Sebuah majalah terbitan IKATAN PENULIS SABAH Edisi 2/2024 eISSN 2976-2979 IPS ingin jadi jambatan Menyoal kesusasteraan ASEAN raikan kepulangan Ramadan dengan rasa gembira Jaga perpaduan Sabah, Mufti Bungsu Aziz: Aroma Meja Bulat DBP tampilkan kelainan dalam
Dari Meja Pimpinan 2 Sorotan Khas > Jalan Lapan Belas dan Ikatan Penulis Sabah setelah itu - Abd. Naddin 17 Shaiddin 18 Ruang Musyawarah 23> Menjelang IPS 35 dan 60 - Awang Abdul Muizz Awang Marusin Khabar Ikatan > Mufti Bungsu Aziz: Jaga perpaduan Sabah, raikan kepulangan Ramadan dengan rasa gembira > DBP tampilkan kelainan dalam Aroma Meja Bulat > Menyoal kesusasteraan ASEAN, IPS ingin jadi jambatan 4 Kandungan MAJLIS PENASIHAT Pengerusi HJ. SUKOR HJ. USIN _____________________________________ MAJLIS TERTINGGI Ketua Satu AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Ketua Dua FAUZIAH HJ. MOKSIN Setiausaha Satu MUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD. SARIZAM Bendahari ROSLAN SOHASTO Ketua Penerangan JAIDIN ZAINEH Setiausaha Dua AFIQ FIKRI MOHD. NIZAM Penolong Bendahari SYAHFIERAH HJ. SUKOR Ahli HJ. GAZALI HJ. SUHAILI IRDEENA IZWIN SAPLEH JUNAIDAH PARUDIN DR. MARLENNY DEENERWAN MELOR HJ. HUSSIN MONSU GODON MUHAMMAD FARHAN FIRDAUS NORDIN NAZIFATUNNISA HJ. SALIM ROSNAH RADIN RUHANA VENEL NATASHA NASIR HJH. SAHARA JAIS SITI RAHFIZAH MIHALDIN WARMAN WAGIMAN Juruaudit Dalaman DANIEL SHAFIE TANJIWAN DINIE LIOW CHUN KONG ______________________________________ LEMBAGA DISIPLIN Pengerusi LALIMAN HJ. AHMAD _____________________________________ MAJALAH KOMPOSISI Pengarang Eksekutif AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN ______________________________________ © Ikatan Penulis Sabah, 2023-2024 Hak Cipta Terpelihara. Pengeluaran ulang manamana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain hendaklah mendapat izin bertulis daripada Penerbit. Maklum bahawa semua penulisan yang disiarkan di majalah ini tidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian Penerbit. IKATAN PENULIS SABAH (PPM-005-12-24031992) Rumah Puisi Hasyuda Abadi Kampung Gudon, Manggatal 88450 Kota Kinabalu, Sabah E-mel: [email protected] -------------------------------------------------------- KOMPOSISI ialah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah secara berkala, lima kali setahun. Kutubkhanah > 18 Januari 2009 - Penyair Sabah berkongsi duka di Gaza 12 > 13 Oktober 2013 - Catatan kunjungan IPS ke Asterawani Papan Karya > Aina, Impian Nenek - Nia Atsya > Di Dadanya Sekuntum Mawar Merah - Ida Adinda > Tanda Merah - J.R. Jel > Ketika Langit Bersuara - Juliana Ihol > Rotan di Sela Papan - J.R. Jel > Puisi - Mamu MK Hasny > Cermin Rahsia - Asrizam Ezam > Terima Kasih - Azaika SR AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah Di samping Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah yang menjadi “ibu” yang menyaksikan kelahiran Ikatan Penulis Sabah (IPS), kita mesti berterima kasih kepada Datuk Jasni Matlani, Abd. Naddin Hj. Shaiddin dan Aliuddin Mohd. Salleh kerana menjadi pencetus kepada tertubuhnya IPS di Singgah Mata, Kota Kinabalu, 34 tahun yang lalu. Kewujudan IPS di tengahtengah Sabah tidak pernah dan tidak akan menjadi sia-sia, malah akan menjadi amal jariah buat mereka dan sesiapa sahaja yang meneruskannya, Insya-Allah, mengingat pada matlamat asal pengasasannya ialah mengangkat harkat dan martabat bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan di Sabah melalui penulisan, penerbitan dan penataran karya yang membentuk individu dan masyarakat yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia. Saya bersyukur kerana IPS pada ketika ini sedang baik-baik sahaja di tangan para pengelolanya. Meskipun IPS sempat menghadapi cabarannya yang tersendiri mutakhir ini, langkah IPS menuju kejayaan masih sahaja belum berhenti, apatah lagi untuk berundur ke belakang walau seinci. Selamat ulangtahun, IPS > Sekuntum Bunga Cinta - Rozeline Vitalis > Sebuah Peperangan - Rozeline Vitalis > Tumpahan Aksara - Jcka Daily > Sajadah Labuhanku - Sultan Musa > Doa dan Harapan - Asnan Hamdin
Peraduan ini terbuka kepada semua penulis yang berumur 18 tahun ke atas dan berasal dari negara rantau Asia Tenggara, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada manuskrip minimum 50 buah puisi dengan syarat seperti di bawah: Panjang, tema dan bentuk puisi bebas. Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan kosa kata bahasa etnik dibenarkan, tetapi mesti disertai dengan glosari. Setiap penyertaan wajib diberikan judul. Seorang peserta bebas menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap puisi hanya layak dimuatkan dalam sebuah manuskrip sahaja. Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan fail perisian Microsoft Word (.doc atau .docx). Kesemua puisi perlu dikumpulkan dalam satu fail; dengan maksud, dalam satu fail, perlu ada minimum 50 buah puisi. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan perakuan secara bertulis bahawa karya-karya penulis merupakan karya asli penulis. Secara tegas dinyatakan bahawa tiada tolak ansur terhadap karya plagiat. Keputusan peraduan ini merupakan hak mutlak Panitia Penyelenggara. Panitia Penyelenggara berhak mengubah, membatalkan atau menarik balik sebarang penyertaan atau kemenangan yang tidak menepati syarat atau keperluan. Panitia Penyelenggara berhak mengubah sebarang syarat Hadiah Puisi K. Bali mengikut kesesuaian dan keperluan dari semasa ke semasa. Penulis diminta menyertakan dalam hantaran penyertaan, maklumat peribadi yang berikut: Nama penuh (dalam huruf BESAR). Nama pena (jika ada; jika tiada, abaikan). Nombor kad pengenalan atau pasport. Penulis Malaysia wajib menyatakan nombor MyKad. Nombor telefon (yang boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp). Alamat surat-menyurat. Manuskrip puisi berserta maklumat peribadi hendaklah dihantar kepada [email protected] sebelum atau pada jam 11.59 malam waktu Malaysia (GMT+8), 31 Mac 2024. Pertanyaan lanjut mengenai peraduan ini boleh disalurkan ke aplikasi WhatsApp melalui nombor telefon +60169664961. KOMPOSISI 3 Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengambil inisiatif memperkasakan khazanah sastera melalui penulisan puisi yang bermutu tinggi menerusi penganjuran peraduan yang dijenamakan sebagai HADIAH PUISI K. BALI. Hadiah penulisan ini mengambil nama sasterawan tersohor yang memberikan banyak sumbangan kepada perkembangan sastera di Sabah, iaitu Allahyarham K. Bali. Inisiatif ini merupakan sebahagian sasaran besar projek Puisi Adalah... di samping memperbanyak penerbitan buku-buku sastera di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya. terma dan syarat peraduan penilaian Semua karya yang diterima oleh Panitia Penyelenggara akan dinilai oleh sebuah Panel Penilai yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang masingmasing. Karya yang berjaya melepasi saringan berpeluang meraih hadiah. PENERBITAN Karya pemenang berpeluang untuk diterbitkan di bawah label IPS. Panitia Penyelenggara berhak menyunting, menyarankan penyuntingan, atau membuat sebarang pengubahsuaian yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan menjaga kualiti karya. HADIAH UTAMA RM 1,000 H A D I A H P E N G H A R G A A N R M 5 0 0 U N T U K T I G A O R A N G P E N E R I M A
...umat Islam di Sabah berdasarkan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah sempena Sambutan Ambang Ramadan 1445H di Masjid alFalah, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK). Sempena Ramadan yang akan menjelang, Datuk Bungsu Aziz mengajak umat Islam untuk merayakan kepulangan Ramadan dengan rasa gembira dan menghidupkan Ramadan dengan solat sunat Tarawih dan bacaan al-Quran. Beliau juga mengajak semua agar tidak melupakan nasib rakyat dan penduduk Palestin yang masih berjuang di tanah air mereka, membantu mereka dengan sedaya upaya dan mendoakan kesejahteraan mereka menghadapi hari-hari kehidupan yang berikutnya. Sambutan yang dimeriahkan dengan kehadiran seramai 300 orang jemaah masjid yang terdiri daripada warga ILPKK dan penduduk sekitar itu turut diisi dengan bacaan puisi "Senja bersama Hikmah... ...dan Ilmu" oleh penulisnya yang juga Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah, Awang Abdul Muizz bin Awang Marusin. Turut hadir dalam sambutan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) yang juga Pengerusi, Masjid al-Falah ILPKK, Ts. Othman bin Abu Hassan. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS KOTA KINABALU, 28 Februari 2024: Sabah menyaksikan kelonggaran kepada beberapa hukum yang menyentuh langsung kehidupan umat Islam yang hidup dalam masyarakat majmuk. Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar, berkata perkara tersebut penting demi menjaga perpaduan dan keharmonian yang telah sekian lama wujud di Sabah. Perkara tersebut, menurut beliau, termasuk keharusan umat Islam menyampaikan ucapan selamat kepada mereka yang merayakan perayaan bukan Islam. "Ucap sahaja Selamat Hari Kaamatan, auntie (mak cik), atau Selamat Hari Natal, uncle (pak cik). Sekadar ucapan sahaja, tiada masalah," kata beliau. Walaupun begitu, Datuk Bungsu Aziz mengingatkan bahawa hukum syarak dan fatwa masih menggariskan pantang larang tertentu dalam memanfaatkan keharusan tersebut. Perkara tersebut penting, menurut beliau, sesuai dengan pendirian Kerajaan Negeri Sabah yang tegas mempertahankan akidah... 4 Khabar Ikatan Mufti Bungsu Aziz: Jaga keharmonian Sabah, raikan kepulangan Ramadan dengan rasa gembira MUFTI Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar (kanan) berswafoto dengan Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah, Awang Abdul Muizz Awang Marusin selepas selesai Sambutan Ambang Ramadan 1445 Hijri di Masjid al-Falah, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu.
5 KOMPOSISI Imbasan ROMBONGAN ILPKK mengunjungi Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Likas, Kota Kinabalu sempena Jualan Gudang DBP pada 29 Februari 2024. Salah seorang ahli rombongan tersebut ialah Ketua Satu, IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin (barisan depan, tengah). Atas dan tengah: PARA ANGGOTA Urus Setia Ikatan Penulis Sabah (IPS) di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) menerima sumbangan kurma daripada Ketua Satu IPS sempena Ramadan 1445 Hijri.
Khabar Ikatan 6 Beliau menyatakannya dalam program Aroma Meja Bulat Siri 1/2023 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu. Program yang diadakan buat julung-julung kalinya oleh DBP Cawangan Sabah mendapat kerjasama daripada ILP Kota Kinabalu dan Ikatan Penulis Sabah (IPS). Program yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Puisi Adalah... dan Sepanggar Membaca tersebut telah menarik kehadiran lebih daripada 280 orang peserta dari sembilan buah institusi seluruh kawasan Parlimen Sepanggar. Antara yang hadir ialah Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datuk Jasni Matlani, Pengarah ILP Kota Kinabalu, Sudirman Hammade, Pegawai Perhubungan Parlimen Sepanggar, Baslan Saini, dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Muhammad Afiq Naquib Rosli. Tiga buah buku kumpulan puisi remaja terbitan DBP telah dibicarakan oleh para penulis dan dinilai oleh Pengarah, Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang juga Ahli Majlis Penasihat IPS, Profesor Madya... ...Dr. Mohammad Puad Bebit. Buku-buku tersebut ialah buku "Selimutkan Alam dengan Cinta" karya Fauziah Moksin, buku "Gedung Kesaksian" karya Awang Abdul Muizz Awang Marusin, dan buku "Bagai Kelekatu" karya Rukimah Pandawa (Kims Diwa). Turut ditampilkan dalam program yang dihadiri oleh lebih daripada 200 orang peserta dari sembilan buah organisasi kerajaan dan bukan kerajaan di kawasan Sepanggar ini ialah deklamasi puisi, persembahan muzik oleh Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, UMS, dan jualan buku oleh DBP Cawangan Sabah. Dalam majlis yang sama, Awang Abdul Muizz yang juga Ketua Satu, IPS telah menyerahkan surat-surat niat bekerjasama menjayakan inisiatif "Sepanggar Membaca" kepada wakilwakil daripada UMS, UiTM Cawangan Sabah dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu. Sidang Redaksi Utusan Borneo (Sabah) KOTA KINABALU, 22 Februari 2024 (Utusan Borneo (Sabah): Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah menampilkan kelainan dalam usaha mempromosikan dan menatarkan karyakarya penulis tempatan Sabah pada tahun ini. Pengarah DBP Cawangan Sabah, Aminah Awang Basar, berkara kelainan yang dimaksudkan ialah pemberian nama baharu kepada kegiatan tersebut, iaitu Aroma Meja Bulat. “Pada tahun-tahun sebelumnya, kita namakan program bicara buku dengan nama Secangkir Kopi. Tahun ini kita adakan kelainan dengan menamakan program ini dengan nama Aroma Meja Bulat,” kata Aminah. Nama tersebut, menurut Aminah, dipilih untuk menarik perhatian dan minat lebih banyak segmen masyarakat terhadap keunikan dan keistimewaan buku-buku karya penulis tempatan Sabah yang diterbitkan oleh DBP. Perkara tersebut penting, menurut beliau, agar lebih ramai individu yang akan tampil mendapatkan, membaca dan mengkaji buku-buku tersebut. DBP tampilkan kelainan dalam Aroma Meja Bulat AHLI LEMBAGA PENGELOLA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Jasni Matlani (barisan hadapan, tengah) bergambar dengan para peserta yang menghadiri program Aroma Meja Bulat Siri 1/2024 di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK).
7 Khabar Ikatan Imbasan PENILAI dan tiga orang Pembicara (kiri) berada di atas pentas Aroma Meja Bulat Siri 1/2024. PERANTARA berada di atas pentas Program Aroma Meja Bulat Siri 1/2024. AHLI-AHLI Majlis Perwakilan Pelajar ILPKK bergambar bersama rakanrakan selatihan yang juga anggota-anggota Urus Setia Ikatan Penulis Sabah (IPS). PENGARAH ILPKK (kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil Pengarah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar. AHLI PARLIMEN Beaufort (tiga dari kanan) melancarkan buku antologi puisi “Tekad Perpaduan” di Beaufort pada 24 Januari 2024. AHLI PARLIMEN Beaufort (kanan) bergambar bersama Hasyuda Abadi dan Sahara Jais.
8 Khabar Ikatan ...concern (red: peduli) terhadap program Malam Hari Tiga. Bahkan, sebagai tuan rumah,” tuturnya. Hasyuda Abadi sendiri di Malaysia dikenal sebagai penyair yang telah menerima banyak penghargaan, seperti Anugerah Sastera Negeri Sabah ketiga, Anugerah Tokoh Penyair Islam Sabah ke-11, dan Tokoh Seni Sastera Islam Sabah 2022. Dalam program tersebut pula, terdapat beberapa penulis, penyair, dan pekarya aktif lain dari Malaysia, seperti Abd. Naddin Hj. Shaiddin, Hasyuda Abadi, Mohd. Jasni Yakub, Hjh. Sahara Jais, Rosnah Radin, Roslan Sohasto, Fauziah Hj. Moksin, Jaliha Jaman, Fitriah Masarah Roslan, dan Fauziyah Nurdin. Selain nama-nama tersebut, tampak pula seniman dan sastrawan Malaysia, seperti Dr. Mohammad Puad Bebit dan Hj. Gazali Hj. Suhaili. “Untuk tamu dari Indonesia, kami mengundang Panji Pratama, Nasrullah Fauzi, dan Mudrika. Mereka memaparkan proses kreatif dalam menulis sastra, terutama puisi dan prosa,” ujar Abd. Naddin Hj Shaiddin, peserta acara yang juga dikenal sebagai Bung Nadin - wartawan senior di Sabah, Malaysia, kepada nongkrong.co. Menurut Bung Naddin, kesediaan penulis Indonesia dalam Malam Hari Tiga dapat membawa khazanah tersendiri dalam dunia literasi dan sastra dua negara. Buku yang dibedah oleh penulis Indonesia tersebut menjadi sudut pandang unik dari perbedaan sastra negara serumpun. “Seperti puisi yang dibacakan oleh Panji Pratama berjudul “Sabah Tempias Salju” tadi, menjadi bukti bahwa penulis Indonesia memandang Sabah sebagai rumah keduanya,” tambah Bung Naddin, yang juga dikenal sebagai pelopor Ikatan Penulis Sabah (IPS). Kesuksesan Malam Hari Tiga tentu saja menjadi perhatian sastrawan senior, seperti Dr. Mohammad Puad Bebit. Pria yang dikenal aktif sebagai seniman dan dosen Akademi Seni dan Teknologi Kreatif Universitas Malaysia Sabah tersebut, ikut pula meramaikan acara dengan membacakan sebuah Sajak Jenaka atau di Malaysia dikenal sebagai Sajen yang berjudul “Bujang Senang tidak Semestinya Buaya”. > Bersambung di halaman 9 KOTA KINABALU, 2 Februari 2024 (Nongkrong.co): Ikatan Penulis Sabah (IPS) ingin dapat menjadi jembatan kesusastraan antarpenulis se-ASEAN. Hal ini disampaikan oleh Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin, pada Rabu (31/1) malam lalu. Pernyataan ini terungkap setelah IPS menggelar kegiatan temu penulis Malaysia-Indonesia. Kegiatan tersebut bertajuk “Malam Hari Tiga” dengan dihadiri oleh sejumlah pekarya dari Malaysia dan Indonesia. “Malam ini, kita telah membuktikan bahwa pertemuan ini tidak hanya kegiatan diskusi biasa. Dengan kehadiran tamu penulis dari Indonesia, kita berharap IPS lebih dari sekadar komunitas, tetapi dapat menjadi jembatan pertemuan penulis se-ASEAN,” ujar Awang Abdul Muizz. Menurut beliau, program Malam Hari Tiga telah berjalan secara berkesinambungan. Dalam kegiatannya, program ini selalu menghadirkan para sastrawan Malaysia yang komitmen untuk dibedah karyanya. “Kegiatan tersebut mengambil lokasi Rumah Puisi Hasyuda Abadi, Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasi tersebut menjadi bukti bahwa sastrawan takzim Malaysia... Menyoal kesusasteraan ASEAN, IPS ingin jadi jambatan AHLI, MAJLIS PENASIHAT, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Mohd. Jasni Yakub (kiri) mendampingi penulis sastera dari Indonesia, Dr. Panji Pratama dalam acara Malam Hari Tiga Khas di Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RuPHA), Kota Kinabalu pada 31 Januari 2024.
9 KOMPOSISI < Bersambung dari halaman 8 Selain itu, tampak pula sastrawan lain yang ikut menghangatkan acara dengan diskusi-diskusi hangat soal perkembangan sastra dua negara di era Artificial Intelligence (red: kecerdasan buatan) (AI). Dalam diskusi tersebut, para peserta sepakat bahwa AI tidak akan dapat mengalahkan kreativitas dan ruh dari sastra ciptaan manusia. “AI itu dapat menjadi kengerian, tetapi juga hikmah. Bagi penulis sastra, tentu saja kita lebih diunggulkan karena puisi dengan diberi ruh akan lebih menggetarkan daripada diciptakan oleh robot belaka. Maka keberadaan IPS adalah bukti bahwa manusia lebih bernyawa daripada sekadar teknologi,” pungkas Hj. Gazali Hj. Suhaili, peneliti bahasa, sastra dan budaya dari Malaysia. PANJI PRATAMA Koresponden Nongkrong.co Atas, tengah kanan dan bawah kanan: PENULIS-PENULIS dari Indonesia dan Malaysia berkumpul di halaman RuPHA. DR. PANJI PRATAMA memperkenalkan buku karangan beliau yang berjudul “Perkamen Sanada”.
Khabar Ikatan 10 MEMPERKENALKAN Buku ini tak habis-habisnya difikir, tetapi tetap ada saja yang tak habis. Persoalan-persoalan yang kita anggap tuntas rupanya menyisakan banyak persoalan. Persoalan hidup memang tak habis-habis sehingga kehidupan itu sendiri habis atau berakhir. “Tak usah difikir lagi, terbitkan saja,” kata mentor saya, Datuk Haji Hussain Kasau. Sampai bila-bila pun, persoalan hidup kita tak akan ada habis-habisnya. YANG TAK HABIS DIFIKIR Abd. Naddin Shaiddin (2024) RM 50 Dapatkan sendiri buku ini daripada penulisnya. Hubungi Urus Setia IPS untuk maklumat lanjut.
KOMPOSISI 11 MEMPERKENALKAN “Beberapa Nota Kecil tentang Iranun” mungkin sahaja sebuah buku yang menghimpunkan banyak catatan penulis tentang Iranun, salah satu etnik yang terdapat di Sabah. Namun, catatan-catatan tersebut bukan yang biasa-biasa. Catatancatatan tersebut sedikit sebanyak memberikan pencerahan yang mendalam kepada pembaca dan pengkaji tentang masyarakat dan budaya Iranun. RM 50 BEBERAPA NOTA KECIL PERIHAL IRANUN Abd. Naddin Shaiddin (2024) Dapatkan sendiri buku ini daripada penulisnya. Hubungi Urus Setia IPS untuk maklumat lanjut.
Kutubkhanah 12 Penyair Sabah berkongsi duka di Gaza Sehingga kini, sekurangkurangnya 1,203 warga Palestin mati termasuk 410 kanak-kanak manakala 5,300 orang yang lain tercedera dalam tragedi kemanusiaan itu. Ahli Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, Datuk Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut menegaskan bahawa tidak ada sesiapa yang berhak mencabul nilai-nilai kemanusiaan yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Katanya, program itu sangat bermanfaat kerana ia membuktikan keprihatinan dan rasa luka yang dirasai penyair melihat apa yang berlaku di Palestin itu. "Tragedi yang berlaku di Palestin pasti melukakan insan tanpa mengira anutan, kaum dan keturunan. Rasa kemanusiaan kita sama. Semua insan mempunyai nilainilai kemanusiaan. "Tetapi apabila manusia hilang kewarasan, hilang persepakatan, hilang perpaduan, hilang rasa permuafakatan,maka terjadilah apa yang berlaku di Gaza. "...dan tidak mustahil jika kita sentiasa berpecah belah, bercakaran, bertelingkah dan bersengketa, apa yang terjadi di Gaza boleh berlaku dimana-mana," katanya ketika merasmikan program itu. Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Jasni Matlani, Timbalan Pengarah DBP Sabah, Hajah Asmiah Haji Ajamain, penulis-penulis dan penyair serta peminat sastera dari seluruh Sabah. > Bersambung di halaman 13 MESKIPUN Gaza terletak ribuan kilometer jauhnya dari Sabah tetapi suara tembakan, raungan kepedihan, ratapan kesedihan, jeritan kemarahan di wilayah itu terdengar hingga ke Kota Kinabalu dan penyair dari seluruh pelusuk negeri berhimpun untuk menyatakan respon mereka terhadap kekejaman dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan Israel terhadap warga Palestin. Penyair dan penulis dari seluruh Sabah yang menyertai Majlis Baca Puisi Amal Gaza di Jalan Pantai bermula jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 petang, 18 Januari, tidak melepaskan peluang untuk melontarkan perasaan mereka dalam bentuk puisi-puisi yang tajam, yang mengharukan, yang berisi kritikan dan luahan rasa marah terhadap tragedi yang menimpa Palestin, yang kini memasuki hari ke-23 kelmarin. 18 JANUARI 2009 ABD. NADDIN SHAIDDIN
Kutubkhanah 13 ... membuktikan keprihatian penulis. "Kalau dulu saya mentgatakan penulis tak perlu jadi pejuang tetapi sekarang, saya menyatakan penulis adalah pejuang kemanusiaan". Antara penyair yang sempat melantunkan suara dalam majlis itu ialah Awang Karim Kadir, Brahim Abdul Samad, Nandra Hitong, Mohd. Nor Makbul, Hajah Asmiah Haji Ajamain, Mohd. Almiey Md. li, Alfazli HMS, Yusuf Nur, Syafie Muhamad,Mohd. Daud Insun, Mohd. Fuad Bebit,Ony Latifah Osman, Jair Sulai dan lain-lain lagi. Selain itu, Mabulmaddin Haji Shaiddin menyanyikan lagu puisi, Gadis Kecil itu dan penyanyi Norizs dan persembahan menarik dari BAHASA Cawangan Sandakan. Paling menarik ialah persembahan baca puisi Luka Gaza Dua oleh Datuk Haji Mohd.Arifin Arif berduet dengan isterinya, Datin Hajah Lenny Natasha. Sambil menonton persembahan puisi dan lagu-lagu puisi, program yang dihoskan oleh penyair Jasni Yakub, Karim Gullam dan Ony Latifah Osman berjaya menarik perhatian orang ramai yang turut mengambil bahagian dengan menderma untuk Tabung Kemanusiaan untuk Gaza. < Bersambung dari halaman 12 Majlis itu dianjurkan oleh BAHASA, Ikatan Penulis Sabah (IPS),Kelab Rekreasi Penerangan Sabah (KERPEN) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). "Golongan penulis boleh menjadi pejuang dengan tinta kata untuk menentang ketidakadilan dan kezaliman. Apa yang dilakukan oleh kalangan penulis dan sasteawan di negeri ini dalam membantu rakyat Palestin yang jauh. "Tetapi walaupun jauh, sesungguhnya, bagi saya ia bukan penghalang untuk mereka membantu dan menyatakan simpati terhadap segala penderitaan yang dialami, kerana tiada batas untuk nilai kemanusiaan sejagat yang mulia dan murni," katanya. Beliau juga memuji usaha BAHASA dan IPS menerbitkan Antologi Puisi Luka Gaza yang berjaya disiapkan dalam tempoh empat hari, yang bukan sahaja menunjukkan simpati dan keprihatinan penulis dan sasterawan di negeri ini, terhadap penderitaan rakyat palestin tetapi juga menunjukkan bahawa sasterawan dan penulis juga peka terhadap persekitaran terutama yang berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan. "Marilah kita sama-sama berdoa agar hukuman yang setimpal terhadap segala kekejaman yang dilakukan rezim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza. Jika kita tidak dapat mengubah kekejaman dan kezaliman mereka dengan senjata, dan tenaga kudrat empat kerat, tidak mampu meghantar senjata dan bala tentera untuk membebaskan mereka, maka doa dan apa juga yang dilakukan akan dapat membantu meringankan beban dan penderitaan mereka. Penyair Jasni Matlani, yang juga Yang Di Pertua BAHASA menyebut peristiwa Gaza uitu sebagai malapetaka kemanusiaan dan kehadiran penulis dari seluruh Sabah, antaranya dari Sandakan, Kudat, Kota Belud, Pitas, Beaufort dan sebagainya...
Kutubkhanah 14 Catatan kunjungan IPS ke Asterawani ...selaku Penasihat Majlis Perundingan Kg Sengkurong di Kg Pasai 1, Kampung Sengkurong. Memandangkan saya dan Ain Sofiya masih bertugas, kami memutuskan untuk menyusul rombongan dengan menaiki kapal terbang pada sebelah malamnya. Saya bertolak dari Sandakan pada jam 4.35 petang. Memandangkan penerbangan saya singgah sebentar di Lapangan terbang Kudat maka saya tiba di Lapangan terbang Kota-Kinabalu kira-kira jam 6.05 petang. Jam 9.30 malam, kami bertolak dari Lapangan Terbang Kota-Kinabalu ke Miri. Sekali lagi, penerbangan kami singgah di Lapangan terbang, Labuan. Betapa hati begitu menggamit untuk singgah di Pulau Labuan. Namun sayang seribu kali sayang, hajat di hati tidak kesampaian. Lebih kurang pukul 10.30 malam, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Miri. Memandangkan pintu masuk ke Brunei telah ditutup, maka saya dan Ain Sofiya mengambil keputusan untuk bermalam... ...di Hotel Palace Inn, Miri. 27 September 2013, rombongan Ikatan Penulis Sabah mengadakan kunjungan ke Lamin Warisan Bendahari Haji Ghafar Bin Haji Sidi, di Tanjung Maya, Tutong dan ke Lamin Sastera K. Manis, Tanjung Maya Tutong, di mana Lamin sastera ini adalah milik Haji Moksin Bin Kadir. Dalam kunjungan tersebut, Tuan Haji Yahya Bendahari Haji Ghafar bertindak sebagai orang penting untuk membawa rombongan. Sekali lagi, saya dan Ain Sofiya tidak dapat menyertai kunjungan ke Lamin Warisan. Tepat jam 10.35 pagi, kami bertolak dari Miri ke Brunei. Sepanjang perjalanan, saya cuba membayangkan lagi detik-detik manis yang bakal tercipta ketika berada di Brunei nanti. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami pun selamat tiba... > Bersambung di halaman 15 SEPERTI yang telah dirancangkan, bermula pada 26 September 2013 bersamaan hari Sabtu, Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengadakan program kunjungan Muhibbah ke Negara Brunei Darussalam. Antara objektif kunjungan ini adalah untuk mengukuhkan jalinan muhibah antara IPS dan Asterawani. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk meneroka kerjasama jangka panjang dalam kesusasteraan dan kesenian serumpun. Rombongan bertolak ke Brunei dengan menaiki sebuah van. Seramai 12 orang ahli menyertai kunjungan tersebut. Antaranya ialah saya, Ketua Satu, Hasyuda Abadi, Ketua Dua, Abd. Naddin Shaiddin, Ahli Kehormat IPS Laliman Ahmad dan isteri, Jaliha Jaman dan suami, Mabulmaddin Shaiddin, Sofiah Talib, Rufiah Nurullah, Elni Maryani Mahmud, dan Laila Elok. Jadual pertama rombongan ialah menghadiri majlis Makan Malam di rumah DP Haji Kassim Bin Haji Johan dan Datin Hajah Rosmah Binti Haji Sulaiman... 13 OKTOBER 2013 HASYUDA ABADI
15 Kutubkhanah ...perhubungan adalah antara RTB dan rakyat. Pada jam 1.30 petang, rombongan bertolak ke Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Kemudian pada jam 2.30 petang, Majlis Dialog Sastera di antara Dewan Bahasa dan Pustaka, Asterawani dan Ikatan Penulis Sabah berlangsung. Majlis diselajurkan dengan pelancaran Antlologi Puisi IPS dan Asterawani yang bertajuk ‘Menjilbab Cinta’. Pastinya, saya merasa gembira kerana saya dan Tuan Haji Mohd Firdaus OKK Haji Nordin telah berjaya menyelenggarakan buku tersebut. Dalam dialog IPS bersama Asterawani dan DBP Brunei, disentuh mengenai penerbitan buku sastera. Menurut maklumat daripada Ketua Satu, DBP Brunei Darussalam pernah menerbitkan dua buah buku antologi cerpen dan puisi melibatkan para pengarang Brunei, Sabah, Sarawak dan Labuan. Pada tahun 1989 melalui antologi cerpen 'Rantau Utara' yang diusahakan agensi berkenaan dan pada tahun 1994 diusahakan pula sebuah antologi puisi berjudul 'Nafas Utara Borneo'. Beliau berharap agar sinergi persuratan ini dapat diteruskan melalui penerbitan DBP Negara Brunei Darussalam. Kemudian, pada jam 8 malam, rombongan menghadiri majlis Makan Malam sumbangan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Mohd. Zain bin Hj. Serudin (Shukri Zain) di Simpang 168, Kg.Lamba. Kedatangan IPS disambut dengan senyuman manis oleh Pehin dan isterinya. Pastinya saya begitu teruja kerana ini adalah kali kedua saya berkunjung ke kediaman YB Pehin selepas Dialog Teluk pada tahun lepas. Saya dapat melihat betapa seriusnya seorang penyair mengutuk negara-negara barat terhadap segala perang di Asia Barat. Beliau banyak meluahkannya di dalam buku puisinya. Rombongan turut disajikan hidangan yang enak iaitu makanan kegemaran saya, sup tulang, nasi minyak dan semestinya buah-buahan kesukaan saya iaitu anggur dan tembikai susu. Di samping itu, majlis santai baca puisi, menambang syair, gurindam dan mengikuti sembang ucapanucapan bersejarah YB Pehin sebagai pelajar Brunei pertama di Singapura dan Al-Azhar. Sedikit sebanyak, kami mengetahui sejarah beliau. Ahad, 29 September, 2013. Hari terakhir rombongan kami berada di Negara ini. Tepat jam 7 pagi, rombongan berkesempatan menghadiri Majlis Bersama Rakyat sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NBD Ke-67 Tahun. Rombongan ditempatkan di gerai bernombor 55 bersama Majlis Belia Brunei. Sesungguhnya, saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk menghadiri majlis besar seumpama itu. Rombongan merasa gembira kerana mendapat jemputan makan tengah hari di Lapau (tempat Majlis Mesyuarat Negara yang lama) atas usaha Majlis Belia Brunei. Pastinya, IPS juga tidak akan melupakan detik-detik manis kerana dapat bersalaman dengan Sultan Brunei dan anakanda-anakanda Sultan. IPS turut menyumbangkan cenderahati kenangan kepada KDYMM Sultan. Di kesempatan itu juga, saya berjaya mendapatkan tandatangan daripada KDYMM Sultan. Ternyata, sultan amat peramah dan tidak lokek untuk senyum dan menurunkan tandatangannya. Setelah acara selesai, rombongan pun bertolak balik ke Sabah. Manakala, saya dan Ain meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal terbang. Sesungguhnya, inilah perjalanan seorang insan seni. Berkat kekuatan dan izin-Nya, akhirnya rombongan IPS dapat mencipta beberapa kenangan yang pastinya menjadi sejarah dalam dunia sastera khasnya Ikatan Penulis Sabah dan Asterawani. Untuk itu, saya selaku Ketua Penerangan Ikatan Penulis Sabah ingin mengucapkan sekalung budi kepada Setiausaha Asterawani, Tuan Haji Mohd Firdaus OKK Haji Nordin yang telah banyak membantu, mengatur dan memudahkan program dan perjalanan rombongan IPS. Sesungguhnya, matlamat IPS telah tercapai. Pastinya, kejayaan ini adalah milik kita. Di mana ada budi, di situ anda dihargai. Biarlah kita sama-sama mengenang apa yang telah tertulis oleh-Nya. < Bersambung dari halaman 14 di Lamin Sastera K. Manis. Saya hanya berkesempatan menyaksikan seorang penyair Brunei menyampaikan syair. Saya begitu teruja menghayati syair yang disampaikan. Saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan di mana rombongan dihidangkan dengan beraneka hidangan yang amat lazat. Jam 4.00 petang rombongan menghadiri Jamuan Minum Petang di rumah Cikgu Pengiran Haji Mahmud Bin Pengiran Haji Damit, selaku Jawatankuasa Tadbir Asterawani di Kampung Manggis Dua Jalan Muara, Brunei Darussalam. Kedatangan IPS agak terlewat kerana tidak menjumpai jalan untuk menuju ke rumah berkenaan. Sekali lagi, IPS begitu teruja dengan layanan yang diberikan oleh Pengiran. Kelihatan ahli keluarga dan ahli Asterawani yang lain turut menyambut kedatangan rombongan. Melalui perbualan saya dengan anak perempuan kedua Pengiran Haji Mahmud, saya begitu tertarik dengan kisah perjuangan Pengiran Haji Mahmud dalam dunia pendidikan dan sastera. Maka, tidak hairanlah jika kesemua anak-anak beliau menjadi orang yang berjaya. Sebelum berpisah, rombongan merakamkan foto kenangan dan sebagai tanda ingatan, IPS diberikan cenderahati iaitu foto kenangan perkahwinan dengan isterinya serta sebuah buku antologi puisi beliau berjudul ’70 Wajah’. Pada sebelah malamnya pula, rombongan dibawa ke acara persembahan di Pentas Perayaan Hari Keputeraan Sultan Dan Yang diPertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-67 di Dermaga Diraja. Dalam pada itu, beberapa peserta rombongan telah menyampaikan puisi di atas pentas. Pada 28 September 2013, bersamaan hari Sabtu, tepat jam 7 pagi, rombongan bergerak dari rumah penginapan ke Rangkaian Televisyen dan Radio Brunei, Darussalam. Sementara menunggu masa untuk berjumpa dengan pegawai penyiaran, rombongan sempat bersarapan pagi di kafe RTB. Melalui penerangan yang diberikan oleh pegawainya, IPS difahamkan bahawa stesen RTB telah dirasmikan oleh Al Marhum Sultan Haji Omar Bin Ali Saiffudin pada 2 hb Mei 1957 di mana RTB mengamalkan konsep ‘Melayu Islam Beraja’ dan semua rangkaian...
KOMPOSISI 16 34 TAHUN 1990-2024
Sorotan Khas 17 ...di Kudat untuk berlumba-lumba menghasilkan karya sastera yang bermutu. Waktu itu, nama-nama seperti Mohamed Hadie Nor D (kini Allahyarham), A. Karim Kadir, Jair Sulai, Saik DS, Masrani Madun, Ailin Nor, Norjannah MA, Sharifah AM Noordin, Aida AR, Ali Karim, Mila, Agus M, NR Rahim, Masdini Mohamad, Shukri Shaifudin, Ariff Osman, Agus M, Mabulmaddin Shaiddin dan deretan banyak lagi nama mewarnai lanskap sastera Sabah. Bahawa tidak ramai penulis muda yang pada era selepas kami, juga menimbulkan persoalan. Ketika nama mereka yang lebih senior seperti Hasyuda Abadi, Jasni Matlani, Saibil Madun, Mohd Zain AH dan Siba Nita AS. Arifin Arif, ABM Fajeer, Zeick, R.Hamzah Dua, Juri Durabi sudah pula mencipta nama masing-masing. Rupa-rupanya 30 tahun sesudah itu, Jalan Lapan Belas masih sibuk dengan lalu lintas. Pohonan di pembahagi jalan itu masih lagi ada di situ seperti biasa. Ketika melintas di Jalan Lapan Belas ini, saya terkenang rakan-rakan dan sahabat dahulu. Ada yang masih menulis dan terus menulis. Ada yang memang sudah dapat menempatkan diri dalam alam kesusasteraan kita. Ada juga yang berhenti, ada juga yang sedang berada dalam peristirehatan yang panjang. Hanya kami... ...masih tidak dapat menentukan di mana kami berada. Kalau di laut, berapa nautika, kalau di darat berapa kilometer. Namun yang pasti kami berada di satu tempat, yang mungkin tidak terlalu jauh tetapi di tempat lain. Nota daripada Sidang Redaksi: Artikel ini merupakan sebahagian daripada buku “Yang Tak Habis Difikir” yang dikarang oleh Abd. Naddin Shaiddin dan diterbitkan oleh IPS, 2024. RASA-RASANYA tidak ramai yang tahu mana letaknya Jalan Lapan Belas di ibu negeri. Saya pun hampir melupakan nama jalan itu kalau bukan kerana beberapa hari yang lepas, saya melewati lagi Jalan Lapan Belas. Jalan Lapan Belas terletak berhampiran persimpangan jalan. Terdapat beberapa lampu isyarat untuk mengawal lalu lintas. Kenderaan bertali arus. Untuk melalui jalan itu, seseorang perlu berhati-hati dan terpaksa menoleh kanan dan kiri untuk menyeberang. Apa istimewanya Jalan Lapan Belas? Sebenarnya tak ada apa-apa kecuali di pembahagi Jalan Lapan Belas itulah, percambahan idea untuk menubuhkan Ikatan Penulis Sabah (IPS) terjadi. Kami hanya bertiga ketika itu; tahun 1990. Saya yang paling muda, berusia dua puluh satu. JM berusia 28 dan Ailin baru 23. Biasanya ketika tengahari atau petang, kami sering melalui pembahagi Jalan Lapan Belas itu untuk ke Kantin di Tingkat Tiga Bangunan Pejabat Pos. Mungkin kami anak muda yang bersemangat. Era penghujung 80-an dan awal 90-an itu ditandai oleh kegelisahan kami sebagai penulis muda untuk turut sama mewarnakan dunia sastera di negeri ini. Lagi pula ketika itu, timbul semacam persaingan antara penulis di ibu negeri dengan rakan-rakan... Jalan Lapan Belas dan Ikatan Penulis Sabah setelah itu ABD. NADDIN SHAIDDIN TENTANG PENULIS ABD. NADDIN BIN HJ. SHAIDDIN dilahirkan di Kota Belud pada 16 Mac 1968. Selepas menamatkan persekolahan di Kota Belud, beliau berkhidmat di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah. Beliau bertugas sebagai wartawan kanan di Utusan Borneo dari tahun 1994 hingga tahun 2022. Beliau juga pernah mengikuti beberapa bengkel kewartawanan anjuran Institut Akhbar Malaysia. Peminat sastera ini pernah menjadi Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah (IPS) dari tahun 2019 hingga tahun 2022 sebelum menjadi Ahli Kehormat mulai tahun 2024.
Papan Karya 18 NIA ATSYA Aina, Impian Nenek Bunyi ketukan pintu membuatkan aku terjaga dari tidur. "Aina! Aina! Bangunlah nasi lemak nenek dah nak siap ni!" "Ya nenek!, Aina bangun ni.” Setelah mandi, aku menolong nenek membungkus nasi lemak untuk dijual di kantin sekolah. Tahun ini aku akan menduduki SPM, banyak duit diperlukan untuk membayar yuran kelas tambahan dan buku rujukan. Nenek tidak larat untuk pergi menoreh getah. Jadi nenek hanya membuat nasi lemak setiap pagi. "Bagusnya cuaca hari ini!, kalau hari-hari seperti ini tidak perlu aku susah payah menggunakan payung ke sekolah." Setelah sampai di sekolah, aku terus pergi ke kantin untuk menghantar nasi lemak. "Semoga hari ini nasi lemak nenek habis dijual," kataku sambil menaiki tangga. "Hari ini cikgu Syadirah akan membuat ujian penilaian untuk subjek... ...Bahasa Melayu, nasib aku ada buat latihan semalam. Semoga aku dapat markah yang terbaik nanti.” "Assalamualaikum, nenek! Oh nenek!.” "Ya, Waalaikumussalam, Aina." "Hari ini nasi lemak nenek habis dijual, ini duitnya." "Wah, syukur alhamdullilah hari ini nasi lemak nenek habis.” Aku memeluk dengan erat. "Terima kasih nenek sebab buat nasi lemak yang sedap untuk Aina." "Sama-sama, Aina." Seperti biasa, selepas menghantar nasi lemak aku terus menuju ke kelas 5 Ibnu Sina. Sewaktu kelas cikgu Syadirah, aku hanya fokus dengan teknik menulis karangan. "Insya-Allah aku akan buat yang terbaik semasa SPM nanti.” Seawal jam enam pagi, aku sudah berjalan ke sekolah. Selepas menghantar nasi lemak, aku terus menuju ke kelas. Bulan depan, ada percubaan SPM buat pertama kalinya. Harap-harap markah subjek matematik tambahan aku tinggi dari yang sebelum ini.” Minggu percubaan SPM pun berlalu. "Alhamdulillah nek, markah Aina ada peningkatan." "Tidak mengapa Aina, nenek percaya nanti SPM mesti kamu akan dapat markah yang lebih baik." "Yalah nek, nanti Aina akan perbanyakkan solat sunat dan berdoa kepada Allah." "Nenek pun akan sentiasa doakan Aina." "Nenek! Nah duit hasil jualan hari ni." "Hasil jualan hari ni Aina ambil ya." "Kenapa? Memang hari-hari Aina bagi duit dekat nenek, kan?" "Tak apa. Aina anggap duit ni hadiah dari nenek sempena hari jadi Aina.” > Bersambung di halaman 17
Papan Karya 19 < Bersambung dari halaman 16 "Nenek ingat hari jadi Aina?” "Kenapa pula nenek lupa, cucu nenek sorang aja." “Selain arwah umi dan abah, neneklah orang yang paling aku sayang,” ucapnya dalam hati. Aina menghulurkan tangannya dan mengucup lembut tangan kepunyaan nenek. "Aina pergi dulu ya nek, doakan Aina tau.” "Insya-Allah, baik-baik jalan." "Ya, nek." Aina duduk di bahagian depan dewan peperiksaan. Dia sangat risau kerana ini adalah percubaan SPM yang kali kedua. "Semoga kali ini aku tidak mendapat markah yang rendah lagi." Setelah kertas terakhir diserahkan kepada pengawas yang bertugas, barulah dia berasa sedikit lega. "Baru hari pertama aku sudah rasa gugup. Lebih baik aku mengulang kaji," kata Aina sambil tangannya membelek-belek buku Kimia dan Biologi. "Assalamualaikum!” "Ha, Waalaikumussalam, Aina. Lambat balik hari ni?" "Tadi Aina ulang kaji kejap dekat kelas." "Oh, ingatkan Aina ke mana tadi?” Malam itu, Aina menolong nenek mengisar bawang dan lada besar untuk dibuat sambal nasi lemak yang akan dijual esok. Ketika dalam perjalanan ke sekolah Aina bernyanyi kecil untuk menenangkan fikirannya yang celaru. Subjek Kimia dan Biologi adalah antara subjek yang tidak dia minati sejak dulu. Itulah dia berusaha bersungguh-sungguh untuk percubaan SPM kali ini. "Aku harap soalan yang keluar senang sahaja." Aina berjaya mendapatkan markah yang tinggi pada percubaan SPM kali ini. Dia tidak sabar untuk memberitahu hal tersebut kepada nenek. "Kalau aku berjaya tunaikan impian nenek, mesti nenek bangga dengan aku." Setelah dua bulan berlalu, Aina kini lebih menyibukkan diri dengan pelajarannya. Seminggu lagi adalah hari yang ditunggutunggunya iaitu SPM. "Mengulang kaji di jam-jam sebegini dapat ingatan yang lebih segar." Jarum jam yang berada di tangan kanan Aina menunjukkan pukul tiga pagi. Selain mengulang kaji dan mengikuti kelas tambahan, Aina juga memperbanyakkan solat sunat. "Semoga usaha aku untuk mendapatkan semua 'A' tercapai, Amin." Aina terlajak tidur. Matanya melihat jam loceng yang berada di atas meja. "Ya Allah! Aku dah lambat ni. Sudahlah aku belum solat subuh." Selepas menunaikan solat subuh dan sarapan, Aina bergegas pergi ke sekolah. "Fuh... nasib baik sempat sampai, kalau tak habislah aku.” "Murid-murid sekalian, ada empat hari lagi untuk kamu semua menduduki SPM sebenar. Cikgu harap untuk subjek cikgu, kamu semua boleh... ... skor ya. Terutama sekali Aina, sebab Aina selalu dapat markah yang tinggi kan?" Aina terkejut mendengar kata-kata cikgu Syadirah. "Hah, ya cikgu. Saya janji akan berusaha lebih untuk skor subjek cikgu." "Bagus, Aina," kata cikgu Syadirah sambil mengukirkan senyuman. *** "Nenek ‘kan sakit." “Tak apa, Aina pergi lah ke sekolah, lagipun hari ni hari kedua Aina menduduki SPM kan." "Kalau begitu, Aina pergi dulu ya, nek.” Semenjak nenek sakit, Aina lebih sibuk kerana terpaksa menyediakan nasi lemak tanpa bantuan nenek. “Semoga nenek baik-baik saja di rumah.” Sebelum memasuki dewan peperiksaan, dia sempat berdoa untuk menjawab SPM hari ini. "Ya Allah! Nenek!” Aina menangis sekuat-kuat hatinya. Fikirannya sangat buntu kerana nenek menghidap sakit tua dan sedang nazak di wad hospital sekarang. "Ya Allah, apa ujian yang kau berikan kepadaku ini. Esok adalah kertas terakhir SPM, macam mana aku nak fokus.” "Alhamdulillah, aku sudah habis SPM!" kata Aina sambil menyerahkan kertas kepada pengawas yang bertugas. Lalu, dia bergegas keluar dari dewan SPM untuk berjumpa nenek yang berada di wad. “Nenek...” Suara Aina bergetar dan air matanya sudah mula mengalir membasahi pipi. "Aina datang ni, Aina dah habis SPM. Aina dah buat yang terbaik nek, Aina janji Aina akan tunaikan impian nenek." Dia sedar dengan keadaan neneknya yang seperti itu, memang akan pergi meninggalkannya tidak lama lagi. Aku melihat jam yang berada di dinding. "Waktu Asar dah nak masuk ni, baik aku sembahyang di sebelah katil nenek saja." Setelah mengambil wuduk di bilik air, aku menyarungkan telekung ke tubuhku. Ketika aku di tahiyat yang terakhir, aku mendengar bunyi yang kuat dan jelas dari alatan pernafasan nenek. Aku segera memberi salam dan terus melangkah ke arah nenek. "Ya Allah. Kenapa ini, nenek? Doktor! Doktor! Tolong nenek saya." Walau bagaimanapun, aku mengajar nenek membaca dua kalimah syahadah dengan mendekatkan mulutku ke telinganya. Setelah bunyi itu tidak kedengaran lagi, aku langsung tidak dapat mengawal emosiku. Akhirnya aku terduduk di lantai dan menangis sekuat-kuatnya. Hatiku bagai dihiris dengan sembilu, sekarang nenek sudah tidak ada di sampingku. *** Hari ini setelah sebulan pemergian nenek, aku pergi ke sekolah untuk... ...mengambil keputusan SPM. “Ya Allah, semoga aku dapat keputusan yang bagus.” Aku melirik berapa 'A' yang aku dapat. "Alhamdulillah! Aku dapat sebelas 'A'. "Tahniah, Aina. Kamu dah banggakan arwah nenek kamu." "Terima kasih, Cikgu. Tidak sia-sia usaha saya selama ini." Cikgu Syadirah memegang kedua-dua bahuku lalu mempamerkan rasa bangganya kepadaku. "Aina, walau apa pun jadi, jangan pernah berputus asa ya.” "Insya-Allah cikgu." Semenjak Tingkatan Satu lagi cikgu Syadirah-lah yang selalu memberi semangat kepada aku. Aku sayang cikgu! Untuk melepaskan rindu, aku masuk ke bilik arwah nenek. Aku merebahkan tubuhku di atas katil. Aku teringat, nenek selalu melarangku untuk membuka almari yang berada di penjuru bilik itu. "Apa agaknya yang ada dalam almari itu ya?" tanyaku sendiri. Lama aku berfikir, akhirnya aku buka juga almari tersebut. Matanya tertumpu pada sepucuk surat dan peti besi yang ada di situ. "Apa ni?" Selepas membaca surat tersebut, air mataku sudah mengalir membasahi pipi. Surat itu adalah tentang wasiat dan harta nenek yang diserahkan kepada aku, Aina. "Selama ni nenek bersusah payah jual nasi lemak sebab nak aku sambung belajar?" Dia tergamam apabila melihat beberapa cincin, gelang dan rantai emas milik nenek. Aina menghembus nafas, matanya sudah merah dan sembap kerana menangis. "Nenek, Aina minta maaf sebab selalu susahkan nenek. Aina rindu nenek. Terima kasih nenek sebab sudi jaga makan minum Aina sejak kecil lagi. Aina janji, Aina akan sambung belajar. “Memang Impian nenekkan? Untuk lihat Aina berjaya?” Katanya sambil menangis di bucu katil. Akhirnya impian arwah nenek terhadap Aina tercapai, dia berjaya menamatkan pelajarannya di universiti. TENTANG PENULIS RAHNIA NATASYA BINTI RAHMAN (Nia Atsya) berasal dari Kuala Penyu tetapi dilahirkan di Kota Kinabalu. Bekas murid Sekolah Kebangsaan Kem Lok Kawi, Putatan yang cenderung kepada penulisan cerpen dan novel ini mula menulis pada usia 14 tahun. Cerpen ‘Aina, Impian Nenek’ yang terangkum dalam antologi cerpen ini merupakan karya sastera beliau yang pertama sepanjang sejarah kehidupan beliau.
Papan Karya 20 PUISI-PUISI YANG MEMENANGI SAYEMBARA ‘PUISI ADALAH...’, EDISI JANUARI 2024
Papan Karya 21 PUISI-PUISI YANG MEMENANGI SAYEMBARA ‘PUISI ADALAH...’, EDISI FEBRUARI 2024
DOA DAN HARAPAN Asnan Hamdin Hening malam doa di buka sucikan hati dari hitamnya dosa, lalu berbisik pada Nya tawaddhu merendah di sejadah bumi Pintu hati dibuka dengan zikir takut dan berharap tergenggam erat suara lembut memenuhi ruang terasa seperti butir pasir di hadapan-Mu Dunia penuh ujian harga pengorbanan perlu dibayar kerana syurga bukan percuma Air mata menjadi saksi alam ikhlas mengalir dalam doa yang tulus menadah diri di pelukan langit yang luas seakan dada langit menjadi tempat tempat luas jiwa yang merayu pada-Nya TUMPAHAN AKSARA Jcka Daily Dinihari semakin menguasai jarum jam terus berputar memakankan waktu yang laju berlalu Masih terpapar layar putih ketikan hilang konotasi bunyi kokokan ayam gabra menyulam Rentak setia menukilkan aksara bagai langit muntahkan hujan Ketikan menumpahkan alunan aksara Ceritakanlah segala apa yang terkunci dalam ruang sanubari bebas tercipta Penampang 6 Mac 2024 SAJADAH LABUHANKU Sultan Musa kutemui sajadah panjang kupeluk salinan asma kuhembus napas yang sumbat sampaikan jerih pada-Nya kubersujud di atas sajadah ini kurecup lebat jiwa keruh kusampaikan hitamnya hati menjelma dzikir untuk-Nya kuketuk pintu langit lewat sajadah ini percaya Sang Pemurah menanti merubah segala jadi mustajabah dari setumpuk pedih kuraba sepuh warna sajadah ini sembari menikmatiindahnya segudang kebermaknaan pada ingin meski silau luasnya langit tilas sajadah ini melipat lembar selalu bersama-Nya 2021 TENTANG PENULIS ASNAN HAMDIN merupakan penulis dan usahawan yang berasal dari Kota Kinabalu. Di samping menjadi ahli Ikatan Penulis Sabah sejak 7 Oktober 2023, beliau juga bergiat aktif dengan Ikatan Muslimin Malaysia Kota Kinabalu dan Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Sabah. JESSICA DAILY merupakan pemilik nama pena Jcka Daily, penulis yang berasal dari Penampang. Di samping menulis puisi, beliau juga menulis dan menerbitkan novel berjudul “Rela” pada tahun 2023 di bawah label AO Cherita Legacy yang berpangkalan di Nilai, Negeri Sembilan. ROZELINE VITALIS dilahirkan di Keningau pada 26 Januari 1975. Ahli, Ikatan Penulis Sabah yang bergiat dalam sastera sejak tahun 1994 ini telah berjaya menghasilkan banyak karya. Antaranya ialah novel kanak-kanak “Bella Sayang Osong” dan “Yakin Boleh, Alawa!” yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka masingmasing pada tahun 2021 dan 2022. SULTAN MUSA merupakan penulis yang berasal dari Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia. Karya-karya sastera beliau banyak disorot dalam bentuk buku mahupun secara dalam talian. Hasilnya, beliau diberikan Anugerah 10 Penulis Terbaik Negeri Kertas, 2020. Ingin menerbitkan karya? Tulis dan hantar karya berserta biodata ringkas kepada [email protected] Papan Karya 22 SEKUNTUM BUNGA CINTA Rozeline Vitalis Kupetik sekuntum bunga cinta untuk dipersembahkan padamu teman terkasih dan kulakar namamu di langit biru dan akan sematkan namamu di taman hatiku dan doa mewangi kupanjatkan pada-Nya agar titis- titis kasih-Nya akan menyiram sekuntum bunga cinta agar tetap berkembang mewangi selamanya Keningau 18 Februari 2024 SEBUAH PEPERANGAN Rozeline Vitalis Sebuah peperangan terjadi dengan di alam maya dan aku melihat peperangan membadai dunia dengan penuh tragis dan maha dahsyat bom bergema mrerobohkan bangunan tinggi menyembah bumi dan jet pejuang terbang megah mengugurkan hujan motaŕ hingga musnah segalanya menelan ŕibuan nyawa insan yang terkasih Kini bumi tandus dan gersang hanyalah terdengar jeritan ngeri dan ratapan meratapi sebuah kehilangan kejam sebuah peperangan yang memusnahkan sebuah kecintaan hakiki. Keningau 18 Februari 2024
TENTANG PENULIS AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN dilahirkan di Kota Kinabalu pada 13 Jun 1994. Pensyarah dan pegawai pengurusan di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu ini merupakan penulis empat buah buku. Ruang Musyawarah 23 ... mengenali RuPHA kerana tuan rumahnya yang telah rasmi diakui pada 15 Disember 2022 sebagai Sasterawan Negeri Sabah ketiga. Bertitik tolak daripada sejarah tersebut, saya berharap agar akan ada lagi ahli IPS yang menerima pengiktirafan yang serupa, malah yang lebih baik berbanding yang sedia ada pada pada masa hadapan. Dalam hal ini, suka saya mengulang kembali pesanan saya agar segera memprofilkan dirinya dan mencontohi Hasyuda Abadi dalam pemprofilan penulis sastera. Realitinya, Sabah sentiasa memerlukan seseorang yang boleh diamati karyanya, boleh difahami falsafah kehidupannya, boleh dicontohi semangat juangnya dan boleh diteladani sumbangannya kepada bangsa dan negara dalam bidang-bidang yang diceburi. Sosok tubuh individu tersebutlah yang IPS harapkan, sama ada dari dalam mahupun luar IPS, dapat memangkin semangat Generasi Z dan Alpha di Sabah untuk berkarya ke arah mencapai kejayaan yang mereka impikan pada masa hadapan. Sementara kita meneruskan pencarian individu yang dimaksudkan, saya ingin memberi jaminan bagi pihak Ikatan ini bahawa bahasa dan sastera Melayu dan etnik tempatan Sabah masih dan akan tetap bertahan mengharungi arus zaman dengan adanya mereka yang – dengan semangat istiqamah dan wasatiyyah – meneruskan segala amalan dan perjuangan yang dapat memberikan kesan kepada masyarakat yang disasarkan. Percayalah kepada Ikatan ini yang tidak ramai jumlah insannya tetapi tetap ada, dan jadikan titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen... ...pada 26 Februari yang lalu sebagai pembakar semangatuntuk tetap memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia dan mengiringkannya dengan penerapan bahasa etnik dan bahasa antarabangsa yang memberi nilai tambah kepada kemajuan tamadun yang menaungi kita, dan sastera sebagai bunga kepada bangsa, bahasa dan budaya. Sebagai generasi yang masih ada, ada baiknya kita menjadi hamba kepada Tuhannya yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan menterjemahkannya dengan kerajinan berkarya, khalifah yang giat memimpin amalan dan perjuangan yang diiringi dengan pahala yang berterusan, dan dai yang sentiasa memotivasikan masyarakat untuk sentiasa mendekati dan melaksanakan kebaikan. Artikel ini merupakan sebahagian daripada ucapan Ketua Satu IPS sempena Peringatan Hari IPS ke-34 pada 24 Mac 2024. Tahun hadapan, Ikatan ini menyambut ulangtahunnya yang ke-35. Saya mempelawa seluruh ahli keluarga besar IPS, rakan-rakan penggiat bahasa, sastera dan budaya di Sabah dan semua pihak berkepentingan, di samping bersama IPS menjayakan semua yang ingin diusahakannya pada tahun ini, untuk mula bersiap bagi meraikan hari tersebut pada dan selepas 24 Mac 2025 mendatang. Lebih besar daripada itu, saya mengajak semua untuk mula memikirkan apakah yang hendak ditinggalkan kepada generasi seterusnya yang akan memimpin, menggerakkan dan menyertai Ikatan ini selepas tahun 2025 dan untuk tempoh 35 tahun yang akan datang. Walaupun tiada siapa yang tahu keadaan Ikatan ini pada dan selepas tahun 2060, tidak ada salahnya kita mula bertindak dari sekarang. 14 tahun yang lalu, Hasyuda Abadi dan Sahara Jais telah berjaya membuka rumah puisi mereka di Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu. Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RuPHA) – dan sebelahnya, Rumah Ngaji Baitul Muqaddam – ternyata bukan sekadar sebuah nama dan sebuah rumah yang biasa-biasa. Mereka yang sudah biasa datang ke RuPHA sudah mengerti peranan dan sumbangan kedua-duanya kepada masyarakat di sekitar kawasan Sepanggar sejak pertama kali dibuka. Tiada siapa yang memikirkan, 12 tahun kemudian, kita... Menjelang IPS 35 dan 60 AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN
Salinan lembut majalah ini direka dan dicetak di Malaysia oleh IKATAN PENULIS SABAH ENTERPRISE (TRN/2022/7104) Kampung Lok Batik, Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah او ي وا ار دري ري-ري ا د ا ر د- ا ن د- ا اس د- اء ت ڤ ري او و ا اوق د- ا ڠ - او ي و ڠ د او ت او ي ا ا ا دا ءو- ا ڽ ه - ان ا ڽ ٔورڠ ا ݢ. او ي وا ار دري ري-ري ا د ا ر د- ا ن د- ا اس د- اء ت ڤ ري او و ا اوق د- ا ڠ - او ي و ڠ د او ت او ي ا ا ا دا ءو- ا ڽ ه - ان ا ڽ ٔورڠ ا ݢ. ا از