The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah terbitan Ikatan Penulis Sabah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ikatan Penulis Sabah, 2023-03-21 22:55:15

Komposisi 2/2023

Majalah terbitan Ikatan Penulis Sabah

Keywords: sastera sabah,penulis sabah,ikatan penulis sabah,hasyuda abadi,sasterawan negeri sabah,malam anugerah pena kinabalu,ips,dbp,the circle,smesh,sekolah menengah sains sabah

S e b u a h m a j ala h t e r bit a n IKATAN PENULIS SABAH E d i s i 2 /2 0 2 3 eIS S N 2 9 7 6 - 2 9 7 9


MAJLIS PENASIHAT Pengerusi HJ. SUKOR HJ. USIN Ahli MOHAMED HJ. SALLEH LALIMAN HJ. AHMAD DATUK PROF. MADYA TS. DR. RAMZAH DAMBUL ONY LATIFAH OSMAN _____________________________________ MAJLIS TERTINGGI Ketua Satu AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Ketua Dua FAUZIAH MOKSIN Setiausaha Satu JULIAH HJ. MATNOOR Bendahari ROSLAN SOHASTO Ketua Penerangan MOHD. AZRONE SARABATIN Setiausaha Dua MUHAMMAD FAIZHAZIQ MOHD. SARIZAM Penolong Bendahari SITI HAJAR ABDULLAH Ahli ABD. NADDIN HJ. SHAIDDIN HJ. GAZALI HJ. SUHAILI HUSSEIN MOHAMAD JUNAIDAH PARUDIN MABULMADDIN HJ. SHAIDDIN MOHAMMAD HILMI ISMAIIL MOHD. ASHRAFI HARUMIN NUR FATIHAH L.B. ABDULLAH HJH. SAHARA JAIS WARMAN WAGIMAN Juruaudit DAYANG SITI MARIAM ABBAS ______________________________________ SIDANG REDAKSI MAJALAH Ketua AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN Anggota MOHD. AZRONE SARABATIN ABD. NADDIN HJ. SHAIDDIN ______________________________________ © Ikatan Penulis Sabah, 2023 Hak Cipta Terpelihara. Pengeluaran ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain hendaklah mendapat izin bertulis daripada Penerbit. Maklum bahawa semua penulisan yang disiarkan di majalah ini tidak semestinya menggambarkan pendapat dan pendirian Penerbit. IKATAN PENULIS SABAH (PPM-005-12-24031992) Rumah Puisi Hasyuda Abadi Kampung Gudon, Manggatal 88450 Kota Kinabalu, Sabah E-mel: [email protected] -------------------------------------------------------- KOMPOSISI ialah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah secara berkala, lima kali setahun. Kandungan 2 Khabar Ikatan > Lebih 40 tahun Hasyuda Abadi mencenderungi dunia sastera > IPS ungguli Malam Anugerah Pena Kinabalu > IPS, DUN Membakut bakal terbitkan lima buah buku > ILPKK ikut gotong-royong bersama IPS di RuPHA > Mustapha: Hayati, terjemahkan Malaysia Madani dalam penulisan 4 Sorotan Khas > Ringkasan Ucaptama dan Makalah, Wacana Sasterawan Sabah 2023 - Sidang Redaksi Majalah > Menginstitusikan Rumah Puisi Hasyuda Abadi - Mohd. Azrone Sarabatin 13 Papan Karya > Proyek - Jaya Wijaya > Seorang Adik yang Cepatnya Pergi - Awang Abdul Muizz Awang Marusin > Takdir Rindu Aku dan Hujan - Julia Ikin > Gula dalam Darah Puisi - Pulo Lasman Simajuntak > Bagaikan Seekor Semut - Edris HB > Sebuah Kenangan - Rozeline Vitalis > Lukisan Alam - Rozeline Vitalis > Lagu Kedamaian - Rozeline Vitalis > Doa Seorang Pemusafir - Fahaiz > Monolog Seorang Insan - Fahaiz > Andainya - Fahaiz 16 Ruang Musyawarah > Berterima Kasih kepada Usrah Anak Muda - Awang Abdul Muizz Awang Marusin > Adabiyyat dalam Karya Sastera Islam - Hasyuda Abadi > Apresiasi 'Salam buat Kekasih' - Hasyuda Abadi 21 penghargaan dan terima kasih kepada semua yang mendahului dan mengiringi kami dalam menerbitkan dan mengedarkan Majalah Komposisi. Kami, Sidang Redaksi Majalah Komposisi, mengucapkan Dari Meja Pimpinan > IPS Wadah Mengekalkan Istiqamah dan Wasatiyyah dalam 10 Penulisan


KOMPOSISI 3 buat JAPAR BIN UNGKI yang telah berpulang pada 12 Februari 2023 kerana sakit Semoga arwah mendapatkan tempat yang terbaik di sisi Allah SWT, Tuhan yang Maha Kuasa.


4 Khabar Ikatan Lebih 40 tahun Hasyuda Abadi mencenderungi dunia sastera ...ketokohan kepengarangan beliau sepanjang lebih empat dekad,” katanya dalam Pidato Pengumuman Penerima ASNS Ketiga yang disampaikan dalam majlis tersebut. Panel penilai ASNS Ketiga diketuai Sasterawan Negara Dato' Dr. Mohd. Anwar Rethwan dan dianggotai Dr. Mohd. Hanafi, Dr. Abang Patdeli Awang Muhi, Matlin Dullah serta Nadin Haji Salleh. ASNS merupakan pengiktirafan tertinggi diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada tokoh sasterawan yang masih hidup. Sebelum Hasyuda, hanya dua orang yang pernah menerimanya, iaitu Allahyarham Datuk Ismail Abbas (Amil Jaya) pada tahun 1990 dan Azmah Nordin (2020). Pengiktirafan sebagai Sasterawan Negeri Sabah ketiga melayakkan Hasyuda menerima hadiah RM 30,000, watikah penghargaan serta kemudahan penerbitan karya dan penterjemahan karya terpilih ke dalam bahasa asing. Ketika menyampaikan ucapan penerimaan, Hasyuda berkata, rasa asing segelintir orang terhadap dunia sastera adalah hal biasa, tetapi bagi beliau sastera itu adalah kehidupan seharian. Ketika berkomunikasi, berimaginasi... ...dan berfikir, menurutnya, saat inilah ‘dunia sastera’ bersama orangorangnya. Namun, lebih jauh daripada itu, Hasyuda percaya bahawa ada suara dari alam sunyi membawa kita ke alam makna yang lebih bebas memancarkan pemikiran. Sudah tentu setiap patah kata itu mengandung makna tertentu yang boleh dimanfaatkan sewajarnya. Beliau berterima kasih sebagai antara puluhan rakan seperjuangan di negeri Sabah berada di tempat ini. Setelah melalui tempoh lebih 40 tahun mencenderungi dunia sastera, beliau mempunyai peranan yang bukan kecil agar sastera bukan semata-mata melahirkan puisi yang bagus, bahkan puisi harus membuka jalan-jalan kecil dan rumit kepada ruang yang dituju dengan aman dan membahagiakan. Sudah tentu bersama ujian-ujian yang tersendiri. Ruang fikir yang jitu. Mengajak masyarakat merenungi diri dan kemaslahatan untuk agama, bangsa dan negerinya. Guru-guru dunia sastera beliau yang bermula di pantai Putera Philip... > Bersambung di halaman 5 KOTA KINABALU, 6 Mac 2023 (Sabah Taim): Pengarang prolifik, Sukor Usin atau nama penanya Hasyuda Abadi secara rasmi dinobatkan sebagai Sasterawan Negeri Sabah ketiga selepas menerima watikah penghargaan daripada Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sempena Malam Anugerah Pena Kinabalu di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Wakil Ketua Panel Penilai Anugerah Sastera Negeri Sabah (ASNS), Dr. Mohd Hanafi Ibrahim, berkata pengiktirafan karya, ketokohan dan kegiatan Hasyuda Abadi dalam gerakan kesusasteraan serta kebahasaan, bukan sahaja di Sabah malah hingga ke peringkat kebangsaan. Kepengarangan Tokoh Seni Sastera Islam Sabah sempena Anugerah Seniman Islam Sabah (ASIS) 2022 itu sering dikaitkan dengan genre puisi yang mana sehingga kini lebih 1,000 puisi tersiar dalam akhbar dan majalah. Selain itu, sejumlah puisi beliau turut diterbitkan dalam lapan buah kumpulan puisi perseorangan dan lebih 60 buah antologi puisi. “Pemilihan ini adalah atas ketekalan pengkaryaan, pencapaian mutu karya dan... YANG DI-PERTUA NEGERI Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (dua dari kiri) mengurniakan watikah penghargaan penerima Anugerah Sastera Negeri Sabah ketiga kepada Hasyuda Abadi sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (kanan) dan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Hazami Jahari (kiri). (Gambar ihsan Jabatan Penerangan Negeri Sabah.)


5 Khabar Ikatan ...(SEA Write) 2015, Datuk Jasni Matlani, wartawan dan penulis, Abd. Naddin Shaiddin, Pengarah Galeri Azman Hashim Universiti Malaysia Sabah, Dr. Mohammad Puad Bebit (Sifu Art), Mohd. Jasni Yakub; Ony Latifah Osman, Jaliha Jaman dan Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin. Ucapan terima kasih juga beliau sampaikan kepada penerbit buku-buku beliau. Kepada editor media massa yang menyiarkan puisi-puisi serta karyakaryanya yang lain seperti cerpen dan artikel kritikan sastera. Beliau juga sukacita menyatakan bahawa agensi penting yang memayungi keberhasilan susastera dan bahasa serta penulis khususnya di Negeri di Bawah Bayu adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah yang telah bertapak sejak 1 Januari 1977 dengan pejabat yang sangat cemerlang bersama para pimpinan agensi yang bertukar ganti sehingga terkini, Aminah Haji Awang Basar dan para pegawai... yang dedikasi, dulu sampai kini serta staf-staf yang juga datang dan pergi hingga kini tetap juga memberikan kesungguhan, melaksanakan tanggungjawab mereka membina dan memperkasakan dunia persuratan. Dalam pada itu, sudah tentu secara peribadi beliau amat berterima kasih setinggi-tingginya kepada Kerajaan Negeri Sabah yang turut memberikan perhatian dan penghargaan sebegini. “Bagi seluruh penulis negeri ini, anugerah itu memberikan impak yang terbaik kerana memberikan penulis peluang melaksanakan sesuatu buat negeri yang tercinta ini. Terima kasih ingin saya tujukan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. “Iltizam Kerajaan Negeri Sabah terhadap gerakan sastera, bahasa dan budaya sangat disanjung tinggi. Bagi pihak seluruh warna penulis di Negeri Sabah kami sangat menghargainya,” kata Hasyuda. MOHD. AZRONE SARABATIN > Bersambung dari halaman 4 ...di Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada 1979 ketika dipertemukan dengan penulis prolifik Sabah, Datuk Hajah Zaiton Haji Ajamain dan rakan-rakan di Kumpulan Anak Seni sehingga melahirkan sebuah puisi yang pertama tersiar di akhbar Sabah Times pada 13 Disember 1980 bertajuk ‘Mengapa O Mengapa’. Guru puisi yang sangat disanjungnya, Allahyarham SN Datuk Dr. Haji Ahmad Khamal Abdullah (Kemala) dan penyair tersohor serantau, al-Marhum Dr. Sapardi Djoko Damono, Taufiq Ismail dan Dr. Abd. Hadi WM. Tidak dilupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif, seorang sahabat dan guru rujukan Hasyuda dalam dunia persuratan Islam. Selanjutnya, semasa berjuang dalam semangat yang jitu mengurus Ikatan Penulis Sabah (IPS) bersama penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara... IPS ungguli Malam Anugerah Pena Kinabalu ...Esei Kritikan Separa Ilmiah menerusi “Kesepaduan Stail dengan Perutusan Agama dalam Kumpulan Puisi Nyanyian Kuda Sembrani”, terbitan Majalah eKreatif keluaran September 2021 dan Puisi Eceran bertajuk ‘Lidah yang Dirindui Ular’ (Dewan Sastera, Julai 2021). HSS 2020/2021 yang mengiktiraf 27 karya terbaik disampaikan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari sempena Malam Anugerah Pena Kinabalu yang menghimpunkan tiga anugerah dan hadiah. Dua lagi adalah Anugerah Sastera Negeri Sabah Ketiga dan Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2020/2021. Majlis berprestij itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, dalam perutusannya berkata, Kerajaan Negeri Sabah sentiasa memberikan komitmen dan memandang tinggi terhadap pembangunan kesusasteraan serta kebahasaan melalui penghasilan buku bermutu tinggi di negara ini. Katanya, anugerah ini merupakan cerminan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap... ...pembangunan kesusasteraan, di samping mengalu-alukan kehadiran golongan sasterawan yang turut memberikan sumbangan dalam pembangunan negara khususnya Negeri di Bawah Bayu. Beliau berharap, usaha berkenaan dapat memberikan inspirasi kepada penggiat sastera dan penulis buku Sabah untuk terus mengangkat martabat kesusasteraan tanah air di persada serantau dan antarabangsa serta pada masa sama membina kecemerlangan bahasa dan sastera kebangsaan. “Saya harap... lebih ramai terpanggil menggali kepelbagaian khazanah Sabah daripada aspek budaya, adat resam, flora dan fauna dalam bentuk penulisan. “Bahan bacaan sebegini bukan sahaja wadah mengangkat citra negeri Sabah, malah mampu menjadi bahan penyelidikan di seluruh dunia dan menyuntik semangat semua penulis di Sabah untuk terus berkarya dalam pelbagai genre demi pembangunan masyarakat di negeri ini ke arah mendukung hasrat kerajaan melahirkan masyarakat madani,” katanya. MOHD. AZRONE SARABATIN KOTA KINABALU, 6 Mac 2023 (Sabah Taim): Enam orang pemimpin dan ahli Ikatan Penulis Sabah (IPS) merupakan antara penerima Hadiah Sastera Sabah (HSS) 2020/2021. Mendahului senarai ialah Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi yang menerima HSS bagi kategori Puisi Eceran bertajuk ‘Pusaka’ terbitan Antologi Suara dari Satu Musim, Jom Sastera, Ogos 2020. Seterusnya adalah Ketua Penerangan IPS, Mohd. Azrone Sarabatin menerusi Kategori Cerpen Eceran bertajuka ‘Aini Tag An Kekasih 14 Hari’ terbitan majalah Wadah, Disember 2020. Turut menerima hadiah kategori berkenaan adalah Jamail Masador menerusi karya ‘Senja Paitan’ (Wadah, Disember 2020) dan Yatim Ahmad menerusi ‘Hujung Tepoh’ (Wadah, Jun 2020). Penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012, Mabulmaddin Shaiddin pula antara penerima HSS 2020/2021 kategori Puisi Eceran menerusi ‘Seperti Engkau’ terbitan Media Cakra Bangsa, Jun 2021. Presiden, Persatuan Sastera dan Budaya Sabah, Norawi Haji Kata pula mengungguli dua kategori iaitu...


Khabar Ikatan 6 Imbasan: Malam Anugerah Pena Kinabalu SASTERAWAN Negeri Sabah, Hasyuda Abadi (tengah) bergambar dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi IPS selepas selesai Malam Anugerah Pena Kinabalu. Seramai 12 orang ahli IPS telah hadir dalam majlis ini. Ketua Penerangan IPS, Mohd. Azrone Sarabatin (dua dari kiri) juga merupakan penerima HSS 2020/2021. KETUA PENGARAH Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari (kiri) menyampaikan Hadiah Sastera Sabah (HSS) 2020/2021 kepada Ahli Majlis Tertinggi IPS, Mabulmaddin Shaiddin. KETUA PENGARAH DBP turut menyampaikan HSS 2020/2021 kepada ahli IPS yang juga Presiden, Persatuan Sastera dan Budaya Sabah, Norawi Hj. Kata. KETUA PENGARAH DBP turut menyampaikan HSS 2020/2021 kepada ahli IPS dari Kota Belud, Jamail Masador. KETUA PENGARAH DBP turut menyampaikan HSS 2020/2021 kepada ahli IPS yang juga Ketua Satu, Persatuan Penulis Alam Maya Malaysia, Yatim Ahmad.


7 Khabar Ikatan IPS, DUN Membakut bakal terbitkan lima buah buku KOTA KINABALU, 2 Mac 2023 (Sabah Taim): Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif bersetuju menyumbangkan RM5,000 kepada Ikatan Penulis Sabah (IPS) untuk penerbitan lima buah buku, tahun ini. Sumbangan berkenaan disalurkan menerusi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, kawasan yang diwakili Mohd. Arifin. Antara buku dicadangkan untuk diterbitkan adalah kumpulan puisi bertema Malaysia Madani, kumpulan puisi pelajar dan guru menganggotai IPS serta kumpulan cerpen. MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif (tengah) menerima kunjungan daripada IPS yang diketuai oleh Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi (tiga dari kiri). ILPKK ikut gotong-royong bersama IPS di RuPHA KOTA KINABALU, 11 Februari 2023 (ILPKK): Lapan orang pelajar Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) telah menyertai Program Khidmat Masyarakat bersama Sasterawan Negeri Sabah anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS) yang diadakan di Rumah Puisi Hasyuda Abadi, Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu. Selain daripada ramah mesra bersama Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi, program turut meliputi aktiviti membersihkan, mengemaskan dan mengindahkan fasiliti yang terdapat di sini seperti pusat sumber dan dewan serbaguna. SUDIRMAN HAMMADE Pengarah, ILPKK Turut dicadangkan adalah penerbitan buku ‘Wira Tidak Didendang’ sempena 60 tahun pembentukan Malaysia pada 16 September ini dengan memfokuskan anggota pasukan keselamatan yang berjuang menuntut kemerdekaan dan mempertahakan kedaulatan negara khususnya berpangkalan di Sabah, namun tidak pernah didedahkan menerusi laporan media, jurnal atau buku. Penerbitan buku berkenaan antara dibincangkan ketika kunjungan hormat IPS ke atas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah di Bilik Madani, Wisma MUIS, di sini semalam (red: 1 Mac 2023). Turut disentuh adalah usaha IPS dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RupHa) untuk kekal memartabatkan bahasa dan sastera di Sabah serta membantu Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah mengangkat gagasan Malaysia Madani dan hala tuju Sabah Maju Jaya. Kunjungan berkenaan diketuai Pengerusi, Majlis Penasihat IPS, Hasyuda Abadi atau nama sebenarnya, Sukor Usin yang juga Sasterawan Negeri Sabah ke3. MOHD. AZRONE SARABATIN


KOMPOSISI 8 33 T A H U N 1990-2023


Khabar Ikatan 9 Mustapha: Hayati, terjemahkan Malaysia Madani dalam penulisan KOTA KINABALU, 22 Januari 2023 (Berita RTM): Penulis di Sabah disaran menghayati gagasan Malaysia Madani dan menterjemahnya dalam bentuk penulisan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata usaha itu penting agar matlamat negara melahirkan masyarakat yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia dapat direalisasikan. "Yang penting ialah kita membina minda masyarakat supaya dapat memahami mesej yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan di bawah Yang Amat Berhormat (red: Perdana Menteri) Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan konteks Malaysia Madani itu sendiri. Jadi, saya rasa peranan penulis-penulis amat diperlukan untuk menterjemahkannya, terutamanya dalam konteks negeri Sabah." Beliau ditemui pemberita Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Penulis Sabah (IPS) 2023 di Kota Kinabalu. Tambah Mustapha, golongan penulis perlu mempromosi nilai-nilai Malaysia Madani seperti hormat dan ihsan. Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar mengajak para penulis tempatan untuk menjayakan matlamat Sepanggar Sejahtera menerusi pelaksanaan aktiviti pendidikan, pembangunan kemahiran, kebudayaan, kesenian dan kesusasteraan. Turut hadir, Timbalan Pengarah I, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Rusdi Awang dan Ketua Satu IPS, Awang Abdul Muizz Awang Marusin. OZIEAL JOACHIM MATHEW Wartawan Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah TIMBALAN MENTERI Sumber Manusia, Mustapha Sakmud menyampaikan ucaptama dalam Mesyuarat Agung Tahunan IPS 2023.


Dari Meja Pimpinan 10 Sepanjang tahun 2022, banyak sebenarnya kejayaan yang telah dicapai oleh IPS sehinggakan pada hari ini, Sasterawan Negeri Sabah ketiga (SNS3) datang dari kalangan kerabat IPS. Saya bersyukur kerana keputusan Jawatankuasa (red: Majlis Tertinggi) IPS untuk menamakan Hasyuda Abadi sebagai calon SNS3 telah dijawab dengan doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT. Kita membuat perkumpulan sebegini sebagai sebahagian daripada keraian itu. Kita bukan sahaja meraikan Yang Berhormat Ahli Parlimen Sepanggar, tetapi juga meraikan tuan Rumah Puisi ini sebagai SNS3 sehingga nanti, penulisanpenulisan beliau akan tetap relevan sampai bila-bila. Rabbaniyyah sebagai asas penulisan Asas penulisan ialah ketuhanan Yang Maha Esa, Allah SWT. Menerusi Surah alAlaq, ayat 3 dan 4, saya garis bawahkan perkataan ‘al-Qalam’. Mengapa pen? Sebabnya ilmu belum tentu dapat dipelajari melainkan dengan adanya tulisan... sehinggakan ayat-ayat al-Quran, setelah kewafatan Rasulullah SAW, ditulis dan dibukukan pada zaman Saidina Uthman RA... sehingga akhirnya al-Quran tersebut sampai kepada kita, lalu kita mendapat hidayah daripadanya. Kita tidak mendapat hidayah dalam bentuk al-Quran semata-mata, tetapi juga as-Sunnah, Ijmak dan Qias... dan akhirnya banyak lagi ilmu yang terbit. Dengan ilmu yang sedikit yang telah Allah SWT berikan kepada kita, dapatlah kita menulis sesuatu dengan indahnya. Akhirnya, keindahan kata-kata itulah... ...sebenarnya bidang kebitaraan IPS, iaitu ikatan kepada penulis-penulis di negeri Sabah. Namun begitu, kita tidak menafikan sumbangan dan pengorbanan rakan-rakan kita yang berada di persatuan penulis lain yang telah bersama-sama saya membina IPS menjadi suatu jenama yang berharga dan berguna kepada bangsa dan negara, terutamanya di Sabah. Pasca pemasyhuran Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Jadi, ucapan dasar ini tidaklah bertujuan untuk sekadar bersyukur dan berbangga, tetapi untuk melihat apa yang seterusnya selepas SNS3. Adakah kita akan melahirkan Sasterawan Negeri Sabah keempat, kelima atau keenam? Allah SWT akan menjawabnya sementara kita masih ada usia. Tetapi, janganlah risaukan itu semua kerana anugerah tersebut hanyalah semata-mata suatu motivasi. Yang penting ialah kita beraspirasi untuk mendukung visi dan misi. Itu lebih penting. Hari ini, kita masih ada SNS3 yang menjadi teladan kepada kita semua. Kita belum tahu siapakah yang akan menjadi Sasterawan Negeri Sabah keempat. Mungkin tahun ini, mungkin juga tahun depan baru kita akan tahu. Tetapi, jangan risau. IPS, dengan sifatnya yang masih dan akan terbuka sampai bila-bila, akan mendukung ketokohan sesiapa sahaja yang selepas tuan Rumah Puisi ini menjadi Sasterawan Negeri Sabah. Dalam hal ini, suka saya mengajak rakanrakan kerabat IPS mahupun sahabatsahabat IPS untuk membantu negeri Sabah untuk mencari Sasterawan Negeri Sabah yang seterusnya yang kita boleh... ...hargai karya-karyanya dan yang kita boleh teladani ilmu-ilmunya. Tidak salah untuk saya katakan bahawa tahun ini ialah tahun kita mengapresiasi SNS3. Kita akan mengapresiasi dengan cara kita. Acara yang telah selesai tadi (21 Januari) – Ramah Mesra Penulis Sabah bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia – merupakan salah satu daripadanya. Banyak lagi yang kita mahu lakukan sebenarnya. Pemerkasaan imej dan bakat Ikatan Melalui kesempatan yang ada pada saat ini, saya berharap agar kita dapat membincangkan banyak perkara. Pertama, tentang imej. Baru-baru ini, kita telah membuat kalendar. Alhamdulillah, kalendarnya sudah pun ada. Tahun lepas, kita juga telah ada buku catatan; kita boleh mengulanginya pada tahun ini. Tahun lepas juga, kita juga telah ada laman sesawang. Apabila dibuat carian IPS, pelayar Internet terus sampai ke tujuannya... dan begitulah jua di Google Maps. Hanya di Apple Maps, IPS belum dijumpa. Kedua, tentang bakat. Setelah adanya laman sesawang, segalanya ada di sana. Kita ada produk-produk yang berharga dan berguna, yang kita boleh pasarkan ke mana-mana. Kita hanya perlu mempromosikannya sahaja. Tahun ini, kita akan mempromosikan sebaikbaiknya bakat-bakat yang masih ada sambil kita mencari bakat-bakat yang seterusnya. > Bersambung di halaman 11 IPS Wadah Mengekalkan Istiqamah dan Wasatiyyah dalam Penulisan “Katakanlah (wahai Muhammad), bekerjalah, nanti Allah, Rasul-Nya dan orangorang yang beriman akan melihat (dan menilai) pekerjaanmu...” (Surah atTaubah, ayat 105) Ayat al-Quran tersebut, walaupun begitu, tidak menuntut kita bekerja untuk diri kita sendiri, tetapi untuk mendapatkan keredhaan Tuhan yang Maha Melihat. Maka, dengan jalan istiqamah dan Wasatiyyah, Ikatan Penulis Sabah (IPS) masih berlangsung sampai ke hari ini. Hari ini dengan sendirinya sudah menjadi bukti. Kehadiran Yang Berhormat Ahli Parlimen Sepanggar ke Mesyuarat ini (red: Mesyuarat Agung Tahunan IPS pada 21 Januari 2023) mungkin sahaja menjadi faktor ‘wow’ kepada peristiwa hari ini. Walaupun perkara itu tidak semestinya, perkara tersebut tetap menunjukkan bahawa IPS masih dan tetap relevan sampai bila-bila. Saya berani menjamin perkara ini. AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah


Dari Meja Pimpinan 11 TIMBALAN MENTERI Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama tuan Rumah Puisi Hasyuda Abadi yang juga Sasterawan Negeri Sabah, Hasyuda Abadi (kiri Mustapha) dan ahli-ahli Jawatankuasa (red: Majlis Tertinggi) IPS yang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan IPS 2023 di RuPHA, Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu. Turut kelihatan ialah Timbalan Pengarah I, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Rusdi Awang (duduk, kiri). Majalah Komposisi yang membangunkan sang pemimpi Ketiga, tentang penerbitan. Pada 1 Januari hari itu, sebahagian daripada kita – penulis di Sabah – bangun daripada tidur dengan rasa bangga dan sebahagian lagi bangun dalam keadaan terpinga-pinga dengan sebab Majalah Komposisi muncul semula. Tepuk tangan untuk kita semua. Majalah Komposisi ialah majalah yang membangunkan ramai orang dari tidur pada malam hingga siang 1 Januari. Saya berterima kasih sekali kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kerana, walaupun susahnya urusan permohonan kerana sistem Depositori PNM ‘hilang’ begitu sahaja, sudah ada platform alternatif sebagai pemudahcara sehingga kita dapat memohon melaluinya. Akhirnya, beberapa orang penulis Sabah bangun daripada tidur dalam keadaan terkejut kerana rupanya Majalah Komposisi yang sudah lapan tahun tidak muncul, muncul semula. Alhamdulillah. Mulai tahun ini, kita akan menggiatkan semula Majalah Komposisi. Karya-karya dari Sabah, kita utamakan dan kita alualukan. Majalah ini akan kita kedepankan untuk dinilai, manalah tahu ‘tersangkut’, paling kurang mendapat Hadiah Sastera Sabah pada tahun penilaian yang berikutnya, InsyaAllah. Dulu, DBP Sabah ada majalah Wadah. Kemudiannya, majalah Kreatif muncul dari rumah BAHASA. Sehingga keluarannya yang terakhir pada tahun 2021, majalah tersebut sudah tidak ada. Disebabkan oleh kemunculan semula Majalah Komposisi, orang yang membuat majalah Kreatif telah ‘terbangun daripada tidurnya’. Perancangan tahun 2023 Begitu pun, jangan risau, kita menghargai semuanya. IPS ialah medan untuk menyambung yang tergendala dan menghargai pendahulu yang telah tiada mahupun yang masih ada. Banyak lagi yang ingin dirancang oleh IPS kerana banyak jugalah idea yang datang kepada saya, yang mungkin saya terlupa untuk menyebut sebahagiannya. Kita akan membuat Jerayawara Sasterawan Negeri Sabah dengan cara kita di samping meneruskan beberapa perkara yang tertangguh dari tahun sebelumnya termasuk dari segi menyambung semula Bengkel Penulisan Skrip Drama Pendek Tiga Minit. Kita akan membuat juga Bengkel Penulisan Kewartawanan, barulah kita boleh sebut tentang TikTok. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Sepanggar sebentar tadi, kita juga akan membuat juga Bengkel TikTok kerana faktanya, pola masyarakat pada hari ini banyak bergantung kepada nilai penerimaan diri mereka di TikTok sehingga faktor itu mempengaruhi Pilihan Raya Umum barubaru ini. Pengaruh TikTok kepada masyarakat masa kini Faktanya juga, semua analisis pilihan raya yang dibuat tanpa mengambil kira pengaruh TikTok, habis jatuh semuanya. Faktor TikTok rupanya telah terbukti memuncak di Malaysia pada tahun lepas. > Bersambung di halaman 12 < Bersambung dari halaman 9 Sebabnya, kerisauan saya ialah generasi berumur bawah 40-an di IPS, bilangannya sangatlah sedikit, boleh dikira dengan jari. Selain saya, ada Mohilis, Wan Azzuar Shah dan Fahaiz yang akan muncul tahun ini. Nama-nama tersebut, setakat ini, nampak ke depan. Untuk yang berada di belakang sedikit, kita ada orang-orang seperti Safiah Masbaka, Iman Ainnur dan Nur Fathi Ibtisam. Sebetulnya, ada lagi yang cuba untuk masuk. Tetapi, saya masih tercari-cari orangnya sebab namanya belum masukmasuk. Pendaftaran memasuki IPS hari ini menjadi semakin mudah. Hakikatnya, kita tidak lagi berada 20 tahun kebelakangan yang mana borang perlu diisi secara bertulis, perlu ditandatangani dan sebagainya. Hari ini, itu semua tidak diperlukan lagi kerana pendaftaran menyertai IPS boleh dilaksanakan dalam tempoh ‘sesaat’ sahaja. Selepas pendaftaran, kita boleh sahkan keahlian dan orangnya boleh terus membayar yuran, baik yuran tahunan mahupun yuran seumur hidup. Tahun lepas, kita telah jenamakan IPS sebagai entiti niaga di samping jenama persatuan yang masih ada. Organisasi IPS Enterprise (IPSE) ada ketua eksekutif, pengurus besar dan sebagainya sehingga pada akhirnya, transaksi kewangan menjadi lebih mudah. Tetapi, kita tidak mengabaikan tanggungjawab IPS sebagai sebuah persatuan. Kita hanya perlu mencari jalan yang lebih mudah untuk kemudahan kita semua di IPS. Hari ini, orang semakin memandang kepada IPS – walaupun tidak semua. Kita masih sahaja tidak ramai, tetapi kita masih ada – itulah fakta mengenai IPS.


Dari Meja Pimpinan 12 Imbasan Kewangan sebagai pendukung kegiatan Akhir kalam, untuk menyenaraikan semua perancangan itu tidak cukup melainkan dengan dukungan dan sokongan daripada kerabat semua, dan kewangan. Apabila ada duit, semuanya jadi. Selain menjemput semua ahli untuk membayar yuran, kita juga menjemput ahli yang sudi menyumbang sesuatu yang sama nilai dengan yuran seumur hidup dan ke atas dalam sebarang bentuk, baik makanan atau barangan atau lain-lain, untuk menyumbang kepada aktiviti yang dianjurkan oleh IPS. Saya telah mengambil keputusan pada tahun lepas bahawa ahli-ahli yang menyumbang sejumlah yuran seumur hidup dan ke atas kepada aktiviti anjuran IPS diberikan keahlian seumur hidup dengan sendirinya. Sebabnya, yuran seumur hidup yang sepatutnya menjadi hasil kepada IPS boleh terus direkodkan sebagai belanja daripada IPS bagi tujuan yang ditentukan. Contohnya, jika sumbangan ahli tersebut berbentuk barang, seolah-olah... ...IPS telah membelanjakan wang bagi tujuan mendapatkan barang yang memberi manfaat kepada IPS. Telah ada beberapa orang ahli biasa yang menjadi ahli seumur hidup melalui cara ini. Nama-nama mereka nanti akan kita kemaskini. Dengan adanya duit juga, kita boleh terbang ke tempat yang jauh. Salah satunya ialah ke Balikpapan. InsyaAllah kita akan mengembara ke Balikpapan pada 29 Mei hingga 3 Jun ini. Penyertaan masih dibuka (red: pada saat ucapan ini disampaikan). Rasanya ramai yang mahu ikut mengembara ke Balikpapan kerana salah satu misinya ialah mencari prospek yang boleh diambil menjelang pembukaan Ibu Kota Nusantara pada Ogos tahun depan. Peristiwa itu akan berlaku tidak lama lagi. Artikel ini merupakan Ucapan Dasar Ketua Satu IPS dalam Mesyuarat Agung Tahunan IPS 2023 pada 21 Januari 2023. < Bersambung dari halaman 11 Tetapi, jangan risau. Kita mempelajari perkara ini agar diri kita dapat diberitahu bahawa kita berurusan dengan generasi yang makin mencabar dari segi sifat dan tingkah laku... sehingga nilai penerimaan atau harga diri seseorang digantungkan di alam maya dan bukan di alam nyata. Generasi Y dan sebelumnya masih meletakkan nilai penerimaan di alam nyata. Tetapi, bagi Generasi Z dan seterusnya, terutamanya mereka yang lahir selepas tahun 2000, nilai itu duduknya di alam maya. Perkara ini, hari itu, disebut-sebut sebagai ‘Generasi yang Hilang’. Mereka ini hakikatnya belum hilang, tetapi kita mesti selamatkan mereka. Maka, IPS masih dengan dasarnya untuk merakyatkan bahasa, sastera dan budaya di sekolah-sekolah. Tahun ini, kita akan banyak berfokus di Sepanggar, Tuaran, Tawau dan Keningau, hatta sedalam Tongod dan Paitan. Daerah Sandakan tidak kita lupakan kerana daerah Sandakan sentiasa menjanjikan. Atas: TIMBALAN MENTERI Sumber Manusia, Mustapha Sakmud (barisan depan, tengah) bergambar bersama para penulis dari seluruh negeri Sabah dan para pemimpin akar umbi yang menyertai Ramah Mesra Penulis Sabah bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia di Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RuPHA), Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu. Kiri: MUSTAPHA meninjau Pustaka Iqbal Nazim bersama Sasterawan Negeri Sabah Hasyuda Abadi.


13 Sorotan Khas ... sebagai usaha memperbaiki interaksi dengan al-Quran. Selain itu, tulisan ini menerangkan intipati tadabbur Surah asy-Syuaraa sekaligus menjelaskan ibrah Surah asy-Syuaraa untuk dimanfaatkan oleh komuniti penulis di Sabah. Penulisan ini juga bertujuan menganalisis aplikasi tadabbur oleh Sasterawan Negeri Sabah yang ketiga iaitu Hasyuda Abadi di dalam karya puisinya. Hasil penulisan ini merumuskan definisi dan kepentingan tadabbur. Seterusnya, menjelaskan secara ringkas isi kandungan surah as Syuaara merangkumi tiga bahagian utama iaitu pemaparan ujian-ujian yang menimpa para Nabi dan Rasul, pemaparan mengenai kemudahankemudahan yang Allah SWT berikan kepada Nabi Muhammad SAW dan pemaparan tugas-tugas penting yang Allah SWT perintahkan kepada Rasulullah SAW. Surah ini juga pada ayat 221-227 menggariskan ciri penyair yang tercela dan terpuji. Akhir sekali, hasil analisis mendapati aplikasi tadabbur oleh Hasyuda Abadi terkandung dalam beberapa karya dalam buku puisi Kembali Di Lahad Rahsia (2008) dan Akar Cahaya (1997). > Bersambung di halaman 14 PERANAN SURAH ASY-SYUARAA DALAM MEMANDU SASTERA SABAH: HASYUDA ABADI SEBAGAI TELADAN Ustazah Noorazlinah binti Awang, Guru Tingkatan Enam (Usuluddin), SMKA Kimanis, Papar dan Penyelaras, Rumah Ngaji Sabah Ustazah Nazifatunnisa binti Hj. Salim, Guru Pendidikan Islam, SK Padang Berampah, Sipitang dan Pengurus, Rumah Ngaji Sipitang Al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW. Mukjizat teragung ini keindahannya merangkumi pelbagai aspek termasuk sastera dan bahasa. Khazanah dan kekayaan ilmu dalam alQuran perlu dirasai dan difahami oleh manusia. Dengan adanya keupayaan fizikal, keupayaan minda berfikir dan keupayaan emosi berperasaan menjadikan manusia adalah makhluk terpilih untuk menerima risalah agung ini. Realiti hari ini, umat Islam mempunyai kelemahan untuk berinteraksi dengan alQuran dengan berpandukan ajaran sebenar daripada al-Quran. Oleh itu, tulisan ini bertujuan untuk menjelaskan definisi dan kepentingan tadabbur... Ringkasan ucaptama dan makalah, Wacana Sasterawan Sabah 2023 PROJEK MEREKABENTUK HASYUDA ABADI Profesor Dr. Abdul Halim bin Ali, Pensyarah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Presiden, Persatuan Sastera Budiman Malaysia Sesudah Ismail Abbas, Azmah Nordin dan Jasni Matlani terpilih menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award), maka persatuan atau badanbadan yang berkaitan dengan sastera di Sabah dengan dukungan DBP Cawangan Sabah perlu merencanakan secara serius untuk mencalonkan dua atau tiga orang tokoh untuk dicadangkan sebagai penerima anugerah SEA Write Award bagi tahun 2022, 2023, 2024 dan seterusnya. Beberapa tokoh penulis yang boleh diketengahkan adalah Sukor Usin (Hasyuda Abadi), Arifin Arif dan Ramlee Awang Murshid. Manakala tokoh-tokoh yang perlu dipersiapkan untuk beberapa tahun ke hadapan pula adalah Norawi Haji Kata, Soibil Madun, Naddin Nuruddin, Ruhaini Matdarin dan Dayangku Mastura. PENGARAHDewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Aminah Awang Basar (duduk, barisan hadapan, tengah) bergambar dengan para penulis yang datang ke Rumah Puisi Hasyuda Abadi sempena Wacana Sasterawan Sabah 2023. Berikut dipaparkan ringkasan ucaptama dan makalah yang disampaikan dalam Wacana Sasterawan Sabah 2023 yang berlangsung dengan jayanya di Rumah Puisi Hasyuda Abadi, Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu pada 25 Februari 2023. Layari laman sesawang IPS untuk membaca naskhah penuh ucaptama dan makalah. Ringkasan ini disediakan oleh Sidang Redaksi Majalah ini.


14 Sorotan Khas ...gaya bahasa dan pemikiran ini disebut stail, manakala perutusan agama perlu ada terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Hasil kesepaduan gaya bahasa dan pemikiran ini dikatakan melahiran keindahan dalam sesebuah karya, misalnya puisi. SUMBANGAN HASYUDA ABADI KEPADA PENDIDIKAN KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN DI SABAH Puan Fauziah binti Hj. Moksin, Guru Akademik (Bahasa Melayu), SMK Badin, Tuaran dan Ketua Dua, Ikatan Penulis Sabah Penulis mengenali Hasyuda Abadi suatu ketika dahulu ketika penulis masih di bangku sekolah. Nama beliau ketika itu pada saya sudah meniti di bibir-bibir pencinta sastera termasuklah para pelajar ketika itu seperti penulis. Penulis mengenali beliau ketika mula-mula penulis menyertai Minggu Penulis Remaja pada tahun 1992, itu pun atas nasihat dan kata-kata semangat daripada Allahyarham abang penulis, dan ketika itu nama Hasyuda Abadi itulah salah satu nama yang disebut beliau yang katanya sahabat. Sehinggakan suatu ketika abang penulis pernah bertanya, "Ada jumpa kawan saya Sukor Usin?" Penulis kata, "Tiada, bang, Hasyuda Abadi sahaja." Ketika bengkel itu jugalah penulis mengenali (red: Sasterawan Negeri Sabah) Azmah Nordin bersama tenaga pengajar Ali Majood dan (red: Sasterawan Negara) Rahman Shaari serta ahli-ahli IPS ketika itu. Hasyuda Abadi dalam dunia kesusateraan terlalu banyak sumbangannya terhadap pendidikan kesusasteraan dan kebudayaan di Sabah. ANALISIS KESEPADUAN STAIL DENGAN PERUTUSAN AGAMA DALAM KUMPULAN PUISI 'KEMBALI DI LAHAD RAHSIA' KARYA HASYUDA ABADI Encik Norawi bin Hj. Kata, Guru Besar, SK Ulu Kukut, Kota Belud dan Presiden, Persatuan Sastera dan Budaya Sabah Keupayaan seseorang penulis dalam menghasilkan suatu karya dinilai dalam aspek pemikiran selain nilai estetika keindahnnya kerana pemikiran adalah teras tamadun sesuatu bangsa. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran menjadi inti dan unsur paling dasar dalam kehidupan termasuk hubungan manusia dengan penciptanya. Sehubungan dengan itu, seseorang penyair tidak terlepas daripada mengutarakan pemikirannya secara berseni melalui karya puisi. Pemikiran dan keindahan tidak dapat dipisahkan dalam sesebuah karya, khususnya puisi. Menurut Hassan Ahmad (2004), pemikiran ialah proses kognisi atau akal yang sifatnya sejagat, yakni dimiliki oleh manusia tidak kira bangsa, justeru itulah manusia dikatakan makhluk yang rasional dan berakal, berbeza daripada haiwan. Beliau memberi contoh pemikiran Melayu cukup analogis sifatnya kerana pemikiran disampaikan melalui kaedah perumpamaan, kiasan, tamsil ibarat dan juga melalui teknik ironi yang dilihat sebagai menyerlahkan sifat kegeniusan,kegeligaan dan bijaksana minda Melayu. Oleh itu, aspek keindahan dan pemikiran dalam puisi sangat penting dibincangkan bagi mengetengahkan kekuatan karya tersebut. Penyair yang kreatif harus bijak menggunakan gaya bahasa dalam menyuarakan pemikirannya serta pemikiran itu perlu ada kaitannya dengan perutusan agama dan perutusan realiti kehidupan. Kesepaduan unsur... < Bersambung dari halaman 13 GAGASAN MALAYSIA MADANI: SUDUT PANDANG HASYUDA ABADI DALAM KONTEKS SASTERA ISLAM DI SABAH Ustaz Awang Abdul Muizz bin Awang Marusin, Pensyarah (Pendidikan Islam), Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan Ketua Satu, Ikatan Penulis Sabah Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah memperkenalkan gagasan Malaysia Madani pada 19 Januari 2023. Gagasan tersebut mengandungi enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Sastera cuba mencari tempatnya dalam gagasan ini. Persoalannya, sejauh manakah sastera diterima oleh Malaysia Madani? Kajian ini bertujuan untuk merungkaikan pandangan sastera terhadap gagasan ini, terutamanya sastera Islam di Sabah. Kajian kepustakaan dan pemerhatian terhadap 15 buah puisi nukilan Hasyuda Abadi dalam sembilan buah buku kumpulan puisi karya beliau sendiri dan antologi puisi kelolaan kumpulan penyelenggara mendapati bahawa sastera Islam dan Malaysia Madani tidak boleh dipisahkan. Walaupun sastera tidak disebut secara jelas dan lurus dalam dokumen yang mengasaskan gagasan Malaysia Madani, kehadiran karya-karya sastera yang mesra Islam dan mesra masyarakat madani membuatkan sastera dinilai dapat menjadi penyumbang kepada kejayaan gagasan tersebut. Perkara ini sedikit sebanyak membawa kepada idea baru dalam sastera, iaitu sastera madani, iaitu sastera yang menggabungjalinkan Islam dan gagasan Malaysia Madani. < Bersambung dari halaman 18 Aku mahu bawa lagi ke makam jika hasrat masih ada lagi walaupun setelah nanti. Supaya kenangan dan teladan yang dia tinggalkan tetap hidup di sisi. Tambah-tambah, kami yang masih tinggal masih harus mewujudkan mimpinya yang masih berbaki. Termasuk orang-orang seperti Izzraff, Fareez, Syahmi, Arif dan Haikal yang baru kemudian ke mari. Alhamdulillah, kami semua masih ada lagi. Tidak sedikit pun meminta mereka hadir untuk mengganti; tidak akan pernah terganti sejauh dan sedalam mana pun menyayangi. Tetapi untuk tetap meneruskan hidup sekadarnya, menghidupkan suasana, memilikkan diri untuk menguatkan segala, memberi jasa kepada semua, seolah-olah dia masih ada lagi. Biarkan waktu mengubat luka di rasa dengan sendiri. Supaya mata masih dapat melihat rembulan dan mentari yang menyinar pada malam dan siang setiap hari. Supaya otot dan nadi masih terasa... ...hidupnya untuk membanting rezeki sehari-hari. Sampai waktu Allah memberi kesudahan kepada sisa-sisa yang mencetak halaman-halaman kehidupan di sebelah sini. Sampai waktu Allah memperkenankan pertemuan di Syurga yang abadi untuk ke sekian kali. Ya Allah, dengarkan aku. Aku sayang Kujai seumur hidupku. Kini dan nanti. Di dunia ini dan Akhirat nanti. Cucuri terusmenerus rahmat-Mu ke atasnya. Jadikan makamnya taman Syurga. Temukan dia dengan yang mencintainya nanti di sana.


15 Sorotan Khas Menginstitusikan Rumah Puisi Hasyuda Abadi MOHD. AZRONE SARABATIN Penulis berkesempatan menghadiri Wacana Sasterawan Sabah 2023 dan mendengar sendiri ucaptama daripada Profesor Dr. Abdul Halim Ali dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penulis menggunakan ruangan ini untuk menerangkan ucaptama yang disampaikan oleh Profesor Dr. Abdul Halim. RUMAH Puisi Hasyuda Abadi (RuPHA) di Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu sangat menginspirasikan bagi sesiapa mencintai ilmu dan dakwah. RupHA menempatkan khazanah buku-buku Pustaka Iqbal Nazim dan rumah tempat pengajian al-Quran yang menghasratkan untuk memandaikan bangsa melalui al-Quran di Baitul Muqaddam. ...dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan DBP Cawangan Sabah. Pada tahun 2022, Hasyuda diiktiraf pula sebagai tokoh Sasterawan Sabah ketiga daripada Kerajaan Negeri Sabah bersama DBP Cawangan Sabah. Penokohan ini wajar diberi satu "tagline" atau tanda masyhur misalnya "Penyair Islami", "Sasterawan Kinabalu" sesuai dengan keberadaanya di Sabah dan bidang kepakaran sasteranya iaitu puisi bernuansa Islami. Slogan ini harus dipromosikan dalam bentuk yang santai, mudah, mesra tetapi berinti ilmu yang memberi faham dan kebijaksanaan. Hasyuda telah mengusahakannya dengan titik peluhnya RupHA yang tentu bukan semata untuk dirinya sendiri tetapi untuk kehidupan ilmu yang ada di dalamnya sastera, bahasa dan segala macam ilmu lagi. Justeru, untuk melihat RuPHA dalam 10 tahun ke hadapan sebagai aset sastera yang penting di negeri Sabah, maka DBP Cawangan Sabah dan juga badan-badan serta persatuan penulis harus mengusahakan sesuatu yang dapat meluruskan dan meringankan kerja-kerja Hasyuda Abadi. Bagi diri Hasyuda, beliau telah dianugerah dengan gelaran Tokoh Penyajak Terbaik Berita Sabah pada tahun 1997, diikuti Tokoh Penyair Islam Sabah pada tahun 2008. Pada tahun 2022, Hasyuda Abadi diperakui sebagai penerima Tokoh Seni Sastera Islam Sabah sempena Anugerah Seniman Islam Sabah (ASIS). Anugerah berkenaan anjuran Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah; Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)... Sudah pasti RuPHA sangat istimewa bagi sastera Sabah, kerana ia satu-satunya wadah ilmu, sastera, agama dan perubatan Homeopati yang berdiri dan wujud di Sabah. RuPHA tentu menyamai Rumah Puisi Taufiq Ismail penyair tersohor Indonesia yang dibangunkan di pesisir Jalan Padang Panjang, Bukit Tinggi, Sumatera... dan mungkin juga persis rumah puisi Fadli Zon di ibu kota Jakarta, atau seperti mana yang diusahakan oleh Pengerusi, Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Seri Profesor Dr. Awang Sariyan dengan Rumah BETA di Taman Gombak, Gombak, Selangor. RuPHA jika diperluaskan fungsinya boleh menjadi destinasi pelancongan sastera di Sabah dengan rangkaian destinasi dengan bandar raya Kota Kinabalu, Gunung Kinabalu dan beberapa destinasi pelancongan lain di sekitar Sepanggar dan Tuaran. Persinggahan pengunjung ke RuPHA tidak sekadar untuk menziarahi Hasyuda Abadi atau nama sebenarnya, Sukor Usin, tetapi yang lebih penting adalah menghidupkan sastera dalam bentuk institusi dan rangkaian pelancongan. TENTANG PENULIS MOHD. AZRONE SARABATIN berasal dari Kota Belud, Sabah. Ketua Penerangan, Ikatan Penulis Sabah sejak 6 Februari 2022 ini pernah menjadi wartawan akhbar Berita Harian selama puluhan tahun. Pemenang tiga kali Hadiah Sastera Sabah ini kini merupakan penasihat editorial akhbar Sabah Taim. SASTERAWAN Negeri Sabah Hasyuda Abadi menyampaikan ucapan penghargaan dalam Wacana Sasterawan Sabah 2023.


Papan Karya 16 Proyek Sebulan sudah, Ijo tidak bekerja. Dia merenung menyendiri di rumah. Menenggelamkan pikirannya dalam kabut kekalutan. Istrinya selalu memintai uang padanya. Tetapi dia sendiri belum dapat pekerjaan. Tidak ada uang pun yang dia pegang. Sementara tabungan sudah habis buat berobat dia karena terkena asam urat. Kakinya berurat semua, kalau dibuat jalan tidak bisa. Terpaksa harus diobatkan ke rumah sakit dan menelan banyak biaya pengobatan. Ijo yang lulusan seorang sarjana, kini menganggur. Dia tidak bisa memperkirakan nasib melanda dirinya. Hanya ada penyesalan dalam dadanya. Kini dia sedang berpikir sambil menguras tenaga otaknya. Setiap hari dia baca koran-koran. Dilihatnya dikolom lowongan kerja, siapa tahu ada lowongan kerja baginya. Tetapi belum dia dapati pekerjaan yang sejurus dengan ijazahnya. Dia hampir mau putus asa. Istrinya selalu menyemangati, kadang bahkan walau tidak ada uang istrinya tetap buatkan kopi untuknya. Istrinya terpaksa utang dulu ke warung. Minta beberapa sembako untuk dibawa pulang ke rumah. Utangnya sudah numpuk di warung Mpok Yem. “Mas, kerjalah!” “Sulit, belum ada pekerjaan bagiku.” “Berusahalah, kamu lelaki.” “Lihat saja, koran ini belum ada lowongan pekerjaan!” Dia terbawa emosi. Dibantingnya koran itu ke meja. Dia kembali ke kamar. Tidur kembali sampai siang menjuma. Istrinya sementara juga hampir putus asa. Tidak kuat hidup bersama Ijo. Ijo menangis. Dia banyak berderai air mata. Sementara dalam hati dia ingin membahagiakan keluarga dan istrinya. Tetapi taka da uang buat bersenangsenang. Buat bahagia tidak ada uang. Dia tak mau begini terus. Tetangganya yang memang kebetulan tidak suka pada dirinya, selalu mencibir dia tiap hari. Diomongkan keburukankeburukan Ijo kalau dia lelaki mellow, tidak punya tanggung jawab. Beruntung pula istrinya masih mau bersama dia. “Kalian tahu apa tidak, itu Ijo, udah pengangguran tulen sekarang,” kata... tetangganya. “Iya, aku dengar istrinya tiap hari menangis,” sambung tetangga yang lain. Kasihan sekali Ijo. Dia pun teringat lantas kepada kawannya yang menjadi seorang mandor bangunan. Dia ingin ikut bekerja sebagai pekerja bangunan. Dia hubungi temannya itu. Kebetulan, temannya memberitahukan bahwa dia butuh seorang pekerja lagi. Ijo berniat melamar pekerjaan. Dia besok akan menemui kawannya itu. Esok pun dia berangkat menemui kawannya. Kawannya yang memakai topi kuning melihatnya. Dia melambaikan tangan memanggil Ijo. “Sini, Jo!” “Aku mau bekerja.” “Kamu mau jadi pengaduk semen atau pengangkat batu-bata?” “Apa saja aku lakukan.” “Kamu harus kuat!” “Aku sangat membutuhkan uang. Biarpun badanku tersiksa. Aku tetap akan bekerja demi mendapatkan uang.” Pernyataannya membuat kawannya merasa iba. Akhirnya dia diterima sebagai pekerja di bawah pengawasan temannya yang mandor itu. Dia angkat beberapa sak semen dan dia aduk campuran semen dan pasir. Pertama bekerja, dia serasa mendapatkan punggungnya terkilir. Uratnya rasanya bengkak dan mau putus. Tetapi ini bekerja. Sulit sekali kesempatan datang untuk kedua kali. Dia tidak ingin kembali jadi pengangguran. Pekerjaan itu dilakukannya selama pagi sampai menjelang petang. Tenaganya mau habis. Badannya mau ambruk. Baru kali ini dia merasakan pekerjaan yang amat berat. Dia pun bercengkrama dengan pekerja lainnya. Seorang pekerja lain mengajaknya berbicara. “Kamu baru di sini?” tanya pekerja lainnya. “Iya, aku baru pertama bekerja di sini.” “Apa badan dan tanganmu serasa mati?” “Iya, kamu benar.” “Begitulah, aku dulu juga seperti itu. Lama-lama kamu akan menikmatinya.” Ijo merasakan dia mau dijemput jurang maut dan sengasara. Dia pulang ke rumah. Mandor memberikan beberapa uang kepada Ijo sebagai bayaran. Diserahkannya uang itu kepada Ijo sambil berharap besok dia harus mau bekerja lagi. Ijo pun mengiyakan. Dia pulang ke rumah. Akhirnya dia dapat pekerjaan dan uang. Diberikannya uang yang dia peroleh dari bekerja itu kepada istrinya. Istrinya senang bukan main. Dia memegangi... ...uang itu lalu merasa bersyukur. “Alhamdulilah, sekarang kamu dapat pekerjaan, Mas.” “Iya, kawanku menerimaku bekerja dengannya.” “Andar? Itukah yang kamu maksud, orang itu?” “Iya, kamu benar.” “Dia orang yang penuh bahaya. Licik, tamak, aku yakin dia pasti punya maksud padamu secara diam-diam.” “Jangan suka berburuk sangka pada orang! Kamu seperti tetangga lainnya. Suka membicarakan orang lain dan memfitnah saja.” Istrinya diam segera. Istrinya menundukkan muka. Ijo pun segera ke belakang untuk mandi dan beristirahat. Keesokan harinya dia harus bekerja lagi. Seusai petang datang, dia tidur hingga larut malam. Sebenarnya, ada tujuan tersembunyi dari mandor itu. Mandor itu suka bermain wanita. Dia suka naksir kalau lihat wanita cantik. Apalagi mandor itu kenal sama Ijo dan istrinya Lina. Mandor itu ingin merebut Lina dari Ijo. Esok hari, Ijo kembali bekerja. Dia bersama beberapa orang mengangkati batu-batu besar dan mengaduk semen. Tepat jam siang hari, mandor merencanakan rencana jahatnya. Dia ingin membunuh Ijo dan menjadikan kuburannya di proyek. Dia perintahkan beberapa orang kepercayaan untuk menjalankan rencana itu. Diperintahkannya dua orang untuk mengikuti aba-aba dari mandor. Ijo yang sedang bekerja di bawah dan menata bata-bata tidak tahu aka nada bahaya menimpa. Mandor menyuruh dua orang untuk menuangkan adukan semen tepat di atas badan Ijo. Adukan semen itu tumpah menutupi badan Ijo. Lelaki itu terkubur hidup-hidup bersama semen yang cepat membeku. Dia berteriak minta tolong, tetapi tidak ada yang mau menolongnya. Pekerja yang lain hanya memandanginya saja. Kini dia sudah jadi kuburan proyek. Mandor merasa senang hati. Dia ikut bersuka cita atas kematian Ijo. Dua orang tadi, salah satunya adalah yang bercengkerama dengan Ijo kemarin. Dia pun dan seorang temannya lantas menerima uang bayaran yang lebih tinggi sebagai upahnya menewaskan Ijo. Sudah beberapa hari, Ijo tidak pulang. Istrinya gelisah, bertanya-tanya dalam hati sendiri, kemanakah perginya... > Bersambung di halaman 17 JAYA WIJAYA


Papan Karya 17 ...suaminya itu. Rumah sepi, senyap, hanya dia sendiri di rumah. Sudah tidak ada suara Ijo lagi. Tetangganya desas-desus tentang Ijo. Mereka bicarakan Ijo yang tidak pulang rumah. Mereka kira Ijo sudah minggat dan tidak ingat istri. Tetapi mereka tidak tahu kalau Ijo sudah tewas menjadi mayat di proyek bangunan. “Kalian tahu, si Ijo itu kemanakah?” “Ah, lelaki tidak punya tanggungjawab. Lelaki bajingan itu.” “Istri dibiarkan sendiri. Tidak diurus.” “Memang dasar, orang sekarat di aitu.” Esok hari mandor proyek datang ke rumah Lina. Dia berpura menanyakan kabar suaminya. Kemana perginya suaminya, kenapa tidak bekerja lagi. Dia tidak tahu harus menjawab apa pertanyaan mandor. Kemudian mandor juga menanyakan, apakah suaminya itu berniat bekerja atau tidak, kalau tidak dia akan mencari orang lain untuk bekerja di proyek yang dikerjakannya. Lina terdiam tidak bisa menjawab. Kemudian datanglah seorang yang mengabarkan kalau Ijo sudah minggat. Dia lari dan merantau ke Sumatera. Dia meninggalkan pekerjaannya secara cumacuma. Mandor berpura marah dan menggelengkan kepala. Sementara itu, Lina menangisi suaminya. Dia berpikir kenapa dia harus ditinggalkannya seorang diri. TENTANG PENULIS JAYA WIJAYA merupakan nama pena Muhammad Lutfi yang lahir di Pati pada 15 November 1997. Anak sulung Slamet Suladi dan Siti Salamah ini sedang berada dalam pengajian peringkat sarjana di Universitas Negeri Semarang setelah berjaya meraih Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sastera Indonesia) daripada Universitas Sebelas Maret, Surakarta. Guru Bahasa Indonesia, Sekolah Menengah Pertama Negeri 1 Jaken, Pati ini bergiat dengan komuniti Rumput Sastra dan telah menghasilkan banyak puisi dan cerpen sehingga berjaya diterbitkan di dada-dada akhbar dan majalah dalam dan luar Indonesia termasuk Solopos, Kompas, Suara Sarawak, Semesta Seni dan Elipsis. Beliau juga telah berjaya menerbitkan beberapa buah buku sastera, termasuklah buku kritikan sastera bertajuk 'Sastra Mistik, Pengkajian Puisi, Kritik Sastra dan Aplikasinya pada Puisi Chairil Anwar.' TAKDIR RINDU AKU DAN HUJAN Julia Ikin Kerana hujan tiba-tiba umpama ia rindu kepada bumi kusaksikan indahnya menyatu, sementara ketika aku melalui pertembungan dengan hujan itu hanya tersipu kerana rinduku hanya mampu dengan diam sebias nama nan bermelodi hanya hening di ingatan bersapa bilur bening hangat kuseka hingga semakin jauh ke malam, sukma terus mengusik menari di tepian kelam gemerlap berirama kesamaran kuintip takdir masih rahsia ini adakah terhubung hatimu hatiku serumit jalinan akar-akar beringin ruah rasa mencinta dibawa angin gigil dingin hingga musim demi musim telah muak menanti jadi hati ini mati pada akhirnya hujanku itu berlalu keperaduan senja keterlihatan sesaat lalu tersapu gelap menjadi embunan di hujung dedaun tiada lagi tentangmu mempurnama kerana kufahami kekasih, ini tentang ketentuan Tuhan. Johor 11 November 2022 GULA DARAH DALAM PUISI Pulo Lasman Simajuntak gula darah dalam puisi ini seperti menjelma jadi roh ketakutan mematikan saraf mata saat berjalan mengejar matahari sorehari yang mau bersentuhan dengan air hujan pada hari perhentian tanpa puasa gula darah dalam puisi ini menjelma lagi jadi amarah "kalian harus gerak badan sambil terus menulis puisi dan berita hutang negara harus dibayar dengan pembangunan jalan tol, kereta api cepat, jembatan gantung, bendungan, gedung pencakar langit, sampai impor beras lima ratus ton," pesan lelaki berjas merah seraya mengunyah alat ukur tensi darah maka sebagai pujangga yang telah melanggar hukum-hukum kesehatan aku jadi mengerti gula darah dalam puisi ini sungguh beracun sangat mematikan harus segera diakhiri tanpa ada perlawanan brutal sampai nantinya bait-bait puisinya kembali normal bersekutu dengan nyanyian kemenangan Jakarta Selasa, 3 Januari 2023 TENTANG PENULIS JULIA IKIN atau nama sebenar beliau Julianasyikin Abdullah berasal dari Sandakan dan kini menetap di Senai, Kulai. Beliau mula berjinak dengan penulisan sastera sejak tahun 2018. Sejak daripada itu, beliau gemar menulis dalam genre puisi. Karyakarya beliau pernah tersiar di akhbar New Sabah Times dan turut dimuatkan dalam 15 buah antologi puisi. Sehingga hari ini, beliau telah berjaya menghasilkan lebih daripada 350 buah puisi. TENTANG PENULIS PULO LASMAN SIMAJUNTAK merupakan penulis sastera Indonesia yang menetap di Tangerang Selatan. Sejak tahun 1980, beliau telah berjaya menghasilkan dan menerbitkan puisi di pelbagai media cetak dan elektronik di dalam dan luar Indonesia. Wartawan dan Ketua, Komuniti Sastra Pamulang ini telah sering diundang membaca puisi di Pusat Kesenian Jakarta Taman Ismail Marzuki di Jakarta Pusat dalam pelbagai kegiatan yang dilaksanakan di sana.


Papan Karya 18 ...meraung sekuat hati. Satu-satunya budak sekolah sana yang memanggil aku ‘abang’ sudah tiada lagi. Ramai yang menyusul datang setelah aku tiba di sana. Sehinggakan Wan yang berada jauh di Setiu mengirim mesej berdukacita dengan aku. Ramai lagi dari manca negara yang turut serta berdukacita. Hari itu terlalu sedih buat aku. Begitu juga dengan keluarga yang baru menerima kunjungan Kujai pada hari raya Aidilfitri yang kedua. Aku tidak dapat bayangkan apa perasaan kawan-kawan Kujai ketika pulang ke sekolah setelah berlalunya dia buat selamanya. Menenangkan jiwa tidak dengan semudahnya. Ada yang tidak mahu kembali ke Maktab sebolehnya. Sekuat mana pun menahan rasa, tetap tidak tertahan. Aku meraung lagi usai solat Zohor di surau besar Hospital, di pelukan Im. Aku kehilangan seorang sahabat dan adik yang baik dan penyantun orangnya. Yang sudah sering bertemu setiap minggu atau dua sejak lebih kurang empat tahun lamanya. Baik di Masjid Kampung Lok Batik mahupun Surau Maktab Kent lama. Aku tidak boleh berada di Hospital lamalama. Aku kuatkan diri memandu walaupun dalam keadaan sedih dan sakit kepala. Sehingga terpaksa berhenti di KKIP sebelum singgah berjumpa dengan Alif di rumahnya. Alif memeluk aku dalam keadaan aku sudah kehabisan air mata, menenangkan rasa yang masih terasa goncangnya. Alif juga sedang berair mata walaupun yang berair mata itu hatinya. Aku hanya tiba di lapangan terbang setelah memandu dalam keadaan yang biasa-biasa sahaja. Aku hanya dapat tidur apabila bapa mengambil alih pemanduan sampai ke rumah. Aku masih perlu datang ke sekolah keesokannya. Tetapi, dalam keadaan yang masih sedih, aku hanya mampu mengajar di bilik darjah dengan merintih. Sama seperti ketika singgah di rumah duka sebelum menuju ke sekolah. Juga ketika bertemu dengan sahabat-sahabat rapat di sekolah sebelah sana pada malamnya. Aku melihat satu-satu wajah mereka. Jauh di sudut hati rasa dukacitanya. Afiq dan Khairune yang hampir sama wajah dengannya. Nabil, Ichal, Syabil, Amir, Fer dan Rafael yang seangkatan dengannya. Harith, Rahman, Faiz, Huzaifah yang juga pernah hidup setempat dengannya. Aku mengambil cuti rehat khas sehari lagi. Itu pun setelah perbualan aku dengan Tuan Pengetua didengarkan di hadapan semua. Benar-benar pada hari Kujai dapat disempurnakan perjalanan akhirnya. Aku hanya dapat mengikuti separuh yang akhir daripadanya walaupun telah berada di mortuari Hospital seawal hari. “Semua yang berada di sini, semuanya sayang Kujai.” Dalam hati aku, aku harap ramai lagi yang akan ke mari, terutamanya dari sekolah Kujai yang terakhir. Untuk berdoa untuknya. Untuk memperingati semua hari terbaik bersamanya. “Allah bersaksi, kami semua menyayangimu!” Aku meraung lagi di depan kuburnya sambil ditenangkan oleh bapanya dan Pengerusi Masjid. Yang lain juga turut menangis mendengarnya. Tiada siapa yang memikirkan pemergiannya seawal ini. Apatah lagi dalam keadaan yang tragis sekali, yang Kujai sendiri pun sesungguhnya tidak mengingini. Begitu pun, Allah lebih menyayangi Kujai. “Mudah-mudahan Allah mengasihimu.” Tiada doa dan kata yang meniti di bibir dan lidah aku melainkan luahan yang tidak lagi Kujai dengarkan di dunia yang fana ini. Malah, setelah berlalu hari pengebumian, malah sampai beberapa bulan dan hari, jiwa dan rasa masih bersedih dengan kesedihan yang tidak dapat dibayangkan. Rindu aku kepada Kujai menjadi tidak bertepi. Aku dan sahabat-sahabat rapat bertemu lagi di Maktab selepas tiga hari pemergiannya. Im turut serta menyertai... seolah-olah Allahyarham Kujai masih ada lagi. Ada yang mengangkat bicara, meminta aku bawa ke makam Allahyarham Kujai. Alhamdulillah. Ada lima orang yang sempat aku tunaikan hasratnya setelah lama... walau teruk mana pun jalan yang dilalui untuk ke Raudhatul Taqwa sana. Malah, ada yang sempat singgah sebentar di rumah, sempat berjamu apa adanya sambil berjumpa dengan emak ayah. > Bersambung di halaman 14 Seorang Adik yang Cepatnya Pergi Pagi itu, sepatutnya aku berada di sekolah. Tetapi, aku mengambil cuti rehat khas sehari. Petangnya, aku segera menjemput ibu bapa dan adik di lapangan terbang. Pagi yang kosong, aku mengambil kesempatan mengatur diri sendiri, termasuklah sayur-sayuran yang disedekahkan kepada aku ketika lari seketika ke Kundasang kelmarin. Sebahagiannya aku ingin agihkan kepada rumah sebelah sana. Aku memang sampai di rumah tersebut. Hanya sejengkal dari rumah aku. Orang-orang di rumah meninjau kalaukalau ada yang memanggil di luar. Sebelum itu, aku sudah meninjau baju dan seluar yang berada di pagar jemuran seperti mana biasanya. “Mana Kujai?” Aku hanya terlihat baju dan seluar yang berjemur di bawah terik mentari. “Kujai jalan,” kata adik perempuannya. Aku masih mahu menemuinya lagi. “Tidak apa, saya telefon.” Sambil itu, sayur-sayuran itu sudah dipunyakan kepada mereka. Begitu pun, dijawab oleh orang yang tidak dikenali. Aku sudah mula tertanya. “Tolong bagitahu, dia ini kemalangan di simpang tiga durian.” Lalu, aku menjerit mengkhabarkan kepada orang-orang di rumah, “Saya telefon Kujai, orang lain yang angkat. Kujai kemalangan di simpang tiga durian sana.” Mudah-mudahan tiada apa-apa. Aku masih belum dapat menerima. Walaupun ada seorang pak cik bermotor memberitahu perkara yang sama. “Macam sudah tiada,” katanya. Aku langsung ke sana untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya. Jalan agak sesak sehingga Polis datang mengawal trafik. Seperti tiada apa yang tersisa. Aku langsung memandu ke Hospital tanpa mempedulikan apa-apa. Hanya rasa bergegar diri ini sepanjang pemanduan. Apatah lagi Alif dan Nabil, teman aku bertelefon di sepanjang perjalanan. Sekolah mereka telah menyampaikan khabarnya. Tetapi, masih mahu memandu ke Hospital sehingga tahu cerita sebenarnya. Kujai telah ‘jalan’ untuk selamanya. Im memeluk aku dalam keadaan aku... AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN


Papan Karya 19 < Bersambung dari halaman 21 ...seolah-olah yang demikian itu sudah cukup menunjukkan keislaman sifat dan bentuknya. Ciri-ciri yang menandakan puisi bersifat keislaman, antara lainnya, harus membayangkan kebenaran yang ditayangkan oleh budi dan rasa. Kebenaran yang tercermin dalam akal dan kalbu itu pula harus dijelmakan dalam bentuk rupacita yang menepati kisah keadaan dan yang diperjelas menuturi cerita mithali memadai perkara yang dimaksudkan. Ia juga harus mengandung pelajaran dan nasihat, memurnikan martabat ilmu dan amalan akhlakiah, menuntut penerapan keadilan serta perangai adabi dalam diri dan masyarakat insani. Penulis puisi bersifat keislaman tentunya harus mendalami kefahaman akan Islam dan sejarah pemikiran serta tamadun Islam; sebab dengan kefahaman demikian sahajalah baharu boleh dia jadi sedar akan keadaan zamannya, akan permasalahan pokok yang terdapat di dalamnya, dan akan seterusnya pelajaran dan nasihat yang harus diambil daripadanya. Dia harus mengambil teladan daripada karya luhur pujangga lama, memahami sejarah lama serta cerita-cerita bidalan bijaksana. Dan dalam hal kepekaan terhadap keadaan semasa tiada harus membiarkan kejahilan dan kezaliman berleluasa tanpa teguran. Pandangan hidup serta pertimbangan rasa dan penilaian akalnya harus dikemukakan dalam bentuk puisi menuturi percakapan berirama menepati bawaan bahasanya. Sesungguhnya ciri-ciri puisi yang disebut bersifat keislaman itu merupakan ciri-ciri puisi dan persajakan yang 'kulli' – yakni universal dan juga terdapat dalam kesusasteraan kebudayaan-kebudayaan yang bertamadun tinggi.” (Wan Mohd Nor, 2004). Konsep kesusasteraan itu sebenarnya harus direnungkan sebagai merangkum tulisan yang meliputi bidang kebudayaan termasuk hasil agama, falsafah, sejarah, hukum dan undangundang serta adat-adat istiadat, kesenian; ia menjelaskan sifatnya dalam mitos, dongeng, hikayat, baikpun dalam bentuk epik, roman atau sebagainya lagi; dalam prosa dan puisi dan tentu juga memasuki bidang-bidang pemikiran politik dan pendidikan – pendek kata ia meliputi bidang-bidang ilmiah yang dikaji dalam rangka ilmu-ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kesusasteraan itu sesungguhnya mencerminkan tamadun, yang merupakan kehidupan intelek. (AlAttas, 1972). BAGAIKAN SEEKOR SEMUT Edris HB Bagaikan sebuah mimpi mendatangi malam yang harum. bulan putih di langit. dan aku bagaikan seekor semut kecil merangkak di celah batuan dan daunan kering . tidak lain hanya mencari puncak redhaMu. kerana pada hakikat betapa jauhnya sebuah kesempurnaan. aku datangi jemputanMu: labaikallah Allahumma labaik la sharika laka labbaik inna al hamd wal ni'mata laka wa'l mulk la sharika lak Di depan rumahMu demikian gementarnya diri betapa kerdilnya rasa sesungguhnya hiasan dunia penuh pesona dan tipu daya mabuklah jiwa yang lemah lalailah sang hamba panggilanMu bak madu yang menitis di lidah manis meresapi ke seluruh nadi jiwa yang gundah menjadi damai hati yang kontang menjadi basah mengalir dan menyatu di qalbu yang dalam Allahu rabbi... sesungguhnya inilah penyerahan seluruh jiwaku sayu dalam rindu yang panjang munajat yang mengalir dari seluruh sungai hayat tiada lain kerana menginsafi diri merintih dan merayu tidak lain yang didambakan hanya keampunanMu sungguh tiada upayaku melainkan atas ikhsanMu ya Allah.. ampuni seluruh dosa-dosaku dari apa yang telah ku sesali bukakanlah kepadaku pintupintu keampunan tetapkanlah jalanku seperti jalan orang-orang yang Kau redhai teguhkan imanku seperti teguhnya iman orangorang yang beroleh cahayaMu angkatkan darjatku seperti darjat orang-orang yang telah Kau muliakan di sisiMu jadikanlah aku di antara jiwa~jiwa yang sentiasa terpelihara moga keampunanMu rahmatMu redhaMu memayungi ku di sepanjang sisa~sisa hayat ini kembali merenung ke dalam diri tetaplah aku bagai seekor semut kecil yang berharap engkau dengari seluruh rintihanku aroma malam bagai menjelmakan harum kesturi dan wajah bulan menjadi lebih indah dalam tatapan angin lembut mengusap dahiku serasa sebak dalam damai yang panjang. Allahu rabbi. Makkah al-Mukarramah 270223 TENTANG PENULIS EDRIS HB atau nama sebenarnya Edris Hj. Bijin berasal dari Kuala Penyu tetapi menetap di Kota Kinabalu. Bekas guru opsyen Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan ini memiliki pengalaman menulis cerpen, puisi dan skrip drama radio. Malah, beberapa buah cerpen dan puisi karya beliau pernah disiarkan dalam akhbar tempatan Sabah. Salah satu daripadanya ialah cerpen bertajuk 'Perumah' yang pernah disiarkan dalam akhbar New Sabah Times pada 12 Februari 2017. Mantan Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Rampayan, Kota Kinabalu ini juga tidak asing lagi dalam dunia seni apabila pernah berlakon dalam drama terbitan Radio Televisyen Malaysia dan teater kelolaan Rumpun Seni Sipitang dan RUSTA Tawau.


Papan Karya 20 SEBUAH KENANGAN Rozeline Vitalis (Dedikasi buat Theresa Kunon) Kelmarin kita masih bersama mengukir kenangan di pentas kehidupan dan menjalani rona-rona kehidupan di alam buana Hari ini sebuah pepisahan telah terjadi antara kita engkau telah dijemput pulang ke negeri abadi tanpa kembali lagi sekejap mata engkau hilang dari pandangan Kini engkau tidak dapat dilihat di mana-mana lagi dan suaramu tidak bergema lagi Kini aku hanya bertemankan sebuah kenangan dalam menyusuri liku-liku kehidupan kenangan bersamamu sentiasa hijau dan doa mewangi kupanjatkan padamu semoga bersemadilah dalam kedamaian doaku padamu. Keningau 13hb. Mac, 2023 LUKISAN ALAM Rozeline Vitalis Lihatlah sekitar alam penuh keindahan gunung-ganang terbentang penuh kegagahan dan matahari tersenyum meriah dan burung berkicau- kicau menyanyikan lagu kedamaian Bunga berkembang mewangi menghisai alam semesta dan kupu- kupu berterbangan menghisap madu bunga petani meriah membanting tulang di sawah bertemankan mentari dan padi yang menguning memancar keemasan Alangkah indahnya ciptaan Tuhan mencipta alam semesta dengan penuh keajabian seindah lukisan alam di kanvas yang memukau pandangan. Keningau 13hb. Mac, 2023 NYANYIAN KEDAMAIAN Rozeline Vitalis Akan kudendangkan lagu kedamaian agar bahagia dapat kurasakan lagi akan kependamkan duka dihatiku agar hatiku kembali ceria akan kumusnahkan sebuah kedukaan agar hatiku tetap gembira Dan akan kuwarni kehidupanku seindah pelangi senja agar kedukaan ini tidak kurasakan lagi dan akan kubisikkan pada Tuhan agar mengampuni segala dosa-dosaku agar hidupku tenang dan nyanyian kedamaian akan kemundang menlenyapkan sebuah sendu. Keningau 13hb. Mac, 2023 DOA SANG PEMUSAFIR Fahaiz Doa sang pemusafir itu dalam hati dengan iltizam kukuh di hati moga ketemulah dia dengan si alim di hari nanti moga tak terleka sepanjang rihlah suci tika terpesonanya dia melihat sang kenari yang mengelabui akal bestari menyerunya datang ke mari hingga dia tak bisa berlari untuk kembali ke realiti dan menariknya ke jalan mati yang berhujung dengan akhir yang tidak pasti untuk dia berhenti dan menanti untuk kembali. Tuhan, kabulkanlah hajat ini. MONOLOG SEORANG INSAN Fahaiz Di tengah kota, ada air mata yang gugur sekali dengan rintikan air hujan. Dia tertanya, apakah bisa untuk yang lalu kembali? Apakah bisa untuk kemudian menjadi seperti yang lalu? Apakah bisa hari muka membahagiakannya bagaikan hari semalam memberinya tawa dan suka? Atau apakah bisa hari muka menderitakannya bagaikan hari semalam memberinya tangis dan duka? Dia terus tertanya dan bertanya di saat malam tanpa purnama menemaninya. ANDAINYA Fahaiz Andai kabur arah tuju, berhenti sebentar lantas kembali kepada Tuhanmu dan terus mengembara tanpa gentar. Andai hati rasa suram, sujudlah kepada Tuhanmu tika kau bangkit di hening malam dan tenanglah rasa kalbu. Andai kau sukar untuk pulih, jangan kau angkat panji putih kerana Dia itu sentiasa ada untuk menjulangmu tinggi di persada. TENTANG PENULIS ROZELINE VITALIS dilahirkan di Keningau pada 26 Januari 1975. Anak jati Kampung Bingkor, Keningau ini mula menulis pada tahun 1994 dalam genre puisi dan cerpen. Di samping telah menulis untuk 95 buah buku antologi puisi dan cerpen dan menerbitkan dua buah novel kanak-kanak bawah Dewan Bahasa dan Pustaka, karya beliau banyak tersiar di akhbarakhbar tempatan. Ahli Ikatan Penulis Sabah (IPS) ini juga pernah memenangi sayembara penulisan puisi dan cerpen. FAHAIZ merupakan nama pena kepada Muhammad Faizhaziq bin Mohd. Sarizam yang dilahirkan di Kota Kinabalu pada 26 Julai 2005. Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH), Tuaran ini menganggotai IPS sejak 29 Jun 2022 dan menjadi orang yang kedua diterima masuk dalam IPS pada usia sekolah menengah. Presiden, Badan Dakwah dan Rohani SMESH 2022-2023 ini dilantik sebagai Setiausaha Dua IPS pada 21 Januari 2023.


Ruang Musyawarah 21 Berterima Kasih kepada Usrah Anak Muda AWANG ABDUL MUIZZ AWANG MARUSIN KETUA SATU Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin (lima dari kiri) bergambar dengan kesemua sepuluh orang anggota The Circle V yang juga sukarelawan Pejabat Ketua Satu IPS di Surau Nurul Yaqin, Kompleks Lama Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran pada 4 Mac 2023. Termasuk dalam kumpulan tersebut ialah Setiausaha Dua IPS, Muhammad Faizhaziq Mohd. Sarizam (dua dari kiri). tahun 2012 hingga tahun 2017, betapa besarnya rahmat Allah untuk saya di UIAM sehingga saya dipertemukan dengan mereka dan masih bersahabat sehingga kini walaupun terlihat amat jauh di mata. Rahmat Allah itu saya rasakan berterusan setelah mengajar di tiga buah sekolah menengah sejak tahun 2016. Tanpa mengurangi hormat dan penghargaan saya kepada kepada sahabatsahabat rapat yang saya cintai yang pernah berada di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak dan SMK Tansau, Putatan, saya mengkhususkan tulisan ini kepada sahabatsahabat rapat yang saya cintai yang pernah berada di Sekolah Menengah Sains Sabah, Tuaran. Saya pasti sahaja tidak pernah menendang bola di padang atau gelanggang, apatah lagi berlumba lari sejauh 100 meter bersama adik-adik remaja seperti mereka. Namun begitu, cinta kepada Allah dan Rasul-Nya SAW menyebabkan saya didatangi, dikelilingi dan disantuni oleh mereka hampir setiap hari saya menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak secara berjemaah dengan mereka dan rakan-rakan. Asas Usrah hanya tiga, iaitu saling kenalmengenali, saling faham-memahami dan saling bantu-membantu. Akan tetapi, telah banyak nilai tambah yang dipupuk dalam diri saya dan adikadik yang membulat bersama sepanjang tujuh tahun kebelakangan, terutamanya sikap saling memberi dan menerima, hormat-menghormati, kasih sayang dan setia. Mereka mungkin sahaja tidak menulis seperti kita, para penulis. Tetapi, banyak kata, tingkah laku, cita-cita dan peristiwa yang melibatkan saya dan sahabat-sahabat yang telah banyak mengajarkan saya pelbagai perkara, terutamanya kehidupan remaja yang terlalu banyak cabarannya. Puisi 'Teruntuk Mereka yang Merangkul Diriku' (Utusan Borneo (Sabah), 12 Mac 2023, halaman 6) ialah salah satu bentuk penghargaan dan kenang-kenangan saya kepada ramai yang pernah dan masih bersama The Circle. Saya mengkhususkan kenang-kenangan ini kepada sepuluh orang anggota The Circle V, iaitu Muhammad Faizhaziq, Muhammad Huzaifah, Khaizuran Khabir, Muhammad Izzat, Muhammad Fakhrurrazi, Hifzhan Danish, Mohammad Syafiq, Raszaiqie, Haykal Farid Ridha dan Muhammad Danish... serta Daniel Shafie yang juga beberapa tahun dahulu pernah berada bersama kami. ...di tanah air, bermula dari sekolah berasrama penuh sehingga ke SMKA dan akhirnya diperluaskan kepada sekolah-sekolah menengah harian biasa yang terpilih di seluruh negara. Saya hanya menjamah dan meneguk hasil yang telah dituai oleh KISAS dan SMKA SHAMS dalam hal ini. Saya diperkenalkan dengan budaya Usrah seawal tahun 2007. Saya baru sahaja berada di bangku sekolah menengah. SMKA Tun Ahmadshah dan SMKA Kota Kinabalu, kedua-duanya di ibu kota negeri Sabah, telah banyak mendidik saya dengan budaya Usrah, baik sebagai anggota mahupun sebagai ketua. Dalam ketidaksempurnaan saya mengharungi dan menyongsong gerakan ini, saya tidak berputus asa dalam meneruskannya di menara gading. Budaya Usrah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) banyak membuka mata hati dan minda saya. Sehingga sesekali saya ungkapkan kepada sahabat-sahabat yang jatuh dan bangun bersama saya dari... SAYA (baca: penulis) mendapat pengaruh daripada gerakan Usrah di Malaysia seawal tahun 2007, setahun selepas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Hj. Mohd. Said (SHAMS), Seremban memperkenalkan sukatan Usrah Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) untuk semua SMKA di seluruh Malaysia. Bayangkan, usaha untuk mencitrakan budaya Usrah ke semua institusi pendidikan agama bawah Kementerian Pendidikan hanya mula menampakkan hasilnya selepas 15 tahun usaha tersebut dimulakan oleh Persatuan Pelajar Islam SMKA SHAMS. BADAR pula dipercayai hanya rasmi wujud di SMKA SHAMS pada tahun 1999. Ada baiknya sesekali kita berterima kasih kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang yang dikatakan mewujudkan BADAR seawal tahun 1967 dan membudayakan Usrah seawal itu juga. Faktanya, KISAS merupakan perintis kepada gerakan Usrah dalam kalangan anak muda... TENTANG PENULIS AWANG ABDUL MUIZZ BIN AWANG MARUSIN lahir pada 13 Jun 1994 di Kota Kinabalu. Pensyarah, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu ini mula menulis seawal tahun 2009 dan menganggotai IPS seawal tahun 2011. Beliau terpilih sebagai Ketua Satu IPS yang keempat pada 6 Februari 2022.


Ruang Musyawarah 22 Kedudukan makna adab itu sendiri paling signifikan tercermin dalam sejarah kesusasteraan Islam seperti yang diterangkan oleh ahli sejarah tamadun Islam, Marshal S. Hodgson: “A central position in adab was held by Arabic literature: especially the poetry and the rhyme prose, which held a position of honour not accorded to any other arts. The spoken word well put moved cultivated men as nothing else in life was permitted to, and its refinements were explored by a galaxy of remarkable verbalists.” (Hodgson, 1958) Mengikut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, perkataan 'addaba' menyemai dan mengukuhkan adab ke dalam diri boleh diertikan juga sebagai mendidik. Makna pendidikan yang dimaksudkan oleh al-Attas bukanlah seperti mana yang kita biasa fahami yang bersifat satu dimensi bahkan merangkumi amal dan juga proses pendidikan yang menekankan penggunaan serta pengamalan ilmu secara baik dalam masyarakat. Para ilmuan Islam terdahulu telah mengikat kemas kata kunci ‘ilm (ilmu), ‘amal (amal) dan adab untuk menggambarkan konsep pendidikan yang sebenar dalam Islam iaitu ta’dib (Al-Attas, 1980). Kesebatian makna antara konsep adab dengan ilmu yang benar dan berguna, dengan amalan yang ikhlas dan betul telah dijelaskan dengan tuntas berkenaan takrif adab yang dikemukakan oleh alAttas: “Adab ialah pengenalan dan pengiktirafan hakikat bahawa ilmu dan segala yang wujud teratur bertingkattingkat mengikut martabat dan darjatnya masing-masing. Serentak dengan itu adab juga ialah pengenalan dan pengiktirafan tempat yang wajar bagi seseorang berhubung dengan hakikat tersebut serta kebolehan dan potensi jasadi, akli dan rohani diri masingmasing.” (Al-Attas, 1980) Oleh sebab itu, kefahaman sastera yang tercermin daripada kata asal 'adabiyyat' haruslah disulami dengan kefahaman ilmu yang betul agar nilai diri dan masyarakat dapat diletakkan pada tempat yang betul sehingga lahirnya tamadun atau peradaban dalam masyarakat tersebut seperti dijelaskan oleh al-Attas: Adabiyyat dalam Karya Sastera Islam HASYUDA ABADI ...melambangkan “kesabaran yang indah” (Sabrun Jamilun, 12:18) menggambarkan kekuatan iman dan keteguhan hati dengan sifat tawakkal yang murni dan ikhlas. Sifat cinta kepada Allah yang dilakarkan oleh Nabi Yaakub timbul daripada iman yang sempurna dan cinta kepada anaknya (Nabi Yusuf) cerminan daripada kasih sayang seorang bapa sekaligus melahirkan “sabrun jamilun” tersebut. Direnungi makna cinta kepada anak yang menimbulkan penderitaan sambil dipertentangkan dengan cinta kepada Allah yang menimbulkan tawakkal dan harapan, ia berhasil melahirkan kesan yang berbeza, dan ini sekaligus memberikan makna yang positif kepada kedua-duanya pada masa yang sama memberi gambaran berkenaan konsep taqwa. Perihal bapa yang kehilangan anaknya seperti satu kejadian biasa yang mungkin tidak menarik atau mengharukan tetapi diberi makna yang mendalam dan indah dengan penggunaan bahasa yang tepat di samping isi atau perutusan yang benar seterusnya mengetengahkan maksud indah dan bermakna yang seharusnya menjadi hakikat dan fungsi sastera dalam Islam (Mohd. Affandi Hassan, 2005). Hujah yang dikemukakan oleh Mohd. Affandi Hassan ini senada dengan apa yang alAttas tegaskan berkenaan puisi bersifat keislaman daripada aspek “indah dan bermakna”: “Puisi bersifat keislaman bukan hanya yang sekadar berdaya menyelipkan di sana-sini kalimat-kalimat keagamaan (baca: istilah Arab)... > Bersambung di halaman 19 “Jikalau dalam Islam kesusasteraan itu diberi nama 'adabiyyat', maka kenyataan itu menjelaskan bahawa kesusasteraan itu dianggap sebagai penyimpan peradaban, penampung ajaran-ajaran serta kenyataan-kenyataan yang mendidik diri dan masyarakat nescaya menyerapi adab, sehingga dapat mengangkatnya naik dari taraf rendah manusia liar ke taraf luhur insan adabi. Jadi kesusasteraan mempunyai tujuan serta tugas yang berangkap dengan pendidikan umum; dia mencara-senikan ajaran-ajaran serta kenyataan-kenyataan yang memupuk adab menerusi bahasa luhur, yang menegaskan keadaan serta kedudukan hakiki pada cita-rasa insani.” (Al-Attas, 2001) Penjelasan dan perkaitan sastera Islam yang menjadi asas kepada sastera ilmi tidaklah bermakna ianya beku dan jumud dari segi aspek estetikanya, malah ia turut menekankan aspek “indah dan bermakna” yang .menjadi matlamat akhir sesebuah karya dalam sastera ilmi. Di sini Mohd. Affandi Hassan memetik contoh daripada al-Quran berkenaan cerita yang tersemat dalam Surah Yusuf. Menerusi ayat yang... DALAM sejarah peradaban Islam, konotasi perkataan sastera itu melambangkan sesuatu yang cukup penting dalam masyarakat. Sastera dalam Islam didefinisikan sebagai 'adabbiyyat', yang bertitik tolak daripada perkataan 'adab'.


TENTANG PENULIS HASYUDA ABADI lahir pada 1 Oktober 1960 di Beaufort, Sabah. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Beaufort sebelum merantau ke bandar raya Kota Kinabalu. Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Persekutuan sebagai kakitangan Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah pada tahun 1979 dan, enam tahun kemudian, sebagai kakitangan Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah sehingga bersara pada tahun 2015. Beliau kini mengusahakan Rumah Ngaji Baitul Muqaddam dan Rumah Puisi Hasyuda Abadi di Sepanggar, Kota Kinabalu. Sebelum dimasyhurkan sebagai Sasterawan Negeri Sabah ke-3, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Seni Sastera Islam Sabah pada Oktober 2022. Ruang Musyawarah 23 ...makna “takarrub”, “istighfar”, “kasih syahdu”, serta “taubat seorang hamba”, yang mengenal Nur dan qadak Ilahi. Dari sinilah terpupuk cinta yang teguh untuk kekasih (yakni Tuhan) tercinta. Alunan suara Hasyuda Abadi, kaya dengan unsurunsur yang merdu, sesuai dengan puisi ketuhanan. Gaya bersahaja dalam mengatur bahasa dan memilih kata-kata, membuat puisi ini mudah dihayati dan difahami maksudnya." Baca puisi 'Salam Buat Kekasih' di belakang majalah ini. ...gerakan dakwah secara besar-besaran. Usaha Junjungan untuk menegakkan syiar Islam merupakan contoh dan bukti terbaik tentang pentingnya semangat hijrah ini. Puji pada-Nya, “Maha suci Tuhan”, penyair memohon semoga taubat seorang hamba itu diterima. Harapan penyair semoga penerimaan tersebut seperti “restu-Mu kepada para syiddikin dan para syuhada”. Penggunaan kata dan susunan ayat yang kreatif menimbulkan estetika dalam puisi yang dihasilkan. Hal ini juga menjadikan karya ini dapat dinikmati oleh khalayak sebagai karya yang indah, hasil olahan bahasa yang menarik. Penyair memilih “tasik sedar”, “pintu waktu”, “baju nur-Mu”, “pintu kasih”, untuk menjadikan puisinya lebih segar, sesegar metafora yang dipilih untuk memperjelas maksud yang ingin dicapai. “…pergi abadi”, (rangkap keenam, baris ketujuh) menimbulkan nilai syahdu yang puitis. restuilah taubat seorang hamba yang menambat cita dan cinta dalam baju Nur-Mu dari qada-Mu di setiap pintu kembara pinta kasih ketika pergi abadi bersama kekal cahaya yang tak pudar Sesuai dengan ulasan panel penilai Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 tentang puisi Hasyuda Abadi ini bahawa: 'Hal ini dicapai penyair selepas memahami hakikat diri serta akal yang dianugerahi Ilahi dan setelah mengenal... PUISI “Salam Buat Kekasih” oleh penyair membawa tema yang berunsurkan ketuhanan. Puisi ini terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1986. Penyair memulakan puisinya dengan menyebut nama Yang Maha Esa. Pernyataan ini memperjelas lagi unsur karya serta arah yang dipilih: 'Dengan nama Allah yang maha pengasih yang maha penyayang' Kedua sifat ini berasal dari kata “Rahmat”. Terjemah kedua sifat ini dengan “yang maha pengasih lagi maha penyayang” adalah terjemah yang mendekati kebenaran. Tambahan “maha” untuk menunjukkan bahawasanya rahmat Allah SWT tidak sama dengan rahmat makhluk-Nya. Oleh kerananya dibezakan keduanya dengan kata “maha” yang menunjukkan puncak sayang dan puncak kasih. Pada rangkap ketiga, terselit luahan rasa sedar penyiar. Perasaan itu terlihat pada baris kedua, “menggaru rasa mendesak teguhan iman”, kesedaran membawa penyair “…berjalan lagi”. Penyair memohon semoga diterima taubatnya. Perubahan seorang insan, daripada yang kurang baik kepada yang baik itu juga adalah hijrah. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Kota Makkah ke kota Madinah yang pada akhirnya meniupkan... Apresiasi 'Salam buat Kekasih' HASYUDA ABADI


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang Aku berada di dalam himpunan debu tanpa sedar ini dari beberapa perjalanan. Hari ke hari kerap dilenyapi waktu tiba di tasik sedar membersihi diri dan akal, lalu berjalan lagi pintu ke pintu waktu dipameri wajah menggaru rasa mendesak teguhnya iman tiba-tiba menyentuh hanyir debu pada suatu perhentian malam. Gusarku mencipta ingatan pada llahi-rabbi pada perhentian ini sedarku menyusur lembut seperti sutera bertakarub di menara ini di suatu rumah-Nya yang menyimbah cinta keintiman al-quddus sedarku mengintai sentiasa debu-debu yang hinggap tiada sedar lalu menjunjung istigfar di sepi malam berkata pada hari yang bersih melontar kasih rindu yang syahdu al-aliyyu di pundak khusyuk Maha Suci Tuhan al-afuwwu wal-ghaffar restuilah taubat seorang hamba yang menambat cita dan cinta dalam baju Nur-Mu dari qada-Mu di setiap pintu kembara pinta kasih ketika pergi abadi bersama kekal cahaya yang tak pudar seperti restu-Mu kepada para Syiddikin dan para Syuhada Kota Kinabalu 17 Julai 1985 Salambuat Kekasih HASYUDA ABADI Salinan lembut majalah ini direka dan dicetak di Malaysia oleh IKATAN PENULIS SABAH ENTERPRISE (TRN/2022/7104) Kampung Lok Batik, Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah


Click to View FlipBook Version