DSA4123 PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
TOPIK 1 :
MENGENALI TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK TASKA & TADIKA
PUAN SHALIZA BINTI IDRIS
DEFINISI TINGKAH LAKU
• Lewis M. Beaker (2001) – Sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara
langsung atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
• Imam Al- Ghazali – Tingkah laku manusia
mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan.
• Secara umum – tingkah laku ialah aktiviti
atau perilaku atau gerak geri seseorang
individu yang boleh dilihat atau
diperhatikan oleh orang lain.
• Hearron dan Hilderbrand (2012) dalam
bukunya Guiding Young Children
menyatakan bahawa untuk mengenali
tingkah laku kanak-kanak kita perlu tahu
temparemen seseorang kanak-kanak.
TEMPAREMEN
• Pembawaan atau tabii seseorang yang ada
pada diri mereka sejak dilahirkan.
• Setiap kanak-kanak mempunyai
temparemen tersendiri.
• Temparemen terbahagi kepada 3 jenis :
i. Kanak-kanak yang mudah
ii. Kanak-kanak yang lambat mesra
iii. Kanak-kanak yang sukar
• Umumnya kajian menunjukkan :
Jenis Temparemen
35% 40% Mudah
15% 10% Sukar
Lambat Mesra
Kombinasi Ketiga-Tiga
CIRI-CIRI SEMULAJADI TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK (USIA 6 TAHUN KE BAWAH)
• Sangat aktif
• Meniru perlakuan orang lain
• Belum mampu membezakan antara yang
betul dan yang salah
• Suka bertanya soalan
• Ingatan yang tajam
• Sukakan ganjaran dan sokongan
• Suka bermain
• Suka bersaing
• Daya sensitiviti yang tinggi
• Perasaan ingin tahu yang tinggi
• Daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi
• Perkembangan bahasa yang cepat
JENIS TINGKAH LAKU
1. OVERT (Tingkah laku yang boleh dilihat)
• Tingkah laku fizikal atau verbal yang mana
maksud atau sebabnya jelas.
• Orang lain dapat faham perbuatannya.
• Contoh : Kanak-kanak memanjat gelongsor,
kita tahu tujuan untuk bermain gelongsor
2. COVERT (Tingkah laku yang tidak boleh
dilihat)
• Perbuatan atau gerak geri kanak-kanak yang
tidak diketahui maksud atau tujuannya.
• Contoh : Kanak-kanak memusingkan meja
yang boleh berpusing, meletakkan botol
susu di atasnya, mengambil dan mengulangi
perbuatan tersebut.
TEORI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
• TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
• TEORI TINGKAH LAKU
• TEORI SELF-FULFILLING PROPHECY
• PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
• Kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan
menirunya daripada orang dewasa atau orang lain.
• Pendidik dan pengasuh merupakan rol model tingkah
laku kanak-kanak.
• Contoh : Kanak-kanak yang sering mendengar orang
dewasa bercakap kasar akan menirunya dan
melakukan yang sama pada orang lain.
TEORI TINGKAH LAKU
• Pengulangan tingkah laku berlaku jika diberi
pengukuhan sama ada pengukuhan negatif atau
positif.
• Pengukuhan positif seperti pujian atau perhatian
kepada tingkah laku baik.
• Pengukuhan negatif adalah memberi perhatian
kepada perbuatan negatif seperti memanjat, lalu
memanggil kanak-kanak, memberi perhatian atau
memarahinya.
TEORI SELF-FULLFILLING PROPHECY
• Tanggapan orang dewasa terhadap kanak-kanak akan
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak.
• Contoh : Jika kita melabel kanak-kanak sebagai nakal
maka kanak-kanak itu akan menjadi nakal, begitu juga
sebaliknya jika kita melabel kanak-kanak sebagai baik
maka kanak-kanak itu akan menjadi baik.
PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI
• Kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan
memerhati dan meniru seterusnya ia akan
menjadikannya sebagai tabiat.
• Pandangan hampir sama dengan teori pembelajaran
sosial.
• Memberi penekanan pada pengukuhan positif seperti
pujian apabila melakukan kebaikan dan hukuman
setimpal dengan umur dan tahap perkembangan
kanak-kanak.
MENGENALI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
Tingkah laku positif
• Tingkah laku yang baik contoh suka menolong orang,
berdisiplin, sopan, baik hati dan lain-lain.
Tingkah laku negatif
• Tingkah laku yang menghalang/ bergantung
• Tingkah laku mengganggu/ disruktif
• Tingkah laku antisosial/ disruktif
Tingkah laku bermasalah positif
• Ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas, pro aktif
SEKIAN TERIMA KASIH