The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4,5 4 ZON DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by paramkutty107, 2022-06-11 04:12:12

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4,5 4 ZON DI MALAYSIA

KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4,5 4 ZON DI MALAYSIA

dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.

Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik 16.
Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan perkara
sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka. Tambahan pula,
Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga memberitahu abahnya
bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar sesuatu di kandang
kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing peliharaannya telah hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang

Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila
mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana kambing
itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang. Embong
meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual kambing
kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya atau milik
orang lain.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana
ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan
kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang
ingin merisiknya.

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima lamaran
tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga. Embong
sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu keluarga.
Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya ke Kuala
Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada ikatan Azhari
dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya. Akhirnya,

Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia atas meja.
Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong
telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.

Bab 16: Bisa Ular Tedung

Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan
ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.

Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani
latihan bola jaring. Kemudian, Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu
Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke
sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong. Nek Kiah memberitahu
Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang demi seorang
keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu akan dijual dan
menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju
dengan cadangan neneknya.

Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera

Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya
yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia memeriksa
dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet tersebut
sedangkan adiknya tidak bekerja.

Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut
apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana
dipatuk ular. Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya
untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal
di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat
sebarang keputusan.

Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit

Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia menunggu
bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual. Menurut
Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia menafikannya.

Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang sedangkan Nek Kiah
tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan berbincang tentang perkara itu
dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia mengajarkan anaknya, Ann dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya lemah dalam penulisan sedangkan
peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi. Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran
Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja sebuah kereta Honda Civic milik
Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.

Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu

Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya terus
bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi peperiksaan. Namun
begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana memikirkan adik-adiknya
yang memerlukan penjagaannya.

Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di
kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar
harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke
rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan
Dahlia.

Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah memandang
serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah ada
pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit

Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan dijual.
Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya kepada
Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong menggunakan
kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang yang sedang
dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong leher. Selepas
itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi
membantu meringankan beban ayahnya. Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau
mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.

Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk membayar
harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya dapat terus
tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan bersama-sama.

Bab 21: Hijrah Remaja Harapan

Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai
raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim
turut menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua

kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut berada
di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak menyangka
adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut.

Aton banyak bercakap daripada melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji
Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah
menyebabkan Dahlia bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah
hilang sabar dan hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.

Dahlia terus pulang ke rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia
memberitahu telah banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk
ayahnya dan memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

Bab 22: Kain Merah yang Reput

Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada keluarganya.

Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa kain merah
yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-barang ini menunjukkan selama ini ada orang
yang berhasad dengki terhadap keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-
barang itu kepada Embong tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar
membuangnya ke sungai. Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam.

Dahlia mendapati Nek Kiah sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-
mana di kampung itu. Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah
dan didapati neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

Bab 23: Sinar Kebahagiaan

Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh kawan-
kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia dapat
menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat sahaja,
tidak lebih daripada itu.

Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila mendapati emaknya telah pulang dari
hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu.
Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata
yang terpejam. Panggilan Dahlia juga tidak disahutnya.

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek Kiah
berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan baik. Anak-

anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya ketika beliau
sakit.

Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula melimpah. Abu Bakar
memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah mula mengemas barang-
barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli keluarganya turut berkemas untuk
berpindah ke balai raya.

Dahlia dan keluarganya berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan
penduduk tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada
hikmah yang tersendiri.

Bab 25: Inilah Kampungku!

Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong
sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah juga
tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu.

Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar
penduduk kampung saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran
tetangga. Beliau juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama
menjayakan apa-apa projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat.

Kesan daripada kata-kata Haji Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka
telah bergotong-royong membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti.
Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan
Tauke Lim. Dahlia amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik
Dahlia, rumah baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan

Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh pertunangan
mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat peperiksaannya.
Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan keluarganya.

Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-
kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang pertunangannya. Dahlia
juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari pengalaman.

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah terpilih
untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat tahun.
Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor berdasarkan
pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan belajar bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

Azhari terdengar berita itu ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia
mengucapkan tahniah dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di
Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

Bab 28 : Koi-bito

Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat. Akan
tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas pertunangannya.
Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia.

Dahlia teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke Kuala
Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum juga
sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak ke Kuala
Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada Dahlia sebanyak
RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.

Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17 kilometer
dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu punca
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas berwarna merah
kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya. Azhari
meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana
pun.

• KEKUATAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah ia mempunyai emosi dan juga ketabahan
seorang gadis. Pembaca mestilah menjadi emosi apabila membaca tentang seorang gadis
yang tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan setelah beberapa insiden yang tidak baik.
Pembaca juga berkemungkinan akan menjadi seorang yang tabah selepas membaca novel ini.

• KEKURANGAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Kekurangan yang terdapat dalam novel ini ialah berkemungkinan emosi yang terlebih dan
pembaca tidak mahu membacanya disebabkan tidak mahu beremosional. Selain itu, pembaca juga
berkemungkinan berasa tidak selesa dan mahu membaca novel lain.

• CADANGAN PENABAHBAIKAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Penambahbaikan yang dapat dibuat di dalam novel ini ialah mengurangkan emosi. Selain itu,
memastikan semua golongan umur boleh membaca novel ini.

PENGENALAN NOVEL TIRANI

• CERITA RINGKAS

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan
melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan
yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan
rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit
jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang
tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya,
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid
terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

• BIOGRAFI PENULIS NOVEL TIRANI

Novel ini telah ditulis oleh Beb Sabariah atau Bibi Sabariah Hj Abang Awet yang merupakan
anak kelahiran Betong, Sarawak. Penulis telah mendapatkan pendidikan ikhtisas/ diploma
dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong
Ibrahim, Johor Bahru. Penulis juga mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999
dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.

• KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL TIRANI

• Novel Tirani
=Sinopsis

Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid
mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.
Waheeda telah membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan
melakukan pembedahan rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan
yang dibentuk, maka datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang
diterokainya telah mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk
Yasser. Kecantikan dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan
rumah tangga malah merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya
bertambah berat dan harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak
larat memikulnya. Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit
jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang
tidak ada mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya,

Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan
menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh
Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid.
Akhirnya mereka dipertemukan di chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid
terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.

Bab 1 : Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang
kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya
Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawankawannya
dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah
mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan
Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan
homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti
pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu
masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay
Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga
pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan
tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

Bab 2

: Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan
institusi pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais
seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang
penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak
kepada rombongan yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda
berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat
kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk
membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi
bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak
Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya. Tidak
beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor
monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa
Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa
ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui
perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk
melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Bab 3 :

Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan
yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi
Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan
Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum
waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan.
Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan Terbang
Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu university
dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Bab 4

: Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan
bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi
niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok
semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda
tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan
diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah.
Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah.
Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka
sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan
harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari.
Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama,
Waheeda juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak
matanya. Waheeda dan Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini,
Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen
perubatan dari hospital di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang
diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Bab 5

: Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan
dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10
jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi

membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima
panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan
menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di
depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda
membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi,
Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma
Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan
bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga
dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang
tabah demi kecantikan wajahnya.

Bab 6

: Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil
masa selama 12 jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani
oleh ibunya yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari
SMC bersamasama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh
ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel
Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Bab 7

: Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda
bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ
juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay
kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba
munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini
semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi
pengalaman dan pandangan.

Bab 8

: Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah
tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada
malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan
oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi
juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya.

Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen
Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga
menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.
Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh
syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet
ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser.
Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan tidak disangka,
Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai
Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri
dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum
tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya,
Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Bab 9

: Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo
Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan
Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan
Kong. Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih
teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa.
Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki
yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa
kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr
Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan
tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr
Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang
benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort. Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak
berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya
masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu,
Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long
Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut,
Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway
telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu
antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan
Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Bab 10

: Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan
untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid
tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia

tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk
Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak
itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke
Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda
terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati makanan tengah hari bersama
Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda
kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak
kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada
kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka
makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada
Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu
yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk
memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu
Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak
mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan
pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Bab 11

: Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah
menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut
Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya
Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa
pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan
Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada
majlis pertunangan itu nanti.

Bab 12

: Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah
digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri
Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus
menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan
tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan
persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan
mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda

mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak
berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa
tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke
SMC untuk mendapatkan rawatan.

Bab 13

: Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan
yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai
RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha
Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong.
Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak
mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat
menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat
diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu
dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia
berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari
Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di
rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi.
Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di
SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia
mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda,
HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada
Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan
Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC
kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu
komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.
Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda berada di
SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak
wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Bab 14

: Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan
daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana
Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah

dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada
saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua
hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan.
Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Bab 15

: Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang
yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran
bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati
wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar
pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda
juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di
bibirnya.

Bab 16 :

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak
member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-
tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini
pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi
Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi
domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah
berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim.
NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid
tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya,
Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersamasama. Namun, Waheeda
tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat
aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa
Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak
lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya
dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan
suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan pelanggan
terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi
milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap
malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan

kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan
Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan perwatakan
Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser
bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang
dimiliki oleh ayahnya.

Bab 17 :

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan
dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading
untuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa
santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah
lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur
mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan
360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal
tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain.
Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia
perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan
kerja, kerenah suami dan macammacam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja.
Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu.
Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila
Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC
dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan
setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid
pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan
kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi
sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan
suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam
kandungan.

Bab 18 :

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup
kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri
Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo
Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy,
Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon
sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda.
Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas
dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi
pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru.

Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya
perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah
dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi.
Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada
tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang
bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah.
Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya,
Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut
Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani
Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Bab 19 :

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif
Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid.
Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen
antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda
teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan
banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling
menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah
telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma
Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya,
Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.
Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh
Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian
DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang
kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid
memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut
lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid.
Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini,
kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang
balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya
Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda. Raidah berasa
senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan
agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Bab 20 :

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda
di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat
rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan
bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet
dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik
Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais
memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais
sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada
Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang
bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya,
bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.
Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya
Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda
sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang
sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz.
Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan
chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan
harinya.

Bab 21 :

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan
cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan
Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih
Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan
mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia
ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-
Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak
langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Bab 22 :

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh
tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri

anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati
dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet IwanaIwani)
telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi
Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar
di chalet itu.

Bab 23 :

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil
menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya
akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan
isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui
bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa
kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga
hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana
dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan
dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati
berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu
chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar
chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara
dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan
mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid
dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di
kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan
menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan
Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan
menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.
Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa
kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor
mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar
terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid,
seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan
bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya,
Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang
dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan
melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Bab 24 :

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya
terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah
entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar
Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis
yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga
ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya Tema dan Persoalan Tema Kecantikan fizikal
bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki

• KEKUATAN NOVEL TIRANI
Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah penulis menunjukkan bahawa kita hendaklah
bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, penulis juga
menceritakan bahawa kita hendaklah berani mengambil risiko atau menghadapinya dalam
sesuatu pekerjaan. Selepas itu, sentiasa tabah dalam menghadapi masalah dalam kehidupan
seharian.

• KEKURANGAN NOVEL TIRANI

Kekurangan yang terdapat dalam novel ini adalah mempunyai banyak bab untuk dibaca. Hal
ini akan menyebabkan pembaca untuk menjadi bosan jika ceritanya semakin pudar atau tidak
menarik. Selain itu, penulis juga mengarangkan cerita dugaan dalam kehidupan terlalu
banyak.

• CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL TIRANI

Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel ini ialah mengurangkan bab supaya mudah
untuk dibaca. Selain itu, penulis juga dapat menjadikan cerita lebih menarik dan juga dapat
mengurangkan cerita dugaan dalam kehidupan.

➢ PENGENALAN NOVEL SILIR DAKSINA

• CERITA RINGKAS

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat
Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga
adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu
dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal
mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia
yang perlu dihuraikan?

• BIOGRAFI PENULIS NOVEL SILIR DAKSINA

Novel komsas Form 5 ini telah dihasilkan oleh Nizar Parman yang merupakan anak kelahiran
Batu Pahat, Johor. Beliau telah menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka
Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah dan merupakan seorang guru di SK
Seri Lalang, Kluang. Novel ini merupakan hasil penulisan sulung beliau dan telah
memenangi tempat kedua sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009 bagi kategori novel
remaja.

KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL SILIR DAKSINA

• Novel Silir Daksina
=Sinopsis

Novel ini mengisahkan Haiqal yang telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah
Kayan berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa
Cina yang tidak dikenalinya. Kampung tersebut merupakan kampung kelahiran Haiqal tetapi
telah menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu telah menarik minat
Haiqal untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun ditentang oleh uminya.
Masyarakat Kampung Seri Purnama menerima kehadiran Haiqal dengan baik. Dia
kemudiannya mula membongkarkan kehidupan sebanar ayahnya melalui orang-orang yang
rapat dengan ayahnya. Haiqal mendapati watak-watak yang dilukis oleh ayahnya didalam
manuskrip tersebut seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan merupakan penggiat aktiviti kebudayaan di kampung tersebut. Beliau juga
adalah guru yang aktif menulis sehingga mewujudkan aksara di kampungnya. Disebabkan
kecintaannya terhadap bidang tersebut, beliau telah meninggalkan keluarganya di Terengganu
dan berpisah dengan Haiqal. Kini, perjuangan itu diwariskan kepada Haiqal. Adakah haiqal
mampu melaksanakan hasrat ayahnya kerana manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia
yang perlu dihuraikan?

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 1

Tersingkap Rahsia

Haiqal sangat tertarik oleh sebuah mansukrip lama yang baru diperolehinya. Sudah seminggu
dia membaca dan membelek-belek manuskrip itu. Haiqal leka dalam alam Abdullah bin
Kayan. Nama itu pernah disebut oleh uminya tetapi uminya tidak mahu menceritakan lebih
lanjut tentang sejarah hidup Abdullah bin Kayan. Ketika Haiqal berusia enam tahun, dia
mendapat tahu bahawa orang yang dipanggil sebagai “walid” bukanlah ayah kandungnya.
“Walid” atau Abdul Fatah ialah ayah tirinya. Namun begitu, ayah tirinya tidak membeza-
bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya; Nurul Aisyah. Ketika umi
menerangkan bahawa Haiqal bukanlah anak kandung “walid”, Haiqal berasa sangat sedih
sekali. Umi memberitahu bahawa ayah kandungnya tinggal berjauhan daripada mereka dan
Haiqal akan tahu segala-galanya apabila Haiqal sudah besar.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 2

Kisah Seorang Teman

Haiqal menemui Ratna di warung milik keluarga Ratna. Mereka berbual-bual tentang masa
depan masing-masing. Ratna bercita-cita untuk membuka restoran sendiri apabila keputusan
SPM Ratna tidak begitu baik. Haiqal pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6. Sekarang,
Haiqal sedang menunggu keputusan STPM. Haiqal sentiasa mendorong Ratna supaya gigih
meneruskan cita-citanya. Haiqal turut memberitahu bahawa tokoh-tokoh dunia seperti
Abraham Lincoln juga pernah gagal berkali-kali sebelum mencapai kejayaan. Ketika mereka
berjalan-jalan di tepi pantai, Haiqal telah menceritakan kisah manuskrip yang diterimanya
beberapa hari yang lalu. Alamat pengirim manuskrip itu sama dengan alamat yang tercatat di
sijil kelahirannya iaitu Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pengirim
manuskrip itu berbangsa Cina yang bernama Ong See Hwa.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 3

Senaskhah Manuskrip Lama

Manuskrip lama yang menceritakan kisah Cikgu Nizam ini merupakan manuskrip yang
diterima dan dibaca oleh Haiqal. Manuskrip lama ini mengisahkan penduduk kampung Sri
Purnama yang aktif dalam aktiviti seni tradisional seperti zapin dan ghazal. Seni tradisional
ini turut mendapat tempat di hati Ai Ling; anak kepada Tauke Lim. Ai Ling minat menari
zapin. Rakan-rakan sebaya Cikgu Nizam seperti Roslan, Ramli dan Sudin juga gigih berlatih
menari zapin. Penduduk kampung Seri Purnama sering berkumpul di warung Pak Dolah.
Cikgu Nizam memuji Ai Ling yang mahir menari zapin. Hubungan bapa Ai Ling iaitu Tauke
Lim dengan penduduk kampung Seri Purnama adalah sangat rapat. Cikgu Nizam
menggalakkan Ai Ling untuk belajar menari zapin. Apabila Cikgu Nizam melihat Ai Ling,
secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya; Aiman. Usia Aiman sebaya dengan usia
Ai Ling.

Hubungan kekeluargaan antara keluarga Cikgu Nizam dengan keluarga Tauke Lim sangat
rapat. Tauke Lim berasal dari Perak. Rumah Tauke Lim dibina di atas tanah yang dibeli
daripada ayah Cikgu Nizam. Sebelum ini, tanah tersebut merupakan kebun getah. Ayah

Cikgu Nizam mengupah orang untuk mengerjakannya kerana dia sibuk mengurus kebun
kelapa sawit. Emak Cikgu Nizam pula tidak berdaya untuk mengerjakan kebun getah kerana
tidak boleh berdiri lama akibat kemalangan. Kemudian, Tauke Lim telah menyewa tanah
tersebut daripada ayah Cikgu Nizam setelah berhijrah ke Parit Raja. Ayah Cikgu Nizam
berasa kasihan akan Tauke Lim kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual
untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu Nizam dan Tauke
Lim bersetuju untuk membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut.

Hubungan antara keluarga Cikgu Nizam dan Tauke Lim semakin rapat sejak Tauke Lim
menyewa kebun getah tersebut. Tambahan pula, Tauke Lim selalu membawa ahli
keluarganya berkunjung ke rumah keluarga Cikgu Nizam. Mereka selalu minum petang
bersama-sama. Tauke Lim seorang yang rajin. Pada waktu pagi, dia menoreh getah manakala
pada waktu petang, Tauke Lim akan mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil
kampung. Sebagai contohnya, buah pinang, getah beku atau getah sekerap, biji kopi dan
pisang. Kemudian, dia akan menjualnya di bandar. Tauke Lim juga sentiasa membersihkan
kebun getah yang disewanya. Hasil kegigihan Tauke Lim, dia berjaya mengumpul wang
untuk membeli setengah ekar daripada kebun ayah Cikgu Nizam. Tanah yang dibelinya itu
telah dijadikan tapak rumah. Hubungan antara keluarga Tauke Lim dengan penduduk
kampung Sri Purnama sangat rapat sekali. Apabila ada majlis kenduri-kendara, dia pasti akan
turut bersama-sama penduduk untuk bergotong-royong. Tauke Lim juga sentiasa bermurah
hati untuk menaja jamuan untuk setiap majlis keramaian di kampung. Ketika ayah Cikgu
Nizam masih hidup, dia menganggap bahawa anak-anak perempuan Tauke Lim iaitu Ai
Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri. Hidup ayah Cikgu Nizam sunyi setelah kematian
isterinya akibat darah beku di kepala.

Pada suatu hari, Cikgu Nizam telah menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching ke sekolah kerana
bateri kereta Tauke Lim telah rosak. Cikgu Nizam mengajar di sekolah yang sama dengan Ai
Ling. Tauke Lim menghantar semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan di kampung itu.
Dia beranggapan bahawa di mana-mana sahaja anak-anaknya boleh belajar asalkan mereka
rajin. Pada setiap minggu, Tauke Lim menghantar anak-anaknya ke kelas tuiysen bahasa Cina
di pekan Parit Raja. Cikgu Nizam mempelawa Ai Ling menaiki keretanya pada setiap hari
tetapi Ai Ling tidak mahu menyusahkan gurunya itu. Namun begitu, setelah Ai Ling
berbincang dengan Tauke Lim, Ai Ling telah menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke
sekolah pada setiap hari.

Ketika di bilik guru, Cikgu Latifah yang terkenal oleh kegarangannya telah meluahkan
perasaan. Cikgu Latifah menyatakan kekesalannya terhadap sikap murid-murid yang tidak
menyelesaikan kerja rumah dan tulisan mereka juga tidak kemas ibarat “cakar ayam”. Cikgu
Latifah turut menyatakan bahawa golongan guru kerap dipersalahkan jika anak-anak murid
tidak berjaya. Cikgu Nizam menenangkan Cikgu Latifah dengan mengatakan bahawa orang
luar tidak faham akan tugas guru yang banyak. Cikgu Nizam turut berpandapat bahawa
golongan guru perlu sentiasa bijak mengatur tugas mereka. Berbeza dengan zaman dahulu,
guru ibarat pakar rujuk. Apabila zaman semakin moden dan golongan cendekiawan semakin
ramai, banyak teori pendidikan telah diwujudkan. Cikgu Latifah meneruskan kerjanya dan
kadang kala dia membebel lagi. Dalam hati Cikgu Nizam, dia kagum akan kesungguhan
Cikgu Latifah yang sanggup pulang lewat untuk membimbing murid-murid yang lemah
dalam Matematik. Cikgu Nizam terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua panitia
Bahasa Melayu dengan menyelesaikan minit mesyuarat panitia.

Selain itu, Cikgu Latifah turut menyatakan bahawa Ai Ling tidak mahu ke perpustakaan
ketika waktu Pendidikan Islam. Ai Ling berminat untuk mempelajari Pendidikan Islam
daripada Ustazah Munirah. Ai Ling suka membaca buku kisah-kisah nabi dan rasul serta
tokoh-tokoh Islam. Ai Ling juga selalu bertanya tentang nabi-nabi kepada Ustazah Munirah,
terutamanya tentang Nabi Muhammad. Perwatakan Ai Ling berbeza dengan kakaknya.
Apabila murid-murid Islam membaca doa, dia akan turut serta menadah tangan untuk berdoa.
Cikgu Nizam mengambil peluang ini untuk cuba mengenali Ai Ling dengan lebih dekat.

(ii)

Bateri kereta Tauke Lim telah digantikan dengan bateri baharu. Cikgu Nizam membantu
Tauke Lim memasang bateri tersebut. Cikgu Nizam menyuruh Tauke Lim supaya membeli
kereta baharu tetapi Tauke Lim tidak mahu kerana dia perlu berjimat untuk belanja
persekolah anak-anaknya. Pada masa yang sama, Tauke Lim tidak selalu jalan jauh. Kereta
buruknya digunakan untuk mengangkut hasil-hasil kampung untuk dijual di pekan. Jika
Tauke Lim pulang ke kampung di Kuala Kangsar untuk menziarahi emaknya, dia dan
keluarganya akan menaiki bas sahaja. Tauke Lim seorang yang suka bersederhana dan
berjimat. Sebagai contohnya, dia sentiasa berbaju lusuh. Cikgu Nizam jarang melihat Tauke
Lim berbaju cantik kecuali ketika Tahun Baru Cina. Setelah kereta Tauke Lim berjaya
dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak Cikgu Nizam ke pekan untuk minum teh tarik mamak
pada waktu petang.

Ketika menikmati teh tarik, Tauke Lim telah bersetuju dan membenarkan Ai Ling
menumpang kereta Cikgu Nizam untuk ke sekolah. Pada awalnya, dia tidak mahu
menyusahkan Cikgu Nizam. Tauke Lim turut menyatakan bahawa keluarga Cikgu Nizam
telah banyak membantu keluarganya ketika mereka susah dahulu. Tauke Lim berasa
terhutang budi dengan keluarga Cikgu Nizam. Pada masa yang sama, Cikgu Nizam turut
mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga kebun ayahnya dengan baik. Tauke Lim
tidak menghalang jika Cikgu Nizam mahu mengajar Ai Ling dan menganggap Ai Ling
sebagai anak kandungnya sendiri.

Ketika minum juga, mereka berbual tentang Aiman. Cikgu Nizam memberitahu bahawa
keluarga isterinya seolah-olah tidak suka Cikgu Nizam melawat Aiman. Tauke Lim meminta
Cikgu Nizam bersabar. Tauke Lim yakin bahawa Aiman akan datang mencari Cikgu Nizam
apabila dia sudah besar nanti. Tauke Lim percaya bahawa Cikgu Nizam merupakan seorang
yang kuat dan tabah seperti ayahnya dahulu. Tauke Lim turut menasihati Cikgu Nizam
supaya jangan susah hati kerana penduduk kampung sayang akan Cikgu Nizam. Sejak Cikgu
Nizam kembali ke kampung, banyak aktiviti dapat dijalankan. Sebagai contohnya, aktiviti
zapin. Cikgu Nizam juga turut memuji Tauke Lim yang banyak memberi sumbangan
terhadap aktiviti yang dijalankan di kampung mereka. Pada waktu malam nanti, Cikgu Nizam
mempelawa Tauke Lim ke balai raya untuk menonton latihan zapin. Tauke Lim menyatakan
bahawa dia akan hadir kerana Ai Ling meminati tarian zapin. Tauke Lim juga seronok
melihat anak-anak muda gigih berlatih zapin.

(iii)

Ketika di balai raya pada malam itu, Tauke Lim telah menyuruh Cikgu Nizam menari zapin.
Ai Ling berasa sangat gembira sekali apabila melihat Cikgu Nizam menari zapin. Selesai
latihan, Tauke Lim, Cikgu Nizam, Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin
berkumpul di atas pentas. Mereka membincangkan persiapan majlis untuk menyambut

kehadiran YB Samsuri dan pegawai daripada Yayasan Warisan Negeri untuk mengkaji rentak
zapin jincat yang unik. Mereka hanya mempunyai masa seminggu sahaja lagi untuk berlatih.
Kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur lebih dua puluh tahun. Mereka beranggapan
bahawa kedatangan pegawai dan YB Samsuri merupakan peluang kepada mereka untuk
menghidupkan tarian zapin jincat semula. Kumpulan zapin tersebut berkubur kerana
beberapa orang ahlinya telah keluar daripada kumpulan asal dan menubuhkan kumpulan
baharu. Akhirnya, kumpulan baharu tersebut juga mengalami kegagalan. Akibatnya,
kumpulan zapin D’Purnama telah berkubur.

Dalam perbincangan itu, Cikgu Nizam telah diminta untuk menyiapkan atur cara dalam
majlis itu nanti. Tauke Lim menyatakan kesediaannya untuk menaja jamuan makan. Ketika
semua orang sudah pulang, Abang Bakir menyatakan hasratnya supaya Cikgu Nizam
menyelitkan deklamasi puisi dalam majlis itu nanti. Abang Bakir turut mencadangkan supaya
Cikgu Nizam memilih murid-murid sekolahnya yang berbakat untuk mendeklamasi puisi.
Abang Bakir juga memberi semangat kepada Cikgu Nizam supaya meneruskan bakatnya
dalam bidang sastera. Abang Bakir menasihati Cikgu Nizam supaya tidak merajuk lagi.

(iv)

Cikgu Nizam berasa gembira apabila Ai Ling merupakan salah seorang peserta pertandingan
deklamasi puisi. Ai Ling menunjukkan minatnya terhadap puisi dengan membaca buku puisi.
Ai Ling membaca buku puisi sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan
mendeklamasi puisi. Cikgu Nizam telah mengajak Ai Ling datang ke rumahnya untuk
berlatih mendeklamasikan puisi pada waktu petang.

Ai Ching telah menemani Ai Ling ke rumah Cikgu Nizam. Ai Ling telah memilih sajak
bertemakan kasih sayang terhadap ibu dan bapa. Ketika Cikgu Nizam melatih Ai Ling
mendeklamasi puisi, Ai Ching membelek-belek novel dan majalah sastera yang diletakkan di
atas meja. Kemudian, Ai Ching memilih senaskhah novel dan membacanya sementara
menunggu Ai Ling berlatih.

Pada awal latihan, Ai Ling sukar untuk mengawal pernafasannya perlahan-lahan. Cikgu
Nizam mengajar Ai Ling supaya bijak mengawal pernafasan kerana dapat mengurangkan
perasaan gemuruh ketika berada di pentas. Cikgu Nizam tetap memberi semangat kepada Ai
Ling walaupun Ai Ling seolah-olah putus asa. Akhirnya, Ai Ling berjaya. Dia berjanji akan
datang lagi pada hari esok. Sebelum pulang, Ai Ling mengucapkan terima kasih kepada
Cikgu Nizam kerana telah melatihnya. Ai Ching pula telah meminjam dua buah novel. Cikgu
Nizam berpesan kepada Ai Ching supaya jangan leka membaca novel kerana Ai Ching perlu
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan menyelesaikan kerja rumah.

(v)

Ai Ling telah berjaya memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat tahap satu. Dia
berjaya menyampaikan sajaknya sehingga memukau semua murid yang menyaksikannya.
Kemenangan Ai Ling juga telah menjadi buah mulut penduduk kampung. Orang yang paling
gembira ialah Tauke Lim. Dia sanggup membelanja pelanggan-pelanggan warung Abang
Dolah. Ketika di warung, Tauke Lim menyatakan hasratnya untuk melihat Cikgu Nizam
membaca puisi di balai raya seperti zaman Cikgu Nizam muda dahulu. Pak Dolah turut
menyokong cadangan Tauke Lim. Pak Dolah berasa seronok jika para pemuda kampung

berkumpul di balai raya kampung mereka untuk berpuisi, berkompang, berseloka dan
bergurindam. Jika khazanah bangsa ini tidak diteruskan oleh generasi muda, khazanah ini
akan pupus.

Cikgu Nizam telah menyatakan kepada Abang Bakir dan Roslan bahawa dia berhenti
berkarya kerana jiwanya tidak tenang setelah berpisah dengan isteri dan anaknya, Aiman.
Karyanya ibarat tiada semangat. Oleh sebab itu, Cikgu Nizam mengambil keputusan untuk
berhenti berkarya. Dia juga sering berasa rindu akan Aiman. Hanya potret Aiman yang dapat
dijadikan penawar rindunya. Cikgu Nizam seperti ayahnya juga yang menjadikan Ai Ling
sebagai tempat untuk mencurahkan kasih sayang.

(vi)

Perancangan untuk menjayakan persembahan zapin berjalan dengan lancar. Ai Ling bersetuju
untuk mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin. Sajak yang akan dipersembahkan
oleh Ai Ling ialah sajak yang ditulis oleh Cikgu Nizam sendiri. Ketika hari persembahan,
kawasan balai raya dipenuhi oleh penduduk kampung. Ai Ling telah mendeklamasikan sajak
dengan penuh bersemangat. Para penduduk yang hadir telah terpukau dengan persembahan
Ai Ling. Mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Ai Ling. Ketika Ai Ling
mendeklamasikan sajak, Cikgu Nizam telah membayangkan bahawa Ai Ling dan Aiman
sedang mendeklamasikan sajak bersama-sama. Tepukan yang gemuruh terhadap sajak yang
ditulis oleh Cikgu Nizam merupakan penghormatan yang tertinggi untuk dirinya.

Persembahan zapin bertambah meriah apabila YB Samsuri juga turut menari zapin dengan
para penari zapin. Majlis persembahan zapin itu berakhir pada jam 12.15 malam. YB Samsuri
juga telah berjanji akan memberikan perutukan wang ringgit kepada kumpulan zapin
D’Purnama. Wang tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan muzik zapin yang
baharu. Walaupun majlis sudah tamat, penari-penari daripada Yayasan Warisan Negeri masih
sibuk mempelajari cara-cara menari zapin jincat, alip-alip daripada Abang Bakir, Wak
Parmin dan Ramli. Kemudian, YB Samsuri juga mengucapkan tahniah kepada Cikgu Nizam
atas usaha gigihnya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung Seri Purnama.
Pada masa yang sama, beliau berharap supaya Cikgu Nizam turut mengembangkan bahasa
dan sastera di kampung itu. Beliau berharap supaya Kampung Seri Purnama akan dijadikan
perkampungan bahasa dan sastera.

(vii)

Masa berlalu begitu pantas. Ai Ling kini sudah berusia 12 tahun. Cikgu Nizam menganggap
Ai Ling seperti anaknya sendiri. Tauke Lim dan Mak Cik Kim juga gembira apabila Cikgu
Nizam turut mengambil berat akan diri Ai Ling. Namun begitu, pada masa ini, Cikgu Nizam
sering mengalami sakit kepala. Cikgu Nizam sering berulang-alik ke hospital. Walau
bagaimanapun, dia tetap pergi ke balai raya untuk berlatih kompang dan zapin.

Pada suatu petang, Cikgu Nizam membawa Ai Ching dan Ai Ling berkunjung ke Pantai
Punggur. Ketika di Pantai Punggur, Ai Ling ingin tahu sama ada Cikgu Nizam mempunyai
anak atau tidak. Cikgu Nizam menyatakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang
menetap di Terengganu. Umur anak lelaki Cikgu Nizam sebaya dengan umur Ai Ling.
Hampir sepuluh tahun Cikgu Nizam tidak menemui anaknya itu. Ai Ling menyatakan
hasratnya untuk bertemu dengan anak Cikgu Nizam. Ai Ling mahu berkawan dengannya.

Pada masa yang sama, Ai Ling turut memberitahu Cikgu Nizam tentang arwah ayah Cikgu
Nizam yang selalu memuji Cikgu Nizam. Ayah cikgu Nizam sangat sayang akan Cikgu
Nizam kerana kasih sayang yang diberikan oleh Cikgu Nizam kepada ayahnya setanding
dengan kasih sayang sepuluh orang walaupun Cikgu Nizam hanyalah seorang anak tunggal.

Ketika membiarkan Ai Ling dan Ai Ching bermain-main di tepi pantai, Cikgu Nizam
mengelamun sambil menikmati ketenangan ombak dan angin di tepi pantai. Cikgu Nizam
berharap supaya dia dapat menjadi manusia biasa yang berkeluarga dan berbahagia selalu
tetapi dia sentiasa menghadapi ujian dalam kehidupannya.

(viii)

Kampung Seri Purnama telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan
peringkat mukim. Dalam bulan ini, program Berkampung Bersama Puisi akan dilancarkan.
Ramai penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat berminat untuk menyertainya. Yang
Berhormat juga telah bersetuju untuk mendeklamasikan puisi pada malam perasmian nanti.
Cikgu Nizam pula semakin sibuk membuat persiapan di balai raya. Cikgu Nizam tidak mahu
program itu menjadi seperti “melepaskan batuk di tangga”. Ai Ling juga gigih berlatih
mendeklamasikan sajak. Pada masa ini, kesihatan Cikgu Nizam bertambah buruk. Cikgu
Nizam hanya mampu bergantung pada ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh doktor untuk
menahan kesakitan yang dialaminya. Cikgu Nizam menerima takdir Tuhan dengan tabah jika
hidupnya akan berakhir tidak lama lagi. Walaupun Cikgu Nizam menderita kesakitan, Cikgu
Nizam berlagak seperti biasa seolah-olah dia sihat.

Ai Ling telah datang ke rumah Cikgu Nizam sambil membawa apam balik untuk Cikgu
Nizam. Ai Ling memberitahu bahawa dia telah menyelesaikan semua kerja rumahnya ketika
menunggu Cikgu Nizam habis bermesyuarat di sekolah. Cikgu Nizam telah menunjukkan
manuskrip yang sedang ditulis olehnya kepada Ai Ling. Cikgu Nizam telah berjanji untuk
memberikan manuskrip itu kepada Ai Ling sekiranya manuskrip itu siap ditulis. Ai Ling
menyatakan bahawa dia mahu menjadi orang pertama membaca manuskrip tersebut.

Ai Ling mendapati bahawa muka Cikgu Nizam pucat. Ai Ling beranggapan bahawa Cikgu
Nizam sedang sakit. Namun begitu, Cikgu Nizam menafikannya. Cikgu Nizam memberi
alasan bahawa dia hanya penat sahaja. Ai Ling juga mendapati bahawa fizikal Cikgu Nizam
sudah berubah. Urat-urat di kepala Cikgu Nizam sudah timbul dan tubuhnya juga sudah
kurus. Walau bagaimanapun, Cikgu Nizam tetap menyatakan bahawa dia sihat.

Ai Ling juga bertanya tentang Aiman kepada Cikgu Nizam. Ai Ling ingin tahu bila Cikgu
Nizam akan membawa Aiman ke kampung ini. Ai Ling ingin berkenalan dengannya. Cikgu
Nizam ingin menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Ai Ling tetapi dia membatalkan
hasratnya itu. Cikgu Nizam tidak mahu melibatkan Ai Ling dalam masalah kehidupannya.

(ix)

Sakit kepada yang dialami oleh Cikgu Nizam semakin kronik. Cikgu Nizam terpaksa
menahan kesakitannya itu dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Pada masa ini, Cikgu
Nizam menyelesaikan semua tugasan sebagai guru di sekolah sehingga dia pulang lewat. Ai
Ling pula terpaksa menunggunya. Mujur Ai Ling memahami kesibukannya. Pada waktu
malam, Cikgu Nizam menunaikan solat sunat. Ketika ini, dia berasa bahawa dirinya dekat

dengan Allah. Kerinduannya terhadap Aiman semakin memuncak. Cikgu Nizam sentiasa
membayangkan wajah Aiman. Cikgu Nizam menatap potret kecil Aiman dan
mendakapkannya ke dada. Cikgu Aiman berharap Aiman datang menemuinya. Cikgu Aiman
terus menangis teresak-esak.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 4

Desakan Hati

Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak. Haiqal yakin
bahawa uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah membantah keputusan
uminya kecuali sekali. Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya untuk ke
Johor. Haiqal merasakan bahawa manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisah benar.
Haiqal yakin bahawa si penghantar manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiri dengan
menghantar manuskrip itu kepadanya.

Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu menghairankan umi
dan walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu bahawa dia sudah selesai
membaca manuskrip tersebut. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakan
kesunyian dan kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalam
manuskrip itu benar-benar merumitkan fikiran Haiqal.

Dalam manuskrip itu, watak utamanya ialah seorang penulis. Ratna membuat persamaan
antara watak utama manuskrip itu dengan diri Haiqal yang merupakan pelajar yang hebat
dalam bidang sastera. Haiqal sering memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat
sekolah, johan menulis sajak dan cerpen peringkat negeri. Namun begitu, umi tidak pernah
berbangga akan pencapaian Haiqal. Kebencian umi terhadap ayahnya ada kaitan dengan
dunia sastera ayahnya. Haiqal berasa bingung. Haiqal tidak tahu cara untuk dia berhadapan
dengan umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan kepada Haiqal. Ratna memberitahu
bahawa jika niat Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan penyelesaiannya.

Haiqal menyatakan bahawa uminya pernah kecewa dengan keputusan Haiqal yang memilih
kelas sastera apabila masuk ke tingkatan enam. Itulah kali pertama Haiqal berkeras dengan
uminya. Ratna menasihati Haiqal supaya memikirkan perkara tersebut masak-masak sebelum
membuat keputusan. Kemudian, Haiqal memohon diri untuk pulang kerana jam sudah
menunjukkan jam 12.00 malam. Haiqal tidak mahu umi dan walidnya bimbang.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 5

Rindu

Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama dengan ayahnya.
Haiqal membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin kepastian tentang watak Ai
Ling yang mungkin memiliki persamaan dengan individu yang bernama Ong See Hwa.
Haiqal juga ingin membuat andaian tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaan
ayahnya sahaja.

Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi kompang dan
alunan irama zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal. Zapin merupakan tarian

terkenal di negeri Johor. Haiqal hanya pernah menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidak
pernah memalu kompang apatah lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal
mendapat gambaran bahawa ayahnya handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqal
berasa kagum akan kehebatan ayahnya. Jika catatan dalam manuskrip tersebut benar, ayah
Haiqal merupakan orang yang hebat.

Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya. Dunia
umi dan walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya mahu Haiqal mewarisi
perniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal hanya bekerja di kedai batik uminya
di Pasar Payang untuk memenuhi duit poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yang
menunjukkan minat dalam perniagaan. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang
lepas, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika
itu, Haiqal sedang menduduki UPSR. Haiqal terpaksa ditenangkan oleh pengawas kerana dia
menangis sepanjang masa menjawab soalan peperiksaan. Haiqal berasa hairan kerana dia
tidak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh ayah dan uminya sehingga menyebabkan
mereka berpisah.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 6

Satu Ketetapan

Haiqal telah membuat keputusan yang muktamad. Haiqal ingin pulang ke kampung halaman
ayahnya di Johor walaupun dia tidak pernah ke sana. Haiqal menyatakan hasratnya kepada
Ratna. Hasrat Haiqal disokong oleh Ratna. Sebagai sahabat, Ratna hanya mampu mendoakan
Haiqal agar selamat sampai ke Johor. Ratna menasihati Haiqal supaya menjaga diri apabila
berada di tempat orang.

Setelah solat maghrib, Haiqal menyuarakan hasrat itu kepada uminya. Seperti jangkaan
Haiqal, uminya melarang Haiqal ke Johor kerana ayahnya sudah meninggal dunia. Uminya
menyuruh Haiqal menerima kenyataan. Namun begitu, Haiqal berkeras untuk ke Johor
kerana dia perlu mengetahui asal usul ayahnya. Haiqal juga ingin melihat peninggalan arwah
ayahnya. Umi tetap berkeras melarang Haiqal ke Johor kerana uminya tidak mahu Haiqal
menjadi seperti ayahnya yang hanya hidup mengejar bayang-bayang. Uminya juga tidak
mahu memberikan wang kepada Haiqal sepanjang Haiqal berada di Johor.

Ketika perbalahan itu, walid cuba mententeramkan keadaan. Walid menenangkan Haiqal.
Sikap keterbukaan walid menyebabkan Haiqal tidak menganggap bahawa walidnya seperti
orang asing. Haiqal memohon maaf kepada walidnya atas kejadian perbalahan tersebut.
Walid memberi keizinan kepada Haiqal untuk ke Johor. Pada masa yang sama, walid berjanji
akan memberikan wang perbelanjaan sepanjang Haiqal berada di Johor.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 7

Perjalanan Yang Jauh

Haiqal memulakan perjalanan ke Johor dengan menaiki bas. Tayangan filem lucu di dalam
bas tidak menarik minat Haiqal. Wajah Ratna sentiasa bermain-main di mindanya. Ketika di
stesen bas, Haiqal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan kembali ke Terengganu.Ketika
Haiqal keluar dari rumah, uminya langsung tidak menghantarnya. Hanya walid dan Nurul

Aisyah sahaja yang menghantarnya ke pintu pagar. Haiqal sempat menjeling ke arah jendela
rumahnya tetapi ibunya tidak kelihatan. Walid dan Nurul Aisyah mahu menghantar Haiqal ke
stesen bas tetapi Haiqal tidak membenarkan kerana bimbang akan menyakiti hati uminya.

Sepanjang perjalanan, Haiqal tertidur. Haiqal hanya tersedar ketika bas berhenti di RnR
Kuantan. Haiqal memesan mihun sup dan teh tarik. Walaupun Haiqal tidak berselera untuk
makan, tetapi dia terpaksa menelannya kerana perutnya lapar. Kemudian, bas meneruskan
perjalanan ke Johor. Sepanjang perjalanan tersebut, Haiqal hanya tidur sepanjang masa
kerana dia tidak mahu menempuh perjalanan yang terlalu panjang.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 8

Tiba Di Kampung

Haiqal sampai di stesen Batu Pahat tepat jam 5.30 pagi. Pada waktu itu, hanya kedai mamak
sahaja yang dibuka namun, Haiqal belum berselera untuk sarapan pagi. Haiqal menunaikan
solat subuh di bilik solat yang terdapat di stesen bas tersebut. Dengan bantuan seorang
pengawal keselamatan, Haiqal berjaya mendapatkan teksi menuju ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi tersebut memperkenalkan dirinya sebagai pak cik Salleh. Sepanjang
perjalanan, mereka berbual-bual. Pak cik Salleh sudah menjadi pemandu teksi selama
sepuluh tahun. Memandu teksi merupakan kerja samping pak cik Salleh. Pada waktu siang,
pak cik Salleh menjadi tukang rumah. Pak cik Salleh membuat dua kerja pada satu hari
kerana dia mahu menampung perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. Pak cik Salleh
menasihati Haiqal supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana pekerjaan bergaji
lumayan pada zaman moden ini memerlukan ijazah. Sepanjang perjalanan itu juga, pak cik
Salleh telah menunjukkan pembangunan di kawasan Parit Raja yang dipenuhi dengan
kawasan perindustrian. Kawasan ini semakin maju apabila sebuah institusi pengajian tinggi
awam telah dibina.

Mereka telah sampai di Kampung Seri Purnama. Namun begitu, Haiqal tidak tahu arah
tujuannya kerana dia tidak mempunyai alamat rumah ayahnya. Pak cik Salleh bersungguh-
sungguh membantunya dengan membawa Haiqal mencari penduduk kampung di situ untuk
bertanya tentang kedudukan rumah Abdullah bin Kayan; ayah Haiqal. Kesungguhan pak cik
Salleh membuatkan Haiqal terharu. Mereka berhenti di sebuah warung. Haiqal bertanya
kepada penebar roti canai tentang rumah arwah Cikgu Abdullah. Apabila Haiqal menyatakan
bahawa dirinya ialah anak arwah Cikgu Abdullah, penebar roti canai itu mempelawanya
duduk. Haiqal diminta untuk menunggu kedatangan Tauke Ong pada jam 7.30 pagi. Haiwal
mempelawa pak cik Salleh untuk bersarapan dengannya tetapi pak cik Salleh menolak kerana
dia takut terlambat untuk pergi bertukang. Kemudian, Haiqal membayar tambang kepada pak
cik Salleh.

Penebar roti canai memperkenalkan dirinya sebagai Sakimin atau lebih dikenali sebagai Wak
Min. Isterinya pula dipanggil Mak Menah. Fikiran Haiqal terus bermain-main dengan soalan.
Haiqal cuba mengaitkan watak Tauke Lim dengan Tauke Ong. Haiqal tertanya-tanya sama
ada Tauke Lim dan Tauke Ong merupakan orang yang sama atau tidak. Ketika Tauke Ong
datang bersarapan di warung, Wak Min telah memperkenalkan Haiqal kepada Tauke Ong.
Pelanggan-pelanggan lain turut memerhatikan Haiqal. Tauke Ong menyatakan bahawa hajat
arwah ayah Haiqal telah tercapai. Selepas bersarapan, Tauke Ong berjanji akan membawa
Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah tersebut dijaga oleh Tauke Ong. Haiqal berasa lega kerana
dia mempunyai tempat untuk bermalam.

Tauke Ong telah menghantar Haiqal ke rumah ayahnya. Rumah itu bersih kerana anak Tauke
Ong, See Hwa mengemasnya dua hari sekali. Haiqal menyatakan kepada Tauke Ong bahawa
dia ke sini kerana manuskrip yang dihantar oleh Ong See Hwa. Tauke Ong memaklumkan
bahawa manuskirp itu telah diserahkan kepada Ong See Hwa dua hari sebelum ayahnya
meninggal dunia. See Hwa terlalu sayang akan manuskrip itu tetapi dia perlu menyerahkan
kepada pewarisnya. Ketika di rumah, Haiqal telah melihat sijil-sijil milik ayahnya; Abdullah
Kayan. Haiqal berasa bahawa ayahnya lebih hebat daripada watak yang digambarkan dalam
manuskrip tersebut.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 9

Pertemuan

Tauke Ong telah membawa Haiqal ke pekan untuk makan tengah hari. Ketika dalam
perjalanan, Tauke Ong menceritakan bahawa setelah kematian ayah Haiqal, dia telah
diamanahkan untuk menjaga kebun-kebun ayahnya. Tauke Ong akan menyerahkan kebun-
kebun tersebut kepada Haiqal. Pada masa yang sama, ayah Haiqal turut mewariskan wang
simpanannya di bank untuk Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong
kerana menjaga amanah ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal
kepada keluarganya sangat besar. Tauke Ong berkata bahawa hutang budi keluarga ayah
Haiqal tidak dapat dibayar sehingga mati.

Apabila sampai di kedai makan, Tauke Ong menurunkan Haiqal dan See Hwa di hadapan
kedai. Tauke Ong tidak turut serta kerana dia mempunyai urusan lain. Walaupun baru
berjumpa, Haiqal dan See Hwa mudah mesra. Haiqal seolah-olah mengenali See Hwa kerana
perwatakannya hampir sama seperti yang digambarkan melalui perwatakan Ai Ling. Mereka
menikmati kari kepala ikan yang pedas. See Hwa tidak kekok makan dengan menggunakan
tangan. Kemudian, See Hwa menceritakan tentang keenakan ikan haruan masak cili api yang
dimasak oleh ayah Haiqal. Pada waktu ini, Haiqal berasa sedih kerana tidak mendapat kasih
sayang daripada arwah ayahnya. Kasih sayang ayahnya telah dicurahkan kepada See Hwa.

Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku berhampiran. See Hwa membeli novel
kegemarannya. See Hwa dan Haiqal meminati penulis yang sama seperti Shahnon Ahmad
dan Shakespeer. See Hwa mengatakan bahawa minat Haiqal dan arwah ayahnya adalah sama
seperti peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Apabila Haiqal pulang ke
rumah, dia berasa rindu akan adik tirinya Nurul Aisyah. Masing-masing berbalas mesej untuk
berkongsi perasaan rindu. Pada masa yang sama, Haiqal turut berasa rindu akan Ratna.
Haiqal sengaja tidak membalas mesej Ratna kerana mahu membiarkan gadis itu tertunggu-
tunggu

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 10

Pusara

Tauke Ong telah meminjamkan motosikalnya kepada Haiqal. Motosikal tersebut
memudahkan pergerakan Haiqal di kampung. Kemudian, Haiqal menunggang motosikal itu
untuk menziarahi pusara ayahnya. Ketika di pusara, Haiqal seolah-olah tidak mahu
meninggalkan pusara ayahnya kerana terlalu rindu akan ayahnya. Haiqal membaca surah
Yasin untuk roh ayahnya. Selepas menziarahi pusara ayahnya, Haiqal telah berkenalan

dengan pak cik Bakar. Ketika itu pak cik Bakar sedang memancing ikan. Pak cik Bakar
merupakan orang yang rapat dengan arwah ayah Haiqal. Ketika kali pertama pak cik Bakar
melihat Haiqal, pak cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayah Haiqal. Pak cik Bakar
mempelawa Haiqal untuk datang ke rumahnya bila-bila masa. Rumahnya tidak jauh dari
rumah Tauke Ong.

Selepas bersolat magrib dan isyak di masjid, Haiqal menuju ke warung untuk makan kerana
dia belum makan lagi sejak petang tadi. Haiqal dan Mak Menah berbual-bual tentang
pelajaran dan pemuda-pemuda di Kampung Seri Purnama yang majoritinya bekerja di kilang
di pekan dan menunggu keputusan SPM. Ada empat orang pemuda yang menganggur. Mak
Menah memberitahu bahawa pemuda-pemuda di kampung ini suka berlonggok dan
bersembang. Ada juga yang suka menunggang motosikal ke sana ke mari membuang masa.
Keadaan itu tidak berlaku ketika arwah ayah Haiqal masih hidup kerana banyak aktiviti boleh
dilakukan.

Pak cik Bakar telah datang ke warung diikuti oleh Haji Salim dan Wak Arif. Mereka
menyatakan bahawa golongan pemuda di kampung sudah tidak meminati muzik dan tarian
tradisional. Kumpulan zapin juga sudah tidak aktif selama 7 tahun. Selepas kematian ayah
Haiqal, seorang demi seorang orang ahli kumpulan zapin yang pandai menari meninggal
dunia. Ketika di warung, Haiqal berasa kagum dengan budaya sopan santun yang diamalkan
oleh golongan pemuda kampung itu. Mereka akan bersalaman dengan semua pengunjung
warung sebelum duduk di tempat masing-masing.

Perbualan antara Haiqal dan pak cik Bakar berterusan sehingga ke rumah pak cik Bakar.
Perwatakan Haiqal sama seperti ayahnya yang lebih suka berbual di luar rumah sahaja. Pak
cik Bakar mengatakan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang yang tabah. Ayah Haiqal
cuba untuk membawa Haiqal tinggal bersama-samanya tetapi gagal. Haiqal menyatakan
hasrat sebenarnya berkunjung ke kampung ini. Antara hasratnya termasuklah untuk
mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup ayahnya. Pak cik Bakar memberitahu Haiqal
bahawa hubungan antara ayah Haiqal sangat unik kerana ayahnya menganggap bahawa See
Hwa seperti Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 11

Suasana Baharu

Haiqal sudah berada di Kampung Seri Purnama selama seminggu. Tauke Ong telah
menyerahkan wang simpanan dan wang hasil jualan kelapa sawit semenjak ayah Haiqal
meninggal dunia. Jumlah wang tersebut adalah banyak. Namun begitu, Haiqal memberitahu
Tauke Ong bahawa kehadirannya bukanlah untuk menuntut harta. Haiqal tidak mahu
kehadirannya di kampung itu disalah anggap oleh Tauke Ong. Pada masa yang sama, Haiqal
mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menguruskan harta peninggalan arwah
ayahnya. Tauke Ong memberitahu bahawa dia hanya menjalankan amanah arwah ayah
Haiqal. Tauke Ong juga memberitahu bahawa jasa keluarga ayah Haiqal sangat besar kepada
keluarga Tauke Ong. Sebelum meninggal dunia, arwah ayah Haiqal telah berpesan supaya
menyerahkan semua wang simpanan dan kebun kelapa sawitnya kepada Haiqal jika Haiqal
datang ke Kampung Seri Purnama.

Tauke Ong juga telah menyerahkan pengurusan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayah
Haiqal kepada Haiqal. Pada mulanya, Haiqal mahu Tauke Ong menguruskannya seperti biasa

tetapi Tauke Ong tetap mahu Haiqal mengusahakannya. Haiqal tidak tahu menguruskan
kebun kelapa sawit. Oleh itu, Tauke Ong mahu Haiqal belajar menguruskannya daripada
Abang Bidin dan Abang Salleh. Apabila Haqal melanjutkan pelajaran, barulah Tauke Ong
akan mengambil alih semula tugas mengurus kebun kelapa sawit. Haiqal telah berkenalan
dengan Abang Bidin dan Abang Salleh ketika kali pertama Haiqal sampai di warung. Abang
Bidin dan Abang Salleh merupakan bekas tentera. Selepas bersara, mereka sepakat untuk
mengambil upah memetik buah kelapa sawit dan menguruskan kebun kelapa sawit. Upah
yang diambil oleh mereka dikiran berdasarkan jumlah tan buah kelapa sawit. Semakin berat
buah kelapa sawit, semakin banyaklah upah yang akan diperolehi mereka. Haiqal telah
bersetuju untuk mengupah Abang Bidin dan Abang Salleh kerana mereka mahir melakukan
kerja. Kebun-kebun yang dikerjakan oleh mereka juga bersih.

Hampir seminggu Haiqal berada di kampung Seri Purnama, Haiqal telah berkenalan dengan
ramai pemuda di kampung itu. Antaranya termasuklah Lazim yang sedang menunggu
keputusan STPM seperti Haiqal. Bezanya, Lazim belajar dalam bidang ekonomi manakala
Haiqal belajar dalam bidang kesusasteraan Melayu. Lazim bekerja di kilang tekstil di pekan
sementara menunggu keputusan SPM. Pada waktu lapang, Lazim memancing ikan puyu di
sungai. Ikan-ikan puyu tersebut dikumpulkan di dalam tempayan. Apabila ikan semakin
bertambah, Lazim menjualnya di pekan.

Ketika Lazim bermalam di rumah Haiqal, Lazim telah bercadang untuk membawa Haiqal ke
balai raya pada esok petang kerana di sana kenangan ayah Haiqal sangat banyak. Asalnya,
balai raya tersebut adalah sunyi tetapi sejak kedatangan ayah Haiqal, balai raya tersebut
semakin meriah dengan aktiviti kebudayaan. Lazim juga memberitahu bahawa dia pandai
menari zapin. Haiqal menggunakan kesempatan itu untuk menyuruh Lazim mengajarnya
menari zapin. Pada masa yang sama, Lazim menyuruh Haiqal mengenali See Hwa dengan
lebih dekat kerana See Hwa ialah orang yang paling rapat dengan arwah ayah Haiqal. Selain
itu, ayah Haiqal mencurahkan kasih sayangnya kepada See Hwa.

Selepas menunaikan solat subuh, See Hwa mempelawa Haiqal untuk bersarapan bersama-
sama dengan Tauke Ong di pekan. Mereka bersarapan di kedai lontong Haji Halim. Lontong
di situ benar-benar enak. Selepas Tauke Ong membayar harga makanan dan minuman, dia
sengaja membiarkan See Hwa dan Haiqal berbual-bual. See Hwa berkongsi kisah hidupnya
bersama-sama ayah Haiqal. See Hwa menyatakan bahawa sesiapa yang rapat dengan ayah
Haiqal, orang itu akan sentiasa beranggapan bahawa ayah Haiqal seolah-olah masih hidup.
See Hwa memberitahu bahawa dia bukanlah orang yang layak untuk ayahnya mencurahkan
kasih sayang. See Hwa juga yakin bahawa Haiqal benar-benar wujud pada masa itu.
Kemudian, Haiqal mengucapkan terima kasih kepada See Hwa kerana membahagiakan
ayahnya.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 12

Rahsia Balai Lama

Lazim dan See Hwa telah membawa Haiqal berkunjung ke balai raya. Di dalam balai raya,
terdapat sebuah bilik bacaan yang diusahakan oleh arwah ayah Haiqal. Menurut See Hwa dan
Lazim, bilangan buku di bilik bacaan tersebut semakin berkurangan kerana sebilangan
peminjam buku tidak memulangkan buku. Bilik bacaan tersebut adalah bersih dan kemas
kerana See Hwa secara sukarela datang seminggu sekali untuk mengemas bilik bacaan
tersebut. Kemudian, Lazim menunjukkan ruang pameran Abdullah Kayan. Di sini, Lazim

melihat biodata ayahnya; Abdullah Kayan. Biodata tersebut memaparkan sumbangan dan
pencapaian arwah ayahnya yang sangat hebat dalam bidang kesusasteraan. Selain itu, banyak
gambar arwah ayahnya dipamerkan. Lazim menyatakan bahawa arwah Abdullah bin Kayan
sangat hebat dalam tarian zapin. Kemudian, Lazim menunjukkan buku-buku yang ditulis oleh
ayahnya tersimpan dalam bilik bacaan tersebut. Haiqal ingin tahu maksud Aksara seperti
yang tertulis dalam manuskrip tersebut. See Hwa memberitahu bahawa Aksara ialah
Akademi Sastera Rakyat.

Idea untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin telah tercetus selepas kunjungan Haiqal
ke balai raya lama tersebut. Tanpa berlengah, Haiqal menyuarakan hasrat tersebut kepada pak
cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif. Haiqal menaruh harapan supaya mereka dapat
membantu Haiqal. Haji Salim memberitahu bahawa pemuzik tarian zapin masih hidup.
Namun begitu, penari zapin yang tinggal hanyalah tiga orang sahaja. Walau bagaimanapun,
mereka sudah tua. Semangat yang ditunjukkan oleh Haiqal sama seperti semangat yang
ditunjukkan oleh arwah ayahnya dahulu. Pak cik Bakar memberi cadangan supaya perkara ini
dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama dengan ketua kampung. Pak cik Bakar
memaklumkan bahawa cadangan Haiqal bukanlah cadangan yang perlu dibuat secara
sambalewa sahaja.

Haiqal sudah berada di kampung Seri Purnama selama sebulan lebih. Haiqal dilayan dengan
baik oleh penduduk kampung. Haiqal percaya bahawa jika dia bukan anak Abdullah bin
Kayan, penduduk kampung tersebut akan tetap melayannya dengan baik. Perasaan rindu akan
Pantai Timur juga turut lahir dalam hati Haiqal. Walaupun Haiqal selalu menghubungi Nurul
Aisyah dan Walid, dia belum lagi menghubungi uminya. Walid memberitahu bahawa uminya
masih terkilan dengan tindakan Haiqal. Namun begitu, Haiqal telah menetapkan niatnya
untuk meneruskan usaha menghargai perjuangan ayahnya. Pada masa yang sama, Haiqal juga
mempunyai hak untuk menyayangi ayah kandungnya sendiri. Haiqal berdoa supaya uminya
akan memahami tindakannya pada suatu hari nanti.

Haiqal juga mengenali ayahnya daripada See Hwa. Gadis itu banyak menyimpan kenangan
bersama-sama dengan ayahnya. See Hwa juga menyimpan koleksi buku yang ditulis oleh
ayah Haiqal. See Hwa berjanji untuk meminjamkan koleksi buku tersebut kepada Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 13

Sinar Harapan

Haiqal berasa lega apabila Haji Jamil iaitu Ketua Kampung Seri Purnama telah bersetuju
untuk mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) untuk membincangkan cadangan Haiqal untuk menghidupkan kembali
kumpulan zapin. Pada petang itu, Haiqal telah ke rumah Tauke Ong. See Hwa berjanji akan
menyerahkan koleksi buku yang ditulis oleh arwah ayah Haiqal. See Hwa menjalankan
amanah arwah ayah Haiqal yang mahu koleksi buku itu diserahkan kepada Haiqal. Puan Khei
telah menyediakan pisang goreng dan teh pada petang itu. Mereka minum petang bersama-
sama. Haiqal berasa kagum akan See Hwa yang bukan sahaja cantik, malah seorang gadis
yang berbudi bahasa dan fasih berbahasa Melayu.

Ketika Tauke Ong pulang, dia menyertai Haiqal, See Hwa dan Puan Khei minum petang.
Kemudian, Tauke Ong memuji cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan semula kumpulan
zapin di kampung itu. Walau bagaimanapun, Haiqal berasa bimbang jika cadangannya akan

menyusahkan penduduk kampung. Tauke Ong menasihati Haiqal supaya tidak berasa
bimbang kerana Tauke Ong sangat yakin bahawa penduduk kampung pasti akan bersetuju
dengan cadangan Haiqal. Jika cadangan itu tidak diterima, sudah tentulah warisan budaya itu
akan lenyap.

Tauke Ong memberitahu bahawa ada beberapa orang anak muda di kampung itu yang mahir
menari zapin tetapi mereka malu untuk menunjukkan kebolehan mereka. Layanan mesra
yang diberikan oleh keluarga Tauke Ong terhadap diri Haiqal membuatkan Haiqal
membuatkan diri Haiqal berasa terharu. Haiqal juga tidak merasakan dirinya sebagai orang
asing apabila bergaul dengan keluarga Tauke Ong. Oleh sebab itu, Haiqal berasa selesa untuk
meluahkan masalahnya kepada See Hwa. Haiqal telah menceritakan masalah antara dirinya
dengan uminya. See Hwa mengerti akan masalah yang melanda Haiqal. See Hwa menasihati
Haiqal supaya tabah menghadapi dugaan itu. See Hwa menasihati Haiqal supaya tidak
mensia-siakan bakat menulisnya. Menurut kata arwah ayah Haiqal, orang yang mensia-siakan
bakat yang dikurniakan oleh Tuhan ibarat mengkhianati bakat itu. See Hwa memberi galakan
kepada Haiqal untuk terus menulis. Kemudian, See Hwa menceritakan kisah ayah Haiqal
yang sentiasa menjadikan See Hwa sebagai orang pertama yang akan membaca manuskrip
yang telah siap dikarang terutamanya mansukrip cerpen dan novel kanak-kanak.

Haiqal menghabiskan masa di kampung dengan melihat Abang Bidin dan Abang Salleh
bekerja di kebun kelapa sawit. Selain itu, Haiqal turut menghabiskan masanya membaca
novel-novel dan antologi cerpen yang ditulis oleh ayahnya. Apabila membaca cerpen yang
ditulis oleh ayahnya, Haiqal mendapati bahawa cerpen yang ditulis bertemakan kisah
keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan. Pada masa ini, Haiqal dapat
menyelami jiwa ayahnya sebagai penulis. Haiqal sangat mengagumi bakat menulis yang ada
pada diri ayahnya. Tauke Ong juga sentiasa mengajaknya mengelilingi kampung sebelah
untuk meraih hasil tani penduduk-penduduk kampung itu. Tauke Ong membeli hasil tani
secara tunai. Menurut Tauke Ong, dia tidak suka berhutang. Pada masa yang sama, berniaga
perlu jujur. Ketika Haiqal asyik membaca, pak cik Bakar datang ke rumah Haiqal untuk
mengundang Haiqal ke balai raya. Mereka akan bermesyuarat pada malam itu. Pak cik Bakar
meminta Haiqal untuk mempelawa See Hwa dan Tauke Ong untuk turut hadir dalam
mesyuarat itu.

Haiqal menghitung hari keputusan STPM yang akan diumumkan. Tempohnya tinggal
sebulan sahaja lagi. Haiqal tidak pasti ke mana arah tujuannya selepas ini. Uminya benar-
benar mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang perniagaan malah uminya bercadang
mahu menghantar Haiqal belajar di luar negara. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaan
batik. Namun begitu, Haiqal lebih suka untuk menjadi guru seperti arwah ayahnya. Haiqal
bertegas untuk menjadi dirinya sendiri.

Setelah bermesyuarat, mereka telah membuat keputusan untuk menerima cadangan Haiqal
yang mahu menghidupkan kembali kumpulan zapin D’Purnama. Haji Jamil juga turut
menyatakan bahawa usaha ini dapat mengingati jasa-jasa Cikgu Abdullah yang besar
terhadap Kampung Seri Purnama. Usaha Cikgu Abdullah telah mengharumkan nama
kampung Seri Purnama. Haji Jamil juga memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk
Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu jug akan hadir sebagai tetamu
kehormat. Dalam mesyuarat itu, mereka telah mengagih-agihkan tugas. JKKK lelaki
ditugaskan untuk mengetuai bahagian memasang balai, seranta, memasang sistem pembesar
suara manakala ahli JKKK wanita ditugaskan untuk menyediakan juadah jamuan. Tauke Ong

telah bermurah hati untuk menaja jamuan untuk majlis itu. Mereka mempunyai masa hanya
sebulan sahaja lagi untuk membuat persiapan.

Setelah bermesyuarat, mereka tidak terus pulang tetapi berbual-bual di bahagian beranda
balai raya. Pak cik Bakar memaklumkan bahawa balai raya ini merupakan pusat aktiviti
kebudayaan dan sastera di kampung ini. Pada masa yang sama, balai raya ini menyimpan
banyak kenangan tentang kumpulan zapin D’Purnama dan Aksara. Setelah Cikgu Abdullah
meninggal dunia, usaha untuk menghidupkan kumpulan zapin itu tetap dilakukan.
Malangnya, masing-masing bagaikan kehilangan arah tujuan lebih-lebih lagi ada orang kuat
D’Purnama yang telah meninggal dunia. Pak cik Bakar memberitahu bahawa sambutan
terhadap Aksara sangat menggalakkan tetapi setelah kematian Cikgu Abdullah, Aksara
terbiar begitu sahaja. Cikgu Abdullah merupakan orang yang sangat berpengaruh di kampung
ini. Ketokohannya dalam bidang kesusasteraan diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 14

Mencari Keserasian

Haiqal banyak menghabiskan masa malamnya dib alai raya untuk persiapan persembahan
zapin. Balai dan pentas sudah dipasang di hadapan balai raya. Haji Salim yang sudah berusia
masih hebat memetik gambus. Wak Arif pula memalu gendang panjang dengan penuh
bertenaga. Pak cik Bakar dan dua orang rakannya memalu gendang marwas. Haji Salim
menyanyikan lagu Gholiyabu dalam bahasa Arab. Suara serak-serak garau Haji Salim sangat
merdu untuk didengari. Haiqal memberanikan diri bermain tamborin. Haiqal berasa seronok
bermain tamborin. Latihan zapin bertambah meriah apabila Wak Parmin, Abang Ramlan,
Wan Seman dan Haji Selamat turut menarikan zapin jincat. Tauke Ong menyuruh Haiqal
mencuba untuk menari zapin. Tauke Ong menyuruh Haiqal mempelajarinya daripada pak cik
Bakar. Haiqal cuba menolak kerana kehadirannya di sini bukan untuk belajar zapin tetapi dia
ingin merasai suasana suasana kehidupan ketika ayahnya masih hidup. Namun begitu, Haiqal
terpaksa menerima pelawan untuk belajar menari zapin apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat,
Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya.
Haiqal bimbang kerana jika Haiqal menolak sudah tentu mereka akan berkecil hati. Pak Cik
Bakar mengajar Haiqal dengan tekun. Gerakan Haiqal masih keras. Haiqal juga berasa penat.
Sekarang, barulah Haiqal benar-benar faham bahawa tarian zapin memerlukan kecergasan
untuk menarikannya.

Hampir pukul 12.00 tengah malam, barulah mereka bersurai. Sebelum pulang, mereka
minum di warung Wak Min. Di warung, Haiqal telah diajarkan tarian zapin secara teori.
Haiqal mengakui bahawa tarian zapin memang memenatkan tetapi sangat unik! Haiqal turut
berasa kesal kerana anak-anak muda di kampung ini seperti tidak meminati tarian zapin
kerana tidak ada seorang anak muda yang sudi menjengah walaupun mereka sudah mula
berlatih beberapa hari yang lalu. Menurut Pak Cik Bakar, anak-anak muda di kampung ini
ibarat “hangat-hangat” tahi ayam, Sebagai contohnya, kumpulan kompang yang dianggotai
oleh anak-anak muda pun turut berkubur. Punca perkara ini berlaku kerana tidak ada minat
dalam diri mereka. Haiqal menerangkan bahawa dia suka tinggal di kampung ini kerana
kekayaan budayanya. Pak Cik Bakar memaklumkan bahawa ayah Haiqal merupakan seorang
lelaki yang tabah dan mempunyai keinginan luar biasa. Ayah Haiqal sanggup berpisah
dengan umi Haiqal kerana kecintaannya terhadap kebudayaan di kampung ini. Arwah ayah
Haiqal tidak mahu tarian zapin ini lenyap.

Haiqal kemudiannya menceritakan kisah yang tertulis dalam manuskrip tersebut termasuklah
watak-wataknya juga. Haiqal bertanya kepada Pak Cik Bakar sama ada See Hwa pandai
menari zapin atau tidak. Sebenarnya, Haiqal masih ragu-ragu sama ada Ai Ling yang terdapat
dalam manuskrip ayahnya merupakan See Hwa dalam dunia sebenar. Haiqal juga tidak pasti
sama ada watak Ai Ling merupakan imaginasi ayahnya sahaja untuk menguatkan jalan cerita
atau watak yang benar-benar wujud. Pak Cik Bakar meminta Haiqal menggunakan peluang
yang ada untuk mengenali See Hwa.

Tauke Ong mengatakan bahawa Haiqal mempunyai kebolehan semula jadi dalam tarian zapin
walaupun tarian Haiqal masih sumbang. Lazim yang sudah lama tidak menari mudah
menangkap gerak tari zapin itu semula. Haiqal berasa malu kerana dirinya menjadi tumpuan
ketika berlatih zapin. Sekarang, beberapa orang anak muda sudah mula melihat mereka
berlatih menari zapin. Walaupun mereka tidak bermain alat muzik atau menari zapin,
kehadiran mereka merupakan satu sokongan moral kepada kumpulan zapin D’ Purnama.
Haiqal mengakui bahawa Lazim merupakan seorang penari zapin jincat yang hebat. Haiqal
yakin bahawa Lazim dapat mengekalkan kumpulan D’Purnama. Namun begitu, Lazim tidak
boleh bergerak seorang diri. Lazim memerlukan sokongan daripada beberapa orang anak
muda kampung itu yang mewarisi kemahiran yang sama.

Haiqal sering tidur lewat sejak akhir-akhir ini. Haiqal teringatkan kata Lazim, Pak Cik Bakar
dan juga manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya. Haiqal perlu mencari peluang untuk
mengenali See Hwa. Namun begitu, Haiqal tidak mahu emosi See Hwa terganggu tambahan
pula See Hwa sedang belajar di kolej. Haiqal mengakui bahawa See Hwa seorang gadis yang
agak unik. Keunikan See Hwa disebabkan oleh dia membesar dalam kelompok masyarakat
Melayu dan hanya warna kulit sahaja yang menunjukkan See Hwa berbangsa Cina.

Pada waktu petang, See Hwa mengajak Haiqal bersiar-siar di tepi pantai. Peluang keemasan
ini digunakan oleh Haiqal untuk mengenali See Hwa dengan lebih dekat. See Hwa
memberitahu bahawa pantai tersebut menyimpan banyak kenangan bersama-sama dengan
arwah ayah Haiqal. Pantai ini juga sangat istimewa untuk arwah ayah Haiqal. Menurut See
Hwa, di pantai ini, arwah ayah Haiqal bercerita tentang diri Haiqal. See Hwa menambah, jika
Haiqal tidak pulang ke kampung ini, dia pasti akan ke Terengganu untuk mencarinya. Haiqal
juga menyatakan kehairanan tentang manuskrip tersebut yang tidak diselesaikan. Cerita
dalam manuskrip itu tergantung di pertengahan jalan. See Hwa memberitahu bahawa hanya
arwah ayah Haiqal dan Haiqal sahaja yang mempunyai jawapannya. Tugas See Hwa
hanyalah menyampaikan manuskrip itu kepada Haiqal.

See Hwa memberitahu bahawa dia suka melihat Haiqal menari. Menurut Tauke Ong,
kehebatan Haiqal menari zapin sama seperti arwah Abdullah bin Kayan. See Hwa meminta
Haiqal untuk menari zapin dengan Lazim pada minggu depan. See Hwa yakin bahawa orang
kampung pasti akan menyukainya. Haiqal inginkan kepastian sama ada See Hwa pandai
menari zapin atau tidak. Namun begitu, See Hwa hanya tersenyum sahaja dan tidak memberi
apa-apa jawapan. Apabila hari beransur senja, mereka berdua pulang ke rumah masing-
masing.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 15

Tetamu Istimewa

Haji Jamil gembira apabila melihat persiapan yang telah dibuat oleh penduduk kampung. Pak
Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif ialah orang yang paling sibuk pada malam itu. Haiqal
juga turut membantu. Haiqal menyusun kerusi-kerusi plastik manakala See Hwa mengemas
bahagian dalam balai raya agar kelihatan cantik dan berseri. Sebilangan penduduk kampung
bergotong-royong di belakang balai raya. Mereka memasak makanan untuk hidangan para
tetamu pada malam ini. Seminggu sebelum acara ini berlangsung, Haiqal telah
memaklumkan kepada walidnya tentang majlis pada hari ini. Haiqal meminta walid, umi dan
Nurul Aisyah mendoakan Haiqal dapat membuat persembahan yang terbaik. Ketika mereka
sibuk membuat persiapan, Lazim telah ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerja.
Peristiwa itu hampir mematahkan semangat mereka. Walaupun kecederaan yang dialami oleh
Lazim tidak parah, luka-luka di kakinya perlu dijahit dan sudah tentulah Lazim tidak dapat
menari zapin pada malam ini. Mereka perlu mencari pengganti Lazim dengan segera kerana
tarian zapin akan terjejas jika bilangan penari tidak cukup. Haji Salim mencadangkan supaya
See Hwa menggantikan tempat Lazim. Haiqal terkejut dengan cadangan itu. Haji Salim
menyuruh Haiqal memujuk See Hwa supaya menari zapin dengannya. Haiqal ragu-ragu
dengan kebolehan See Hwa tetapi Haji Salim memberitahu bahawa See Hwa ialah pengerusi
kelab tarian tradisional di kolejnya.

Haiqal telah ke rumah See Hwa untuk memujuk See Hwa menari zapin. Haiqal terkejut
apabila See Hwa sedang menggosok pakaian zapin. See Hwa dan Lazim sebenarnya ingin
membuat kejutan kepada Haiqal. See Hwa dan Lazim akan menari zapin untuk
dipersembahkan kepada Haiqal. Rancangan ini ialah rancangan Pak Cik Bakar dan Haji
Salim. Namun begitu, rancangan itu tidak dapat dilakukan kerana Lazim terlibat dalam
kemalangan. Haiqal mempelawa See Hwa untuk menari zapin bersama-samanya. Haiqal
benar-benar berharap supaya See Hwa dapat menari zapin bersama-samanya.

Persembahan zapin D’Purnama berjalan dengan lancar. Haiqal dapat mempersembahkan
tarian zapinnya dengan baik walaupun ada perasaan gementar dalam hatinya. Beberapa orang
warga emas yang mengalirkan air mata apabila menyaksikan tarian Haiqal. Lazim juga turut
hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakan- rakannya. Ketika lagu Anak
Ayam dimainkan, YB Datuk Syaiful Azizi meminta Haiqal dan See Hwa sekali lagi menari
berpasangan. YB sangat terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal.

Sinopsis Novel Silir Daksina Bab 16

Bermulalah Episod

Haiqal merasakan bahawa hidupnya sangat serasi di Kampung Seri Purnama. Haiqal turut
merasakan bahawa silir daksina (angin selatan) seolah-olah mendakap tubuhnya dan tidak
mahu melepaskannya. Haiqal perlu berani membuat keputusan. Haiqal tidak mampu untuk
membahagiakan semua orang tetapi dia juga tidak mahu untuk melakukan insan-insan yang
menyayanginya terutamanya umi. Haiqal telah membuat keputusan untuk meninggalkan
Semenanjung Malaysia. Haiqal telah melanjutkan pelajaran di sebuah university di Bumi
Kenyalang (Sarawak).

Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya telah hilang apabila umi datang ke
Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari zapin jincat pada malam
persembahan D’Purnama. Tambahan pula, umi mengajak walid ke kubur ayah. Haiqal

melihat umi menangis di kubur ayahnya. Umi telah sedar bahawa darah Abdullah bin Kayan
turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Ratna telah menyepikan diri apabila Haiqal pulang ke
Terengganu. Sebenarnya, Ratna telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan
muda yang sanggup menjadi rakan kongsinya.

Ketika Haiqal mahu pulang ke Terengganu, Tauke Ong sempat memberitahunya bahawa ada
seseorang yang istimewa sedang menunggu Haiqal di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong
berharap agar Haiqal kembali ke kampung Seri Purnama. Haiqal tidak memberikan harapan
dan dia hanya mampu tersenyum. Haiqal perlu menjadi seperti ayahnya untuk menghidupkan
Aksara kembali. Walau bagaimanapun, Haiqal sedar bahawa ilmu dan pengalamannya belum
cukup untuknya memimpin Akasara.

Manuskrip lama milik arwah ayah Haiqal masih berada dalam simpanannya. Kandungan
manuskrip itu masih belum berubah. Pada suatu malam, Haiqal menghantar pesanan ringkas
kepada See Hwa. Haiqal memberitahu bahawa dia akan mencari jejak Abdullah bin Kayan
dan jika See Hwa benar-benar seperti Ai Ling, Haiqal juga akan menjejakinya. Silir daksina
(angin selatan) benar-benar mententeramkan jiwa Haiqal.

KEKUATAN NOVEL SILIR DAKSINA

Kekuatan yang terdapat dalam novel ini ialah ia merupakan cerita yang berlaku dalam
kehidupan seharian kita. la juga mempunyai jalan cerita yang menceritakan tentang seorang
anak yang mempunyai hasrat untuk mengetahui tentang ayahnya lebih lanjut dan
manuskripnya. Novel inisesuai untuk dibaca oleh semua golongan terutamanya golongan
remaja.

KEKURANGAN NOVEL SILIR DAKSINA

Kekurangan yang terdapat dalam novel ini adalah mempunyai konflik yang akan
mengganggu pembaca yang beremosional Novel ini juga kekurangan cerita. Novel ini tidak
mempunyai cerita yang banyak dan juga kekurangan perwatakan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL SILIR DAKSINA

Penambahbaikan yang dapat dibuat dalam novel ini ialah menambahkan perwatakan yang
bersesuaian. Seterusnya, menambahkan cerita yang sesuai dengan plotnya dan mempunyai
jalancerita yang menarik dan juga menarik perhatian pembaca.

➢ PENGENALAN NOVEL BIMASAKTI MENARI

• CERITA RINGKAS

Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di
Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun
gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut
akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan
berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa
mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa
kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk menghalang
bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’
atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut.
Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik
mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh
musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan
abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa
dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa
dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari
Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan
berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman
berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran
bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri
Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat
Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’
Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua
Nurul Hafsa.

• BIOGRAFI PENULIS NOVEL BIMASAKTI MENARI
NAMA pengarang wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana
dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan
kesemua novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel
Remaja. Dua daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi
Hadiah Sastera Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun
2000/2001 dan 2012.

Latar belakang pendidikannya bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya memiliki Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New Zealand & Dunedin
College of Education, New Zealand.

Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar dalam jagat
kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya yang suka
bercerita.

• KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL BIMASAKTI MENARI2

• Novel Bimasakti Menari
=sinopsis
Novel Bima Sakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai
Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun
untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Beliau yang pada
mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima
oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan
yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat
pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil
keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan. Beliau kecewa
kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar untuk
menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan
pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi
kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan
Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan orang
awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann
Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik
mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu
dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa
apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba
membebaskan Nurul Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di
stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula
diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat
laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan
daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak
polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak
tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik
diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman
berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri
kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau
dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

Bab 1 :

Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari
pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila
langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang
berlaku di Kuala Selangor. Pada malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam
jiwa seterusnya berjanji kepada para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang
berlaku dengan sedaya upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan
kemampuan manusia untuk menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun,
Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia
ada di langit, hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan
membuka deria manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia
memaklumkan bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita
tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

Bab 2:

Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal
dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-
benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan
pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan
Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka
berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual
setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam
tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar
TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham
memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang
sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas
kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali
meneruskan tugas beliau.

Bab 3:

Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-
kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-
kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman.
Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang
dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk
bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur
hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke
Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu
gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak.
Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya,
menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang
sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang
dialami oleh kumpulan pengunjung dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi
hanya dapat menyaksikan kelip-kelip yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang
sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu
kawasan cabang sungai milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-
kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa
kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

Bab 4:

Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang
diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka,
Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah
tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah
Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan
menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta
oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan
tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat pencerapan lain.
Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum
ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih atau oren disebabkan
cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor yang baru empat tahun
ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk Kuala Selangor belum
menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika tidak dirancang dengan
teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa terkejut namun gembira

apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala
Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.

Bab 5:

Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi.
Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan
membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi
penyambung silaturahim mereka berdua.

Bab 6:

Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan
Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang
sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai
Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat
bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada
dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati
Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia
bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor daripada terus
berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman
bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut
merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang melihat kelip-kelip dan
dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan kereta hibrid. Pada awalnya,
Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun Budiman menasihati adiknya agar
tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain. Nurul Hafsa bersedia untuk
berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor:
Kawasan Simpan Langit Gelap.

Bab 7:

Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.
Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai
di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang
membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian
kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati
kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa
mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama
Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul
Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika
bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar
di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang
memagar sebahagian daripada sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia
yang meminta ayahnya membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung
Kuantan, terus ke kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya
apabila dia mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan
manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-
kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk
bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih
kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut memohon maaf daripada En.
Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda tersebut.

Bab 8:

Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak
mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat
mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya
adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia
kembali bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa
pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut,
Nurul Hafsa sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya,
Budiman tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar
bahawa adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting
yang tidak boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan
Nurul Hafsa tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa
kembali kegelapan ke Kuala Selangor.

Bab 9:

Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan
langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk
menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan
Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-
masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-
usaha anaknya selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama
Muhaimin dan Maryam.

Bab 10:

menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad
Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga
tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa
mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi
kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan
Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai
perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut
untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti
Kampung Kuantan tempoh hari.

Bab 11:

Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-
kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul
Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah
ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan
meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad
Taufik.

Bab 12:

dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting
tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56.
Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala
kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta

Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan
langit gelap yang pertama di negara ini.

Bab 13:

Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih
Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik
akan membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.

Bab 14:

membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah
berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya.
Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan
pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis
tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan
negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang
dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto
bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut.

Bab 15:

Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan
Taufik dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.


Click to View FlipBook Version