DSA 3143 PENGURUSAN DI PUSAT
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TOPIK 2 :
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
TASKA DAN TADIKA
PN. SHALIZA BINTI IDRIS
DEFINISI PERNIAGAAN
• Satu aktiviti yang melibatkan urus
niaga jual beli barang atau
perkhidmatan antara penjual dengan
pembeli bagi memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna.
JENIS MILIKAN
PERNIAGAAN TUNGGAL
PERKONGSIAN
FRANCHISE
MILIKAN TUNGGAL
• Aktiviti perniagaan yang dimiliki dan
dikawal sepenuhnya oleh seorang
individu sahaja.
• Bertanggungjawab untuk
melaburkan modal dalam
perniagaan.
CIRI-CIRI MILIKAN TUNGGAL
• Pemilikan
- Dimiliki oleh seorang sahaja.
• Modal
- Modal diperolehi daripada simpanan
sendiri dan sumbangan ahli keluarga.
• Pengurusan
- Keputusan dibuat oleh pemilik
sendiri.
• Penubuhan
- Mudah ditubuhkan kerana tidak
memerlukan banyak peraturan dan
syarat. Perniagaan perlu berdaftar
dengan Pendaftar Perniagaan.
• Liabiliti
- Liabiliti adalah tidak terhad dan
boleh melibatkan harta peribadi.
• Agihan untung rugi
- Semua untung menjadi hak milik
usahawan. Semua kerugian
ditanggung oleh pemilik.
• Cukai
- Perlu membayar cukai pendapatan
perseorangan sahaja.
PERKONGSIAN
• Kerjasama antara dua atau lebih
individu bagi menjalankan
perniagaan.
• Berkongsi modal, kepakaran,
pengalaman dan pengetahuan setiap
rakan kongsi.
CIRI-CIRI PERKONGSIAN
• Pemilikan
- Bilangan ahli di dalam perniagaan ini
adalah di antara 2-20 orang secara
perkongsian.
• Modal
- Modal diperolehi dari sumbangan
semua rakan kongsi.
• Pengurusan
- Kepakaran rakan kongsi dapat
dimanfaatkan dalam menguruskan
sesuatu perniagaan.
• Penubuhan
- Mudah ditubuhkan kerana tidak
memerlukan banyak peraturan dan
syarat. Perniagaan perlu berdaftar
dengan Pendaftar Perniagaan.
• Liabiliti
- Liabiliti adalah tidak terhad dan boleh
melibatkan harta peribadi.
• Agihan untung rugi
- Agihan keuntungan adalah mengikut
perjanjian atau surat ikatan perkongsian
atau Akta Perkongsian.
• Cukai
- Rakan kongsi hanya perlu membayar
cukai pendapatan perseorangan sahaja.
• Perkongsian tertakluk kepada Akta
Perkongsian 1961 :
i. Keuntungan dan kerugian mesti
dibahagi sama rata.
ii. Rakan kongsi tidak boleh dibayar
faedah atas modal yang telah
disumbangkan.
iii. Setiap rakan kongsi berhak
melibatkan diri dalam menguruskan
syarikat.
iv. Rakan kongsi tidak boleh dibayar gaji.
v. Mana-mana rakan kongsi yang hendak
disingkirkan dari syarikat mestilah
mendapat persetujuan daripada rakan
kongsi lain, dan membawa rakan kongsi
baharu mestilah mendapat persetujuan
sebulat suara daripada rakan kongsi
sedia ada.
• Perkongsian perlu mewujudkan Surat Ikatan
Perkongsian bagi menjelaskan perkara berikut :
i. Nama syarikat – Guna nama perniagaan atau
nama rakan kongsi
ii. Tempoh perkongsian
iii. Rakan kongsi yang terlibat menguruskan
perniagaan layak dibayar gaji
iv. Sumbangan modal rakan kongsi dinyatakan
dengan jelas
v. Harta perkongsian dan bukan perkongsian
dinyatakan dengan jelas
FRANCHISE
• Satu bentuk perniagaan yang diasaskan
kepada perjanjian perdagangan di mana
tuan punya sesebuah perniagaan telah
memberikan lesen kepada usahawan lain
untuk menjual barangan atau
perkhidmatannya dengan menggunakan
cap dagangan, nama dagangan atau hak
cipta perniagaan tersebut.
• Terdapat dua pihak dalam
perniagaan franchise :
i. Francaisor – penjual franchise
ii. Francaisee – pembeli perniagaan
franchise
Francaisor & francaisee boleh
menjalankan aktiviti perniagaan secara
berasingan
PROSEDUR PENUBUHAN MILIKAN
TUNGGAL DAN PERKONGSIAN
• Sesebuah milikan tunggal dan perkongsian
mestilah mendaftar kepada Pendaftar
Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
• Prosedur menubuhkan perniagaan milikan
tunggal dan perkongsian adalah melalui proses :
i. Mengisi borang carian nama – PNA 42
ii. Mendaftarkan perniagaan (setelah nama
diluluskan)
STRUKTUR ORGANISASI TASKA
PENGUSAHA
PENYELIA
PENGASUH PENGASUH PENGASUH PENGASUH
BAYI BAYI KANAK-KANAK KANAK-KANAK
(1-3 TAHUN) (3-4 TAHUN)
(0-6 BULAN) (6-12 BULAN)
Individu yang terlibat sebagai kakitangan TASKA perlu memahami tanggung jawab dan
kewajipan terhadap keberkesanan pengurusan TASKA.
STRUKTUR ORGANISASI TADIKA
PENGERUSI/
GURU BESAR
PENYELIA
GURU TADIKA GURU TADIKA GURU TADIKA
PROFESIONALISME DALAM BIDANG
PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
DEFINISI PROFESIONALISME
- Seseorang yang mempunyai ciri, semangat,
kaedah, prinsip, tingkah laku beretika dan
memahami konsep profesionalisme berbanding
amatur.
- Berkait dengan kepakaran atau pengetahuan
yang khusus dalam sesuatu bidang dan
memenuhi semua kelayakan standard yang
ditetapkan.
- Profesionalisme dalam bidang asuhan dan
didikan awal kanak-kanak bermaksud sesuatu
pengetahuan dan kemahiran yang terdapat
dalam diri seseorang pendidik/ pengasuh yang
mencerminkan kecekapan dan kebolehannya
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
- Profesionalisme bergantung kepada pengalaman,
latar belakang dan latihan yang diperoleh
seseorang.
IMEJ DAN SIKAP
PROFESIONAL
PROFESIONALISME TABIAT BEKERJA
DALAM PROFESIONAL
PENDIDIKAN AWAL HUBUNGAN
KANAK-KANAK PROFESIONAL
IMEJ DAN SIKAP PROFESIONAL
- Penampilan sama ada cara berpakaian dan
jenis aksesori yang digunakan.
- Cara berinteraksi dan berkomunikasi
dengan persekitaran.
- Sentiasa menjaga keterampilan dan
kebersihan diri.
TABIAT BEKERJA PROFESIONAL
- Memahami peranan dan spesifikasi tugas
dengan mendalam.
- Menerima latihan profesional yang
berkaitan bidang.
- Terbuka untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran diri.
- Tidak membawa masalah peribadi ke
tempat kerja.
HUBUNGAN PROFESIONAL
- Menjaga hubungan baik antara pendidik/
pengasuh dengan ibu bapa.
- Memahami budaya keluarga kanak-kanak.
- Menghormati bangsa dan kaum lain.
- Menghormati kepercayaan dan agama lain.
- Memahami batas pergaulan.
ETIKA DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
- Etika merupakan peraturan, panduan atau
kod (code of conduct) bagi sesuatu
perkhidmatan yang ditawarkan yang akan
membantu individu memahami peranan,
tanggungjawab, sikap dan tingkah laku.
- Kod etika :
- Pernyataan nilai sesuatu profesion.
- Memastikan bahawa kualiti
profesionalisme berada pada tahap yang
tinggi.
- Memastikan bahawa keterampilan,
maruah dan integriti seseorang adalah
terjaga.
- Pernyataan prinsip seorang profesional.
ADVOKASI KANAK-KANAK
- Advokasi kanak-kanak merujuk kepada
pelbagai individu, profesional dan
organisasi advokasi yang bercakap tentang
kepentingan terbaik kanak-kanak.
- Seseorang individu atau organisasi yang
terlibat dalam pembelaan biasanya
bertujuan untuk melindungi hak kanak-
kanak.
TUJUAN ADVOKASI
1. Menerap dan memupuk kesedaran
tentang pentingnya tanggungjawab
melindungi kanak-kanak kepada semua
lapisan masyarakat termasuk
mewujudkan perkongsian pintar (smart
partnership) dengan pihak media dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
termasuk sektor swasta dan organisasi
masyarakat.
2. Memastikan mereka yang berurusan
secara langsung dengan kanak-kanak
berupaya mengenal pasti dan seterusnya
melaporkan kes-kes pengabaian,
penderaan, keganasan dan eksploitasi.
3. Menggalakkan penyediaan persekitaran
yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak.
4. Menggalakkan setiap organisasi
mewujudkan dasar dan peraturan
mengenai perlindungan kanak-kanak.
5. Kanak-kanak dan anggota masyarakat
termasuk pengamal undang-undang,
penuntut jurusan undang-undang, pendidik,
pekerja sosial, doktor, anggota penguat
kuasa (seperti pegawai polis dan imigresen),
pemandu pengangkutan awam (seperti bas
dan teksi) dan pengawal keselamatan diberi
kefahaman mengenai hak kanak-kanak di
bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-
Kanak (CRC) dengan fokus kepada aspek
perlindungan.