The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by QurQuran1202, 2021-09-20 20:50:10

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI QURSANI

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI QURSANI

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
SISA DOMESTIK

NAMA PELAJAR:Qursani Bin Mohammad Syahrizal
KELAS/TINGKATAN:1 Itqan
GURU MATAPELAJARAN:PN Arhamni

SENARAI KANDUNGAN

BILANGAN PERKARA MUKA SURAT
1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pendahuluan 4
5. Objektif Kajian 5
6. Kawasan Kajian 6
7. Kaedah Kajian 7
8. Dapatan Kajian
1. Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik yang terdapat di
kawasan kajian yang dipilih
2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik

3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik secara bijaksana

9. Rumusan
10. Lampiran

TAJUK KAJIAN LAPANGAN

KAJIAN TENTANG SISA
DOMESTIK DI KAMPUNG
KUBANG PANGAS ALOR

SETAR KEDAH

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi,iaitu PN Arhamni atas bimbingan dalam
menjalankan kerja lapangan.Tidak lupa juga ucapan terima
kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan atas sokongan
mereka.Seterusnya,saya juga berterima kasih para responden
yang sangat membantu saya untuk menyiapkan kerja lapangan
ini dengan lancar.

PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja kursus Geografi.Saya telah
memilih tajuk yang bertajuk “Sisa Domestik”.Saya memilih
untuk menjalankan kajian sisa domestik ini di kawasan tempat
tinggal saya iaitu Kampung Kubang Pangas,Alor Setar.Saya
memilih Kampung Kubang Pangas kerana tempat ini
merupakan tempat tinggal saya.Masa yang diberikan kepada
semua murid bagi menyiapkan kerja kursus ini selama satu
bulan.Bagi saya,tempoh yang diberikan sangat sesuai bagi
saya untuk saya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna
bagi mencari maklumat dan bahan tentang kawasan kajian.

OBJEKTIF KAJIAN

1.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik di Kampung
Kubang Pangas
2. Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik Kampung
Kubang Pangas
3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan
sisa domestik secara bijaksana di Kampung Kubang Pangas

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Kampung Kubang Pangas.Ia terletak
di daerah Alor Setar di Negeri Kedah.Jarak kawasan ini dari
pusat bandaraya Kuala Lumpur ialah 11.9 km.Masa perjalanan
ke Pusat Bandaraya kira-kira 20 minit.Pandang darat fizikal
yang ada di sini termasuk:.Pandang darat budaya yang ada di
sini termasuk:.

PETA LAKAR KAMPUNG KUBANG PANGAS

KAEDAH KAJIAN

a.Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian pada 14 September 2021
bagi mengenal pasti jenis sisa domestik di kampung ini.
b.Rujukan
Saya merujuk sekunder seperti layari internet dan buku teks Geografi untuk
memperoleh peta kawasan,info-info tentang sisa domestik di kampung ini.
c.Temubual
Saya telah menemubual datuk saya untuk mengetahui pendapat dan pandangan
beliau tentang sisa domestik di kampung ini.Saya telah menemubual dengannya
kerana beliau lebih berpengalaman dan tahu tentang kawasan kampung ini.

DAPATAN KAJIAN

1.Jenis jenis sisa domestik di kawasan Kampung Kubang Pangas,Alor Setar,Kedah

Menurut Wikipedia,sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang
dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan
logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin,
lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri
daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan kepada
bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca
daripada aktiviti harian manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak
balas semula jadi alam sekitar.

Menurut pemerhatian saya,sisa domestik di Kampung Kubang Pangas,Alor Setar
terdiri daripada dua jenis iaitu bahan organik seperti sisa kebun,kertas dan sisa
makanan.sisa bukan organik seperti tin,plastik dan besi buruk.Terdapat lagi dua
jenis sisa domestik iaitu sisa pepejal seperti lampin pakai buang dan kertas dan
sisa cecair seperti minyak masak dan kumbahan.

2.Menjelaskan 3 kesan pembuangan sisa domestik di kawasan Kampung
Kubang Pangas
a.Pencemaran
Menurut buku teks Geografi tingkatan 1,kesan pembuangan sisa
domestik yang dialami oleh penduduk di sini ialah pencemaran.Jenis
pencemaran yang dialami ialah:
i.Air- Sumber air tercemar berlaku apabila sampah sarap dibuang ke
kawasan sumber air.
ii.Udara
iii.Bau-air.Pencemaran udara berlaku disebabkan timbunan sisa
domestik yang tidak terurus yang menyebabkan bau.

.

b.Wabak Penyakit

Pembuangan sampah secara tidak terkawal dapat menjadi

tempat penularan wabak penyakit yang disebarkan oleh

serangga merbahaya seperti Lipas

Sebagai contoh penyakit

ialah Demam Denggi Tikus

Malaria Lalat

c.Banjir kilat berlaku

Penduduk yang tidak
bertanggungjawab

membuang sisa
domestik ke dalam
longkang,parit dan

sungai

Menyebabkan aliran
air tersekat

Banjir kilat berlaku

3.Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
secara bijaksana di Kampung Kubang Pangas

1.Amalan 3R

Kurangkan:Mengurangkan apa-apa yang boleh menyebabkan sampah
seperti penggunaan beg plastik dan bekas polistirena

Amalan 3R Guna Semula:Menggunakan semula bekas minuman,surat
khabar,majalah atau mendermakan buku-buku dan pakaian

Kitar Semula:Menghasilkan barangan baharu daripada barangan
terbuang seperti penglihatan kraf tangan dan baja kompos

Amalan 3R dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik.Masyarakat seharusnya dididik untuk memahami konsep
amalan berkenaan.

ii.Penguatkuasaan Undang-Undang

• Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan undang-
undang berkaitan sisa domestik dengan mengenakan denda dan
hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran
kepada masyarakat.

• Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta
672) dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta
673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan
sistematik

iii.Kempen

Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan,badan bukan
kerajaan (NGO),pihak berkuasa tempatan (PBT) orang
perseorangan.Ada juga kempen yang dijalankan secara menyeluruh
malalui pelbagai media sosial.

1.Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti

i. Kempen Kesedaran Alam Sekitar

ii. Kempen 3R

iii. Kempen Cintai Alam Sekitar

RUMUSAN

Saya telah membuat kajian di kawasan Kampung Kubang
Pangas mengenai sisa domestik.Saya juga telah menemui sisa
domestik yang dijumpai di kawasan Kampung Kubang Pangas
iaitu bahan organik dan bahan bukan organik dan sisa pepejal
dan sisa cecair.saya juga mendapati kesan pembuangan yang
berlaku termasuk pencemaran,wabak penyakit dan banjir
kilat.Saya juga dapat mengetahui langkah-langkah pengurusan
sisa domestik yang bijaksana ialah amalan 3R,penguatkuasaan
undang-undang dan kempen.Dengan itu,saya berharap kesan
pembuangan dapat dikurangkan di kawasan kampung ini.

RUJUKAN

Saya telah merujuk Buku Teks Geografi Tingkatan 1 untuk
info-info tentang sisa domestik.Buku teks ini dikarang oleh
Hisyam Azman bin Ibrahim dan Mohammad Khairun Fitri Bin
Ahmad pada tahun 2017,saya merujuk tajuk Sisa Domestik
dalam buku teks ini.Buku ini diterbitkan oleh syarikat Era Visi
SDN BHD yang terletak di Cheras,Kuala Lumpur.Selain merujuk
buku teks,saya juga merujuk laman internet seperti
google,google map dan lain-lain untuk mendapatkan
maklumat tentang sisa domestik secara lebih terperinci.

Sekian,terima kasih


Click to View FlipBook Version