The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menganalisis Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wafiqm649, 2022-04-16 21:12:44

Anaslisis KSPK

Menganalisis Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

ANALISIS

KSPK

MATLAMAT

PRASEKOLAH

Prasekolah juga mempunyai matlamat yang tersendiri dalam programnya.

Bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam (4-6)

tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek JERIS melalui persekitaran

pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang

menyeronokkan, kreatif, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang

positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan

mengikuti pembelajaran seterusnya (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

Pada awalnya, potensi atau bakat kanak-kanak akan diasah bermula dalam

program Taska. Apabila kanak-kanak mula melangkahkan kaki kea lam Prasekolah,

prasekolah mula mengembangkan potensi kanak-kanak yang ada. Oleh kerana

Taska dan Prasekolah merupakan program persediaan kepada kanak-kanak untuk

melangkah ke alam pembelajaran formal, pendidik awal kanak-kanak perlulah

sedaya upaya mencungkil potensi yang ada pada kanak-kanak. Di prasekolaj juga

kanak-kanak akan di ajar mengguna konsep belajar sambil bermain dan belajar

secara “hans-on”. Oleh itu kanak-kanak akan berasa seronok untuk ke prasekolah

kerana mereka dapat bermain walaupun sedang belajar. Prasekolah juga melatih

kanak-kanak agar menjadi lebih kreatif, dan membina keyakinan diri kanak-kanak

tersebut. Oleh itu, program Prasekolah banyak membantu kanak-kanak bersedia

untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

KERANGKA KSPK

Selain itu, Prasekolah juga sama seperti Taska kerana ia mempunya kerangka yang

tersendiri. Menurut (KSPK) kerangka dalam kurikulum prasekolah mempunyai enam

kerangka. Kerangka yang pertama iaitu komunikasi. Komunikasi penting dalam kerangka ini

kerana prasekolah mengajarkan kanak-kanak untuk berkomunikasi secara lisan dan bukan

lisan atau dikenali secara verbal dan non-verbal. Seterusnya, kerangka yang kedua ialah

kerohanian, sikap dan nilai. Kerangka ini sebenarnya mendidik kanak-kanak untuk menjadi

manusia yang mulia dan bermanfaat kepada manusia yang lain. Kerangka yang ketiga ialah

kemanusiaan. Kenapa kerangka ini diwujudkan? Kerangka ini diwujudkan kerana dapat

mendedahkan kanak-kanak kepada kemasyarakatan dan alam sekitar serta penghayatan

terhadap semangat patriotisme dan perpaduan kaum. Kerangka KSPK yang seterusnya

ialah keterampilan diri. Kerangka merupakan inisiatif untuk membantu kanak-kanak

memupuk sifat kepimpinan dalam diri kanak-kanak serta sahsiah yang baik melalui

kurikulum dan kokurikulum yang ada di prasekolah. Seterusnya, kerangka yang ke lima

dalam KSPK ialah perkembangan fizikal dan estetika. Kerangka ini sama seperti kurikulum

Taska tapi berbeza matlamatnya iaitu perkembangas jasmani dan kesejahteraan diri

kanak-kanak serta pemupukan daya kreativiti, imaginasi dan apresiasi. Kerangka yang

terakhir ialah sains dan teknologi. Kerangka ini menumpukan sains, kemahiran dan sikap

sainstifik dalam diri kanak-kanak. Oleh itu, KSPK perlu bergantung sepenuhnya dengan

kerangka ini bagi mendapatkan impak yang maksimal terhadap perkembangan kanak-

kanak.

PENUTUP

Kesimpulannya, program Taska dan Prasekolah merupakan program yang terbaik

sebagai persediaan kanak-kanak sebelum masuk ke alam pembelajaran formal.

Namun matlamat Taska dan Prasekolah berbeza kerana perbezaan tahap umur

kanak-kanak. Taska membuat pengambilan kanak-kanak yang berumur 0-4

tahun manakala Prasekolah mengambil kanak-kanak 4-6 tahun. Kerangka yang

digunakan oleh Taska dan Prasekolah juga berbeza namun ada juga persamaan

dalam kerangka tersebut. Rumusan yang dapat saya buat adalah pendidikan awal

kanak-kanak melalui program Taska dan Prasekolah merupakan jalan yang terbaik

untuk kanak-kanak membuat persediaan sebelum menjejakkan kaki ke alam

pembelajaran formal.

pn


Click to View FlipBook Version