1) Istilah-istilah tarannum al-Quran Tarannum dari segi bahasa berasal daripada perkataan (ترنم (yang bererti menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu. Tarannum juga dikenali dengan makna (لحن (dan jamaknya قراءته في ولحن ولحون ألحان ،maksudnya nada suara yang indah atau suara yang dibawakan dalam bentuk seni. Selain itu, tarannum juga seerti dengan “،الصوت تحسين .“النغام” dengan disebut juga Tarannum” . القراءة مجودة” dan” تحسين القراءة ، التغني، الجهر بالقرآن، رفع الصوت Kata terbitan “النغامة) “bentuk muannas dari “النغام ( “jamaknya ialah “النغامات “beerti lagu dalam konteks memperindah suara dalam bacaan Al-Quran. Dari segi istilah, tarannum merujuk kepada lagu Al-Quran atau dengan perkataan lain, membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan berlagu. Istilah ini digunakan oleh Dewan Juri Majlis Tilawah Al-Quran Nasional dan Internasional di Malaysia. Di Malaysia, istilah tarannum telah menjadi sinonim dengan merujuk kepada tarannum Al-Quran, lagu- lagu Al-Quran atau seni lagu Al-Qura. Bagi negara arab, istilah "Tarannum" tidak masyhur kerana mereka menggunakan istilah "النغام "dan "النغامات "untuk maksud tarannum Al-Quran termasuk Indonesia. 2)Tokoh-tokoh qari tempatan dan antarabangsa 1) Qari Antarabangsa : - Terdapat begitu ramai qari- qari antarabangsa yang masyhur dan terkenal diseluruh dunia sehingga bacaan tarannum mereka menjadi ikutan seluruh dunia termasuklah Malaysia hingga sekarang. Antara qari yang masyhur ialah Syeikh Mustafa Ismail dari Mesir. Beliau dilahirkan di kampong Mayyit Ghazal yang berhampiran dengan bandar Tanta, Wilayah al-Gharbiyyah, Mesir pada tahun 17 Jun 1905. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 22 Disember 1978 dan dikebumikan di halaman rumah beliau sendiri. Ini disebabkan wasiat beliau yang inginkan agar jasad beliau dikebumikan berhampiran dengan masjid yang dibinanya. Beliau digelar sebagai "Imam Qurra". Kaedah, teknik dan gaya bacaan tarannum beliau tersebar luas di dunia dan menjadi ikutan utama oleh para qari dan qariah Malaysia masa kini. 2) Qari Tempatan : - Perkembangan pembelajaran tarannum di Malaysia turut meluas. Pada peringkat awal perkembangan tarannum di Malaysia mula bertapak di Kedah dan Kelantan. Negeri Kedah dan Kelantan dicatatkan sebagai negeri yang mempunyai tokoh terkemuka di mana nama mereka telah terpahat dalam arena tilawah Al-Quran. Perkembangan tarannum di negeri Kelantan bermula menerusi perantaraan qari seperti qari Syeikh Musa, Haji Sulong sekitar tahun 1890 hingga 1899. Manakala Haji Wan Mahmud (Tok Mesir), Haji Nik Wan bin Tengku Mahmud, Haji Awang bin Syeikh Musa sekitar tahun 1899 hingga 1920. Sekitar tahun 1920 hingga 1940 pula, lahirnya qari- qari seperti Haji Yusuf Kedondong, Haji Pak Muda, Haji Che Musa Mahmud, Muhammad Yunus, Haji Abdul Rahman, Cik Yam dan Hajah Raja Maryam. Setelah itu disusuli dengan ramai lagi qari selepas mereka seperti Almarhum Haji Ahmad bin Matson atau lebih dikenali sengan gelaran Haji Ahmad Pergau atau Matsom Pergau atau Tok Pergau. Haji Ahmad dilahirkan pada sekitar 1915 di Kampung Jaber, Mukim Lunok Bongor Jeli, Kelantan dan meninggal dunia pada 1 November 1087 di Kampung Banggol, Mukim Tok Jering, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau belajar ilmu al-Quran berpuluh-puluh tahun di tanah
arab seperti Mekah dan Mesir. Guru-guru beliau ialah Syeikh Taha al-Fasyani, Sheikh Mustafa Ismail, Syeikh Mahmud Khalil Husari dan ramai lagi. Pada tahun 1961, beliau telah mendapat johan dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Malaysia. Menurut Wan Helmi (2014), gaya pendekatan yang dibawa oleh Matsom Pergau ialah pedekatan tarannum ala Misr. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Haji Ahmad mula menjadi tempat rujukan dalam bidang tarannum Al- Quran di Malaysia. Tambahan pula, tahap keilmuan beliau dalam perkara-perkara berkaitan pengajian Al-Quran dan hukum- hakam keagamaan yang tinggi. Legasi ini kemudiannya diteruskan oleh beberapa orang anak murid beliau antaranya Haji Hassan Bin Musa, Haji Abdullah bin Che Hassan, Dato' Paduka Haji Nik Jaafar bin Nik ismail, Haji Nordin bin Idris, Haji Abdul Rahim bin Ahmad, Hajah Faridah binti Mat Saman dan ramai lagi. Perkembangan tarannum, di Kedah pula mula berkembang melalui sentuhan Almarhum Dato' Haji Ismail bin Hasyim. Dato' Haji Ismail Hashim dilahirkan pada 11 Mac 1932 di Jerlun, Kedah. Pada tahun 1960, beliau telah berjaya merangkul kejuaraan dalam tilawah Al-Quran peringkat kebanggsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah melakar nama sebagai salah seorang qari tanah melayu yang berjaya mendapat johan sebanyak sembilan kali di peringkat kebangsaan dan lapan kali di peringkat antarabangsa. Oleh itu, beliau kerap dijemput ke Thailand pada tahun 1963, Sudan pada tahun 1966, Mesir pada tahun 1976 dan banyak lagi. Beliau meninggal dunia pada 7 Ogos 1996. Kesimpulannya, tokoh-tokoh tarannum tempatan ini telah banyak memberikan sumbangan dalam memperkembang lagi ilmu tarannum di Malaysia dan luar negara. 3) Tarannum Hijaz dan Nahwand: Definisi, sifat-sifat dan peranannya 1) Tarannum Hijaz : - Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab Saudi. Dinamakan tarannum Hijaz kerana ia berasal dari negara arab. Ia telah dipopularkan oleh qari-qari hijaz mengikut buadaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit-bukau. Tarannum hijaz telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap qari dan qariah dari pelbagai negara. Tarannum hijaz dibawa masuk ke nusantara oleh para qari ke nusantara sebelum tahun 40-an. Tarannum hijaz popular di Malaysia sejak Musabaqah Tilawah Al-Quran diperkenalkan. Taranum ini dipopularkan oleh tokoh-tokoh tarannum yang hebat pada ketika isu seperti Dato' Haji Ismail Hashim, Haji Matsom Pergau dan ramai lagi. Tokoh- tokoh hebat ini mempunyai cara masing-masing yang berlainan dalam melagukan tarannum hijaz ini dan lagu-lagu lain. Kemudiannya, ia diwarisi oleh murid-murid mereka dari generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah generasi hari ini. Tarannum hijaz mempunyai sifat-sifat khusus seperti gerak yang agak lambat, tegas dan berkesan. la biasanya sesuai dibawa pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab. Sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat tarannum hijaz berada pada tahap suara jawab dan memerlukan kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan berkesan. Tarannum hijaz sesuai untuk ayat-ayat berusur perintah, larangan dan marah. Tarannum hijaz mempunyai peranan yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan. Tarannum hijaz menjadikan persembahan bacaan Al-Quran lebih fasih dan lancar serta memberikan semangat kepada sesuatu persembahan bacaan Al-Quran. Tarannum hijaz juga berperanan memberikan tenaga
kepada tarannum yang akan dibaca selepasnya di samping menyampaikan mesej ayat yang dibaca kepada pendengar secara tegas dan berkesan 2) Tarannum Nahwand : - Tarannum nahawand berasal daripada Parsi. Menurut sejarah, Nahawand adalah nama tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi. Tarannum mahawand digubal semula oleh qurra' Mesir dan menjadi kumpulan tarannum mesir. Walau bagaimanapun, identiti asal iaitu alunan rentak dan irama nahawand masi lagi dikekalkan. Tarannum nahawand mempunyai gerak alunan ringan, cepat, lemah lembut dan sesuai untuk tabaqat suara yang sederhana. Ia mempunyai kehalusan seni yang mempersonakan. Tarannum nahawand berperanan sebagai melembutkan bacaan dan ia lebih sesuai dibaca pada ayat yang menggambarkan kegembiraan, permohonan dan penceritaan 4) Bacaan Tarannum secara Mujawwad dan Murattal - Dalam konteks aplikasi tarannum melalui bacaan Al-Quran biasanya terbahagi kepada dua kaedah iaitu bacaan secara mujawwad dan murattal. Mujawwad bermaksud bacaan yang bertajwid. Tajwid merupakan asas kepada bacaan Al-Quran bertujuan memastikan bacaan terpelihara daripada al-Lahn iaitu kesalahan dalam pembacaan Al- Quran. Murattal pula bermaksud bacaan yang agak cepat tetapi tetap mematuhi hukum- hukum tajwid. - Di Malaysia, para qari dan qariah biasanya mengaplikasikan beberapa tarannum dalam bacaan mereka secara mujawwad khasnya yang terlibat dalam majlis Tilawah Al- Quran di semua peringkat. Bacaan yang perlahan dan cermat dipersembahkan dengan menggunakan suara yang merdu serta tarannum yang disusun rapi dan kemas. Manakala tarannum yang diaplikasikan oleh para imam pula mempunyai pilihan sama ada meniru gaya bacaan imam- imam al-Haramayn atau menerapkan pelbagai tarannum berdasarkan pengetahuan masing-masing dalam bidang tarannum.