The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah seorang pelajar perempuan dan rakan karibnya membantu seorang nenek tua yang uzur dan keseorangan di sebuah kampung.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11272625, 2022-05-24 10:40:07

Satu Harapan

Kisah seorang pelajar perempuan dan rakan karibnya membantu seorang nenek tua yang uzur dan keseorangan di sebuah kampung.

Satu harapan

Widad ialah seorang pelajar darjah 6 Delta dari Sk Zainab 2.Dia seorang murid yang sangat rajin.Semua
rakan-rakan dan guru suka kepadanya kerana dia sangat rajin dan berketerampilan.Hobinya suka menolong
orang.

Dia selalu mengikuti ibunya dalam kerja-kerja amal yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.Ibunya seorang
yang amat aktif dalam kerja-kerja amal.Dia pula suka mengikut ibunya kerana dia dapat menimba
pengalaman sambil menolong orang ramai.

Suatu hari ibu Widad iaitu Cik Aswa mendapat panggilan telefon daripada sebuah Agensi
Kemasyarakatan untuk satu misi bantuan seorang nenek tua bernama Nek Timah di sebuah kampung.

Selepas Widad pulang dari sekolah,Cik Aswa segara memberitahu Widad tentang khabar gembira
itu.Setelah mendengar penjelasan dari ibunya, Widad tidak sabar-sabar untuk memulakan misinya itu.
Didalam fikirannya bermacam macam perkara telah dia aturkan.Segala doa dan harapannya selama ini
termakbul.Widad menanyakan ibunya jika dia boleh membawa kawan-kawan karibnya untuk datang
menolong nenek tua itu,ibunya juga bersetuju dengan permintaannya.

Dengan bantuan Encik Google Widad memulakan pencarian kisah nenek tua tersebut,khabarnya sudah
tular di media sosial.Alangkah terkejutnya dia,rupanya kisah nenek tua itu telah mendapat liputan di media
sosial dua tahun yang lalu.Namun nasibnya masih tidak terbela.Widad terpanggil untuk memulakan misi
bantuannya.

Widad tidak keseorangan kerana dia mempelawa lima orang sahabat karibnya untuk melaksanakan
misi..Dengan berbesar hati kawan-kawanya menerima pelawaan dari Widad dan sanggup menghulurkan
bantuan dari segi masa,tenaga dan wang.

Widad dan rakan-rakanya memulakan misi bantuan mereka dengan pemantauan Cik Aswa.Mereka juga
membawa bekalan makanan,barang-barang keperluan asas dan ubat-ubatan yang boleh digunakan untukNek
Timah itu.

Atikah,Fatimah ,Siti,Sarah,Lily dan Widad memulakan perjalanannya menuju ke rumah nenek
tersebut.Mereka berenam sangat teruja kerana cuti sekolah kali ini dipenuhi dengan aktiviti amal yang
sering mereka nantikan.

“Widad,berapa lama lagi perjalanan kita?” Tanya Lily.“Kita mengambil masa dalam sejam lagi kerana
rumah Nek Timah ini berada di seberang kampung sebelah” Jawab Widad. “Saya difahamkan bahawa Nek
Timah ni tinggal seorang diri ya Widad?”Tanya Atiqah. “Ya betul Atikah,sudah lama dia tinggal seorang
diri,dia ditinggalkan oleh anak lelakinya selepas anaknya mula berkerja di Kuala Lumpur.” “Ya Allah
kesiannya,sepatutnya Nek Timah ni lebih terbelalah nasibnya selepas anaknya berkerjaya,ini sebaliknya”
balas Atikah dengan penuh rasa kecewa. “Hmm, kita tak tahukan apa tejadi sebernarnya.Yang menentukan
segalanya adalah Yang Maha Esa” Balas Widad.

Mereka semua berada di depan rumah Nek Timah “Assalamualaikum Nek Timah.” Mereka berenam
beberapa kali memberi salam barulah mereka terdengar sayup-sayup suara Nek Timah dari arah dapur.
“Waalaikumusalam nak, masuklah pintu tak berkunci,” sahut Nek Timah. Dengan memulakan langkah
kanan,Widad hendak membuka pintu. Alangkah terkejutnya mereka, melihat susuk tubuh Nek Timah yang
tidak bermaya sedang mengesot dari dapur membawa sepinggan nasi kosong.

“Ya Allah nek,duduk nek. Biar saya tolong bawakan.Nenek belum makan ya?” Tanya Widad kepada
Nek Timah.Sempat Siti memandang ke arah jam tangannya.”sudah jam tiga lima belas petang,belum makan
lagi?”bisik Siti kepada Widad.

“Nek duduk ya nanti saya suapkan”kata Widad.Runtuh jiwa melihat nasi kosong di dalam pinggan
menjadi santapan seorang nenek tua yang uzur”Sepatutnya dia amat memerlukan perhatian sepenuhnya,”
bisik hati kecil Widad.

“Nak jangan bersedih.Memang nenek dah biasa.Inilah hidangan makanan nenek.Cukup untuk mengalas
perut sehari-hari.Alhamdullilah, rezeki Allah bagi kepada nenek” balas Nek Timah.Mungkin dari raut wajah
Widad yang sedih melihat keadaan dirinya,menyebabkan Nek Timah berkata demikian.

Sesudah selesai Widad menyuapkan makan Nek Timah,Mereka semua memulakan bicara dengan Nek
Timah.Mereka bertanya serba sedikit tentang keadaan kesihatannya,kehidupan sehari-harinya ,Mereka
meminta izin untuk datang setiap hari bergilir-gilir antara kami berenam untuk memastikan keadaan Nek
Timah selamat.

Alangkah gembiranya hati Nek Timah menerima pelawaan bantuan kami .Sunyi katanya duduk sendirian,
sekurang-kurangnya ada teman untuk berbual.

Kami meninjau-ninjau sekitar halaman rumah Nek Timah.Rumput dan semak samun sudah
meninggi.Ketika kami di halaman rumah,kami menyapu dedaun kering yang berguguran,Allhamdullilah
Allah utuskan kami penduduk-penduduk kampung yang prihatin.Mereka menegur kami dan mempelawa
untuk menghulurkan bantuan.

Mengikut cerita penduduk kampung,Nek Timah ialah seorang yang sihat,kuat dan cerdas sebelum ini.Dia
selalu pergi ke masjid dan bergaul dengan orang kampung.Tetapi, Nek Timah mendapat kemurungan selepas
ditinggalkan oleh anak tunggalnya. Selepas itu,dia lebih selesa bersendirian.Jiran-jirannya adalah sesekali
datang bertanya khabar dan menjengok keadaan NekTimah.Namun,mereka tidak melawat Nek Timah selalu,
kerana masing-masing sibuk bekerja.

Alhamdullilah dengan bantuan beberapa penduduk kampung,semak dan rumput yang meninggi sudah
ditebas dan dipotong.Ada atap rumah yang bocor segera mereka betulkan.Sungguh terharu kerana melihat
mereka semua berkejasama.Kerja yang berat dapat diringankan dengan bantuan mereka semua.Bak kata
orang-orang tua,bukit sama didaki,luruh sama dituruni.

Kami berjanji tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan untuk membantu Nek Timah.Dengan niat
yang ikhlas dan usaha yang bersungguh-sungguh,kami berjaya mengumpul dana buat Nek Timah.Kami
hebahkan melalui pelbagai jenis media sosial,syukur kehadrat ilahi kerana usaha kami kami dapat
meringankan beban Nek Timah.

Inilah kisah sebuah harapan.Harapan saya juga supaya Nek Timah dapat menikmati kebahagian meniti
hari-hari bersama semua anaknya.Kita sebernarnya satu keluarga,kita kena menolong satu sama lain seperti
pepatah melayu yang berbunyi berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Saya juga berharap suatu hari nanti
saya dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang dalam kesusahan dan memberi sinar harapan yang
baharu buat mereka semua.


Click to View FlipBook Version