Sebuah majalah terbitan IKATAN PENULIS SABAH Edisi 1/2024 eISSN 2976-2979
Dari Meja Pimpinan 2 Sorotan Khas > Berterima kasih kepada Ustaz Naim, guru yang membina Ketua Satu IPS - Awang Abdul Muizz 17 Awang Marusin 18 Ruang Musyawarah 23> Catatan Kecil Meningkatkan Imej IPS - Hasyuda Abadi KhabarIkatan > Kawasan Parlimen Sepanggar berpotensi dijadikan hab bahasa, sastera dan budaya di Sabah > DBP dan IPS komited mengekalkan, menambahbaik hubungan yang terjalin sejak 1990 > Mustapha: Tangani empat isu di Sepanggar > 18,000 liter air minuman dihantar ke kolej kediaman UMS > Penulis Sabah dan Labuan menyeru pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP untuk menambahbaik hubungan > ‘Tekad Perpaduan’ cerminan jiwa Malaysia dan Sabah 4 Kandungan MAJLIS PENASIHAT Pengerusi HJ. SUKOR HJ. USIN _____________________________________ MAJLIS TERTINGGI Ketua Satu AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Ketua Dua FAUZIAH HJ. MOKSIN Setiausaha Satu MUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD. SARIZAM Bendahari ROSLAN SOHASTO Ketua Penerangan JAIDIN ZAINEH Setiausaha Dua AFIQ FIKRI MOHD. NIZAM Penolong Bendahari SYAHFIERAH HJ. SUKOR Ahli HJ. GAZALI HJ. SUHAILI IRDEENA IZWIN SAPLEH JUNAIDAH PARUDIN DR. MARLENNY DEENERWAN MELOR HJ. HUSSIN MONSU GODON MUHAMMAD FARHAN FIRDAUS NORDIN NAZIFATUNNISA HJ. SALIM ROSNAH RADIN RUHANA VENEL NATASHA NASIR HJH. SAHARA JAIS SITI RAHFIZAH MIHALDIN WARMAN WAGIMAN Juruaudit Dalaman DANIEL SHAFIE TANJIWAN DINIE LIOW CHUN KONG ______________________________________ LEMBAGA DISIPLIN Pengerusi LALIMAN HJ. AHMAD _____________________________________ SIDANG REDAKSI MAJALAH Ketua AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Anggota AFIQ FIKRI MOHD. NIZAM JAIDIN ZAINEH JUNAIDAH PARUDIN HJH. SAHARA JAIS ______________________________________ © Ikatan Penulis Sabah, 2023-2024 Hak Cipta Terpelihara. Pengeluaran ulang mana- mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain hendaklah mendapat izin bertulis daripada Penerbit. Maklum bahawa semua penulisan yang disiarkan di majalah ini tidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian Penerbit. IKATAN PENULIS SABAH (PPM-005-12-24031992) Rumah Puisi Hasyuda Abadi Kampung Gudon, Manggatal 88450 Kota Kinabalu, Sabah E-mel: [email protected] -------------------------------------------------------- KOMPOSISI ialah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah secara berkala, lima kali setahun. Kutubkhanah 14 > 6 September 2002 - Sekitar Pemikiran Pak Shuhaibun Yussuf Ikatan Penulis Sabah (IPS) telah banyak berubah sepanjang lebih kurang dua tahun kebelakangan. Sebelum ini, IPS itu sendiri sentiasa bersifat dinamik dan, oleh itu, sentiasa terbukadenganperubahan yangberlakudi hadapan. IPS tetap saja mengakar umbi di tanah air kita ini. Tetapi, IPS sentiasa dipandu oleh prinsip istiqamah dan wasatiyyah yang membolehkannya mencapai impak yang tinggi dengan kaedahnyayangtersendiri. IPS telah membuktikannya dengan banyak cara. Hanya saja saya tidak dapat menceritakan semuanya. Sebabnya, IPS– hattadiri sayasendiri–telahmenghadapi cabaran yang tidak kurang besarnya selama beberapa waktu yang telah meninggalkan kita. Yang lebih penting kepada IPS ialah untuk tetap bergerak ke depan sahaja, menjadi penyelesai dan pemudah cara kepada masalah yang masih melanda bangsa dan negara kita, dan sahabat kepada ramai yang masih dan akan bergerakdengan langkahdan jalan yangsamadengan kita. Saya tidak janji untuk menjadi yang pertama dan utama dalam kalangan ramai yang masih ada; ada yang tidak dapat menerimanya. Tetapi, saya boleh jamin, dengan menjadi satu dan semua, banyak lagi yang boleh kita capai bersama-sama…sesuai dengan kedudukan IPS yang sedang danakan selalubaik-baik sajaditanganparapengelolanya. Membuka penggal baharu IPS AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah Papan Karya > Nazhan dan Puteri Bimasaga yang Hilang Ingatan - Muhammad Ihsan Nazehan > Kembali di Raudah Hakiki - Norjannah MA > Hujan Api Tanah Berdarah - Mellyaeshak > Hilangnya Suara Ibu - Siti Senia Mohamed > Ikatan itu Amanah - MK Anuar > Memetik Kesepian - Justi Amban > Pisau yang Tak Pernah Tidur - Ade Patriot > Datang dan Pergi - Sharil Kasak > Hati November - Aida Nor Jumilah Abdullah > Puisi Adalah Seperti Laut dan Musim yang Panjang - ZahariAkil > Hari-hari yang Sepi - Lt. Kol. Dr. Mohd. Fadzly Hj. Miswan > Esok Pun BelumTentu - J.R.Jel > SuratWatan untukAnak Palestina -Abd.AzizAli
Peraduan ini terbuka kepada semua penulis yang berumur 18 tahun ke atas dan berasal dari negara rantau Asia Tenggara, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Setiap penyertaan hendaklah terdiri daripada manuskrip minimum 50 buah puisi dengan syarat seperti di bawah: Panjang, tema dan bentuk puisi bebas. Bahasa utama setiap puisi mestilah dalam Bahasa Melayu. Penggunaan kosa kata bahasa etnik dibenarkan, tetapi mesti disertai dengan glosari. Setiap penyertaan wajib diberikan judul. Seorang peserta bebas menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap puisi hanya layak dimuatkan dalam sebuah manuskrip sahaja. Setiap penyertaan perlu dihantar menggunakan fail perisian Microsoft Word (.doc atau .docx). Kesemua puisi perlu dikumpulkan dalam satu fail; dengan maksud, dalam satu fail, perlu ada minimum 50 buah puisi. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan perakuan secara bertulis bahawa karya-karya penulis merupakan karya asli penulis. Secara tegas dinyatakan bahawa tiada tolak ansurterhadap karya plagiat. Keputusan peraduan ini merupakan hak mutlak Panitia Penyelenggara. Panitia Penyelenggara berhak mengubah, membatalkan atau menarik balik sebarang penyertaan atau kemenangan yang tidak menepati syarat atau keperluan. Panitia Penyelenggara berhak mengubah sebarang syarat Hadiah Puisi K. Bali mengikut kesesuaian dan keperluan dari semasa ke semasa. Penulis diminta menyertakan dalam hantaran penyertaan, maklumat peribadi yang berikut: Nama penuh (dalam huruf BESAR). Nama pena (jika ada; jika tiada, abaikan). Nombor kad pengenalan atau pasport. Penulis Malaysia wajib menyatakan nombor MyKad. Nombor telefon (yang boleh dihubungi melalui aplikasi WhatsApp). Alamat surat-menyurat. Manuskrip puisi berserta maklumat peribadi hendaklah dihantar kepada [email protected] sebelum atau pada jam 11.59 malam waktu Malaysia (GMT+8), 31 Mac 2024. Pertanyaan lanjut mengenai peraduan ini boleh disalurkan ke aplikasi WhatsApp melalui nombor telefon +60169664961. KOMPOSISI 3 Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengambil inisiatif memperkasakan khazanah sastera melalui penulisan puisi yang bermutu tinggi menerusi penganjuran peraduan yang dijenamakan sebagai HADIAH PUISI K. BALI. Hadiah penulisan ini mengambil nama sasterawan tersohor yang memberikan banyak sumbangan kepada perkembangan sastera di Sabah, iaitu Allahyarham K. Bali. Inisiatif ini merupakan sebahagian sasaran besar projek Puisi Adalah... di samping memperbanyak penerbitan buku-buku sastera di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya. terma dan syarat peraduan penilaian Semua karya yang diterima oleh Panitia Penyelenggara akan dinilai oleh sebuah Panel Penilai yang terdiri daripada mereka yang profesional dalam bidang masingmasing. Karya yang berjaya melepasi saringan berpeluang meraih hadiah. PENERBITAN Karya pemenang berpeluang untuk diterbitkan di bawah label IPS. Panitia Penyelenggara berhak menyunting, menyarankan penyuntingan, atau membuat sebarang pengubahsuaian yang dirasakan perlu dan sesuai bagi tujuan menjaga kualiti karya. HADIAH UTAMA RM 1,000 H A D I A H P E N G H A R G A A N R M 5 0 0 U N T U K T I G A O R A N G P E N E R I M A
4 Khabar Ikatan KOTA KINABALU, 13 Januari 2024 (Berita RTM Sabah): Kawasan Parlimen Sepanggar berpotensi menjadi hab bahasa, sastera dan budaya. Ahli Parlimennya, Datuk Mustapha Sakmud, yakin usaha itu mampu direalisasikan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi serta institusi pendidikan tinggi (IPT) di kawasan itu seperti Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah dan Politeknik Kota Kinabalu, selain institusi kemahiran dan pembangunan masyarakat yang sedia ada. Sehubungan dengan itu, Datuk Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi menyarankan agar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Ikatan Penulis Sabah bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Sepanggar bagi mewujudkan hab tersebut. Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan IPS 2024 di DBP Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengerusi, Pembangunan Sumber Manusia Berhad yang juga Pengarah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar, Ahsim Jamat. Dalam pada itu, Datuk Mustapha mahu pelajar IPT dan institusi latihan kemahiran (ILK) memanfaatkan perkembangan teknologi masa kini untuk meningkatkan ...penguasaan bahasa dan sastera menerusi pembacaan serta kajian terhadap sumber-sumber sahih. Majlis ini menyaksikan pelancaran inisiatif "Sepanggar Membaca" dan inisiatif "Sepanggar Berpantun". Turut dilancarkan ialah tiga daripada tujuh buah buku pelbagai genre yang dihasilkan oleh 82 orang penulis tempatan Sabah sepanjang tahun 2023. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datuk Jasni Matlani, Rektor UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr. Ruzita Mohammed, Pengarah, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Sudirman Hammade, Presiden Persatuan Sastera dan Budaya Sabah, Dr. Norawi Hj. Kata, dan Pegawai Penyelidik Sosial, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Nazihiyah Asli. SAHIRA SAMAIN Wartawan Berita Radio Televisyen Malaysia, Sabah Kawasan Parlimen Sepanggar berpotensi dijadikan hab bahasa, sastera dan budaya di Sabah TIMBALAN PENGERUSI Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Ahsim Jamat (barisan hadapan, tengah) berdiri bersama-sama para hadirin di penghujung bahagian pertama, Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan PenulisSabah (IPS)2024. HADIRIN bergambar kenangan selepas selesai bahagian pertama, Mesyuarat Agung Tahunan IPS 2024. HADIRIN bergambar kenangan selepas selesai bahagian kedua, Mesyuarat Agung Tahunan IPS 2024. Ketua Satu dan Ketua Dua IPS penggal 2022-2024 telah diputuskan terus menyandang pada penggal yang berakhir pada 13 Januari 2026.
5 KOMPOSISI diucapkan kepada semua ahli Ikatan Penulis Sabah atas pencapaian dan pengiktirafan yang telah masing-masing raih sepanjang tahun 2023, terutamanya: AFIQ FIKRI BIN MOHD. NIZAM (Zamafiq), Johan (Tingkatan Enam), Pertandingan Deklamasi Sajak, Karnival Bahasa KPM-SPRM Peringkat Kebangsaan 2023 AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN, Penulis Tempatan Pilihan Bulan Disember 2023, Perpustakaan Negeri Sabah JUILIS MOKUJAL, Penerima, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah DR. MARLENNY BINTI DEENERWAN (Lenny Erwan), Penulis Tempatan Pilihan Bulan November 2023, Perpustakaan Negeri Sabah MOHAMMAD HILMI BIN ISMAIL (Mohilis), Pemenang Tempat Ketiga, Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah 2023 DR. NORAWI BIN HJ. KATA, Bintang Setia Kinabalu RUHANA @ VENEL NATASHA NASIR, Hadiah Saguhati (Cerpen Dewasa), Sayembara Penulisan Naratif Malaysiaku 2023 SERINA OLIVIA CHONG, Pemenang Utama, Anugerah Akhbar Kinabalu 2023 (Laporan Perniagaan dan Ekonomi) SUKARE BIN SAIFUDIN (Shukri Pengiran Saifuddin), Bintang Kinabalu
Khabar Ikatan 6 DBP dan IPS komited mengekalkan, menambahbaik hubungan yang terjalin sejak 1990 Perkara tersebut, menurutnya, terbukti apabila IPS berjaya menerbitkan tujuh buah buku, dengan tiga daripadanya ditulis oleh 64 orang penulis muda dari tiga buah sekolah menengah di Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort. Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut, Aminah memotivasikan IPS untuk terus turun ke sekolah-sekolah, membina bakat bahasa dan sastera yang seterusnya dari kalangan remaja. Malah, beliau mencadangkan agar setiap pertubuhan yang bernaung bawah DBP Cawangan Sabah bergerak dengan fungsi dan bidang kebitaraannya yang tersendiri untuk memudahkan DBP Cawangan Sabah membuat penyelarasan terhadap kegiatankegiatan bahasa, sastera dan budaya yang melibatkan kerjasama strategik. Awang Abdul Muizz, dalam pada itu, mengucapkan terima kasih kepada DBP, khususnya Cawangan Sabah, atas kerjasama yang sangat baik yang telah dijalinkan dengan IPS sejak tahun 1990. Beliau berharap agar banyak lagi perkara yang dapat diselesaikan dan dipermudah, bukan sahaja antara DBP dan IPS, tetapi juga dengan persatuan-persatuan yang bernaung bawah DBP. Perkara ini penting menurutnya demi kelangsungan industri bahasa, sastera dan budaya kebangsaan di Sabah. Beliau menyatakan komitmen atas nama diri beliau dan pengganti beliau untuk menghadiri sesi libat urus dengan Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari, yang dijangka akan diadakan pada tahun ini juga. Pertemuan tersebut turut disertai oleh Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi, Timbalan-timbalan Pengarah DBP Cawangan Sabah, Jennitah Noordin dan Julianah Kuli, Ketua Dua IPS, Fauziah Hj. Moksin dan wakil-wakil daripada DBP Cawangan Sabah dan IPS. IPS merupakan persatuan pertama yang mengunjungi DBP Sabah pada tahun 2024. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS KOTA KINABALU, 3 Januari 2024: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dan Ikatan Penulis Sabah (IPS) bersepakat untuk mengekalkan dan menambahbaik hubungan yang sudah sedia terjalin sejak tahun 1990. Komitmen tersebut disampaikan oleh Pengarah DBP Cawangan Sabah, Aminah Awang Basar dan Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin dalam kunjungan IPS ke Kompleks DBP Cawangan Sabah di Likas, Kota Kinabalu pada petang Rabu. Aminah, dalam pertemuan dengan IPS, mengapresiasi persepakatan tersebut mengingat kepada banyaknya persamaan yang terdapat pada DBP dan IPS sehingga keduadua belah pihak mampu memberikan kerjasama yang baik selama ini. Beliau juga memuji IPS kerana telah menjadi rakan kerjasama yang sangat baik kepada DBP sehingga inisiatifinisiatif yang telah diambil oleh IPS sesungguhnya telah memberi kemudahan kepada sebilangan fungsi dan tanggungjawab DBP memartabatkan bahasa kebangsaan dan sasteranya di Sabah. PENGARAH Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Aminah Awang Basar (tengah) bergambar dengan wakil-wakil DBP Cawangan Sabah dan IPS yang bertemu di Kota Kinabalu pada petang Rabu.
7 Khabar Ikatan Mustapha: Tangani empat isu di Sepanggar KOTA KINABALU, 30 Disember 2023 (Berita RTM Sabah): Sepanggar akan memastikan usaha mengurangkan empat masalah kritikal yang sering kali dihadapi di kawasan berkenaan diteruskan. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud, berkata empat masalah tersebut ialah gangguan bekalan air, kesesakan jalan raya, kualiti infrastruktur dan bencana banjir. "Kita sudah ada data-data yang kita dapati daripada jabatan dan agensi Persekutuan dan Negeri yang berkaitan. Untuk tahun hadapan, kita akan masih teruskan untuk mengurangkan masalah, masalah air terutamanya. Kita memang bekerja rapat dengan Kementerian Kerja Raya (Negeri Sabah), (khususnya) Jabatan Air (Negeri Sabah) (JANS) untuk kita samasama membantu bagaimana... masalah air di Sepanggar ini kita cuba... kurangkan." Mustapha menyatakan demikian kepada pemberita semasa ditemui dalam Majlis Kesyukuran Setahun Parlimen Sepanggar di Masjid al-Munir, Kampung Darau, Manggatal, Kota Kinabalu pada Jumaat (29 Disember) malam. Majlis yang menyaksikan kehadiran lebih kurang 200 orang tetamu itu turut dihadiri oleh Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin. Mustapha mengakui, usaha mengatasi isu air di Sepanggar menunjukkan peningkatan yang baik. Namun, beliau turut mengakui terdapat beberapa lokasi yang masih mengalami tekanan air rendah. Beliau optimis, isu berkenaan akan dapat diselesaikan apabila Loji Rawatan Air Telibong 2 di Tamparuli, Tuaran siap sepenuhnya kelak. Selain itu, turut akan diberi perhatian oleh beliau ialah usaha menjaga kebersihan dan menaiktaraf tandas masjid, surau, gereja dan tokong di seluruh kawasan Parlimen Sepanggar, selaras kepentingan institusi keagamaan berkenaan. NABILAH BERHAMAN Wartawan Berita Radio Televisyen Malaysia, Sabah 18,000 liter air minuman dihantar ke kolej kediaman UMS KOTA KINABALU, 30 Disember 2023 (Harian Metro): Sebanyak 18,000 liter atau seribu karton airminuman dihantar ke kolej kediamanUniversiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, bagi mengurangkan masalah dihadapi pelajar yang berdepangangguanbekalanair. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, berkata inisiatif itu diambil Pejabat Parlimen Sepanggar selepas pihaknya dimaklumkan mengenai masalah berkenaan minggu lalu. Katanya, penghantaran air minuman itu dibuat semalam dan kelmarin (28 dan 29 Disember) sebagai langkah segera memastikan pelajar yang berada diUMS Kampus Kota Kinabalu tidak terputusbekalanair. Pada masa yang sama katanya, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan UMS juga melaksanakan penghantaran air bagi memenuhi keperluanpelajar sertawargakampus. "Untuk mengurangkan keresahan pelajar, kita menghantar 18,000 liter air mineral ke kolej kediaman yang memerlukan dan kalau ada keperluan, kitaakan hantarlagi selepas ini. "Bagi air kegunaan biasa, kita bergantung kepada Jabatan Air, sebab UMS ada tangki, jadi kita tidak mahu bertembung, mana yang Jabatan Air boleh buat atau UMS boleh buat itu merekabuat. "Di pihak kita, penghantaran air minuman ini (penting) sebab ada pelajar yang sedang menduduki peperiksaan. Jadi, kita hantar air minuman untuk kegunaan mereka buat sementara waktu," katanya ditemui selepas majlis kesyukuran sempena setahun sebagai Ahli Parlimen Sepanggar, di sini,malamtadi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu gangguan bekalan air yang dihadapi warga UMS kebelakangan ini, terutama di kolej kediaman pelajar hingga menjejaskan rutin harianmereka. Mustapha mengakui telah menerima surat daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS berhubung isu itu, pada minggu lalu, yang meminta penyelesaian kepada masalah berkenaan. Berikutan itu, katanya, beliau telah mengarahkan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar untuk mengatur perbincangan di antara pengurusan dan MPP UMS serta JANS bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu itu dan langkah penyelesaiannya. IZWANABDULLAH Wartawan HarianMetro ATAS: TIMBALAN MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, menemui media sempena Majlis Kesyukuran Setahun Parlimen Sepanggar di Masjid al-Munir, Kampung Darau, Manggatal, Kota Kinabalu. BAWAH: KETUA SATU Ikatan Penulis Sabah, Awang Abdul Muizz Awang Marusin (tengah, dua dari kiri) turut menghadiri Majlis Kesyukuran Setahun Parlimen Sepanggar.
8 Khabar Ikatan “Negeri Sabah tanah air tercinta ini... tanggungjawab kita bersama. Negeri ini tidak akan maju dalam erti kata yang sebenar sekiranya masih ada warganya terpinggir dalam pembangunan yang dilaksanakan.” YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor Ketua Menteri Sabah 31 Oktober 2023 PenulisSabahdanLabuanmenyerupertemuandenganKetuaPengarahDBP Penulis-penulis seperti Darmata Haji Matlan, Kims Diwa, Ramlee Jalimin Jainin, Dayangku Mastura dan Ampuan Awang bersetuju dengan kebimbangan yang dilontarkan Hasyuda. Kebimbangan tersebut dilontarkan dipercayai susulan beberapa perubahan yang berlaku dalam DBP yang memberi kesan langsung kepada persatuanpersatuan penulis di Sabah dan Labuan. Pengarah DBP Cawangan Sabah, Aminah Awang Basar, dalam reaksi balas beliau, berkata pihaknya sedang berusaha keras untuk mengadakan sesi libat urus antara penulis-penulis Sabah dan pihak DBP. Sesi tersebut dijangka melibatkan Dr. Hazami, Ahli Lembaga Pengelola DBP, Datuk Jasni Matlani, dan beberapa orang pegawai Pengurusan Tertinggi DBP. "Jangkaannya (ialah pada) akhir Januari atau awal Februari 2024. Mudah-mudahan dipermudah urusan kita," kata Aminah. Sebagai orang pertama yang berhasrat menghadiri sesi libat urus tersebut sekiranya direalisasikan kelak, Ketua Satu, Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan, Profesor Dr. Harun Haji Pudin berharap agar Labuan tidak dilupakan daripada perhatian DBP. Aminah dalam reaksi balasnya menjamin bahawa Labuan akan tetap berada dalam perhatian DBP Cawangan Sabah. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS KOTA KINABALU, 20 Disember 2023: Penulis-penulis di Sabah dan Labuan menyeru Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) supaya satu pertemuan diaturkan bersama Ketua Pengarahnya, Dr. Hazami Jahari. Sasterawan Negeri Sabah, Hasyuda Abadi, menyifatkan pertemuan tersebut perlu untuk menilai keberkesanan dan kerelevanan DBP dalam menyokong kegiatan persuratan melalui persatuan-persatuan penulis yang terdapat di kedua-dua negara bahagian tersebut. Hasyuda menyuarakan kebimbangan terhadap terhadap kemungkinan keretakan dalam hubungan tersebut. "Jika tidak ditangani, bangunan DBP (Cawangan Sabah) yang indah itu (akan menjadi) seperti gajah putih," kata Hasyuda dalam kenyataan ringkas kepada para penulis Sabah dan Labuan di aplikasi WhatsApp.
9 KOMPOSISI Imbasan KETUA SATU Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin menyerahkan sumbangan buku-buku terbitan IPS kepada Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) pada Jumaat (8 Disember) malam. KETUA SATU IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin menyerahkan sumbangan buku-buku terbitan IPS kepada Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan di Menara Perbadanan Labuan pada Sabtu (9 Disember) pagi. KETUA SATU IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin (depan) melakukan perjalanan peribadi ke Labuan pada 8 dan 9 Disember 2023 dengan ditemani oleh Juruaudit Dalaman IPS dan anggota The Circle III, Daniel Shafie Tanjiwan (belakang). Gambar ini diambil ketika kedua-dua mereka dalam pelayaran pulang dari Labuan ke Menumbok, Kuala Penyu. PENGERUSI, Majlis Penasihat IPS, Hasyuda Abadi (dua dari kiri) mengunjungi Galeri Azman Hashim, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu sempena tiga buah pementasan teater bawah bimbingan pemuka teater Sabah yang juga ahli IPS, Alloy Azzaly. Turut kelihatan ialah Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah, Jasmi Rasit. “Manusiawi... tidak mampu dibentuk dengan hanya kerangka teknologi digitalisasi. Ia dibentuk dengan pembangunan bangsa dan budaya. Dalam mengangkat martabat bangsa... ekonomi masih asas penting. Tetapi kita bicara soal... karamah insaniah... (asasnya) tentulah pada ilmu, akhlak dan budaya.” YAB Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia 30 Mei 2023
Khabar Ikatan 10 ‘Tekad Perpaduan’ cerminan jiwa Malaysia dan Sabah ...murid Tingkatan 2, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, Beaufort sebagai tajuk antologi puisi tersebut kerana keberhasilan demografi kumpulan penulis antologi ini yang rencam dalam menterjemahkan cita-cita pertama Rukun Negara, iaitu untuk mencapai perpaduan masyarakat dengan lebih erat berbanding sebelumnya. “Tekad Perpaduan... bukan sahaja suatu tekad yang berterusan, tetapi suatu hakikat yang dirayakan oleh warga sekolah. Kekuatan SMK St. John, Beaufort ternyata terletak pada perpaduan dan integrasi warganya. Kekuatan itulah yang diyakini oleh pelbagai individu dan organisasi sebagai pemacu kepada kejayaan yang lebih banyak dan lebih besar pada masa hadapan,” kata panel penyusun. Pengetua SMK St. John, Beaufort, Albert Lai Chin, dalam ucapan bertulis beliau kepada pembaca buku ini pada 1 Oktober lalu, mengucapkan tahniah kepada penyelenggara dan penulis antologi ini dan mengaku berbangga atas kejayaan mereka menghasilkan antologi puisi tersebut. “Saya berharap karya... yang julungjulung kali dihasilkan oleh warga SMK St. John, Beaufort ini akan memberi impak tinggi... ...terhadap kualiti prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Semoga minat dan hobi anak murid terhadap penulisan puisi akan terus subur mencabar daya pemikiran mengejar kecemerlangan diri berteraskan semangat cinta akan negara,” kata Albert. Jimran, dalam kenyataan yang berasingan kepada Sidang Redaksi majalah ini, turut menyampaikan penghargaan kepada IPS kerana penghormatan yang diberikan kepada mereka untuk menulis, mengumpul dan membukukan puisi-puisi kemerdekaan Malaysia karya warga SMK St. John, Beaufort ke dalam antologi puisi “Tekad Perpaduan”. Sesi penyerahan naskhah antologi puisi tersebut daripada penyelenggara kepada pengurusan SMK St. John, Beaufort telah dilaksanakan di sekolah tersebut pada pagi Isnin (27 November). Sidang Redaksi difahamkan bahawa majlis pelancaran buku tersebut sedang dirancang untuk diadakan oleh sekolah tersebut pada masa hadapan. Sidang Redaksi Majalah Komposisi, IPS TUARAN, 28 November 2023: Buku antologi puisi “Tekad Perpaduan” yang diselenggarakan oleh Jimran Matkahar merupakan cerminan kepada jiwa Malaysia dan Sabah yang terdapat dalam diri semua penyumbangnya. Panel penyusun buku tersebut mengakui bahawa para penulis yang menyumbang puisi dalam antologi tersebut membuktikan bahawa Malaysia dan Sabah ialah tanah air yang mesti dijaga sebaiknya. “Karya ini karya yang benar-benar berjiwa Malaysia dan Sabah. Cinta sekolah tersebut dan warganya kepada Malaysia dan Sabah itu sebetulnya cinta sejati yang tidak dapat diruntuhkan oleh sesiapa... Para penulis yang menuliskan kata-kata mereka dalam antologi puisi ini membuktikan bahawa Malaysia dan Sabah ialah tanah air yang mesti dijunjung, dijaga dan dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga.” Panel penyusun buku menyatakan demikian dalam hujah bertulis mereka ketika memperkenalkan buku tersebut kepada para pembaca. Panel penyusun yang terdiri daripada Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi, Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin, dan Timbalan Pengurus Besar IPS, Sahara Jais turut bersepakat memilih puisi “Tekad Perpaduan” karya Ria Valerie,... PENGETUA Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Beaufort, Albert Lai Chin (dua dari kiri) menerima naskhah antologi puisi “Tekad Perpaduan” daripada penyelenggaranya yang juga Ketua Bidang Kemanusiaan sekolah tersebut, Jimran Matkahar (dua dari kanan).
KOMPOSISI 11 MEMPERKENALKAN ‘Tekad Perpaduan’ bukan sahaja suatu tekad yang berterusan, tetapi suatu hakikat yang dirayakan oleh warga sekolah. Kekuatan Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Beaufort ternyata terletak pada perpaduan dan integrasi warganya. Kekuatan itulah yang diyakini oleh pelbagai individu dan organisasi sebagai pemacu kepada kejayaan yang lebih banyak dan lebih besar pada masa hadapan. Oleh itu, pesanan ini besar ertinya kepada para penulis, pembaca dan peneliti: Bersama kita membina masa hadapan Bersatulah kita ke arah wawasan ke puncak juga kita makmurkan kerana perpaduan teras kejayaan – RiaValerie, Tekad Perpaduan ANTOLOGI PUISI ‘TEKAD PERPADUAN’ Penyelenggara: Jimran Matkahar (2023) RM 10 KUNJUNGI KEDAI KAMI DI https://shopee.com.my/ shop/995184711
Khabar Ikatan 12 Imbasan AHLI Majlis Penasihat, Ikatan Penulis Sabah (IPS), Ony Latifah Osman (kanan) menghadiri majlis perasmian Pesta Buku Sabah 2023 anjuran Perpustakaan Negeri Sabah di Pusat Teknologi dan Perdagangan Antarabangsa, Penampang pada 26 Oktober 2023. KETUA SATU IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin menyerahkan naskhah buku antologi puisi “Pena yang Melukis Impian” kepada penyelenggaranya yang juga Ketua Dua IPS, Fauziah Hj. Moksin di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin, Tuaran pada 26 Oktober 2023. SASTERAWAN Negeri Sabah, Hasyuda Abadi (tengah) dan isteri, Hjh. Sahara Jais bergambar dengan Tokoh Seni Budaya Sabah 2023, Suhaimi Magi (kanan) pada majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Sabah 2023 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah di Sembulan, Kota Kinabalu pada 21 Oktober 2023. AHLI IPS, Dr. Jamail Masador tampil sebagai pembicara dalam forum Secangkir Kopi sempena Karnival Semarak Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah di kompleksnya di Likas, Kota Kinabalu pada 18 Oktober 2023. ROMBONGAN IPS bergambar kenangan dengan Ketua Perwakilannya, Dr. Marlenny Deenerwan (lapan dari kanan) selepas berakhirnya teater monodrama ‘Transit Borneo Malaya’ di Kompleks DBP Cawangan Sabah, Likas, Kota Kinabalu pada 15 Oktober 2023.
KOMPOSISI 13 Tahniah dan Terima Kasih, Bayahan om Ponsikou diucapkan kepada semua yang telah menjayakan Ikatan Penulis Sabah sepanjang tahun 2023 AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Ketua Satu FAUZIAH HJ. MOKSIN Ketua Dua 55.3% 81.8% 41.7% 100% Peningkatan jumlah ahli Ikatan 24 orang ahli baru berbanding 94 orang ahli sedia ada Pencapaian tujuan dan maksud penubuhan Ikatan 9 daripada 11 Pencapaian Rancangan Aktiviti Ikatan 2022-2024 5 daripada 12 Tahap kegiatan tahunan Ikatan 83 buah aktiviti dijalankan berbanding 52 yang disasarkan secara tahunan Ahli meraih pencapaian di peringkat tempatan dan 9 antarabangsa Kertas kerja persidangan dibentangkan di dalam dan luar 9 negeri Sabah Ahli menjadi pembimbing program latihan 5sastera Keseluruhan program yang melibatkan 83Ikatan Organisasi yang bekerjasama menjayakan 24kegiatan Ikatan Peserta semua kegiatan anjuran Ikatan dan yang 2,520 melibatkan Ikatan 100% Prestasi keseluruhan Ikatan Penulis muda yang berjaya dilahirkan oleh 64Ikatan Buku yang berjaya diterbitkan oleh 7Ikatan Penulis muda menunggu untuk dilahirkan oleh 15Ikatan Siri Majalah Komposisi berjaya diterbitkan oleh 5Ikatan
Kutubkhanah 14 Sekitar pemikiran Pak Shuhaibun Yussuf Maka, amat wajarlah usaha yang dilakukan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah menganjurkan seminar untuk meneroka dan merakamkan segala pemikirannya terhadap budaya dan juga pemikirannya menerusi kilau permata karya-karya beliau. Seminar sehari yang disempurnkan perasmiannya oleh Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, Pembantu Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah ini menyajikan tiga segmen yang menarik. Segmen sebelah pagi dimulai dengan sesi bicara seni yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Jalidar Abdul Rahim. Bicara seni diisi dengan garapan awal Pak Shuhaibun yang membicarakan sejarah susur galur penglibatan beliau dalam perkembangan budaya dan sastera di negeri Sabah. Pak Shuhaibun dilahirkan pada 1 Januari 1935 di Kampung Pengalat Besar Papar. Ayahnya bernama Yussuf bin Hassan dan ibunya bernama Hajah Zaleha binti Bahayu. Pak Shuhaibun adalah anak sulung daripada seramai 14 orang adik beradik. Mengikut catatan K.Bali, Pak Shuhaibun memulakan pendidikan asasnya di Sekolah Jepun dan Sekolah Melayu Bongawan sebelum berpindah ke Sekolah Melayu Papar pada tahun 1943. Pada tahun 1947 beliau lulus darjah lima dan mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran dalam aliran Inggeris di Sekolah St. Joseph Papar.hingga tahun 1952. Bermula pada 12 Mei 1952 hingga bulan Jun 1952 Pak Shuahibun meneruskan pendidikannya di Maktab Perguruan Menggatal kemudian dipindahkan ke Maktab Perguruan Kent Tuaran pada tahun 1953. Maktab perguruan ini adalah maktab perguruan yang pertama di Sabah (Catatan K.Bali). Pak Shuhaibun menamatkan latihan perguruannya pada Mei 1954. Pada tahun 1962 hingga 1964 Pak Shuhaibun ke Australia untuk... ...mendalami lagi pendidikan bahasa Inggerisnya. Pak Shuhaibun, menurut K. Bali, juga seorang yang amat gigih dalam menaik tarafkan pendidikannya. Beliau belajar secara persendirian tanpa kenal letih dan lulus dalam peperiksaan-peperiksaan Government Junior Certificate pada tahun 1965, Sijil Rendah Pelajaran dengan kelulusan Pangkat A (1970), Sijil Pelajaran Malaysia (1981) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (1984). Dalam perkhidmatan dengan kerajaan, Pak Shuhaibun memulakan khidmatnya sebagai seorang guru di Government Vernacular School Labuan pada 1 Jun 1954. Pada tahun 1956 beliau mengajar di Government Primary School (GPS) Weston sebagai Guru Besar. Selepas itu iaitu pada tahun 1958 mengajar di beberapa sekolah lain termasuklah GPS Sembulan dan menjadi Pengetua Government English School (sekarang sekolah ini dikenali Sekolah Menengah Ashad, Kota Belud). Selain daripada itu Pak Shuhaibun menjadi penyelia mata pelajaran GPS seluruh daerah Kota Belud. Pada Ogos 1958, Pak Shuhaibun menjadi guru pakar dalam Bahasa Inggeris di GPS Buit Hill Putatan. Kemudian pada November 1958 beliau mengajar mata pelajaran yang sama di GPS Tanjung Aru, Jesselton. Dan pada tahun 1961 Pak Shuhaibun menjawat jawatan Guru Besar di sekolah ini. Selepas melanjutkan pelajarannya di Australia pada tahun 1964, Pak Shuhaibun dilantik sebagai pensyarah sains dan matematik di Pusat latihan Guru-guru Bumiputera Tanjung Aru. Kemudian beliau bertugas sebagai Guru Besar di GPS Sembulan sebelum ditukarkan ke GPS Pengalat Besar sebagai Penolong Kanan Guru Besar. Pada tahun 1967 Pak Shuhaibun menjadi guru besar di sekolah tempat kelahirannya ini. > Bersambung di halaman 15 MENGHADIRI seminar Pemikiran Pak Shuhaibun Yussuf tokoh budayawan yang tidak asing di kalangan masyarakat Sabah merupakan peristiwa yang amat bermakna. Haji Shuhaibun Yussuf (selepas ini Pak Shuhaibun) sebagai insan seni yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan itu sentiasa menebarkan kecemerlangan memelihara budaya bangsanya. Beliau tidak sahaja merupakan seorang budayawan yang kaya dengan khazanah koleksinya di Dangau Budaya yang sudah dikenali itu tetapi juga seorang sasterawan yang sentiasa siaga dengan idea-idea baru ketika berkarya. Pak Shuhaibun tanpa henti menggilap jatidirinya sebagai sasterawan dalam bidangbidang yang digemarinya seperti cerpen, novel, lukisan dan skrip drama sambil pada masa yang sama mengumpul, menjaga serta menyimpan khazanah budaya - tiga aktiviti yang membuatkan beliau begitu dihargai. 6 SEPTEMBER 2002 HASYUDA ABADI
15 Kutubkhanah ...Asmiaty Amat. Haji Ismaily merupakan budayawan dan juga sasterawan yang amat sinonim dengan perkembangan kesenian di Sabah di samping satu-satunya deklamator puisi yang disegani di negara ini. Manakala Asmiaty adalah seorang pemikir, pemakalah, pengkritik sastera dan juga pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dalam pembentangan wacana pemikiran Pak Shuhaibun, Haji Ismaily telah menelusuri pengalamannya selama 13 tahun bertugas di bawah Pak Shuhaibun ketika menjadi Penolong Pengelola Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri. Banyak peristiwa dan pengalaman menarik dan tidak kurang juga yang meninggalkan pengajaran peribadinya hingga ke hari ini. Walaupun Pak Shuhaibun seorang yang kelakar namun kelakar beliau sentiasa sarat dengan pengajaran yang tersendiri. Pemikiran Pak Shuhaibun, menurut Ismaily, amat telus. Beliau peka terhadap perubahan budaya yang sentiasa berkembang terutama sekali dalam bidang kesenian seperti drama dan tarian.. Aktiviti kesenian ini rancak dilaksanakan dan menjadi agenda utama semasa mereka bersama-sama mentransformasikan aktiviti-aktiviti kebudayaan di Sabah. Malah kumpulan-kumpulan drama dan tarian sering mengharumkan nama negeri Sabah. Kehebatan kesenian ini sentiasa memberikan saingan yang hebat di kalangan peserta khususnya di peringkat kebangsaan sehinggalah ke hari ini. Asmiaty pula menyelongkar akarakar pemikiran Pak Shuhaibun menerusi cerpen-cerpennya yang termuat dalam antologi cerpen 'Dugaan Terakhir' terbitan DBP dan 'Haram' iaitu sebuah antologi cerpen bersama-sama dengan Amil Jaya dan Suhani S. Menurut Asmiaty, Pak Shuhaibun merupakan seorang penulis yang dianugerahi kepekaan yang tajam, sentiasa merasai, menghidu dan melihat segala perkara yang berlaku di persekitarannya. Selain daripada itu beliau merupakan seorang pemikir yang sentiasa segar menggarap tema yang pelbagai. Antaranya termasuklah tematema humor, politik, agama dan tidak ketinggalan budaya masyarakat tempatan yang sentiasa bergolak. Pak Shuhaibun telah diakui sebagai penulis yang amat prolifik menulis cerpen di Radio Sabah pada tahun 50- an dan tahun 60-an. Puncak penglibatannya ini meletakkan Pak Shuhaibun sebagai penulis yang 'berbisa' sewaktu diharamkan menulis di mana-mana media di Sabah ketika sebuah cerpennya bertajuk 'Pada Detik 12 malam' disiarkan menyebabkan beliau disoalsiat dan ditahan oleh pihak berkuasa British ketika itu. Pak Shuhaibun masih aktif menulis selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada tahun 1989. Namun, agak menyedihkan kerana banyak daripada kumpulan cerpennya telah hilang di tangan penerbit dan tidak dapat ditemui hingga ke hari ini. Pada sebelah petang forum yang bertajuk Pembentangan Pemikiran Pak Shuhaibun Yussuf dalam Pembangunan Kebudayaan di Sabah menampilkan tiga ahli panel iaitu Puan Asmiaty Amat, Haji Imaily Bongsu dan Pak Shuhaibun sambil Hajah Sairah Haji Antin bertindak sebagai pengerusi forum. Hajah Sairah sebagai seorang aktivitis teater yang tidak asing di Sabah memulakan sesi dengan paparan nostalgianya dengan Pak Shuhaibun semasa menuntut di Jakarta. Pak Shuhaibun dan Haji Ismaily menebarkan lagi pengalaman mereka mengenai seni dan budaya semasa bertugas di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Lebih menarik isu yang ditimbulkan Haji Ismaily terhadap tarian-tarian etnik Sabah yang sudah kehilangan aslinya. Ini turut diakui Pak Shuhaibun. Misalnya tarian Daling-Daling, menurut Pak Shuhaibun, asalnya tarian ini ditarikan oleh kaum lelaki. Memang benar aktiviti kesenian juga telah mengalami revolusinya yang tersendiri. Namun demikian, walaupun tidak ada salahnya tarian-tarian etnik itu berubah tetapi adalah lebih baik sekiranya keasliannya terus dipelihara tanpa mengubah sedikitpun rentak muziknya, unik kostumnya dan lenggang liuk gerak tarinya. Inilah jawapan kepada tanggapan bahawa... > Bersambung di halaman 16 < Bersambung dari halaman 14 Bermula pada tahun 1968 hingga 1972, Pak Shuhaibun menjadi Penyelia Sekolah-sekolah di seluruh daerah Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu. Pada tahun 1973 beliau dipindahkan ke Kota Kinabalu sebagai Pegawai Hisab dan Sains untuk sekolahsekolah seluruh Negeri Sabah. Pada Januari 1974 hingga Mac 1974 Pak Shuhaibun bertugas pula sebagai Penolong Pegawai Latihan di Jabatan Pelajaran Negeri. Dunia pendidikan Pak Shuhaibun telah berubah bermula pada 8 Mei 1974 apabila dipindahkan ke Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sabah. Pada mulanya Pak Shuhaibun amat keberatan meninggalkan dunia pendidikan tetapi atas desakan yang dilakukan oleh pihak atasan beliau akur dengan arahan yang dibuat. Pak Shuhaibun berkhidmat sebagai Pengelola Kebudayaan Negeri Sabah sehingga beliau bersara pada 30 Disember 1989. Mengenal Pak Shuhaibun sebagai insan seni tentulah tidak sempurna sekiranya kita tidak menelusuri sejarah hidupnya terutama sekali hubung kait pengalamannya sebagai seorang pendidik dan juga seorang budayawan. Namun begitu dalam apa jua pertembungan yang bergelut di jiwanya, peranan Pak Shuhaibun tetap relevan dengan profesinya sebagai seorang budayawan. Sebagai pendidik, tugasnya membudayakan anak bangsa mendalami ilmu memang amat wajar. Apatah lagi pada masa yang sama Pak Shuhaibun juga merupakan seorang sasterawan. Beliau menjadi perakam kehidupan dan menterjemahkan kehidupan itu dalam bentuk yang dikuasainya. Pak Shuhaibun amat berpengalaman dan diakui menguasai selok belok akar budaya bangsanya. Beliau peka terhadap situasi masyarakat tempatan yang mempunyai pelbagai rentak dan bentuk cara kehidupan, pemikiran dan kepercayaan. Segmen kedua seminar ini merupakan pembentangan wacana oleh dua orang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Ismaily Bongsu dan Puan...
Kutubkhanah 16 ...perhatian. Bagi para peserta yang tidak jemu menghayati mauduk seminar dari pagi hingga petang, syabas diucapkan. Sekurang-kurangnya seminar ini telah memberi pengalaman baru untuk mereka. Malah ketidak sesiaan kehadiran mereka itu sebenarnya telah dibayar dengan satu nilai yang sukar dibandingkan dengan pengalaman-pengalaman yang lain. Lebih wajar lagi kerana kebanyakan peserta adalah bakal pendidik dan siswa yang sedang mendalami ilmu di pusat pengajian masing-masing. Dan bagi para penulis, seminar yang dianjurkan ini akan mengajak mereka mencontohi kegigihan Pak Shuhaibun khususnya usahanya mengumpul, menjaga dan menyimpan khazanah pelbagai bidang untuk dimanfaatkan mereka yang memerlukan. Kita berharap aktiviti seperti ini akan diteruskan dengan menampilkan lebih ramai tokoh budayawan di Sabah sejajar dengan objetif seminar ini iaitu untuk memupuk rasa penghargaan di kalangan masyarakat terhadap tokoh budaya, mengkaji dan membincangkan pemikiran dan karya tokoh pilihan seterusnya menyamarakkan semangat cintakan kepada warisan budaya tempatan. Kita perlu juga memanjangkan seminar ini dalam wacana yang lain agar aktiviti ini tidak berakhir di Dewan Besar DBP Teluk Likas semata-mata. Usaha yang dimaksudkan ialah pembinaan sebuah laman web yang memuatkan dokumentasi bahan-bahan berharga para tokoh budaya kita. Ini amat berguna bagi memudahkan para pengkaji mendalami pemikiran tokoh-tokoh itu bahkan membantu mereka mendapatkan maklumat dengan cepat. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hendaklah disambut sebagai suatu tanggungjawab murni. Sama ada kita mahu atau tidak jawapannya masih memerlukan kesediaan dan keseriusan yang berterusan. < Bersambung dari halaman 15 ...tarian-tarian etnik di Sabah sudah dirosakkan. (Ada istilah lain sebenarnya disebut tetapi biarlah istilah 'dirosakkan' digunakan dalam tulisan ini). Ismaily juga turut menarik perhatian para peserta mengenai dasar kebudayaan kebangsaan dengan mengaitkan ciri-ciri penting pembentukan dasar berkenaan dalam menyatukan budaya etnik yang sesuai di samping menjadikan Islam sebagai asas pentingnya. Beliau memberi contoh walaupun tarian-tarian seperti Sumazau dan Magunatip berasal daripada suku kaum Kadazan dan Murut, tarian-tarian itu kini telah dipopularkan oleh kaum yang lain. Keadaan ini telah membentuk satu paduan dalam citra budaya oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Di samping wujud keharmonian kaum dasar ini menyandarkan masyarakat kita menelusuri seni secara halus dan berhemah sebagai lambang bangsa yang unggul. Secara umum, seminar sehari ini memberi gambaran yang jelas terhadap peranan dan pemikiran tokoh yang diketengahkan. Tanggungjawab Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah dan DBP Cawangan Sabah juga wajar diberikan penghargaan. Walaupun penyelenggaraan seminar ini berlangsung secara sederhana namun impaknya kepada tokoh-tokoh budayawan kita amat ketara. Kelemahan dan kekurangan setiap pengajuran aktiviti seumpama ini juga tidak dapat dielakkan. Pada masa-masa akan datang, pihak penganjur perlu juga memberi perhatian terhadap beberapa perkara penting yang terlepas pandang misalnya meletakkan karya-karya tokoh di lokasi pameran. Pemilihan sasaran seminar ini juga perlu dipuji kerana kepelbagaian bidang profesi membantu menyalurkan mauduk utama seminar secara lebih meluas lagi. Lumrah menghadapi audiens yang kecil bagi aktiviti ilmu seperti seminar budaya ini berlaku di mana-mana sekalipun. Datuk Haji Sapawi sendiri mengakui sambutan hambar di kalangan masyarakat berbanding aktiviti kesukanan yang lebih mendapat... DANGAU SERIBU MAKNA Hasyuda Abadi (ayahanda budayawan Datuk Haji Shuhaibun Yussuf) kegembiraan apakah dapat kami beri kepada bapak ketika hayat masih hangat membarai semangat menyengat cita dan impian yang kian puncak saat kita berkata melerai sepi menanti hari demi hari membilang usia tua menggalas waras tokoh memanen jasa di dangau seribu makna memekar harum ilmu tak pudar sebagai peribadi perkasa menangkap cekap warna pintar tersimpan di celah debu dan sarang laba-laba rak-rak tua dan lembar-lembar kain berbunga kata bapak, mengenali nurani pada segala artifak tua, buku-buku berjilid sempurna gasing-gasing yang sering menemukan gemilang purba perdu budaya masih berakar mekar adalah nurani bapak bersemi di dalam senyap impian dijulang sanjung sambil di dalam lipatan akhbar lama bapak sisipkan tanda jati diri kelana potret yang menyanjung seni ketimbang busananya alangkah di tengah kamar tamu terjepit perit kasih bapak senandungkan riwayat purba sambil ratusan ilmuan datang menemukan keajaiban dangau mengkhabarkan dunia dan anak-anak bangsa memanjangkan perkenalan tapi apakah kegembiraan dapat kami hulur buat bapak? Dangau Budaya Kampung Pengalat Kecil, Papar 15 Januari 2000
Sorotan Khas 17 Berterima kasih kepada Ustaz Naim, guru yang membina Ketua Satu IPS Tokoh dakwah Islam dan bahasa Arab Sabah, Ustaz Hj. Naim Majin menyambut ulangtahun kelahirannya ke-60 dan bersara wajib daripada Perkhidmatan Awam Persekutuan pada 10 Disember 2023 yang lalu setelah 25 tahun sembilan bulan berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah. Penulis merupakan antara ramai bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam dan Tun Ahmadshah (SEMAI dan SMKA TUNAS) yang mengucapkan selamat kepada Ustaz Naim pada 10 Disember yang lalu. "Semoga Allah memberkati kerja-kerja Ustaz pada masa lalu, persaraan Ustaz pada masa kini dan keluarga yang dicintai," kata saya kepada beliau melalui aplikasi WhatsApp. Dalam reaksinya, guru bahasa Arab SEMAI dan SMKA TUNAS sejak tahun 2001 itu mengucapkan terima kasih atas ucapan selamat tersebut. Ustaz Naim yang dilahirkan di Tambunan pada 10 Disember 1963 mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Patau, Tambunan selama enam tahun mulai dari tahun 1971 sebelum dihantar oleh Yayasan Sabah untuk bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu selama tiga tahun mulai dari tahun 1977 dan meraih Sijil Rendah Pelajaran di sekolah tersebut. ... daripada IU Madinah pada tahun 1994 dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Pendidikan Islam dan Bahasa Arab) daripada Maktab Perguruan Gaya (sekarang Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya), Kota Kinabalu beberapa tahun kemudian. Sekembalinya beliau daripada Arab Saudi, beliau menyambung kerjaya sebagai guru di SMKA Limauan, Kinarut, Papar sehingga tahun 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan sehingga tahun 1998 dan SMK Nambayan, Tambunan sehingga tahun 2001. SEMAI (dan SMKA TUNAS, mulai tahun 2009) merupakan satu-satunya sekolah yang telah menerimakhidmatbeliau sehinggabeliaubersara daripadaPerkhidmatanAwamPersekutuan. Ustaz Naim dikenali sebagai tokoh dakwah Islam dan bahasa Arab yang berjasa besar kepada bangsa dan negara Malaysia, khususnya di negeri Sabah. Selain daripada mengasaskan Kelas Aliran Agama di SMK Nambayan, Tambunan, pengerusi, Masjid at-Taqwa, Kampung Babagon Baru, Tambunan sejak tahun 1995 dan Ketua Bahagian Tambunan, Pertubuhan IslamSeluruh Sabah daritahun 1995 hingga tahun 1998ini juga... ...merupakan salah seorang ahli projek penterjemahan al-Quran kepada bahasa Dusun yang digerakkan oleh Pertubuhan Kadazandusun Murut Muslim se-Malaysia (KDMRS Muslim). Jasa dan bakti beliau kepada bangsa dan negara dalam bidang pembangunan Islam dan bahasa Arab dihargai apabila dianugerahkan Anugerah Tokoh Penterjemah 2021 oleh KDMRS Muslim dan Anugerah Tokoh Guru SMKA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), JPN Sabah pada tahun 2023. Anak didik tokoh pendakwah Islam di Tambunan, Ustaz Ahmad Darbi Lubis ini kemudian menyambung pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu sehingga meraih Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1981. Beliau meraih Diploma Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah) daripada Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu (sekarang Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus) pada tahun 1984. Kerjaya beliau sebagai seorang guru bermula setelah menamatkan pengajian di KUSZA. Dalam temuramah beliau bersama salah seorang bekas murid beliau di SEMAI dan SMKA TUNAS, Mohamad Akmal Ibrahim, yang disiarkan di YouTube pada Khamis (7 Disember), Ustaz Naim mengaku pernah menjadi guru kontrak di Sekolah Kebangsaan Pekan Tambunan selama hampir dua tahun sebelum menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah (IU Madinah), Arab Saudi berbekalkan biasiswa yang dikurniakan kepada beliau oleh Kerajaan Arab Saudi. Beliau meraih Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin... USTAZ HJ. NAIM MAJIN ditemuramah sempena majlis persaraan beliau yang disambut oleh warga SMKA TUNAS. AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN TENTANGPENULIS AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN lahir pada 13 Jun 1994 di Kota Kinabalu. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu sejak 13 Disember 2021 ini merupakan orang yang keempat menyandang jawatan Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah (IPS). Beliau menggantikan Abd. Naddin Shaiddin sebagai penyandang jawatan tersebut pada 6 Februari2022.
Papan Karya 18 ...langkahnya. Pemuda bernama Nazhan hanya membuntutinya dari belakang. Setelah beberapa lama perjalanan, mereka berdua tiba di hadapan istana yang cantik lagi gah itu. Nazhan bagaikan tak percaya bahawa dirinya yang bukan sesiapa akan masuk ke dalam istana, bahkan dia bakal menghadap Maharaja. Nazhan dibawa oleh pengawal pergi menghadap Maharaja. “Ampun tuanku, patik datang ke sini kerana pengawal istana memberitahu patik bahawa tuanku ingin meminta pertolongan dari patik. Pertolongan seperti apa tuanku?” Nazhan segera melutut dan dan tunduk tanda dia sangat menghormati Maharaja. Semua rakyatnya sudah maklum akan betapa baiknya Maharaja itu dan dia juga amat suka bergurau. “Bangun Nazhan, tak perlu tunduk sebegitu. Sebenarnya puteri beta telah terjatuh sewaktu menuruni tangga. Dia tak sedarkan diri sehinggalah dua hari sebelum ni. Tetapi dia langsung tak ingat sesiapapun termasuk beta, isteri beta dan seluruh penghuni istana. Namun pada malam semalam, dia mengigau sambil menyebut... ...nama engkau, Nazhan Iman tetapi dia tidak kenal siapakah orangnya.” Panjang lebar maharja itu bercerita. “Kalau begitu, apa tuanku inginkan dari patik?” Nazhan bertanya. “Beta mahu engkau cuba memulihkan ingatannya dan jika engkau berjaya, beta akan kahwinkan kamu dengan dia.” Mata Nazhan terbeliak. Dia seakan tidak percaya apa yang baru sahaja dikatakan oleh Maharaja. “Hahaha, beta bergurau sajalah. Beta akan beri kamu sepeti emas.” Maharaja lucu dengan perubahan muka Nazhan sebentar tadi. “Kamu pergilah bersiap, beta akan menyiapkan putri beta.” Nazhan bingkas berdiri lalu segera keluar. Setelah bersiap, Nazhan menunggu Maharaja di hadapan istana sambil bermain rumput. “Haih, kenapa bersiap pun lama sangat ni?” Keluh Nazhan. “Ah, Nazhan sudah lama tunggu kah?” Maharaja tiba-tiba muncul bersama seorang gadis bepakaian kampung. > Bersambung di halaman 19 Jauh di hujung kampung, terdapat sebuah pondok yang usang. Kelihatan seorang pemuda yang sedang memetik buah anggur di ladang anggur kecil bersebelahan pondok usang itu. Tiba-tiba, pemuda itu segera menoleh kebelakang. “Gerangan siapakah engkau dan apa yang engkau hajati?” Soal pemuda itu. “Hamba ialah pengawal istana dan hamba diperintah ke mari oleh Maharaja untuk membawa tuan hamba ke istana. Maharaja ingin meminta bantuan dari tuan hamba.” Pemuda itu terpinga-pinga. Mengapa seorang Maharaja dengan kerajaan yang luas ingin meminta bantuan dari seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa? “Haih, Maharaja akan memberikan ganjaran kepada awak. Sudah, mari ikut saya!” Pengawal istana itu berpaling dan memulakan langkahnya. Pemuda itu pula mengekorinya dari belakang. “Sebelum itu, apa nama tuan hamba?” Pengawal istana itu berpaling ke arah pemuda itu. “Nazhan Iman, nama diberi.” Jawab pemuda itu. “Baiklah Nazhan, mari teruskan perjalanan.” Tentera itu sempat menjeling ke arahnya sebelum menoleh lalu mempercepatkan... Nazhan dan Puteri Bimasaga yang Hilang Ingatan MUHAMMAD IHSAN NAZEHAN TERSEBUTLAH KISAH tentang sebuah kerajaan yang bernama Kerajaan Bimasaga. Rakyatnya hidup aman damai bersama pemerintahnya, Maharaja Indera Kayangan dan Permaisuri Indera Cahaya. Baginda berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Ayra Humaira ataupun gelarannya, Putri Indera Purnama. Keadaan Kerajaan Bimasaga baik-baik sahaja sebelum peristiwa itu berlaku kepada Putri Indera Purnama.
Papan Karya 19 ...dan berlari di padang bunga itu. Nazhan tertawa kecil kerana Ayra berkelakuan seperti kanak-kanak. Tiba-tiba, hujan turun membasahi bumi. Ayra segera berlari menuju ke arah Nazhan. ”Hachu!” Ayra bersin dengan kuat sehingga bergema seluruh gua. Semasa lari tadi,mereka menemukan gua yang sederhana besar dan berteduh seketika. Nazhan juga sempat mengumpulkan kayu untuk menghidupkan api agar mereka dapat sedikit haba. Suasana di luar menjadi gelap dan sejuk setelah hujan mulai reda. ”Ayra,awak tak apa-apa? Muka awak nampak pucat.” Nazhan risau apabila melihat keadaan Ayra. ”Saya tak apa-apa,mungkin demam sikit saja ni.” Jawab Ayra dalam kepayahan. Nazhan meminta Ayra untuk menunggunya seketika kerana dia ingin mencari daun pisang untuk dijadikan selimut. Sesampainya Nazhan di dalam gua,dia melihat Ayra sudah tertidur sambil menggigil kesejukan. Nazhan terus menyelimutkan Ayra dengan beberapa helai daun pisang. ”Maafkan saya Ayra. Sebab saya,awak jadi macam ni. Berehatlah supaya awak sembuh dan kembali seperti dulu.” Nazhan pergi lalu bersandar di dinding gua. Keesokannya, Nazhan terbangun dan mendapati Ayra sudah tiada di dalam gua itu. Tiba-tiba,dia terdengar namanya diseru dari luar gua. Nazhan segera keluar dan melihat Ayra sedang ditekup mulutnya dengan tangan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu bersama dengan seorang lagi lelaki. ”Siapa kamu semua hah?” Soal Nazhan dengan suara yang ditinggikan dan tangannya pula mula mengepal tumbukan. ”Perkenalkan, aku Arsah Aiman. Perisik dari Kerajaan Rustanika. Ini pula pembantuku. Kami berdua tahu keberadaan Putri Indera Purnama dan ingin menculiknya supaya dapat dijadikan tebusan.” Arsah tunduk hormat sambil melemparkan senyuman mengejek kepada Nazhan. Ayra pula meronta-ronta tetapi pembantu Arsah memegangnya dengan kuat. ”Aku takkan benarkan itu berlaku!” Nazhan berlari ke arah Arsah lalu melepaskan tumbukan ke arah muka lelaki itu. ”Ceh,perlahan sangat.” Arsah dengan pantas menangkap tangan Nazhan dan menyepaknya ke tepi. Arsah mengarahkan pembantunya untuk ’menguruskan’ Nazhan. Sementara itu,dia membawa Ayra pergi dari tempat itu. ”Sa...sakitlah!” Marah Ayra sambil cuba melepaskan diri dari Arsah. Ayra menggigit tangan Arsah dan membuatkan Arsah menghantukkan kepala Ayra ke pokok. Ayra yang dalam kesakitan memegang kepalanya dan merasakn ada cecair pekat yang mengalir di dahinya. ”Da...darah?” Ayra menyeka dahinya lalu pengsan. ”Celaka!” Arsah cuba menampar Ayra namun sebilah keris muncul dan tembus di dada Arsah dari belakang. Rupa-rupanya itu ialah Nazhan yang berada dalam keadaan yang penuh luka. Arsah terbeliak dan mati begitu sahaja. ”A... Ayra.” Nazhan menyeru nama Ayra namun dia tidak menyahut. Ayra membuka matanya perlahan-lahan. Dia merasakan bahawa dia sedang didukung oleh seseorang. Dia terlalu penat dan melelapkan matanya kembali. ”Ayahanda, ayahanda!” Ayra bangun dari tidurnya. Maharaja masuk ke dalam bilik Ayra dan mengalirkan air mata. ”Syukurlah anakanda selamat. Nasib baik ada Nazhan untuk menjaga kamu.” Kata maharaja. ”Nazhan...siapa dia?”Ayra bertanya kepada ayahnya. Ayahnya merasa pelik dan baru sahaja mahu membuka bicara,dia teringat akan sesuatu. ”Ah,tiadalah.Sudahlah,anakanda berehat dulu ya.” Maharaja membaringkan anaknya dan mengucup dahinya. Pemuda itu sangat baik dan jujur. Seandainya takdir menemukan mereka sekali lagi,aku ingin mengambilnya sebagai menantu.’ Bisik hati Maharaja itu. Nazhan sudah membuka cerita kepada Maharaja. Dia dan Ayra sebenarnya sudah lama berkawan dan hari Ayra terjatuh tangga itu sepatutnya hari dimana Nazhan menunjukkan kepada Ayra padang bunga itu, namun takdir telah tertulis sebegitu. Maharaja tersentuh dengan kebaikan Nazhan dan ingin memberinya ganjaran tetapi Nazhan menolak. Dia memberitahu Maharaja sekiranya Ayra terjaga dan tidak mengingati siapakah Nazhan,jangan beritahu bahawa itu ialah dirinya. Ayra yang sedang berehat melihat selendang ungu yang berada di atas mejanya. ’Siapa punya ni?’ Ayra bermonolog sendirian. Nazhan tersenyum sambil berpaling meninggalkan istana. ’Semoga kita berjumpa lagi.’ Nazhan menaiki kudanya dan memecut pulang ke rumah. < Bersambung dari halaman 18 “Ampun tuanku, patik sudah lama sampai dan siapakah gadis ini tuanku?” Nazhan bertanya. “Oh ya, dia inilah putri beta. Dia berpakaian sebegini untuk tidak menarik perhatian orang ramai. Kamu boleh bawa dia sekarang.” Maharaja itu memeluk anaknya lalu mencium dahinya. “Menjunjung perintah tuanku!” Nazhan bingkas berdiri lalu berjalan meninggalkan istana. Gadis itu pula mengekori Nazhan dari belakang. Setelah lama berjalan, kelihatan ada dua ekor kuda yang terikat pada pokok. Nazhan membantu gadis itu untuk menaiki kuda itu. “Adakah kamu fikir jika saya hidup di istana, saya tidak mempunyai asas menunggang kuda?” Gadis itu memperli Nazhan. Nazhan pula hanya tersenyum namun dia sebenarnya agak risau jika gadis itu terjatuh. Tiba-tiba, kuda yang ditunggangi gadis itu bergerak tidak tentu arah dan membuatkan gadis itu terjatuh. Nazhan dengan pantas menyambut gadis itu sebelum dia jatuh disambut lantai bumi. ”Tuan puteri tidak apa-apa?” Gadis itu lambatlambat menjawab kerana terpana apabila bertentangan mata dengan Nazhan. ”Hah? Ah,ya saya tak apa-apa.” Jawab gadis itu dengan muka yang memerah. Dia kemudian naik kembali naik ke atas kuda sambil dibantu oleh Nazhan. ”Sebelum jalan,apa nama kamu?” Gadis itu bertanya. ”Nazhan Iman,tuan putri?” Nazhan bertanya kembali. ”Ayra Humaira. Lagi satu, tak perlu nak ber’tuan putri’ sangat dengan saya. Saya malulah. Panggil sahaja Ayra.” Gadis bernama Ayra itu memperkenalkan diri. ”Oh, baiklah. Jom ikut saya.” Nazhan menggerakkan kudanya kehadapan dan diikuti oleh Ayra. Nazhan membawa Ayra mengelilingi sekitar istana, kampung, bukit dan merentasi sungai. Nazhan juga sempat membelikan Ayra selendang berwarna ungu. ”Cantik tak?” Ayra bertanya sambil membetulkan lilitan selendang di bahunya. ”Kalau tuan putri yang pakai, semuanya pun cantik.”Balas Nazhan. ”Saya dah beritahukan, tak perlu nak ber’tuan putri’ sangat dengan saya!” Bentak Ayra. Nazhan terpempan dengan apa yang baru sahaja dikatakan oleh Ayra. ”Maaf,saya tak biasa dengan gelaran itu, saya bukannya ingat siapa orang tua yang mengaku bapa saya itu.” Ayra meminta maaf dengan wajah yang sedikit durja. ”Tak mengapa,saya faham.” Kata Nazhan sambil melemparkan senyuman. ”Mari, ikut saya!” Ajak Nazhan sambil menaiki kudanya. Nazhan memecut ke hadapan sambil diikuti oleh Ayra. ”Wah,Nazhan tempat apa ni!” Ayra teruja apabila melihat padang bunga yang cantik sedang terbentang luas di hadapan mereka. Ayra segera melompat dari kudanya... TENTANGPENULIS MUHAMMAD IHSAN NAZEHAN merupakan murid Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut, Papar. Beliau merupakan salah seorang daripada 15 orang penulis cerpen yang membentuk sebuah antologi cerpen yang belum dijudulkan dan sedang dibikin ketikaini.
Papan Karya 20 PUISI-PUISI YANG MEMENANGI SAYEMBARA ‘PUISI ADALAH...’ , EDISI OKTOBER 2023
PUISI-PUISI YANG MEMENANGI SAYEMBARA ‘PUISI ADALAH...’ EDISI NOVEMBER 2023 Papan Karya 21 PISAU YANG TAK PERNAH TIDUR Aida Nor Jumilah Abdullah 3 November 2023 HATI NOVEMBER
Papan Karya 22 PUISI-PUISI YANG MEMENANGI SAYEMBARA ‘PUISI ADALAH...’ , EDISI DISEMBER 2023
Ruang Musyawarah 23 Catatan kecil meningkatkan imej IPS HASYUDA ABADI ...wadah perjuangan kita, inilah juga wadah mengindahkan karya-karya kita, inilah wadah menyalurkan bakat kreatif kita, inilah wadah untuk kita bersama-sama mempertahankan kredibiliti IPS sebagai sebuahpertubuhan yangsahdi sisi undangundang dan kerana itu ia harus diberikan benteng. Bentengnya apa? Bentengnya ialah jiwa besar seluruh kerabat. Tidakadahartayanglebihberharga sekiranya kita sedar bahawa kita telah memiliki sesuatu dalam sebahagian kecil kehidupan kita iaitu memiliki IPS. Kita harus sayangkan persatuan ini dan tidak gentar dengan segala tohmahan serta provokasi sesiapapunyangmemilihjalanyanglain. Saya pernah mengetuai IPS 20 tahun (1998-2018) sebelum itu menjadi Ketua Dua selama enam tahun (1992-1998). Tentu sahaja sarat dengan pelbagai kisah pahit manis kadang-kadang ‘sengsara’. Pada 1998, kami meneruskan persatuan tanpa sesen pun duit di tabung. Bagaimanapun, IPS harus bangun semula selepas berlaku krisis 1998. Berkat kesepaduan tekad dalam tempoh itu IPS kembali menyinar. IPS menubuhkan INPES (Insitut Penilaian Sastera). Ahli-ahli baharu pasti baru mendengar ini mungkin. INPES diketuai YBhg Dato’ Dr. Janatan Kandok dan ada dua orang ahli lembaga pengarah. Dalam tempoh dua dekad itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan dengan suntikan dana dari agensi Kerajaan dan tidak dapat dielak duit poket Ketua Satu serta kawan-kawan yang mampu. Kita terus bergerak walaupun ada masanya persatuan agak perlahan kemudian rancak semula terutama selepas IPS dipimpin oleh ahli yang pernah kami bimbing. Ustaz Awang Abdul Muizz Awang Marusin lulusan UIA memiliki kebolehan yang amat diperlukan oleh persatuan. Beliau mahir dalam bidang penyelidikan, berpengetahuan, mahir ict, berwawasan jauh dan banyak idea serta berani melakukan perubahan. Mungkin tidak semua ideanya dipersetujui oleh sebilangan kecil ahli, tetapi ahli-ahli bolehmenilai... ...sendiri kemajuan IPS sejak 2022 hingga kini. Rujuk laman web persatuan dan pencapaian IPS memang memberangsangkan. Saya tidak mahu mengulas hal ini. Saya bukan juga bermaksud mengangkat anak muda ini tetapi realiti kewibawaannya jelas. Kerana itu kita inginkan persatuan terus gemilang di bawah pimpinannya. Namun beliau tidak boleh bekerja bersendirian, kita sebagai ahli mesti memberikan buah fikiran bernas selain sokongan semangat yang bulat dan teguh. Sebagai salah seorang penasihat persatuan dengan beberapa orang yang lain, kami juga sentiasa berada bersama beliau dalam menakhodaipersatuanini. Kita bebas mahukan yang terbaik. Sedangkan memilih yang boleh bekerja 100 peratus dari kehidupannya agak sukar. 2024 merupakan masa yang sangat bermakna kerana cabaran yang pasti hebat ketimbang tahun lepas. Sebab itu, tiada jalan mudah; tetapi dengan adanya kepercayaan bersama, insyaAllah, persatuan kita ini terus siaga. Tahun ini beberapa aktiviti besar dijadualkanmisalnya peraduan menulis puisi (Hadiah K. Bali) dilestarikan. Peraduan peringkat Asean ini menjadi salah satu tanda aras IPS di peringkat antarabangsa. Kemudian penerbitan buku, melalui Program Sepanggar Membaca serta Sepanggar Berpantun merupakan gelombang baharu untuk sastera dan bahasa di Sabah. Program Puisi Adalah… akan bergerak di beberapa tempat termasuk di premis DBP Cawangan Sabah, JKKNS dan sebagainya. Untuk ini, jalihan ukhuwwah dalamkalangan kita semua sangat penting agar objektif persatuan terus tercapai lebih terbentanggemilangnya.Denganslogan‘Wasatiyyah, Istiqomah dan Berimpak Tinggi’ kita yakin kebolehan persatuan memperkasakan gerakan sastera dan bahasakita.InsyaAllah.. HASYUDAABADImerupakantokohsasteraMalaysia yang diberi pengakuan rasmi Kerajaan Negeri Sabah sebagaiSasterawanNegeriSabahketiga. Pada usia ini juga, IPS harus bersiap siaga untuk mempertahankan setiap langkah supaya persatuan bukan sahaja teguh sebagai sebuah organisasi bahkan dihormati. IPS hendaklah berdiri dengan kesiap siagaannya tetapi pada masa yang sama harga dirinya harus dipertahankan walau dengan apacarasekalipun. Walaupun IPS hanyalah sebuah NGO yang sederhana, tidak punya wang banyak, tetapi pada asasnya, inilah sebuah pertubuhan atau persatuan penulis yang terus berada di negeri ini, memberikan jalan kesederhanaan kepada para penggiat sastera dan budaya. Persatuan inilah yang boleh dijadikan wadah atau gelanggang untuk ahli-ahlinya melatih diri bersilat kata, membentuk nahu, mempertahankan kegemilanganbahasaleluhurdan kemegahan negara kita iaitu Bahasa Melayu yang harus kita jadikan perisai perpaduan dalam kalangan rakyat yang hidup dalam kepelbagaiannya. Saya terlibat dalam gerakan sastera di Sabah agak lama, lebih empat dekad. Banyak yang dialami, banyak yang difikirkan dan salah satunya saya bertanya mengapa saya dan dalam konteks pada hari ini, menyertai persatuan penulis. Untuk suka-suka atau mengisi masa? Saya percaya bukan ini jawapannya. Jika itu jawapan anda, tentu IPS atau pertubuhan lain bukan tempatnya. Demikian jugauntukmengisimasa, bukan dalamruangbegini, bukan di sini. Sudah tentu masing-masing kita mempunyai sebab yang tersendiri. Begitulah saya. Namun, saya tidak gemar meletakkan diri sendiri sebagai contoh terbaik. Kebaikan atau kecemerlangan diri tidak seharusnya dinilai oleh diri sendiri tetapi oleh orang lain. Biarlah mereka yang memberikan kredit kepada sikap, iltizam dan juga perjuangan seseorang. Namun demikian, sebagai anggota IPS, semua ahli harus menanamkan kepentingan persatuan. Apabila berasa berada dalam kelompok IPS, setiap anggotaharus sematkandalamjiwa, inilah... TAHUN 2024 ini, Ikatan Penulis Sabah (IPS) berusia 33 tahun. Pada usia ini, saya percaya bibit-bibit perjuangan ahli semakin kental, semangat yang semarak semakin membara untuk mencapai matlamat hala tuju sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan IPS.
Salinan lembut majalah ini direka dan dicetak di Malaysia oleh IKATAN PENULIS SABAH ENTERPRISE (TRN/2022/7104) Kampung Lok Batik, Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah ڤڤيينناا ييڠڠ ممللووککييسس اييممڤڤيينن بوروڠ٢ ڤون مولا بربيسيق کتيک منتاري مولا کهاپوتن چڠکريق مالم کمبالي برساهوتن هيڠݢاکن الوننڽ مڠهمڤس دينديڠ بلنتارا مڠحاضيرکن سڤي دالم سوقما کتيک ايتوله ترظاهر چاتتن ايمڤين يڠ سکيان لام تربوکو برسام لاکرن دري سباتڠ ڤينا يڠ ڤرلو دجلماکن. دکتيک ترتاتڤ چكراوالا کلم ترکادڠ ديري اين برهالوسيناسي تردودوق سنديري درواڠ اين برتمن دداءون لوروه دان اوڠݢس. ريبڠ اين ترکادڠ ممبواتكو کاکو مان ترسيمڤن ايمڤين سمالم دان هاري اين ماکين مندکت سبواه چيتا يڠ ترلوکيس لام اوليه ڤينا يڠ تق ڤرنه ديام. ڤبيلا منمبوسي ڤورنام مالم موتيارا واجه ترڤانچر ترڠ ديري يڠ کرديل اين ڤرنه مڠهارڤ ڤلوقن بينتڠ يڠ برکليڤن نامون سمواڽ ڤرلاهن-لاهن ترڤادم دان ڤينا تروس ملوکيس تياد هنتي کران باݢيڽ ايلوسي دان رياليتي ڤستي برساتو. ڤينا تروس ملوکيس کالا ݢلڤ دان ترڠ منجادي کالوڠن مڠهياس کلم بربکل دعاء ريندو يڠ منراوڠ دروان ڤاوان منجادي سقسي سأيريڠ بايو دان نفس كورنياءن الهي دان ڤوسڤا مکر منجادي بوقتي چوريتن رنجان نيرمالا يڠ ترڤاهت چينتا اين تروس هاروم مکر دالم جڠݢالا قلبو برسام ڤينا يڠ تياد اکن برهنتي ملوکيسکن ايمڤين انق٢ ڤرتيوي. جايدين زينيه