The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54016015, 2021-09-19 09:33:15

Minit mesyuarat pibg kali ke 8 20192020_clone

Minit mesyuarat pibg kali ke 8 20192020

Tarikh SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG TEREH
Masa MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL. 8 SESI 2019/2020
Tempat
Pengerusi : 18 Mac 2021
: 11.00 pagi
Kehadiran : Bilik Mesyuarat SK Ladang Tereh
: En. Mohd. Farid Bin Mohd. Saim

: Hadir :
1. En. Mohd. Farid Bin Mohd. Saim
2. En. Zullkifli Bin Abdullah
3. En. Nurhazary Bin Sarifudin
4. En. Mustapa Kamal Bin Jafril
5. En. Jufridin Bin Abd. Rahim
6. Pn. Nur Athirah Binti Ariffin
7. Pn. Hajar Sakinah Binti Yahya
8. Pn. Fauzah Binti Khamis
9. Pn. Wan Hasnida Balkis Binti Wan Hamzah
10. Pn. Tengku Uswatul Husna Binti Tengku Alang
11. Pn. Mastura Bt Ramlie

Turut Hadir :

1. Pn. Esther Ponmalar A/P R. Jeyasingam (Ex – Officio)
2. En. Ahmad Azaly Bin Hamzah (GPK 1)
3. Pn. Kavitha a/p Doraisamy (GPK HEM)
4. En. Mohd. Syafiq Bin Alias (GPK Kokurikulum)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih bagi semua AJK yang hadir. Pengerusi
mengalukan semua AJK dan memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG kerana dapat
meluangkan masa menghadiri mesyuarat.
1.3 Pengerusi memberikan laluan kepada Guru Besar untuk menyampaikan ucapan
ringkas :
i. Pn. Esther Ponmalar A/P R. Jeyasingam mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua barisan AJK PIBG atas kehadiran mesyuarat.
ii. Guru Besar juga memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 akan
dilaksanakan pada 8 April 2021.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh En. Mustapa Kamal Bin Jafril
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Fauzah Binti Khamis

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rumah burung hantu : En. Jufridin telah menyediakan dua unit rumah burung
yang akan dipasang di hadapan dan belakang sekolah.

3.2 Lampu : Pembelian dua unit lampu solar yang berharga RM 250.00 seunit dan
akan dipasang berhampiran pondok pengawal.

3.3 Sanitasi sekolah : En. Zullkifli akan memaklumkan pihak sekolah tarikh dan masa
sebelum proses sanitasi dilakukan.

3.4 Kelapa matag : En. Jufridin diminta untuk menyemak semula bilangan pokok
kelapa yang masih subur.

4.0 PEMBENTANGAN MESYUARAT

4.1 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 Sesi 2019/2020
4.1.1 Tarikh : 8 April 2021.
4.1.2 Dua sesi mesyuarat iaitu sesi pagi dan petang. Dilaksanakan dalam
talian melalui medium ‘Zoom’.
4.1.3 Pengerusi memutuskan dua lokasi yang akan digunakan :
Bilik Mesyuarat SELAT : AJK PIBG dan guru.
Balai Raya Tereh Mill : Ibu Bapa
4.1.4 Cenderahati untuk AJK PIBG sesi 2019/2020 boleh dituntut daripada
En. Nurhazary Sarifuddin.
4.1.5 Berikut merupakan penamaan calon bagi jawatan Yang Dipertua
PIBG SELAT 2021/2022 :
i. En. Mohd. Farid Bin Mohd. Saim
ii. En. Mohd. Saiful Bin Mansor
iii. En. Wan Zakaria

4.1.6 Calon nama Naib Yang Dipertua PIBG SELAT 2021/2022 :
i. En. Zullkifli Bin Abdullah
4.1.7 ii. En. Mohd. Saiful Bin Mansor
4.1.8 iii. En. Wan Zakaria
4.1.9
4.1.10 Ibu bapa / Guru akan menggunakan peranti sendiri kerana undian
pemilihan AJK juga akan dilakukan melalui dalam talian menggunakan
4.1.11 peranti masing-masing.
4.1.12 Ibu bapa perlu memberi maklum balas kehadiran pada 5 April 2021
4.1.13 bagi persediaan tempat, cenderahati dan jamuan.
Terdapat persembahan selingan dari murid Prasekolah.
Usul dari ibu bapa akan diisi secara dalam talian.
Cabutan bertuah bernilai RM 200.00 (10 unit) akan disumbangkan
oleh PIBG dan beberapa unit dari penyumbang lain iaitu En. Zullkifli
dan pihak ladang.
Pengerusi mencadangkan untuk mencalonkan En. Mohd. Afiq (Imam
Executive).
Sediakan pamplet untuk ibu bapa dan guru semasa hari kejadian.
Sebarkan gambar digital ke dalam Whatsapp kelas berkenaan
pelaksanaan Mesyuarat Agung PIBG.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Makluman dari En. Ahmad Azaly Bin Hamzah
5.1.1 Pihak sekolah telah menghantar surat permohonan cuti peristiwa
bagi pelaksanaan Mesyuarat Agung PIBG. Sebarang maklum balas
mengenai kelulusan cuti tersebut akan dimaklumkan kelak.
5.1.2 Tempoh waktu persekolahan untuk tahap I : 7.45 pagi – 12.45 tengah
hari dan tahap II : 7.45 pagi – 1.15 petang. Tiada penjajaran waktu dan
penjajaran kurikulum yang dibuat seperti tahun lalu.
5.1.3 Ujian Diagnostik Tahun 6 akan dilaksanakan pada 21/4/2021 –
25/4/2021 . Tiada maklumat terkini mengenai pelaksanaan UPSR
pada tahun ini.

5.2 Makluman dari En. Zullkifli Bin Abdullah
5.2.1 Permohonan laluan berbumbung susur gajah telah dihantar ke wakil
politik Ahli Parlimen Sembrong. Jika ada maklum balas akan
dimaklumkan kepada pihak sekolah.

5.3 Makluman dari Pn. Kavitha A/P Doraisamy
5.3.1 Kawasan sekolah telah di sembur ‘fogging’ bagi membanteras
pembiakan nyamuk sebelum pembukaan sekolah Mac yang lalu.

5.4 Pn. Tengku Uswatul Husna mencadangkan untuk mencalonkan En. Fairuz bagi
menjadi AJK PIBG akan datang.
Makluman : Semua AJK PIBG

6.0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG kerana dapat
menyumbang idea, masa dan tenaga sepanjang memegang jawatan dalam organisasi
ini. Pengerusi mengalukan individu yang berkaliber supaya dicalonkan menjadi AJK
supaya segala aktiviti dan program sekolah dapat dilaksanakan secara maksima.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ...................................................
NUR ATHIRAH BINTI ARIFFIN MOHD FARID BIN MOHD SAIM
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG,
SK Ladang Tereh, SK Ladang Tereh,
Kluang. Kluang.



MOHD FARID BIN MOHD SAIM
Yang Dipertua PIBG,
SK Ladang Tereh,
Kluang.


Click to View FlipBook Version