The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arifah78, 2020-04-08 00:10:23

Ibadah Tingkatan 5

Rukun Nikah

Keywords: Noita

UNIT 3
RUKUN NIKAH

SUAMI RUKUN NIKAH

ISTERI

SAKSI
WALI
AKAD

SAKSI AKAD WALI

PENGANTIN LELAKI PENGANTIN PEREMPUAN

SYARAT BAKAL SUAMI

1. Beragama Islam
2. Lelaki
3. Bukan mahram
4. Tidak beristeri empat

dalam pada satu masa.
5. Bukan dalam Ihram.

SYARAT BAKAL ISTERI

1. Beragama Islam
2. Perempuan
4. Bukan dalam tempoh iddah.
5. Bukan dalam Ihram haji

atau umrah.
6. Bukan mahram kepada suami

seperti mahram nisab,
persemendaan atau susuan.

SYARAT-SYARAT WALI NIKAH

• Islam.
• Lelaki.
• Baligh.
• Berakal.
• Tidak dalam ihram haji.
• Tidak ditegah kuasanya dari

membelanjakan harta.
• Merdeka

WALI NIKAH

ORANG YANG BERKUASA MENGAHWINKAN SESEORANG PEREMPUAN

WALI NASAB ( KETURUNAN ) WALI HAKIM

WALI MUJBIR WALI BUKAN MEREKA YANG DIBERI KUASA
-BAPA MUJBIR OLEH SULTAN/PEMERINTAH
-DATUK
MENGAHWINKAN PEREMPUAN
KETIKA KETIADAAN WALI,

KEENGGANANNYA @ HILANG
KELAYAKAN WALI NISAB UNTUK

MENGAHWINKANNYA

BERHAK MENGAHWINKAN ANAK PEREMPUAN TANPA
PERSETUJUANNYA DGN SYARAT BAKAL SUAMI SEKUFU DENGANNYA.

SUSUNAN WALI NIKAH

• Bapa ( Wali Mujbir ).
• Datuk ( Wali Mujbir ).
• Saudara lelaki seibu sebapa.
• Saudara lelaki sebapa.
• Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dan

ke atas.
• Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke

atas.
• Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas.
• Bapa saudara dari sebelah bapa.
• Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah

(sepupu).
• Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa (sepupu).
• Wali hakim.

WALI MUJBIR

BAPA DAN DATUK BERHAK
MENGAHWINKAN PENGANTIN
PEREMPUAN YANG MASIH GADIS
TANPA PERSETUJUANNYA TERLEBIH
DAHULU.DENGAN SYARAT BAKAL
SUAMI SEKUFU DENGANNYA.

SEBAB KUASA WALI NASAB BERPINDAH KEPADA .1
WALI HAKIM:

2. Tiada wali mengikut susunan.

3. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui samada
hidup aatu mati.

4. Wali tinggal tempat yang jauh melebihi dua marhalah.

5. Wali akrab dalam tahanan yang tidak boleh dihubungi

6. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah.

7. Wali menyembunyikan diri.

8. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan.

9. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu
dan tiada wali lain yang setaraf dengannya (sepupu).

10.Wali enggan mewalikan perempuan tersebut.

• Bagi janda wali perlu mendapatkan
keizinan perempuan tersebut terlebih
dahulu sebelum mengahwininya
walaupun wali mujbir.

WALI AKRAB

• Wali yang hampir dengan perempuan
tersebut termasuk datuk dan bapa.

SYARAT SAH NIKAH YANG DILAKUKAN WALI
MUJBIR TANPA IZIN PEREMPUAN

Tidak ada permusuhan antara wali dan anak.
Tidak ada permusuhan antara calon isteri dan calon suami.
Lelaki tersebut sekufu (sesuai) dengan anaknya
Mas kahwin tidak kurang dari mas kahwin saudaranya.
Tidak mengahwinkan anaknya dengan orang yang tidak
mampu membayar mas kahwin.
Tidak mengahwinkan dengan lelaki yang akan
mendatangkan kemudaratan kepada anaknya atau lelaki
tersebut tidak mampu menanggung nafkah atau sangat tua.

WALI HAKIM

Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau
pemerintah untuk mengahwinkan
perempuan ketika ketiadaan wali,

keengganannya atu hilang kelayakkan wali
nasab untuk mengahwinkannya.



SAKSI

• SYARAT SAKSI :

1. ISLAM
2. BALIGH
3. ADIL
4. LELAKI
5. FAHAM LAFAZ
6. SEMPURNA PANCAINDERA

HIKMAH SAKSI DALAM
PERKAHWINAN

• Menghormati perkahwinan.
• Mengelakkan berlaku fitnah.
• Menjadi saksi jika timbul masalah.
• Mengiktiraf majlis akad.

AKAD

LAFAZ IJAB

Sighah Ijab:

• Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau
dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam
apa jua bahasa.

• Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau
wakilnya.

• Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak
perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan
wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM
40.00 tunai ".

LAFAZ QABUL

• Sighah Qabul :
• Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki

sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah
ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa
perkataan asing atau masa yang panjang.

• Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte
Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00
tunai " .

SYARAT-SYARAT

SIGHAH/LAFAZ AKAD

• Hendaklah dilafazkan oleh wali atau wakilnya.
• Ijab dan Qabul berlaku dalam satu majlis.
• Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran

seperti kata wali :saya serahkan anakku
kepada engkau”.
• Lafaz ijab jelas dan boleh difahami oleh wali,
bakal suami dan 2orang saksi.
• Tidak diselangi oleh diam yang lama atau
perkataan yang tidak berkaitan antara ijab
dan qabul.

SYARAT-SYARAT LAFAZ

SIGHAH/LAFAZ QABUL

• Tidak menyalahi ijab.
• Tidak diselangi oleh diam yang lama atau

perkataan yang tidak berkaitan antara ijab
dan qabul.
• Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya.
• Menyebut nama bakal isteri atau ganti
namanya.
• Tidak dengan lafaz taklid seperti kata bakal
suami “ Aku terima nikahnya apabila telah
mendapat pekerjaan”.
• Tidak dibataskan dengan tempoh masa.


Click to View FlipBook Version