The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaliza3283, 2022-09-27 23:31:38

TOPIK 1

TOPIK 1

DSA 3124
AWAL SAINS & TEKNOLOGI
DALAM PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

PN. SHALIZA BINTI IDRIS

TOPIK 1 :

PENGENALAN KEPADA AWAL
SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM

PENDIDIKAN AWAL

KANAK-KANAK

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI AWAL SAINS

• Sains didefinisikan sebagai ilmu yang boleh
menerang dan memahami sifat alam.

• Bidang sains mengandungi tiga aspek :
i. Kognitif
ii. Psikomotor
iii. Afektif

• Menurut Abruscato (2000), sains adalah proses
yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif
bagi mendapatkan maklumat berhubung alam
semula jadi.

• Sains awal kanak-kanak merujuk kepada
pendidikan sains awal yang memfokuskan
perkembangan deria/ sensori dan pemahaman
dunia persekitaran.

• Menekankan konsep pembelajaran aktif iaitu
melibatkan penerokaan/ penyiasatan.

• Kanak-kanak mempelajari sesuatu konsep dengan
baik daripada pemerhatian, penerokaan,
sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi
membina kefahaman saintifik.

SAINS HAYAT SAINS
FIZIKAL

SAINS BUMI, KONSEP
SAINS ANGKASA AWAL SAINS

& ALAM SAINS ALAM
SEMESTA SEKITAR

KEPENTINGAN PEMBELAJARAN SAINS
KEPADA KANAK-KANAK

• Membantu meningkatkan perkembangan

bahasa dan kemahiran kanak-kanak
• Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji

perhubungan kesan dan akibat
• Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran

berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan

sistematik dalam membuat penaakulan

• Membantu kanak-kanak membina dan
menghayati sikap dan nilai murni

• Mengukuhkan perkembangan sosial dan
emosi di mana proses sains dapat
menggalakkan interaksi, bekerja dalam
kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri

• Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan
mengelas

KEMAHIRAN PROSES SAINS

MEMERHATI • Memerhati melibatkan penggunaan deria
penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa
atau bau untuk mengumpul maklumat
tentang sesuatu.

MENGUKUR • Semasa mengukur, kita membuat
pemerhatian secara kualitatif dan
kuantitatif dengan menggunakan objek
seperti pensel, batang mancis, jari dan
pembaris.

MENGELAS KEMAHIRAN PROSES SAINS

• Mengelas berlaku apabila kita memerhati
objek-objek atau fenomena lalu
mengelompokkannya berdasarkan perbezaan
dan persamaan.

MEMBANDING • Merupakan kemahiran berfikir yang
DAN MEMBEZA digunakan semasa membuat pengelasan.

Membanding dan membeza, mencari
persamaan dan perbezaan.

KEMAHIRAN PROSES SAINS

MERAMAL • Meramal adalah kemahiran menjangka

peristiwa akan datang berasas kepada

pemerhatian dan pengalaman lalu yang boleh

dipercayai.

BERKOMUNIKASI • Menggunakan perkataan, simbol atau grafik

untuk menerangkan atau menggambarkan

sesuatu tindakan, objek atau peristiwa

MEMBUAT • Membuat inferens ialah memberi
INFERENS penerangan yang munasabah tentang

sesuatu peristiwa atau objek berdasarkan

pemerhatian.

KEMAHIRAN MANIPULATIF

• Kemahiran psikomotor yang berkembang
melalui proses penyiasatan dalam sains.

• Kemahiran di mana seseorang belajar untuk
mengendalikan objek dengan persis serta
terkawal.

• Melibatkan perkembangan koordinasi mata dan
tangan.

Mengguna dan Mengendalikan
mengendalikan spesimen hidup dan
peralatan sains bukan hidup dengan
dengan betul
betul dan cermat

KEMAHIRAN
MANIPULATIF

Menyimpan Melakar spesimen
peralatan sains dan bahan dan
bahan dengan betul
peralatan sains
dan selamat dengan tepat

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN SAINS UNTUK
KANAK-KANAK

i. Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science
Education)

ii. Pendidikan berasaskan STEM (Science,
Technology, Engineering and Mathematics)

iii. Pendekatan berasaskan projek (PBL)
iv. Pendekatan Konstruktivisme (Konsep 5E)
v. Aktiviti luar bilik darjah/ menjelajah/lawatan

PENDEKATAN IBSE
(Inquiry Based Science Education)

• Satu kaedah pengajaran sains berasaskan
inkuiri.

• Melibatkan penggunaan kemahiran proses
sains, pengetahuan dan sikap saintifik untuk
melakukan penemuan, mempelajari sesuatu
konsep, menaakul dan menyelesaikan masalah.

• Mementingkan pembelajaran melalui
pengalaman.

APA ITU INQUIRY?

• Usaha berterusan melibatkan proses berfikir untuk
mengubah pengalaman

• Apabila kita melihat sesuatu objek pelik, kita
tertanya-tanya

• Untuk mendapatkan jawapan, kita menyiasat objek
itu dengan terperinci, memerhati, membandingkan
objek itu dengan yang lain, melakukan eksperimen
dan menguji hipotesis

• Tujuan penyiasatan – untuk mendapatkan
penjelasan agar pengalaman baru lebih bermakna

CIRI-CIRI TEROKA
INKUIRI (EXPLORE)

MENYIASAT
(INVESTIGATE)

MEMBINA KESIMPULAN
(DRAW FINAL CONCLUSION)

BERKOMUNIKASI
(COMMUNICATE)

INKUIRI TERBUKA INKUIRI TERBIMBING
(OPEN INQUIRY) (GUIDED INQUIRY)

JENIS-JENIS
INKUIRI

INKUIRI BERSTRUKTUR INKUIRI PENGESAHAN
(STRUCTURED INQUIRY) (CONFIRMATION

INQUIRY)

PENDIDIKAN BERASASKAN STEM
(Science, Technology, Engineering and

Mathematics)

• Akronim kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik.

• Pembelajaran lebih menyeronokkan, berbentuk
hands-on dan memberi pengalaman terus yang
merangsang kanak-kanak bertanya, berfikir,
menyelesaikan masalah dan mereka cipta.

PENDEDAHAN STEM DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

• Membina asas pembelajaran dan perkembangan
minda kanak-kanak pada masa hadapan

• Membantu dalam perkembangan pemikiran kritis
dan penaakulan

• Meningkatkan minat kanak-kanak terhadap
pembelajaran Sains dan Matematik, dan minat
terhadap kerjaya berkaitan STEM

• Mengembangkan sifat ingin tahu, suka bertanya
dan suka menyiasat

• Memberi pengalaman luas kepada kanak-kanak
mengenai dunia semulajadi dan dunia buatan di
sekeliling mereka

S Sains : Fokus kepada pemahaman tentang dunia persekitaran,
meneroka alam semula jadi dan alam buatan, menyiasat
menggunakan kemahiran saintifik

T Teknologi : Fokus kepada menyiasat dan menggunakan mesin,
E gajet, komputer, ipad/ tablet, LCD, printer, kamera, iphone, glue-
gun, blender dan alat-alat teknologi mudah dan selamat
digunakan (di samping mengembangkan kemahiran manipulatif)

Engineering : Fokus kepada cara menyelesaikan masalah, mereka
bentuk (design) menggunakan bahan/ objek, mengukur, mengira,
membina dan mereka cipta

M Matematik : Fokus kepada pemahaman tentang kuantiti, ukuran,
nombor, bentuk, geometri, kemahiran spatial (ruang), masa,
gerakan dan halaju.

FASA PEMBELAJARAN STEM

FASA 1
INKUIRI

FASA 2
PENEROKAAN

FASA 3
MEREKA CIPTA

FASA 4
REFLEKSI

FASA 1 : INKUIRI
• Pendidik menimbulkan persoalan untuk menarik

minat kanak-kanak.
• Kanak-kanak juga mula menyoal untuk

mengukuhkan pengetahuan tentang persoalan yang
timbul.

FASA 2 : PENEROKAAN
• Kanak-kanak dan pendidik meneroka pelbagai

sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai
projek yang telah dikenal pasti, merancang proses
untuk menyelesaikan masalah dan mengumpulkan
bahan-bahan

FASA 3 : MEREKA CIPTA
• Kanak-kanak menghasilkan reka cipta atau binaan
• Mengeksperimen hasil reka cipta untuk

menentukan sama ada berfungsi atau tidak dan
dapat menyelesaikan masalah

FASA 4 : REFLEKSI
• Kanak-kanak menerangkan hasil ciptaan masing-

masing
• Saling menghayati karya satu sama lain dan

memikirkan apa boleh dilakukan untuk memperbaiki
ciptaan pada masa hadapan

CONTOH AKTIVITI PROJEK STEM

• Kereta Kuasa Getah Gerit
• 3R (Reduce, Reuse, Recycle)
• Terarium
• Ikat dan Celup
• Baja Kompos
• Payung
• Kapal Saya
• Membuat Kertas
• Lastik

PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

• Penyiasatan secara mendalam berkaitan dengan
topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian
kanak-kanak tentang topik yang ingin diajar

• Kanak-kanak dapat mengaitkan pengalaman luar
sekolah dengan aktiviti

• Kanak-kanak bersedia menjalankan kajian dalam
bidang sains dan sains sosial

CONTOH AKTIVITI
PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK (PBL)

• Menanam pokok seperti pokok cili, bendi dan lain-
lain

• Membuat
• Menghias
• Membuat bingkai gambar
• Eksperimen sains (meneroka alam)

PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
(KONSEP 5E)

• Kanak-kanak membina idea baharu berdasarkan
kepada idea lama

• Pendekatan 5E :
i. Engage (Penglibatan)
ii. Explore (Penerokaan)
iii. Explain (Penerangan)
iv. Elaborate (Pengolahan)
v. Evaluate (Penilaian)

ENGAGE

EVALUATE 5E EXPLORE

ELABORATE EXPLAIN

ENGAGE (PENGLIBATAN)

• Memperkenalkan konteks
• Menyediakan situasi bagi episod pembelajaran
• Memberi kerelevanan kepada pembelajaran
• Menggalakkan perasaan ingin tahu mengenai 'the big

idea‘
• Menggalakkan kanak-kanak memberi idea awal
• Mengetahui pemahaman sedia ada kanak-kanak dan

mengesan salah konsep
• Membolehkan pendidik mengetahui bagaimana untuk

memulakan pembangunan pemahaman kanak-kanak

EXPLORE (PENEROKAAN)

• Merupakan “E” yang paling penting
• Kanak-kanak membina pemahaman konsep

berasaskan first hand experience
• Mula menjawab soalan yang diutarakan
• Dalam penerokaan, kanak-kanak boleh dibimbing

atau diberi maklumat tambahan bagi
memudahkan pembelajaran
• Kanak-kanak perlu mempunyai ownership
• Kanak-kanak boleh membina pemahaman
daripada idea sedia ada mereka

EXPLAIN (PENERANGAN)

• Peringkat ini memerlukan input dari pendidik setelah
kanak-kanak membina pemahaman konsep

• Melibatkan pemantapan dari segi terminologi, definisi,
model dan analogi

• Pendidik perlu melibatkan kanak-kanak dalam
membuat penerangan dan pembinaan idea
selanjutnya melalui refleksi apa yang telah kanak-
kanak temui dalam penerokaan dengan menggunakan
soalan

• Sekiranya perlu, pendidik boleh menambah idea
baharu dengan ulangan peringkat : penerokaan ->
penerangan -> penerokaan -> penerangan

ELABORATE (PENGOLAHAN)

• Mengukuhkan, mendalami dan mengembangkan
pemahaman konsep melalui mengaplikasikan
konsep tersebut

• Kanak-kanak diberi masalah untuk diselesaikan
bagi memahami bagaimana big idea dipraktikkan

EVALUATE (PENILAIAN)

• Pentaksiran melalui pelbagai kaedah dan tugasan

• Perlu dilakukan di akhir setiap “E” untuk menyemak
perkembangan pemahaman kanak-kanak iaitu
pentaksiran formatif

• Apabila pentaksiran dilakukan di akhir setiap unit
maka ia berbentuk sumatif untuk mengukur
pencapaian kanak-kanak

AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH/ LAWATAN

• Nature walk
• Lawatan ke zoo
• Lawatan ke muzium

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(PdP) AWAL SAINS KANAK-KANAK

• Kaedah yang betul dan tepat dalam
menjalankan aktiviti awal sains dan
teknologi kepada kanak-kanak sangat penting
kerana ia mampu mempengaruhi persepsi
dan minat kanak-kanak terhadap sains dan
teknologi.

• Antara kaedah yang sesuai untuk melaksanakan
aktiviti awal sains dan teknologi kepada kanak-
kanak ialah :
i. Demonstrasi (tunjuk cara)
ii. Eksperimen
ii. Simulasi
iv. Projek
v. Penggunaan sumber luar bilik darjah
vi. Perbincangan
vii. Penyelesaian masalah

• Demonstrasi (Tunjuk cara) :
- Melibatkan kemahiran pendidik menunjuk
cara atau langkah melaksanakan sesuatu
aktiviti di hadapan kanak-kanak.

• Eksperimen :
- Kanak-kanak menguji hipotesis secara penyiasatan
untuk menemui konsep atau idea sains yang
tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa
menjalankan eksperimen melibatkan kemahiran
berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif.

• Simulasi :
- Aktiviti yang dijalankan menyerupai situasi sebenar

tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan,
diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah dan
isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Boleh
menggunakan model untuk mewakili objek atau
keadaan sebenar.

• Projek :
- Aktiviti yang dijalankan secara individu atau
berkumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan
tertentu dan mengambil masa yang panjang serta
menjangkau waktu pembelajaran formal.

• Penggunaan sumber luar bilik darjah :
- Aktiviti di luar bilik darjah menjadikan
pembelajaran lebih berkesan, seronok dan
bermakna. Kanak-kanak dapat menimba
pengalaman secara terus apabila melakukan
aktiviti di luar.

• Penyelesaian masalah :
- Melibatkan kanak-kanak secara aktif untuk
membuat keputusan atau mencapai sesuatu
sasaran.

• Perbincangan :
- Aktiviti melibatkan soal jawab dan mengemukakan
pendapat mengenai sesuatu topik. Pendidik
lazimnya menjadi penyelia manakala kanak-kanak
memainkan peranan aktif semasa perbincangan.
Perbincangan boleh secara keseluruhan kelas atau
secara kumpulan kecil.

PENGGUNAAN ICT DALAM AWAL SAINS

KANAK-KANAK

• ICT atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi
merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data.

• Dalam awal sains, ICT menyediakan akses kepada
maklumat melalui telekomunikasi kepada kanak-
kanak.

• Teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah
cara yang membolehkan pengaliran maklumat
menjadi sangat pantas.

• Teknologi Maklumat tidak hanya terhad kepada
internet dan komputer tetapi ia melibatkan
televisyen, telefon, telefon mudah alih, faks,
telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat.

• 3 asas penting dalam penggunaan teknologi
maklumat :
i. mengumpul maklumat
ii.memanipulasi maklumat dan proses semula imej
iii. berkomunikasi

APLIKASI ICT UNTUK KANAK-KANAK

Antara aplikasi ICT yang sesuai untuk kanak-kanak :
• Tux paint

• Power point

• Words

• Adobe

• Animation

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT
DALAM AWAL SAINS

• Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil
pembelajaran.

• Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik dan berkesan

• Mempelbagaikan proses pengajaran dan
pembelajaran

• Pendidik dan kanak-kanak akan lebih menguasai
teknologi-teknologi terkini

• Memberi peluang yang sama kepada semua kanak-
kanak yang pelbagai keupayaan

• Membantu kanak-kanak menjelajah dunia internet
• Pengayaan kepada kanak-kanak selepas selesai

sesuatu aktiviti supaya tidak bosan
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi kanak-

kanak
• Menggalakkan interaksi dan memperoleh maklumat

dari pelbagai sumber
• Memberi peluang kepada kanak-kanak mencuba

dan melaksanakan eksperimen yang sukar


Click to View FlipBook Version