The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
bacaan yaasiin perdana SPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wiyana88, 2022-01-26 21:43:20

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
bacaan yaasiin perdana SPM

PROGRAM BACAAN YAASIIN
PERDANA
PPM PPKI

PERINGKAT DAERAH

26 Januari 2022

DI PIMPIN OLEH

USTAZ MOHD ZIKRI

BIN HJ ZAINAL

PENOLONG PENGARAH
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL

ABIDIN KUALA LUMPUR























































DOA SELAMAT UNTUK
EN ANUAR BIN BUSARI
-SEMOGA DI BERIKAN
KESEMBUHAN OLEH ALLAH

(Bacaan doa di pimpin oleh
Ustaz MohdZikri bin Hj

Zainal)

DOA UNTUK
ANAK SPM

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami

mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak
anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa

guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat.
Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu.
Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya
Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal

ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan

niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata
kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata

kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang
diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas.

Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM dan
peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya

Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka
hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari
peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka
menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika
menjawab soalan, jauhilah mereka daripada
perasaan resah dan gelisah ketika menjawab
soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka
untuk menjawab setiap soalan sepertimana

skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak
kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih
kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan

yang anak kami lakukan.
Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia
sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh

dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang
di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau

perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang
cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat
mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam

diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan

orang yang bertakwa.
Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja,
tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya
Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di

akhirat.
Ya Allah,

Ya Allah
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka
Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami
ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan

mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli
syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan

amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang
membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka
untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan

perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya
Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu
ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka
untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka

daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana
Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang

menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang
Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang

akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul
Alamin.


Click to View FlipBook Version