BUKU PROGRAM
PERHIMPUNAN RASMI
BERSAMA SEKOLAH WAWASAN
HARI : ISNIN
TARIKH : 2 MAC 2020
MASA : 7.40 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN
TEMA : AKTIVITI FAEDAH CUTI SEKOLAH
SEKOLAH WAWASAN
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang
berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang
sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua
atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan
dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai
bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain
dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).
Konsep Sekolah Wawasan ialah usaha melahirkan anak
bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan
menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam
yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan
satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Ini
bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akan
menemukan pelajar kepada satu andaian baru dalam hidup mereka.
Pada masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan
yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu :
Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
Kompleks Sekolah Wawasan Tasek Permai, Pulau Pinang
Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
TENTATIF PERHIMPUNAN
7.25 PAGI : Semua murid berkumpul
Nyanyian Lagu
Negaraku
Negeri Pulau Pinang
Lagu Sekolah
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Wakil SJKT Tasek Permai
SK Tasek Permai
Bacaan Doa
Ucapan Guru Bertugas
( Tema: Aktiviti Faedah Cuti Sekolah )
Ucapan Barisan Pentadbir
Persembahan Murid
Bersurai
BARISAN PENTADBIR & GURU TUGAS MINGGUAN
Cuti sekolah merupakan masa untuk pelajar berehat
kerana mereka tidak perlu ke sekolah untuk belajar. Selain cuti
hujung minggu, pelajar juga mempunyai cuti pertengahan
semester dan cuti semester selain cuti umum negara. Pelbagai
pihak sudah memberikan pandangan mereka tentang cara yang
baik untuk memenuhi masa cuti pelajar ini. Jadi, wujud banyak
aktiviti yang berfaedah buat pelajar ketika cuti mereka itu.
Selain itu, aktiviti yang dapat menambah pengetahuan
dan pengalaman pelajar juga boleh dilakukan ketika cuti
sekolah ini. Antara aktiviti itu ialah pelajar menghadiri seminar
motivasi atau membantu ibu bapa di kebun, ladang dan
sebagainya yang baru buat diri pelajar itu sendiri. Semua aktiviti
ini pasti memberikan satu pengalaman yang berguna kepada
pelajar lalu boleh dikaitkan dengan kehidupan mereka sebagai
pelajar pula nanti.
Mungkin juga pelajar boleh melakukan aktiviti yang
berupaya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pelajar
boleh pergi melancong bersama-sama keluarga, pulang ke
kampung halaman dan berkunjung ke rumah sanak-saudara
ketika mereka tidak ke sekolah itu. Ketika melakukan aktiviti ini
sudah pasti interaksi dan hubungan lebih akrab akan terjalin
antara pelajar dengan keluarga mereka terutama ayah dan ibu
pula. Sesungguhnya, pelajar boleh melakukan aktiviti yang
mampu menjalin hubungan erat antara ahli keluarga mereka
ketika tidak ke sekolah itu.
Kesimpulannya, cuti sekolah bukanlah bermaksud
pelajar akan cuti daripada belajar. Sebaliknya, pelajar harus
mengisi masa terluang itu dengan pelbagai aktiviti yang sudah
disarankan tadi. Pelajar boleh menambah pengetahuan, bersiar-
siar dengan keluarga dan sebagainya kerana mereka perlu
sedar “masa itu emas”. Jika mereka gagal menggunakan
masadengan baik sudah pasti diri mereka sendiri akan
mengalami kerugiannya.