DSA1123
PENGENALAN KEPADA
PERTUMBUHAN &
PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK
PN. SHALIZA BINTI IDRIS
TOPIK 1 :
PENGENALAN KEPADA PERTUMBUHAN &
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1.1 PERTUMBUHAN KANAK-KANAK
1.2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1.3 FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1.4 AMALAN BERSESUAIAN PERKEMBANGAN
(ABP)
1.1 PERTUMBUHAN KANAK-KANAK
Definisi :
• Pertumbuhan merupakan satu proses yang berlaku
secara kuantitatif.
• Dapat dilihat dan diukur.
• Perubahan yang nyata contohnya :
- Ketinggian
- Berat badan
• Pertumbuhan lain : Otak, rangka tulang dan gigi
CIRI –CIRI PERTUMBUHAN KANAK-KANAK
CIRI-CIRI Pertumbuhan yang mengikut arah yang tertentu :
• Arah kepala ke kaki (Cephacaudal)
• Arah tengah ke tepi (Proximodistal)
• Arah menyeluruh ke arah tertentu (Mass to speific)
Corak pertumbuhan sama tetapi kadarnya berbeza.
Pertumbuhan terhenti pada peringkat matang kecuali
pertumbuhan kuku dan rambut yang akan berterusan.
Masa atau kadar pertumbuhan yang cepat berlaku
kepada kanak-kanak dalam lingkungan :
• Umur 0 – 2 tahun
• 10 – 16 tahun
Masa pertumbuhan yang lambat berlaku kepada kanak-
kanak dalam lingkungan :
• Umur 2 – 10 tahun
• 16 tahun – tua (Pertumbuhan mendatar dan terhenti)
1.2 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Definisi :
• Perkembangan merupakan satu proses perubahan
yang berlaku secara kualitatif.
• Tidak boleh diukur secara kuantitatif tetapi boleh
dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu
dengan sifat yang sedang terbentuk.
• Contohnya : Bayi sedang meniarap, kemudian duduk
seterusnya merangkak
• Perkembangan kanak-kanak bergantung kepada
beberapa faktor kematangan sistem saraf, baka,
persekitaran dan rangsangan.
PERUBAHAN DARI SEGI KEMATANGAN DAN
KEBOLEHAN
• Kematangan dan kebolehan kanak-kanak berbeza
antara individu.
• Kemahiran boleh diajar apabila kanak-kanak telah
cukup kematangan saraf dan ototnya.
• Peringkat perkembangan tidak berubah tetapi yang
membezakan antara satu individu dengan yang lain
ialah keupayaan dan kebolehan mereka.
• Kanak-kanak yang mewarisi baka darjah kecerdasan
(IQ) yang tinggi akan melalui proses perkembangan
yang lebih pesat berbanding kanak-kanak yang lain.
• Walau bagaimanapun, keupayaan ini perlu
dirangsang agar kebolehan kanak-kanak akan
berterusan.
• Perbezaan kematangan dan kebolehan kanak-kanak
dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.
FIZIKAL ESTETIKA & DAYA KOGNITIF
KREATIF
DOMAIN
PERKEMBANGAN
BAHASA SOSIOEMOSI
1.3 FAKTOR MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
& PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
BAKA PERSEKITARAN
• Makanan & pemakanan
• Sosioekonomi keluarga
• Kesihatan
• Keluarga
• Rakan sebaya
BAKA
• Semasa persenyawaan berlaku, penggabungan gen-
gen ibu dan bapa akan mempengaruhi pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak, serta mewariskan
sifat-sifat mereka.
• Antara sifat-sifat umum yang akan diarisi oleh kanak-
kanak ialah jenis darah, warna mata, warna dan
tekstur rambut dan bentuk badan sama ada
ektomorf, mesomorf atau endomorf.
• Bayi akan mewarisi penyakit ibu atau bapanya.
Ektomorf Mesomorf Endomorf
Ektomorf Saiz tubuh badan kecil, kurus dan tinggi.
Mesomorf Kadar perkembangan fizikal agak lambat
Endomorf
dan kadar pertambahan ketinggian
mengambil masa yang lebih lambat.
Tubuh badan pejal dan berisi.
Pertambahan otot, berat badan dan
perkembangan izikal berlaku dengan lebih
cepat pada setiap peringkat umur
Tubuh yang bulat dan gemuk,
mengandungi lebih banyak lemak.
PERSEKITARAN
• Merujuk kepada perkara-perkara yang terdapat di
luar diri seseorang individu antaranya :
i. Makanan dan pemakanan
ii. Sosioekonomi
iii. Keluarga
iv. Kesihatan
v. Rakan sebaya
MAKANAN DAN PEMAKANAN
• Makanan yang seimbang memainkan peranan yang
penting untuk menjamin pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang sihat dan sempurna.
SOSIOEKONOMI KELUARGA
• Kemampuan keluarga untuk menyediakan
persekitaran yang merangsangkan. Contohnya ibu
bapa yang lebih tinggi tahap sosioekonominya
mampu menyediakan kemudahan yang pelbagai
untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
KESIHATAN
• Taraf kesihatan yang baik dapat membantu
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
• Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan
terjejas sekiranya kanak-kanak itu berpenyakit dan
tidak sihat.
• Keadaan persekitaran yang sihat dan bersih, udara
yang tidak diemari oleh asap kilang dan kenderaan
dapat membantu kanak-kanak hidup dalam suasana
yang sihat.
KELUARGA
• Cara hidup keluarga mempengaruhi pertumbuhan
dan perkembangan kanak-kanak.
• Keluarga mempengaruhi pembentukan sikap dan
nilai seseorang kanak-kanak.
• Kanak-kanak mencontohi tingkah laku ahli
keluarganya.
• Semasa kanak-kanak membesar, banyak perubahan
akan dialami sama ada hasil daripada pengalaman
mahupun penjagaan serta perhatian yang
diterimanya.
RAKAN SEBAYA
• Rakan sebaya juga boleh mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
• Perkembangan kanak-kanak juga boleh dipengaruhi
oleh rakan sebaya melalui pertuturan dan tingkah
laku.
1.4 AMALAN BERSESUAIAN PERKEMBANGAN
(ABP)
PRINSIP-PRINSIP ABP :
1. Perkembangan domain kognitif, - Perkembangan salah satu domain akan
afektif & psikomotor saling mempengaruhi perkembangan domain yang
berkaitan & mempengaruhi lain.
antara satu sama lain.
- Pendidik harus merancang pengalaman
2. Perkembangan berlaku mengikut pembelajaran yang menggalakkan
urutan perkembangan kanak-kanak secara
optimum dan bermakna dalam semua
domain.
- Diikuti oleh kemahiran, pengetahuan &
kebolehan yang dipupuk kemudiannya.
- Pendidik harus menyediakan persekitaran
pembelajaran yang sesuai untuk memupuk
kemahiran, pengetahuan & kebolehan
mereka.
3. Kadar perkembangan kanak- - Kanak-kanak adalah unik antara satu sama
kanak berbeza lain dari segi minat, keperluan, kekuatan,
personaliti, emosi, gaya pembelajaran,
pengalaman dan latar belakang keluarga.
- Pendidik harus menerima keadaan kanak-
kanak ini dan menyediakan aktiviti yang
sesuai dengan mereka.
4. Perkembangan adalah berterusan - Pengalaman di peringkat awal akan
memberi kesan kepada perkembangan &
pengalaman pembelajaran mereka.
- Pendidik harus peka akan pengalaman sedia
ada pada kanak-kanak & merancang aktiviti
yang boleh menggalakkan pengalaman
pembelajaran yang bermakna.
5. Perkembangan adalah - Perkembangan berlaku dalam konteks sosio-
berperingkat budaya mengikut arah yang kompleks.
- Pendidik harus menyediakan aktiviti untuk
meningkatkan pengetahuan & kemahiran
melalui pengalaman sebenar.
6. Perkembangan dipengaruhi oleh - Berlaku dalam konteks sosio-budaya
faktor baka & persekitaran keluarga yang berbeza, komuniti dan
masyarakat setempat yang saling berkaitan
antara satu sama lain.
- Pendidik harus mempelajari & memahami
sosio-budaya yang memberi kesan kepada
perkembangan & pengalaman pembelajaran
kanak-kanak.
7. Kanak-kanak adalah pelajar aktif - Kanak-kanak memahami persekitaran dunia
mereka daripada pengalaman di rumah,
tadika & dalam komuniti.
- Pendidik harus menggalakkan kemahiran
sosial & pengalaman sebenar untuk
membantu kanak-kanak memahami dunia
mereka.
8. Konsep main penting kepada - Meningkatkan perkembangan sosial, emosi,
perkembangan kanak-kanak rohani & kognitif.
- Pendidik hendaklah memberi peluang
kepada kanak-kanak menjalankan pelbagai
aktiviti berasaskan konsep bermian sambil
belajar.
9. Proses perkembangan meningkat - Proses perkembangan menjadi lebih cepat
melalui aktiviti yang mencabar apabila mereka diberi peluang untuk
melatih kemahiran baru atau menjalankan
10. Kanak-kanak mempunyai aktiviti yang mencabar.
pelbagai gaya pembelajaran
- Pendidik harus menyediakna aktiviti yang
11. Penglibatan komuniti penting mencabar & merangsang minda.
dalam perkembangan
pembelajaran kanak-kanak - Kanak-kanak menunjukkan pelbagai gaya
pembelajaran.
- Pendidik perlu membantu kanak-kanak
dengan memberi peluang kepada mereka
untuk menunjukkan kemahiran &
pengalaman yang telah dikuasai.
- Kanak-kanak berasa selamat, dihargai &
keperluan dipenuhi.
- Pendidik harus memastikan & mengambil
berat tentang aspek pemakanan, kesihatan
& keselamatan kanak-kanak.