TAJUK: PEMBERSIH TANGAN PINTAR
SK St Patrick Tawau Sabah
Ahli:
Dhiya Adrena binti Rosli
Maisarah binti Yusri
Adelia Iris Natasya binti Asis
Guru Pembimbing :
En. Saifuddin Abdullah
Dr. Norjanah Ambo
Pengenalan
Pandemik Covid-19 memberi impak besar dalam pelbagai sektor termasuklah dalam
bidang pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun pengajian
tinggi tidak terlepas daripada kesannya. Menyedari akan impak negatifnya maka
golongan pelajar semakin mengambil berat mengenai kesihatan dan keselamatan
masing-masing. Antaranya mereka memakai topeng muka dan menjaga kebersihan
bukan sahaja di sekolah dan di universiti, malah di rumah. Ini termasuk mengekalkan
jarak 1 meter dari semua orang yang berinteraksi terutama di tempat umum seperti
pasar raya. Daripada berjabat tangan, ramai mengubah kepada cara alternatif untuk
saling menyapa dengan mengelakkan sentuhan. Cecair pembersih tangan juga
digunakan dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19. Pelajar diajar
mengenai cara penggunaannya, begitu juga cara membasuh tangan yang betul
dengan menggunakan air. Pada dasarnya, penggunaan cecair pembersih tangan
sudah menjadi satu keperluan wajib dalam usaha menjaga kebersihan tangan sekali
gus dapat menghidarkan penularan pelbagai pelbagai penyakit khasnya yang
disebarkan melalui sentuhan tangan.
Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, penggunaan cecair pembersih tangan adalah satu keperluan yang
sangat penting dalam kehidupan seharian. Jika kita lihat penggunaan cecair pembersih
tangan digunakan secara meluas samada di sekolah, di tempat awam, di pusat
membeli-belah, di pasar dan di mana-mana sahaja. Ini membuktikan bahawa
penggunaannya semakin diperlukan dan menjadi kewajipan dalam kehidupan
seharian. Keadaan menjadi lebih parah sejak pandemic Covid-19 menular ke seantero
dunia. Jadi, apabila penggunaan cecair pembersih tangan dikongsi oleh ramai
orang,maka pengguna lain tidak akan tahu samada ia telah tercemar atau tidak kerana
salah satu cara penyebaran virus ini adalah melalui sentuhan.
Menyedari akan risiko yang timbul makan, tercetuslah idea untuk membuat
satu inovasi dalam penggunaan cecair pembersih tangan yang lebih selamat dan
menjamin kebersihan para pengguna. Menyedari akan kelemahan cecair pembersih
tangan yang digunakan pada hari ini, maka kumpulan kami telah menghasikan satu
inovasi dalam penggunaan cecair pembersih tangan yang selamat yang dikenali
sebagai ‘Pembersih Tangan Pintar’.
Tujuan Kajian
Tujuan kami membuat ‘Pembersih Tangan Pintar’ ini adalah supaya kita tidak perlu
menyentuh penekan botol pembersih tangan untuk mendapatkan cecair pembersih
Dengan itu, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan pelbagai penyakit yang
disebabkan oleh perkongsian sentuhan peralatan sama.
Reka Bentuk Model
i. Memahami Fungsi dan komponen dalam SAM Space
Memandangkan program SAM Space ini merupakan sesuatu yang baru bagi kami,
maka terlebih dahulu guru pembimbing telah mendedahkan kami dengan SAM Lab
secara lebih terperinci. Kami diberi taklimat, bimbingan dan tunjuk ajar tentang
bagaimana mengendalikan setiap komponen dalam SAM Space serta fungsi setiap
Input, Output dan Behaviours. Langkah ini amat penting agar kami benar-benar dapat
memahami dan menguasai fungsi setiap komponen.
ii. Lakaran Model
Setelah mengenal pasti masalah yang ingin diselesaikan dan tujuan inovasi yang ingin
dihasilkan maka, terlebih dahulu kumpulan kami berbincang dan berkongsi idea
untuk menghasilkan lakaran model. Ini bagi memudahkan kami menyusun idea serta
komponen-komponen bersesuaian. Rajah 1 menunjukkan lakaran model Pembersih
Tangan Pintar yang akan dibangunkan.
Rajah1; Lakaran awal Pembersih Tangan Pintar
iii. Aplikasi Penggunaan SAM Space dalam Pembersih Tangan Pintar
Rajah 2 menunjukkan komponen SAM Space yang digunakan dalam membangunkan
projek.
Rajah 2: Aplikasi penggunaan SAM Space dalam inovasi yang dibangunkan.
Pembersih Tangan Pintar ini terdiri dari beberapa komponen iaitu Proximity sensor
(input), servo motor, RGB LED (output) dan juga software (behaviour) seperti counter,
hold, scale dan threshold.
Proximity sensor adalah suatu perangkat yang berfungsi sebagai pengesan
(sensor) perubahan jarak suatu benda terhadap sensor tersebut. Pada umumnya,
proximity dapat bekerja dengan sensitiviti perubahan jarak yang sangat kecil iaitu
sekitar 1 mm. Proximity sensor ini akan dilekatkan pada kotak berdekatan dengan
botol pembersih tangan. Apabila kita meletakkan tangan dibawah nozzle sanitizer,
proximity sensor akan mengesan tangan kita dan seterusnya menggerakkan servo
motor.
Servo motor pula adalah pengerak rotary yang membenarkan kawalan yang
sangat tepat dari segi kelajuan , kedudukan sudut, pecutan. Servo motor digunakan
di sini untuk menekan pump dibotol pembersih. Ia akan dilekatkan disebelah pump
sanitizer supaya apabila lengan motor bergerak, ia akan menekan pump sanitizer itu.
Alat seterusnya yang digunakan adalah RGB LED. Lampu LED merah, kuning dan
hijau digunakan untuk menanda baki isi cecair pembersih supaya pengisian semula
dapat dilakukan apabila cecair pembersih habis. Tubing disambung pada pump
sanitizer supaya tangan tidak terlalu dekat dan tersentuh nozzle pump sanitizer.
Seterusnya, behaviour atau software seperti threshold, scale, counter,
timehold akan dimasukkan.Threshold disetkan untuk membuat lengan servo
berpusing untuk menekan dan melepaskan pump sanitizer. Kemudian scale akan
disambungkan kepada threshold dan RGB LED hijau, kuning dan merah. Apabila
scale pertama disetkan kepada 0 hingga 30, RGB LED hijau akan menyala, bermakna
cecair pembersih penuh. Seterusnya, scale kedua disetkan 31 hingga 40 maka RGB
LED kuning akan menyala , bermakna baki cecair pembersih pada setengah botol.
Scale ketiga pula disetkan kepada 41 hingga 50. Jika RGB LED merah menyala,
bermakna cecair pembersih itu hampir habis dan pengisian semula boleh dilakukan.
Counter pula dimasukkan untuk mengira berapa kali cecair pembersih ini
digunakan. Counter disetkan kepada 50, selepas mencapai 50 kali tekanan, ia akan
direset semula kepada 0. Time Hold pula disetkan kepada 2 saat , contoh RGB LED
hijau akan padam 2 saat selepas RGB LED kuning menyala dan perkara yang sama
berlaku kepada RGB LED merah .
iv. Aplikasi SAM Space dalam Pembangunan Model Pembersih
Tangan Pintar.
Rajah 3 menunjukkan model Pembersih Tangan Pintar hasil rekaan kumpulan kami.
Model ini dibina dengan menggunakan beberapa alatan tambahan selain daripada
konponen SAM Space seperti papan nipis, kotak dan set binaan lego. Meskipun rekaan
ini ringkas dan mudah, namun fungsi dan manfaatnya kepada pengguna sangat baik
serta boleh dikomersialkan.
Rajah 3: Model Pembersih Tangan Pintar
v. Inovasi Pembersih Tangan Pintar
Keistimewaan pada Pembersih Tangan Pintar hasil inovasi kami ini adalah dengan
adanya system penekan automatik dan tiada sentuhan berlaku. pengguna tidak perlu
menekan pam untuk mendapatkan cecair pembersih. Ia juga mempunyai light
sensor untuk mengesan sama ada cecair pembersih sudah habis atau belum. Selain
penggunaan aplikasi SAM Space, Bahan - bahan yang kami gunakan adalah murah
dan senang didapati. Antara bahan yang digunakan juga adalah bahan - bahan boleh
dikitar semula seperti kotak atau lebihan papan nipis terpakai. Adalah menjadi
harapan kami agar rekaan kami mampu diketengahkan agar dapat digunakan secara
meluas oleh semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi pada masa kini. Penggunaan
Pembersih Tangan Pintar sekurang-kurangnya dapat membantu mengawal penularan
penyakit covid-19 yang semakin bermaharajalela.
Rajah 5: Perbandingan antara kaedah konvensional dan inovasi dalam model
Pembersih Tangan Pintar dengan aplikasi SAM SpacPenutup
Rumusan
Kesimpulannya, penggunaan Pembersih Tangan Pintar ini adalah sangat relevan pada
masa musim pandemik covid-19. Bahkan alat ini boleh dikomersialkan untuk
penggunaan masa hadapan kerana ia menjamin amalan kebersihan dan kesihatan.
Dengan itu, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit. Adalah diharapkan agar
inovasi kumpulan kami ini dapat diketengahkan di peringkat nasional agar dapat
dimanfaatkan kepada masyarakat agar tahap kebersihan dapat ditingkatkan demi
kesihatan dan kesejahteraan hidup masyarakat.
Lampiran
Aktiviti-aktiviti bergambar dalam pembangunan Pembersih Tangan Pintar.