The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shyamindhran, 2021-12-21 02:10:12

Kerja Kursus Geografi

Kerja Kursus Geografi

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

NAMA : SHYAMINDHRAN
A/L SARAWANAN

KELAS : 1 PEARL

SUBJEK : GEOGRAFI
SEKOLAH
: SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

BIL. TAJUK

1 PENGHARGAAN
2 PENDAHULUAN
3 PETA LAKAR
4 OBJEKTIK KAJIAN
5 KAEDAH KAJIAN
6 HASIL KAJIAN
7 RUJUKAN

PENGHARGAAN

Saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Hanifah, cikgu
Geografi saya yang membantu saya menyiapkan kerja lapangan ini. Terima
kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak
memberikan sokongan moral dan galakkan sepanjang proses menyiapkan kerja
kursus ini.
Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang
turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap kemusykilan umum yang saya utarakan.
Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung sepanjang pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih
setinggi langit. Saya amat menghargainya.

PENDAHULUAN

Setiap pelajar tingkatan 1 adalah wajib menyiapkan kerja kursus bagi mata pelajaran
Geografi. Saya memilih untuk menjalankan kajian sisa domestik di Taman Rosa, Bandar
Uda Utama. Saya memilih Taman Rosa kerana tempat ini merupakan tempat kediaman
saya. Ini akan memudahkan saya menjalankan kajian di sini. Saya juga mendapati
terdapat penduduk taman ini yang kerap melakukan pembakaran secara terbuka,
membuang sisa-sisa kotoran ke dalam longkang dan berlaku pencemaran asap
kenderaan kerana lokasi taman ini yang terletak di tepi jalan. Perkara ini membolehkan
saya membuat pemerhatian dan kajian yang lebih menyeluruh untuk menyempurnakan
tugasan saya. Masa yang diberikan kepada semua murid bagi menyiapkan kerja kursus
ini adalah selama sebulan. Bagi saya, tempoh yang diberikan bersesuaian untuk saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna bagi mencari maklumat dan bahan
tentang kawasan kajian. Tempoh masa ini akan saya gunakan untuk mengumpul semua
bahan iaitu peta lakaran, kawasan tempat, hasil kajian, bahan grafik, dan hasil siasatan
dari penduduk taman, rumusan dan keseluruhan kajian saya. Saya bersyukur danbangga
kerana kajian saya ini boleh dijadikan panduan kepada saya dalam membantu usaha
bagi mengatasi masalah sisa domestik di taman saya pada masa akan datang.

PETA
LAKAR

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya ialah:
a.Menyatakan jenis dan contoh sisa domestik
b.Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik
c.Menghuraikan 3 langkah bagi mengurangkan

kesan pembuangan sisa secara bijaksana

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan kajian
pada 9 Disember 2021. Saya telah catatkan segala pemerhatian dalam
borang pemerhatian. Saya melayari Internet untuk mendapatkan
maklumat tentang kawasan kajian. Selain daripada itu, saya juga telah
merujuk kepada buku teks Geografi Tingkatan 1 dari muka surat 144
hingga 152 untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang kajian
sisa domestik. Saya telah menemu bual seramai 12 responden untuk
mendapatkan maklumat berkenaan sisa domestik di kawasan kajian.
Saya mendapati bahawa terdapat beberapa kesan sisa domestik dan
langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi sisa domestik
yang tidak sistematik di kawasan ini.

JENIS-JENIS SISA DOMESTIK

Sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang terhasil dari
kawasan perumahan. Sisa domestik ini terdiri daripada sisa pepejal
dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai bahan organik dan bukan
organik. Mengikut pemerhatian saya, sisa domestik yang terdapat di
kawasan saya terdiri daripada bahan tidak organik seperti plastik, tin,
kaca dan besi buruk. Sisa organik adalah seperti sisa makanan, sisa
kebun dan kertas. Sisa domestik di kawasan ini juga terdiri daripada
sisa pepejal seperti kertas, tin dan kaca manakala sisa cecair seperti
minyak masak. Antara kesan dari pembuangan sisa domestik di
kawasan saya ialah pencemaran udara, wabak penyakit dan
pencemaran air.

KESAN-KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK

Kesan-kesan pembuangan sisa domestik ialah pencemaran air, udara
dan bau. Pencemaran air berlaku apabila sumber air seperti sungai
akan tercemar apabila sampah sarap dibuang di kawasan sumber air
manakala pencemaran udara berlaku ketika pembakaran sisa domestik
di kawasan tapak pelupusan sampah. Selain itu, pencemaran bau
berlaku akibat timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik.
Bertitik tolak dari hal itu, pembuangan sisa domestik juga akan
menyebabkan pelbagai bentuk wabak penyakit akan berlaku. Sisa
pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat
penularan wabak penyakit yang disebarkan melalui haiwan seperti
tikus, lipas dan lalat. Sebagai contoh, penyakit taun, demam denggi,
malaria, zika dan rotavirus.

CARA-CARA UNTUK MEGURUSKAN SISA
DOMESTIK

i. Amalan 3R iaitu kurangkan(Reduce),guna semula(Reuse) dan kitar semula(Recycle)dapat
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.Masyarakat seharusnya perlu dididik
untuk memahami konsep berkenaan.

ii. Penguatkuasaan undang-undang
• Pihak berkuasa tempatan(PBT) perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa
domestik dengan mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat.
• Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672) dan Akta Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(Akta 673) dibuat untuk menguruskan sisa domestik
dengan baik dan sistematik dan anggota yang terlibat perlu memastikan akta-akta ini dihormati
dan diikuti oleh semua orang.

iii. Gotong-Royong
• Amalan bergotong-royong adalah satu amalan yang mulia dan harus dipupuk sejak kecil.
Amalan ini harus diteruskan selalu bagi memastikan kawasan persekitaran adalah bersih dan
selamat.

RUMUSAN

Setelah menjalankan kerja lapangan, saya dapat merumuskan
bahawa sisa domestik yang dijumpai di kawasan saya ialah sisa
domestik pepejal dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai
bahan organik dan bukan organik. Saya juga mendapat tahu
bahawa akibat dari kesan pembuangan ialah seperti berlaku
pencemaran air dan udara, wabak penyakit dan banjir kilat.
Langkah-langkah pengurusan sisa domestik yang bijaksana adalah
seperti mengikuti amalan 3R, penguatkuasaan undang-undang yang
tegas dan sikap bergotong-royong. Dengan ini, saya berharap
sekiranya semua masyarakat di Malaysia mengamalkan cara
kehidupan yang sihat, kesan pembuangan sisa domestik dapat
dikurangkan.

GAMBAR-GAMBAR CONTOH SISA DOMESTIK DI
KAWASAN PERUMAHAN SAYA







RUJUKAN

A) Buku Teks

Saya menjadikan “Buku Teks Geografi Tingkatan 1” sebagai rujukan sepanjang
menjalankan kerja lapangan ini. Banyak maklumat diperolehi melalui buku teks bagi
menyiapkan kerja lapangan saya.

B) Internet

Selain rujukan buku teks, saya juga memperolehi maklumat daripada Internet. Antara
laman sesawang yang saya rujuk ialah laman sesawang seperti Wikipedia dan juga
Google.


Click to View FlipBook Version