Sebuah majalah terbitan IKATAN PENULIS SABAH Edisi 4/2023 eISSN 2976-2979
Dari Meja Pimpinan 2 Sorotan Khas > Kembara Kenali Borneo: Impak kepada Rakyat dan Penduduk Malaysia di Sabah - Muhammad Zul Hilmi Matalih > Bersama Perkasakan Kemaritiman, Pendidikan dan Perindustrian Sepanggar dengan Pantun Warisan - Awang Abdul Muizz Awang Marusin 16 Papan Karya > Isekai - Muhammad Farhan Firdaus Nordin > Sungguh - Muhammad Farhan Firdaus Nordin > Mahallah Siddiq - Muhammad Farhan Firdaus Nordin > Mahallah Faruq - Muhammad Farhan Firdaus Nordin > Di Gedung Suffah - Sayap Rindu > Dinding - Ross Nina Ahmad > Buku Penantian - Adhwa Maddah > Perangi Jiwa Korupsi - Anizah Shuhaibun 20 Ruang Musyawarah 22> Memperkasa atau Memperkakas Sastera - Hasyuda Abadi Khabar Ikatan > Penulis berpeluang menangi Hadiah Puisi K. Bali > Deklamasi puisi platform terjemahkan semangat cintakan negara > Selepas lapan tahun, IPS kembali dengan lima buah buku baharu > Nadwah Serantau Sastera Islam Sabah mengangkat persuratan, kesenian Islam ke peringkat yang lebih tinggi > Lenny Erwan siap pentaskan teater di tanah airnya pada Oktober 2023 > Tingkatkan promosi keunikan, kepelbagaian Wilayah Timur Laut 4 AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah Dalam hal ini, kami di Ikatan Penulis Sabah (IPS) bersedia untuk memekarkan kebertanggungjawaban para pengkarya tempatan terhadap pembinaan dan pengembangan berterusan karya-karya yang mengangkat semangat kebangsaan, menghargai keunikan kearifan tempatan, serta mempromosikan perpaduan dan keterangkuman. Sebelum ini pun, kami di IPS, dengan dukungan pelbagai pihak yang namanya tidak dapat kami sebutkan satu persatu, telah menyumbang sebaik mungkin demi kepentingan bangsa dan negara. Program ‘Puisi Adalah…: Apresiasi Hari Malaysia bersama Komuniti’ ini merupakan program yang ke-54 yang melibatkan IPS pada tahun ini dan setakat ini. Mengembalikan Rasa Tanggungjawab Penulis Sabah Penulis-penulis Malaysia di dalam dan luar Sabah sentiasa mempunyai tanggungjawab untuk menyatukan kita sebagai sebuah bangsa dan sebuah negara. Merekalah 'diplomat' yang senyap, yang bekerja melalui pena dan kertas, melalui kata dan ayat yang gramatis dan puitis, untuk membawa kita lebih dekat ke arah visi perpaduan yang tuntas. Alhamdulillah, kami telah mencapai sasaran 52 buah program untuk tahun ini pada 8 September 2023 menerusi Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu. Kami juga telah berjaya menerbitkan tiga siri Majalah Komposisi secara dalam talian dan lima buah buku fizikal pada tahun ini setakat hari ini; belum termasuk 10 buah buku karya ahli IPS yang telah diterbitkan dan akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menjelang Oktober tahun ini. Kejayaan ini menyumbang kepada petunjuk prestasi organisasi pada tahap 95 peratus. Kandungan MAJLIS PENASIHAT Pengerusi HJ. SUKOR HJ. USIN Timbalan Pengerusi DATUK PROF. MADYA TS. DR. RAMZAH DAMBUL Ahli MOHAMED HJ. SALLEH LALIMAN HJ. AHMAD ONY LATIFAH OSMAN _____________________________________ MAJLIS TERTINGGI Ketua Satu AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Ketua Dua FAUZIAH HJ. MOKSIN Setiausaha Satu JULIAH HJ. MATNOOR Bendahari ROSLAN SOHASTO Ketua Penerangan MOHD. AZRONE SARABATIN Setiausaha Dua MUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD. SARIZAM Penolong Bendahari SITI HAJAR ABDULLAH Ahli ABD. NADDIN HJ. SHAIDDIN HJ. GAZALI HJ. SUHAILI HUSSEIN MOHAMAD JUNAIDAH PARUDIN MABULMADDIN HJ. SHAIDDIN MOHAMMAD HILMI ISMAIIL MOHD. ASHRAFI HARUMIN NUR FATIHAH ABDULLAH HJH. SAHARA JAIS WARMAN WAGIMAN Juruaudit DAYANG SITI MARIAM ABBAS ______________________________________ SIDANG REDAKSI MAJALAH Ketua AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Anggota MUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD. SARIZAM HJH. SAHARA JAIS WARMAN WAGIMAN ______________________________________ © Ikatan Penulis Sabah, 2023 Hak Cipta Terpelihara. Pengeluaran ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain hendaklah mendapat izin bertulis daripada Penerbit. Maklum bahawa semua penulisan yang disiarkan di majalah ini tidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian Penerbit. IKATAN PENULIS SABAH (PPM-005-12-24031992) Rumah Puisi Hasyuda Abadi Kampung Gudon, Manggatal 88450 Kota Kinabalu, Sabah E-mel: [email protected] -------------------------------------------------------- KOMPOSISI ialah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah secara berkala, lima kali setahun. Kutubkhanah 15> 25 Ogos 1999 - 40 belia Sabah sertai bengkel penulisan
Peraduan ini terbuka kepada semua penulis yang berumur 18 tahun ke atas dan berasal dari negara rantau Asia Tenggara, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada manuskrip minimum 50 buah puisi dengan syarat seperti di bawah: Panjang, tema dan bentuk puisi bebas. Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan kosa kata bahasa etnik dibenarkan, tetapi mesti disertai dengan glosari. Setiap penyertaan wajib diberikan judul. Seorang peserta bebas menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap puisi hanya layak dimuatkan dalam sebuah manuskrip sahaja. Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan fail perisian Microsoft Word (.doc atau .docx). Kesemua puisi perlu dikumpulkan dalam satu fail; dengan maksud, dalam satu fail, perlu ada minimum 50 buah puisi. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan perakuan secara bertulis bahawa karya-karya penulis merupakan karya asli penulis. Secara tegas dinyatakan bahawa tiada tolak ansur terhadap karya plagiat. Keputusan peraduan ini merupakan hak mutlak Panitia Penyelenggara. Panitia Penyelenggara berhak mengubah, membatalkan atau menarik balik sebarang penyertaan atau kemenangan yang tidak menepati syarat atau keperluan. Panitia Penyelenggara berhak mengubah sebarang syarat Hadiah Puisi K. Bali mengikut kesesuaian dan keperluan dari semasa ke semasa. Penulis diminta menyertakan dalam hantaran penyertaan, maklumat peribadi yang berikut: Nama penuh (dalam huruf BESAR). Nama pena (jika ada; jika tiada, abaikan). Nombor kad pengenalan atau pasport. Penulis Malaysia wajib menyatakan nombor MyKad. Nombor telefon (yang boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp). Alamat surat-menyurat. Manuskrip puisi berserta maklumat peribadi hendaklah dihantar kepada [email protected] sebelum atau pada jam 11.59 malam waktu Malaysia (GMT+8), 31 Mac 2024. Pertanyaan lanjut mengenai peraduan ini boleh disalurkan ke aplikasi WhatsApp melalui nombor telefon +60169664961. KOMPOSISI 3 Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengambil inisiatif memperkasakan khazanah sastera melalui penulisan puisi yang bermutu tinggi menerusi penganjuran peraduan yang dijenamakan sebagai HADIAH PUISI K. BALI. Hadiah penulisan ini mengambil nama sasterawan tersohor yang memberikan banyak sumbangan kepada perkembangan sastera di Sabah, iaitu Allahyarham K. Bali. Inisiatif ini merupakan sebahagian sasaran besar projek Puisi Adalah... di samping memperbanyak penerbitan buku-buku sastera di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya. terma dan syarat peraduan penilaian Semua karya yang diterima oleh Panitia Penyelenggara akan dinilai oleh sebuah Panel Penilai yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang masingmasing. Karya yang berjaya melepasi saringan berpeluang meraih hadiah. PENERBITAN Karya pemenang berpeluang untuk diterbitkan di bawah label IPS. Panitia Penyelenggara berhak menyunting, menyarankan penyuntingan, atau membuat sebarang pengubahsuaian yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan menjaga kualiti karya. HADIAH UTAMA RM 1,000 H A D I A H P E N G H A R G A A N R M 5 0 0 U N T U K T I G A O R A N G P E N E R I M A
4 Khabar Ikatan Penulis berpeluang menangi Hadiah Puisi K. Bali ...penerbitan lebih banyak buku sastera di Malaysia, khususnya di Sabah. Menurutnya, Hadiah Puisi K. Bali itu diilhamkan untuk memperingati ketokohan dan sumbangan K. Bali dalam bidang media dan sastera. Menurutnya lagi, peraduan yang dibuka penyertaannya kepada semua penulis dari seluruh rantau Asia Tenggara yang berumur 18 tahun ke atas, menghendaki setiap penulis menulis sebuah manuskrip buku kumpulan puisi yang mengandungi 50 buah puisi yang ditulis menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia dan bahasa sukuan Sabah. Katanya, tiada tema tertentu ditetapkan dalam pertandingan ini. Sebaliknya, tema manuskrip ditentukan secara bebas oleh penulis asalkan bersesuaian dengan peraturan, norma dan tradisi masyarakat. Penulis-penulis yang berminat boleh menghantar karya mereka kepada panel penyelenggara sebelum atau pada 30 Mac 2024 menerusi cara perhubungan yang akan diumumkan kemudian oleh Urus Setia IPS. Empat karya terbaik berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM 1,000 dan tiga hadiah saguhati bernilai RM 500. Sidang Redaksi Utusan Borneo, Sabah Baca halaman 3 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan Hadiah Puisi K. Bali. KOTA MARUDU, 19 September 2023 (Utusan Borneo, Sabah): Ikatan Penulis Sabah (IPS) mempelawa penyair dari seluruh Asia Tenggara untuk menyertai peraduan Hadiah Puisi K. Bali yang dilancarkan pada 16 September lalu. Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, berkata peraduan itu bermatlamat memperkasa khazanah sastera yang meraikan kepelbagaian bahasa dan budaya serta memotivasikan... Imbasan: Puisi Adalah...: Apresiasi Hari Malaysia bersama Komuniti BEBERAPA ORANG PELAJAR ILPKK membantu persiapan tempat. PENGERUSI KRT Empat Sahabat, Kota Marudu, Ali Amat Omar (dua dari kiri) ditemuramah oleh media. ILPKK membuka reruai bagi tujuan pameran kemahiran dan robotik. Kelihatan salah seorang pegawainya menjaga reruai tersebut. HOSPITAL KOTA MARUDU turut mengadakan program derma darah dan pemeriksaan kesihatan.
5 Khabar Ikatan Deklamasi puisi platform terjemahkan semangat cintakan negara “Kita mengharapkan supaya ramai pemuisi kita di kawasan Matunggong ini yang dapat bersama-sama memartabatkan kesusasteraan di peringkat daerah mahupun di peringkat negeri," kata Epson. Pengerusi, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Empat Sahabat, Kota Marudu, Ali Amat Omar pula mengaku terharu dengan penganjuran program ini. Katanya, "Kami rasa bangga kerana program bertaraf daerah dapat kami, KRT Empat Sahabat, anjurkan di Kampung Seri Aman ini." Sasterawan Negeri Sabah, Hasyuda Abadi, pula melihat program seperti ini membawa suatu mesej penting kepada masyarakat akar umbi. "Kita memberikan satu inspirasi kepada... ...mereka yang dapat hadir pada hari ini, betapa perpaduan itu amat penting di negara kita." Program ini merupakan anjuran bersama KRT Empat Sahabat, Kota Marudu; Ikatan Penulis Sabah; dan Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Malaysia. Terdapat pelbagai pengisian yang menyerikan program ini. Antaranya termasuk pameran dan jualan produk tempatan, pameran robotik, dan persembahan tarian tradisi. GABRIEL MICHAEL Wartawan Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah KOTA MARUDU, 18 September 2023 (Berita RTM Sabah): Semangat patrioitik boleh diterjemahkan menerusi pelbagai platform termasuk persembahan deklamasi puisi. Ini kerana bait-bait puisi mempunyai kekuatan tersendiri yang berupaya menterjemahkan rasa cintakan negara. Demikian menurut Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan Matunggong, Epson Kawahui. Beliau ditemui pemberita selepas mewakili Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Julita Majungki, merasmikan "Puisi Adalah...: Apresiasi Hari Malaysia bersama Komuniti" di Anjung Fikrah, Kampung Seri Aman, Kota Marudu pada pagi Sabtu (16 September 2023). PENGARAH Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Ts. Sudirman Hammade (dua dari kanan) dan Timbalan Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Jennitah Noordin (tengah) bergambar dengan beberapa orang penulis yang menghadiri Apresiasi Puisi Adalah... sempena Hari Malaysia di Kota Marudu. PARA TETAMU UTAMA mengikut bacaan ikrar Rukunegara yang membuka acara kemuncak Apresiasi Puisi Adalah... sempena Hari Malaysia.
Khabar Ikatan 6 Selepas lapan tahun, IPS kembali dengan lima buah buku baharu ...mengandungi karya 11 orang pelajar dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) SANZAC, Kota Kinabalu tersebut telah dilancarkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya Sabah, Mohd Suffian Eddie Matin di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu pada 27 Jun yang lalu. Turut diterbitkan ialah kumpulan puisi ‘Hutan Ayah’ karya Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi, ‘Meneroka Hasyuda Abadi: Sudut Pandang Pengamat Sastera’ yang diselenggarakan oleh Awang Abdul Muizz, dan ‘Usrah: Sebuah Perjalanan’ juga karya beliau bersama dua orang anak muda, iaitu Setiausaha Dua IPS, Muhammad Faizhaziq Mohd Sarizam dan Setiausaha kepada Ketua Satu IPS, Muhammad Muizzuddin Ramlan. Buku-buku tersebut akan dilancarkan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. IPS melihat penerbitan lima buah buku tersebut sebagai usaha untuk menyemarakkan budaya keilmuan dan kesusasteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Setiap penulisan yang ditonjolkan dalam buku-buku tersebut, pada pandangan IPS, mengandungi unsur... ...hikmah, rahmah dan kearifan tempatan yang mudah difahami dan diamalkan oleh seluruh lapisan masyarakat. IPS mengajak masyarakat untuk mendapatkan, membaca dan membuat ulasan terhadap lima buah buku yang telah diterbitkannya dari Mei hingga Julai lalu. IPS juga mengajak para penulis tempatan di Sabah untuk melestarikan budaya membaca dan menulis dalam kalangan masyarakat menerusi penerbitan dan penataran lebih banyak buku yang menyentuh langsung kehidupan seharian masyarakat tempatan. IPS menjangkakan akan dapat menerbitkan beberapa lagi buah buku pelbagai genre karya penulis tempatan Sabah menjelang akhir tahun ini. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS Baca halaman 7 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai buku-buku yang telah IPS terbitkan pada tahun ini (2023). HULU LANGAT, 3 Ogos 2023: Penantian Ikatan Penulis Sabah (IPS) untuk menerbitkan buku seterusnya selepas kali terakhir diterbitkan pada tahun 2015 berakhir apabila IPS berjaya menerbitkan lima buah buku pelbagai genre karya para penulis tempatan Sabah. Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, mengumumkannya ketika membuka acara Apresiasi Puisi Adalah di Rumah Puisi Hasyuda Abadi, Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu pada 29 Julai 2023 yang lalu. Menurut Awang Abdul Muizz, penerbitan lima buah buku tersebut asalnya dijadualkan menjelang penghujung Ogos. Namun, dengan sokongan pelbagai pihak berkepentingan, penerbitan lima buku tersebut berjaya disempurnakan pada penghujung Julai, lebih awal daripada daripada yang dijadualkan sebelum ini. Kumpulan puisi ‘Bintang Mimpi’ karya Awang Abdul Muizz merupakan buku pertama yang telah diterbitkan oleh IPS pada tahun ini, diikuti oleh antologi puisi dan cerpen ‘Tirai Senja’ yang ...diselenggarakan oleh Ketua Dua IPS, Fauziah Moksin. Buku ‘Tirai Senja’ yang... KETUA SATU IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin memperkenalkan salah satu daripada lima buah buku yang berjaya IPS terbitkan pada tahun ini (2023).
7 KOMPOSISI RM 25 RM 25 RM 20 RM 15 RM 15 DAPATKAN SEGERA SEMENTARA MASIH ADA Kumpulan Puisi 'Bintang Mimpi' Awang Abdul Muizz Awang Marusin Antologi Puisi dan Cerpen 'Tirai Senja' Penyelenggara: Fauziah Moksin Usrah: Sebuah Perjalanan Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Muhammad Faizhaziq Mohd Sarizam & Muhammad Muizzuddin Ramlan Kumpulan puisi 'Hutan Ayah' Hasyuda Abadi Meneroka Hasyuda Abadi: Sudut Pandang Pengamat Sastera Penyelenggara: Awang Abdul Muizz Awang Marusin KUNJUNGI KEDAI KAMI DI https://shopee.com.my/ shop/995184711 atau pesan melalui e-mel di [email protected]
8 Khabar Ikatan Nadwah Serantau Sastera Islam Sabah Mengangkat Persuratan, Kesenian Islam ke Peringkat yang Lebih Tinggi ...negara Malaysia ini untuk lebih dikenali,” kata Ruslan. Pengarah DBP Sabah, Aminah Awang Basar pula melihat lebih ramai penggiat sastera dari rantau Asia Tenggara akan dapat dilibatkan pada masa hadapan. “Sebelum ini, kita melibatkan hanya negara Brunei, Indonesia dan Thailand. Tetapi, akan datang, kita akan kembangkan lagi... dengan penglibatan dari Singapura dan Filipina.” Nadwah yang diadakan di Kompleks DBP Sabah, Kota Kinabalu pada 20 dan 21 September 2023 yang lalu menyaksikan ucaptama disampaikan oleh tokoh persuratan Islam Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Muhammad Bukhari Lubis dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar. Turut ditampilkan ialah forum dan pembentangan tujuh buah kertas kerja mengenai sastera Islam oleh tokoh-tokoh akademik, persuratan dan kesenian dalam dan luar negara, termasuklah Profesor Dr. Bani Sudardi dari Universitas Negeri Sebelas Maret, Surakarta, Indonesia; Profesor Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz dari Universiti... ...Putra Malaysia; Dr. Phaosan Jehwae dari Universiti Fatoni, Thailand; Sharyanty Md. Sharif dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei; dan Sukor Usin dari Ikatan Penulis Sabah, Malaysia. NABILAH BERHAMAN Wartawan Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah Disunting dan diterjemahkan dalam bahasa Arab oleh: AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Ketua, Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS Disiarkan dalam bahasa Arab oleh: SHAMSUDDIN HUSSEIN DARMASH Pengarang, Majalah Adab Islami Liga Kesusateraan Islam Antarabangsa Riyadh, Arab Saudi Layari https://www.adabislami.org/news/5823 untuk membaca berita ini dalam bahasa Arab. KOTA KINABALU, 21 September 2023 (Berita RTM Sabah): Lebih kurang 300 orang peserta menjayakan Nadwah Serantau Sastera Islam Sabah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBP Sabah) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) Sabah. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ruslan Muharam, berkata Nadwah ini bertujuan untuk menyemarakkan persuratan dan kesenian Islam ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, Nadwah ini bermatlamat untuk membudayakan pendidikan sebagai teras perkembangan bidang bahasa dan persuratan serta memperkasa tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat serantau. Usaha DBP mengadakan Nadwah ini, menurut Ruslan, diharap dapat meraih penglibatan lebih ramai penulis, sasterawan dan pengkaji serantau, seterusnya diperluas pada masa yang akan datang. “Kita lebih mendekatkan perkongsian ilmu ini yang mana kita perlu terjemahkan kepada masyarakat kita khususnya di Nusantara, khasnya di negeri Sabah atau... SASTERAWAN Negeri Sabah, Hasyuda Abadi (duduk di tangga, baris depan, kiri) bergambar dengan Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin dan 41 orang kakitangan, pengajar pelatih dan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu yang menyertai Nadwah Serantau Sastera Islam Sabah 2023 di Dewan Amil Jaya, Kompleks DBP Sabah, Kota Kinabalu.
9 Khabar Ikatan Imbasan PEMBANTU MENTERI kepada Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Datuk Hj. Ruslan Muharam (depan, tengah) mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Mohd. Arifin Datuk Hj. Mohd. Arif merasmikan Nadwah Serantau Sastera Islam Sabah 2023. Turut hadir ialah Sasterawan Negeri Sabah yang juga salah seorang pemakalah dalam Nadwah tersebut, Hasyuda Abadi (depan, kiri). TOKOH persuratan Islam Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Muhammad Bukhari Lubis menyampaikan ucaptama dalam Nadwah. MUFTI Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Hj. Bungsu Aziz Hj. Jaafar menyampaikan ucaptama dalam Nadwah. TURUT ditampilkan dalam Nadwah ini ialah kuiz Jawi dan forum mengenai pembudayaan Jawi dalam masyarakat madani (seperti dalam gambar). KETUA SATU IPS bergambar dengan semua anggota The Circle VII dan dua orang anggota alumni The Circle IV yang turut menghadiri Nadwah ini.
KOTA KINABALU, 22 September 2023: Setelah ditangguhkan pada tahun 2019, teater monodrama 'Transit Borneo-Malaya' karya dan arahan Duta, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Dr. Lenny Erwan akhirnya akan dipersembahkan di Dewan Amil Jaya, Kompleks Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBP Sabah), Likas, Kota Kinabalu pada jam 8.00 malam, 13 dan 14 Oktober 2023 mendatang. Meski menghadapi cabaran mengarahkan dua pementasan berbeza dalam jarak waktu yang singkat, Dr. Lenny tetap memilih untuk meneruskan misi seni yang menjadi keazaman beliau. Beliau dan pasukan produksi beliau sebelumnya akan mementaskan sebuah lagi teater di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2023. Ketika mengumumkan perkara ini dalam satu hantaran di Facebook pada pagi Jumaat, Dr. Lenny yang juga merupakan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya mengakui ada perasaan yang mendalam terhadap karya yang akan dipentaskan. "Ada diri saya di dalam," menurut beliau. Teater ini sangat bersejarah, menurutnya, kerana akan menjadi teater yang pertama beliau arahkan dan pentaskan di tanah air sendiri setelah 25 tahun berkecimpung dalam dunia teater. Mengenai kandungan yang akan dipersembahkan dalam teater tersebut, Dr. Lenny memberi bayangan bahawa teater tersebut akan mempersembahkan naratif yang berkisar mengenai Borneo dan Malaya serta interaksi antara kedua-dua wilayah tersebut. Khabar Ikatan 10 Lenny Erwan siap pentaskan teater di tanah airnya pada Oktober 2023 Beliau turut menjangkakan bahawa penonton akan disajikan dengan cerita yang mendalam dan menguji emosi. "Realiti itu menggigit," kata beliau. Mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini boleh mendapatkan tiket dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster promosi. Beberapa orang pemimpin IPS mengalualukan pementasan bersejarah tersebut. Ketua Dua IPS, Fauziah Hj. Moksin, menggambarkan pementasan teater tersebut untuk peluang untuk bertemu dengan Dr. Lenny setelah beberapa tahun. Kali terakhir mereka bertemu, menurut Fauziah, ialah ketika mereka samasama mengikuti Minggu Penulis Remaja, lama dahulu. Ahli Majlis Tertinggi yang juga Timbalan Pengurus Besar IPS, Hjh. Sahara Jais, turut menyatakan sokongan 200 peratus terhadap pementasan tersebut. Malah, suami beliau yang juga Sasterawan Negeri Sabah, Hasyuda Abadi menyatakan kesediaannya untuk menyaksikan sendiri teater tersebut pada hari kedua pementasannya. Urus Setia IPS, dalam kenyataannya yang berasingan kepada semua ahli IPS pada petang Jumaat, mengumumkan bahawa IPS telah membeli 11 keping tiket dan menyerahkannya secara percuma kepada 11 orang ahli dan sukarelawan IPS yang berminat untuk menyaksikan pada hari kedua pementasannya. Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, dijangka akan menyaksikan teater tersebut pada hari kedua pementasannya. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS LENNY ERWAN, Duta IPS di Kuala Lumpur. Imbasan: Apresiasi Puisi Adalah... PERKENALKAN: Dr. Marlenny binti Deenerwan tidak asing lagi dalam dunia akademik, seni dan sastera. Ahli Ikatan Penulis Sabah sejak tahun 1992 dan penulis, buku ‘Bobolian: Seni Teater Etnik Dusun’ terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (2014) ini pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Shan Tao, Kota Kinabalu (1995-1997) dan penolong pengarang akhbar Daily Express hingga tahun 1998. Alumni Universiti Malaya, kelas 2007 dan 2011, serta Universiti Monash, Australia, tahun 2017 ini merupakan pensyarah di Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya. BEBERAPA orang penulis membacakan puisi masing-masing ketika inisiatif Puisi Adalah... dihidupkan semula melalui Apresiasinya edisi bulan Julai 2023, iaitu (dari kiri) Dayana Chacho, Monsu Godon, Yatim Ahmad dan Nurirfiniey E. Hairoland Fredo.
KOMPOSISI 11
Khabar Ikatan 12 Imbasan SASTERAWAN Negeri Sabah, Hasyuda Abadi membaca salah satu puisi yang terkandung dalam buku kumpulan puisi ‘Hutan Ayah’ dalam Dialog Serantau Borneo-Kalimantan 2023 di Bandar Seri Begawan, Brunei. AHLI-AHLI Majlis Penasihat dan Majlis Tertinggi IPS berkumpul di Rumah Pangi, Kampung Sabandar, Tuaran sempena Pemukiman yang diadakan pada 13 dan 14 Ogos 2023. PENGETUA Sekolah Menengah St. John, Beaufort, Albert Lai Chin, melihat pelajar-pelajarnya membuat puisi dalam Bengkel Penulisan Puisi anjuran sekolah tersebut. Dua orang pemudahcara daripada IPS telah diundang ke mari. ROMBONGAN Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran bergambar ramai di penghujung kunjungan ke Rumah Puisi Hasyuda Abadi, Kota Kinabalu sempena Apresiasi ‘Puisi Adalah...’ Khas pada 20 Ogos 2023. GURU dan pelajar tiga buah sekolah dalam kawasan Parlimen Sepanggar bergambar bersama Sasterawan Negeri Sabah, Hasyuda Abadi selepas selesai Program Pemekaran Pantun bawah inisiatif ‘Sepanggar Membaca’. HADIRIN bergambar ramai di penghujung Apresiasi ‘Puisi Adalah...’ Khas sempena Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2023 Peringkat Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu.
Khabar Ikatan 13 Tingkatkan promosi keunikan, kepelbagaian Wilayah Timur Laut ...pengisian KAPWTL 2023. Antaranya termasuklah meningkatkan promosi keunikan dan kepelbagaian seni, budaya dan warisan yang terdapat di seluruh Wilayah Timur Laut kepada masyarakat luar Wilayah Timur Laut; menggalakkan penyelidikan yang mengintegrasikan kearifan Wilayah Timur Laut dengan kearifan wilayah lain; dan menambahbaik harkat dan martabat Wilayah Timur Laut dalam bidang ekonomi industri, pendidikan, pembangunan kemahiran dan hubungan antarabangsa. Beliau turut mencadangkan agar perbincangan mengenai Wilayah Timur Laut diperluaskan kepada beberapa buah bidang lagi termasuk keselamatan awam, pemerintahan tempatan, serta sains dan teknologi. Beliau optimis bahawa penglibatan pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran dalam forum, seminar dan persidangan antarabangsa seperti KAPWTL 2023 mencadangkan peningkatan mutu kehidupan masyarakat Wilayah Timur Laut pada masa hadapan. Beliau berkata demikian di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad (6 Ogos). Mengulas mengenai kolokium yang telah diadakan semalam (5 Ogos) di Universiti... ...Fatoni, Yarang, Pattani, Thailand, Awang Abdul Muizz berkata bahawa kolokium tersebut masih dapat ditambahbaik pada masa depan. Tanpa menyatakan secara terperinci perkara tersebut, beliau melihatnya mustahak bagi membolehkan kolokium tersebut sentiasa memenuhi piawaian sebenar sebuah forum, persidangan dan seminar antarabangsa, sekaligus meningkatkan kebolehpercayaan pelbagai pihak berkepentingan terhadap individu dan organisasi yang melaksanakannya. Kolokium yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan; Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Wilayah Timur; Universiti Fatoni; Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta organisasi lain di Malaysia dan Thailand telah menarik penyertaan lebih daripada 250 orang pemakalah dan peserta daripada 12 buah negara di seluruh dunia. Antara negara yang terlibat termasuk Australia, Uzbekistan, Azerbaijan dan Rusia. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS KOTA BHARU, 6 Ogos 2023: Kolokium Antarabangsa Peradaban Wilayah Timur Laut (KAPWTL) yang telah memasuki siri yang kelima pada tahun ini seharusnya sudah berhasil membawa suatu rumusan yang menggariskan masa depan peradaban wilayah tersebut dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin, berkata perkara ini mustahak agar semua pihak yang berkepentingan faham dengan jelas akan hala tuju yang diinginkan oleh masyarakat wilayah tersebut pada masa hadapan. Awang Abdul Muizz menyambut baik usaha KAPWTL 2023 untuk membicarakan kewibawaan sosiobudaya, ekonomi dan pelancongan di Wilayah Timur Laut. Namun begitu, kolokium ini, menurut beliau, seharusnya telah dimanfaatkan bukan sahaja untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu berkaitan dengan peradaban Wilayah Timur Laut, tetapi juga untuk membawa para pemakalah dan peserta untuk mengesyorkan solusi kepada permasalahan yang sedang berlaku di Wilayah Timur Laut. Oleh itu, beliau mengesyorkan beberapa rumusan yang dapat menggambarkan... KETUA SATU IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin (tengah) menghadiri KAPWTL 2023 di Universiti Fatoni, Yarang, Pattani, Thailand. Kolokium tersebut dirasmikan oleh Setiausaha Agung, Pusat Pentadbiran Wilayah-wilayah Sempadan Selatan Thailand, Laksamana Muda Somkiat Ponprayoon (tiga dari kiri).
KOMPOSISI 14 MEMPERKENALKAN Kita sering mendengar bahawa anak-anak merupakan masa depan negara. Tetapi di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran, kita melihat bukti yang nyata bahawa anak-anak juga mampu mengilham dan mencipta masa kini. Mereka telah berjaya melukis impian mereka di atas kanvas puisi dengan bimbingan seorang guru yang berdedikasi. Melalui karya ini, kita akan melihat dunia melalui mata mereka, dunia yang penuh dengan impian dan aspirasi. ANTOLOGI PUISI PUTERA PUTERI SMK BADIN ‘PENA YANG MELUKIS IMPIAN’ Penyelenggara: Fauziah Moksin (2023) RM 20
15 Kutubkhanah 40 belia Sabah sertai bengkel penulisan ...diberi anugerah penulis prolifik `K Bali' oleh IPS pada 1997, manakala Mohd Azrone yang disifatkan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sebagai penulis puisi pendek yang berjaya, berdisiplin dan berbakat kini menjadi pemberita daerah Berita Harian. Sementara Abdul Naddin, penulis kelahiran Kota Belud ini adalah wartawan Utusan Borneo. Beliau kerap diundang Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk berceramah kepada pelajar universiti itu. Sejajar dengan tema `Memanfaat sumber alam dalam karya' peserta turut dibawa melawat ke dua destinasi iaitu pusat penternakan ikan air tawar dan jeram di Kampung Melagui. Peserta dan penceramah terpaksa berekspedisi sejauh 1 kilometer dari pusat kuliah ke kolam ikan air tawar dan 1.6 kilometer dari pusat kuliah ke kawasan jeram. Dua penduduk Kampung Melagui iaitu Madin Talip dan Jabu Panjang memandu peserta ke dua destinasi terbabit. Sebagai tugasan, peserta diarah menghasilkan sebuah puisi, cerpen dan berita berasaskan pemerhatian sepanjang perjalanan dan dua destinasi dilawati. Sementara itu, Sukor menyifatkan program berkenaan mempunyai kelainan tersendiri kerana ia tidak tertumpu di dalam bilik kuliah seperti bengkel yang selalu diadakan tetapi peserta terpaksa meredah belantara dan seterusnya menterjemah perjalanan dalam bentuk penulisan. Katanya, program diilhamkan oleh Biro Kreatif IPS Papar itu adalah antara aktiviti terbaik dilaksanakan tahun ini. Ini kerana, menurutnya, menerusi bengkel itu bukan saja memberi asas kepada peserta dalam tiga bidang dibengkelkan tetapi berupaya membentuk percambahan pemikiran positif terutama di kalangan generasi... ...muda melalui penghayatan terhadap alam kurniaan Khalik. "IPS giat melaksanakan program merangkumi kawasan bandar dan luar bandar dengan hasrat melahirkan lebih ramai penulis generasi muda dan penceramah muda berketrampilan dan menghargai kurniaan Ilahi," katanya. Beliau menjelaskan, kegiatan itu juga adalah wahana mewujudkan kemesraan antara pemimpin dan ahli IPS dengan masyarakat desa. Sementara itu, Pengerusi Gerakan Desa Wawasan Kampung Kelatuan, Mohamad Abdul Ghani ketika menutup program itu menyifatkan penulis sebagai kalangan berpengaruh yang perlu menggunakan sepenuhnya bakat dikurniakan untuk mengajak masyarakat berfikir mengenai kebesaran dan keagungan Tuhan. Turut hadir Ketua Kampung Kelatuan, Ahmad Sulaiman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melagui, Yusof Minin. Katanya, karya dihasilkan penulis mengatasi ketajaman pedang dan boleh menghancurkan keharmonian masyarakat sekiranya mereka (penulis) mahu. Sehubungan itu, beliau menggesa penulis agar menghasilkan karya bermanfaat dan menyumbang kepada kebaikan negara. "Sebagai insan dikurniakan Allah bakat yang baik penulis perlu menggunakan keistimewaan ini ke arah kesejahteraan ummah dan perpaduan negara," katanya. Ikatan Penulis Sabah (IPS) membuktikan kekentalan perjuangan mempertahan dan memulihara warisan kesusasteraan dengan menganjur pelbagai program penulisan untuk membimbing dan mencungkil bakat baru dalam bidang itu di negeri Sabah. Bukan itu saja, malah persatuan itu turut mengetengahkan pembimbing muda di kalangan jawatankuasanya untuk menyampaikan ceramah. Selepas menganjurkan bengkel penulisan puisi, cerpen dan esei jelajah negeri tahun lalu membabitkan tiga bahagian iaitu Pantai Barat Selatan (PBS) di Papar serta disusuli Pantai Barat Utara (PBU) di Kota Belud dan Pedalaman Bawah di Beaufort, tahun ini persatuan itu meneruskan komitmennya memulakan penganjuran di Papar, 15 Ogos lalu. Seramai 40 belia membabitkan daerah Papar, Bongawan, Tuaran dan Kota Kinabalu menyertai bengkel di Kampung Kelatuan, 80 kilometer dari Kota Kinabalu itu. Menerusi program sehari itu peserta didedahkan dengan tiga disiplin penulisan iaitu puisi, cerpen dan kewartawanan. Empat penceramah diundang menjayakannya iaitu Ketua Satu IPS, Sukor Husin (Hasyuda Abadi) untuk penulisan puisi; Robby A (cerpen) serta Abdul Naddin Shaiddin dan Mohd Azrone Sarabatin (kewartawanan). Hasyuda adalah penerima Hadiah Sastera Malaysia kategori Puisi tahun penilaian 1984/85 serta pernah mewakili negara ke Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Indonesia pada 1997. Beliau juga pernah menjadi anak angkat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah bimbingan Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) pada 1987 dan berjaya menghasilkan antologi puisi berjudul Ah Sastera Sabah kategori cerpen tahun penilaian 1996/97. Selain itu, Robby A juga pernah... BERITA HARIAN, 25 OGOS 1999 MOHD. AZRONE SARABATIN
Sorotan Khas 16 ...jalan “berada dalam keadaan (yang) lebih selamat dan selesa” (Suraidah, 2023, Ogos 30). Sektor kesenian, pelancongan dan pertanian turut tidak ketinggalan daripada mendapat manfaat daripada penganjuran kembara ini. Ketika Raja Permaisuri Agong berkenan singgah di Pekan Nabalu, Tuaran misalnya, Baginda bukan sahaja berkenan merasai sendiri tarian Sumazau yang dipersembahkan oleh para penari tempatan, tetapi juga berkenan bertemu sendiri dengan para penjaja yang menjual buahbuahan, sayur-sayuran serta barangan kraftangan Sabah yang dijual di situ (Suraidah, 2023, September 6). Perkara tersebut sedikit sebanyak meningkatkan pendapatan keluarga-keluarga Sabah yang terlibat memasarkan produk mereka. Dari segi sosial, kembara tersebut menyumbang kepada meningkatnya rasa bangga dan cinta rakyat dan penduduk Malaysia di Sabah terhadap tanah airnya. Kembara tersebut memperlihatkan pentingnya Sabah sebagai pengasas bersama dan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, sekaligus mengukuhkan solidariti antara rakyat dan penduduk Sabah dengan rakyat dan... ...penduduk negeri-negeri lain di Malaysia. Kembara tersebut turut memberi peluang kepada rakyat dan penduduk tempatan serta pelancong untuk berinteraksi dengan Seri Paduka Baginda berdua dan Keluarga Diraja. Rata-rata rakyat dan penduduk Sabah, sama ada di daerah yang dilalui oleh kembara tersebut mahupun sebaliknya, tidak melepaskan peluang, tanpa mengira panas dan hujan, siang dan malam, meraikan keberangkatan dan berinteraksi sendiri dengan Seri Paduka Baginda berdua dan Keluarga Diraja (Izwaashura, 2023) di sepanjang ribuan kilometer perjalanan dari Tawau ke Sipitang. Terlalu banyak reaksi yang dilontarkan oleh rakyat dan penduduk Sabah kepada Seri Paduka Baginda berdua dan Keluarga Diraja, terutamanya isu kualiti jalan, bekalan air dan elektrik serta ketersediaan prasarana awam di sesuatu kawasan. Malah, warkah-warkah yang dipersembahkan dari Sabah ke hadapan majlis Yang di-Pertuan Agong juga menggambarkan betapa besarnya... > Bersambung di halaman 17 Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, alSultan Abdullah Riayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Keluarga Diraja ke Sabah pada 3 hingga 7 September 2023 merupakan peristiwa yang amat penting dan bersejarah bagi penduduk Sabah. Apa tidaknya, keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua dan Keluarga Diraja ke Sabah sempena Kembara Kenali Borneo yang julung-julung kali diadakan membawa pelbagai manfaat kepada negeri ini dari pelbagai segi, terutamanya ekonomi dan sosiobudaya. Dari segi ekonomi, keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua dan Keluarga Diraja telah menarik perhatian para peniaga. Beberapa buah sektor ekonomi telah mendapat manfaat daripada penganjuran kembara tersebut. Sektor pembangunan infrastruktur, sebagai penerima manfaat ekonomi yang utama daripada kembara tersebut, telah melaksanakan kerja-kerja membaiki dan menaik taraf jalan-jalan raya di seluruh negeri dengan rancak. Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya negeri, Datuk Shahelmey Yahya, memandang penting perkara tersebut bagi memastikan... MUHAMMAD ZUL HILMI MATALIH YANG DI-PERTUAN AGONG, al-Sultan Abdullah Riayatuddin al-Mustafa Billah Shah berkenan melambai warga Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan penduduk kawasan Sepanggar yang menjunjung keberangkatan Baginda di kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (Selatan), Sepanggar, Kota Kinabalu pada petang 6 September 2023. Kembara Kenali Borneo: Impak kepada Rakyat dan Penduduk Malaysia di Sabah
TENTANG PENULIS MUHAMMAD ZUL HILMI BIN MATALIH dilahirkan di Kota Kinabalu pada 24 Ogos 2004. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nangka, Tuaran, kohort 2021 ini merupakan pelajar program Teknologi Minyak dan Gas (Lukisan Perpaipan) di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) sejak bulan Ogos 2022. Beliau merupakan johan, Pertandingan ‘Sepanggar Membaca’ dan penerima, Anugerah Anak Merdeka (Individu, Lelaki) sempena Karnival Sambutan Bulan Kemerdekaan 2023 Peringkat ILPKK. Daulat Tuanku Pada Seri Paduka kami tumpahkan setia Sorotan Khas 17 < Bersambung dari halaman 16 ...harapan rakyat dan penduduk Malaysia di Sabah untuk merasai keselesaan hidup seperti yang dirasai oleh saudara-saudara sebangsa dan setanah air mereka di negeri-negeri lain. Kesempatan tersebut sudah setentunya membolehkan rakyat dan penduduk Malaysia di Sabah merasa lebih bersemangat untuk menjayakan sistem dan proses kenegaraan, mengukuhkan kedudukan Yang diPertuan Agong sebagai Raja Pemerintah di negeri-negeri yang tidak beraja seperti Sabah, dan memupuk kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kesempatan tersebut, malah, merupakan suatu panggilan kejutan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri Sabah agar memperbaiki mutu perkhidmatan kepada rakyat dan penduduk, terutamanya dari aspek menyediakan keperluan asas kehidupan seperti bekalan air, bekalan elektrik, rangkaian telekomunikasi serta kemudahan infrastruktur. Dari segi budaya, Kembara Kenali Borneo disertai dengan pelbagai acara yang mempromosikan kebudayaan tempatan. Ketika Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, Seri Paduka Baginda berdua disajikan dengan persembahan tarian Magunatip. Tidak setakat itu, Yang diPertuan Agong juga berkenan memakai Tupi’sinulatan (‘songkok’ pemuka bangsa Murut) dan turut serta dalam tarian Magunatip. Peristiwa tersebut dengan sendirinya menunjukkan penghormatan dan penghargaan yang mendalam daripada institusi Diraja yang dibarisi oleh Raja-Raja Melayu terhadap budaya dan adat istiadat tempatan Sabah. Secara keseluruhan, Kembara Kenali Borneo merupakan suatu peristiwa yang amat bermakna, yang membawa pelbagai manfaat kepada rakyat dan penduduk Sabah dari pelbagai segi. Melangkaui hakikat tersebut, Kembara Kenali Borneo juga menggambarkan suatu pengiktirafan yang amat penting oleh institusi Raja-raja Melayu terhadap kedudukan Sabah sebagai pengasas bersama dan anggota kepada Persekutuan Malaysia yang sentiasa memerlukan kepada pembangunan yang lestari dan pengagihan kekayaan negara yang adil lagi saksama. PEMBANTU kepada Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Mohd. Akmal Ruhin (kanan) bersama beberapa orang pelajar Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) mengangkat gegantung “Daulat Tuanku” yang dikeluarkan oleh IPS sebagai menjunjung keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua di sepanjang Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu. WARGA ILPKK turut mengangkat gegantung “Daulat Tuanku” yang dikeluarkan oleh ILPKK sebagai menjunjung keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua di sepanjang Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu.
Sorotan Khas 18 Pelabuhan Sepanggar, contohnya, merupakan salah satu pelabuhan terpenting di Malaysia yang menghubungkan negara ini dengan pelbagai destinasi di seluruh dunia. Namun, bagaimanakah hubungan antara Sepanggar sebagai pusat kemaritiman dengan pantun? Pantun, sebuah bentuk puisi tradisional Melayu, sering kali mengambil inspirasi dari alam sekeliling, termasuk laut dan kehidupan maritim. Dengan Sepanggar sebagai pusat kemaritiman, potensi untuk menghidupkan kembali pantun yang berunsur maritim adalah sangat tinggi. Pantun-pantun ini bukan sahaja mempromosi keindahan alam, tetapi juga memperkaya pemahaman kita terhadap kehidupan di laut. Sepanggar di Lapangan Pendidikan dan Perindustrian Dengan kehadiran pelbagai institusi pendidikan di Sepanggar seperti Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA Kampus Kota Kinabalu, Politeknik Kota Kinabalu, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, peluang untuk memperkenalkan dan menghidupkan kembali pantun... ...sebagai bentuk pengajaran dan pembelajaran sentiasa dan semakin terbuka. Melalui pendekatan ini, generasi muda dapat diperkenalkan dengan warisan budaya yang kaya raya, sambil memahami kepentingan memelihara warisan tersebut. Sepanggar juga dikenali sebagai pusat perindustrian yang membangun. Pelbagai sektor perindustrian telah hadir di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), bukan sahaja untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, tetapi juga untuk menggalakkan pertukaran dan penggabungjalinan budaya tempatan dan antarabangsa. Kehadiran pelbagai sektor perindustrian di KKIP seperti sektor pemakanan, pembinaan dan tenaga, boleh dimanfaatkan untuk mempromosi pantun sebagai produk budaya yang dapat dieksport ke luar negara, baik melalui penerbitan buku, pembuatan cenderamata, mahupun pelaksanaan acara-acara budaya yang menonjolkan pantun. > Bersambung di halaman 19 Sepanggar merupakan sebuah nama yang sering kali terdengar di telinga kita, rakyat dan penduduk Malaysia, terutamanya di Sabah. Apa tidaknya, Sepanggar merupakan sebahagian daripada Bandar Raya Kota Kinabalu, ibu kota negeri Sabah. Sebagai yang demikian, Sepanggar juga merupakan salah satu kawasan Parlimen yang terdapat di Bandar Raya Kota Kinabalu selain Kota Kinabalu itu sendiri. Namun begitu, adakah kita benar-benar memahami keunikan dan potensi yang tersirat di sebalik nama besar ini? Apa pun jawapannya, Sepanggar secara realitinya bukanlah semata-mata sebuah kawasan yang strategik bagi sektor kemaritiman, pendidikan, dan perindustrian, tetapi juga memiliki potensi yang besar untuk menjadi pusat mempromosikan pantun sebagai warisan dunia dalam kategori budaya tidak ketara. Sepanggar: Pusat Kemaritiman yang Berkembang Pesat Sebagai salah satu kawasan yang dikenali sebagai pusat kemaritiman, Sepanggar telah menunjukkan perkembangan yang luar biasa dalam sektor maritim dan perkapalan. AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Apa ertinya di Singapura, Maju wawasan di marcapada, Apa lambangnya Bumiputera, Pantun warisan di mayapada. Bersama Perkasakan Kemaritiman, Pendidikan dan Perindustrian Sepanggar dengan Pantun Warisan
Sorotan Khas 19 < Bersambung dari halaman 18 Sepanggar di Lapangan Pendidikan dan Perindustrian Dengan kehadiran pelbagai institusi pendidikan di Sepanggar seperti Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA Kampus Kota Kinabalu, Politeknik Kota Kinabalu, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, peluang untuk memperkenalkan dan menghidupkan kembali pantun sebagai bentuk pengajaran dan pembelajaran sentiasa dan semakin terbuka. Melalui pendekatan ini, generasi muda dapat diperkenalkan dengan warisan budaya yang kaya raya, sambil memahami kepentingan memelihara warisan tersebut. Sepanggar juga dikenali sebagai pusat perindustrian yang membangun. Pelbagai sektor perindustrian telah hadir di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), bukan sahaja untuk membuka peluang pekerjaan... ...kepada penduduk tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, tetapi juga untuk menggalakkan pertukaran dan penggabungjalinan budaya tempatan dan antarabangsa. Kehadiran pelbagai sektor perindustrian di KKIP seperti sektor pemakanan, pembinaan dan tenaga, boleh dimanfaatkan untuk mempromosi pantun sebagai produk budaya yang dapat dieksport ke luar negara, baik melalui penerbitan buku, pembuatan cenderamata, mahupun pelaksanaan acara-acara budaya yang menonjolkan pantun. Pantun: Warisan Dunia Kategori Budaya Tidak Ketara Sepanggar sedang menyaksikan sangat besarnya peluang untuk mempromosi pantun sebagai warisan dunia dalam kategori budaya tidak ketara. Melalui inisiatif yang tepat dan sinergi pelbagai organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang hebat, Sepanggar boleh menjadi model bagaimana sebuah kawasan... ...dapat memanfaatkan potensinya dalam sektor maritim, pendidikan, dan perindustrian untuk mempromosi warisan budaya seperti pantun. Realitinya, Sepanggar, sebagai bahagian penting kepada keberhasilan gagasan Malaysia Madani dan hala tuju Sabah Maju Jaya, mempunyai potensi yang belum tergali sepenuhnya dalam mempromosi pantun sebagai warisan budaya. Dengan keunikan dan keberadaannya sebagai pusat kemaritiman, pendidikan, dan perindustrian, Sepanggar dapat menjadi contoh bagaimana sebuah kawasan dapat menggabungkan unsur-unsur moden dengan warisan tradisional untuk mencipta suatu sinergi yang bermanfaat bagi semua. Mari ke pagar memetik zaitun, Makan terasi di pekan Gurun; Mari Sepanggar kita berpantun, Hidup tradisi turun-temurun. Inisiatif 'Sepanggar Berpantun' telah difikirkan ketika pendiri Balai Pantun Singapura, Karmin Abbas, memperkenalkan aplikasi 'AI Pantun' kepada kepimpinan utama Ikatan Penulis Sabah (IPS) pada pertengahan bulan Jun 2023 yang lalu. Beliau ketika itu mengadakan lawatan sosial ke Kota Kinabalu bersama keluarga. Walaupun begitu, inisiatif tersebut belum bermula. Kepimpinan utama IPS bersepakat untuk cuba menggerakkan pantun di Sabah di bawah pergerakan Pantun Warisan Sabah. Inisiatif 'Sepanggar Berpantun' diilhamkan setelah terdapat keperluan perlunya Sepanggar, sebagai kawasan yang mengehoskan IPS, untuk mendapat jenama daripada kegiatan bahasa, sastera dan budaya Melayu dan etnik tempatan Sabah yang diceburinya sejak tahun 1990. Pengarah, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK); Pendiri, Balai Pantun Singapura; dan Ketua Satu IPS bersetuju untuk memulakan inisiatif 'Sepanggar Berpantun' seawal bulan Julai 2023. Sejak inisiatif 'Sepanggar Berpantun' dimulakan, ramai staf dan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) telah mendapat manfaatnya, baik dalam aspek penulisan pantun mahupun pemurnian pantun. Inisiatif 'Sepanggar Berpantun' diperluaskan ke institusi pendidikan di kawasan Parlimen Sepanggar pada awal bulan September 2023. Tiga buah sekolah menengah di kawasan Parlimen Sepanggar telah mendapat manfaat daripada proses pembinaan, penambahbaikan dan pengindahan pantun warisan. Penggagasan Permulaan Perantisan Peluasan 1 2 3 4 TENTANG PENULIS AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN lahir pada 13 Jun 1994 di Kota Kinabalu. Pensyarah Pendidikan Islam dan Pegawai Pengurusan di Bahagian Kawalan Kualiti Latihan, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu ini mula menulis seawal tahun 2009 dan menganggotai IPS seawal tahun 2011. Beliau terpilih sebagai Ketua Satu IPS yang keempat pada 6 Februari 2022. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, tahun 2018 dan Universiti Malaysia Sabah, tahun 2022 serta enulis empat buah buku pelbagai genre, dengan yang terbaru ialah buku kumpulan puisi remaja ‘Gedung Kesaksian’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2023 ini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kesusasteraan di Universiti Malaysia Sarawak sejak bulan Julai 2023.
Papan Karya 20 ISEKAI Muhammad Farhan Firdaus Nordin Selamat datang ke 'isekai', destinasi persinggahan penentuan balasan Apa engkau fikir akan bertemu dengan nikmat dunia yang belum puas kau jamah? Imaginasimu yang sesat membayangkan dunia zaman pertengahan Apakah nafsumu itu gagal kau belenggu dengan amalan dan pengharapan keredaan-Nya? Apa engkau fikir akan bertemu dengan wanita-wanita yang mencintaimu kerana nafsu? atau apa engkau fikir bakal kau kuasai ilmu sihir yang penuh nista dan dusta? Isekaimu dan isekaiku akan bertemu sepasang malaikat penyiasat penyoal Isekai yang dikepung tanah, lendir dan cacing Apa kau fikir engkau akan tinggal di istana yang megah layaknya raja sedangkan Raja Segala Raja akan menghisabmu secara adil Isekai yang mana akan kita tuju sedang Yang Maha Mengetahui tahu apa yang kau pilih dan tingkap mana yang akan dibuka? Tingkap syurga atau neraka? Isekai impianmu yang mana? Apa kau masih lalai dengan candaan mereka yang membayangkan isekai sesuka hati mereka? Biar, kita berharap agar isekaiku dan isekaimu ialah tingkap menuju ke syurga dikelilingi amalan dan kebaikan yang ikhlas kerana-Nya penuh keredhaan dan rahmat-Nya jauh sekali tingkap neraka yang panas bahangnya menjadikan panas api isekaimu yang celaru itu amatlah kerdil Biar, kita menjadi hamba-Nya yang taat, teguh dan mulia yang semoga membawa ke syurga yang tak terbayang keindahan rapi, aman lagi tenang Selamat berkenalan dengan 'isekai' yang sebenar nama penuhnya 'alam barzakh' terserah padamu pilihlah pengakhiran yang kau mahu SUNGGUH Muhammad Farhan Firdaus Nordin Sungguh, dunia ini suka menyimpan dendam Kita suka menadah air darah menitik dari lubang bocornya api kemarahan merah merona yang tidak pudar gelap pekat mengandung dendam yang bernafas meniup bisikan sesat Api perang itu menyala membakar hati dan jiwa rentunglah hakikat kemanusiaan di sudut genting kehidupan Nyawa hilang akan nilai tara Nyawa itu nilainya emas dan perak Mudah sahaja para bebal bodoh itu menghambur noda mencurah semangat pembakar jiwa perjuangan sang kebaikan melawan sang kebaikan atas nama sang kezaliman Kita suka menegakkan benang yang basah menuntut hak yang tidak wujud mencipta tanggungjawab untuk menghalalkan darah deklarasi keagungan bangsa kononya kitalah bangsa pilihan Tuhan bangsa lain itu bangsa yang hina? Mengapa kita terus tenggelam dalam proksi ciptaan akal berprosa menghurai wacana berhijabkan ilmiah yang dilitupi penipuan menuntut kesedaran palsu dari jiwa menyelubungi hakikat sebenar kemanusiaan Kita gagal memilih pemimpin yang mampu menjadi umara’ jujur marhaen terus membutakan mata memekakkan telinga sang penggubal dasar terus memercikkan air liur hujah ke dalam kuali dewan dipenuhi minyak debat yang mendidih memujuk ahli dewan untuk melompat dan bersorak menjadi monyet tunggangan si penguasa belakang tabir terus menjarah rakyat demi maruah diri Adakah mereka dan kita sedar akan musuh dalam selimut? musuh yang meniup lembut api kepalsuan dan serangan pemikiran? musuh yang meratap rana saat kita teguh berpesta ria saat kita berbalah? atau musuh itu perlahan-lahan menarik selimut perlahan lahan membiarkan kita menggigil kesejukan akhirnya mati dalam kebekuan minda dan api dendam? Sungguh dunia ini suka menyimpan dendam kita suka menadah air darah lalu mengucapkan selamat tinggal kepada syurga akhirat (Dan aku hanyalah si miskin yang menumpang di pelabuhan dunia Mata ini menjadi saksi perubahan demi perubahan sedang aku masih lagi duduk di sudut itu dan mengemis kebenaran!) MAHALLAH SIDDIQ Muhammad Farhan Firdaus Nordin Rimbun pohon, damai suasana indah halaman, lembut bayu meniup bertema biru lembut, berlatar hijau bukit Kadang, terang petir menyambar di kala hujan turun mencurah Kadang, panas terus membahang dikala matahari tegak di atas Sungguh, tuntutan amanah terus dijulang, walau cabaran membantai bagai badai Nostalgia membawaku ke masa lalu saat tangis tawaku, senyum dan gembiraku Siddiq, kebenaran terus teguh tertegak Moga penghuninya terus dilindungi-Nya MAHALLAH FARUQ Muhammad Farhan Firdaus Nordin Terang benderang Jingga menyilau Kekal gemilang Tegap dan gagah Tegas walau dicela Teguh walau dicakar Al-Faruq pembeza Warganya perkasa Lantang bersuara Hikmah di dada Berjuang kerana-Nya Takut hanya kepada-Nya TENTANG PENULIS MUHAMMAD FARHAN FIRDAUS BIN NORDIN dilahirkan di Beaufort pada 23 Jun 2001. Pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH), Kota Kinabalu dan Tuaran, 2014- 2018 ini sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ahli, Ikatan Penulis Sabah (IPS) sejak 9 Jun 2023 ini menulis sejak berada di sekolah menengah.
Papan Karya 21 PUISI-PUISI YANG MEMENANGI SAYEMBARA ‘PUISI ADALAH...’
Ruang Musyawarah 22 ...meletakkan fikiran, hala tuju dan harapan berada pada satu tahap dan tempat yang hebat. Memperkasakan fikiran melalui ilmu. Memperkasakan hala tuju menerusi ilmu dan pencapaiannya. Memperkasa pencapaian tanpa berhenti untuk berusaha berlipat kali ganda. Memperhebatkan lagi sumber, sasaran, hasil sebagai pencapaian yang bernas, diungguli, diagungi, diberikan landasan terbaik seterusnya menjadi bukti maksud perkasa itu sebenarnya. Kita mahukan sebuah karya sastera yang bertaraf antarabangsa misalnya, sudah tentu usaha berganda kita ialah menulis isu yang sesuai dengan dunia antarabangsa. Kita harus menerapkan citra yang baharu, bentuk karya yang terkini, mengantarabangsakan sasaran khalayak, kualiti buku yang menarik dan sebagainya. Apabila kita mahukan nilai antarabangsa, corak bekerja juga harus relevan dengan kemahuan kita iaitu bagaimana memperkasakan nilai itu selari dengan kemampuan kita. Tidak cukup sekiranya ia diperkasakan berdasarkan kemahuan atau keinginan besar yang terpaksa bergelut dengan pelbagai kerenah. Apabila kita memiliki impian besar ini tidak cukup hanya... menjenamakannya dengan menempatkan nama-nama besar yang sebenarnya tidaklah seperti yang digambarkan hanya kerana nama-nama itu kebetulan besar pada hal ia juga diperkasakan oleh individu di tempatnya. Kerana itu, andainya kita mahu pengkarya kita hebat di peringkat kita, kita boleh meletakkan kewibawaannya mengikut sukatan yang lebih hebat. Kita patut membesarkan diri kita sebenarnya dalam erti kata yang paling maksimum kerana kita mempunyai mereka, kita mempunyai bahan yang mereka hasilkan, kita mempunyai pemikiran yang besar. Mengapa berasa malu untuk mengatakan bahawa novelis tempatan kita sebenarnya lebih bagus daripada pengkarya daripada luar. Mengapa harus membuang wang ringgit semata-mata ingin menghargai wira sastera yang sedemikian. Tiada salahnya juga, hanya kita yang harus bijak membuat pilihan. Nah, usaha kita selepas ini tentulah pemerkasaan sasterawan kita. Namun sekiranya kita masih lagi bersemangat besar membawa ke dalam negeri kita nama-nama besar sasterawan sematamata menganggap kebesarannya atau... > Bersambung di halaman 23 'MEMPERKASAKAN' bermaksud menjadikan hebat, unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya. Manakala 'memperkakaskan' mengikut Kamus Dewan (Edisi 4) menjelaskan salah satu pengertiannya sebagai orang yang bekerja untuk orang lain, alat atau ejen. Kita sering mendengar dan malah membicarakan perihal perkasa atau memperkasakan sesuatu untuk melihat sesuatu itu lebih baik, lebih hebat, lebih kuat dan sebagainya. Daripada segi motivasi kata ini merupakan suatu sumbang saran ke arah keberkesanan sesuatu urusan. Ia juga boleh dikaitkan sebagai mekanisme kebangkitan atau hijrah daripada yang sedia ada kepada keunggulan yang baharu, luar biasa dan sebagainya. Tentu sahaja tiada sesiapapun yang mahukan kehidupannya sentiasa dalam situasi yang sama, mendatar dan membosankan. Begitu juga apabila kita memberi maksud kepada hal-hal yang lebih besar dalam organisasi misalnya, tiada kata yang lebih dinamik, segar dan malah sedap didengar selain kata perkasa, memperkasa, diperkasa dan seterusnya. Nilai motivasi daripada istilah ini sungguh tinggi. Keinginan untuk menterjemah nilai maknanya akan... Memperkasa atau Memperkakas Sastera HASYUDA ABADI
TENTANG PENULIS HASYUDA ABADI lahir pada 1 Oktober 1960 di Beaufort, Sabah. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Beaufort sebelum merantau ke bandar raya Kota Kinabalu. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebagai kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah pada tahun 1979 dan, enam tahun kemudian, sebagai kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sehingga bersara pada tahun 2015. Beliau kini mengusahakan Rumah Ngaji Baitul Muqaddam dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi di Sepanggar, Kota Kinabalu. Sebelum dimasyhurkan sebagai Sasterawan Negeri Sabah ke-3, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Seni Sastera Islam Sabah pada Oktober 2022. Ruang Musyawarah 23 ...berjuang untuk menenggelamkan yang lain dengan caranya tanpa disedari. Ada yang mahu menjatuhkan yang lain melalui kelompok yang dianggap sederhana. Sebagai seniman, kita harus mempunyai idealisme atau prinsip yang kukuh, tidak mudah goyah oleh kehendak pihak-pihak yang telah tewas dalam perjuangannya. Sebagai seniman, kita sepatutnya meletakkan harga diri sebagai perkara utama. Barulah kita berasa berbangga apabila berkata inilah perjuangan kita, inilah landasan agung kita untuk memartabatkan sastera bangsa kita... ...sehingga orang lain merasainya. Merasai dalam konteks penghayatan dan penghargaan yang luhur dan jujur. Tidak ada jalan akhir untuk berjaya. Tidak juga ada jalan penutup untuk terus memperkasakan kewibawaan kita dalam apa juga landas perjuangan. Begitu kita berjuang dengan nawaitu yang luhur, insyaallah, budi dan bakti akan tetap diperhatikan meski bukan oleh generasi kini tetapi akan diperkatakan pada satu masa yang sesuai di hari kemudian. Mereka akan menentukan siapakah kita ketika itu. < Bersambung dari halaman 22 ...keluarbiasaanya atau kepopularannya, kita patut terus bermuhasabah, setakat mana usaha pemerkasaan itu telah berlangsung. Mungkin segelintir kita tidak dapat mengelak daripada terjebak sebagai alat atau perkakas kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Demi kelangsungan kehidupan, kita mungkin berhadapan dengan keperluan itu. Sepatutnya sebagai seniman, kita perlu mengelakkan diri daripada kerenah orang-orang yang hanya tahu bakat dan pencapaian seorang seniman. Ada segelintir seniman yang...
Salinan lembut majalah ini direka dan dicetak di Malaysia oleh IKATAN PENULIS SABAH ENTERPRISE (TRN/2022/7104) Kampung Lok Batik, Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah ن fcY ک7 =Y{ق 7 ک 7 ک او:f ق- ÙY fcY 0 fcY fcY رc0{و اY¼ Í: = fcYÇ Ù دا YcÞ وا f ري ÙY ٢مد} c رومÞ -٢Ý0ا` Ç ÞاY7 دø دا : =: ا: ̧Ý Ýc ¸ ÝYcY 7 دا ر :Ù Y¸ تz 0ا 7 ک7 fcY 7 ک او:f ق- :}ا، 3 اوس 2023