SPSK PK 07/3
SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (3),
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Persiaran Utama , Bandar Utama,
47800 PETALING JAYA.
MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BILANGAN 3/ 2019
Tarikh : 04.09.2019 (Selasa )
Masa : 1.45ptg
Tempat : Bilik Gerakan SMK Bandar Utama Damansara (3)
Pengerusi : Pn Rozlina Bt Abdul Ghani
Nama Yang Hadir :
1. ROZLINA BINTI ABDUL GHANI (PENGETUA)
2. AZMI BIN ARSHAD (PENOLONG KANAN)
3. ONG SOON MOI (PENOLONG KANAN HEM)
4. HANIZA BT ABD RAHMAN (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
5. SUHAILA BINTI IDRIS ( GKMP SAINS DAN MATEMATIK )
6. GAJATHISWARI A/P VEJIAN (GURU KANAN TEKNIK & VOKASIONAL)
7. SALAWATI BT AHMAD GHAZALI (GURU KANAN BAHASA)
8. ZAHARAH BINTI HAMZAH (GURU KANAN KEMANUSIAAN)
9. NORHYDAYAH BT AHMA NOR (PENYELARAS PSS)
10. RAJESWARI A/P SINNAKOUNDAN (KAUNSELOR)
11. ANNA SYUHADA BINTI CHE RAZAK ( KAUNSELOR)
12. ANAS SHAFARIZA BINTI ABDUL SHUKOR (KP ICT)
13. CHOY MUN YI ( KP MATEMATIK)
14. HASNIRAIZA BINTI ABDULLAH ( KP PENDIDIKAN SIVIK)
15. NAJAH ILHAMI BINTI ( KP GEOGRAFI)
16. SHAHRIAH BINTI MOHD SAID( SIDANG REDAKSI)
17. NADIA BINTI CHE MOHAMMED. ( NILAM)
1
18. NG LEE LAN ( SU PEPERIKSAAN SPM)
19. NORHIDAYAH BINTI CHE ROSLI ( KP KH)
20. NALINI A/P SUPPIAH ( KP SEJARAH)
21. NAZIMA @ NORAIDA BT ABU NAIM - PENCATAT
22. NIK ROSMALIHANA BINTI NIK MUSTAPA ( KP PJ)
23. NOOR ZAIDA BINTI MOHD ZAIRI ( KP BAHASA INGGERIS)
24. JULITA BINTI ALI ( SU PBD)
25. NORAINI BINTI ZAKARIA ( KP PSV)
26. NORAZIAH AININA BINTI MOHD RASHID ( KP EKONOMI)
27. NORHAYATUL HASSANAH BINTI MOHD NOOR ( SU PEPERIKSAAN DALAMAN)
28. PARANDAMAN A/L M. ANDY ( KP BHS TAMIL)
29. ROZITA BINTI SULAIMAN ( KP MORAL)
30. TAN CHOOI PHENG ( SU PEPERIKSAAN PT3 & KP MAT. TAMBAHAN)
31. ZAIMAH BINTI MAHMUD ( KP PENDIDIKAN ISLAM)
Nama Yang Tidak Tidak Hadir atas urusan rasmi
1. NOR AIDA BINTI HAMIDON (KP SAINS) – CUTI BERSALIN
2. HAZLINDA BINTI ZAIDI (KP BIOLOGI) – CUTI BERSALIN
3. ASMANI BINTI MORAD(KP FIZIK) – CUTI SAKIT
4. CHAN MEI CHOW ( KP KIMIA ) – CUTI SAKIT
5. SITI AZNITA FAZLIN BINTI ABDUL AZIZ ( KP BM) - CRK
Urus Setia Mesyuarat
1. Nazima @ Noraida Bt Abu Naim - Pencatat
1.0 KATA-KATA ALUAN
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Pn Ng Lee Lan mencadangkan minit mesyuarat kali ke-2 di sahkan dan disokong oleh
Pn Nadiah Bt Che Mohamed
2
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.2 Kewangan /PCG (PARA 4.2)
Perbelanjaan panitia sepatutnya sudah mencapai 1/3
penggunaan wang panitia. Bagi panitia yang masih belum
membelanjakan wang panitia boleh berbincang dengan ahli-ahli
panitia untuk membeli bahan penting untuk panitia masing-
masing. Ketua Panitia perlu ambil tindakan segera.
Tindakan : Ketua Panitia
3.2 Fail Panitia (PARA 5.1)
Pengerusi memaklumkan ketua panitia perlu memastikan fail panitia
dikemaskini.
Tindakan : Ketua Panitia
3.3 Papan Kenyataan ( PARA 5.2)
Pengerusi memaklumkan bahawa beliau melihat persekitaran dan papan
kenyataan kelas dan kokurikulum masih ada yang terbengkalai. Semua
pihak perlu mengambil tindakan segera.
Tindakan : Ketua Panitia, Guru Tingkatan
Guru Penasihat
4.0 Perkara Baharu
4.1 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun
Pengerusi memaklumkan Gred Purata Sekolah bagi setiap tingkatan bagi
peperiksaan pertengahan tahun seperti ketetapan berikut:
Tingkatan 1 : GP 2.95 / 73% ( 58 orang gagal)
Tingakatan 2 : GP 3.03 / 66% ( 69 orang gagal)
Tingkatan 3 : GP 2.68 / 79% ( 42 orang gagal)
Tingakatan 4 : GP 3.80 / 88.89% ( 22 orang gagal)
Tingkatan 5 : GP 3.45 /96.65% ( 6 orang gagal)
Pengerusi memaklumkan bahawa SMKBUD3 berada pada tempat ke-2 selepas
SMK SRI AMAN bagi keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2019
diperingkat Daerah, GPS sekolah ialah 3.4. Tahniah diucapkan kepada semua
guru.
Pengerusi berharap pencapaian SPM sebenar lebih baik jika dikaitkan dengan
keputusan pertengahan tahun.
Diharap panitia dapat membuat perbandingan kualiti Peperiksaan Akhir Tahun
2019 dan setiap panitia membuat post moterm selepas peperiksaan percubaan
nanti.
Tindakan : Ketua Panitia
3
4.2 Kewangan / PCG
Semua Ketua Panitia boleh melihat semula perancangan kewangan 2019 dan
dikemaskini kerana pihak pengurusan telah menghantar laporan sukuan kedua
pada 08 -12 Julai yang lalu. Pengerusi berharap semua Ketua Panita dapat
membuat pembelian mengikut kesesuaian panitia bagi melancarkan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Ketua Panitia perlu sedia maklum dan akur dengan
tatacara pembelian dengan menggunakan wang PCG. Sebarang kemusykilan
berkenaan kewangan panitia boleh dirujuk kepada Kerani Kewangan
sekolah.Setiap panitia perlu akur dengan tarikh-tarikh laporan penggunaan PCG
mata pelajaran seperti ketetapan berikut :
Sukuan pertama : 08 - 12 April 2019
Sukuan Kedua : 08 -12 Julai 2019
Sukuan Ketiga : 07- 11 Oktober 2019
Sukuan Keempat : 06 – 12 Januari 2019
Pengerusi berharap semua ketua panitia dapat memberikan kerjasama yang baik
dalam menguruskan kewangan panitia masing-masing. Sekolah juga telah
menerima audit baik. Tahniah
Tindakan : Ketua Panitia.
4.3 Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan Akhir Tahun 2019
4.3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peperiksaan percubaan SPM dan
Tingkatan Empat akan dilaksanakan serentak satu Daerah Petaling
Utama iaitu pada
Tingkatan 5 :26 Ogos 2019 hingga 12 September 2019
Tingkatan 4 : 12 September 2019 hingga 30 Oktober 2019.
Makluman semua
4.3.2 Semua penggubal soalan perlu menyiapkan borang kawalan dengan
segera. Semua guru juga diingatkan supaya menandatangani borang
mengambil dan menyerahkan sktip jawapan di bilik peperiksaan
Tindakan : Penggubal soalan
4
4.4 Analisis Peperiksaan dan KPI Sekolah
Pengerusi memaklumkan selesai sahaja peperiksaan percubaan , ketua panitia
perlu membuat analisis peperiksaan dan merujuk kepada KPI sekolah sama ada
lompangan markah keseluruhan untuk mencapai KPI panitia dan sekolah berada
dalam landasan atau sebaliknya.Jika tidak berada dalam landasan untuk
mencapai KPI panitia dan sekolah ketua panitia dan guru mata pelajaran perlu
membuat tindakan segera agar dapat membantu murid keputusan peperiksaan
yang baik dan sekaligus dapat mencapai KPI sekolah tahun 2019 dengan GPS
SPM ( 2.31 ), Tingkatan 4 ( 2.51) Tingkatan 3 ( 1.78 ), Tingkatan 2 ( 2.13 ) dan
Tingkatan 1 ( 2.56 )
Tindakan : Ketua Panitia .
4.5 Program Peningkatan Prestasi Sekolah 2019
Pengerusi memaklumkan hampir keseluruhan program kecemerlangan sekolah
yang telah berlangsung, seperti Program Didik Cemerlang ( IRC), Program Asah
Minda, Program Jejak Gemilang dan Program Sentuhan Kasih Muridku Sayang
yang telah berlangasung dan beliau merumuskan bahawa program ini telah
dilaksanakan dengan baik oleh semua guru. Komitmen semua guru yang terlibat
beliau amat hargai dan berharap komitmen ini berterusan bagi membantu anak
didik mendapat keputusan yang membanggakan kelak. Semua Ketua Panitia
perlu pastikan laporan program yang telah dilaksanakan diserahkan kepada
setiausaha kurikulum.
Program kecemerlangan yang akan berlangsung ialah Program Menggapai
Bintang. Pengerusi berharap semua guru dapat memanfaatkan masa yang ada
untuk membantu murid-murid membuat persediaan khususnya untuk calon-calon
SPM 2019 dan dilaksanakan dengan jayanya.
Jadual Program Menggapai Bintang telah diedarkan dan semua Panitia yang
terlibat dapat menyediakan bahan yang secukupnya untuk semua murid.( Rujuk
dengan jadual waktu)
Tindakan ; Ketua Panitia
4.6 VLE Frog
Vle Frog telah ditutup tetapi masih boleh digunakan. Vle Frod juga telah digantikan
dengan Google Classroom. Setiap guru mesti membuka dan mencuba id yang
telah diberikan. Pada minggu hadapan akan diadakan bengkel Google Classroom
Makluman semua.
5
5 .0 Hal-hal lain
5.1 Fotostat
Peruntukan fotostat RM10 ribu sudah digunakan, maka ketua Panitia perlu
menggunakan duit PCG jika masih perlu fotostat bahan untuk kepenrluan
pelajar.
Makluman semua
6.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Urus Setia
Setiausaha Kurikulum
SMK Bandar Utama Damansara (3)
Tarikh : 10.09.2019
6