The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Edible Garden -Info dan Khasiat (Taman Ilmu SK Tok Dor)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masni.tba0032, 2021-12-16 20:05:35

Edible Garden -Info dan Khasiat

Edible Garden -Info dan Khasiat (Taman Ilmu SK Tok Dor)

ROD KOT KS Edible
UMLI NAMAT Garden

Info dan Kegunaan


Sumber : Wikipedia

1.Limau Purut / Kaffir Lime

LIMAU PURUT (NAMA SAINTIFIK: C. HYSTRIX) ADALAH
SEJENIS TUMBUHAN SITRUS YANG BERTABURAN
ASAL DI KAWASAN-KAWASAN TROPIKA ASIA
TENGGARA DAN SELATAN CHINA, IA DIKENALI

KERANA PERMUKAAN BUAH LIMAU IA YANG KASAR
BERKUTIL

BINTIL ATAU "PURUT".



IA SERING KALI DIGUNAKAN DALAM MASAKAN-
MASAKAN DAN PERUBATAN TRADISI SERATA ASIA

TENGGARA

1.Limau Purut / Kaffir Lime

KEGUNAAN



DALAM MASAKAN
DAUN-DAUN LIMAU PURUT AMAT PENTING DALAM MASAKAN-MASAKAN
THAILAND (SEPERTI NAM PHRIK DAN TOM YAM), KEMBOJA, NUSANTARA
TERMASUK MALAYSIA DAN INDONESIA (TERUTAMANYA DALAM KALANGAN

MASYARAKAT JAWA DAN BALI) DAN MYANMAR.
KULIT BUAH LIMAU PURUT DIJADIKAN ANTARA REMPAH UTAMA DALAM

KARI THAI.



MANFAAT LAIN
BUAH LIMAU PURUT BOLEH DIGOSOK MENCUCI RAMBUT HINGGA

BERSIH DAN LICIN SERTA MAMPU MERAWAT KELEMUMUR.



DAUN-DAUN IA JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PENGHILANG BAU
KUAT BAIK PADA BADAN SEMASA MANDI MAHUPUN MENYEGARKAN UDARA

BILIK.

2. Pokok Lidah Buaya / Aloe Vera

LIDAH BUAYA IALAH SALAH SATU TUMBUHAN ANTARA 250
SPESIES ALOE SERATA DUNIA. LIDAH BUAYA IALAH TUMBUHAN

ASLI KEPADA TIMUR, SELATAN DAN UTARA AFRIKA DAN
MADAGASCAR DAN TELAH DIPERKENALKAN KE HINDIA BARAT

DAN NEGARA-NEGARA TROPIKA YANG LAIN DI MANA IA
TUMBUH LIAR. IA JUGA TELAH MEMBIAK DENGAN BAIK DI
LEMBANGAN MEDITERRANEAN DENGAN MERENTASI ALGERIA,

MOROCCO, TUNISIA, SERTA KEPULAUAN CANARY DAN
MADEIRA. LIDAH BUAYA TELAH DIGUNAKAN SEBAGAI UBATAN

TRADISIONAL UNTUK MELEGAKAN LUKA, RUAM, DEMAM,
GATAL-GATAL, KULIT DAN BANYAK LAGI.[PERLU RUJUKAN]

SELAIN ITU, POKOK HERBA INI JUGA SANGAT TERKENAL
DALAM INDUSTRI KOSMETIK DAN PRODUK KESIHATAN. WALAU

BAGAIMANAPUN IA MASIH KURANG DITANAM SECARA
KOMERSIAL DI MALAYSIA.

2. Pokok Lidah Buaya / Aloe Vera

SEJARAH PERUBATAN



BATU BERSURAT SUMERIA BERTARIKH 2200 SM, YANG DIJUMPAI DI
KOTA NIPPUR MENUNJUKKAN BAHAWA DAUN LIDAH BUAYA TELAH
DIGUNAKAN SEBAGAI JULAP. PADA 1550 SM, ORANG MESIR EBERS

PAPYRUS MENUNJUKKAN BAHAWA DAUN LIDAH BUAYA DIKISAR,
DICAMPUR DENGAN KOMPONEN PERUBATAN LAIN DAN DIREBUS,
KEMUDIAN DIGUNAKAN DALAM 12 FORMULA PERUBATAN, UNTUK
KEGUNAAN DALAMAN DAN LUARAN. SEKITAR 400 SM, SAP LIDAH

BUAYA TELAH DIREBUS UNTUK KEGUNAAN DOMESTIK DAN
DIEKSPORT MELALUI PEDAGANG ARAB SEPANJANG BARAT ASIA.
SELARAS ITU, POKOK INI TELAH DIKENALI SEBAGAI 'PENYEMBUH
SENYAP' OLEH PENGADUT AGAMA HINDU DAN 'RAMUAN HARMONIK'

OLEH PAKAR PERUBATAN CINA KUNO. IA TELAH (DAN MASIH)
DITANAM DAN DIGUNAKAN DI INDIA SEBAGAI AGEN PENYEMBUHAN

DALAMAN DAN LUARAN.

3. Pandan / Pandan

PANDAN WANGI (PANDANUS AMARYLLIFOLIUS) MERUPAKAN
SEJENIS TUMBUHAN TROPIKA DALAM GENUS PANDANUS DAN

DIGUNAKAN DENGAN MELUAS DALAM MASAKAN DI ASIA
TENGGARA; BAHKAN GENUS TERSEBUT TURUT DINAMAKAN
SEMPENA TUMBUHAN INI.[1] IA BOLEH DIKENALPASTI DARI POKOK-
POKOK PANDAN LAIN MELALUI DEDAUN YANG RELATIF KECIL
BERBANDING SPESIES-SPESIES SERUMPUN TETAPI BERBAU LEBIH

WANGI MEMBERI NAMA KEPADA JENIS PANDAN INI.



POKOK PANDAN WANGI JARANG TERDAPAT SECARA
MELIAR TETAPI DITANAM DENGAN MELUAS BAGI
PERISA DALAM MASAKAN.

3. Pandan / Pandan

KEGUNAAN



DALAM MAKANAN
DAUNNYA DIGUNAKAN SEGAR (TERUTAMANYA DALAM BENTUK DIIKAT), BEKU ATAU
DIKERINGKAN SEBAGAI BAHAN PENAMBAH PERISA DALAM MASAKAN NUSANTARA DAN
FILIPINA, TERUTAMA HIDANGAN NASI DAN KUIH. AYAM PANDAN, ATAU GAI OB BAI TOEY,
IALAH MASAKAN THAILAND DENGAN AYAM DIBALUT DENGAN DAUN PANDAN DAN
DIGORENG. NASI LEMAK JUGA MENGGUNAKAN DAUN PANDAN UNTUK MENAIKKAN

RASA SANTAN DIMASAK.DAUN INI JUGA DIGUNAKAN SEBAGAI PERASA BAGI
PENCUCI MULUT SEPERTI KEK, KUIH SEPERTI KUIH KETAYAP DAN
ONDE-ONDE MALAHAN JUGA AIR SIRAP.


DALAM TUJUAN LAIN
IA MERUPAKAN SEJENIS POKOK YANG BANYAK KEGUNAANNYA
BAGI ORANG-ORANG INDIA. IA DIGUNAKAN SEBAGAI PEWANGI
MAKANAN SEPERTI AIR SIRAP, DAN DALAM UPACARA TERTENTU
SEPERTISEBAGAI BUNGA RAMPAI DALAM ISTIADAT
PERKAHWINAN MELAYU.


SIFAT KIMIA
DAUN PANDAN MEMILIKI CIRI-CIRI PENYINGKIR LIPAS.

4. Kunyit Hitam / Black Turmeric

Nama saintifik bagi kunyit hitam ialah Kaempferia
pariflora merupakan herba yang mempunyai khasiat yang
tinggi untuk kesihatan. Di sebabkan khasiat kunyit hitam

untuk kesihatan terlalu banyak, masyarakat tempatan
secra tradisional menggunakannya untuk masalah
berkaitan dengan kanser saraf, membina otot,
mengurangkan migrain dan sebagainya.

Bagaimana pun kegunaan utama komponen dari
kunyit hitam adalah untuk bahan mandian membersihkan
badan dimana sejak dulu lagi telah popular dalam ‘Turkish
Bath’. Walau pun kita di Malaysia agak kurang menanam dan
mengenali kunyit jenis ini tetapi ramai orang yang memang
mencari benihnya untuk ditanam bagi tujuan perubatan.

5. Bayam Brazil / Brazilian
Spinach

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies
tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan

ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini
mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam
Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk

kesihatan manusia.

Khasiat Bayam Brazil Terhadap Kesihatan
Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat
berkhasiat untuk kesihatan kita. Bayam Brazil dapat melawan kanser,
mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi
mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu,
spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu
sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah,
mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran,
mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita
yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat
mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil
pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung

(Leonardo et al., 2014).

6. Kunyit / Turmeric

merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia
Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Selain

kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan
India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan

kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu
memang digemari sebagai ulam.

Khasiat
Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel
mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin. Dalam dos yang
tinggi, unsur itu mampu memberikan kesan terapeutik menyembuhkan keradangan. Dr.
Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv
menyatakan bahawa kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati
bahan aktif kurkumin mampu melawan kanser apabila digabungkan dengan sejenis ubat
antiradang yang lain; ia kerana bahan tersebut bertindak meneutralkan radikal bebas
selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor

penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)

7. Mulberi / Mulberry

Kertau, bebesaran atau mulberi (Latin: Morus) adalah termasuk genus
tumbuhan dari keluarga Moraceae. Genus ini terdiri dari 10–16 spesies
pohon bertaburan asal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di
benua-benua Asia, Afrika dan Amerika Latin; namun banyaknya spesies ini

berasal dari benua Asia.

Kegunaan
Daun

Daun-daun kertau putih merupakan bahan makanan yang diberikan kepada
ulat sutera untuk membesar dan menghasilkan kepomopong berbenang
sutera.


Buah
Buah-buah kertau digunakan dalam pelbagai ramuan pencuci mulut]
Malah, buah pokok-pokok tersebut mengandungi antosianin[8] yang
memberikan sifat warna cantik; maka buah-buah ini boleh dimanfaatkan

sebagai bahan menghasilkan pewarna makanan yang efektif dalam industri
makanan.

8. Cekur / Kaempferia Galanga

Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari
keluarga "Zingiberaceae",ialah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di

Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya
mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai
saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna

putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda
biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan

kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.

Khasiat
Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak
atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol,

kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.[perlu rujukan]



Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin
dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi
mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai
bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan
antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah
sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.[perlu rujukan]

9. Lengkuas / Galangal

Lengkuas (Jawi: ‫لڠكواس‬‎)‫ ‏‬merupakan sejenis rizom dengan
kegunaan masakan dan perubatan, dan banyak digunakan di
Asia Tenggara. Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas

merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara.



Kegunaan
Lengkuas sentiasa digunakan dalam masakan untuk menambah

aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang
dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Dalam bidang
perubatan, lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan

agen antibakteria.

10. Daun Kari / Curry Leaves

Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga
Rutaceae.



Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia
sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam

masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan
mempunyai rasa agak pahit.



Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja
digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney ,

muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan
hidup subur dalam zon tropika.



Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya
dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil
berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih,

keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah
kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

11. Cili / Chillies

Cili (Jawi: ‫چيلي‬‎)‫ ‏‬, lada (Jawi: ‫)لادا‬‎‫ ‏‬, cabai (Jawi: ‫چاباي‬‎)‫ ‏‬atau nama saintifiknya Capsicum
spp. ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae terdiri daripada
pelbagai spesies dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa
pedas hasil kandungan kapsaisin sehinggakan sangat diingini dalam masakan sebagai

rempah.Ia dipercayai berasal dari penanaman baka liar di Mexico dan Amerika
Selatan. Ia disebarkan meluas serata dunia selepas diperkenalkan para pelayar Eropah

di Asia dan Eropah pada abad-abad ke-15 dan 16, di mana ia menjadi kegemaran
banyak masyarakat sedunia terutamanya di kawasan beriklim tropika yang menerapkan

dalam masakan dan perubatan setempat

Sejarah
Buah rempah cili mula dikenali masyarakat Amerika purba sejak sekitar 7500 tahun sebelum

Masihi. Ia merupakan tanaman tertua yang dihasilkan di benua-benua Amerika di mana
bentuk liar tumbuhan-tumbuhan asal dipilih secara langsung;[5] penanaman terawal cili
dapat ditemukan dari peninggalan di timur tengah Mexico 6,000 tahun dahulu.] Terdapat
bukti juga tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan
cili sebagai makanan sejak 600 tahun lalu, dan ia merupakan salah satu dari kawasan
penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai ladang cili.



Ia diperkenalkan ke benua Asia melalui para pedagang Portugis yang melihat ia sebagai

bahan tukaran yang berbaloi daripada rasanya yang mirip lada hitam yang ada
didagangkan seluruh rantau tersebut. Cili dibawa ke tanah India pada kurun ke-15

12. Limau Kasturi / Calamansi

Limau Kesturi (Citrus microcarpa, English= Calamasi) adalah berasal
dari Filipina, dan tersebar ke asia tenggara. Di Amerika, ia

dipanggil sebagai Kalamasi atau limau Panama, memandangkan ia
boleh tumbuh di kawasan tropika.



Ia selalu dijadikan minuman sejuk bersama air batu.
Ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan
menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.

13. Pegaga / Centella Asiatica

Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris: pennywort / gotu kola),
dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya

yang seakan satu keping duit syiling. Ia adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara
Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama

saintifiknya adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica

Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia

Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika".

Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab.

Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian barat sehinggakan di

Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai di Afrika Timur dan timur

Madagaskar. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan,

pani gowang, pegagan.

Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu jari tangan. Daunnya

seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu dianggap tumbuhan penyibuk

seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang. Namun hakikatnya, daun pegaga

inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh

dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Ia sedap

dimakan dengan sambal belacan. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang

memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.

Pegaga disyorkan uobleahtaPnerytaunbguhtae

nrpKeenstiihnagtaunntuSkedduipnuialih(aWrHaOd)asnedbiatagnaai msa. lah satu
tumbuhan

— Herbs: The Green Pharmacy of Malaysia,

14. Bunga Telang / Blue Pea Flower

Pokok telang atau kacang telang (nama saintifik: Clitoria ternatea)
merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna

ungu terang dalam keluarga Fabaceae.

Dalam makanan
Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan
menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu,pulut dan mi

tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar
mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.



Kuntum-kuntum bunga ini boleh diseduh sebagai air teh (yakni "teh bunga
telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai

minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis dicampur
dengan limau dan pemanis seperti madu atau gula merah. Peminuman teh

bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan
ketegangan kulit.

15. Halia / Ginger

Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan
yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini

dipercayai berasal dari Asia Tenggara Kepulauan dan dipercayai mula
diusahakan oleh orang Austronesia, kemudian merebak penggunaannya ke India,

China, Afrika Barat dan Caribbean.
Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria,
Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih

diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan
bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

Halia juga dikenali sebagai ginger (bahasa Inggeris), jahe, aliah, jae, sipadeh,
lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).

Kegunaannya sebagai ulam adalah dengan menghiris rizom muda atau dilecek
bersama sambal belacan dan dimakan bersertakan nasi. Rasanya sedikit pedas

dan lidas.

Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit
kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit,
disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati

pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit
pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang

air berlendir, dan darah haid berbau hamis

16. Daun Kesum / Vietnamese Coriander

Kesum (Polygonum minus) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga
Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara yang beriklim
tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti

Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman
dan bahan untuk masakan seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang.
Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di

tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung
(selalunya di tepi bilik air). Daun kesum merupakan bahagian
yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan.
Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma
yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan
dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah
seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio
(China),
Surudo kudami (Jepun). Walau bagaimanapun ianya adala
spesis yang lain dari Kesum di Malaysia.

17. Daun Kadok / Piper Sarmentosum

Pokok kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum
merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN.
Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan
pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di

atas tanah.



Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui.
Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan

berasal dari keluarga Piperaceae.



Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan
kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria
dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat
bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit

gigi dan sengal-sengal tulang.

Disediakan oleh:

PUSAT SUMBER SKTD 2021


Click to View FlipBook Version