Pengucapan awam -
Syarahan
Yang dihormati, pensyarah bagi subjek kod kursus BMMB 1134 Keterampilan Bahasa
iaitu Puan Arbiah dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Selamat petang dan salam
1 Malaysia. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
“Budi Bahasa, Budaya Kita”.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa anda semua di sini pernah mendengar
ungkapan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’. Namun, adalah kamu mengetahui maksud
ungkapan ini? Ungkapan ini merupakan satu kempen yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan bagi menerapkan sikap budi bahasa dalam kehidupan masyarakat.
Sebenarnya, sikap berbudi bahasa ini bukanlah susah sangat. Perbuatan mudah seperti
mengucapkan terima kasih pun sudah dikira sebagai sikap berbudi bahasa. Walau
bagaimanapun, pihak kerajaan masih menganjurkan kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’
kerana golongan muda kini semakin terlibat dalam masalah sosial serta tidak
menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.
Hadirin yang dikasihi,
Dengan mengamalkan sikap budi bahasa ini, seseorang mampu memperoleh banyak
manfaat dan faedah yang paling utama yang diterima adalah seseorang akan disukai
oleh orang ramai. Jika kita saling membantu orang yang berada dalam kesusahan, sudah
tentu kita akan disukai orang ramai sekaligus orang ramai inilah juga yang akan
membantu kita ketika kita sendiri menghadapi masalah.
Kesimpulannya, masyarakat Malaysia seharusnya menerapkan sikap berbudi bahasa
dalam diri agar dapat hidup dengan aman damai. Bak kata pepatah, “hancur badan
dikandung tanah, budi baik dikenang juga”.
Bagi mengakhiri syarahan saya pada hari ini, saya ingin memohon maaf jika saya
tersilap kata atau terlanjur bicara.
Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.