The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifah78, 2021-07-08 21:14:43

PEL 10:AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

TINGKATAN 4 : AKIDAH

Keywords: AKIDAH

Set Induksi: Dengarkan lagu nasyid ini dan kaitkan dengan tajuk yang akan kita belajar.

PELAJARAN 10: AKIDAH AHLI
SUNNAH WAL-JAMAAH

PELAJARAN 10: AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

OBJEKTIF PEMBELAJARAN 3.13.4 PANDANGAN AHLI SUNNAH

3.13.1 TAKRIF AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH WAL-JAMAAH DAN ALIRAN YANG

3.13.2 PRINSIP AKIDAH AHLI BERTENTANGAN DENGANNYA
SUNNAH WAL-JAMAAH
TENTANG BEBERAPA ISU
3.13.3 ALIRAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH 3.13.5 KEPENTINGAN
AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH BERPEGANG DENGAN AKIDAH
AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

3.13.1 Takrif Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Kumpulan majoriti umat Islam yang
memahami dan berpegang pada Al-
Quran dan As-Sunnah menerusi
para sahabat dan tabiin serta tabi’
tabiin dalam prinsip akidah, syariah
dan akhlak.

Ahli Sunah Wajama'ah atau Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah (Bahasa Arab: ‫أهل السنة‬
‫) والجماعة‬atau lebih sering disingkatkan sebagai Ahli Sunah atau Ahlu al-
Sunnah (Bahasa Arab: ‫) أهل السنة‬atau Sunni. Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa
tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman
para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in

Ahli Sunah ialah orang-orang yang mengikuti sunah dan berpegang teguh
dengannya dalam semua perkara yang di atasnya Rasulullah s.a.w berada dan
juga para sahabatnya. Oleh sebab itu, Ahli Sunah yang sebenarnya ialah para
sahabat Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikuti mereka hingga ke hari
kiamat.

3.13.2 Prinsip Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Antara prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah termasuklah:

Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati,
pengakuan dengan lidah dan beramal dengan
perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.

Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah S.W.T, namun
manusia diberi pilihan atau kehendak untuk
melakukannya ataupun tidak serta dihitung baginya dosa
dan pahala.

Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang
diwahyukan dalam al-Quran dan as-Sunnah antaranya
termasuklah persoalan kubur, hari akhirat, titian sirat, mizan,
malaikat, jin dan sebagainya. Meyakini kewujudan perkara-
perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam al-Quran dan
as-Sunnah antaranya termasuklah persoalan kubur, hari
akhirat, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya.

3.13.2 Prinsip Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Antara prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah termasuklah:

Menyakini bahawa syurga dan neraka telah
wujud, sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan
syurga dan neraka adalah kekal selama-lamanya.

Syafaat Rasulullah S.A.W adalah dengan izin
tuhannya, termasuklah syafaat baginda untuk
pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira
beriman.

Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi
Allah S.W.T dan merupakan rahmat Allah kepada
manusia.

SPEKTRUM ILMU

Golongan ahli sunnah wal-jamaah dikenali dengan berbagai-bagai nama

antaranya yang masyhur ialah: • Salafussoleh

• Sawadul Adzim

• Al-Syari’ah

• Al-Maturidiyah
• Ahlulhadith

SPEKTRUM ILMU

Allah S.W.T berfirman:

Maksud: Dan bahawa sesungguhnya
inilah jalanku yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya dan
janganlah kamu menurut jalan-jalan
(lain daripada Islam) kerana jalan-jalan
(yang lain itu) mencerai beraikan kamu
daripada jalan Allah …

3.13.3 Aliran Yang Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1. SYIAH

SEJARAH

Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin
Abu Talib R.A dilantik sebagai khalifah selepas
Rasulullah S.A.W dan berkeyakinan bahawa
hanya ahlulbait sahaja yang lebih layak
memegang jawatan khalifah.

3.13.3 Aliran Yang Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah

PRINSIP UTAMA SYIAH

Antara prinsip syiah yang betentangan dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah

termasuklah: Meyakini bahawa al-imamah merupakan rukun agama

dan telah ditentukan oleh Allah S.W.T melalui lisan

rasulnya secara nas’.

Meyakini bahawa imam-imam adalah maksum,
iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar.

Mengamalkan at-Taqiyah iaitu menyembunyikan
sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta
bendanya dengan menampakkan sesuatu yang
berbeza dengan hakikat sebenarnya.

Menambah nama Saidina Ali R.A dalam syahadah
selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.

2. KHAWARIJ

SEJARAH

Kumpulan pengikut Saidina
Ali Bin Abu Talib R.A yang
berpaling tadah kerana tidak
berpuas hati dengan
keputusan majlis tahkim.

PRINSIP UTAMA KHAWARIJ

Antara prinsip khawarij yang betentangan dengan akidah
ahli sunnah wal-jamaah termasuklah:

Jawatan khalifah atau imam hendaklah diserahkan pemilihannya
kepada rakyat untuk memilih sesiapa sahaja daripada kaum
muslimin yang layak.

Mereka menyatakan bahawa Saidina Ali R.A telah
melakukan dosa besar serta kufur kerana bersetuju
mengadakan majlis tahkim.

Beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat
dikira berdosa besar dan kafir.

SPEKTRUM ILMU

Ciri-ciri pemikiran khawarij telah dijelaskan oleh Rasulullah
S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sahl Bin
Hanif bahawa Rasulullah S.A.W bersabda (sambil baginda
menunjuk ke arah Iraq)

Maksud: Dari sanalah
muncul sekelompok kaum
yang membaca al-Quran
tidak melebihi kerongkong
mereka, mereka keluar dari
Islam sebagaimana anak
panah keluar dari
busurnya.

3. MUKTAZILAH

SEJARAH
Kumpulan yang
diasaskan oleh Washil
Bin Atha’ setelah
berlaku perbezaan
pendapat antara beliau
dengan guru beliau
Hasan Al-Basri tentang
kedudukan pelaku dosa
besar.

PRINSIP UTAMA MUKTAZILAH

Antara prinsip Muktazilah yang betentangan dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah

termasuklah:

01 •Al-Tauhid: Menafikan sifat Al-A’dl: Meyakini manusia
ma’nai pada zat Allah S.W.T. bertanggungjawab sepenuhya atas
perbuatan mereka sama ada baik
•Al-Wa’du Wal-Wa’id: Meyakini bahawa 03 02 atau buruk tanpa ditentukan oleh
Allah S.W.T wajib memberikan balasan 04 Allah S.W.T
baik kepada orang yang taat dan
ancaman azab kepada orang yang •Al-Manzilah Bainalmanzilatain:
melakukan maksiat. Meyakini bahawa pelaku dosa
besar berada pada satu kedudukan
Al-Amru Bilmakrufi Wal’an Al- antara mukmin dengan kafir dan
Munkar: Meyakini bahawa menyeru mereka kekal didalam neraka.
kebaikan dan mencegah keburukan
05 adalah wajib ditegakkan dalam
keadaan apa sekalipun.

AMALAN BUAT KITA

Doa yang boleh dilazimi agar dikurniakan kefahaman
Islam yang benar dan dilindungi daripada aliran yang
menyeleweng:

Maksud: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami
kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah
kepada kami untuk mengikutnya. Dan
tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai
kebatilan, rezekikanlah kepada kami untuk
menjauhinya.

3.13.4 Pandangan ahli Sunnah Wal-Jamaah Dan Aliran Yang Bertentangan Dengannya Tentang Beberapa Isu

Isu Ahli Sunnah Wal-Jamaah Aliran Yang Lain

Adakah al- Meyakini bahawa Al-Quran merupakan kalam Allah S.W.T Muktazilah: Mengatakan bahawa Al-Quran
Quran
makhluk? yang bersifat Qadim (sedia ada). adalah makhluk yang bersifat Hadis (baharu).

Melihat Allah Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Muktazilah: Mengatakan bahawa adalah
mustahil makhluk boleh melihat Allah S.W.T
S.W.T. allah S.W.T pada hari akhirat kelak. kerana allah tidak menyerupai makhluk.

Khawarij: Pelaku dosa besar dianggap kafir.

Pelaku dosa Pelaku dosa besar tetap dikira sebagai mukmin bukan kafir Muktazilah: Pelaku dosa besar berada pada satu
besar.
dan dihukum fasak jika tidak betaubat. kedudukan antara mukmin dengan kafir dan

mereka kekal didalam neraka.

Qada’ dan Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk dating Muktazilah: Meyakini bahawa setiap perkara
Qadar daripada Allah S.W.T dan Allah S.W.T mengurniakan baik dan buruk datangnya daripada manusia
manusia akal untuk berfikir dengan berikhtiar untuk semata-mata.
Kedudukan memilih antara baik dengan buruk.
Iman Khawarij dan Muktazilah: Iman tidak boleh
Ahli Sunnah Wal-Jamaah mempercayai bahawa iman bertambah dan berkurang. Iman ada apabila
boleh bertambah dan berkurang bergantung pada amal melakukan kebaikan dan iman hilang apabila
soleh dan maksiat yang dilakukan. melakukan kemungkaran.

3.13.5 KEPENTINGAN BERPEGANG DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH

01 Mendapat 02 Menjadi asas 03 Memelihara
keredhaan penerimaan kesucian agama
Allah S.W.T. sesuatu amalan.
Islam.
Menghindarkan
umat Islam daripada
fahaman yang

melampau.

04 Menjamin Mengelak umat
keamanan Negara.
05 Islam daripada
Membersihkan terjebak dengan
akidah daripada ajaran sesat.
sebarang bentuk
kekeliruan.

NOTA GURU

3.13.6 Bimbing murid menjauhi perkara-perkara
yang bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal-
Jamaah secara beradab dan istiqamah.

AKTIVITI

01 Secara berkumpulan, bina 10 02 Bincangkan perkara berikut secara
soalan objektif daripada tajuk berkumpulan kemudian persembahkan
kemudian muat naik dilaman menggunakan kaedah aktiviti Bus Stop.
sesawang menggunakan aplikasi
terkni. Penguatkuasaan pihak berwajib terhadap
penularan aliran syiah.

Cara menangani aliran syiah daripada terus
menular dalam kalangan masyarakat.

03 Hasilkan peta pemikiran yang 04 Laksanakan kajian lapangan untuk
sesuai tentang akidah ahli mendapatkan maklum balas
Sunnah Wal-Jamaah, Syiah, kefahaman penduduk setempat
Muktazilah dan Khawarij. tentang akidah ahli Sunnah Wal-
Jamaah.

PENILAIAN 1

Nyatakan takrif Jelaskan tiga
ahli sunnah Wal- prinsip akidah
Jamaah. ahli Sunnah
Wal-Jamaah.

Jelaskan sejarah
ringkas
aliran berikut:

• Khawarij
• Muktazilah

PENILAIAN 2

Sehingga tahun 2014 kesemua empat belas buah negeri di
Malaysia telah memfatwakan pengharaman ajaran syiah. Namun
aliran fahamannya masih berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada bahagian penyelidikan
JAKIM

Ramalkan kesan kepada masyarakat akan datang jika umat Islam
tidak peka dengan penyataan di atas.

•Jelaskan prinsip-prinsip utama aliran berikut:
•Khawarij
•Muktazilah

PENILAIAN 3

Huraikan pandangan
kumpulan-kumpulan tersebut
tentang perkara-perkara
berikut:

•Melihat Allah
•Pelaku dosa besar
•Qada’ dan Qadar

PENILAIAN 4

•Terangkan tiga kepentingan
berpegang pada akidah ahli
Sunnah Wal-Jamaah.

•Terangkan dua usaha anda
untuk memelihara diri daripada
fahaman yang bercanggah
dengan akidah ahli Sunnah Wal-
Jamaah.

SEMOGA MENJADI IKTIBAR BUAT KITA

USTAZAH ADURA SMKS9

PERHATIAN!

Modul Topikal Mahabbah Pendidikan Islam ini adalah, modul berbayar. Dilarang atau tidak dihalalkan
dunia akhirat jika bahan ini disebarkan secara umum dimana-mana platform digital atau sebaliknya
hanya boleh dikongsi sesama GPI dan anak anak murid sekolah sahaja .
Terima kasih atas keperihatinan ustaz/ah dan terima kasih kerana membeli.Semoga Allah memberi
ganjaran kita semua di atas amanah dan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa.

Kami juga menyediakan bahan PDPC powerpoint tingkatan 1 , 2, 3 , 4 dan 5 ,memudahkan pengajaran
dan pendidikan anak –anak murid

Bank soalan tingkatan 1,2,3 dan PT3 juga tersedia bagi memudahkan para ustaz dan ustazah membuat
soalan ujian bulanan,ujian penggal mahupun peperiksaan akhir tahun

Pembelian boleh di pdpcmahabbah.com atau whatsaap ke 0111 3011030

https://www.facebook.com/BBMInteraktif Pdpcmahabbah.com


Click to View FlipBook Version