Buku Skrap
Kemerdekaan
Fatihatul Izzah Binti
Mohd. Khairulanuar
6 JAGUH
Isi Kandungan
-Sejarah Kemerdekaan
-Rukun Negara
-Bendera Setiap Negeri Dalam
Malaysia
-Senarai Nama Perdana Menteri
-Maksud Setiap Warna Pada Bendera
Malaysia
Sejarah Kemerdekaan
Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap
31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada
belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957.
Dari penaklukan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511 ke
tangan Portugis, Tanah Melayu terus ditakluki oleh penjajahan
bangsa dan negara asing sehingga tahun 1957. Belanda mengambil
alih penjajahan Portugis pada tahun 1647 dan seterusnya British
pula memegang kekuasaan di Tanah Melayu pada tahun 1824
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.
Kedatangan British semakin menyemarakkan rasa kebencian
terhadap penjajahan mereka. Tindakan British yang mencampuri
urusan pentadbiran yang dahulunya diuruskan oleh Raja-Raja
Melayu dan pembesar negeri telah mendatangkan rasa tidak puas
hati di kalangan penduduk tempatan. Melalui penjajahan British
ini, lahirlah tokoh-tokoh pejuang tempatan di setiap negeri
seperti Tok Janggut, Dol Said, Rosli Dhoby, Rentap, Datuk
Maharajalela dan lain-lain yang menentang penjajahan dan campur
tangan British ini.
Pada era 1920 dan 1930-an, kesedaran politik dan peningkatan
ilmuwan yang tinggi telah menyemarakkan semangat nasionalisme
dalam negara. Golongan cerdik pandai yang lahir dari pendidikan di
Timur Tengah dan tempatan ini telah memanfaatkan media cetak
seperti akhbar untuk menyebarkan semangat nasionalisme dan
ideologi masing-masing. Pada zaman ini jugalah lahirnya beberapa
kesatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang mendokong
wawasan untuk menubuhkan kerajaan sendiri dan mengusir
penjajah dari tanah air.
Namun usaha ini sedikit terbatas apabila kemaraan pihak Jepun
pada penghujung tahun 1941 mengubah senario politik negara.
Kemaraan Jepun sebagai sebuah kuasa baru, menyebabkan corak
pentadbiran juga turut berubah.Tanah Melayu terus dijajah Jepun
sehingga 1945. Jepun telah menyerah kalah kepada British setelah
Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom.
Susulan perunduran Jepun, Parti Komunis Malaya (PKM) mengambil
kesempatan cuba merampas pentadbiran Tanah Melayu ketika itu.
Serangan demi serangan dan kekerasan dijalankan oleh PKM.
Kemuncaknya apabila tiga pengurus ladang dari Eropah mati
dibunuh di Sungai Siput, Perak, British melancarkan darurat pada
1948.
Sebelum itu juga British telah menjadikan Tanah Melayu sebagai
Malayan Union pada 1946. Namun gagasan Malayan Union ini
mendapat tentangan yang kuat daripada penduduk tempatan kerana
penghapusan institusi Raja-Raja Melayu dan juga hak keistimewaan
orang Melayu.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, bapa Kemerdekaan Malaysia
telah membuka jalan untuk penubuhan negara Malaysia yang
berdaulat. Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan Parti Perikatan
pada tahun 1952 telah mula membuka mata pihak British.
Perjanjian London yang telah ditandatangani pada tahun 1956
akhirnya membawa perkhabaran gembira mengenai kemerdekaan
Tanah Melayu. Tunku telah membuat pengisytiharan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu di Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20
Februari 1956.
Pada tarikh keramat 31 Ogos 1957, akhirnya Tanah Melayu telah
diisytiharkan merdeka dari sebarang penjajahan asing. Pada 16
September 1963 Singapura, Sabah dan Sarawak telah menyertai
Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk sebuah negara yang
diberi nama Malaysia.
Singapura telah keluar dari Malaysia pada 1965. Kini setelah 64
tahun, Malaysia bebas merdeka. Semoga negara Malaysia kekal
berdaulat dan harmoni. Kemerdekaan yang diwarisi haruslah
disyukuri dan dijaga dengan penuh lestari.
Rukun Negara
-KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
-KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA
-KELUHURAN PERLEMBAGAAN
-KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
-KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Bendera Setiap
Negeri Dalam
Malaysia
Senarai Nama
Perdana Menteri
Malaysia
Maksud Setiap
Warna Dan Simbol
Pada Bendera
Malaysia
Terima
Kasih