DSA 2113
PEMBELAJARAN DAN
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN
AWAL KANAK-KANAK
PN. SHALIZA BINTI IDRIS
TOPIK 3.0 PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI TASKA DAN TADIKA
BELAJAR MELALUI BERTEMA/ TEMATIK
BERMAIN
INKUIRI PENDEKATAN BERASASKAN
PROJEK
BERSEPADU
PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN
• Bermain merupakan satu fitrah atau tingkah
laku semula jadi kanak-kanak.
• Melalui proses bermain, kanak-kanak akan
membuat penerokaan, penemuan dan
pembinaan pengalaman secara langsung
dan natural.
• Semasa kanak-kanak bermain, proses
penerimaan sensori atau deria seperti
pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau
dan rasa akan teransang dan memberi satu
pengalaman pembelajaran secara tidak
langsung.
• Penekanan kepada pendekatan ini akan
menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu menggembirakan dan
kanak-kanak berasa seronok untuk belajar.
• Melalui pendekatan ini juga, aspek
perkembangan fizikal, sosial emosi,
kognitif dan bahasa serta potensi kanak-
kanak dapat ditingkatkan ke tahap yang
maksimum.
BERMAIN SENDIRI BERMAIN BERSAMA
JENIS BELAJAR MELALUI
BERMAIN SELARI BERMAIN
KUMPULAN
CIRI-CIRI BELAJAR MELALUI BERMAIN
• Aktiviti yang menggembirakan dan
• Permainan bebas dan terancang
• Kelonggaran masa
• Percubaan idea sendiri
• Peluang memberi tumpuan
perhatian
FAEDAH BELAJAR MELALUI BERMAIN
- Mempelajari sesuatu konsep
- Meningkatkan keupayaan kognitif
- Meningkatkan penerokaan untuk memenuhi
perasaan ingin tahu
- Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan
kreatif
- Membantu menyelesaikan masalah
- Membina kemahiran sosial dengan rakan
sebaya dan orang dewasa
-
- Membina kemahiran fizikal serta
meningkatkan motor halus dan motor kasar
- Mempelajari dunia keliling mereka
- Mengamalkan proses pembelajaran bahasa
dan literasi
- Membantu mengatasi perasaan bimbang dan
tertekan
- Membina konsep kendiri yang positif
- Memupuk sikap bertanggungjawab kepada
kehidupan dewasa kelak
PENDEKATAN BERTEMA/ TEMATIK
• Strategi PdPC yang menggunakan tema ke
arah mewujudkan pembelajaran yang aktif,
menarik dan bermakna kepada kanak-kanak.
• Pembelajaran yang menggunakan satu topik
atau tema yang dipilih bersesuaian dengan
masa, tempat, minat dan latar belakang
kanak-kanak.
• Menggalakkan kanak-kanak berfikir secara
kreatif dan kritis serta mengembangkan
kebolehan melalui idea-idea baharu.
• Menyediakan isi kandungan dan rangka untuk
menyusun aktiviti pembelajaran dan
mengintegrasikan pelbagai bidang
pengetahuan.
Langkah-langkah melaksanakan pendekatan
bertema :
i. Mengenal pasti tema yang sesuai
berdasarkan masa, tempat, minat,
pengalaman dan tahap perkembangan serta
latar belakang kanak-kanak
ii. Menjana idea bagi memilih tema yang
sesuai bersama kanak-kanak
iii. Membuat sumbang saran berdasarkan
tema yang dipilih
iv. Mengenal pasti tunjang dalam KSPK
v. Menyediakan persekitaran pembelajaran
yang bersesuaian dengan tema
vi. Melaksanakan aktiviti mengikut tema
yang dipilih
• Pendidik boleh melibatkan ibu bapa dalam
aktiviti pendekatan bertema.
PENDEKATAN BERASASKAN PROJEK (PBL)
• Penyiasatan secara mendalam berkaitan
dengan topik dunia sebenar agar dapat
menarik perhatian kanak-kanak tentang
topik yang ingin diajar.
• Kanak-kanak dapat mengaitkan pengalaman
luar sekolah dengan aktiviti.
• Berfokuskan tugasan amali secara sistematik/
terancang dalam jangka masa tertentu.
CONTOH AKTIVITI PENDEKATAN
BERASASKAN PROJEK
• Menanam pokok seperti pokok cili, bendi dan
lain-lain
• Estetika dan daya kreatif
- Membuat dan menghias bingkai gambar
- Kraftangan daripada bahan kitar semula
• Eksperimen sains (meneroka alam)
• Memasak makanan kegemaran
FASA DALAM AKTIVITI PENDEKATAN
BERASASKAN PROJEK
FASA PENDEKATAN
BERASASKAN PROJEK
FASA 1 : FASA 2 : FASA 3 :
PERMULAAN PERKEMBANGAN KESIMPULAN
FASA 1 : PERMULAAN
1. Sumbang saran tentang topik projek
2. Pengumpulan maklumat
3. Kanak-kanak akan berkongsi pengalaman dan
maklumat yang diperolehi daripada pelbagai
sumber
4. Melukis, menulis, membina, main peranan
dan lain-lain aktiviti untuk menggambarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada
5. Mengemukakan soalan berdasarkan kepada
pengetahuan yang diperolehi
6. Berkongsi pengalaman sendiri tentang topik
FASA 2 : PERKEMBANGAN
1. Persediaan membuat projek
2. Temu bual orang yang mahir tentang topik
yang dipilih
3. Melawat/ mengunjungi tempat untuk
mendapatkan maklumat
4. Menjemput pakar ke kelas untuk
demonstrasi, tunjuk cara atau perkongsian
topik projek
5. Membuat satu gambaran sebenar dan
membuat nota
6. Melukis, mewarna, menulis, mengira, membuat
peta minda untuk mewakili satu pembelajaran
baru
7. Mengumpul maklumat projek di perpustakaan,
melayari internet, majalah, video, buku dan
lain-lain
8. Mendokumentasikan hasil projek dalam
pelbagai bentuk
FASA 3 : KESIMPULAN
1. Berkongsi maklumat mengenai projek
2. Megimbas kembali/membuat refleksi
/maklum balas dan penilaian projek
3. Menilai projek melalui pemerhatian dan
perbincangan
4. Boleh membuat rumusan untuk projek yang
dilaksanakan
PENDEKATAN BERSEPADU
• Menggabungjalinkan di antara dua atau tiga
kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-
kanak dalam satu masa.
• Pendekatan ini akan dapat membantu kanak-
kanak untuk memahami hakikat kehidupan
sebenar.
• Pendidik hendaklah menggunakan
pengalaman seharian kanak-kanak dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
• Bentuk pengajaran bagi pendekatan
bersepadu adalah tidak formal, dan pendidik
hendaklah melibatkan kanak-kanak secara
aktif dalam aktiviti yang dijalankan.
• Pendidik juga hendaklah memastikan aktiviti
yang dilakukan adalah melibatkan semua
deria kanak-kanak secara langsung bagi
meransang pembelajaran di dalam atau luar
kelas.
• Melalui pendekatan ini, kanak-kanak akan
mendapat ilmu, konsep, kemahiran, dan nilai
murni.
• Selain itu, pendidik juga boleh
menggabungjalinkan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis kepada
kanak-kanak.
TUJUAN PENDEKATAN BERSEPADU
i. Penghubungkaitan merupakan satu jaringan
yang saling berkait antara satu sama lain dari
segi kemahiran pada setiap matapelajaran.
ii. Memudahkan kanak-kanak untuk mengingat.
iii. Melatih minda kanak-kanak supaya sentiasa
kreatif dan aktif.
iv. Pembelajaran berkesan.
JENIS PENDEKATAN BERSEPADU
1 KESEPADUAN ANTARA KOMPONEN
KESEPADUAN KEMAHIRAN DAN NILAI
MURNI
KESEPADUAN AKTIVITI DALAM DAN
3 LUAR KELAS
KESEPADUAN AKTIVITI BERFOKUSKAN
4 PENDIDIK DAN KANAK-KANAK
KESEPADUAN PELBAGAI KAEDAH DAN
5 TEKNIK
JENIS KESEPADUAN CONTOH
1. KESEPADUAN ANTARA
Gabungan komponen utama dalam Kurikulum
KOMPONEN Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
2. KESEPADUAN KEMAHIRAN
Aktiviti berkebun dan penerapan nilai murni
DAN NILAI MURNI seperti bekerjasama dan hormat
menghormati.
3. KESEPADUAN AKTIVITI
DALAM DAN LUAR KELAS Aktiviti di dalam kelas seperti permainan kotak
beracun dan aktiviti di luar kelas seperti
4. KESEPADUAN AKTIVITI bermain di taman permainan.
BERFOKUSKAN PENDIDIK
DAN KANAK-KANAK Aktiviti soal jawab dan sesi perbincangan
antara pendidik dan kanak-kanak.
5. KESEPADUAN PELBAGAI
KAEDAH DAN TEKNIK Dalam aktiviti bermain pasir, kank-kanak dapat
merangsang deria sentuhan, kemahiran
membuat timbunan pasir, serta
menggabungkan kemahiran dan nilai murni
lain seperti bertutur, berfikir dan pemupukan
nilai murni.
FAEDAH PENDEKATAN BERSEPADU
i. Mempunyai semangat saling bergantung ke
arah mencapai prestasi yang cemerlang.
ii. Mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dan
selesa berinteraksi walau berbeza latar
belakang.
iii. Dapat mendalami atau meneroka sesuatu
topik dengan lebih mendalam.
iv. Perkara-perkara kecil tetapi penting dapat
digabung jalinkan dalam proses pembelajaran.
v. Mewujudkan suasana dinamik dan interaktif
dalam sesuatu proses pembelajaran.
vi. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak.
PENDEKATAN INKUIRI
• Satu pendekatan berpusatkan kanak-kanak
yang membolehkan mereka membina
pengetahuan dan kefahaman sendiri
berasaskan pengetahuan sedia ada.
• Inkuiri bermaksud mencari maklumat,
menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena
yang berlaku di sekeliling.
•.
• Melibatkan proses mencari dan menyiasat,
membina hipotesis, mereka bentuk
eksperimen, mengumpul data dan membuat
kesimpulan untuk menyelesaikan masalah.
• Memberi pengetahuan baharu kepada kanak-
kanak.
• Berasaskan learning by doing yang
menekankan aktiviti penyiasatan, pertanyaan
soalan, pemikiran reflektif dan penemuan.
INKUIRI TERBUKA INKUIRI TERBIMBING
(OPEN INQUIRY) (GUIDED INQUIRY)
JENIS-JENIS
INKUIRI
INKUIRI BERSTRUKTUR INKUIRI PENGESAHAN
(STRUCTURED INQUIRY) (CONFIRMATION
INQUIRY)
CIRI- CIRI PENDEKATAN INKUIRI
i. Berpusatkan kanak-kanak.
ii. Merangsang minat dan sikap ingin tahu.
iii. Mengemukakan soalan dan membuat
inferens dalam proses pencarian maklumat.
iv. Melibatkan proses kognitif, efektif dan
psikomotor