DIRASMIKAN OLEH 8 DISEMBER 2021
8:00 MALAM
YB DATUK RAIS GOOGLE MEET
BIN DATUK WIRA YASIN
DSIEJMEMUAPUITBUHBAADPIAR
06-3342119
sraj_tgminyak2
@yahoo.com
SELAK HALAMAN
Kepada
Tuan/Puan
Ibu bapa dan Penjaga
Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU ( PIBG ) KALI PERTAMA SRA JAIM
TANJUNG MINYAK 2 TAHUN 2021
Segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ibubapa dan Guru ( PIBG )
SRA JAIM Tanjung Minyak 2 akan diadakan seperti ketetapan berikut
Tarikh : 8 Disember 2021 ( Rabu )
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Kediaman masing-masing ( Google Meet )
Pautan LINK : https://meet.google.com/waj-xuuv-ftu
3. Jesteru itu, bagi menjayakan mesyuarat ini tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut secara atas
talian.
Segala sokongan, keprihatinan dan kerjasama dari pihak tuan amatlah pihak kami hargai dan diucapkan jutaan
terima kasih.
Sekian Terima Kasih
“WAWASAN KEMAKMURAN 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan Amanah ,
(Encik Hafizuddin Bin Rashid)
Setiausaha Penaja PIBG
Sra Jaim Tanjung Minyak 2
KATA ALUAN PERASMIAN
Terima Kasih kepada saudara Pengacara Majlis,
Yang Berusaha, Encik Hanafiah Bin Hamzah, Pengerusi Penaja PIBG,
Yang Berusaha, Ustazah Azizah Binti Othman, Guru Besar SRA JAIM Tanjung Minyak 2,
Penolong-Penolong Kanan,
AJK Penaja PIBG, Guru-Guru,
Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan untuk hadir ke majlis hari ini
dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama sekolah ini. Tahniah dan syabas
saya ucapkan kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Penaja PIBG kerana telah dapat merancang,
mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Seperti yang kita sedia maklum, majlis ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang
tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru
dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara
pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat PIBG dilihat sebagai pemangkin untuk ibu bapa
dan guruguru saling berkomunikasi.
Tuan-tuan dan Puan-Puan
Sesungguhnya, majlis pada malam ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu
bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa
depan anakanak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan
PIBG dan sekolah.
Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai inisiatif, usaha
dan program telah dilakukan. Harus juga diingatkan kecemerlangan anak - anak kita sebenamya
bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita
terdidik dengan nilai - nilai yang mumi dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan
dengan segala gejala negatif diluar rumah
Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenamya adalah
tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenang
ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif
untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar,
guru dan juga pembangunan sekolah.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada malam ini dan saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa bagi Penaja PIBG atas kelancaran
majlis pada malam
Dengan harapan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
dan
Guru SRA JAIM Tanjung Minyak 2 Kali Pertama.
Sekian, terima kasih.
YBhg DATUK RAIS BIN DATUK WIRA YASIN
Adun Paya Rumput
UCAPAN GURU BESAR
Assalamualaikum w.b.t..
Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa kesyukuran kerana SRA JAIM Tanjung Minyak
2 telah berjaya mengadakan julung-julung kalinya Mesyuarat Agung PIBG yang pertama dan
alhamdulillah dapat dijalankan dengan lancar. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran kepada semua ibu bapa dan
para guru serta ucapan terima kasih kepada semua jawatankuasa Penaja PIBG yang terlibat.
Kesungguhan dan komitimen dałam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah diantara pihak sekolah
dan Jawatankuasa Penaja PIBG sangat penting dan saya berharap dapat diteruskan
permuafakatan ini demi kecemerlangan anak-anak kita di SRA JAIM Tanjung Minyak 2.
Ucapan tahniah juga diberikan kepada semua warga SRA JAIM Tanjung Minyak 2 dałam
usaha melahirkan pelajar yang cemerlang. Komitmen dan kerjasama dalam usaha menyumbang
idea yang ternyata telah memberikan impak serta menjana kejayaan untuk setiap program
akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar dałam mengharumkan nama SRA JAIM Tanjung
Minyak 2. Saya berharap dapat sokongan padu serta kerjasama daripada semua pihak agar dapat
memperkasakan SRA JAIM Tanjung Minyak 2 seterusnya menjadikan sekolah ini sebagai sebuah
gedung ilmu yang disegani.
Seringkali apabila disebut PIBG, ibubapa lebih cenderung bertanggapan bahawa barisan
jawatakuasa itulah PIBG. Namun dałam konteks sebenar, perjalanan persatuan ini adalah
didokong sepenuhnya oleh semua ahli PIBG. Marilah kita bersatu hati, bersama-sama berperanan
sebagai pengerak dałam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Akhir kata bersama-
samalah kita membina modal insan yang mempunyai sahsiah mumi dan berguna kepada agama,
bangsa dan negara.
Sekian terima kasih.
PUAN AZIZAH BINTI OTHMAN
Guru Besar, SRA JAIM Tanjung Minyak 2.
TENTATIF
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA
Tarikh : 08 Disember 2021
Masa : 8.00 malam.
Tempat : Secara Google Meet.
8.10 mlm : Pendaftaran ibu bapa melalui Google Form.
Kata-kata aluan pengacara majlis.
Bacaan Doa.
8.30 mlm : : Ucapan YBrs. Pn. Azizah binti Othman.
Guru Besar SRA JAIM Tanjung Minyak 2
. : : Ucapan Perasmian YB. Datuk Rais bin Yasin.
9.00 mlm ADUN Paya Rumput.
Mesyuarat Agung Kali Pertama Bermula.
Bersurai.
AGENDA MESYUARAT
TARIKH : 8 DISEMBER 2021
TEMPAT : KEDIAMAN MASING- MASING (GOOGLE MEET)
1. Ucapan Pengerusi Penaja PIBG
2. Pemilihan Pengerusi Sementara Mesyuarat
3. Ucapan Pengerusi Sementara Mesyuarat
4. Pemilihan Jawatankuasa PIBG
5. Pengisytiharan Pembubaran Jawatankuasa Penaja PIBG oleh Pengerusi Sementara
dan Penyerahan Mesyuarat kepada Pengerusi Yang Dipilih
6. Ucapan pengerusi PIBG Yang Dipilih
7. Perbincangan mengenai Akaun PIBG
8. Penetapan Yuran PIBG bagi Tahun 2021
9. Perbahasan Usul- usul jika ada
10. Hal- hal lain; dan
11. Ucapan Penangguhan
BIL JAWATAN AHLI JAWATANKUASA
PENAJA PIBG
1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi NAMA
3. Setiausaha
4. Bendahari Encik Hanafiah Bin Hamzah
5. Ahli Jawatankuasa Encik Mukhriz Bin Mohammad Kamal
Mohammad Hafizuddin Bin Rashid
Analizah Binti Sharif
1. Aminah Binti Mohammad
2. Fakriah Binti Ab. Jalil
3. Siti Nor Zannah Binti Moee
4. Masnita Binti Mohammad
5. Puan Norazlina Binti Mat Isa
6. Aminahton Binti Mohamad
USUL MESYUARAT AGUNG
BIL PERKARA
1. ENCIK MOHD NAJIB BIN MOHAMAD YUSOFF
NO K/P: 801205085483
• Pembelajaran secara besemuka dapat diadakan semula.
2. NUR NADIA BINTI MOHD ZAIDI
NO K/P: 860323305088
• Memperbanyakkan aktiviti berkaitan solat di sekolah
3. ASIAH BINTI ABDULLAH
NO K/P: 840510715076
• Pihak sekolah dan ibubapa bekerjasama dalam memastikan anak- anak berjaya
dalam pelajaran
4. MOHD AZIZUL ZAID BIN MD YUSOF
NO K/P: 800329015327
• BUKU TEKS SEKOLAH
- Memberi pilihan kepada ibubapa untuk membeli buku teks baru untuk anak
yang bersekolah
- Buku teks boleh dibeli daripada pihak sekolah
- Buku kemudiannya diberikan kepada sekolah sebagai sedekah/ hadiah
supaya anak murid yang lain boleh menggunakannya
- Tujuannya adalah untuk memastikan anak mendapat buku yang sempurna
dan bersih
- Kemudahan untuk pihak sekolah menggantikan buku yang telah rosak dengan
buku yang telah dihadiahkan oleh ibubapa
- Pihak sekolah boleh mengambil keuntungan daripada penjualan buku teks
tersebut
JAWATANKUASA PELAKSANA
Bil Jawatankuasa Pelaksana
1 Pengira Undi Ustazah Fakriah Binti Ab Jalil
Ustazah Nurul Nadhirah Binti Abdul Rashid
2 Sambutan / Protokol Ustazah Analizah Binti Sharif
Ustazah Masnita Binti Mohammad
3 Montaj Encik Hanafiah Bin Hamzah
4 Juruacara Majlis Ustazah Azizah Binti Othman
5 Bacaan Doa Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Rashid
6 Pendaftaran Ustazah Azizah Bin Othman
Ustaz Rozaki Bin Mahat
7 Jemputan Ustazah Fakriah Binti Ab Jalil
8 Buku Atur Cara Ustazah Masnita Binti Mohammad
Ustaz Rosdi Bin Sidik
9 Siaraya Ustazah Syamimi Husna Binti Osman
Ustazah Nazatul Amirah Binti Mohd Nizam
10. Pencatat Minit Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Rashid
Ustaz Muhammad Ammar Bin Abu Bakar
Ustazah Aminah Binti Mohd
PENGHARGAAN
YBhg Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin
ADUN PAYA RUMPUT
YBrs Encik Hanafiah Bin Hamzah
Pengerusi Penaja Persatuan Ibubapa dan Guru
SRA JAIM Tanjung Minyak 2
YBrs Ustazah Azizah Binti Othman
Guru Besar
SRA JAIM Tanjung Minyak 2
Ahli Jawatankuasa
Penaja Persatuan Ibubapa dan Guru
Semua Ibubapa & penjaga
Serta
Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi kewangan dan sokongan moral
dalam melaksanakan mesyuarat dengan jayanya. Semoga Allah s.w.t. memberkati segala
usaha kita ….
Amin