E FOLIO
MPU 23012
PENGAJIAN ISLAM
EKSTREMISME DALAM
BERAGAMA
NAMA PENSYARAH;
USTAZAH ROHANI BINTI ABDUL RAZAK
KUMPULAN
NURUL ASIKIN BINTI
NURUL SYAWANI ELISHA
DARMADJIANTO BINTI ELIAS
19DPM21F2012
19DPM21F2018
ANIS ALISYA BINTI NURUL ALIAA BINTI
AMTYAZAHMAD MAZLAN
19DPM21F2051
19DPM21F2057
KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN EKSTREMISME DALAM
BERAGAMA 1
OBJEKTIF EKSTREMISME DALAM 2
BERAGAMA 3
4
PENGERTIAN ISLAM 5
MAKSUD EKSTREMISME 6
GOLONGAN AGAMAWAN PERLU BANTU 7-8
TANGANI EKSTREMISME
9-11
KEBURUKKAN EKSTREMISME DALAM
BERAGAMA 12
TANDA-TANDA EKSTREMISME DALAM 13-16
BERAGAMA 17
18
PUNCA-PUNCA EKSTREMISME DALAM 19
BERAGAMA
KESAN-KESAN EKSTREMISME DALAM
AGAMA
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
EKSTREMISME DALAM AGAMA
LAMPIRAN
KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGHARGAAN
ِبْس ــــــــــــــــــِم ِهللا الَّرْحَم ِن الَّرِح ْيِم
Assalamualaikum dan semoga sihat selalu.
Alhamdulilah dan syukur kehadrat ilahi kerana kami
telah berjaya menyelesaikan tugasan e-folio ini
dengan jayanya. Kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah MPU 23012 kami
iaitu Ustazah Rohani Binti Abdul Razak diatas
tugasan e-folio ini dan mendorongnya kepada kami
sepanjang tugasan ini berlangsung. Kami juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan ampun maaf
kepada mereka yang membantu kami dalam
melaksanakan tugasan e-folio ini secara langsung
atau tidak langsung hingga dapat menjayakan
tugasan ini dengan baik. Syukur alhamdulilah dalam
menyiapkan tugasan ini banyak yang telah kami
pelajari sepanjang proses penyiapkan tugasan e-
folio ini dijayakan. Sikap kerjasama yang di
tunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan
hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan e-
folio ini.
PENGENALAN
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk berakhlak mulia dan berpegang
kepada ajaran Al-Quran. Dengan itu, kita akan bertindak mengikut
perasaan dan berfikir secara waras. Namun, sebahagian umat Islam
bertindak sebaliknya dengan mengikut ajaran yang bertentangan dengan
ajaran Islam. Antaranya ialah semangat radikalisme ataupun bertindak
secara radikal yang bermaksud berlebihan dalam memahami sesuatu
fahaman dalam beragama.
Ekstremisme pula berasal daripada perkataan ekstrem yang bermaksud
hal yang berkenaan faham atau kepercayaan yang keterlaluan atau
berlebihan dan bertindak melampaui batasan. Mereka yang bertindak
secara radikal dan ekstrem sering menentang ajaran yang benar dan
melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kerana
mereka merasakan berada di jalan yang benar. Antara golongan popular
di Malaysia yang sering kita lihat dan dengar antaranya adalah golongan
Liberal, LGBT, golongan yang memperjuangkan hak sama rata jantina,
Anti-hadis dan Syiah serta golongan Daesh atau Isis. Golongan-golongan
seperti mereka boleh mendatangkan impak negatif kesan buruk kepada
umat Islam kerana mereka tidak mengamalkan ajaran Islam yang benar.
OBJEKTIF
Objektif utama dalam menyelesaikan tugasan E-folio ini adalah :
1. Mengenal pasti maksud ekstremisme dalam agama.
2. Menyelidik golongan agamawan perlu bantu tangani ekstremisme.
3. Menyenaraikan keburukan ekstremisme dalam beragama.
4. Menyelidik dan mengenal pasti tanda-tanda ekstremisme dalam agama.
5. Mengetahui punca-punca ekstremisme dalam agama.
6. Mengenal pasti kesan-kesan ekstremisme dalam agama.
7. Menyelidik Langkah-Langkah mengatasi ekstremisme dalam agama.
PENGERTIAN ISLAM
Islam merupakan agama yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada
Nabi Muhammad yang digelar
Rasululllah iaitu utusan Allah SWT.
Perkataan Islam berasal dari
Bahasa Arab yang bererti sejahtera,
aman dan harmoni.
Penganut Islam dipanggil Muslim (orang
Islam) serta Muslimin (lelaki Muslim) dan
Muslimat (perempuan Muslim). Agama
Islam bertuhankan Allah SWT dan
menggunakan kitab suci Al-quran (wahyu
yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Muhammad melalui perantaraan
Malaikat Jibril) serta hadis (perkataan dan
perbuatan para nabi terutama Nabi
Muhammad (sebagai sumber rujukan
mereka tentang agama Islam.
Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi
sempurna dengan segala peaturan dan
undang-undang yang merangkumi
penyususnan kehidupan manusia, baik yang
mengenai orang perseorangan,
kekeluargaan, kemasyarakatan dan
kenegaraan sekaligus menghubungkan
manusia dengan Tuhan dan manusia
dengan alam sejagat bagi menjamin
kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan
dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
MAKSUD EKSTREMISME
DALAM BERAGAMA
Ekstremisme Islam ialah pendekatan Islam yang berpendirian bahawa
agama Islam dan para pengikutnya harus memperjuangkan taraf politik dan
agama mereka secara agresif. Serupa dengan kenyataan bahawa orang
militan Muslim hanya merupakan sebahagian para penganut agama Islam,
begitu juga penyokong-penyokong keganasan dan terorisme hanya
merupakan sebahagian para penganut Islam Militan. Oleh sebab Islam
Militan seringnya dikaitkan dengan keganasan dan terorisme, maka
penamaan seseorang sebagai pengikut Islam Militan kini seringnya
menimbulkan banyak perbalahan. Para pengkritik yang menentang
penamaan ini sering mendakwa bahawa terdapat sikap berat sebelah
dan/atau prasangga terhadap penggunaan istilah ini.
Kelompok-kelompok yang menyokong Islam sebagai satu gerakan poltik
sedang bergerak balas terhadap keadaan-keadaan politik dan sejarah yang
rumit yang berakar umbi di kawasan tempatan masing-masing.
Umpamanya, kebangkitan parti Jamaat-e-Islami yang konservatif di
Bangladesh tidak akan dapat dimungkinkan tanpa gerak balas orang awam
yang meluas terhadap amalan rasuah kerajaan sekular Liga Awami di
negara itu. Akan tetapi sejarah politik tempatan yang rumit ini hilang
sekaligus dalam reduksionisme istilah yang terlalu mudah, umpamanya
istilah fundamentalisme Islam, yang akhirnya tidak dapat memberikan
banyak penerangan kecuali menyalahkan berbagai-bagai masalah
keagamaan yang dihadapi bersama-sama oleh negara-negara kurang maju,
termasuk keganasan dan kekurangan demokrasi.
Sebenarnya, penggunaan istilah "sikap militan Islam" adalah terlalu luas
sehingga merangkumi sebarang gerakan pemberontakan di mana-mana
negara Islam. Oleh itu, gerakan-gerakan nasionalisme, marxisme, dan
kelompok etnik digolongkan bersama-sama sehingga istilah ini hilang
sebarang kandungan ideologi yang benar. Satu-satunya ciri pentakrifan
istilah ini adalah bahawa ia merujuk kepada sikap militan dalam konteks
Islam, akan tetapi ini masih tidak dapat menerangkan apa-apa.
GOLONGAN AGAMAWAN PERLU
BANTU TANGANI EKSTREMISME
Masyarakat berasa semakin terancam dengan
keselamatan diri mereka apabila pengganas radikal
agama menggunakan nama agama semata-mata untuk
melakukan kezaliman. Keadaan ini berlaku kerana
mereka mempunyai fahaman bahawa mereka perlu
menggunakan kekerasan dalam berdakwah sehingga
mereka berpegang teguh untuk menghalalkan
pembunuhan demi menyampaikan dakwah islam
mereka kepada ramai walhal faham tersebut sangat
bertentangan dengan prinsip ajaran islam.
Hal ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 2018, sebuah
gereja dan hotel di tiga bandar yang terletak di Sri Lanka
telah di bom sehingga meragut nyawa seramai 200 orang
manakala 500 orang mengalami kecederaan Ketika
mereka sedang menyambut perayaan bagi penganut
agama Kristian iaitu "Hari Easter". Bukan itu sahaja,
pengeboman juga dilakukan di tiga tempat ibadah yang
terletak di Surabaya, Indonesia menyebabkan 8 orang
terkorban. Kedua – dua serangan yang berlaku ini
dikatakan mempunyai - kaitann dengan kumpulan
militant yang menggelar diri mereka sebagai negara islam.
Berdasarkan kejadian ini, fahaman sebenar agama islam
yang menolak sekeras-kerasnya perlakuan keganasan
perlu dideahkan kepada seluruh masyarakat hingga
pelusuk dunia. Umat islam perlu mempunyai keberanian
di dalam diri untuk menunjukkan bahawa ajaran islam
mengajarkan ketenangan dan juga serta menolak segala
perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Secara
kesimpulannya, golongan radikal islam ini dianggap
sebagai "Human Bomb" kerana mereka boleh muncul di
mana sahaja dan melakukan keganasan
kepada sesiapa sahaja.
KEBURUKKAN EKSTREMISME DALAM
AGAMA
Larangan ke atas yang ekstrem ini adalah disebabkan ia mengandungi
beberapa keburukan iaitu:
1. la dibenci kerana tidak dapat diterima oleh tabiat manusia yang normal
dan kebanyakan manusia tidak mampu bersabar dengannya.
2. Sikap ekstrem ini tidak panjang usianya dan mengikut adatnya tidak
dapat berterusan kerana manusia mempunyai tenaga yang terhad.
Akhirnya, ia menjadi letih dan merasa bosan. Perkara yang lebih malang
lagi, ia bertukar sikap melampau kepada lalai dan alpa.
3. Ekstrem ini melanggar hak-hak orang lain yang wajib dipelihara dan
kewajipan yang mesti ditunaikan seperti kata hukama","tidakaku lihat
'berlebihan' melainkan di sampingnya ada hak yang diabaikan."
TANDA-TANDA EKSTREMISME DALAM
AGAMA
1. Fanatik terhadap sesuatu pendapat dan tidak menerima pendapat
yang lain.
Di sini, fanatik membawa maksud apabila seseorang itu terlalu jumud
(keterlaluan) terhadap fahamannya sehingga tidak memberi peluang
kepada fahaman lain terhadap kemaslahatan (kepentingan) manusia,
tujuan-tujuan syarak dan realiti semasa. Mereka juga memilih untuk
menolak pendapat orang lain dengan menganggap dirinya berada dalam
hidayat dan pendapat lain berada dalam kesesatan seolah-olah pendapat
mereka adalah wahyu.
2. Memaksa orang ramai dalam perkara yang Allah SWT tidak
wajibkan.
Golongan ini biasanya lebih cenderung untuk memaksa dan menutup
pilihan yang ada dan mereka juga lebih mewajibkan satu pendapat sahaja
daripada banyak pendapat dan mengetatkan pendapat yang longgar serta
bercanggah dengan ajaran islam yang sebenar.
3. Bersikap keras atau kasar (tasydid) pada bukan tempatnya.
Keras atau tasydid membawa maksud seseorang yang berpegang kepada
pendapat yang ketat dan melupakan perkara yang teras iaitu
membetulkan akidah tidak kira dalam masyarakat bukan Islam, kaum
yang baru mengenal Islam atau yang baru hendak mengubah diri nya
kepada arah kebaikkan. Sepatutnya, mereka perlu bermudah-mudahan
sahaja dalam beberapa hal atau masalah cabangan (furu') dan beberapa
perkara yang diselisihkan (khilafiyah) dan tumpukan kepada perkara
akidah. Perkara ini turut bercanggah dengan dengan konsep tadarruj
(beransur-ansur) yang sebenar seperti mana ajaran Nabi Muhammad
SAW yang telah mengutuskan Mu'adz ke Yaman.
TANDA-TANDA EKSTREMISME DALAM
AGAMA
4. Kasar dalam pergaulan atau berinteraksi.
Golongan ini biasanya menggunakan bahasa yang kasar, kesat dalam tutur
kata dan keras dalam menyampaikan dakwah. Mereka biasanya
melabelkan sasaran yang diberi dakwah itu seolah-olah mereka tiada
harapan untuk bertaubat mahupun diampunkan dosanya oleh Allah SWT.
Islam hanya membenarkan kekerasan itu hanya pada dua tempat iaitu
ketika di medan peperangan ketika berhadapan dengan musuh dan ketika
melaksanakan hukuman syarak keatas orang yang berhak menerimanya.
Perkara-perkara ini telah bercanggah dengan etika dakwah
Islam yang sebenar.
5. Berburuk sangka terhadap orang lain dengan membuat tuduhan
yang tidak berasas.
Golongan ini biasanya melihat orang ramai sebagai masyarakat yang
jahiliyah yang tiada kebaikan dan penuh kejahatan. Selain itu, mereka juga
selalu melontarkan tuduhan yang tidak berasas. Allah SWT sangat
melarang sikap seseorang yang mempunyai sikap mensucikan diri dan
memburukkan orang lain.kita sebagai seseorang jangan pernah
membangga- banggakan diri dengan melakukan perkara kebaikan dan
mengkeji seseorang yang melakukan kejahilan dalam kehidupan mereka.
6. Mengkufurkan orang lain dengan sesuka hati.
Kemuncak sikap ekstremisme dalam beragama adalah dengan
mengkafirkan setiap orang yang telah melakukan dosa besar,
mengkafirkan orang yang tidak menerima fikiran mereka dan
mengkafirkan orang yang tidak berbaiah (taat) dalam jemaah mereka.
PUNCA-PUNCA EKSTREMISME DALAM
AGAMA
1. Berpengetahuan cetek dalam fahaman agama yang
sebenar
Bertindak mengikut sesuatu hukum Islam adalah salah. Hal
ini demikian kerana, mengakibatkan agama tidak difahami
daripada sumber yang benar. Sebagai contoh, Al-quran, hadis,
ijmak dan qias. Kejahilan tidak melahirkan ekstremisme
sebaliknya akan membuat ilmu agama dianggap sebagai
"setengah masak". Sebagai contoh, seseorang itu menganggap
dirinya bertaraf seorang ulama atau guru yang bertaraf dunia
sedangkan dirinya tidak mampu membezakan di antara
perkara baik mahupun buruk.
PUNCA-PUNCA EKSTREMISME DALAM
AGAMA
2. Terlalu taksub dan fanatik dalam beragama
قل يأهل الكتب لا تغلوا في دينكم غير الحق ولا تتبعوا أهواء قوم قـد ضـُلوا من
قبل وأضلوا كثيرا
وضلوا عن سواء السبيل
Maksudnya: "Katakanlah: 'Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu
melampau - lampau dalam agama kamu secara tidak benar,
dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang
telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak
manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh)
)dari jalan yang betul”. (Surah Al-Maidah ayat 77
Budaya fanatik dan taksub merupakan satu budaya yang
negatif. Istilah fanatik disini membawa maksud kepada sikap
yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan
atau pendirian dan kebiasaannya berkaitan dengan
keagamaan. Ia di sama ertikan dengan taksub. Sikap fanatik
dan taksub ini adalah pembawaan yang memandang hanya
diri atau kumpulan sendiri sahaja yang betul, manakala pihak
yang lain adalah salah. Malah secara berani menuduh pihak
yang berlainan pendapat sebagai jahil dan bodoh. Pihak yang
.tidak menuruti pemikirannya dianggap fasik dan derhaka
PUNCA-PUNCA EKSTREMISME DALAM
AGAMA
3. Penyebaran ekstremisme melalui kemajuan
teknologi maklumat (IT):
Internet dan media sosial adalah medium yang paling efektif
bagi golongan ekstremisme untuk membuat propaganda.
Internet dan media sosial menyediakan pelbagai ruang untuk
pengguna memuat naik pelbagai bahan. Sebagai contoh, info
negara, maklumat yang kurang difahami dan sebagainya.
Internet dan media sosial juga menjadi platform utama
penyebaran ekstremisme, radikalisme dan terorisme yang
memiliki nilai tambah bagi kemampuan berkomunikasi,
mengorganisir, merekrut dan melatih orang dari seluruh
dunia menjadi teroris. Tambahan pula, negara kita
merupakan negara yang tinggi dalam penggunaan Internet
dan media sosial. Hal ini kerana, masyarakat di negara kita
hampir kesemuanya telah mempunyai kemudahan
Internet yang mencukupi.
KESAN-KESAN EKSTREMISME DALAM
AGAMA
1. SIKAP ISLAMOPHOBIA YANG SEMAKIN BERLELUASA
DAN PENINDASAN TERHADAP ORANG BERAGAMA ISLAM
2. KERESAHAN DI KALANGAN UMAT ISLAM TIMBUL
3. KECUAIAN DAN KELALAIAN MANUSIA TERHADAP
TANGGUNGJAWAB YANG PERLU DILAKSANAKAN.
4. FIKIRAN GENERASI MUDA LEBIH MUDAH DIRACUNI.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
EKSTREMISME DALAM AGAMA
Setiap masalah pasti ada penyelesaian oleh itu, kita perlu
mengambil langkah yang berkesan dan konsisten bagi
mencegah ekstremisme berlaku semakin berleluasa.
Pencegahan ini bukan sahaja bergantung kepada langkah
penguasaan undang-undang,risikan dan ketenteraan sahaja.
Tetapi ianya perlu dilakukan dari akar umbi .Oleh itu terdapat
beberapa langkah yang boleh diimplentasikan bagi megatasi
masalah ini. Antara langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan ialah.
1. Peranan institusi agama
POLISI Secara generalnya, beberapa agensi perlu bergerak
seiring dengan pemasalahan ini bagi membendung ancaman
ekstremisme .Oleh itu, jabatan-jabatan agama negeri dan
persekutuan perlu mengambil pendekatan yang baik bagi
membendung penularan kumpulan ekstremisme sebagai
contohnya mengadakan pelbagai aktiviti kepada masyarakat
seperti menyediakan kempen kesedaran "jauhi kumpulan
ekstremisme"
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
EKSTREMISME DALAM AGAMA
2. Peranan ibu bapa menerapkan ilmu agama
Golongan ekstremisme ini merupakan golongan yang
menggunakan islam sebagai membela islam sendiri
.Rentetan itu, golongan ini hanya menggukan kuasa mereka
sahaja tanpa mengetahui hukum dan ilmu islam.sehubungan
itu, ibu bapa tidak perlu memandang enteng dengan konflik
ini kerana golongan ekstremisme boleh berlaku kepada
sesiapa sahaja terutamanya generasi muda. Memandangkan
ibu bapa adalah individu yang terdekat dengan anak anak, ibu
bapa harus memainkan peranan penting dalam membina
sesebuah keluarga yang harmoni, tambahan pula setiap
tindakan ibu bapa dijadikan tauladan oleh anak-anak. Sebagai
contohnya, ibu bapa boleh meluangkan masa bersama anak-
anak dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji, membawa
anak solat ke masjid dan mendengar ceramah. Dengan
adanya dorangan ibu bapa ini, anak-anak dapat mempelajari
ilmu agama sekaligus dapat membina sahsiah yang baik dan
dapat membezakan mana yang baik dan buruk sebelum
melakukan apa - apa tindakan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
EKSTREMISME DALAM AGAMA
3. Peranan institusi pendidikan
Sekolah dan universiti merupakan pusat menuntut ilmu atau
lebih dikenali sebagai arkitek mencorak masa depan. Oleh
itu, sebagai tenaga pengajar, guru haruslah sinergi dalam
aspek membangunkan pelajar yang cemerlang dari segi ilmu,
akhlak dan akidah. Bagi membanteras golongan ekstremisme
berlaku dikalangan perlajar, pihak pengajar harus mengambil
tindakan yang sewajarnya dengan menganjurkan seminar
atau wacana sebagai satu medium yang mudah untuk
menyampaikan infomasi kepada para pelajar tentang
kefahaman dan kesedaran yang perlu dideterapkan di jiwa
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
EKSTREMISME DALAM AGAMA
4. Peranan institusi keselamatan
Pihak berkuasa seperti polis dan kementerian pertahanan
sememangnya telah memainkan peranan penting dalam
mengekang kempulan ini terjerumus terus menerus berlaku
LAMPIRAN
KESIMPULAN
Pada era globalisasi ini, fahaman ekstremisme telah menjadi
isu hangat yang boleh mempengaruhi individu melakukan
kekerasan dan penindasan. Isu ini sering diperkatakan
kerana kejahatan ini sering dapat di lihat di kaca
televisyen,dada akbar dan media massa. Namun, perkara ini
juga perlu kita fahami dan mencari jalan pencegahannya
dengan kadar segera. Mencegahnya adalah tanggungjawab
bersama. Oleh itu, semua pihak perlulah memberi komitmen
bagi mencegah pemasalahan ini agar tidak terus menerus
berleluasa .individu, masyarakat dan negara perlu peka dan
mengambil tahu tentang isu semasa supaya tidak terlepas
pandang jika berlakunya ekstremisme ini .fahaman
ekstremisme tidak sesuai dengan ajaran islam dan tidak patut
digalakkan dalam islam malah fahaman ini merosakkan
bangsa. Oleh itu, umat islam perlu berikthiar dan bersama
sama menghapuskan fahaman ini sebelum semakin diterima
di kalangan umat islam.
RUJUKAN
1. http://www.alirsyad.sch.id/read/156/www.alirsyad.sch.id
2. www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/40 21 0/golongan-
agamawan-perlu-bantu-tangani-ekstremisme
3. http://uniselpkpim.blogspot.com/2009/09/pengertian-ekstremisme himl
4. https://www.deci.net/HIKMAHykl/ekstremisme-dalam- kalangan-muslim
5.https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/4085/1954/100
94
6. https://www.antaranews.com/berita/2299946/pakar-peluang-tni-lawan-
ekstremisme-lewat-kontra-perang-hibrida
7. http://uniselpkpim.blogspot.com/2009/09/pengertian-ekstremisme.html
SEKIAN
TERIMA
KASIH!