The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TAJUK: EKOPELANCONGAN BAKAU
BADAN BERUNIFORM: PPIM
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT, BATU PAHAT.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR IZYAN BADRINA BINTI MOHD TAUFIQ Moe, 2023-10-13 11:36:01

BUKU SKRAP EKOPELANCONGAN BAKAU

TAJUK: EKOPELANCONGAN BAKAU
BADAN BERUNIFORM: PPIM
SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT, BATU PAHAT.

EKOPELANCONGAN BAKAU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT, BATU PAHAT


puan roslena che juhaN nama guru pembimbing: nur izyan badrina bt mohd taufiq nur hany qistina bt md herman nurul eleysa auni bt norazman nur shafika arashiyah BINTI ABDULLAH siti nur batrisyah bt Saharrudin sufiah khaleeda BT ABDUL SYUKUR nur irdina Bt Khairul Anuar Nurdania qistina bt Mohd. Zulhairi nur eryna Syahira Bt Mohazam nurUl fatin najwa BINTI KAMALLUDIN nama ahli kumpulan:


pengenalan Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi Pertandingan Buku Skrap Lestari Hijau Digital ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini, kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Roslena Che Juhan, selaku guru pembimbing kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada guru pembimbing kami Puan Roslena Che Juhan atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terliubat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.


hutan paya bakau Kedudukan Malaysia yang terletak di kawasan tropika membolehkan negara ini mempunyai pelbagai jenis hutan yang unik. Salah satu hutan unik yang terdapat di negara ini adalah hutan paya bakau. Hutan paya bakau di Malaysia banyak bertumpu di kawasan pantai berselut dan di kawasan muara sungai khususnya di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Hutan ini merupakan hutan yang mempunyai nilai produktiviti yang tinggi berbanding dengan hutan-hutan lain yang terdapat di Malaysia menyebabkan hutan ini berupaya menyerap sumber karbon lebih tinggi berbanding hutan-hutan lain yang terdapat di negara ini.


Hutan paya bakau merupakan hutan unik yang mampu bertaburan di kawasan persekitaran ekstrim dan air masin. taburan hutan paya bakau Pelbagai spesies pokok bakau seperi Bakau Kurap, Bakau Minyak, pelbagai jenis Tumu, Nyireh dan sebagainya. bakau kurap bakau minyak


Kelebihan paya bakau Antara kelebihan hutan paya bakau kepada ekopelancongan ialah: Daun yang menghijau dan tumbuh ditebing sungai serta laut mengindahkan pemandangan. Dijadikan sebagai tempat pelancongan bagi menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara.Contoh lokasinya ialah Tanjung Piai,Johor dan Taman Paya Bakau,Perak. Habitat kepada haiwan tertentu seperti monyet,burung, dan serangga penambah penarik kepada mereka yang cintakan alam semulajadi dan haiwan. Tanjung piai,johor TAMAN PAYA BAKAU,PERAK


kepelbagaian biologi Hutan paya bakau menjadi habitat pelbagai spesies fauna seperti monyet, ular, memerang, burung serta menjadi kawasan pembiakan pelbagai jenis kerang, krustasia dan juga ikan. Hal ini menjadikan hutan paya bakau sebagai sebuah kawasan yang mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi. monyet kerang bakau


Hutan paya bakau kini berdepan ancaman kemerosotan fungsi dan integritinya akibat tuntutan pembangunan dan ekonomi. Banyak kawasan hutan paya bakau telah ditebus guna dan diceroboh untuk dijadikan kawasan pertanian. Hutan ini ditebang dan ditambak bagi membuka ladang pertanian seperti kelapa sawit. Hutan paya bakau juga berdepan dengan ancaman lain seperti pembukaan kolam-kolam udang dan ikan secara komersial. Ini sekaligus menyebabkan penebangan hutan berlaku dengan serius dan ancaman pencemaran di kawasan hutan tersebut. Pada masa yang sama, ada kawasan paya bakau yang ditukar menjadi kawasan penempatan manusia seperti di Hutan Paya Bakau Bukit Malut di Langkawi. Ini mengakibatkan, hutan paya bakau mula kehilangan fungsi utamanya dan mengakibatkan banyak kesan negatif terhadap alam sekitar. ancaman kemerosotan paya bakau


Lampiran kemerosotan paya bakau


penutup Tugasan yang diberi untuk kami membina buku skrap yang berkaitan dengan ekopelancongan paya bakau. Pecahan yang mana telah menuntut kami untuk mencari serta merancang sebuah aktiviti berkaitan dengan topik yang telah disediakan. Melalui tugasan Ekopelancongan Paya Bakau ini, kami telag diajar serta dibimbing oleh guru serta rakanrakan dalam menghasilkan sebuah buku skrap. Kami dibantu untuk mencari maklumat berkaitan dengan topik Ekopelancongan Paya bakau. Selain itu juga, pembinaan buku skrap ini telah meluaskan lagi pemikiran kami tentang Ekopelancingan Paya Bakau. Kami banyak mendapat maklumat baharu tentang Ekopelancongan Paya Bakau. Pembinaan buku skraptentang Ekopelancongan Paya Bakau banyak memberikan ilmu pengetahuan baharu. Selain itu, ia melatih kami untuk mencaqri maklumat sama ada melalui internet atau bertanya dengan orang sekeliling seperti guru-guru. Di sini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan, guru-guru dan semua orang yang membantu kami untuk menjayakan buku skrap ini.


Click to View FlipBook Version