuah tidak Pelan Antirasuah telah memperlihatkan
melalui kewujudan dapat dicapai ekoran menyebabkan anjakan sistem sosial runtuh
Pelan Antirasuah, kekangan dalaman menuju fasa sebuah sama sekali tanpa
tetapi tidak berupaya dan persekitaran. negara yang beretika sebarang jalan
untuk bertahan atau dengan mendokong penyelesaian.
mapan. integriti yang tinggi
dan berteraskan nilai.

16 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

BAB 3
Analisis Data

KES TATATERTIB (1 Kes) (5 Kes)

KES TATATERTIB BAGI TAHUN 2017 SEHINGGA 2020 Tuntutan Palsu Tidak Hadir Bertugas

Berdasarkan carta, Kumpulan Pelaksana lebih tinggi (2 Kes)
melakukan pelanggaran tatakelakuan iaitu sebanyak 6
kesalahan berbanding dengan Kumpulan Pengurusan dan Tidak Jujur dan
Profesional sebanyak 2 kesalahan bagi tempoh 2017 sehingga Tidak Amanah
2020. Bilangan kesalahan yang tertinggi adalah tidak hadir
bertugas iaitu sebanyak 5 orang. Diikuti pula dengan bilangan
tidak jujur dan tidak amanah sebanyak 2 orang dan tuntutan
palsu sebanyak seorang.

Tahun 2017 Tahun 2018 Tahun 2019 Tahun 2020

Jenis Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Jumlah
Kesalahan Pengurusan Pelaksana Pengurusan Pelaksana Pengurusan Pelaksana Pengurusan Pelaksana
5
Tidak Hadir Dan Dan Dan Dan 1
Bertugas Profesional Profesional Profesional Profesional 2
Tuntutan 8
Palsu 2 1 11
Tidak Jujur
dan Tidak 1
Amanah
Jumlah 02 02 11 11
11

18 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

ADUAN SPRM (7 Aduan)

ADUAN SPRM BAGI TAHUN 2018 - 2020 Integriti
MENGIKUT KATEGORI
(1 Aduan)
Aduan berkaitan integriti mencatat jumlah yang paling
tinggi iaitu sebanyak 64% atau 7 aduan bagi tempoh Rasuah
2018 sehingga 2020 yang melibatkan tuntutan palsu.
Selain itu, sebanyak 27% atau 3 aduan berkaitan tadbir urus yang (3 Aduan)
melibatkan kelemahan dalam kepimpinan dan pentadbiran
seperti penggunaan sistem secara manual. Manakala baki Tadbir Urus
sebanyak 1 aduan berkaitan rasuah yang melibatkan pegawai
badan awam menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk
apa-apa suapan.

Tahun 2018 Tahun 2019 Tahun 2020

Jenis Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Jumlah
Aduan Pengurusan Pelaksana Pengurusan Pelaksana Pengurusan Pelaksana
3
Tadbir Urus Dan Dan Dan 1
Rasuah Profesional Profesional Profesional 7
Integriti 11
Jumlah        3

1       

1      6

20 00 09

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025 19

HUKUMAN TATATERTIB

Tahun 2018 Tahun 2019 Tahun 2020

Jenis Hukuman (1 Hukuman)
Kumpulan
Pengurusan Lucut Hak Emolumen
Dan Profesional
Kumpulan (2 Hukuman)
Pelaksana
Kumpulan Tangguh
Pengurusan Pergerakan Gaji
Dan Profesional
Kumpulan
Pelaksana
Kumpulan
Pengurusan
Dan Profesional
Kumpulan
Pelaksana
Jumlah

Dibebaskan           0

Amaran           0

Denda           0 (2 Hukuman)
Lucut Hak       
Emolumen   11 Buang Kerja

Tangguh 1      1  2
Pergerakan
Gaji

Turun Gaji           0

Turun           0
Pangkat

Buang Kerja          22

Jumlah 1 0 0 0 1 35

20 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

BAB 4
Pelan Tindakan dan Inisiatif

VISI Melahirkan warga jabatan yang bebas rasuah dan salah laku

MISI Memperkukuhkan governan, integriti dan antirasuah warga JAIPk
melalui pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan
arahan yang berkuatkuasa

MATLAMAT Meningkatkan akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses
penyampaian perkhidmatan JAIPk

BIDANG < Pentadbiran Sektor Awam
KEUTAMAAN < Perolehan Awam
< Penguatkuasaan Undang-Undang
STRATEGI < Tadbir Urus
< Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam
< Mempertingkat Keberkesanan Dan Ketulusan Perolehan Awam
< Menginstitusikan Kredibiliti Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang
< Memupuk Tadbir Urus Baik Dalam Jabatan Agama Islam Perak

22 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

BIDANG KEUTAMAAN :

PENTADBIRAN SEKTOR AWAM

STRATEGI 1 : MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

OBJEKTIF STRATEGI 1.1 : MENGGALAKKAN MERIT DAN INTEGRITI DALAM PROSES PENGAMBILAN, PEMILIHAN DAN
PELANTIKAN KE MANA-MANA JABATAN

Risiko / Potensi Risiko Inisiatif / Tindakan Peneraju / Tempoh
Bil. (Kelemahan : Governans, (Tangani / Atasi Risiko) Pelaksana Masa

Integriti & Anti Rasuah) Pelaksanaan

1.1.1 Campurtangan Pihak 1.1.1.1 Memperkasakan Kriteria Pemilihan Calon Bahagian 3 tahun
Berkepentingan Dalam 1.1.1.2 Jawatankuasa Kariah Masjid Pengurusan Masjid 3 tahun
Proses Pemilihan Penguatkuasaan Pematuhan Syarat Pemilihan Di
Jawatankuasa Kariah Masjid Bawah Peraturan Jawatankuasa Kariah Masjid Bahagian
Pengurusan Masjid

OBJEKTIF STRATEGI 1.2 : MENAMBAHBAIK KEBERKESANAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
BERTERUSAN DALAM KALANGAN PEGAWAI AWAM

Risiko / Potensi Risiko Inisiatif / Tindakan Peneraju / Tempoh
Bil. (Kelemahan : Governans, (Tangani / Atasi Risiko) Pelaksana Masa

Integriti & Anti Rasuah) Pelaksanaan

1.2.1 Ketidakcekapan Dan 1.2.1.1 Melaksanakan Program Kesedaran Pengurusan Bahagian 3 tahun
Ketidakpatuhan 1.2.1.2 Modal Insan Seperti Kursus / Seminar Dalam Pengurusan Masjid 3 tahun
Jawatankuasa Kariah Masjid Aspek Governans, Integriti Dan Antirasuah
Dalam Melaksanakan Mewujudkan Pengiktirafan Dan Pemberian Bahagian
Tugasan Sebaiknya Anugerah Kepada Pegawai Yang Menunjukkan Pengurusan Masjid
Peningkatan Prestasi

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025 23

BIDANG KEUTAMAAN :

PEROLEHAN AWAM

STRATEGI 2 : MEMPERTINGKAT KEBERKESANAN DAN KETULUSAN PEROLEHAN AWAM

OBJEKTIF STRATEGI 2.1 : MENINGKATKAN KETELUSAN PEROLEHAN AWAM, PENGURANGAN RISIKO RASUAH,
PENYELEWENGAN PASARAN DAN ANTI PERSAINGAN

Risiko / Potensi Risiko Inisiatif / Tindakan Peneraju / Tempoh
Bil. (Kelemahan : Governans, (Tangani / Atasi Risiko) Pelaksana Masa

Integriti & Anti Rasuah) Pelaksanaan

2.1.1 Kompetensi dan integriti 2.1.1.1 Perlaksanaan on-job training secara Bahagian Khidmat 5 tahun
Kakitangan silang jabatan Pengurusan

2.1.1.2 Melaksanakan dasar pusingan kerja bagi Bahagian Khidmat 5 tahun
penempatan di jawatan berisiko Pengurusan

2.1.1.3 Mewujudkan satu jawatankuasa pemantauan Bahagian Khidmat 1 tahun
perolehan Jabatan bagi membincangkan isu Pengurusan
perolehan negeri secara berkala

2.1.2 Pelanggaran Tatacara dan 2.1.2.1 Memperkasakan penguatkuasaan tindakan Bahagian Khidmat 1 tahun
Peraturan Perolehan tatatertib yang lebih efektif Pengurusan

2.1.3 Salah guna kuasa Ahli 2.1.3.1 Menetapkan tempoh maksimum perlantikan Bahagian Khidmat 1 tahun
Jawatankuasa Perolehan seseorang pegawai dalam mana-mana Pengurusan
jawatankuasa perolehan

24 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

Bil. Risiko / Potensi Risiko Inisiatif / Tindakan Peneraju / Tempoh
2.1.4 (Kelemahan : Governans, (Tangani / Atasi Risiko) Pelaksana Masa
Integriti & Anti Rasuah)
Kelemahan dalam 2.1.4.1 Mewujudkan garis panduan perlaksanaan audit Bahagian Khidmat Pelaksanaan
pengurusan perolehan 2.1.4.2 perolehan jabatan Pengurusan 1 tahun
jabatan 2.1.4.3 Memperkasakan fungsi Audit Dalaman bagi 1 tahun
2.1.5.1 naziran khas Bahagian Khidmat 1 tahun
2.1.5 Kebocoran Mengintegrasi sistem aduan jabatan / Pengurusan 1 tahun
maklumat tender bahagian
Memperkasakan ruang kerja sedia ada yang Bahagian Khidmat
khusus dan lengkap dengan mempunyai Pengurusan
akses yang terhad
Bahagian Khidmat
Pengurusan

25
25

BIDANG KEUTAMAAN :

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

STRATEGI 3 : MENGINSTITUSIKAN KREDIBILITI AGENSI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

OBJEKTIF STRATEGI 3.1 : MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN PENGAMALAN PROFESIONALISME DALAM AGENSI
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

Risiko / Potensi Risiko Inisiatif / Tindakan Peneraju / Pelaksana Tempoh
Bil. (Kelemahan : Governans, (Tangani / Atasi Risiko) Masa

Integriti & Anti Rasuah) Pelaksanaan

3.1.1 Penyalahgunaan 3.1.1.1 Mewajibkan Pelaksanaan Latihan Melalui Bahagian 1 tahun
Dan Penyelewengan Kursus Integriti Dan Pengamalan Profesional Penguatkuasaan 1 tahun
Kuasa Oleh Pihak Yang Undang-Undang Syariah
Diberi Kuasa Dalam 3.1.1.2 Menjalankan tapisan keselamatan halus Bahagian Khidmat
Melaksanakan Undang- sebelum ditempatkan di bahagian yang terlibat
Undang / Akta / Peraturan dengan Penguatkuasaan Undang-undang Pengurusan
Yang Berkuatkuasa Syariah atau bahagian yang terlibat dengan
Di Jabatan perundangan

3.1.2 Menyalahguna Kuasa Budi 3.1.2.1 Mengadakan Kursus Kesedaran Dan Latihan Bahagian 1 tahun
Bicara Sebagai Gantian 3.1.2.2 Berkenaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Penguatkuasaan 1 tahun
Menerima / Meminta / 3.1.2.3 Rasuah Malaysia 2009 Undang-Undang Syariah 1 tahun
Memberi Rasuah Dalam Memperkasa Tindakan Punitif Lebih Tegas
Proses Penguatkuasaan / Terhadap Penjawat Awam Yang Terlibat Bahagian
Tindakan Undang- Dengan Rasuah Penguatkuasaan
Undang Pelaksanaan Penggiliran Kerja (Job- Undang-Undang Syariah
Rotation) Bahagian yang terlibat dengan Bahagian Khidmat
Penguatkuasaan Undang-undang
Pengurusan

26 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

Bil. Risiko / Potensi Risiko 3.1.3.1 Inisiatif / Tindakan Peneraju / Pelaksana Tempoh
3.1.3 (Kelemahan : Governans, 3.1.4.1 (Tangani / Atasi Risiko) Bahagian Masa
3.1.4 Integriti & Anti Rasuah) 3.1.4.2 Tindakan Berdasarkan Arahan Tetap Pengarah
Melakukan Pembocoran 3.1.4.3 Dan Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Penguatkuasaan Pelaksanaan
3.1.5 Dan Perkongsian Tidak Undang-Undang Syariah 1 tahun
Wajar Terhadap 3.1.4.4 Memperkasa Pelaksanaan Penganjuran Kursus
Maklumat Operasi 3.1.5.1 Dan Latihan Fungsional Terhadap Kefahaman Bahagian 1 tahun
Pelanggaran Dan 3.1.5.2 Dan Kesedaran Enakmen, Peraturan, Prosedur Penguatkuasaan
Kegagalan Dalam Operasi Standard (SOP) Dan Garis Panduan Undang-Undang Syariah 1 tahun
Pelaksanaan Pematuhan Memperkasa Tindakan Punitif Lebih Tegas 1 tahun
Enakmen / Peraturan / Terhadap Pegawai Penguatkuasa Yang Terlibat Bahagian
Prosedur Operasi Dengan Rasuah Penguatkuasaan 5 tahun
Standard (SOP) / Menambahbaik Fungsi Naziran Dalam Undang-Undang Syariah 1 tahun
Garis Panduan Dalam Pemantauan dan Penilaian Terhadap Pegawai 1 tahun
Menginstitusikan Yang Menguatkuasakan Enakmen, Peraturan, Bahagian
Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Penguatkuasaan
Undang-Undang Garis Panduan Undang-Undang Syariah
Mewujudkan Jawatan Pegawai Undang-
Persepsi Negatif Undang / Penolong Pegawai Undang-Undang Bahagian Khidmat
Terhadap Penguatkuasa (L) di Jabatan Pengurusan
Mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Bahagian
Jenayah Syariah Mengenai Peranan dan
Tanggungjawab Kepada Masyarakat Penguatkuasaan
Mengadakan Kolaborasi Bersama Pelbagai Undang-Undang Syariah
Jabatan Dalam Penguatkuasaan
Undang-Undang Bahagian
Penguatkuasaan
Undang-Undang Syariah

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025 27

OBJEKTIF STRATEGI 3.2 : MENAMBAHBAIK PERUNDANGAN AGENSI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Risiko /Potensi Risiko Inisiatif / Tindakan Peneraju / Tempoh
Bil. (Kelemahan : Governans, (Tangani / Atasi Risiko) Pelaksana Masa

Integriti & Anti Rasuah) Pelaksanaan
5 tahun
3.2.1 Lakuna (Kelompongan) 3.2.1.1 Melaksana Semakan Semula Dan Bahagian
Peruntukan Undang- Penambahbaikan Peruntukan Enakmen / Pembangunan
Undang / Enakmen Undang-Undang Untuk Menepati Keperluan
Perundangan Semasa Keluarga

28 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

BIDANG KEUTAMAAN :

TADBIR URUS

STRATEGI 4 : MEMUPUK TADBIR URUS BAIK DALAM JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

OBJEKTIF STRATEGI 4.1 : MEMASTIKAN PENGAMALAN KETELUSAN DALAM JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Risiko / Potensi Risiko Inisiatif / Tindakan Peneraju / Tempoh
Bil. (Kelemahan : Governans, (Tangani / Atasi Risiko) Pelaksana Masa

Integriti & Anti Rasuah) Pelaksanaan
1 tahun
4.1.1 Penyalahgunaan Kuasa 4.1.1.1 Memperkasa Mekanisme Kawalan Pengurusan Bahagian
Dalam Menjalankan Permohonan Perkahwinan Bagi Pendaftar Pembangunan 1 tahun
Tugas-Tugas Memproses Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Orang Islam 1 tahun
Permohonan / Negeri Perak Keluarga
Penguatkuasaan / Bahagian
Akses Sistem 4.1.1.2 Meningkatkan Pemahaman Dan Kesedaran Pembangunan
Kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Keluarga
Rujuk Orang Islam Negeri Perak

4.1.1.3 Penukaran Kata Laluan Secara Berkala Bagi Bahagian
Tempoh 3 Bulan Oleh Pendaftar Perkahwinan, Pembangunan
Perceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri Perak
Bagi Kelulusan Sistem Pengurusan Perkahwinan Keluarga
Islam Malaysia (SPPIM)

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025 29

Bil. Risiko / Potensi Risiko Inisiatif / Tindakan Peneraju / Tempoh
4.1.2 (Kelemahan : Governans, (Tangani / Atasi Risiko) Pelaksana Masa
Integriti & Anti Rasuah) Bahagian Khidmat
Penyalahgunaan Kuasa 4.1.2.1 Pengasingan Tugas Yang Akan Mengakibatkan Pengurusan Pelaksanaan
Dengan Penerimaan 4.1.2.2 Penambahan Bilangan Kakitangan Di Bahagian 5 tahun
Komisyen / Saguhati Dalam 4.1.2.3 Pengurusan Halal 
Mempercepatkan Proses Mengenalpasti Pegawai Yang Berisiko Dan Bahagian 1 tahun
Permohonan Sijil Halal Melaksanakan Program Pemulihan / Kaunseling / Pengurusan Halal
Pengisytiharan Harta Lebih Kerap
Membuat Pusingan Pegawai (Job-Rotation) Bahagian Khidmat 5 tahun
Pengurusan 1 tahun
4.1.3 Penyalahgunaan Kuasa 4.1.3.1 Bengkel Pembacaan Dan Pemahaman Undang- Bahagian 1 tahun
Pendaftar Perkahwinan, 4.1.3.2 Undang Kepada Pendaftar Perkahwinan, 5 tahun
Perceraian Dan Rujuk Orang Perceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri Perak Pembangunan 1 tahun
Islam Negeri Perak Dan Menubuhkan Satu Pasukan Naziran Bagi Keluarga 1 tahun
Pendaftaran Perkahwinan Pemeriksaan Mengejut Bahagian 1 tahun
Tidak Mengikut Enakmen
Pembangunan
4.1.4 Penyalahgunaan Kuasa 4.1.3.3 Pusingan Kerja (Job-Rotation) Pendaftar Keluarga
Dengan Pemalsuan / 4.1.4.1 Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk Orang Islam Bahagian
Manipulasi Pengeluaran Negeri Perak
Sijil Kursus Pra Perkahwinan Meningkatkan Ciri-Ciri Keselamatan Sijil Kursus Pembangunan
/ Laporan Auditor Dan Pra Perkahwinan Keluarga
Pegawai Pemantau Bahagian
4.1.4.2 Mengadakan Pemantauan Dan Naziran
4.1.4.3 Dalaman  Pembangunan
Mewujudkan Identiti Auditor Semasa Proses Keluarga
Penilaian Di Lapangan Bahagian

Pengurusan Halal
Bahagian

Pengurusan Halal

30 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

BAB 5
Mekanisme Pemantauan

dan Penilaian

MEKANISME PEMANTAUAN
DAN PENILAIAN

JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) SUK PERAK
❁ Dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
❁ Menerima laporan status pencapaian dan pelaksanaan inisiatif OACP.
(tertakluk kepada arahan Pengerusi JAR).
❁ Mengenalpasti penyelesaian terbaik dan membuat keputusan.
JAR JAIPk
❁ Dipengerusikan oleh Pengarah.
❁ Mengenal pasti isu, masalah dan langkah-langkah penambaikan berdasarkan inisiatif yang dibuat.
❁ Meneliti dan mengkaji keberkesanan inisiatif OACP setiap suku tahun.
❁ Mengambil tindakan pembaharuan OACP pada akhir tempoh pelan.
PELAKSANAAN OACP
❁ Memastikan setiap bahagian / daerah melaksanakan inisiatif dan membuat pemantauan melalui
aktiviti / program yang dirancang.
❁ Mengemukakan laporan pelaksanaan setiap suku tahun kepada Penyelarasan OACP.
PENILAIAN OACP
❁ Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap inisiatif.
❁ Memastikan aktiviti dilaksanakan sebagaimana dirancang.
❁ Menilai sama ada aktiviti yang menyokong strategi berorientasikan matlamat yang dicapai.

32 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

MEKANISME PENILAIAN

JAWATANKUASA Laporan dikemukakan MESYUARAT
ANTIRASUAH (JAR) oleh Urus Setia JAWATANKUASA
kepada JAR
JAIPk OACP
Mengemukakan laporan
setiap suku tahun kepada • Mesyuarat Tahunan
• Penilaian kuantitatif
Pengurusan JAIPk
dan kualitatif
Menasihat URUS SETIA semua inisiatif
dan memberi UNIT PSM JAIPk • Meneliti matlamat
arahan untuk OACP dan menilai
memastikan strategi dan inisiatif
kemampuan • Memantau proses
pelaksanaan OACP

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025 33

JAWATANKUASA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP)

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK
TAHUN 2021–2025

PENGERUSI SETIAUSAHA

PENGARAH PENOLONG PENGARAH
(SUMBER MANUSIA)
TIMBALAN PENGERUSI

TIMBALAN PENGARAH

PENYELARAS AHLI AHLI AHLI AHLI

KPP KPP KPP KPP KPP
BAHAGIAN KHIDMAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN BAHAGIAN DAKWAH BAHAGIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN
PENGURUSAN MASJID
PENGURUSAN KELUARGA AHLI AHLI
AHLI
AHLI AHLI KPP PENGETUA
BAHAGIAN INSTITUT TADBIRAN ISLAM PEGAWAI
KPP KPP PENGURUSAN HALAL TADBIR AGAMA DAERAH
BAHAGIAN PENYELIDIKAN BAHAGIAN PERAK
PENGUATKUASAAN UNDANG-
UNDANG SYARIAH

34 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025

BAB 6
Kesimpulan

JAIPk sentiasa komited dan menyokong usaha Kerajaan dalam menangani dan membenci rasuah.
Pelan Antirasuah Organisasi Jabatan Agama Islam Perak 2021-2025 ini dirangka khusus bagi
memantapkan tadbir urus, integriti dan antirasuah di Jabatan Agama Islam Perak melalui 38 inisiatif
untuk dilaksanakan dalam menangani isu dan permasalahan menangani rasuah.

SAMA-SAMA KITA PUTUSKAN RANTAIAN RASUAH

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Negeri Perak, Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Perak, Ketua-Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama
Islam Perak (JAIPk), Pegawai-Pegawai Tadbir Agama Daerah
JAIPk dan seluruh warga kerja yang menjayakan Bengkel OACP
JAIPk 2021-2025.

36 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JAIPk 2021-2025



JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
05-208 4800
05-255 5512
[email protected]
jaipk.perak.gov.my

Direkabentuk dan dicetak oleh PERCETAKAN ZAINON KASSIM SDN. BHD., IPOH


Click to View FlipBook Version