The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masni.tba0032, 2021-08-02 22:25:58

PK Thn 6PP

PK Thn 6PP

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK DOR T
22020 JERTEH, TERENGGANU A
H
PENDIDIKAN U
KESIHATAN N

BIJAK MENANGANI STRESS 6
KOLEKSI SOALAN

1.Tekanan merujuk kepada ..........
a) perbuatan yang tertekan dalam pemikiran
b) perbuatan yang akan mengakibatkan seseorang stres
c) perbuatan yang akan mengakibatkan pemikiran negatif
d) perbuatan yang mengakibatkan seseorang berada dalam dilema

2.Remaja sering menghadapi tekanan daripada rakan sebaya. Apakah contoh tekanan yang
biasa dihadapi oleh remaja ?

a) Membantu dalam pelajaran
b) Memaksa untuk ponteng sekolah
c) Membantu apabila berada dalam kesusahan
d) Bermain bersama-sama

3.Berikut ialah contoh tekanan negatif kecuali .............
a) bersaing dalam pelajaran
b) boros dan suka bermewah
c) selalu dibuli
d) suka memendam perasaan

4. "Maria selalu meniru kerja sekolah Marina sehingga dia berasa geram dengan sikap
Maria"
Apakah yang patut dilakukan oleh Marina bagi mengatasi masalah tersebut?

a) Marina membiarkan sahaja sikap Maria
b) Marina perlu membenci Maria dan tidak berkawan dengan Maria
c) Marina memukul Maria
d) Marina perlu menegur sikap Maria dan menyuruhnya membuat sendiri kerja

tersebut

5.Membuli merupakan satu tekanan yang biasa dihadapi oleh remaja di sekolah. Apakah
cara penyelesaian yang sesuai bagi membuli ?

a) Memilih rakan yang akan membuli
b) Memilih untuk berkawan dengan baik
c) Bertengkar supaya tidak dibuli lagi
d) Memberi amaran dan teguran secara agresif

6. Bagaimanakah kamu dapat menguruskan tekanan sekiranya rakan kamu memaksa kamu
melakukan sesuatu perkara negatif ?

a) Menolak dengan tegas
b) Menolak dengan cara asertif
c) Memberi amaran dan teguran
d) Memukul dan berdendam

7. Apakah sikap dan nilai yang perlu diamalkan dalam perhubungan demi mengelakkan
tekanan ?

a) Sentiasa menghargai diri
b) Menjadi pendengar yang setia
c) Bergaul bebas
d) Menjadi batu loncatan dalam perhubungan

8. Pilih cara-cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi tekanan dalam diri remaja ?

a) Bersenam dan berekreasi
b) Mengambil dadah
c) Melepak di pusat hiburan
d) Merosakkan harta benda awam

9. Antara situasi di bawah, situasi manakah yang akan menimbulkan perasaan cemburu
antara satu sama lain ?

a) Tidak membandingkan individu lain
b) Memuji kawan di hadapan kawan yang lain
c) Memberi komen dengan telus
d) Mengutuk kawan yang lain

10. Apakah perkataan yang perlu kita berani katakan untuk mengatasi tekanan negatif
daripada rakan sebaya kita?

a) Ya
b) Tidak
c) Ok

11. Proses komunikasi ialah..

a) memberikan maklumat
b) memberikan respon
c) memberikan maklumat atau respon

12. Sebagai PRS, apakah cara yang kita boleh lakukan untuk mengenal pasti situasi tekanan
daripada rakan sebaya?

a) Temu ramah
b) Bercerita
c) Berdialog

13. 'Ana sukakan perhatian. Dia tidak suka jika dianggap ketinggalan dalam semua perkara
terutama yang berkaitan dengan gajet baharu. Dia akan memaksa ibu bapanya membelikan
gajet yang lebih terkini jika ada kawannya yang sudah memperolehnya'.

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan jenis tekanan..

a) Positif
b) Negatif
c) Positif dan negatif

14. 'Gabriel menyertai kelab seni mempertahankan diri di sekolahnya. Walaupun Gabriel
rajin berlatih, namun jurulatih tetap mengatakan prestasinya kurang baik dan Gabriel selalu
dibandingkan dengan rakan sepasukannya yang lain. Gabriel berazam untuk berlatih dengan
lebih gigih'.

Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan jenis tekanan..

a) positif
b) negatif
c) positif dan negatif

15. Situasi tekanan: Rakan yang suka membuli.
Apakah penyelesaian bagi situasi tekanan di atas?

a) Merapatkan hubungan kekeluargaan
b) Memilih rakan sebaya yang baik dan menghargai sahabat
c) Memilih kumpulan yang menerima kita

16. 'Ana sukakan perhatian. Dia tidak suka jika dianggap ketinggalan dalam semua perkara
terutama yang berkaitan dengan gajet baharu. Dia akan memaksa ibu bapanya membelikan
gajet yang lebih terkini jika ada kawannya yang sudah memperolehnya'.
Analisis tentang situasi di atas ialah..

a) Bersemangat waja
b) Suka mendahului rakan lain
c) Boros dan suka menonjol

17. 'Gabriel menyertai kelab seni mempertahankan diri di sekolahnya. Walaupun Gabriel
rajin berlatih, namun jurulatih tetap mengatakan prestasinya kurang baik dan Gabriel selalu
dibandingkan dengan rakan sepasukannya yang lain. Gabriel berazam untuk berlatih dengan
lebih gigih'.
Apakah kategori tekanan bagi situasi di atas?

a) Secara langsung
b) Secara tidak langsung

18. 'Mei Lee berasa cemburu dengan rakan-rakan sekelasnya yang lebih menonjol dalam
mata pelajaran Matematik. Dia menghadiri kelas tuisyen dan rajin membuat latihan.
Keputusan ujian Mei Lee semakin meningkat tetapi dia masih belum berpuas hati'.
Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan jenis tekanan..

a) positif
b) negatif
c) positif dan negatif

19. 'Mei Lee berasa cemburu dengan rakan-rakan sekelasnya yang lebih menonjol dalam
mata pelajaran Matematik. Dia menghadiri kelas tuisyen dan rajin membuat latihan.
Keputusan ujian Mei Lee semakin meningkat tetapi dia masih belum berpuas hati'.
Apakah kategori tekanan bagi situasi di atas?

a) Secara langsung
b) Secara tidak langsung

20. 'Mei Lee berasa cemburu dengan rakan-rakan sekelasnya yang lebih menonjol dalam
mata pelajaran Matematik. Dia menghadiri kelas tuisyen dan rajin membuat latihan.
Keputusan ujian Mei Lee semakin meningkat tetapi dia masih belum berpuas hati'.
Analisis tentang situasi di atas ialah..

a) Persaingan sihat
b) Suka mendahului rakan lain
c) Boros dan suka menonjol

21. Situasi tekanan: Tidak berani menolak ajakan rakan.
Apakah penyelesaian bagi situasi tekanan di atas?

a) Merapatkan hubungan kekeluargaan
b) Memilih rakan sebaya yang baik dan menghargai sahabat
c) Berani berterus-terang dan menolak ajakan yang berunsur negatif secara asertif.


Click to View FlipBook Version